Nota SBP4282-Idea Perancangan

21
Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282) Modul ini menjelaskan beberapa idea perancangan yang boleh dijadikan asas dalam merumuskan strategi pembangunan luar bandar. Idea-idea ini termasuk pusat pertumbuhan desa, Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat, dan pembangunan mapan. Pusat Pertumbuhan Desa Suatu pusat pertumbuhan mempunyai ciri-ciri berikut (Rosmin Talib dan Katiman Rostam, 2004): 1. Sebuah pusat bandar; 2. mempunyai struktur industri yang boleh mendorong pengembangan ekonomi ke tahap yang self-sustained; 3. berupaya mencapai satu tahap pembangunan yang boleh menyebarkan kesan pembangunan tersebut ke dalam wilayahnya dan wilayah-wilayah lain berhampiran. Pusat pertumbuhan desa merupakan pusat pertumbuhan hierarki rendah. Pusat ini lazimnya dibangunkan dikawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil, majoriti penduduknya bergiat dalam sektor pertanian, kawasan yang sering mengalami migrasi keluar yang tinggi, majority penduduknya mengamalkan nilai sosial dan sosio-budaya yang tinggi, dan kawasan yang tahap pembangunan dan tingkat sistem ekonomi yang masih rendah. Dalam beberapa penulisan istilah-istilah seperti Key Settlement, market centre, rural trade and production centre dan minor local growth centre mempunyai consep yang hampir serupa dengan pusat pertumbuhan desa. Dalam strategi untuk membangunakan pusat pertumbuhan desa, petempatan desa yang dipilih akan diberikan suntikan pembangunan infrastruktur, kemudahan, perumahan, perniagaan dan perumahan untuk meningkatkan fungsi sebagai pusat perkhidmatan yang mampu tumbuh dan berkembang sehingga menyerakkan kasan pembangunan ke petempatan-petempatan kampung disekelilingnya. Di Malaysia pembangunan pusat pertumbuhan desa dijadikan sebagai satu komponen dalam Halacara Baru Pembangunan Luar bandar yang dilancarkan pada 1984. Pusat ini menjadi pusat perkhidmatan sesuatu desa dan juga sebagai mankin pertumbuhan kawasan sekitarnya. Dengan membangunkan pusat pertumbuhan desa yang penduduknya sekurang-kurangnya 2500 orang, prasarana dan perkhidmatan asas akan dapat disediakan dengan ekonomik untuk penduduk desa. Prof. Madya Dr. Ibrahim Ngah Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia 1 Modul 4: Idea-Idea Perancangan

description

spb

Transcript of Nota SBP4282-Idea Perancangan

Page 1: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Modul ini menjelaskan beberapa idea perancangan yang boleh dijadikan asas dalam merumuskan strategi pembangunan luar bandar. Idea-idea ini termasuk pusat pertumbuhan desa, Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat, dan pembangunan mapan.

Pusat Pertumbuhan Desa

Suatu pusat pertumbuhan mempunyai ciri-ciri berikut (Rosmin Talib dan Katiman Rostam, 2004):

1. Sebuah pusat bandar;2. mempunyai struktur industri yang boleh mendorong

pengembangan ekonomi ke tahap yang self-sustained;3. berupaya mencapai satu tahap pembangunan yang boleh

menyebarkan kesan pembangunan tersebut ke dalam wilayahnya dan wilayah-wilayah lain berhampiran.

Pusat pertumbuhan desa merupakan pusat pertumbuhan hierarki rendah. Pusat ini lazimnya dibangunkan dikawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil, majoriti penduduknya bergiat dalam sektor pertanian, kawasan yang sering mengalami migrasi keluar yang tinggi, majority penduduknya mengamalkan nilai sosial dan sosio-budaya yang tinggi, dan kawasan yang tahap pembangunan dan tingkat sistem ekonomi yang masih rendah. Dalam beberapa penulisan istilah-istilah seperti Key Settlement, market centre, rural trade and production centre dan minor local growth centre mempunyai consep yang hampir serupa dengan pusat pertumbuhan desa.

Dalam strategi untuk membangunakan pusat pertumbuhan desa, petempatan desa yang dipilih akan diberikan suntikan pembangunan infrastruktur, kemudahan, perumahan, perniagaan dan perumahan untuk meningkatkan fungsi sebagai pusat perkhidmatan yang mampu tumbuh dan berkembang sehingga menyerakkan kasan pembangunan ke petempatan-petempatan kampung disekelilingnya.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

1

Modul 4: Idea-Idea Perancangan

Page 2: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Di Malaysia pembangunan pusat pertumbuhan desa dijadikan sebagai satu komponen dalam Halacara Baru Pembangunan Luar bandar yang dilancarkan pada 1984. Pusat ini menjadi pusat perkhidmatan sesuatu desa dan juga sebagai mankin pertumbuhan kawasan sekitarnya. Dengan membangunkan pusat pertumbuhan desa yang penduduknya sekurang-kurangnya 2500 orang, prasarana dan perkhidmatan asas akan dapat disediakan dengan ekonomik untuk penduduk desa.

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS) ialah suatu falsafah perancangan yang dibentuk dan diterima pakai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai panduan bagi usaha perancangan bandar dan desa di Malaysia. Teras utama DPPS ialah penyepaduan nilai kerohanian bersama perancangan dan pembangunan yang mengambil kira tiga jalinan hubungan, iaitu hubungan manusia dengan Pencipta, hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam sekitar ( Rajah 1).

Idea asas doktrin adalah berpandukan konsep pembangunan Islam yang melihat ibadat, iaitu pengabdian kepada Allah, sebagai pendorong kepada pembangunan. Dalam pembangunan Islam, perlu wujud hubungan yang harmoni antara makhluk yang sama-sama melaksanakan pengabdian diri kepada-Nya. Kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam Al-Quran menunjukkan bagaimana keharmonian hubungan di antara manusia, binatang dengan makhluk lain.

Ciri-ciri perancangan dalam DPPS meliputi:

Sifat menyeluruh. Manusia sebagai fokus pembangunan.

Aktiviti pelbagai dimensi.

Perubahan kuantitatif dan kualitatif.

Penggunaan dan pengagihan sumber dengan saksama.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

2

Page 3: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Doktrin ini boleh dijadikan panduan dalam penyediaan PTD dan suatu garis panduan telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, garis panduan tersebut lebih tertumpu terhadap perancangan bandar, terutama elemen fizikal bandar. Untuk penterjemahan DPPS kepada pelan tindakan kampung, suatu garis panduan khusus diperlukan terutama dalam konteks perancangan projek.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

3

Page 4: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

4

P

A M

M4

5 1

3

5

4

3

2

1Hubungan manusia dengan pencipta

Hubungan manusia dengan manusia

Hubungan manusia dengan alam sekelilingM

M

M P

M

A

Sifat menyeluruh

Manusia fokus pembangunan

Aktiviti banyak dimensi

Perubahan kuantitatif dan kualitatif

Penggunaan dan pengagihan sumber dengan saksama

Rajah 1 Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat

Sumber: JPBDS, 1997

2

Page 5: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Islam Hadhari1

Konsep Islam Hadhari diperkenalkan oleh Kerajaan dalam usaha membawa pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban berteraskan ajaran Islam. Peradaban yang berteraskan peningkatan kualiti kehidupan akan dibina melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan fizikal, melaksanakan sistem ekonomi, perdagangan dan kewangan yang dinamik, pembangunan bersepadu dan seimbang. Matlamat akhirnya ialah melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur, amanah, dan bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Gagasan Islam Hadhari mengajak umat Islam untuk kembali kepada asas dan fundamental Islam sebagaimana terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah dalam pembinaan tamadun. Sepuluh prinsip asas adalah seperti berikut:

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah;2. Kerajaan adil dan beramanah;3. Rakyat berjiwa merdeka;4. Penguasaan ilmu pengetahuan;5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif;6. Kehidupan berkualiti;7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita;8. Keutuhan budaya dan moral;9. Pemuliharaan alam semula jadi;10. Kekuatan pertahanan.

Pembangunan Mapan

Idea pembangunan mapan dikatakan telah lama dibincangkan sejak beberapa dekad yang lalu dalam siri-siri pertemuan antara pakar-pakar antara bangsa mengenai alam sekitar. Antara pertemuan yang penting peringkat antara bangsa yang cuba mengaitkan pemeliharaan ekologi dengan pembangunan ekonomi ialah Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persekitaran Manusia di Stockholm pada 1972. Persidangan di

1 Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-55 dalam Berita Harian 24 September 2004.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

5

Page 6: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Stockholm telah berjaya menghasilkan pengisytiharan bagi mengkoodinasikan pada peringkat antarabangsa aktiviti-aktiviti berkaitan dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai alam sekitar dan kesannya kepada manusia, melaksanakan langkah-langkah memelihara dan membaik pulih kualiti alam sekitar secara bersepadu. Pengisytiharaan ini mengandungi juga prinsip-prinsip alam sekitar dan pelan tindakan.

Hasil daripada persidangan di Stockholm telah diperkuatkan lagi dengan pertemuan di Bucharest pada 1974 yang menghasilkan projek Man and Biosphere dibawah tajaan UNESCO. Konsep ecodevelopment merupakan antara idea perancangan yang mula diketengahkan bagi mengaitkan pertalian antara ekosistem semulajadi dan pembangunan sosio-ekonomi. Perkara yang dipertekankan dalam ecodevelopment termasuk memelihara sumber yang boleh diperbaharui, mengawal dan memperlahankan kadar eksploitasi sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan mengawal pencemaran (Moffatt, 1996). Sebelum itu benih-benih idea mengenai pemeliharaan alam sekitar telah pernah diutarakan oleh pejuang-pejuang alam sekitar, seperti Rachel Carson (1965) dalam Silent Spring, Commoner (1972) dalam Closing Circle dan The Ecologist (1972) dalam Blue Print for Survival.

Pertemuan kumpulan pakar seterusnya pada 1980 telah melahirkan World Corservation Strategy, bertujuan untuk mengekalkan proses-proses ekologi, dan sistem sokongan kehidupan, memelihara kepelbagaian genetik dan penggunaan spesis hidupan dan sistem ekologi secara mampan. Pada tempoh yang sama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dilancarkan untuk mempromosikan idea berkaitan pemeliharaan alam semulajadi bagi kebaikan umat manusia keseluruhannya.

Pada tahun 1987, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menaja Suruhanjaya Brundtland untuk menerbitkan Our Common Future, satu laporan yang menarik perhatian komuniti global berkaitan alam sekitar dan kemiskinan kebanyakan tempat di dunia. Laporan Brundtland menyatakan pembangunan ekonomi tidak akan dapat dihentikan, tetapi ia perlu diubah corak untuk disesuaikan dengan had kedapatan sumber planet ini. Laporan tersebut turut mempopularkan terma pembangunan mampan, yang bermaksud pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang mendapatkan keperluan mereka.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

6

Page 7: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Definisi tersebut dilihat cuba menterjemahkan kepentingan komuniti dan generasi akan datang ke dalam pembangunan ekonomi dan fizikal. Walaupun ianya bukan istilah pembangunan mampan yang pertama dikeluarkan, jelasnya laporan tersebut telah membawa bersama hasil usaha yang sebelumnya. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa terhadap konsep pembangunan mampan yang dibawa oleh Brundtland telah dicerminkan semasa persidangan ekonomi Kumpulan G-7 di Paris pada 1989. Buat pertama kalinya ketua-ketua negara paling berkuasa (Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman, Britian, Itali dan Jepun) secara sepakat mengiktiraf kepentingan polisi alam sekitar antarabangsa.

Perhatian dunia terhadap pembangunan mampan memuncak ketika Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Alam Sekitar dan Pembangunan 1992 di Rio de Janeiro. Ia melibatkan seramai 179 ketua-ketua negara atau pegawai tertinggi kerajaan, dan termasuklah Earth Submit, merupakan perhimpunan terbesar pernah disertai paling ramai pemimpin dunia. Rio mengeluarkan dua perjanjian antarabangsa, dua pernyataan prinsip-prinsip dan agenda bertindak bersama terhadap pembangunan mampan sedunia iaitu Agenda 21. Agenda 21 mempunyai empat bahagian dengan perincian 40 bab kepada sektor atau pihak yang bersama-sama terlibat untuk merealisasikan matlamat pembangunan mampan baik di peringkat antarabangsa, negara, wilayah, negeri, pihak berkuasa tempatan sehinggalah orang awam.

Minat terhadap pembangunan mampan semakin berkembang pada ketika itu disebabkan penemuan baru dan beberapa siri insiden, termasuk kejadian kebocoran gas beracun di loji kimia Bhopal, India, letupan dan pelepasan bahan radioaktif di Chernobyl, Ukraine, kewujudan lubang pada lapisan ozon di Antartik, kebocoran bahan buangan kimia bertoksid di Love Canal serta kebimbangan umum terhadap pencemaran dan konflik-konflik disebabkan pengurangan sumber semulajadi (terutama yang tidak boleh dibaharui seperti minyak, gas dan arang batu) dan sumber penting meliputi sumber hutan (kayu-kayan) dan perikanan. Menurut laporan Brundtland lagi, aktiviti pembangunan telah banyak menghilangkan sumber-sumber penting berkenaan dan dibimbangkan generasi akan datang tidak dapat lagi mewarisi apa yang kita sedang nikmati hari ini.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

7

Page 8: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Perkembangan terbaru pembangunan mampan ialah di persidangan World Submit on Sustainable Development (WSSD) yang telah berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan tahun 2002. Persidangan terbabit telah menyediakan peluang bagi memperbaiki komitmen global ke arah mencapai agenda pembangunan mampan dan salah satunya melalui komitmen penuh bagi membasmi gejala kemiskinan yang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh dunia, terutama negara mundur dan negara dunia ketiga.

Konsep Kemampanan

Kajian literatur mengenalpasti banyak definisi mengenai pembangunan mampan yang digunakan oleh para pengkaji, antaranya disenaraikan dalam Jadual 1. Namun, definisi yang paling popular adalah yang terkandung di dalam Laporan Bruntland (WCED, 1987):

“Sustainable Development is development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meets their own needs”

Definisi tersebut sememangnya umum dan kabur, tetapi telah menarik perhatian ramai dalam usaha menjelaskannya dan mencari kata sepakat dalam penterjemahan. Bahagian pertama definisi tersebut (memenuhi keperluan semasa) dapat dikatikan dengan objektif sosial dan ekonomi dalam pembangunan, manakala bahagian kedua (keperluan generasi akan datang) dapat dikaitkan dengan pertimbangan jangka panjang termasuk isu pemeliharaan alam sekitar.

Dalam menjelaskan konsep pembangunan mampan ini, para pengkaji telah membahagikan aspek kemampanan kepada tiga bahagian yang saling berkaitan iaitu aspek fizikal/ekologi, ekonomi dan sosial. Ada juga pengkaji menambahkan aspek institusi sebagai satu lagi dimensi pembangunan mampan.

Kemampanan atau keupayaan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka memerlukan stok sumber dan modal fizikal dan bukan fizikal kekal atau berkembang. Untuk itu pembangunan yang mampan akan mudah dicapai dalam situasi ekonomi berkembang. Bagaimanapun, pertumbuhan perlu diikuti dengan agihan yang lebih saksama yang mengambil kira keperluan minimum bagi mencapai kehidupan yang sempurna.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

8

Page 9: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Tanpa ada pertumbuhan dan pengagihan, akan memudahkan kewujudan kekacauan sosial dan ketidakstabilan politik yang merupakan petanda situasi tidak mampan (Veron, 2001).

Dari sudut sosial perluasan peluang-peluang sosial merupakan asas kepada pembangunan. Ini termasuk usaha pihak kerajaan dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, pendidikan asas dan reformasi tanah yang lebih efektif kepada golongan marginal. Pembangunan yang mampan juga memerlukan usaha-usaha kolektif dari kalangan ahli komuniti. Nilai-nilai perpaduan dan kesepakatan, pengorbanan, tolong-menolong dan adab serta amalan tradisional yang menjadi asas kepada keutuhan komuniti perlu dipelihara bagi mencapai matlamat pembangunan mampan.

Dalam konteks ekologi, konsep kemampanan telah digambarkan dengan mudah oleh Leman & Cox (1991) seperti Rajah 1. Pembangunan yang tidak mampan ialah pembangunan yang menghabiskan sumber yang tidak dapat diperbaharui, menggunakan sumber yang boleh diperbaharui pada kadar lebih pesat daripada keupayaan sistem ekologi menjanakannya dan merosakkan keupayaan penghasilan alam semulajadi melalui pencemaran. Di sebaliknya pembangunan mampan ialah proses pembangunan yang seimbang dan tidak mencemar sistem ekologi dan tidak memupuskan sumber semulajadi. Ia termasuk penambahbaikan terhadap proses-proses ekologi, kepelbagaian biologi, dan pemeliharaan sumber semulajadi.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

9

Page 10: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

10

extraction

Defunct institutional mechanisms

Consumption Processing

Distribution

High demand

pollution pollution

pollutioninequility

Resource depletion

ECOSYSTEM

Extraction

Reformed institutional mechanism

Consumption Processing

Distribution

conservation

recyclingtreated waste

Equitable resource distribution

resource substitution

ECOSYSTEM

resource rehabilitation

treated waste

treated waste

Rajah 2a:Unsustainable Development

Rajah 2b: Sustainable development

Sumber: Disesuaikan dari Leman & Cox,1991

Page 11: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Beberapa penulis (Beatley & Manning, 1998; Campbell, 1996; Kaiser, 1995; Mega, 1996; Neuman, 1999), telah mengemukakan empat kriteria utama untuk digabung bagi menerangkan dengan lebih terperinci konsep pembangunan mampan (Rajah 2).

Rajah 3: Elemen-elemen pembangunan mampan

Sumber: Disesuaikan dari Beatley & Manning, 1998; Campbell, 1996; Kaiser, 1995; Mega, 1996; Neuman, 1999

1. Penghasilan Semula Menurut Campbell (1996), pembangunan mampan merupakan kemampuan jangka panjang bagi suatu sistem semulajadi untuk menghasil semula sumber berkenaan. Sebagai contoh, kegiatan perhutanan perlu mengamalkan prinsip tanam semula selepas pembalakan supaya stok balak dapat dihasilkan semula secara semulajadi dalam tempoh masa yang akan datang. Menurutnya lagi, jururancang mesti melihat dan boleh membentuk skop dan kriteria bagi pembangunan di masa hadapan, mengenalpasti keperluan yang muncul dan pelan yang bersesuaian untuk memastikan segala keperluan tersebut dapat dipenuhi. Menerusi definisi ini, alam binaan dilihat menjadi lebih ‘hidup’, ekosistem lebih sihat, pertumbuhan ekonomi lebih responsif seterusnya melihatkan wujudnya kesamaan dari segi agihan.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

11

PEMBANGUNAN MAMPAN

Keseimbangan (balance)

Penghasilan Semula (reproduction)

Proses Dinamik (dynamic process)Kesedaran Pertalian

Tempatan Dengan Global

(link local to global concern)

Page 12: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

2. Keseimbangan Alam sekitar, ekonomi dan nilai-nilai sosial perlu seimbang bagi mencapai pembangunan mampan (Kaiser, 1995; Neuman, 1999). Bagi mencapai keseimbangan perlu melibatkan proses koordinasi, runding cara serta kompromi dan apabila nilai-nilai yang terlibat tidak dinyatakan, aspek kemampanan tidak akan dapat diterapkan ke dalam pelan-pelan pembangunan. Jika nilai-nilai berkaitan alam sekitar tidak diambilkira, maka proses sokongan keperluan asas hidup manusia yang bergantung kepadanya menjadi tidak mampan. Jika nilai-nilai ekonomi pula tidak dinyatakan, maka sumber yang menjadi asas sesebuah komuniti akan berubah dan penambahbaikan akan ditolak. Jika nilai-nilai sosial tidak diterapkan ke dalam pelan, maka akan terbentuk suasana yang tidak memenuhi keperluan hidup dan bekerja kepada penduduk setempat, dan tidak mewujudkan keadilan terhadap kumpulan-kumpulan berkepentingan yang terlibat.

3. Kesedaran pertalian tempatan dengan global Pembangunan mampan memerlukan komuniti menilai dan mempertimbangkan sesuatu yang melangkaui kepentingan dalam proses pembangunan masa hadapan bagi menghadapi keperluan yang lebih besar (kepentingan wilayah dan global) (Mega, 1996). Pelan-pelan pembangunan seharusnya sedia maklum bahawa komuniti mempunyai fungsi penting dalam konteks persekitaran, ekonomi dan sistem sosial di peringkat wilayah dan global. Justeru, komuniti tidak seharusnya bertindak bagi memenuhi keperluan sendiri sahaja, setiap individu dan kelompok-kelompok yang berkepentingan perlu mengambil kira kepentingan di peringkat yang lebih tinggi.

4. Proses dinamik Konsep kemampanan memerlukan komuniti untuk terlibat secara aktif dan berterusan di dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembentukan nilai komuniti yang mampan. Iaitu aktiviti yang menyuruh masyarakat menentukan sendiri sistem komuniti yang diperlukan. Proses yang dirangka ini memerlukan penglibatan masyarakat (public participation) dan rundingan terhadap sebarang konflik dalam merangka pelan pembangunan komuniti yang mampan.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

12

Page 13: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Matlamat Pembangunan Mampan

Lima (5) matlamat utama pembangunan mampan telah dikenalpasti oleh Blowers (1993), iaitu pemeliharaan (conservation), pembangunan yang seimbang (balanced development), kualiti persekitaran (environmental quality), kesaksamaan sosial (social equality) dan penglibatan politik (political participation) (Rajah 3).

Rajah 4: Matlamat pembangunan mampanSumber: Blowers, 1993

1. Pemeliharaan Secara ringkasnya, pemeliharaan boleh diterjemahkan ‘untuk memastikan penggunaan tanah serta lain-lain sumberjaya secara bijaksana dan mesra alam’. Sumber alam yang dimaksudkan ialah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan sumber mineral. Manakala, penggunaan secara bijaksana dan mesra alam ialah tindakan kita mengamalkan prinsip 5R (reuse, rethink, reduce, renew, recycle), membangunkan alternatif bagi penggunaan sumber secara lebih produktif di samping tidak memudaratkan alam sekitar dan manusia. Matlamat jangka panjang pemeliharaan bukan sahaja membolehkan sumber alam digunakan secara berpanjangan tetapi secara langsung dapat mengekalkan biodiversiti bumi serta mengelakkan sumber-sumber berharga terbabit daripada ancaman kepupusan.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

13

Pemeliharaan(corservation)

Pembangunan Seimbang (balanced

development)

Kualiti Persekitaran (environmental

quality)

Kesamaan Sosial (social equality)

Penglibatan Politik (political

participation)

1

2

3

4 5

MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN

Page 14: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

2. Pembangunan Seimbang Pembangunan seimbang dapat dicapai jika ketiga-tiga komponen yang menjadi tunjang kemampanan (ekonomi, sosial dan ekologi) dapat diintegrasikan iaitu pembangunan ekonomi dapat mewujudkan kesaksamaan dengan pembangunan sosial melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan yang baik kepada masyarakat serta kualiti persekitaran yang sihat dan selamat. Manakala pembangunan sosial pula mewujudkan persekitaran setempat yang mesra alam trasformasi minda serta sikap masyarakat supaya lebih mementingakan penjagaan alam sekitar. Integriti persekitaran perlu dikukuhkan supaya dapat menghadapi situasi ekonomi. Pembangunan ekonomi perlu mempertimbangkan daya tampungan sesuatu kawasan di samping perlu mengambil langkah memelihara biodiversiti alam. Pembangunan seimbang juga bermaksud aktiviti-aktiviti mengolah atau membangunkan alam semulajadi kepada alam binaan pada masa yang sama perlu melakukan tindakan penyimpanan, pemeliharaan, penjagaan sesetengah sumber alam sekitar bagi mengelakkan pembaziran terhadap sumber alam yang berharga.

3. Kualiti PersekitaranAktiviti pembangunan yang dijalankan perlu dibuat secara ‘trade-off’ dengan persekitaran (Abdul Samad Hadi, 2003). Ini bermaksud, pembangunan yang dibekalkan dengan sumber alam perlu dibuat dengan mengelak atau mengurangkan proses-proses yang dapat memudaratkan kualiti persekitaran dan kesihatan manusia. Antaranya mengawal jumlah buangan berbahaya seperti sisa toksid dan kadar pencemaran serta mengamalkan langkah pengambilan sumber alam secara berhemah.

4. Kesamaan Sosial Corak sistem ekonomi yang diamalkan dunia hari ini dilihat sukar untuk mengurangkan jurang kesamaan di antara golongan kaya dengan perjuangan untuk hidup golongan miskin. Konflik yang timbul tidak akan selesai jika kesepakatan tidak diwujudkan dan untuk memastikan kesaksamaan serta agenda pembangunan mampan dapat dipenuhi, komitmen dan kerjasama adalah perlu, termasuklah menolak sistem ekonomi materialime yang wujud hari ini.

Kesamaan sosial di sini membawa maksud setiap orang di dalam masyarakat perlu disediakan aksess yang sama

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

14

Page 15: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

terhadap faedah pembangunan seperti aksess kepada perumahan bagi semua kumpulan sosial, penyediaan kemudahan dalam lingkungan yang mampu dicapai oleh setiap orang termasuk orang miskin, kanak-kanak, orang cacat dan warga tua. Pembangunan juga perlu memastikan bukan sahaja melindungi alam sekitar, malah dapat menyediakan persekitaran hidup yang sihat serta keselamatan kepada manusia.

5. Penglibatan AwamKomitmen akan dapat diwujudkan melalui penglibatan dan kerjasama (Blowers, 1993). Penglibatan penduduk di dalam proses membuat keputusan perlu diperluaskan di semua peringkat dan dibuat melalui proses perancangan yang adil. Di dalam amalan sistem demokrasi, ahli politik sebagai mewakili masyarakat di dalam membuat keputusan, perlu menyokong usaha oleh badan bukan kerajaan untuk mengeluarkan idea serta sumbangan dalam proses perancangan. Penurunan kuasa oleh pentadbiran pusat kepada wakil tempatan dilihat dapat meningkatkan kadar penglibatan, interaksi serta kerjasama di antara pelbagai pihak untuk menyokong pembentukan polisi-polisi bagi pembangunan mampan. Penglibatan penduduk boleh meningkatkan kemampanan melalui:

Tindakan merancang bersama-sama penduduk. Ini kerana penduduk sendiri lebih memahami konteks dan keperluan tempatan, cuma mereka tidak mempunyai kemahiran secara khusus untuk menentukan proses merancang dan bertindak.

Koordinasi dengan penduduk tempatan menjadikan strategi lebih berkesan untuk peringkat perlaksanaan. Ini kerana perlaksanaan yang berkesan adalah melalui pengupayaan iaitu penduduk sendiri yang menentukan sama ada suatu perancangan itu berjaya ataupun gagal

Pandangan penduduk tidak bias kepada kepentingan golongan yang tertentu. Peracangan adalah untuk kemajuan dan kesejahteraan semua orang di dalam masyarakat.

Matlamat pembangunan mampan seperti yang dihuraikan adalah selaras dengan objektif utama yang ingin dicapai iaitu untuk mengurangkan gejala kemiskinan (dalam konteks kemiskinan mutlak) di negara-negara mundur dan miskin melalui penyediaan keperluan dan kemudahan yang lebih baik di samping

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

15

Page 16: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

keselamatan hidup akan dipertingkatkan serta meningkatkan keseimbangan dalam hubungan ekonomi-sosial-ekologi, seterusnya bertindak untuk meminimumkan kemusnahan sumber, kerosakan alam sekitar, gangguan terhadap budaya dan ketidakstabilan institusi sosial (Barbier, 1987).

Rajah 5 Model pembangunan mampan

Sumber: Foward Scotland (1997:9)

Komuniti Mampan

Perkataan komuniti telah diberikan pelbagai tafsiran. Kamus Oxford mendefinisikan perkataan community sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal dalam satu tempat; secara bersama dan mempunyai kepentingan. Manakala menurut kamus Longman, community ialah sekelompok manusia yang tinggal di dalam suatu kawasan yang sama; berkongsi kerakyatan atau agama atau mempunyai kesamaan dalam sesuatu keadaan. Definisi-definisi tersebut mengklasifikasikan dua elemen penting di dalam pembentukan komuniti iaitu kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat yang sama dan berkongsi kepentingan.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

16

Pembangunan mampan

Kemampanan ekonomi

Pekerjaandan

kemewahan

KesaksamaanPersekitaran

setempat

Persekitaran semulajadi dan

alam binaan

Pengecualian dan penglibatan sosial

Keperluan Ekonomi Integriti Persekitaran

Kesejahteraan Komuniti

GrowthEquityEfficiency

Ecosystem integrityCarrying capacityBiodiversityGlobal issues

EmpowermentParticipationSocial mobilitySocial cohesionCultural identityInstitutional development

Page 17: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Sekumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu komuniti pastinya akan menjalankan pelbagai aktiviti bagi kelangsungan hidup diri dan keluarga serta menambahbaik keadaan dalam komuniti. Oleh yang demikian, setiap komuniti memerlukan suatu sistem hidup yang mantap bagi mengurus serta mengawal organisasi kehidupan dan keperluan yang pelbagai daripada ahli-ahli di dalam komuniti supaya tidak berlaku perlanggaran terhadap hak individu lain serta untuk dijadikan asas bagi memandu tindakan komuniti supaya menghormati lingkungan batas alam semulajadi untuk kepentingan bersama. Dalam konteks ini, komuniti boleh dirumuskan sebagai sekumpulan manusia yang tinggal dalam satu kawasan yang sama, mempunyai sistem peraturan tersendiri dan institusi bagi membolehkan ahli-ahlinya hidup secara bersama.

Skop kemampanan komuniti juga tidak dapat lari dari membicarakan tiga elemen yang menjadi teras pembangunan mampan dan saling kuat terikat satu sama lainnya iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar (Moffatt, 1996).

Idea perancangan komuniti mampan oleh Ibrahim Ngah (2003) contohnya, menggabungkan pengertian pembangunan mampan dan komuniti secara bersepadu di mana beliau akhirnya menyimpulkan komuniti mampan sebagai komuniti yang menerimapakai cara hidup dan jalan pembangunan yang menghormati dan bertindak dalam lingkungan batas alam semulajadi.

Untuk membentuk komuniti yang dapat menghormati dan bertindak di dalam lingkungan batas yang mampu ditampung alam semulajadi, sistem hidup komuniti perlu dikawal oleh suatu struktur perundangan yang mantap, dapat difahami dan dipatuhi setiap ahlinya. Justeru, konsep komuniti mampan yang ditekankan oleh kajian ini memerlukan tindakan bersepadu berteraskan kekuatan tiga pertalian iaitu:

manusia dengan manusia – kemampanan dalam aspek sosial, ekonomi dan politik

manusia dengan alam – kemampanan dalam aspek ekologi

manusia dengan tuhan – kemampanan dalam aspek kesedaran adanya tuhan (god consciousness)

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

17

Page 18: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Rangka kerja kemampanan komuniti ini memasukkan hubungan ketuhanan sebagai salah satu dimensi yang menunjangi konsep komuniti mampan selain hubungan sesama manusia (aspek ekonomi, sosial dan politik) dan hubungan dengan alam persekitaran (aspek ekologi). Jika sebelum ini perancangan pembangunan luar bandar yang mampan dapat menerimapakai integrasi nilai kerohanian dalam perancangan melalui Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Zainuddin Muhammad, 1997), tidak mustahil penerapan nilai yang serupa bagi konsep komuniti mampan luar bandar mampu dilaksanakan. Sewajarnya, tindakan merancang dan membentuk sistem hidup komuniti yang mantap dan komprehensif memerlukan kefahaman terhadap pencipta sebagai asas mencapai kesejahteraan dan kehidupan yang berterusan. Komuniti yang mampan dan berjaya tidak seharusnya berakhir selepas kematian dan hidup diteruskan oleh generasi kedua dan seterusnya, kejayaan sebenar adalah kelangsungan hidup yang sejahtera selepas berakhirnya kehidupan. Pembangunan komuniti mampan tidak hanya memikirkan kehidupan dunia

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

18

"Keseimbangan aspek sosial ekonomi, ekologi dan robanibagi mencapai kemampanan komuniti yang menyeluruh "

KOMUNITI MAMPAN

Hubungan Manusia Dengan

Manusia

Hubungan Manusia Dengan

Alam Sekitar

Hubungan Manusia

Dengan Tuhan

Kesedaran & Kepatuhan

Harmoni

Page 19: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

yang bersifat sementara, tetapi bagaimana pembangunan dapat dijadikan mekanisme untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan yang kekal abadi.

Maka, komuniti mampan adalah komuniti yang mempunyai satu sistem hidup yang komprehensif berteraskan ilmu dan budaya bagi mendokong prinsip dan amalan kemampanan. Sistem hidup tersebut mestilah mempunyai interaksi seimbang dan bersepadu antara manusia dengan manusia; manusia dengan alam dan manusia dengan pencipta. Huraian terperinci terhadap ciri-ciri sistem hidup komuniti yang mampan dijelaskan dalam jadual di bawah.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

19

Page 20: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Jadual 1 Situasi komuniti mampan

Pertalian Kemampanan Ciri-Ciri Sistem1 Hubungan manusia dengan

manusia

- sistem sosial yang mampan adalah sistem yang mampu bertahan dalam menangani cabaran (mengalami perubahan ke arah lebih baik). Sistem ini didasari ilmu terhadap kebenaran dan ilmu saintifik yang menyokong sistem kehidupan komuniti

- sistem ekonomi yang mampan memastikan wujud keadilan dan keseimbangan di samping membantu yang lemah

- sistem politik yang mampan perlu melibatkan perbincangan yang mengambilkira pendapat orang lain dan mempraktikkan langkah-langkah penguatkausaan undang-undang

Sosial Sistem yang boleh menjaga

kesinambungan generasi Sistem yang boleh menjaga kualiti

manusia Sistem yang menjaga perhubungan

lelaki dan wanitao Institusi perkahwinano Tatacara bersosial/pergaulano Institusi keluarga

Sistem yang mengawal kemudaratan akibat kepincangan hubungan bersamao Institusi penghakiman/pelaksana

hukum

Ekonomi Sistem yang boleh menjamin keadilan

dalam komuniti Sistem yang menjamin kesamaan

peluang Sistem yang menjamin keseimbangan

di dalam agihan hasil Wujud mekanisma khusus bagi

memastikan keberkesanan terhadap aktiviti ekonomi

Sistem membantu yang lemah

Politik Sistem yang menggalakkan penglibatan

/ penyertaan (participation) ahli dalam komuniti memberikan idea

Sistem yang menampakkan kepatuhan kepada pemimpin yang dilantik selagi berlaku adil

Sistem penguatkuasaan peraturan dan undang-undang

2 Hubungan manusia dengan alam sekitar

- sistem ekologi yang mampan memastikan wujud penggantian sumber, kitar semula, rawatan sisa, kesamaan agihan, pemeliharaan dan pemulihan sumber di samping terdapat mekanisme institusi yang mengawal sistem hubungan

Ekologi Sistem yang menjamin kesamaan

agihan sumber Sistem yang memastikan pemeliharaan

sumber untuk generasi akan datang Sistem yang memastikan pemuliharaan

sumber selepas diguna Sistem bagi penggantian sumber

terutama yang boleh diperbaharui Sistem yang mempraktikkan prinsip 5R

dan penjimatan Sistem khusus bagi rawatan sisa hasil

penggunaan sumber alam

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

20

Page 21: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

ini3 Hubungan manusia dengan

tuhan

- sistem yang memerlukan ahli komuniti sedar adanya tuhan/kuasa yang mencipta alam

Kerohanian/Spiritual Sistem yang mewujudkan kepatuhan

kepada pencipta Sistem yang menggalakkan amalan

yang baik/positif dan melarang perbuatan buruk/negatif

Sistem yang memantapkan kekuatan/kesucian dalaman

Sistem yang menggalakkan kesederhanaan hidup

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

21

Page 22: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Rujukan

Rosmin Talib dan Katiman Rostam (2004), Industri Desa Sebagai Enjin Pertumbuhan Dalam Pusat Pertumbuhan di Malaysia, Kertas kerja di bentangkan di Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar dan Wilayah Ke 22, di UTM Skudai, 27-28 September 2004.

Glasson, John (1992), An Introduction to Regional Planning, 2nd. Edition, London: The Built Environment.

Abd. Samad Hadi (2003). Persekitaran Bandar Yang Lebih Baik Kepada Kesejahteraan Komuniti. Pembentangan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah ke-21. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Barbier, E (1987). The Concept of Sustainable Economic Development. Environmental Conservation.

Barton, H (2000). Sustainable Communities; The Potential for Eco-Neighbourhoods. Earthscan Publications Limited, London.

Beatley, T & Manning, K (1998). The Ecology of Place: Planning for Environment, Economy and Community. Washington DC: Island Press.

Berke, Philip R (2000). Are We Planning for Sustainable Development?. Journal of the American Planning Association, Vol. 66, Issue 1, p 21.

Blower, A (1993). Planning for sustainable environment. Town and Country Planning Association. Earthscan Publications Limited, London.

Carson, R. (1965). Silent Spring. Harmondsworth: Penguin.

Commoner, B. (1972). The Closing Circle. London: Cape.

HMSO (1996). Indicators of Sustainable Development for United Kingdom. HMSO, London.

Ibrahim Ngah (2002), Rural Sustainablity: An Examination of the Practice of Sustainable Development Principle in a Rural

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

22

Page 23: Nota SBP4282-Idea Perancangan

Nota Perancangan Luar Bandar (SBP4282)

Community in Malaysia. Paper presented at the International Conference on Environmental Issues & Sustainable Development, 18-19 July , Balai Ikhtisas Malaysia, Kuala Lumpur.

Ibrahim Ngah (2003), Pelan Tindakan Desa, Skudai: Penerbit UTM.

Jackson, T. & Roberts, P (2000). A Review of Indicators of Sustainable Development: A Report For Scottish Enterprise Tayside. University of Dundee, Scotland.

LeLe, S (1991). Sustainable Development: A Critical Review, World Development, Vol 19, No.6, pp. 607-621. Pergamon Press plc. Great Britian.

Meadows, D. (1974). The Limits of Growth. Pan Books, London.

Prof. Madya Dr. Ibrahim NgahJabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

23