Nota Produksi multimedia animasi

25
PRODUKSI MULTIMEDIA ELEMEN MULTIMEDIA ANIMASI Disediakan Oleh : Siti Faizah Binti Kertau Kintus (D20102039848)

description

nota produksi multimedia animasi

Transcript of Nota Produksi multimedia animasi

Page 1: Nota Produksi multimedia animasi

PRODUKSI MULTIMEDIA

ELEMEN MULTIMEDIA

ANIMASI

Disediakan Oleh : Siti Faizah Binti Kertau Kintus (D20102039848)

Page 2: Nota Produksi multimedia animasi

Definisi Animasi :

Page 3: Nota Produksi multimedia animasi

Definisi Animasi :

Animasi (animation) berasal dari perkataan latin yang membawa erti ‘dihidupkan’.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.

Animasi didefinisikan sebagai satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.

Page 4: Nota Produksi multimedia animasi

Tujuan Animasi :

Page 5: Nota Produksi multimedia animasi

Tujuan Animasi :

Animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses menambahkan pergerakan kepada imej statik dengan menggunakan pelbagai kaedah. 

Terdapat pelbagai keadaan di mana animasi diperlukan penggunaannya di dalam sesebuah halaman web, antaranya ialah bagi menceriakan  sesuatu halaman web, menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas dan menjimatkan ruang storan di dalam sesuatu komputer pelayan (server) bila menggunakan animasi berbanding dengan video bagi menunjukkan peristiwa yang sebenar.

Animasi juga digunakan bertujuan untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat diterangkan menggunakan media-media yang lain.

Page 6: Nota Produksi multimedia animasi

Animasi GIF (Animated GIF) :

Page 7: Nota Produksi multimedia animasi

Animasi GIF (Animated GIF) : Merupakan teknologi animasi yang terawal  dan

agak mudah untuk dihasilkan. Animasi gif sebenarnya merujuk kepada siri imej-

imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berturutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif.

Animasi gif ini amat popular digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan menerusi halaman web atau lebih popular dikenali sebagai “banner”.

Kelebihan animasi  jenis gif ialah ianya boleh dimainkan di mana-mana komputer yang menggunakan pelayar web tanpa memerlukan perisian tambahan atau plug-in. Kelemahannya ialah  ianya tidak boleh diintegrasikan dengan audio serta tidak mampu berinteraksi dengan pengguna.

Page 8: Nota Produksi multimedia animasi

Shockwave (Flash dan Director) :

Page 9: Nota Produksi multimedia animasi

Shockwave (Flash dan Director) : Shockwave merupakan suatu piawaian yang

amat popular dan mendapat sambutan ramai bagi tujuan persembahan multimedia menerusi internet. Ia bukan sahaja mampu memaparkan animasi malah juga berupaya menghasilkan interktiviti peringkat tinggi. 

Teknologi Shockwave ini dipelopori oleh syraikat gergasi dalam bidang multimedia iaitu Macromedi Inc. Terdapat pelbagai jenis Shockwave yang ada antaranya Shockwave Director, Flash, Authorware dan juga Freehand.

Page 10: Nota Produksi multimedia animasi

Teknik-Teknik Animasi :

Page 11: Nota Produksi multimedia animasi

Teknik-Teknik Animasi :

1. Animasi Tradisional Sebelum berkembangnya teknologi animasi

berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan menggunakan tangan.

Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2 minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej.

Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional antaranya:

(i) Keyframes

(ii) Animasi Sel

(iii) Page Flipping

(iv) Onion Skinning

Page 12: Nota Produksi multimedia animasi

Cont…

2. Animasi Berkomputer  Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang

dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. 

Terdapat pelbagai kaedah di dalam penghasilan animasi berkomputer, iaitu daripada animasi mudah sekadar pergerakan objek secara linear merentasi skrin sehinggalah kepada animasi 3 dimensi yang mengkagumkan.

Beberapa istilah dan proses yang sering terlibat di dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer iaitu :(i) Tweening(ii) Keyframe

Page 13: Nota Produksi multimedia animasi

Kategori-kategori Animasi Berkomputer :

Page 14: Nota Produksi multimedia animasi

Kategori-kategori Animasi Berkomputer:

1. Animasi 2 Dimensi Animasi dua dimensi juga kadangkala dikenali

sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan.

Beberapa kaedah yang digunakan bagi membangunkan animasi dua dimensi. Antaranya :#    Animasi Laluan (Path Animation)#    Animasi Sel (Cel Animation)#    Animasi Skrin atau Transaksi Objek#    Animasi Fon dan Ikon

Page 15: Nota Produksi multimedia animasi

Cont…

2. Animasi 3 Dimensi   Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga

dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi.

Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi tiga dimensi. Antaranya :#   Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)#    Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lightning)#    Pemetaan (Mapping)#    Rendering dan Animasi

Page 16: Nota Produksi multimedia animasi

Kesan Khas Animasi :

Page 17: Nota Produksi multimedia animasi

Kesan Khas Animasi :

Selain daripada animasi 2D dan 3D, terdapat juga beberapa jenis animasi lain yang ada dan antara yang paling utama ialah kesan khas animasi.

Beberapa kesan khas animasi yang utama ialah : (i) Morphing(ii) Warping(iii) Virtual Reality

Page 18: Nota Produksi multimedia animasi

Format Fail Animasi :

Page 19: Nota Produksi multimedia animasi

Format Fail Animasi :

Format fail animasi yang paling popular antaranya ialah format daripada AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC)

Macromedia Director (.DIR). Animasi juga sering disimpan sebagai

video klip yang mempunyai format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

Page 20: Nota Produksi multimedia animasi

 Perisian-perisian Animasi :

Page 21: Nota Produksi multimedia animasi

Perisian-perisian Animasi :1. Perisian Animasi 2D : Perisian animasi dua dimensi menambahkan

pergerakan dan juga pergerakan pada imej yang statik. Perisian ini sama ada menggunakan imej vektor atau

bitmap sebagai objek, pergerakan atau animasi akan dicapai melalui siri frame-frame yang tersusun.

Biasanya animasi 2D yang dihasilkan menggunakan perisian bahasa gubahan yang sememangnya telah sedia menyediakan kemudahan-kemudahan bagi tujuan tersebut.

Contohnya perisian Macromedia 5.0 meyediakan 5 pilihan bagi menghasilkan pelbagai bentuk animasi laluan (path animation) yang dikehendaki.

Page 22: Nota Produksi multimedia animasi

Cont…

2. Perisian Animasi 3D : Perisian animasi 3D membolehkan penghasilan

objek 3D dengan animasi yang bersesuaian dibangunkan.

Pada peringkat asas, perisian animasi 3D yang mudah, murah dan senang digunakan antaranya ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, Crystal Flying Fonts Pro dan Ray Dream 3D.

Di peringkat pertengahan, perisian seperti Specular Infini D, Visual Reality, Ray Dream Studio dan Macromedia Extreme 3D merupakan antara pilihan yang bijak.

Page 23: Nota Produksi multimedia animasi

Perkakasan Bagi Penghasilan Animasi :

Page 24: Nota Produksi multimedia animasi

Perkakasan Bagi Penghasilan Animasi: Animasi berkomputer boleh dihasilkan dengan

menggunakan mana-mana sistem komputer multimedia masa kini.

Sistem Komputer dengan keupayaan pemproses setinggi 600 Mhz, ingatan utama (RAM) 64 MB dan ruang storan 4.3 GB mampu menghasilkan animasi-animasi yang berkualiti tinggi bagi tujuan pembangunan aplikasi multimedia.

Namun demikian, bagi penghasilan animasi-animasi yang lebih kompleks serta canggih sepertimana yang sering kita lihat melalui televisyen dan media-media elektronik yang lain, sistem komputer dari kategori stesyenkerja (workstation), Silicon Graphics, Windows NT atau yang lebih canggih dan pantas diperlukan.

Page 25: Nota Produksi multimedia animasi

TAMAT

Disediakan Oleh : Siti Faizah Binti Kertau Kintus (D20102039848)