Nota Elektronik Asas

download Nota Elektronik Asas

of 23

description

Elektronik asas, Fungsi Komponen, Komponen aktif dan pasif

Transcript of Nota Elektronik Asas

2.0 Elektrik dan Elektronik (EE)2.1 Prinsip Elektrik & ElektronikMata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik. Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan..Objektif

1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik.4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan.5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.

2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat Tajuk ini mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik ; jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan penebat ; rintangan pengalir dan penggunaan alat ujian dan alat ukuran.Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk memaparkan bentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk mengukur arus, voltan dan rintangan ; menyambung sel secara siri, selari dan siri-selari dan mengukur bacaan voltan.

2.1.2 Aplikasi Elektrik & ElektronikTajuk ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Politeknik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Institut Kemahiran Mara (IKM) Kolej Komuniti

Objektif :1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan peraturan STM / IEE.2. Memahami kaedah dan membuat kerja pemasangan elektrik fasa tunggal domestik dan industri.3. Memahami ciri, fungsi, penggunaan dan penyenggaraan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektrik dan elektronik.4. Membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberi.5. Mengesan dan membaiki kerosakan litar elektronik, penerima radio AM, FM dan penerima TV warna.6. Memasang dan mendawai pemula, motor elektrik dan komponen-komponen kawalan magnetik.7. Mengaturcara mudah PLC untuk mengawal motor elektrik.8. Membaca, melukis dan mentafsir lukisan elektrik dan elektronik.9. Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan dengan kursus elektrik & elektronik yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.

2.1.4 Lukisan Elektrik Dan ElektronikModul ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah melukis simbol-simbol kompenan elektrik dan elektronik; melukis skema pemasangan dan pendawaian elektrik; susunatur peralatan yang berkaitan; kaedah mentafsir dan memindahkan litar skema kepada papn tercetak dan sebagainya.Murid dinilai kompetensinya dalam kerja melukis rajah litar skema dan rajah susun atur pendawaian 1 fasa dan 3 fasa; melukis simbol kompenan, litar skema dan litar bercetak.

2.1.5 Litar Elektrik Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri, selari dan siri-selari ; teknik mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari ; menggunakan meter pelbagai.Murid dinilai kompetensinya dalam membuat lakaran dan sambungan perintang secara siri, selari dan siri-selari ; memateri perintang secara siri-selari pada papan jalur. 2.1.6 Laluan Kerjaya Wireman Mekanik Radio TV Mekanik Mesin dan Peralatan

2.2 Jenis Komponen ElektronikKomponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepadagandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialah perintang, pemuat dan pearuh.Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu.

2.2.1 Komponen Pasifa) PerintangPerintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm ().Terdapat dua jenis perintang:1. Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap2. Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah

b) Jenis PemuatKomponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

c) Pemuat tetapPemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya.d) Pemuat boleh ubahPemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.e) KemuatanKemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut: Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit

f) Suis

digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar dengan mudah dan pantas. dua perkara yang perlu diberi perhatian berhubung dengan penggunaan suis: kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis tersebut. Jika kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis dilampaui, suis akan rosak

Jenis-jenis SuisSuis Togel (Rajah 7) dan Suis Gelangsar (Rajah 8)

Rajah 8: Suis GelangsarRajah 7: Suis togel

Suis punat tekan digunakan untuk membuka atau menutup litar dalam masa yang singkat. Terbahagi kepada dua jenis: suis punat tekan hidup (NO) suis punat tekan mati (NC). Bagi suis punat tekan hidup, litar akan tertutup apabila punat ditekan. Apabila punat dilepaskan, litar akan terbuka. Contoh: Suis loceng dalam bas. Bagi suis punat tekan mati, litar akan terbuka apabila punat ditekan dan litar akan tertutup apabila punat dilepaskan. Contoh: suis amaran di pintu kereta.

g) Mentol Mengeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui filamennya. Mentol selalunya rosak apabila filamennya putus. Mentol dan simbol skematiknya adalah seperti dalam rajah 11.Rajah 11: Mentol dan simbol skematik

h) Sel dan Bateri Komponen ini membekalkan tenaga elektrik untuk membolehkan sesuatu projek elektronik berfungsi. Binaan asas suatu sel dan bateri terdiri daripada elektrod positif, elektrod negatif dan elektrolit. Tindakbalas kimia di antara elektrolit dan plat-plat tersebut menyebabkan tenaga elektrik terhasil. Terdapat dua jenis sel: sel primer dan sel sekunder Sel kering yang digunakan dalam lampu suluh adalah contoh sel primer. Beberapa sel yang disambung secara siri membentuk satu bateri. Bateri basah yang digunakan dalam kereta merupakan contoh sel sekunder.

Rajah 12: Simbol skematik sel dan bateri

2.3 Komponen Aktif2.3.1 Diod Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah. Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya.Rajah 13: Diod simpang dan simbol skematik

Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran dengannya. Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. Lihat rajah 14.pincang hadapanpincang balikanRajah 14: Cara memincang diod

2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED) Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.Rajah 15: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED

Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED:1. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod, dan yang jauh adalah anod.2. Bagi LED yang baru, kaki anod lebih panjang dari kaki katod3. Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah katod

2.3.3 Transistor (Simpang DwikKutub) - BJT dicipta pada 1948 membuka era baru dalam bidang elektronik sumbangan transistor kepada bidang elektronik: litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak Binaan dan Simbol transistor BJTTerdapat dua jenis transistor BJT PNP --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P NPN --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 16Rajah 16: Struktur asas dan simbol skematik transistorSimbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPNpengeluarpengeluardasardasar

setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin) nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1:Nama KakiFungsi

dasar (base B)mengawal arus pemungut

pengeluar (emitter E)membekalkan cas-cas kepada pemungut

pemungut (collector C)mengumpulkan cas daripada pengeluar

Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT

2.4 Rajah Litar Bergambar

Rajah 25: Rajah Litar Bergambar

Binaan sesuatu sistem elektronik boleh dipersembahkan dengan menggunakan rajah litar bergambar. Dalam rajah ini komponen-komponen dilukiskan menyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar. Rajah 25 menunjukkan rajah litar bergambar suatu projek yang di pasang menggunakan bongkah penyambung. Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang elektronik. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur fizikal sebenar sesuatu litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.2.5 Rajah Litar SkematikApabila sesuatu projek menjadi semakin besar, litarnya akan menjadi semakin kompleks. Bilangan dan jenis komponen yang terlibat juga bertambah banyak dan berbagai-bagai. Jika litar kompleks dilukis menggunakan rajah litar bergambar, ruang yang diperlukan untuk melukisnya lebih besar. Tambahan pula, pertalian di antara komponen-komponen semakin sukar dilihat. Oleh itu, rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk mempersembahkannya. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil. Rajah 26 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam rajah 25.

Rajah 26: Rajah Litar Skematik

Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatan membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu. Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya dilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan, kesabaran dan ketelitian.Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada simbol, komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta nombor) tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen.Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:

1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza walaupun saiz simbolnya samaBagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlu menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar dan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah.

2.6 Rajah Papan Litar Bercetak

Rajah 27: Papan Litar Bercetak

Peralatan elektronik komersial biasanya dipasang menggunakan papan litar bercetak. (Papan litar bercetak seringkali dipanggil PCB - singkatan bagi Printed Circuit Board). Rajah 27 menunjukkan satu contoh projek elektronik yang dipasang menggunakan papan litar bercetak. Ciri utama PCB ialah penggunaan balapan kuprum tercetak menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung komponen-komponen.Beberapa kebaikan PCB:1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang. 2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan pateri.4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal.5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan banyak.Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yang menyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbol skematiknya. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. Rajah 28 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik.

Rajah 28: Rajah Papan Litar Bercetak

Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan litar bercetak yang akan dihasilkan.Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.2. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus.3. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum. 4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis. 5. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod.6. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen.7. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm.8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner)9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai.2.7 Menghasilkan Projek ElektronikPenghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara menyambung dan memasang komponen-komponen elektronik. Sesetengah cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Ada pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta pengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakan berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunya digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajian makmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini anda akan pelajari cara pemasangan projek elektronik.

Rajah 29: Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Kayu Berskru Atau Paku

Rajah 30: Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Penyambung

Rajah 31: Pemasangan Projek Menggunakan Verobod

2.7.1 Susun Atur KomponenPemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut:1. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-komponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek.2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.3. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum di pasang.4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar):a) Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor, penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier SCR dan litar bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen tersebut.b) Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen.

5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itu disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi. Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur komponen berdasarkan rajah litar.

2.7. 2 Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek ElektronikPengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah ini perlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap dipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian kefungsian.

2.8 Ujian KeterusanUjian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat mempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untuk mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas. Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara: 2.8.1 Pemeriksaan Visual

Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan mata kasar.Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan projek gagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada komponen2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat UjianPemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada sesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar terbuka.

Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:

1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih. 3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.

Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut:

1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).2. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung menggunakan wayar pelompat).3. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri.4. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi.

Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar pintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah projek tersebut boleh dikenakan punca voltan.

Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek:1. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar negatif (-).2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik.

Prakata

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja khusus panjang Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah kami. Saya Mohd Aidil B Othman bersama dua orang rakan yang lain iaitu Mohd Faiz B Damanhuri dan Muhammad Asyraf Adib B Nordin berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti cara-cara membuat rancangan pelajaran harian, teknik mengajar secara berkesan dan pembelajaran secara mikro dan makro. Kami juga tahu bagaimana menganalisis dan membuat isi pelajaran yang diperolehi dengan cara yang betul.Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang banyak membantu kami iaitu En Zulkifli B Ariffin. Beliau bnyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk mnyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan lain yang bnyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Isi KandunganPerkaraMuka Surat

Biodatai

1.0 Prakataii

2.0 Elektrik dan Elektronik2.1 Prinsip elektrik dan elektronik2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat 2.1.2 Aplikasi Elektrik & Elektronik2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran2.1.4 Lukisan Elektrik Dan Elektronik2.1.5 Litar Elektrik2.1.6 Laluan Kerjaya2.2 Jenis Komponen Elektronik2.2.1 Komponen Pasif2.3 Komponen Aktif2.3.1 Diod2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED)2.3.3 Transistor (Simpang DwikKutub) BJT2.4 Rajah Litar Bergambar2.5 Rajah Litar Skematik2.6 Rajah Papan Litar Bercetak2.7 Menghasilkan Projek Elektronik2.7.1 Susun Atur Komponen2.7.2 Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik2.8 Ujian Keterusan2.8.1 Pemeriksaan Visual2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian

1-20

3.0. Rancangan Pengajaran 3.1. Rancangan pengajaran Mingguan3.2. Rancangan pengajaran Harian21-30

4.0 Isi pelajaran4.0 Carta alir pengajaran4.1 Langkah 1 pengenalan komponen elektrik dan elektronik4.2.1 powerpoint 4.2.2 penilaian 4.3 Langkah 2 persediaan kerja kumpulan 4.3.1 power point 4.3.2 persediaan amali 4.4 Langkah 3 Membina projek 4.4.1 Gambar rajah 4.4.2 Amali dan penilaian 4.5 Pengukuhan 4.5.1 Aktiviti pop quiz

31-40

5.0 Bahan bantu mengajar5.1 Cakera padat dokumentasi kerja kursus40-45

6.0 Refleksi45-50

7.0 Bibliografi8.0 Lampiran 5152

i