Negara Turki (Turkey)
Embed Size (px)
Transcript of Negara Turki (Turkey)

MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR
MUHAMMAD RAHMANI BIN HAZIZAN JABBA
AHMAD FARIZ ADHAM BIN ZULKANAIN
RAJA AHMAD MUQRI BIN RAJA MOHAR
MUHAMAD SYUKRI BIN MOHD SALEHUDIN

SEJARAH TURKI

• Turki memiliki sejarah yang panjang dengan dikuasai oleh beberapa dinasti secara
berganti-ganti.
• Dalam catatan sejarah yang bersumber dari Cina, Bangsa Hun (sebutan orang Cina
untuk bangsa Turki) telah mampu membangunkan sebuah kerajaan besar bernama
Atilla pada abad ke-5 Masehi yang terletak di tengah daratan Eropah. Kemudian
kelompok bangsa Turki lain yang sudah tersentuh budaya kemajuan membentuk
sebuah kerajaan pada tahun 522 M.
• Dalam sumber lain disebutkan kerajaan tersebut bernama Gökturk (Gök berarti blue)
yang didirikan pada tahun 682 M namun kemudiannya hancur pada tahun 711 M.
• Abad ke-11, orang Turki dari suku bangsa Oghuz mendirikan kerajaan Turki Saljuk
yang menguasai wilayah Asia Barat daya. Kemudian pada abad ke-13 berdiri
Kerajaan Usmani yang berkuasa hingga enam abad sampai 1924.
• Dalam sejarah umat Islam, Turki memiliki peranan yang sangat penting, terutama
dalam pengembangan wilayah Islam.
• Turki pernah menjadi negara adikuasa di dunia, iaitu ketika berada di puncak
keemasannya pada masa kerajaan Usmani.

• Dalam sejarah umat Islam, Turki memiliki peranan yang sangat penting, terutama
dalam pengembangan wilayah Islam.
• Turki pernah menjadi negara adikuasa di dunia, yaitu ketika berada di puncak
keemasannya pada masa kerajaan Usmani.
• Turki Usmani berhasil menakluk Konstantinopel 1453 (pemerintahan Muhammad II)
dan mengakhiri kekuasaan Kekaisaran Romawi dan selanjutnya membawa Islam ke
Eropah.
• Puncak keemasaan Kerajaan Usmani (pemerintahan Sulayman I) berhasil
menyatukan wilayah-wilayah meliputi Afrika utara, mesir Hijaz, Irak, Armenia, Asia
Kecil, Krime, Balkan, Yunani, Bulgaria, Bosnia, Hongaria, Rumania, sampai ke batas
sungai Danube dengan tiga lautan, yakni Laut Merah, Laut Tengah dan Laut Hitam.
• Pada 29 Oktober 1923, Republik Turki diproklamasikan setelah Kesultanan Usmani
dihapuskan. Presiden pertama yang dipilih adalah Mustafa Kemal Ataturk. Sejak
1920-an Turki berubah menjadi negara sekuler dengan dihapuskan mengenai “Islam
sebagai agama rasmi negara” dalam undang-undang yang berlaku

PENGENALAN TURKI

Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi
dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di
Timur Tengah. Sebahagian besar Turki terletak di
Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil
wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua
Eropah.

Turki ialah sebuah negara yang mana terletak di antara dua buah benua; Asia dan
Eropah.

BENDERA TURKI

Mustafa Kemal Ataturk dikenali di seluruh dunia sebagai bapa pengasas
kemodenan negara Turki. Dia juga ialah pegawai tentera Otoman dan Turki, negarawan,
penulis, dan presiden pertama Turki.

AGAMA
Turki ialah sebuah negara sekular tanpa sebarang agama rasmi; Perlembagaan Turki
menjamin kebebasan beragama dan berfikir. Islam merupakan agama yang dominan di Turki
kerana dianuti oleh sekitar 97% penduduknya. Baki populasi kebanyakannya merupakan
Orang Kristian dan Orang Yahudi.

MATAWANG
• Lira
• Kuruş

Kawasan pantai Turki dekat Laut
Aegia dan Mediterranean
mengalami Iklim
Mediterranean yang sederhana,
dengan musim panas yang panas
dan kering dan musim sejuk yang
sederhana dingin dan lembap.
Akibat lokasi geografi dan bentuk
muka bumi Turki, membawa kepada
kemunculan pelbagai jenis iklim.
Lebih banyak iklim sederhana di
kawasan pantai dan lautan.
continental climate
Mediterranean climate
continental climate
continental climate
black sea climate
Mediterranean climate
mix climate
IKLIM

POLITIK, EKONOMI,
SOSIAL DAN
BUDAYA

POLITIK
Politik di negara turki bergolak kerana terdapat beberapa parti
politik yang berbeza pandangan dan tujuan untuk menerajui
negara tersebut.
EKONOMI
Ekonomi di Turki sangat stabil kerana mereka adalah antara
salah satu negara pembuat kapal selain negara China, Korea
Selatan dan Jepun. Dan negara turki adalah antara negara
pengeluar kenderaan yang terbesar.

SOSIAL
Salah satu kekuatan-kekuatan sistem sosial di Turki adalah
mereka mempunyai nisbah peningkatan golongan muda kerana
mereka mempunyai lebih daripada separuh populasi
masyarakat berusia di bawah 30. Ini membolehkanTurki
meningkatkan kadar guna tenaga mereka. Ini ialah satu
kelebihan untuk perniagaan dan industri dalam Turki yang
menunjukkan golongan muda bersedia bekerja seterusnya
syarikat boleh mewujudkan pekerjaan untuk golongan ini.

BUDAYA
Disebabkan lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki
merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan
sebagai jambatan antara dua buah peradaban
Turki kaya dengan kepelbagaian budaya yang berupa campuran pelbagai unsur tradisi
dan budaya Turkik Oguz, Anatolia, Uthmaniyyah (yang berupa kesinambungan budaya
Yunani-Rom dan Islam) dan Barat, bermula dengan Pembaratan Empayar
Uthmaniyyah dan masih berterusan hingga kini.

• Kebudayaan Turki merupakah hasil usaha membina negara Barat yang "moden"
sambil memelihara nilai-nilai tradisional dan sejarah
• Muzik dan sastera merupakan contoh terbaik campuran pengaruh budaya yang
terhasil daripada interaksi antara Empayar Uthmaniyyah dan dunia Islam dengan
Eropah.
Kesusasteraan Turki banyak dipengaruhi oleh kesusasteraan Parsi dan
Arab sepanjang zaman Uthmaniyyah, tetapi menjelang akhir zaman itu,
kesan tradisi rakyat Turki dan sastera Eropah makin terasa
• Unsur-unsur seni bina yang terdapat di Turki juga bukti kepada campuran unik
tradisi-tradisi yang mempengaruhi negara ini selama berabad-abad lamanya.
Banyak tinggalan seni bina Uthmaniyyah dengan campuran tradisi setempat
dan Islam di merata negara. Sejak abad ke-18, seni bina Turki dipengaruhi
oleh gaya Barat, terutama di Istanbul di mana letaknya bangunan-bangunan
lama seperti Istana Dolmabahçe dan Çırağan terletak seiring dengan
pencakar langit moden.

EKO PELANCONGA
N

Kawasan persekitaran Turki berbeza dari setiap daerah.
Lembah
Gunung

Kawasan LapangPantai
Sungai Tasik

ANTARA TEMPAT
MENARIK DI TURKI

Masjid Biru (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul;
bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke
1923). Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin birunya menghiasi dinding di
bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616. Rekabentuk masjid juga merupakan
gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam. Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini
di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice, Itali.

Istana Topkapi adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman rasmi kesultanan
Uthmaniyyah selama lebih dari 400 tahun. Pembinaan Istana Topkapi ini bermula pada tahun
1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan
utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Istana Topkapi menyimpan harta di raja,
pakaian, barang kemas, hasil seni, senjata, jubah dan pedang Nabi Muhamad SAW serta
barang-barang peninggalan nabi-nabi yang lain.

Haghia Sofia asalnya adalah sebuah gereja. Ketika Sultan Muhammed ke 11 (Sultan Al Fatih)
menawan Konstantinopel, beliau menjadikan Haghia Sofia sebagai masjid. Ketika Kamal
Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah, masjid ini di tukar
menjadi sebuah muzium. Di dinding Haghia Sofia yang menunjukkan ciri-ciri agama kristian
yang telah di tutup oleh Sultan Al Fatih telah di kopek semula bertujuan untuk menunjukkan
asal binaan Haghia Sofia sebagai sebuah gereja .

Grand Bazaar merupakan salah satu tempat menarik di Turki dan paling popular untuk
pelancong membeli belah. Ia merupakan pasar berbumbung yang tertua di Turki dengan
keluasan sebanyak 54000 meter persegi. Oleh kerana bilangan pengunjung yang datang ke
sini sangat ramai hingga mencecah 400,000 orang sehari harga barangan adalah lebih mahal
berbanding di tempat lain. Ada hampir 4000 buah kedai yang mana letaknya bersambung-
sambung di antara 56 lorong di dalam pasar tersebut. Pasar ini di buka setiap hari dari 9 pagi
hingga 7 malam.

Di Miniaturk terdapat lebih kurang 105 monumen-monumen kecil senibina dari zaman
Byzantine hinggalah ke zaman Empayar Uthmaniah. 45 model senibina ini datang dari
Istanbul, 45 dari daerah lain di Turki dan 15 model lagi di bina oleh orang Turki yang berada
di sempadan negara lain. Model-model bangunan ini termasuklah semua destinasi popular
atau tempat menarik di Turki.

Pamukkale atau disebut istana kapas (cottoncastle) terletak di Wilayah Denizli, di lembah
Sungai Menderes. Bentuknya menarik, berupa teres mineral karbonat. Panjangnya sekitar
2700 meter (8860 kaki), dengan lebar 600 meter (1970 kaki) dan tingginya 160 meter (525
kaki). Menurut lagenda purba, air di dalam tangki seperti ini boleh digunakan untuk merawat
tekanan darah tinggi, penyakit jantung, artritis, masalah peredaran darah, gangguan saraf,
gangguan pencernaan, keletihan, penyakit mata, penyakit kulit dan gangguan pemakanan. Di
kawasan ini terdapat kira-kira 17 mata air panas suhu 35 darjah C hingga 100 ° C.

Basilica Cistern adalah sebuah tempat simpanan air yang besar seperti sebuah istana. Ia
terletak di seberang jalan berdekatan dengan Haghia Sofia. Ia di gelar Sunken Palace yang
telah berusia lebih 1000 tahun. Asal basilica ini merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan
undang-undang di zaman Rom. Di Basilica ini air di salurkan kepada orang awam melalui
lubang-lubang di siling yang di tebuk seperti telaga. Di zaman pembinaannya di khabarkan
seramai 7000 orang hamba terkorban.

UNDANG-UNDANG

• Undang-undang untuk galakan pelancongan telah diterbitkan dalam Official
Gazette di Turki pada 16 Mac 1982. Tujuannya adalah untuk memastikan
bahawa aturan yang sesuai telah dibuat. Langkah yang sesuai diambil untuk
pengaturan dan pembangunan sektor pelancongan dan untuk memberi satu struktur
dinamik dan cara operasi dalam sektor ini. http://www.lawsturkey.com/law/law-for-the-encouragement-of-tourism-2634
• Undang-undang persekitaran telah diterbitkan dalam Official Gazette di Turki pada 11
Ogos 1983. Tujuannya adalah untuk melindungi dan memperbaiki persekitaran yang
merupakan aset rakyat dan mengekalkan tanah dan sumber asli di kawasan
bandar dan kawasan luar bandar dengan memelihara aset-aset negara serta
kekayaan sumber semula jadi dan sejarah, mengelolakan semua
susunan dan langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan dan menjamin kesihatan,
tamadun dan generasi akan dating, sesuai dengan objektif-objektif pembangunan
sosial dan ekonomi, dan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. http://www.lawsturkey.com/law/environment-law-2872

• Undang-undang perlindungan rakyat asing dan antarabangsa telah diterbitkan dalam
Official Gazette di Turki pada 11 April 2013. Tujuan undang-undang ini adalah untuk
mengawal prinsip dan prosedur mengenai kemasukan orang asing ke dalam, tinggal
dan keluar dari Turki, serta skop dan pelaksanaan perlindungan disediakan kepada
rakyat asing yang mencari perlindungan dari Turki. Penubuhan, tugas, mandat serta
tanggungjawab Lembaga Pengarah Umum Pengurusan Perpindahan di bawah
Kementerian Dalaman. http://www.lawsturkey.com/law/law-on-foreigners-and-international-protection-
6458
http://www.lawsturkey.com/laws

PERKHIDMATAN

HOTEL-HOTEL DI ISTANBUL
• Sultanahmet Suites
• Cem Sultan Boutique Hotel
• Star Hotel Istanbul
• Esra Sultan Petrol Hotel
• Hotel Evsen
• Aden Hotel
HOTEL-HOTEL DI ANTALYA• Alp Pasa Hotel• Mediterra Art Hotel
HHOTEL-HOTEL DI TRABZON• Trabzon Hora Hotel

• Telefon bimbit Perkhidmatan telefon mudah alih disediakan oleh tiga buah syarikat swasta;
Turkcell, Vodafone Turki (bekas Telsim) dan Avea (dilakurkan oleh Area and
Aycell) .
• Satelit antarabangsa dan rangkaian kabel Syarikat satelit Turki ialah Türksat. Satelit Turki juga dinamakan Turksat. Turksat
1B (dilancarkan pada 1994) dan Turksat 1C (dilancarkan pada 1996) sudah
ketinggalan zaman. Turksat 2A (dilancarkan pada 2001) dan Turksat 3A
(dilancarkan pada 2008) masih aktif. Turki juga berhubung melalui satelit Eutelsat,
Inmarsat dan Intelsat serta sistem kabel dan kabel bawah laut untuk hubungan
antarabangsa.
• Penyedia perkhidmatan Internet Selain syarikat-syarikat telefon dan Türksat, syarikat berikut juga adalah
pembekal-pembekal perkhidmatan internet: TTNET, Superonline, Uydunet,
Turk.net, Millenicom, Pttcell, Pocell, Bimcell. Kod internet Turki ialah ".tr".

• BasRibuan bas-bas mewah yang moden bergerak di antara bandar dan kota Turki setiap
hari. Ini adalah cara kebanyakan Rakyat Turki mengembara.
• TrainKereta api terbahagi kepada 4 kelas perkhidmatan; Ekonomi, Ekonomi Plus,
Perniagaan, dan Perniagaan Plus. Gelaran Plus bererti anda membayar TL15
tambahan dan menerima sarapan di kereta api waktu pagi dan makan malam di
kereta api waktu malam. Tambang keretapi lebih rendah dari tambang penerbangan,
dan keselesaan itu lebih pada di dalam keretapi.
• Kapal TerbangPenerbangan Turki dan beberapa pengangkut udara lain mempunyai penerbangan
antara bandar utama yang mana mudah untuk jarak yang lebih jauh, dan kurang
mahal (kebanyakan tambang ialah TL89 kepada TL250 sehala). Onur Air, Atlasjet, Jet
Anadolu, Pegasus Air dan Ahad Express telah mewujudkan sistem-sistem laluan
dan tambang munasabah.

MAKANAN
• Kerana terletak di bahagian timur, hidangan-hidangan berasaskan daging dilihat
lebih berpengaruh. Salah satu sumbangan terbesar kepada hidangan daging yang
moden ialah kebab yang dihasilkan di Turki.
• Kebab seperti kebab Adana, kebab Urfa, sate kambing, kebab terung, kebab
Iskender, tanduri, kebab Beyti (kebab yang dibungkus) telah mendapat perhatian
dunia dan ianya boleh didapati di restoran-restoran yang menghidangkan
masakan ini di semua sudut Turki.
Kebab AdanaKebab Sis Kebab Döner

MINUMAN
• Apabila dikatakan minuman khas Turki, pastinya yang pertama yang muncul
ialah Ayran. Ayran ialah satu minuman yang sihat dan sedap diperbuat
daripada campuran yogurt dan air, dan ianya sangat sesuai dengan hidangan-
hidangan daging.• Satu lagi minuman yang diambil dengan makanan ialah jus lobak putih.• Minuman beralkohol tradisional Turki ialah "Rakı". Rakı sebahagian besarnya
diambil dengan makanan laut dan hidangan-hidangan daging.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PELANCONGAN

• Barang yang dijual di bazar sedia ada sangat mahal. Oleh itu, harga tersebut perlu
dipertimbangkan dengan lebih baik iaitu dengan mengurangkan sedikit harga
barangan terhadap pelacong dari luar negara. Ini bertujuan menarik lebih ramai
pelancong untuk datang membeli belah di Turki seterusnya menambah jumlah
pendapatan rakyat.• Bagi kebanyakan lokasi, pelancong perlu membayar sejumlah duit yang banyak
untuk masuk ke sesuatu tempat seperti di muzium. Oleh itu, harga tersebut sangatlah
tidak berpatutan dan perlu difikirkan semula bagi memberi peluang pelancong luar
untuk masuk ke tempat tersebut seterusnya mempelajari tentang peradaban negara
Turki itu sendiri.• Kos pengangkutan yang agak mahal. Pengguna perlu membayar harga yang sama
sahaja bagi satu-satu laluan tidak kiralah dari mana pun pengguna naik dalam route
atau laluan tersebut. Pengguna perlu membayar harga yang penuh walaupun mereka
naik di pertengahan laluan tersebut. Oleh yang demikian, kos ini perlu
dipertimbangkan semula dan satu system yang teratur perlu diwujudkan bagi
pengangkutan di Turki ini.

KESIMPULAN

• Turki amat dikagumi dengan kemajuan besar yang telah dicapai dalam tahun-tahun
kebelakangan ini, yang dicerminkan dalam peningkatan tahap daya saingnya.• Dengan kadar pertumbuhan pesat dan populasi masyarakat yang semakin meningkat,
Turki mempunyai potensi menjadi ekonomi terbesar di Eropah. Beberapa ramalan
berikutnya yang dibuat menunjukkan bahawa Turki akan tumbuh lebih cepat dan
pesat dari mana-mana negara lain selain India atau China.• Walaubagaimanapun Turki masih mempunyai masalah yang perlu diberi perhatian.
Inflasi masih tersebar luas, rasuah meluas, persaingan ialah satu isu, dan yang paling
bermasalah ialah pengangguran terlampau tinggi, terutama sekali di bahagian timur
dan tenggara. Turki mesti mengatasi rintangan-rintangan ini untuk mengekalkan
pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang sihat.

Mustafa Kemal Atatürk
Peace at Home,Peace in the World

TERIMA KASIH