Naik Taraf Pss

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAM JALAN SETIA IMPIAN U13/3T,SETIA ALAM, 40170, SHAH ALAM, SELANGOR. KERTAS KERJA MENAIK TARAF PUSAT SUMBER SK SETIA ALAM SIRI-1 TAHUN 2015 ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAM DISEDIAKAN OLEH: NOOR AZURA BINTI MOHD. HANAPI GURU MEDIA SK SETIA ALAM “PSS SK SETIA ALAM MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” ___________________________________________________________________

description

pss

Transcript of Naik Taraf Pss

Page 1: Naik Taraf Pss

SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAMJALAN SETIA IMPIAN U13/3T,SETIA ALAM,

40170, SHAH ALAM, SELANGOR.

KERTAS KERJAMENAIK TARAF PUSAT SUMBER

SK SETIA ALAM SIRI-1 TAHUN 2015

ANJURANPUSAT SUMBER

SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAM

DISEDIAKAN OLEH:NOOR AZURA BINTI MOHD. HANAPI

GURU MEDIASK SETIA ALAM

“PSS SK SETIA ALAM MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

______________________________________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA MENAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH SIRI-1, SK SETIA ALAM

ANJURAN JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Page 2: Naik Taraf Pss

1.0PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu Pusat Sumber yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi murid-murid dan menjadi pusat rujukan guru.

Prasarana dan pengurusan pusat sumber sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para murid. Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, pusat sumber sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang menarik akan membuatkan pengguna akan terasa lebih mesra.

2.0OBJEKTIF

2.1Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah

2.2Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang ingin beristirehat dan melakukan aktiviti bacaan santai.

2.3Melatih murid untuk membuat rujukan di Pusat Sumber. Justeru melatih murid kemahiran literasi maklumat.

2.4Menggalakkan dan meningkatkan jumlah bacaan murid dan % kerterlibatan murid dalam Program Nilam.

7.0TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : Jan hingga Mac 2015

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

5.0 SASARAN

Pengawas Pusat Sumber Tahun 4 hingga Tahun 6.

6.0 KANDUNGAN PROGRAM

Butiran Bahan yang Tindakan

Page 3: Naik Taraf Pss

diperlukan

Pembinaan kertas kerja Kertas, Ink, Komputer Pengurus projek

(Guru Media)

Perbincangan dengan pihak pentadbir

Kertas cadangan Pengurus projek, Guru Besar

Bincang tentang dana dengan CC Nota Minta Pengurus projek, Guru Besar, CC

Isi nota minta dan pengesahan oleh Guru Besar

Bahan dan alatan habis guna.

Pengurus projek, CC

Mulakan proses menaiktaraf Pusat

Sumber

Skirting meja Pengurus projek, kakitangan sekolah

Refleksi dan pendokumentasian Kertas pendokumentasian

Pengurus projek

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Butiran Harga/Kos Tindakan

Pembinaan kertas kerja dan refleksi pendokumentasian.

Ink, kertas dan computer

RM 0.00 Pengurus projek

Bahan dan alatan habis guna

(kertas berwarna, Kertas A4, sticker kod buku, ink printer, alat tulis dan lain-lain bahan berkaitan)

RM 1000.00 Pengurus projek, CC

Kain skirting meja RM 500.00 Pengurus projek, CC

Upah jahit skirting meja

Pondok Warisan

RM 800.00

RM 300.00

Pengurus projek, CC

Pengurus projek, CC

JUMLAH KESELURUHAN RM 2600.00

8.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan

Page 4: Naik Taraf Pss

memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015. Di harap projek menaik taraf Pusat Sumber Siri-1 ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.Diharap hasil daripada usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi Pusat Sumber SK Setia Alam.

Disediakan oleh :

….................................................................(NOOR AZURA BINTI MOHD. HANAPI)GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIASK SETIA ALAM

Disahkan oleh:

……………………………………………………(SITI SARBANON BINTI MOHD. AMIN)GURU BESAR,SK SETIA ALAM

LAMPIRAN

Page 5: Naik Taraf Pss

Gambar Pusat Sumber Sekolah Sebelum Dinaiktaraf