MPW1143 - Bab 1 konsep asas islam

38
Islam & konsep-konsep asas 1 PENGAJIAN ISLAM : PENGAJIAN ISLAM : MPW1143M MPW1143M Islam dan konsep-konsep asas Islam sebagai peradaban dan tamadun Institusi Islam Islam dan isu-isu semasa Ustazah Wan Yusnee Wan Abdullah [email protected] 019 2811713

Transcript of MPW1143 - Bab 1 konsep asas islam

Page 1: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 1

PENGAJIAN ISLAM : PENGAJIAN ISLAM : MPW1143MMPW1143M

Islam dan konsep-konsep asasIslam sebagai peradaban dan tamadunInstitusi IslamIslam dan isu-isu semasa

Ustazah Wan Yusnee Wan [email protected]

019 2811713

Page 2: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 2

LEARNING OUTCOMELEARNING OUTCOME

Menerangkan tasawwur Islam secara tepat Menjelaskan Islam sebagai sebuah peradaban

yang menyumbang kepada pembangunan ummah Menerangkan peranan institusi Islam dalam

pembangunan masyarakat Islam Menghuraikan keupayaan Islam dalam menangani

pelbagai cabaran umat Islam di Malaysia

Page 3: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 3

Pengertian agamaPengertian agama Dari segi bahasa: Berasal dari perkataan Hindu yang bermaksud

peraturan, tatacara, upacara & hubungan dengan kuasa yang lebih tinggi spt raja dan dewa.

  Dalam bahasa Inggeris, perkataan religion

membawa maksud berhati-hati serta berpegang kepada norma dan aturan yang ketat. Atau ikatan manusia dengan satu tenaga ghaib yang bersifat kudus.

Page 4: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 4

Pengertian agamaPengertian agama

Dalam bahasa Arab, agama dikaitkan dengan perkataan al-Din yang bermaksud menguasai, tunduk, patuh. Ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia dalam hubungannya dengan Allah SWT, sesama manusia & alam semesta.

Dari segi istilah: Agama ialah kepercayaan kepada yang kudus,

menyatakan diri pada hubungan dengan Tuhan dalam bentuk upacara, penyembahan dan pemohonan, membentuk sikap hidup berdasarkan kepada ajaran tertentu.

Page 5: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 5

Pembahagian agamaPembahagian agama a)      Samawi – agama yang diturunkan dari langit

oleh Allah SWT SWT kepada utusannya, agar disampaikan kepada pengikut mereka.

Semua agama samawi membawa ajaran yang satu iaitu menyembah Tuhan yang satu.

Terdapat 3 agama samawi iaitu Islam, Yahudi & Kristian tetapi hanya Islam yang kekal dalam bentuknya yang asal. Agama Yahudi & Kristian telah mengalami perubahan samada ditambah atau dikurang dalam intisari pengajarannya.

Page 6: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 6

Pembahagian agamaPembahagian agama

b)      Wad’i – agama rekaan yang datang dari pemikiran manusia atau pemimpin agama dan ahli falsafah.

Page 7: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 7

Ciri perbezaan antara keduanya;Ciri perbezaan antara keduanya;

a)      Adanya utusan – Agama Islam diturunkan kepada Rasulullah SAW utk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Agama wad’i didokong ahli falsafah

b) Sistem ketuhanan – Islam berpegang kepada prinsip tauhid,manakala agama lain berpegang kepada konsep ketuhanan yang berubah-ubah

Page 8: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 8

Ciri perbezaan antara keduanyaCiri perbezaan antara keduanya c)      Kitab tertentu – Agamanya Islam memiliki al-

Quran yang merupakan mukjizat Rasulullah SAW yang disampaikan melalui Jibril, agama lain tiada kitab atau sebahagiannya mempunyai kitab yang lahir dari pemikiran manusia yang sentiasa berubah

d) Bersifat tetap – Perundangan Islam tidak berubah walau mengalami perubahan masa dan tempat, manakala agama budaya sentiasa berubah mengikut keadaan setempat.

Page 9: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 9

Ciri perbezaan antara keduanyaCiri perbezaan antara keduanya

e)      Selari dengan naluri semulajadi manusia – Segala yang disifatkan baik oleh Islam diakui oleh manusia secara amnya, manakala agama budaya hanya sesuai dengan cita-cita, pengalaman, pemikiran masyarakat yang menganutnya secara terhad.

Page 10: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 10

Islam dan konsep-konsep asas.Islam dan konsep-konsep asas.Islam sebagai satu cara hidupIslam sebagai satu cara hidup– Pengertian Islam– Bahasa

Nama terbitan dari kata kerja aslama yang bermaksud

ketulenan dan kesucian kedamaian, keamanan tau kesejahteraan ketaatan dan penyerahan

Page 11: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 11

– Istilah

Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT SWT dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu.

Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh keikhlasan dengan sukarela tanpa paksaan dalam seluruh aspek kehidupan.

Peraturan hidup (way of life) yang bersifat integral yang mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia.

Page 12: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 12

Iman

Bahasa : Kepercayaan

Istilah : Kepercayaan dan keyakinan kepada Allah SWT, para rasul, malaikat, kitab, hari kiamat & qada’ dan qadar

Page 13: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 13

Ihsan

Bahasa : membuat baik / terbaik

Istilah : Beribadah kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihatNya, sekiranya kamu tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah SWT melihat kamu

- Kisah wanita penjual susu- Budak pengembala kambing- Abdullah az-Zubayr - Rahib yang digoda- ‘Uwais al-Qarni

Page 14: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 14

Konsep Islam sebagai ad-DinKonsep Islam sebagai ad-Din– Islam sebagai ad deen.

Islam adalah satu-satunya peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT SWT utk menjadi panduan umat manusia. Islam merupakan ad deen samawi yang menepati fitrah manusia, merangkumi semua aspek hidup yang menyentuh persoalan dunia dan akhirat, kebendaan (material) dan kerohanian (spiritual), individu dan masyarakat, rumahtangga dan Negara, pemimpin dan rakyat dan segala yang memenuhi ruang lingkup kehidupan manusia.

Page 15: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 15

Al-Imran : 85 yang bermaksud “Sesiapa yang mencari din (agama) selain Islam maka dia

termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti”

Apa sahaja budaya atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam maka ia adalah batil dan tidak boleh menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dengan adat-adat yang diamalkan oleh sebilangan masyarakat yang menyeleweng dari landasan Islam maka ia adalah dilarang oleh Islam.

Allah SWT SWT telah menegaskan bahawa Dia telah sempurnakan kepada umat manusia Islam sebagai cara hidup. ( Al-Maidah: 3 )

Page 16: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 16

Asas-asas syariat IslamAsas-asas syariat Islam Akidah Bahasa : Simpulan / ikatan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi

pegangan yang kuat Istilah : Kepercayaan yang pasti dan keputusan muktamad yang tidak

bercampur dengan keraguan pada seseorang Ex. Bilal bin Rabah -Sumayyah

Tauhid Bahasa : Mengesakan Istilah : Mengesakan Allah SWT SWT dari sudut penyembahan. Tidak ada

benda lain, kuasa lain samada manusia atau jin atau apa sahaja selain Dia yang layak utk dijadikan atau dianggap sebagai Rab atau Ilah.

Tauhid Uluhiyyah, Rubbubiyah, Asma’ & sifat

Page 17: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 17

Tauhid Rububiyah, Uluhiyyah dan asma’ wa sifat

Tauhid Rububiyyah – Tauhid ertinya mengesakan manakalah Rububiyyah drpada perkataan Rabb iaitu pencipta, pemilik, pemerintah& pemberi rezeki. Oleh itu hanya Allah SWT sebagai Rabb, tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai Rabb.

Tauhid Uluhiyyah – Uluhiyyah daripada perkataan Ilah iaitu sesuatu yang dipuja atau disembah. Allah SWT sahajalah sebagai pujaan dan sembahan kita.

Al-Jathiah:23 yang bermaksud. Apakah kamu pernah melihat org yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan (Ilah).

Maksudnya hawa nafsu juga seringkali boleh menjadi Ilah bagi manusia sekiranya ia menurut dan melaksanakan kehendak nafsunya yang sering berlawanan dengan kehendak Allah SWT.

Page 18: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 18

Tauhid Asma’ wa sifat – iman yang kukuh bahawa Allah swt mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan, bersih dari segala kekurangan dan sifat-sifat Allah itu khusus bagi diriNya tanpa mempunyai sifat-sifat makhluk

Page 19: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 19

Syariah-Bahasa : sumber air, jalan yang lurus

-Istilah : Segala hukum-hakam yang diperturunkan melalui para Rasul samada perintah itu amali atau I’tiqadi.

Syariah terkandung di dalam ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat

Page 20: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 20

IbadahIbadah

Bahasa: sembah, patuh, taat, rendah diri & memperhambakan diri kepada sesuatu.

Istilah: tunduk dan menurut segala perkara yang telah disyariatkan Allah dengan niat yang ikhlas

Page 21: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 21

Pembahagian Ibadah:a-Ibadah umum – ibadah yang tidak

ditentukan sifat, syarat & peraturannya dalam al-Quran atau al-Sunnah

b-Ibadah khusus – ibadah yang jelas ditentukan dari segi syarat dan peraturannya dalam al-Quran & al-sunnah

Page 22: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 22

Ciri-ciri Ibadah

Dilakukan semata-mata kerana Allah swt Perhubungan langsung antara hamba dgn Pencipta Melambangkan kerendahan diri & ketaatan yang

mutlak terhadap Allah swt Ruang lingkup yang luas Tidak terkongkong dengan satu-satu tempat

peribadatan sahaja

Page 23: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 23

Syarat-syarat amalan dikira sebagai ibadah

Keimanan kepada Allah swtMenuruti amalan RasulullahIkhlas semata-mata kerana AllahNiat yang baik

Page 24: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 24

Mu’amalatMu’amalat

Istilah- perhubungan antara manusia sesama mereka untuk mendapatkan keperluan masing2 dengan cara yang baik sesuai tuntutan syara’

Page 25: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 25

MunakahatMunakahatBahasa- himpun, cantum dan berkumpul

Istilah- aqad atau ikatan zahir dan batin antara seorang lelaki dengan perempuan ajnabi untuk menghalalkan perhubungan dan hidup bersama dengan syarat tertentu yang menimbulkan hak dan tanggungjawab antara kedua pihak.

Page 26: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 26

JinayatJinayat

Bahasa- segala perbuatan dosa dan tercela

Istilah- segala perbuatan yang diharamkan dengan tujuan untuk menceroboh harta benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia.serta kesalahan yang berkaitan menceroboh hak Allah seperti minum arak, tidak berpuasa dll dan hak manusia seperti mencuri, membunuh dll

Page 27: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 27

AkhlakAkhlak

Akhlak : berasal dari perkataan Arab yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat.

Akhlak dalam Islam bukanlah teori, oleh itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap -1) Allah SWT SWT., 2)diri sendiri dan 3)makhluk lain.

Page 28: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 28

MoralMoral

Definisi: tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila & undang-undang masyarakat

Etika: Disiplin yang memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia

Etika sebagai penyelidik atau pengkaji manakala moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika.

Page 29: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 29

Perbezaan moral dan akhlakPerbezaan moral dan akhlak

1) Akhlak berdasarkan al-Quran, moral berdasarkan sentimen masyarakat.

2) Akhlak mementingkan hubungan manusia dengan Pencipta, sesama manusia & alam, moral hanya hubungan sesama manusia.

3) Akhlak menekankan ciri keseimbangan antara spiritual & fizikal, moral hanya aspek jasmani

Page 30: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 30

4) Akhlak bersifat tetap dan anjal yang tidak menerima sebarang pengurangan atau penambahan, moral mengalami perubahan sesuai keperluan manusia

5) Tujuan akhlak adalah mendapat keredhaan Allah swt, moral bermatlamatkan kepentingan manusia.

6) Akhlak bersifat sempurna yang mutlak, moral banyak kelemahan kerana bersumberkan pemikiran manusia.

Page 31: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 31

Maqasid Syar’iyyahMaqasid Syar’iyyah Syariah Islam didatangkan oleh Allah SWT SWT tanpa mempunyai apa-

apa tujuan selain utk menjamin kemaslahatan semua manusia dan pada masa yang sama menghindar kemudharatan yang mungkin menimpa mereka.

1) Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama

Merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan hierarki maqasid syariah. Islam datang utk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang satu iaitu Allah SWT SWT dan rukun-rukun iman serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan utk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

- (Al-Ikhlas: 3)

Page 32: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 32

-Pada masa yang sama Allah SWT mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan alternatif utk kelangsungan pemeliharaan kesucian agama Islam.

(Al-Imran :110) yang bermaksud; “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan utk

manusia, kamu menyuruh yang makruf dan mencegah drpada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah SWT..”

Page 33: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 33

2) Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia

Islam mewajibkan setiap individu utk menjaga keselamatan masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam nyawa sendiri atau orang lain.

Surah al-An’am : 151 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan

oleh Allah SWT melainkan dengan sebab yang benar..”

Page 34: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 34

3) Menjamin kemurniaan fikiran dan kewarasan akal

Melalui pengurniaan akal, manusia diberi status sebagai khalifah utk memakmurkan bumi. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam utk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan sewajarnya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan menuntut ilmu dan menguasai ilmu pengetahuan.

(Surah al-Alaq: 1-2) , (al-Mujadalah : 11) , (al-A’raf :179)

Page 35: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 35

4) Menjamin kehormatan dan maruah diri

Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan individu. Lantaran itulah syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Malah Islam sendiri antaranya dibina di atas dasar akhlak yang mulia. Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud; “Sesungguhnya aku diutus utk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Semua ibadah khususiyyah seperti solat, puasa, zakat haji dll, jika ditunaikan menurut tertib akan membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. Pada masa yang sama tegahan Allah SWT pula bertujuan menghindarkan manusia drpada terjatuh ke lembah kehinaan. Perhatikanlah kesan pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dll.

Page 36: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 36

Surah al-Isra’:32 yang bermaksud,“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan

zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan jalan yang salah”

Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah SWT dapat dikaitkan dengan kepentingan utk menjamin kehormatan dan maruah diri .

Page 37: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 37

5) Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta

Syariah telah menggariskan peraturan, hokum dan undang-undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat yang mana bidang ini telah menggariskan prosedur tertentu dari usaha utk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.

Page 38: MPW1143 - Bab 1  konsep asas islam

Islam & konsep-konsep asas 38

Surah al-Qasas :77 yang bermaksud; “Dan carilah dengan harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada

engkau utk kebahagiaan hari akhirat dan janganlah lupa akan bahagianmu di dunia…”

Pemilikan harta pula hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. Begitu juga dengan rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.

(al-Baqarah :275), (al-Mutaffifin: 1-5) Syariah juga menetapkan cara dan kaedah tertentu bagi

membelanjakan harta spt mewajibkan zakat bagi harta-harta tertentu dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah.