Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

download Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

of 8

Transcript of Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    1/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    TEMA: 6 SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

    FOKUS BAB INI

    1.Interaksi antara sistem-sistem Alam Sekitar Fizikal dan Manusia

    Menghuraikan tentang sesebuah sistem boleh mempengaruhi sistem yang lain

    malah sekiranya wujud gangguan terhadap sesebuah sistem akan turut

    menjejaskan sistem fizikal yang lain termasuk manusia.

    2.Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal

    Menjelaskan gangguan di dalam sesebuah sistem memberi kesan terhadap

    manusia dan alam sekitar. Maka langkah-langkah pemulihan dan pemeliharaan

    perlu dilaksanakan denga lebih berkesan.

    TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

    6.1 Konsep:

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

    http://images.google.com/imgres?imgurl=http://wahyuancol.files.wordpress.com/2008/06/0010-sistem-bumi-sml.jpg&imgrefurl=http://wahyuancol.wordpress.com/2008/06/11/konsep-sistem-bumi/&usg=__2ISWW2dCx2YMIfaIWp_BpCtMpIM=&h=882&w=900&sz=477&hl=ms&start=1&um=1&tbnid=a2sKv0vND9ckzM:&tbnh=143&tbnw=146&prev=/images?q=kaitan+antara+sistem+bumi&hl=ms&rls=com.microsoft:*&sa=G&um=1
  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    2/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    Sistem bumi terdiri daripada empat komponen utama:

    I. Sistem geomorfologi (litosfera)

    II. Sistem atmosfera

    III. Sistem hidrologi (hidrosfera)

    IV. Sistem ekologi (biosfera)

    Oleh kerana keempat-empat sistem ini seringkali mengalami perubahan, maka ia

    dinamakan sebagai sistem yang dinamik. Dalam sistem fizikal kedinamikan ini dikenali

    sebagai kedinamikan biogeokimia.

    Rajah: Saling kaitan antara sistem

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    3/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    Antara sebab sistem atau unsur dalam sesebuah sistem mengalami perubahanapabila

    terdapat sistem atau unsur lain yang berubah. Sifat semulajadi sebuah sistem terbuka sentiasa

    ingin mengekalkan tahap keseimbangan. Bagi mencapai tahap keseimbangan yang baru maka

    mekanisme tindakbalas akan berlaku dalam sistem tersebut sama ada berbentuk negatif atau

    positif.

    Tindakbalas negatif dinamakan homoestatik. Tindakbalas ini memperlahankan

    perubahan yang berlaku. Contohnya sungai yang menerima pertambahan isipadu air akan

    menyebabkan halaju air bertambah dan secara tak langsung alur sungai di hakis. Keadaan ini

    membolehkan sungai menerima isipadu air yang lebih banyak dan aliran air akan kembali

    perlahan.

    Tindakbalas positif pula membawa kesan yang bertambah. Contohnya bila salji

    bertambah hakisan glasier akan meningkat menyebabkan alur sungai semakin besar

    seterusnya membolehkan sungai menampung jumlah salji yang lebih banyak/bertambah.

    6.2 Contoh saling kebergantungan antara sistem fizikal

    a) Dalam konteks kitaran hidrologi, proses sejatan dari air permukaan, pemeluwapan dan

    kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera. Di ikuti oleh proses cegatan silara/proses

    pintasan mendatar oleh tumbuhan dalam sistem ekologi. Seterusnya air larian

    permukaan dan susupan berlaku dalam sistem geomorfologi.

    b) Letusan gunung berapi berlaku dalam sistem geomorfologi di mana bahan-bahan seperti

    asap dan debu dimuntahkan cthnya Gunung Berapi Pinatubo di Filipina pada tahun

    1993 memuntahkan debu setinggi 12 km ke udara. Kesanya berlaku kejadian jerebu,

    hujan asid, kekacauan atmosfera sehingga merangsang ribut taufan.

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

    Hujan

    Sejatan dari lautKehidupan

    Jenis batuan

    mempengaruhi

    kehidupan

    Ketinggian

    menentukan jenis

    kehidupan

  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    4/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    c) Fenomena El-nino yang melanda negara-negara Pasifik berlaku dalam sistem atmosfera.

    Fenomena ini menyebabkan cuaca panas dan kering di barat Pasifik manakala di timur

    menyebabkan taufan dan banjir. Kekurangan hujan menyebabkan gangguan kepada

    sistem hidrologi seterusnya menjejaskan hidupan akuatik.

    6.3 Contoh saling kebergantungan antara sistem alam sekitar fizikal dan sistem alam

    sekitar manusia

    1. Terdapat 2 pandangan iaitu:

    a) Determinisme Alam Sekitar alam sekitar yang mendominasikan manusia yang

    mana manusia perlu akur kepada kententuan alam sekitar fizikal.

    b) Possibilisme Alam sekitar elemen manusia lebih berkuasa daripada alam sekitar

    fizikal melalui tingkat teknologi dan pengetahuan yang ada.

    2. Kini paradigma itu telah tidak dipakai lagi. Kajian interaksi antara alam sekitar fizikal dan

    manusia kini berasakan paradigma damak dan impak. Perubahan yang berlaku dalam

    alam sekitar fizikal akan memberi kesan kepada manusia.

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

    http://images.google.com/imgres?imgurl=http://geografi2005.blogdrive.com/images/disaster2.jpg&imgrefurl=http://geografi2005.blogdrive.com/archive/18.html&usg=__E_PR9Bu9c_g2THVhIQ2yvYOuaM4=&h=130&w=130&sz=50&hl=ms&start=4&um=1&tbnid=lEGMIMuVQPaSAM:&tbnh=91&tbnw=91&prev=/images?q=possibilisme+alam+sekitar&ndsp=21&hl=ms&rls=com.microsoft:*&sa=N&um=1
  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    5/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    Paradigma dampak dan impak boleh diteliti daripada contoh kes berikut;

    6.4 Langkah Pemeliharaan dan pemuliharaan Sistem Alam Sekitar Fizikal.

    Pada amnya langkah perundangan berkaitan dengan kawalan alam sekitar di Malaysia sama

    ada udara, air, tanah bunyi, sumber jaya dan sebagainya terkandung dalam Akta Kualiti Alam

    Serkitar, 1974.

    Akta Kualiti Alam Sekitar merupakan perundangan induk yang menjadi rujukan mana-mana

    pihak berkuasa dalam melaksanakan tindakan ke atas pesalah alam sekitar.

    Selain itu, Laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) satu lagi elemen perundangan yang

    boleh dikenakan kepada mana-mana pesalah alam sekitar.

    6.4.1 AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974 (AKAS)

    1. Akta ini bertujuan memelihara dan memulihara daripada kemerosotan alam sekitar

    dan mempertingkatkan atau memperbaiki alam sekitar.

    2. AKAS mempunyai peruntukan-peruntukan yang jelas tentang masalah pencemaran

    alam sekitar meliputi;

    i. Pencemaran udara ( Seksyen 20 )

    ii. Pencemaran bunyi bising ( Seksyen 23 )iii. Pencemaran tanah ( Seksyen 24 )

    iv. Pencemaran perairan daratan ( seksyen 25 )

    v. Pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak dalam perairan

    malaysia ( Seksyen 29 )

    3. Kesemua larangan yang terdapat dalam seksyen yang dinyatakan tertakluk kepada

    syarat yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam

    Sekeliling.

    4. Pindaan Akta telah di buat pada tahun 1985 dan di kuatkuasakan pada 1986

    menghendaki projek pembangunan mengemukan satu Laporan Kesan Alam Sekitar

    untuk dinilai oleh JAS. Pelaksanaan projek tertakluk kepada kelulusan JAS.5. Dalam AKAS dibenarkan Menteri menggubal undang-undang kecil bagi mendetailkan

    peraturan-peraturan yang sedia ada.

    6. AKAS dikuatkuasakan oleh JAS dan dibantu oleh agensi-agensi lain yang diberikan

    kuasa tertentu seperti: Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pengangkutan Jalan dll.

    6.4.2 Perundangan lain berkaitan P&P alam sekitar

    i. Perundangan berkaitan Pemuliharaan tanah

    Akta Pemuliharaan tanah (bahagian 3) mengenai kawalan kelodak dan hakisan.

    Seksyen 5 menegaskan tanah bukit tidak boleh ditanam dengan tanaman jangkapendek, termasuk sayuran melainkan dengan kebenaran.

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    6/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    Akta Perhutanan Negara 1984, Jadual 1, seksyen 2(1), perkara 15 (b)

    menghendaki pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanah

    di kawasan pembalakannya.

    Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, menghendaki ruang terbuka di dalam dan

    sekeliling bangunan yang sedang dibina dilindungi dari hakisan tanah.

    ii. Perundangan berkaitan pencemaran air

    Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, seksyen 55 (3) menyatakan tidak ada

    apa-apa influen perdagangan pun boleh dibuang ke dalam sungai, terusan, alur,

    kolam, tasik, laut atau mana-mana parit tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

    Akta Kerajaan Tempatan, seksyen 69 adalah menjadi kesalahan seseorang yang

    membuang kotoran di dalam atau tebing sungai, saluran, terusan, longkang dsb.

    Akta Perikanan, seksyen 26 ( 1 ) kawalan terhadap penggunaan bahan letupan

    dan penggunaan racun dan pencemar ( tuba: bahan herba dari tumbuhan) bagi

    tujuan menangkap ikan di perairan darat atau pingir pantai.

    iii. Perundangan berkaitan pencemaran udara

    Akta Perhutanan Negara 1984, seksyen 82 (1) yang melarang sesiapa pun

    daripada melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

    Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 81 tindakan boleh terus diambil ke atas

    perlepasan asap, debu oleh terd, perniagaan, pengilangan atau proses.

    Ordinan Lalulintas Jalan Raya 1958, tiada sesiapa pon boleh menggunakan

    kereta yang melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 50 unit asap Hartridge

    atau yang setanding denganya.

    iv. Perundangan lain

    Akta Perhutanan Negara yang menitikberatkan soal pemuliharaan sumber jaya

    seperti hutan, air serta hidupan liar.

    Akta Taman Negara, seksyen 3 (1) memberi kuasa kepada menteri menggunal

    peraturan bagi menghalang pembunuhan hidupan liar, pembakaran dan

    penebangan pokok.

    Akta Perikanan, seksyen 38 (1) berkaitan pengawalseliaan ke atas penyu dan

    perikanan darat.

    6.4.3 Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

    a) EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlaku kemerosotan kualiti alam

    sekitar. Bertujuan mengelak berlaku kerugian besar terhadap alam sekitar akibat

    kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. EIA satu

    bentuk pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan

    sumber agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan

    dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    b) Sebelum projek dilaksankan pemaju perlu menyediakan satu laporan impak alam

    sekitar untuk di luluskan oleh JAS. Antara aktiviti yang ditetapkan bagi penilaian

    kesan Alam Sekeliling:

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    7/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

    1. Pertanian i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar

    ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100

    keluargaiii. Pembangunan estet pertanian

    2. Lapangan

    terbang

    i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau

    lebih

    ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

    3. Saliran dan

    pengairan

    i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar

    ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200

    hektar

    iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

    4. Tebus guna

    tanah

    i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

    5. Perikanan i. Pembinaan pelabuhan perikanan

    ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih

    iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

    6. Perhutanan i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih

    ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain

    iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

    7. Perumahan i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

    8. Industri i. Kimia keluaran melebihi 100 tan metrik/hari

    ii. Petrokimia semua saiz

    9. Infrastruktur i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital,pelabuhan

    6.4.4 Langkah Bukan Perundangan

    A) Pengurusan strategik

    1. Mengawal hakisan pembinaan benteng konkrit, sangkar dawai batu, tanaman tutup

    bumi.

    2. Mengawal Pencemaran udara menempatkan industri, mengawal pengunaankenderaan dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka.

    3. Mengawal kualiti dan kuantiti air merawat semula air, mengawal aktiviti

    pembangunan, mengawalselia aktiviti pengangkutan air dan memantau sumber air.

    4. Mengawal kepelbagai biologi Penghutanan semula dan usaha R&D

    5. Mengawal pemanasan global mengurangkan penggunaan alat yang mengeluarkan

    CFC dan menghijaukan kawasan.

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009

  • 7/23/2019 Modul P&P Geografi STPM 942/1 Tema 6 - Saling Kebergantungan Sistem

    8/8

    Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

    B) Melaksanakan pendidikan Alam Sekitar dan Kempen kesedaran

    1) Pendidikan formal

    i. tahap rendah menerusi mata pelajaran alam dan manusia.

    ii. tahap menengah menerusi mata pelajaran geografi.

    iii. tahap tinggi menerusi program menjurus alam sekitar.

    2) Pendidikan tidak formal

    i. Dijalankan oleh JAS dengan kerjasama pelbagai NGO melalui media massa, seminar,

    forum, risalah, dan penerbitan seperti majalah Era Hijau

    ii. Kempen kesedaran pula banyak dijalankan oleh badan bukan kerajaan dan pihak

    berkuasa tempatan seperti Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM),

    Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulai Pinang (CAP).

    Sumber : Geografi Fizikal STPM

    NSNJ 2009 Kajang High school Terbilang 2009