Modul pemorehan grafik

32
GRAFIK Pemerolehan m o d u l p e m b e l a j a r a n p r o d u k s i m u l t i m e d i a & g r a f i k b e r k o m p u t e r

description

11111444444

Transcript of Modul pemorehan grafik

Page 1: Modul pemorehan grafik

GRAFIKPemerolehan

pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia

2003

m o d u l p e m b e l a j a r a n

p r o d u k s im u l t i m e d i a

&g r a f i k

b e r k o m p u t e r

Page 2: Modul pemorehan grafik

II

ii

Page 3: Modul pemorehan grafik

III

iii

Page 4: Modul pemorehan grafik

IV

iv

Page 5: Modul pemorehan grafik

PEMEROLEHAN GRAFIKUNIT 1

Kamera Digital

Objektif:

Di akhir pembelajaran modul ini, murid-murid akan dapat: Mengetahui dan memahami asas fotografi . Dapat mengenal pasti jenis-jenis kamera. Mengetahui dan memahami fitur-fitur kamera bukan digital dan digital Dapat membandingbezakan antara kamera bukan digital dan kamera digital Boleh mengendalikan kamera digital untuk mendapatkan grafik (imej foto digital)

yang baik Boleh menyimpan fail imej foto digital

Aktiviti 1:

1. Apakah yang anda faham tentang fotografi?Bagaimanakah kamera mengambil gambar?

- Kamera akan membuka ‘shutter’ dalam sedetik untuk memasukkan cahaya, yang akan bertindakbalas dengan ‘photo receptor’ (seperti filem atau mikrocip) dan merekod imej.

- Sensor di dalam mikrokomputer kamera 35mm/ SLR menentukan banyak mana cahaya yang perlu masuk ke dalam lensa untuk mendedahkan imej; ketika butang ‘shutter’ dibuka lensa akan menyesuaikan bukaan ‘shutter’. Mekanisme cermin yang terdapat dalam kamera membolehkan imej dilihat daripada ‘view finder’.

2. Apakah kelengkapan asas ‘conventional’ untuk menghasilkan fotografi?

2.1 kamera2.2 filem2.3 ‘flash’2.4 tripod2.5 lensa2.6 ‘filter’2.7 aksesori lain

3. Jenis-jenis kamera

3.1 Bukan digital - SLR(Single Lens Reflex -35 mm)- kompak(‘fixed lens’)

o lensa zoomo ‘rangefinder’o ‘single use’ (pakai buang)o kalis air

Contoh:

1

Page 6: Modul pemorehan grafik

o ‘instant’ -polaroid3.2 Kamera Digital - SLR(35 mm)- kompak

o ‘fixed lens’o lensa zoomo ‘rangefinder’

Aktiviti 2:

Pengenalan mengenai Kamera Digital

Tidak menggunakan filem, tetapi menyimpan gambar /imej secara elektronik; melalui mikrocip yang sensitive pada cahaya yang dikenali sebagai CCD (Charged Coupled Device)

Membolehkan gambar diambil dan review terus pada kamera Memindahkan imej ke komputer, crop mengikut ukuran yang dikehendaki,

menyesuaikan warna dan terang gelap imej; mencetak imej yang dikehendaki mengikut ukuran yang diperlukan

Gambar/imej digital boleh di e-mail, hantar ke web site, atau boleh tunjukkan gambar kepada rakan melalui organizer tangan

Cepat dan fleksibel (versatile) Boleh didapati dalam mega piksel 2 hingga 6 mega piksel; lebih besar piksel lebih

besar gambar boleh dicetak Setiap gambar disimpan sebesar setem Boleh merakam gambar sebanyak mana yang mungkin mengikut keupayaan CCD

dan kad penyimpan memori.

Jenis Kamera Digital

1. Terdapat dua (2) jenis kamera digital iaitu:i. Jenis kompak (compact)

- point and shoot- Lensa tetap (fixed lens)- Lensa zoom (zoom lens)- rangefinder- sistem fokus secara automatik- sistem kawalan kelajuan dan bukaan aperture secara automatik

ii. SLR (Single Lens Reflex )(seperti kamera bukan digital profesional)- lensa boleh ditukar ganti

- mempunyai unit flash yang berasingan yang berkuasa tinggi - banyak kawalan manual- sistem kawalan automatik juga disediakan sebagai pilihan.

2. Lensa kamera adalah sama seperti yang terdapat pada kamera 35 mm, cuma nilai focal length (FL) kecil digunakan ; kamera digital 6mm adalah lebih kurang sama dengan ukuran FL 42 mm pada kamera 35mm

3. Rujuk lampiran / modul rajah fitur-fitur kamera digital

2

Page 7: Modul pemorehan grafik

Fitur-Fitur Kamera Digital

Sistem Optikal – Optikal Viewfinder- Lensa- Focal Length/ Angle of View

Sistem Kuasa Penyimpan memori Kawalan Kamera/ Metering System Flash Butang Kawalan Kamera

1. Sistem Optikal 1.1 Viewfinder

Tetingkap untuk komposisi (menggubah) gambar Digital kamera mempunyai 2 jenis viewfinder:

i. Optikal Viewfinder- melihat imej terus daripada kaca atau plastik yang terdapat dihadapan kamera - jenis “parallax inducing viewfinder’ yang mempunyai satu tetingkap yang selari dengan kedudukan lensa; apabila mengambil gambar yang jauh, viewfinder dan lensa ‘melihat’ imej yang sama; tetapi jika gambar jarak dekat, keadaan imej adalah berbeza- rujuk lampiran - imej yang terhasil tidak sama seperti yang dilihat pada viewfinder

ii. Digital Viewfinder- paparan monitor LCD (Liquid Crystal Display) seperti skrin TV yang keci untuk menunjukkan imej berdasarkan apa yang dilihat oleh kamera- gambar yang terhasil adalah sama seperti apa yang lihat dari viewfinder- monitor LCD juga membolehkan gambar yang sudah diambil di’review’ dan dibuang (delete) jika tidak diperlukan.

3

Page 8: Modul pemorehan grafik

1.2 Lensa Umpama mata bagi kamera Fitur paling penting untuk menentukan kualiti gambar/imej Dua jenis lensa iaitu - fixed lens dan zoom lens

Nyatakan kelebihan dan kelemahan 2 jenis lensa tersebutFixed Lens Zoom Lens

-Mempunyai satu focal length (wide angle) -Berukuran 28 mm dan 35 mm

- lensa boleh diubah dari FL wide angle (W) ke FL telefoto (T)- berukuran 48 mm – 80 mm; 38 mm- 115 mm

Kelebihan

- lebih kecil dan ringan- sesuai untuk mengambil gambar yang mempunyai cahaya yang rendah, kerana mempunyai bukaan aperture yang besar

Kelebihan

- sesuai untuk merakam gambar yang berjarak jauh- senang untuk memformatkan gambar ; cuma gerakkan lensa ke depan atau ke belakang

Kelemahan

- perlu bergerak ke depan atau ke belakang untuk mendapat format gambar yang dikehendaki

Kelemahan

- kelihatan besar, berat- aperture yang maksimum adalah kecil; perlu menggunakan filem yang mempunyai ASA yang tinggi, terutama sekali ketika mengambil gambar yang mempunyai cahaya rendah atau menggunakan shutter speed yang rendah - kamera mudah ‘bergerak’

Aperture- Lensa kamera boleh mengubah ukuran diameter aperture untuk

memasukkan cahaya yang lebih atau kurang sebagaimana yang diperlukan.

- Saiz ukuran diameter dikenali sebagai f/number; f/1, f/ 1.4- Aperture akan membuka dan menutup mengikut kelajuan shutter- shutter speed- Faktor utama yang mempengaruhi depth of field (Rujuk Unit 2B- Prinsip Fotografi )

Shutter Speed- diukur secara kiraan saat; 1saat, ½ saat, ¼ saat, 14 saat

- Kombinasi apeture dan shutter speed yang dikawal oleh kamera perlu untuk mendapatkan pendedahan cahaya yang sesuai

Huraian tentang Aperture dan Shutter Speed didapati dalam modul Prinsip Fotografi ( Pendedahan)

4

Page 9: Modul pemorehan grafik

1.3 ‘Focal Length/ Angle of View’ jarak zoom optikal diukur secara FL (focal length), yang menentukan sejauh

mana imej dibesarkan atau dikecilkan; banyak mana ruang subjek yang dirakam dalam paparan viewfinder.

Lagi besar FL lebih luas gambar yang dirakam FL terbahagi kepada focal length normal, wide angle dan telefoto

kebanyakan kamera digital 35 mm menggunakan nombor ukuran focal length (FL) yang kecil seperti 5 mm atau 10 mm

35 mm Focal Length Kamera Bukan Digital

Focal Length Kamera Digital

Jenis Output Gambar

24mm 4.5 -Wide angle- gambar di luar, lanskapgambar berkumpulan, seni bina

35mm 6.5 - Landskap, gambar dalaman (interior)55mm 10.2 - Normal- focal length imej sama seperti focal

length mata; imej seperti dilihat oleh mata100mm 18.6 Potret

200mm 37.2 Telefoto

FL normal- pandang seperti di mata kasar

‘Wide Angl’e- sudut pandangan yang luas

Telefoto- sudut pandangan sempit; subjek boleh didekatkan(magnified)

Rajah menunjukkan’ angle of view’ lensa dengan FL dari 16 mm hingga 400mm

5

Page 10: Modul pemorehan grafik

1.4 Sistem Fokus menentukan ketepatan gambar/imej sama ada terang atau tidak terbahagi kepada 3 jenis iaitu

i. Fixed Focus- lensa tidak akan memfokuskan subjek, walaupun sejauh mana, kerana ia bergantung pada depth of field untuk menghasilkan gambar yang baik - terdapat pada kebanyakan kamera kompak

ii. Fokus Secara Automatik (AF)- lensa akan tentukan fokus mengikut jarak subjek- gambar lebih baik- terdapat beberapa jenis fokus iaitu focusing point, Spot AF, Servo AF, dan Fokus Secara Manual

iii. Fokus Secara Manual- hanya terdapat pada jenis kamera kompak yang tertentu sahaja

2. Sistem Kuasa Menggunakan bateri AA

3. Penyimpan Memori/ Imej Menggunakan stail memori seperti komputer; kamera bukan digital

menggunakan filem Lebih banyak memori, lebih banyak imej yang boleh disimpan imej boleh disimpan dalam 3 bentuk memori imej iaitu: Kad memori yang boleh di tukar ganti

o dimasukkan ke dalam kamera untuk menyimpan imej. Kad memori dimasukkan ke dalam komputer dengan bantuan ‘adapter’, atau kabel untuk memindahkan maklumat (imej) dari kamera ke komputer. Kad memori boleh didapati dalam bentuk:i. Kad ‘SmartMedia’ - kapasiti memori 8 MB,16 Mb, 32 MB,

64MB,128 MBii. Kad ’CompactFlash’ - kapasiti memori lebih tinggi, dari

175 MB – 1040 MB; harganya lebih mahal

iii. Kad PCMCIA - untuk kamera yang tertentu sahaja`

Menggunakan kamera digital yang menggunakan cakera liut untuk menyimpan imej, terus boleh digunakan pada komputer; jumlah imej yang disimpan adalah terhad

Huraikan jenis-jenis fokus yang tersebut di atas

6

Page 11: Modul pemorehan grafik

4. Butang/ Mode Kawalan Kamera4.1 Metering System

Butang mode pendedahan cahaya secara/ dengan pilihano automatiko shuttero apeture o manual

4.2 Sensor Fokus

4.3 Kawalan Zoom Mengawal FL dari wide angle ke telefoto Kegunaan fitur-fitur ini terdapat pada buku manual kamera untuk

diteliti.

5. Resolusi Imej Kamera Digital Diukur dalam unit piksel Piksel menentukan kualiti imej yang dicetak Lebih tinggi piksel, lagi kurang imej yang disimpan

Kamera Digital Resolusi Rendaho 320 x240 piksel

Kamera Digital Resolusi Sederhanao dari 640 x 480 piksels (VGA - Kamera Video Graphic Array) hingga 800 x

600 piksel (SGVA- Kamera Super VGA ) dan 1024 x 768 piksel (XGA- Extended GA camera)

Kamera Digital Resolusi Tinggio dikategorikan sebagai megapikselo mencapai tahap jutaan pikselo sesuai untuk menghasilkan imej untuk produksi penerbitan kerana

berupaya menghasilkan warna yang terang dan jelas.

Kamera Digi. diperolehi dalam pilihan megapiksel yang berikut:

Jenis –jenis kad memori : CompactFlash, PCMCIA, dan SmartMedia

7

Page 12: Modul pemorehan grafik

Mega piksel Ukuran cetakan imej

Sub-m.p (VGA)

Pada paparan komputer ,web site, e-mail

1 m.p 3 in X 5 in2 m.p 5 in X 7 in

3 m.p 8in X 10 in

6 m.p 13 in X 19 in

6. Denyar (Flash) terdapat pada badan kamera/ atau boleh dipasang jenis - auto flash

- red eye reduction- force/ fill – mengurangkan bayang; menyediakan cahaya yang mencukupi apabila flash tidak menyala- rear curtain flash- untuk pendedahan lama.

7. Soket penyambung/ Soket Utama kabel penyambung yang dapat memindahkan memori imej dari kamera ke

komputer kabel untuk menyambungkan adaptor bateri ke kamera

Aktiviti 3

Dengan menggunakan rajah kamera digital (3 dimensi) dari beberapa sudut, murid akan menekan pop-up button yang memberi penerangan tentang fungsi fitur-fitur kamera digital .

Guru juga menunjukkan fitur-fitur kamera digital tersebut secara pembelajaran praktikal.

Aktiviti 4

Latihan pengukuhan

Murid diberi lampiran yang mempunyai gambarajah kamera; murid perlu mengisi dalam ruang yang disediakan (fill in the blanks) fitur-fitur/ fungsi-fungsi butang kawalan kamera yang berkenaan.

Pelajar membuat penilaian kendiriAktiviti 5

8

Page 13: Modul pemorehan grafik

Latihan praktikal Pengendalian / mengenali fitur-fitur kamera bukan digital dan kamera digital

Aktiviti 6

Latihan pengukuhan

Murid diberi satu set soalan berkenaan dengan kamera digital (satu modul berupa soalan yang bergambar perlu disediakan ).

Nyatakan perbezaan antara kamera digital dan kamera bukan digital (Guru membuat penilaian)

Aktiviti 7Latihan teori dan praktikalProses memindahkan dan menyimpan fail imej dari kamera digital ke komputer.

(Rujuk modul yang berkenaan.)

9

Page 14: Modul pemorehan grafik

PEMEROLEHAN GRAFIKUNIT 2

Pengendalian Kamera Dan Penciptaan Grafik

Objektif:

Di akhir pembelajaran modul ini, murid-murid akan dapat mengetahui dan memahami prinsip fotografi

Aktiviti 1

Tajuk :Asas Foto – Prinsip Fotografi

1. Pendedahan (exposure) Bukaan lensa kamera yang menentukan banyak mana

cahaya/dedahan yang diperlukan ; mengawal kemasukan cahaya melalui kawalan shutter speed dan saiz bukaan aperture;

Berkait rapat dengan pencahayaan dan cuaca Pendedahan yang betul ialah mendapatkan hubungkait yang betul

antara aperture dan shutter speed Aperture

saiz ukuran diameter aperture ditentukan secara no f . Lebih rendah no. f ,lebih besar bukaan diameter aperture ; dan sebaliknya

Urutan standard bagi nilai aperture ialah f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/11, f/16, f/22, f/32. Setiap peringkat nilai dikenali sebagai f/stop. Setiap f/ stop akan menambah atau mengurangkan cahaya sebanyak 100%

Aperture akan membuka dan menutup mengikut kelajuan shutter- shutter speed

Faktor utama yang mempengaruhi depth of field shutter speed

Diukur secara saat.Urutan standard bagi shutter speed ialah – 1 saat, ½ saat, ¼ saat, 1/15 saat, 1/30 saat, 1/60 saat, 1/125 saat, 1/250 saat, 1,500 saat, 1/1000 saat .

kombinasi apeture dan shutter speed terdapat beberapa kombinasi aperture/ shutter speed untuk

mendapatkan dedahan cahaya yang betul contohnya:

1/250 – f/4 1/125 – f/5.6 1/60 – f/8

- Kombinasi yang menghasilkan dedahan yang sama

10

Page 15: Modul pemorehan grafik

2. Depth Of Field dipengaruhi oleh 3 faktor

2.1 Apeture Lagi kecil bukaan aperture (nombor f tinggi), lagi luas

depth of field

2.2 Focal Length (FL) Keupayaan lensa membesar atau mengecilkan imej

subjek dalam paparan skrin viewfinder Lebih banyak subjek dibesarkan, lebih luas FL; lebih luas

depth of field Lensa normal atau wide angle mempunyai depth of field

yang lebih luas Lensa telefoto dan makro, depth of field adalah sempit

2.3 Jarak subjek Jarak antara kamera dan subjek menentukan keluasan

depth of field Subjek yang jauh mempunyai depth of field yang luas

daripada subjek yang dekat Ruang kejelasan fokus (region of sharp fokus) bagi

gambar makro adalah sempit ; memerlukan ketelitian semasa fokus. Manakala ruang kejelasan fokus bagi gambar jarak jauh adalah lebih luas dan senang untuk fokus.

F/4 F/5.6 F/8

1/250 1/125 1/60

Rajah menunjukkan kombinasi aperture dan shutter speed yang menghasilkan dedahan yang sama. Perhatikan saiz aperture berbanding dengan nombor f, dan saiz bukaan shutter dengan jarak masa yang diperuntukan.

11

Page 16: Modul pemorehan grafik

2. Pencahayaan (lighting) Menentukan ketetapan shutter speed dan aperture serta film speed

(untuk kamera bukan digital) Dapat menimbulkan mud dan suasana Menghasilkan bayangan dan warna pada imej Pencahayaan boleh dilakukan / diperolehi secara semula jadi

(cahaya matahari), menggunakan flash atau pantulan cahaya (bounce light)

Pencahayaan luar (matahari) atau pencahayaan studio

Rajah menunjukkan bagaimana bukaan aperture mempengaruhi depth of field

f/ 5.6

f/ 11

f/ 22

12

Page 17: Modul pemorehan grafik

i. Pencahayaan Belakang (backlighting)o Mewujudkan mud dan suasana yang tertentu o Untuk menegaskan garis rupa sesuatu bentuk dengan cara

‘silhouette’o Kesan pencahayaan ada lah berbeza mengikut waktu dan cuacao Objek kelihatan ‘lutsinar’o Pembacaan dedahan diambil antara bahagian yang ‘bercahaya’

dengan bahagian yang gelap. Terdapat juga butang kawalan untuk ‘backlighting’

3. Kelajuan Filem (untuk kamera bukan digital) Merujuk kepada tahap mana filem sensitif pada cahaya; lebih rendah

kelajuan filem, lebih rendah sensitiviti pada cahaya Kamera Digital- cahaya yang masuk melalui lensa akan terkena pada komputer cip yang dikenali sebagai CCD (Charged Coupled Device). CCD sangat sensitif pada cahaya. Setiap piksel akan mendaftar perubahan cahaya,sebagaimana bahan bintik-bintik perak pada filem bertindak Kelajuan filem akan mempengaruhi kelajuan shutter Menggunakan kelajuan filem berbeza untuk pencahayaan yang

tertentu, atau untuk mendapatkan kesan foto imej foto berbintik (grainy)

Kelajuan filem diukur secara ISO ASA 100- pencahayaan normal/ berbantukan flash

ASA 200, 400 – pencahayaan yang kurang/ tidak berbantukan flash/ berbantukan flash

4. Medan Fokus

Sama ada jarak dekat atau jarak jauh Mengawal lensa (rangefinder/ viewfinder) untuk menentukan medan

fokus Ditentukan oleh jenis lensa yang digunakan sama ada wide angle,

normal/ standard, telefoto 28mm,50mm dan 100mm

5. ResolusiNormal viewpoint telefoto wide angle

Contoh imej yang menunjukkan pelbagai medan fokus

13

Page 18: Modul pemorehan grafik

Imej foto digital yang baik ditentukan oleh ketinggian resolusi Resolusi pada kamera digital ditentukan oleh piksel – 1.2 megapiksel, 3 megapiksel, 5 megapiksel dan seterusnya

6. Komposisi Menegaskan lagi impak komunikasi visual yang hendak disampaikan Menentukan subjek matter yang hendak ditonjolkan dan kaitannya

dengan latar Menentukan mud dan mesej yang hendak disampaikan Komposisi imej digital/ foto boleh dibaiki atau diubah dengan teknik

cropping dalam perisian aplikasi grafik- photo retouching atau pengimbas

Contoh imej yang menggunakan resolusi yang

rendah

Contoh imej yang menggunakan resolusi yang

tinggi

14

Page 19: Modul pemorehan grafik

PEMEROLEHAN GRAFIKUNIT 3

Teknik Fotografi Dan Penciptaan Grafik

Objektif:

Diakhiri pembelajaran modul ini, murid-murid akan dapat mengetahui dan memahami teknik fotografi

Aktiviti 1

Tajuk :Asas Foto – Teknik Fotografi

1. Landskap Imej foto yang mempunyai sudut pandangan yang luas Mempunyai bigger depth of field. Ditentukan secara auto melalui mod/ butang kawalan kamera bukan

atau secara manual dengan mengawal bukaan aperture yang lebih kecil (f/ 16 keatas)

Penggunaan lensa wide angle atau telefoto juga boleh memberi kesan lanskap - waktu pagi atau petang adalah sesuai kerana sudut cahaya

matahari ketika ini menonjolkan kesan warna dan tekstur yang lebih baik dan dramatik pada subjek

- perhatian perlu diberi pada aspek komposisi dan viewpoint

Contoh imej foto yang menunjukkan teknik lanskap

15

Page 20: Modul pemorehan grafik

2 Potret Imej manusia atau wajah manusia dari jarak dekat Menampakkan ekspresi dan mimik muka yang nyata Menggunakan aperture yang rendah (f/5.6) atau menggunakan Mode /simbol potret pada butang kawalan kamera Gambar potret yang baik seharusnya menonjolkan personaliti

subjek subjek bagi gambar potret ialah seperti potret (muka), subjek dan

persekitaran, gambar kandid, dan kanak-kanak. lensa telefoto adalah sesuai, manakala lensa wide angle pula untuk

potret yang mempunyai suasana persekitaran. Pastikan keadaan latar belakang tidak mendominasi gambar muka

3. Aksi Rakaman gambar orang, binatang atau objek yang bergerak seperti

atlet yang sedang berlari, harimau yang sedang mengejar mangsanya, atau motosikal yang bergerak.

Aksi-aksi di’bekukan’ pergerakannya seperti contoh imej-imej di bawah.

Menggunakan kelajuan shutter yang tinggi ia itu 250 ke atas. Menggunakan mud/ simbol ‘orang berlari’ pada butang kawalan.

Mud /simbol potret

16

Page 21: Modul pemorehan grafik

4. Makro Membolehkan rakaman benda alam atau objek dari jarak yang

sangat dekat (close up) Menggunakan mud/ simbol bunga pada butang kawalan kamera Boleh menggunakan lensa makro, atau menggunakan aperture yang

paling rendah Pencahayaan tanpa flash adalah lebih baik, tetapi perlu

menggunakan tripod (kaki kamera) untuk menggelakkannya daripada ‘bergoyang’, kerana shutter speed yang rendah digunakan

Subjek yang sesuai ialah flora, unggas dan alam benda

5. Alam Benda (Still Life) Objek-objek alam disusun dengan menggunakan pencahayaan yang

sesuai di dalam studio atau di luar studio. Komposisi subjek yang baik dan berimbangan adalah perlu untuk

mendapatkan gambar yang menarik Komposisi subjek seharusnya menyampaikan mesej atau cerita yang

tertentu. Penggunaan tripod adalah perlu

6. Seni bina Dua cara mengambil gambar seni bina

Mod/ simbol makro

17

Page 22: Modul pemorehan grafik

o menggunakan lensa wide angle untuk merakam keseluruhan bangunan

o menggunakan lensa telefoto untuk merakamkan sebahagian /sudut bangunan yang tertentu sahaja.

Perhatian perlu diberikan pada komposisi sudut pilihan dan viewpoint Waktu yang sesuai dan kualiti cahaya akan memberi impak yang

dramatik pada bangunan.

7. Permandangan Waktu Malam Tidak memerlukan flash kerana pendedahan yang lama; shutter speed

yang lambat; Memerlukan tripod Perlu mengambil beberapa siri rakaman berdasarkan beberapa siri

pendedahan dari 5 hingga 30 saat.

8. Matahari Terbenam Perlu mengetahui masa yang sesuai, Memilih lokasi yang sesuai Tidak memerlukan flash kerana pendedahan yang lama, shutter speed

yang lambat; Memerlukan tripod Menggunakan spot-metering dan mengambil beberapa rakaman yang

menggunakan pelbagai pendedahan; membuat perbandingan untuk mendapatkan imej yang terbaik.

Menggunakan wide angle

Menggunakan telefoto

18

Page 23: Modul pemorehan grafik

9. Silhouttes Melebihkan pendedahan kepada cahaya agar rupa bentuk subjek

kelihatan gelap (kehitaman); untuk memberi kesan dramatik yang tersendiri

Tidak memerlukan flash kerana pendedahan yang lama, shutter speed yang lambat;

Memerlukan tripod

10. Corak (Pattern) Subjek yang mempunyai motif/ corak/ ritma perulangan garisan. warna, tekstur, dan rupa boleh menghasilkan imej

yang abstrak Terdapat dua jenis gambar yang dapat menunjukkan teknik corak ini.

o Indoor Patterno Corak pada bangunan

‘spot metering’ pada bayang bot menyebabkan terlebih dedahan cahaya ; langit kelihatan terlalu cerah cerah

‘spot metering’ pada matahari memberikan bukaan ‘shutter’ yang cepat- menyebabkan kurang dedahan; gambar kelihatan gelap

‘spot metering’ pada langit memberikan dedahan yang betul; warna langit sesuai dan bentuk bot kelihatan agak jelas

19

Page 24: Modul pemorehan grafik

PEMEROLEHAN GRAFIKUNIT 4

Pengimbas

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pelajar akan dapat mengenali fitur-fitur pengimbas yang generik:

Menerangkan cara-cara penetapan (setting) pengimbas. Mengikuti langkah-langkah dalam proses pengimbasan Menghasilkan imej digital melalui proses pengimbasan

Tripod KameraFlash Kamera

20

Page 25: Modul pemorehan grafik

Peringatan: Perlu diingatkan bahawa di dalam modul ini, mesin pengimbas yang dibincangkan adalah dari jenis yang biasa digunakan dan mempunyai banyak persamaan antara yang lain. Seandainya terdapat perbezaan ia merupakan sesuatu yang kecil dan masih boleh diubah suai mengikut jenis yang anda gunakan.

Pengenalan

Alat pengimbas (scanner) adalah satu perkakasan input kepada komputer yang berfungsi untuk memindahkan imej dan objek serta teks menjadi imej digital pada skrin. Kualiti penghasilan sesuatu imej bergantung kepada penetapan (setting) yang dibuat menggunakan perisian tertentu yang datang bersama dengan pengimbas tersebut. Proses imbasan juga boleh melibatkan pemindahan imej slaid 35 mm, filem negatif, dan transparensi.

ALAT PENGIMBAS

Beberapa soalan penting mengenai pengimbas yang perlu ditimbulkan.

1. Apakah fungsi mesin pengimbas?

AKTIVITI 1 Sesi Penerangan

Perbincangan guru dan murid mengenai alat pengimbas. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai pengimbas secara teori dan persembahan slaid.

CANON Scanner

21

Page 26: Modul pemorehan grafik

2. Apakah pilihan penetapan (setting) yang terdapat pada mesin pengimbas?3. Nyatakan perbezaan penetapan (setting) ketika mengimbas teks dan imej.4. Sebut dan terangkan beberapa contoh manipulasi imej yang boleh dilakukan

pada mesin pengimbas.5. Apakah kaitan hubungan mesin pengimbas dengan perisian grafik.6. Sebutkan urutan dalam proses pengimbasan.

AKTIVITI 2Demonstrasi

Guru menunjukkan contoh mesin pengimbas yang sebenar berserta aksesori tambahan dan membuat demonstrasi penggunaan alat pengimbas.

Alat Pengimbas dan Aksesori

Unit Mesin Pengimbas Kabel USB

AKTIVITI 3 Sesi Percubaan

Pelajar mencuba sendiri menggunakan alat pengimbas mengikut langkah-langkah yang telah dicatatkanpada modul.

Mengimbas ImejSila ikut langkah-langkah menggunakan alat pengimbas berdasarkan gambar foto di bawah.

1. Buka penutup scanner dan letakkan imej yang ingin diimbas dalam kedudukan imej ke bawah iaitu menghadap permukaan kaca

22

Page 27: Modul pemorehan grafik

2. Selepas itu tutup semula penutup pengimbas tersebut.

3. Klik pada Start - Program – CanoCraft CS-P 3.8 (contoh yang digunakan ialah program dan pengimbas jenis Canon)

4. Kekotak berikut akan dipaparkan. Klik pada arahan ‘Prescan’ atau ‘Preview’.

Peringatan: Adalah penting terlebih dahulu untuk anda merancang penggunaan imej tersebut , jika anda inginkan hasil dalam resolusi tinggi anda seharusnya memilih 300 atau 600 dpi. Tapi ini akan menyebabkan saiz fail tersebut menjadi besar.

5. Untuk menukar resolusi imej anda sila klik pada butang setting seperti di rajah atas dan pilih menu output resolution. Satu tetingkap akan muncul seperti rajah di bawah. Di sinilah anda membuat pilihan kualiti resolusi anda.

Klik di sini

23

Page 28: Modul pemorehan grafik

6. Klik dan seret tetikus pada imej untuk membuat pilihan kawasan gambar yang anda ingin imbas .

7. Klik pada butang preview sekali lagi atau save. Anda harus memilih format yang diidamkan contohnya JPEG , BITMAP atau sebagainya.

Setelah selesai klik OK

Layout info

Mencipta fail baru

24

Page 29: Modul pemorehan grafik

8. Satu kekotak dialog akan muncul. Namakan fail imej yang ingin disimpan. Selepas itu klik save pada kekotak dialog tersebut.

9. Proses imbasan berlaku.(Perhatian : Jangan buka penutup pengimbas ketika proses ini dijalankan)

10. Kotak berikut akan dipaparkan.

Berikut diberi sedikit penerangan tentang format yang popular digunakan:

JPEG (JPG) - merupakan format yang dipadatkan (compressed) dengan ini ia menjadikan fail tersebut lebih kecil dari segi relatif. Format ini sangat sesuai digunakan bagi fotograf yang berwarna. Inilah format terbaik yang dicadangkan penggunaannya jika anda ingin menggunakannya di internet sama ada untuk di mailkan kepada kawan atau untuk digunakan di web.

GIF – tidak berapa bagus untuk imej bewarna tetapi sangat baik untuk garisan. Biasanya digunakan untuk imej mudah atau untuk teks imej.

TIFF – merupakan imej yang tidak dipadatkan, maka saiznya besar. Biasanya bila pengguna memerlukan imej tersebut untuk tujuan printing dengan resolusi yang amat baik, untuk tujuan web ia tidak digalakkan.

PNG – satu lagi format berkualiti tinggi,menggunakan sedikit kemudahan pemadatan. Sesetengah web browser menyokong format ini, mungkin akan menggantikan format GIF memandangkan ia mempunyai kemampuan yang sama dengan tambahan handles colour yang lebih baik.

BMP (bitmap) – format yang digunakan oleh Microsoft, ia tidak boleh dimampatkan dan semakin tidak popular kerana wujudnya format yang lebih baik.

PSD – merupakan dokumen Adobe Photoshop- hanya digunakan apabila anda ingin memanipulasikan imej tersebut.

Fail sebelumnya

Pilihan jenis format

Simpan

25

Page 30: Modul pemorehan grafik

14 April 2003

26

Page 31: Modul pemorehan grafik

27