Modul Pembelajaran Asas Grafik

download Modul Pembelajaran Asas Grafik

of 25

  • date post

    13-Aug-2015
  • Category

    Documents

  • view

    338
  • download

    8

Embed Size (px)

description

NOTA PRODUKSI MULTIMEDIA

Transcript of Modul Pembelajaran Asas Grafik

UNIT 1 : ASAS GRAFIK

Objektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid akan dapat : Menjelaskan maksud grafik Mencirikan bentuk-bentuk grafik Penggunaan grafik dalam komunikasi visual Sumbangan grafik dalam kehidupan Pendahuluan Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital. Aktiviti 1: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik? bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu. 2. Berikan maksud ikon-ikon/simbol-simbol di bawah:

1

Aktiviti 2: Mencirikan bentuk-bentuk grafik. 1. Nyatakan bentuk-bentuk grafik di bawah:

100 80 60 40 20 0 1st Qtr 3rd Qtr

East West North

Jawapan: ( Carta,gambar 3D, Kartun, Gambar2D, Ilustrasi,Tipografi Imej foto yang dimanipulasikan)

2

2. Berikan contoh-contoh grafik yang sedia ada (dari clipart, imej imbasan akhbar, buku atau majalah) mengikut bentuk-bentuk grafik.

Aktiviti 3: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi visual? 2. Reka bentuk komunikasi visual boleh diklasifikasikan kepada 2.1 2.2 2.3 Reka bentuk grafik Reka bentuk multimedia Reka bentuk web

Cari maklumat tentang reka bentuk grafik yang berikut. identiti produk dan korporat pembungkusan reka bentuk penerbitan bahan-bahan collateral 3. Berikan contoh kegunaan grafik pada reka bentuk grafik yang di atas Nota Guru: Contohnya kegunaan grafik pada reka bentuk kotak pembungkusan dan kulit buku. Contoh-contoh yang dibawa oleh pelajar boleh dibincang bersama dari aspek jenis-jenis grafik dan kaitannya dengan grafik digital. Aktiviti 4: 1. Nyatakan peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan. Lebih menarik dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti Mudah Terbakar , Merbahaya, Jimatkan Air dan lain-lain. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

3

UNIT 2 : GRAFIK DIGITALObjektif Diakhir pembelajaran unit, pelajar dapat: Menamakan jenis-jenis grafik digital Mengenalpasti ciri-ciri grafik digital Membanding beza antara grafik bitmap dan vektor Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan.

Aktiviti 1 : Menamakan jenis-jenis grafik digital a. Imej Vektor terdiri daripada garisan, garis lengkung, kotak, bulatan, poligon dan lainlain. Boleh diisi dengan warna dan corak, digubah, diubahsuai saiznya.

-

b. Imej bitmap (imej peta bit) terdiri daripada elemen kotak-kotak kecil pada skrin komputer atau pencetak yang dikenali sebagai piksel. Setiap piksel mewakili pelbagai peringkat warna seperti: Aktiviti 2 : Mengenalpasti ciri-ciri grafik digital 1. Teks 1 bit monokrom hitam dan putih 4 bit 16 warna 8 bit 256 warna 16 bit 32,786 24 bit 8,388,608 32 bit 2,147,483,648

2. Grafik -

paling asas dan luas penggunaannya sumber penyampaian maklumat utama

maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D

4

-

Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh penglihatan dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi

3. Audio - Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton - Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan - timbul keseronokan dan minat 4. Video - mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi 5. Animasi - gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik - persembahan yang lebih dinamik serta menarik Aktiviti 3 : Membanding beza antara grafik bitmap dan vektor. - Lakar abjad di atas kertas graf bagi menjelaskan perbezaan di antara kedua jenis grafik digital. Aktiviti 4 : Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan. a. Lebih menarik dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek

b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt.Mudah Terbakar, Merbahaya, Jimatkan Airdan lain-lain. c. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

5

UNIT 3 : ELEMEN REKAANObjektif Diakhir pembelajaran menggunakan modul ini, murid akan dapat: Mengenalpasti elemen Seni Visual yang terdapat serta menggunakannya dalam sesuatu karya grafik. Menyatakan 6 elemen rekaan Seni Visual yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Aktiviti 1 Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu: 1. Garisan (Latihan kepada pelajar melukis elemen-elemen tersebut dalam ruangan yang disediakan sebagai aktiviti pengukuhan)

Nyatakan jenis garisan di atas, dan lakarkan garisan-garisan lain yang boleh diperolehi dari toolbar drawing (menggunakan Microsoft/ Free hand) mmm Geometri

Nyatakan dan lakarkan rupa-rupa geometrik lain yang anda ketahui

6

Organik

Lukiskan beberapa rupa organik dengan menggunakan toolbars scribble

2. Rupa positif dan rupa negatif

Lukiskan satu grafik yang menampakkan kesan rupa positif dan negatif dengan menggunakan toolsbar autoshape 3. Bentuk

Nyatakan dan lakarkan bentuk-bentuk asas lain yang anda ketahui. Olahan garisan, tekstur dan warna menimbulkan bentuk 4. Warna 4.1 Warna pigment Lengkapkan jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna dalam petak yang disediakan. Warna Asas - kuning, biru, merah

7

Warna Sekunder - jingga, ungu, hijau Warna Tertier - kuning kejinggaan, kuning kehijauan, hijau kebiruan, ungu kebiruan, ungu kemerahan, 4.2 Warna Paparan Elektronik Warna yang terdapat pada monitor komputer adalah terdiri daripada bintikbintik warna yang dikenali sebagai pixel. i. Warna RGB Olahan/ gubahan warna ini digunakan pada grafik untuk paparan skrin monitor sahaja, kerana menggunakan pixel yang rendah. Red Green Blue ii. Warna CYMK/ warna percetakan Warna ini digunakan apabila grafik yang dihasilkan perlu dicetak; memerlukan proses cetakan 4 warna dakwat cetakan ia itu cyan, magenta, yellow dan black. K merujuk pada warna ,black (hitam) Proses cetakan 4 warna ini adalah untuk menghasilkan imej yang berwarna. Magenta Cyan Yellow K (Black) Warna HSL Hue, saturation, dan lightness adalah ciri-ciri olahan warna yang digunakan semasa memanupulasi warna pada imej di skrin komputer.

iii.

5. Ruang Apakah peranan ruang dalam reka letak sesuatu paparan grafik? i) ii) iii) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian. Memberi imbangan pada reka letak/ grafik. Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu reka letak. Menimbulkan kesan perspektif.

iv)

Bagaimana menimbulkan ruang dalam grafik?

8

Cara rupa/bentuk diolah Susunan

Kedudukan subjek (perspektif saiz)

Perpektif warna (Suhu warna)

Jalinan/tekstur

perpekstif

Berlainan saiz

Susunan yang berturutan

Tahap kekaburan subjek melalui olahan garisan dan tekstur

Perubahan garisan linear

1.6 Tekstur (Jalinan) 1.6.1 Apakah jenis tekstur yang dipaparkan di bawah? 1.6.2 Apakah kesan tampak bagi setiap tekstur berikut?

9

UNIT 4 : PRINSIP REKAAN

Objektif Di akhir pembelajaran unit ini, murid akan dapat: Mengetahui prinsip-prinsip Rekaan Seni Visual Memperihalkan hasil Grafik berdasarkan prinsip-prinsip Rekaan Seni Visual Mengaplikasikan prinsip Rekaan Seni Visual dalam penghasilan grafik Aktiviti 1: 2. Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual 1.1. Keseimbangan - Formal - Tidak Formal Harmoni 1.3. Kontra 1.4. 1.5. bentuk susunan warna saiz irama bentuk susunan warna saiz irama

1.2.

Penegasan - untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan Kesatuan elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama ; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

10

1.6.

Pergerakan - elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan

JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT: A. Isikan tempat kosong dengan ciri-ciri prinsip rekaan yang betul (menggunakan clip art yang disediakan)

i.KESEIMBANGAN

Formal

Tidak formal

ii. HARMONI

warna

saiz

bentuk

Susunan iii. KONTRA

irama

warna

saiz

bentuk

11

susunan irama v. PENEGASAN

Pilih grafik yang menampakkan penegasan dari Clip Art vi. KESATUAN

PAMERAN IT

REPTILIA

Masukkan teks