MODUL Movie Maker

13
MODUL 2 MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia©’08 1/13 MODUL 2 PENGENALAN KEPADA WINDOWS MOVIE MAKER

Transcript of MODUL Movie Maker

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 1/13

    MODUL 2

    PENGENALAN KEPADA WINDOWS MOVIE MAKER

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 2/13

    2.1 Pengenalan Windows Movie Maker adalah perisian pengeditan video (software video editing)

    yang dibuat oleh Microsoft. Program ini telah terkandung dalam sistem operasi

    Windows XP. Pada versi awalnya (versi 1.0) tools ini belum mempunyai ciri-ciri yang

    lengkap, tetapi setelah mengalami penambahbaikan dan dilancarkan dalam versi

    terbaru (versi 2.0) tools ini mengandungi banyak ciri-ciri tambahan yang disertakan

    didalamnya.

    Gambar 3.1 Logo Windows Movie Maker

    Anda dapat menggunakan Windows Movie Maker untuk mengambil capture audio

    dan video dari kamera video, web camera atau dari sumber video lainnya, kemudian

    mengedit hasil capture tersebut menjadi sebuah movie. Selain itu anda dapat

    melakukan import audio, video ataupun gambar ke dalam Windows Movie Maker

    untuk dipakai bersama movie yang dibuat. Dalam proses edit audio dan video

    menggunakan Windows Movie Maker anda dapat pula menambahkan tajuk title,

    transisi dan efek visual sesuai dengan cita rasa sendiri, kemudian menyimpan hasil

    akhir berupa movie ke dalam berbagai format video.

    Windows Movie Maker memang bukan pilihan di kalangan profesional, tetapi

    kehadirannya sangat membantu mereka yang tidak mempunyai bajet yang

    mencukupi untuk membeli sebuah perisian pengeditan video. Kemudahan yang

    disediakan di dalam program ini boleh dikatakan lengkap, ia mempunyai kemudahan

    capture, import, timeline (walaupun dengan jumlah layer yang terbatas), storyboard,

    beraneka kesan transisi dan kesan/efek video, serta kemudahan render

    menggambarkan bahawa program ini bukanlah program permainan, walaupun

    mempunyai ciri-ciri yang terhad..

    Bagi membuat video dokumentasi tentang koperasi, montaj, seminar, filem

    dokumentari, majlis pernikahan dan filem ringkas adalah memadai dengan

    menggunakan perisian ini. Apa yang paling penting dalam membuat video adalah

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 3/13

    dengan menggunakan kaedah garbage in garbage out, ertinya input video akan

    menentukan hasil akhir video. Jadi sumber video yang akan diedit haruslah elok dari

    sudut pandangan teknik dan seni perfileman (sinematografi), sehingga hasil akhir

    yang memuaskan tercapai.

    2.2 Konsep Asas Windows Movie Maker Terdapat beberapa konsep asas yang harus difahami sebelum mengedit video

    menggunakan Windows Movie Maker. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman

    berkenaan istilah-istilah yang akan digunakan dalam perisian ini.

    2.2.1 Memahami Koleksi Collections, Projek Projects dan Filem Movies

    Berikut ini merupakan pengertian mengenai Collections, Projects dan Movies :

    Collections adalah sekumpulan yang mengandungi klip audio, klip video atau gambar

    yang kita import atau capture dalam Windows Movie Maker. Sebuah Collection

    berperanan sebagai container klip (sebagai kumpulan terkecil dari video dan audio)

    yang kita miliki. Collection membantu dalam menyusun hasil import dan capture.

    Collections berada dalam panel Collections dalam Windows Movie Maker.

    Projects, mengandungi susunan dan maklumat berkaitan masa yang digunakan dari

    audio dan klip video, transisi video, efek video dan tajuk yang telah ditambahkan ke

    dalam storyboard ataupun timeline. Fail projek disimpan dengan jenis fail *.wswmm.

    Dengan menyimpan project maka ianya boleh dibuka dan digunakan kembali, dan

    akan tersimpan pada keadaan terakhir ianya digunakan.

    Movie, adalah projek akhir yang disimpan menggunakan Save Movie Wizard. Kita

    dapat menyimpan movie ke dalam komputer atau CDR, atau mengirimkan sebagai

    sangkutan (attachment) email, juga boleh menyimpannya ke dalam Web. Movie yang

    telah disimpan dapat dimainkan dalam Windows Media Player serta pelayar web.

    Movie juga dapat disimpan dalam DV camera menggunakan sambungan yang

    bersesuaian.

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 4/13

    2.2.2 Fail Sumber (Source Files) Source file adalah fail digital (misalnya fail audio dan video serta gambar) yang

    diimport ke dalam Projek (Project). Ketika Anda mengimport fail video, audio atau

    gambar maka fail-fail tersebut akan tampil dalam Windows Movie Maker sebagai

    wakil dari fail sumber. Fail-fail yang diimport tersebut tidak akan disalin/digandakan

    tetapi hanya namanya saja yang digunakan oleh Windows Movie Maker. Ketika

    anda mengadakan perubahan pada fail yang telah diimport dalam Windows Movie

    Maker maka paparan fail dalam Windows Movie Maker akan ikut berubah sesuai

    dengan perubahan yang anda buat. Jika anda menghapus nama fail yang telah

    diimport dalam Windows Movie Maker maka fail sumber tidak akan ikut terhapus.

    2.2.3 Perkakasan Capture Video dan Audio

    Dalam Windows Movie Maker anda dapat menggunakan berbagai perkakasan

    capture untuk memindahkan rakaman audio dan video ke dalam komputer.

    Terdapat dua kategori asas perkakasan capture iaitu alatan capture video dan

    alatan capture audio. Alatan capture video memiliki fungsi memindahkan

    rakaman video ke dalam komputer, dalam Windows Movie Maker anda dapat

    menggunakan berbagai alatan capture seperti di bawah :

    Alatan video analog seperti kamera video analog (Beta, VHS, SVHS dan Hi8) dan Video Cassette Recorder (VCR) yang terhubung dengan video capture analog. Web camera Digital video seperti DV camera atau VCR yang bersambung menggunakan port IEEE

    1394 TV Tuner Card Alatan capture audio berfungsi untuk memindahkan audio dari sumber luar ke dalam komputer. Alatan capture audio yang paling dikenali adalah microphone (mic). Berikut ini alatan capture audio yang dapat digunakan dalam Windows Movie Maker Audio Card (sound card) Microphone yang standalone Builtin microphone dalam perkakasan camera video (analog atau digital)

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 5/13

    2.2.4 Menyimpan Movie

    Setelah selesai membuat pengeditan pada project dalam Windows Movie Maker

    maka anda dapat menyimpannya sebagai movie (proses untuk menghasilkan movie

    disebut rendering). Anda dapat menyimpan movie ke dalam CD untuk disebarkan

    kepada teman, menyimpan dan mengirim movie sebagai attachment dalam email,

    atau mengirimnya ke video hosting di web, atau dapat pula disimpan kembali dalam

    DV camera. Movie yang telah tersimpan merupakan media digital yang telah

    ditambahkan dalam timeline/storyboard, yang di dalamnya terdapat klip audio, klip

    video, gambar, transisi video, efek video, tajuk dan penghargaan credit.

    2.2.5 Jenis Fail yang disokong oleh Windows Movie Maker

    Dibawah ini beberapa jenis file yang dapat digunakan (diimport) di dalam Windows

    Movie Maker :

    File audio, berupa file dengan extension *..aif, .aifc, .aiff .asf, .au, .mp2, .mp3, .mpa,

    .snd, .wav, and .wma

    File gambar, berupa file dengan extension *.bmp, .dib, .emf, .gif, .jfif, .jpe, .jpeg, .jpg,

    .png, .tif, .tiff, and .wmf

    File video, berupa file dengan extension *.asf, .avi, .m1v, .mp2, .mp2v, .mpe, .mpeg,

    .mpg, .mpv2, .wm, and .wmv

    2.3 Antara Muka Windows Movie Maker Setelah Windows XP telah dipasang, maka Windows Movie Maker boleh digunakan.

    Untuk memulakan Windows Movie Maker, pilih Start > All Programs > Windows

    Movie Maker.

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 6/13

    Gambar 2.1 Skrin program Windows Movie Maker

    Kawasan kerja Windows Movie Maker terdiri dari beberapa bahagian.

    Gambar 2.2 Kawasan kerja Windows Movie Maker

    2.3.1 Menu Bar dan Toolbar

    Pada skrin kerja Windows Movie Maker di skrin atas terdapat bahagian yang

    bernama Menu Bar dan dibawahnya dinamakan Toolbar.

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 7/13

    Gambar 2.3 paparan menu bar dan toolbar

    Pada Menu Bar terdapat beberapa pilihan menu, iaitu File, Edit, View, Task,

    Klip, Play dan Help. Dalam menu-menu inilah terdapat berbagai arahan dalam

    pengoperasian Windows Movie Maker. Toolbar mempunyai ikon-ikon arahan,

    yang serupa dengan pilihan arahan yang ada dalam Menu Bar. Dalam Toolbar

    arahan-arahan tersebut dipaparkan dalam bentuk ikon-ikon sedangkan dalam

    Menu Bar arahan dipaparkan dalam bentuk teks.

    2.3.2 Movie Task Pane Di sebelah kiri kawasan kerja Windows Movie Maker terdapat kawasan yang

    dinamakan Movie Task Pane. Task Pane mengandungi butang-butang arahan, apa

    yang berbeza dalam Movie Task Pane arahan-arahan tersebut dibahagikan kepada

    beberapa kategori sesuai dengan urutan/susunan pembuatan video. Movie Task

    Pane terdiri dari kategori Capture Video, Edit Movie, Finish Movie dan tambahan

    Movie Making Tips. Untuk menampilkan Movie Task Pane, pada Menu Bar pilih

    View > Task Pane, atau klik butang Task yang berada pada Toolbar.

    Gambar 2.4 Butang Task Pane dalam Toolbar

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 8/13

    Gambar 2.5 Movie Task Pane

    2.3.3 Collections Pane dan Content Pane

    Collections Pane terletak pada kawasan yang sama dengan Movie Task Pane.

    Untuk menampilkan Collections Pane caranya pada Menu Bar pilih View >

    Collections, atau klik butang Collections yang ada pada Toolbar.

    Gambar 3.6 Butang Collection dalam Toolbar

    Gambar 2.7 Paparan Collections Pane

    Dalam paparan Collections Pane terdapat 3 jenis kategori, iaitu Video Effects, Video

    Transitions dan Collections. Kategori-kategori tersebut memiliki kandungannya

    masing-masing, kandungan dari setiap kategori akan dipaparkan dalam Content

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 9/13

    Pane. Apabila salah satu kategori dalam Collections Pane di klik maka dalam

    Contents Pane akan terpapar kandungan dari kategori tersebut.

    Gambar 2.8 Paparan Collections Pane dan Contents Pane

    Kategori Video Effects mengandungi efek-efek visual yang dimiliki Windows Movie

    Maker. Pelbagai efek visual yang dimiliki dipaparkan dalam Panel Contents.

    Gambar 2.9 Paparan Video Effects dalam Collections Pane

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 10/13

    Pilihan Video Transitions mengandungi efek-efek transisi yang dimiliki oleh Windows

    Movie Maker.

    Gambar 2.10 Paparan Video Transitions dalam Collections Pane

    Pilihan Collections mengandungi koleksi-koleksi klip video, audio dan gambar yang

    terdapat dalam Windows Movie Maker.

    Gambar 2.11 Paparan Collections dalam Collections Pane

    2.3.4 Monitor Monitor berada di sebelah kanan kawasan kerja Windows Movie Maker, berfungsi

    menampilkan preview video dan audio.

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 11/13

    Gambar 2.12 Paparan Monitor

    Di bawah Monitor terdapat sekumpulan butang playback yang biasa disebut dengan

    Playback controls, berfungsi untuk memainkan klip video dan audio.

    2.3.5 Timeline Di bahagian bawah kawasan kerja Windows Movie Maker terdapat sebuah kawasan

    yang dinamakan Timeline. Timeline berfungsi sebagai tempat meletakkan dan

    menyusun koleksi file video, audio, transisi, tajuk dan muzik. Susunan dalam

    Timeline akan dipaparkan pada Monitor sebagai preview. Di dalam Timeline, anda

    dapat melakukan penyusunan jarak masa "duration

    klip, pemotongan klip, penambahan efek transisi dan efek video. Timeline terdiri dari

    beberapa bahagian yang biasa disebut sebagai Trek. Terdapat 5 buah Trek dalam

    Timeline, iaitu:

    Video, tempat menyusun klip video dan gambar Transition, mengandungi efekefek transisi Audio, mengandungi audio yang dimainkan bersama klip video yang disusun dalam

    Trek Video Audio/Muzic, mengandungi klip audio tambahan berupa naration (penceritaan) dan

    muzik Title Overlay, mengandungi Title dan Credit Title yang ditambahkan dalam Timeline

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 12/13

    Untuk menambahkan dan menyusun klip ke dalam Timeline, anda hanya perlu

    melakukan drag and drop saja, sama caranya ketika ingin menambahkan efek

    transisi dan efek video.

    Gambar 2.13 Paparan Timeline

    2.3.6 Papan Cerita / Storyboard

    Storyboard terletak pada kawasan yang sama dengan Timeline. Storyboard

    merupakan paparan default ketika Windows Movie Maker dibuka. Storyboard

    menampilkan susunan klip secara garis besar. Dalam Storyboard terdapat berbagai

    maklumat susunan klip meliputi duration, transisi dan efek video. Dengan

    menggunakan paparan Storyboard, anda dengan mudah boleh mengubah

    susunan/urutan klip, mengubah efek transisi antara klip dan mengubah efek video

    yang digunakan. Untuk menyusun duration klip (audio, video dan gambar), anda

    boleh menggunakan paparan Timeline.

  • MODUL 2

    MKM/Pusat INFOTEC/Multimedia08 13/13

    Gambar 2.14 Paparan Storyboard