menjadi penyembah sejati

download menjadi penyembah sejati

of 45

  • date post

    15-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    206
  • download

    1

Embed Size (px)

description

Buku ini mengenai bagaimana membangun gaya hidup penyembahan yang sejati. Amat sesuai untuk pemimpin penyembahan di gereja.

Transcript of menjadi penyembah sejati

DIMIN BANSAI

MENJADI PENYEMBAH SEJATI

Penerbit DIMIN BANSAI

MENJADI PENYEMBAH SEJATI Oleh: Dimin Bansai Copyright 2010 by Dimin Bansai

Penerbit Dimin Bansai Leeming77@yahoo.com

Diterbitkan melalui: www.nulisbuku.com

2

Ucapan Terimakasih: Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam penulisan ini.

3

DAFTAR ISITajuk 1. Penyembahan anda 2. Penyembahan yang tidak murni 3. Memuliakan Tuhan 4. Menjadi penyembah sejati mukasurat 5 16 24 30

4

PENYEMBAHAN ANDA Alkitab menyatakan bahawa manusia diciptakan serupa dengan gambar Tuhan. Dan bukan itu sahaja manusia telah diciptakan untuk menyembah Tuhan oleh kerana itu dapat dikatakan bahawa pekerjaan terbesar semua manusia adalah untuk memuliakan Tuhan. Bagaimanakah dengan anda hari ini? Apakah anda sudah melakukan tujuan itu dalam hidupmu? Coba renungkan apa yang anda sudah lakukan selama ini? Adakah ada pengalaman-pengalaman di mana anda menyembah dengan sungguh-sungguh? Bagaimanakah keadaan pada masa itu? Mungkin anda memiliki pengalaman-pengalaman penyembahan pada masa lalu. Tapi di dalam buku ini saya ingin anda menilai penyembahan anda saat ini. Sekarang ini! Mahu atau tidak mahu kenyataannya Tuhan telah menciptakan anda sebagai penyembah. Dia mahu supaya saudara menyembah Dia. Tuhan Yesus telah mati di atas kayu salib untuk menyelamatkan manusia dan membuka jalan sehingga manusia dapat masuk ke dalam hadiratNya untuk memuji dan menyembahNya. Hari ini, bagaimana dengan penyembahan anda? Tahukah anda bahawa Tuhan sangat rindu agar saudara dipulihkan dan mengalami terobosan dalam penyembahan. Karena jika tidak demikian, maka kehidupan yang keluar dari dirimu tidak akan berkenan kepada Tuhan dan tidak akan pernah mencapai tujuan hidup anda. MANUSIA TUHAN DICIPTAKAN UNTUK MENYEMBAH

5

Kita harus mengerti bahawa kita diciptakan untuk menyembah Allah. Artinya seluruh hidup kita direncanakan untuk memuliakan Tuhan. Tubuh, jiwa dan roh kita harus memuliakan Tuhan. Tuhan mahu agar seluruh hidup kita akan menyenangkanNya. Perhatikan apa yang dikatakan di dalam Roma 11:36. Tujuan utama dari penciptaan manusia adalah untuk kesenangan Tuhan sebab telah dikatakan segala sesuatu.. dari Dia, oleh Dia dan kepada Dia. Demikian juga di dalam 1 Korintus 8:6 lebih jelas menyatakan bahawa kita diciptakan untuk menyembah Dia. Dikatakan bahawa manusia berasal dari Dia, dan seterusnya hidup kita harus untuk kesenanganNya. Saudara, kita hidup seharusnya bukan untuk diri sendiri lagi dan bukan juga untuk sesuatu yang lain akan tetapi kita hidup seharusnya untuk Dia yang telah menciptakan kita. Bagi Dia sahaja kemuliaan sampai selama-lamanya. Saudara, kita harus kembali kepada tujuan utama mengapa Tuhan menciptakan kita iaitu menyembah Dia. Jika tidak, saudara tidak akan pernah sampai kepada tujuan Tuhan dalam hidupmu. A. TUHAN MEMERINTAHKAN MENYEMBAH-NYA KITA UNTUK

Ingat, Dosa telah memisahkan manusia dari hadirat Tuhan. Akibatnya setiap orang yang berdosa tidak layak masuk ke dalam hadiratNya. Persekutuan dengan Tuhan telah terputus. Jalinan kasih antara manusia dan Tuhan telah hilang. Walaupun Tuhan tetap setia mengasihi6

manusia, akan tetapi manusia tidak lagi bisa mengasihi Tuhan. Akan tetapi puji Tuhan! Allah telah menyediakan jalan keluarnya iaitu melalui pengorbanan Yesus Kristus. Setiap orang yang percaya kepada Yesus dan menjadikanNya sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadinya, ia layak untuk masuk ke dalam hadiratNya. Demikianlah jalinan kasih itu kembali berputik dan inilah yang dikehendaki oleh Tuhan. Firman Tuhan berkata sesiapa yang mengasihi berasal dari Tuhan dan mengenal Tuhan (1 Yohanes 4:7). Kita dapat lihat betapa Tuhan rindukan jalinan kasih ini. Mengapa? Kerana perintah yang terutama adalah mengasihi Allah dengan sungguh-sungguh! Lihatlah Firman Tuhan di dalam Matius 22:36-38 MATIUS 22:36-38 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama Perintah Tuhan bagi setiap orang percaya adalah mengasihi Tuhan! Inilah penyembahan yang sejati iaitu oleh kerana kasih, kita menyerahkan seluruh hidup kita untuk memuji dan memuliakan Tuhan. Penyembahan tanpa kasih tidak akan berkenan kepada Tuhan. Kerana setiap orang yang mengasihi, lahir dari Tuhan dan mengenal Tuhan. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Tuhan, sebab Tuhan adalah kasih. (lihat 1 Yohanes 4:7-8) Satu contoh yang sangat baik bagaimana seharusnya kita hidup adalah ketika Yesus dicobai oleh Iblis di padang7

gurun. Bukan sahaja Yesus menyatakan prinsip terpenting ini tetapi Dia juga berani mengaplikasikan prinsip ini dalam hidupNya. Pada waktu itu Iblis menunjukkan kerajaan dunia dan berkata semua ini akan kuberikan kepadaMu jika Engkau sujud menyembah aku. Iblis menyadari bahawa penyembahan adalah hal terpenting dan paling tinggi. Oleh kerana itu Iblis berusaha untuk menipu manusia untuk menyembah kepadanya. Ia mendambakan penyembahan. Ini kerana Iblis tahu penyembahan adalah hak tertinggi yang dapat diterima oleh siapapun. Namun demikian Yesus berkata "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!". Yesus sedar bahawa yang layak menerima hak tertinggi ini adalah Tuhan sahaja oleh itu ia tidak membiarkan diriNya ditipu oleh Iblis. Saudara, apakah anda sudah memberikan hak tertinggi ini kepada Tuhan? Ingatlah; kita telah diciptakan untuk kesenangan Tuhan, untuk kemuliaan Tuhan, untuk menyembah Tuhan. Ingatlah jikalau anda tidak memberikan hak ini kepada Tuhan, anda akan memberikan hak ini kepada sesuatu yang lain. Akibatnya anda akan sangat mudah ditipu oleh Iblis. B. APA YANG TELAH PENYEMBAHAN ANDA? TERJADI KEPADA

Hari ini marilah kita menyelidiki hidup kita. Apakah kita sungguh-sungguh mengasihi Tuhan? Hal ini penting8

sekali! Tanpa kasih yang sungguh-sungguh ini semua yang pernah saudara kerjakan selama ini mungkin tidak berarti apa-apa. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana di dalam Wahyu 2:4-5 menyatakan bahawa orang yang tidak punya kasih sebenarnya telah jatuh dan harus bertobat. Wahyu 2:4-5 Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasih yang semula. Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukanlah lagi apa yang semula engkau lakukan. Jika tidak demikian, Aku akan datang kepadamu dan Aku akan mengambil kaki dianmu dari tempatnya, jikalau engkau tidak bertobat. Hari ini, Tuhan mahu memulihkanmu. Mahukah anda merendahkan hati dan kembali kepada Tuhan. Berita baiknya adalah apapun keadaanmu, betapa dalamnya engkau jatuh Tuhan tetap mengasihimu dan pada waktu engkau datang kepadaNya.. Dia akan memulihkan anda. Ada seorang perempuan yang telah kedapatan berzinah diperhadapkan kepada Yesus. Menurut peraturan orang Yahudi, perempuan itu melakukan dosa yang sangat besar dan harus dihukum iaitu direjam sampai mati. Tapi perempuan ini bertemu dengan Tuhan yang penuh dengan kasih. Tuhan Yesus telah menyelamatkan perempuan ini dan Ia berkata kepadaNya "Akupun tidak menghukum engkau. Pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang." (Yohanes 8:11)

9

Hari ini, jika engkau datang kepada Yesus dan bertobat, Ia adalah setia dan adil. Ia akan mengampuni dosa-dosamu dan menyucikanmu dari segala kesalahanmu. (1 Yohanes 1:9) Mari kita berdoa: Tuhan Yesus, saya mengakui bahawa saya sudah kehilangan kasih yang mula-mula itu. Selama ini aku berusaha untuk menyenangkan hatiMu dengan melakukan pelayanan-pelayanan tapi saya sedar bahawa saya lakukan semua itu hanya kerana tugas. Ampunilah aku ya Tuhan. Aku mahu dipulihkan hari ini. Di dalam nama Yesus, amen. C. LIMA TANDA PEMULIHAN ANDA MEMERLUKAN

Ada lima tanda seseorang itu harus mengalami pemulihan dalam penyembahannya. Jikalau pada hari ini, tandatanda ini ada di dalam hidupmu maka bertobatlah sungguh-sungguh. Mari kita lihat satu-persatu. Hilangnya kasih yang semula

Orang-orang seperti ini adalah mereka yang kuat beragama dan giat melayani Tuhan. Tetapi tidak memiliki keintiman dengan Tuhan Yesus. Agama dan pelayanan mereka hanya sebagai tugasan yang harus dikerjakan. Jemaat di Efesus (Wahyu 2) adalah jemaat yang giat demi agama Kristen akan tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka sudah semakin jauh dengan Tuhan Yesus.10

Pernahkah saudara mengalami hal seperti ini? Saudara mungkin kuat melayani akan tetapi saudara merasa Tuhan itu jauh, atau saudara merasa semakin hilang pengenalan akan Tuhan Yesus. Tidak mampu memandang kemuliaan Tuhan

Orang-orang ini sulit untuk memandang keindahan Tuhan Yesus. Seringkali orang-orang seperti ini mengalami begitu banyak pergumulan dan masalah. Akhirnya mereka tidak lagi memandang kepada Tuhan Yesus tetapi mereka berfokus kepada masalah mereka. Akibatnya mereka menjadi kurang percaya dan mata mereka tidak lagi dapat melihat betapa indahnya peribadi dan rancangan Tuhan Yesus dalam hidup mereka. Alkitab menjelaskan bahawa orang Kristen juga tidak bebas dari masalah. Kita pasti akan menghadapi masalah dan kesulitan. Tapi di dalam Ibrani 12: 1-4, dikatakan bahawa mata kita harus senantiasa tertuju kepada Yesus supaya kita jangan menjadi lemah dan putus asa. Dua hal ini pasti ada dalam hidup orang Kristen; iaitu pertama kita pasti akan menghadapi pelbagai kesulitan dan kedua Tuhan Yesus selalu menyertai kita walaupun dalam kesulitan tersebut. Sebenarnya pada waktu kita menghadapi kesukaran, itulah waktunya kita dapat menghargai saat-saat bersama dengan Tuhan Yesus. Hanya saja kita belajar memandang Yesus saat hal itu terjadi. Hanya mengejar-ngejar pengalaman

Orang-orang seperti ini adalah mereka yang hanya mengejar sensasi-sensasi rohani dalam mengikut Tuhan. Fokus mereka dalam penyembahan adalah perasaan11

enak. Jikalau tidak mereka tidak bisa menyembah Tuhan. Contohnya ada orang ya