MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat...

22
1 MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH LAW SIAO SIU (MPP142056) NORMALIZA BINTI MAT RAIS (MPP141077) KHAIRUNISAK BINTI SULEIMAN (MPP142047) Kertas Kerja untuk Projek Inovasi MPPU 1003 INNOVATION IN TEACHING & LEARNING Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2015

Transcript of MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat...

Page 1: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

1

MENGHASILAN KIT BULATAN

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

LAW SIAO SIU (MPP142056)

NORMALIZA BINTI MAT RAIS (MPP141077)

KHAIRUNISAK BINTI SULEIMAN (MPP142047)

Kertas Kerja untuk Projek Inovasi

MPPU 1003 INNOVATION IN TEACHING & LEARNING

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2015

Page 2: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

2

ISI KANDUNGAN

TAJUK MS

1.0

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

LATAR BELAKANG MASALAH

3

4

2.0 ANALISIS MASALAH 5 – 6

3.0 PENYELESAIAN MASALAH 7 – 11

4.0

MATERIAL PRODUK

12

5.0 KOS PRODUK 13 – 14

6.0 KEBAIKAN PRODUK 15

7.0 KEASLIAN PRODUK 16

8.0 NILAI KOMERSIAL PRODUK 17 – 18

9.0 CARTA GANTT DAN MILESTONE PRODUK 19 – 20

10.0 PENUTUP 21

RUJUKAN

22

Page 3: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

3

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Projek

Rajah 2 : Pandangan Depan Circle Kit

Rajah 3 : Pandangan Belakang Circle Kit

Rajah 4 : Buku Manual Lampiran I

Rajah 5 : Buku Manual Lampiran II

Rajah 6 : Buku Manual Lampiran III

Jadual 1 : Harga Penghasilan Mini Produk

Jadual 2 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Arcyclic

Jadual 3 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Injection Moulding

Page 4: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

4

1.0

LATAR BELAKANG MASALAH

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan pengajaran di

dalam kelas merupakan satu elemen penting yang perlu diterapkan dalam setiap guru

dalam menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Dengan

penggunaan bahan bantu mengajar, guru dapat menerangkan sesuatu perkara dan

konsep sukatan mata pelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara

lisan (Abdul Rahim & Hayazi, 2010).

Bahan bantu mengajar tidak terhad kepada buku teks, papan hitam dan

gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang

dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru

boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

i. bahan bantu mengajar bukan elektronik

ii. bahan bantu mengajar elektronik

iii. bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Dalam pengajaran Matematik, guru-guru telah didedahkan dengan pelbagai

sumber pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar

dengan berkesan. Seorang guru Matematik harus mahir mengenal pasti dan membuat

keputusan dalam memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan

mengoptimumkan sumber untuk mencapai hasil pembelajaran yang dirancang dan

membantu merangsang minda pelajar dalam menguasai mata pelajaran Matematik

(Noor Azlan & Nurdalina, 2010).

Page 5: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

5

2.0

ANALISIS MASALAH

Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Matematik Tambahan

sekolah menengah, tajuk Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri

memerlukan pelajar menggunakan alatan geometri untuk melukis dan mengukur

serta menggunakan rumus tertentu untuk menyelesaikan masalah. Bagi tugasan

melukis, pelajar perlu menggunakan alat tepi lurus (straight edge) dan jangka lukis.

Bagi tugasan mengukur pula, pelajar memerlukan pembaris dan protraktor. Untuk

menggunakan rumus-rumus tertentu, pelajar perlu merujuk kepada buku atau

lampiran rumus setiap kali membuat latihan.

Alatan-alatan yang disebut di atas itu mudah didapati di pasaran, iaitu dalam

bentuk Set Geometri, tetapi sering kali pelajar tidak membawanya ke sekolah kerana

fungsi alat-alat tersebut terhad, dan tidak diperlukan untuk setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran. Oleh yang demikian, guru akan menghadapi masalah untuk

meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rumus-rumus yang perlu dicari

satu demi satu dalam buku setiap kali membuat latihan akan menyebabkan pelajar

cepat merasa bosan dan tidak berminat menyiapkan latihan mereka.

Walau bagaimanapun, guru tetap perlu merancang, membina, mengurus dan

menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menyokong kualiti pembelajaran

pelajar (Saedah & Mohammed Sani, 2012). Maka, satu anjakan perlu dibuat dalam

menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik di mana satu reka bentuk

bahan bantu mengajar yang boleh menggabungkan fungsi melukis, mengukur dan

tempat rujukan rumus.

Oleh yang demikian, Circle Kit yang akan dihasilkan dapat menggantikan

fungsi alat tepi lurus, jangka lukis, protraktor dan senarai rumus dalam buku-buku

Page 6: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

6

Matematik pelajar. Dengan saiz yang kecil dan jisim yang ringan, pelajar akan dapat

membawanya ke sekolah setiap hari tanpa berasa terbeban. Dengan itu, ia dapat

membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di

samping itu, kit ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik Bulatan,

Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri. Pastinya pelajar akan berasa teruja

untuk belajar dengan menggunakan satu alat yang mempunyai pelbagai fungsi dan

seterusnya akan dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran topik-

topik berkaitan.

Page 7: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

7

• Cetusanidea

• Perbincangan

• Analisismasalah

ANALISIS KEPERLUAN

• Kertas kerjadiluluskan

• Menyusun strategi

• Mendapatkan bahan

• Pembuatan produk

• Pengujian produk

• Analisis produk

PERLAKSANAAN PROJEK

• Nilaikomersial

• Pemasaran

• dokumentasi PROJEK

AKIHR

3.0

PENYELESAIAN MASALAH

Circle Kit, cetusan idea mengambil inspirasi dari pengalaman guru-guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Bermula daripada idea ini,

perbincangan yang menyeluruh dijalankan dan akhirnya Circle Kit akan dihasilkan

sebagai inovasi bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Matematik yang memberi

tumpuan bagi topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri.

Perancangan melaksanaan projek disusun dan diperhalusi bagi memastikan

setiap proses menghasilkan Circle Kit berjalan lancar dan mengikut masa yang telah

ditetapkan.

Rajah 1 : Langkah Pelaksanaan Projek

Page 8: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

8

Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga peringkat utama dalam menghasilkan

produk inovasi Circle Kit. Fasa pertama ialah fasa analisis keperluan, diikuti dengan

fasa perlaksanaan projek dan fasa terakhir ialah fasa projek akhir di mana Circle Kit

dikomersial dan dipromosikan.

Circle Kit dihasilkan dengan reka bentuk yang unik dan ideal di mana ia

mempunyai dua sisi pandangan yang berbeza bagi memenuhi keperluan melukis,

mengukur dan menggunakan rumus bagi topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan

Fungsi Trigonometri. Berikut adalah gambarajah pandangan depan dan belakang

Circle Kit.

Rajah 2 : Pandangan depan Circle Kit

Page 9: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

9

Rajah 3 : Pandangan belakang Circle Kit

Page 10: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

10

Buku manual penggunaan Circle Kit disediakan bagi memudahkan guru-guru

dan pelajar sekolah semasa menggunakan bahan bantu mengajar ini di dalam kelas.

Berikut adalah tiga helaian yang terdapat di dalam buku manual Circle Kit yang

memenuhi topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri.

Rajah 4 : Buku Manual Lampiran I

Page 11: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

11

Rajah 5 : Buku Manual Lampiran II

Rajah 6 : Buku Manual Lampiran III

Page 12: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

12

4.0

MATERIAL PRODUK

Circle Kit dihasilkan dengan material yang sesuai bagi memenuhi sukatan

mata pelajaran Matematik dalam topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi

Trigonometri. Material yang digunakan boleh didapati di kedai-kedai buku dengan

harga yang berpatutan

Circle Kit ini direka dengan menggunakan Corugated Board dan kertas

sticker. Corrugated Board merupakan satu bahan yang diperbuat daripada

gabungan dua helai plastik yang dipanggil liners yang mana digabungkan bahagian

dalamnya dengan satu bahan beralun yang dipanggil fluting. Ketiga-tiga lapisan

bahan ini digabungkan bagi menghasilkan struktur keseluruhannya tahan lasak dan

kemas walaupun mempunyai lapisan yang berbeza-beza.

Corrugated Board dipotong dengan membuat bentuk segi tiga dan dijadikan

seperti sesiku sudut. Bahagian dalam Corrugated Board akan dipotong kepada tiga

separa bulatan bagi memudahkan bulatan dilukis. Separa bulatan yang dihasilkan ini

merangkumi dua bahagian yang mana akan menjadikannya diameter bulatan.

Kertas sticker yang di atasnya ditulis rumus-rumus topik Bulatan, Bearing,

Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri mempunyai saiz dan bentuk yang sama dengan

Corrauated Board.

Page 13: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

13

5.0

KOS PRODUK

ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

Corrugated Plastic Board 1 9.00 9.00

Kertas Sticker 40 0.50 20.00

Pluster / Tape 1 0.60 0.60

Pisau 1 2.90 2.90

Pembaris 1 0.70 0.70

Tenaga Kerja 6.80

JUMLAH

KESELURUHAN

40.00

Jadual 1 : Harga Penghasilan Produk

Berdasarkan jadual di atas, disenaraikan harga keseluruhan bagi

menghasilkan produk prototype Circle Kit. Prototype yang dihasilkan tidak

memerlukan perbelanjaan yang besar kerana menggunakan material yang mudah

didapati di kedai-kedai alat tulis.

Walau bagaimanapun, penghasilan produk sebenar Circle Kit memerlukan

material bermutu yang melibatkan kos yang tinggi. Hasil tinjauan bersama syarikat

Superlative di Taman Universiti, Skudai. Penggunaan material white acrylic yang

bersaiz 4 kaki lebar, 6 kaki panjang dan mempunyai ketebalan 2mm bersama kos

memotong menggunakan laser cut dan silkscreen. Anggaran harga yang merangkumi

keseluruhan produk dalam lingkungan RM 6000.00 untuk 150 keping unit dan

anggaran harga bagi 1 unit ialah RM 40.00.

Page 14: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

14

Berikut adalah anggaran harga produk Circle Kit jika penghasilannya

menggunakan material yang bermutu tinggi.

Item Kuantiti Harga Anggaran Keseluruhan (RM)

Perpect 1.5 mm 1

6000.00

White arcyclic 2 mm 1

Die cut 1

Silkscreen 1

Digital (Illustrator) 1

Jadual 2 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Arcyclic

Selain daripada itu, penghasilan produk sebenar Circle Kit dengan

menggunakan Injection Moulding memerlukan kos yang sangat tinggi kerana

peralatan Injection Moulding yang mahal. Walau bagaimanapun, sekiranya kuantiti

penghasilan secara pukal (100,000 unit ke atas), kos pengeluaran amat rendah iaitu

RM0.65 seunit.

Item Harga Anggaran (RM) Jumlah Keseluruhan (RM)

Bahan Mentah 9,674.00

64,705.00 Production 22,229.00

Mould 32,802

Jadual 3 : Harga Penghasilan Produk Menggunakan Injection Moulding

Kesimpulannya, pemilihan kaedah penghasilan produk Circle Kit bergantung

kepada peruntukkan kewangan yang akan diluluskan untuk projek ini.

Page 15: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

15

6.0

KEBAIKAN PRODUK

Penghasilan produk inovasi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar

terhadap mata pelajaran Matematik terutama semasa latihan praktikal dijalankan. Ini

kerana dengan menggunakan Circle Kit pelajar dapat memberi rangsangan dan

menambah keinginan untuk mendalami Matematik. Selain dari reka bentuk Circle

Kit yang menarik, setiap pelajar dapat melakukan aktiviti secara individu dan dapat

merangsang minat serta penguasaan mereka.

Penggunaan Circle Kit ini juga dapat memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran kerana pelajar hanya perlu menggunakan Circle Kit dalam

menghasilkan bulatan dengan saiz diameter yang seragam oleh semua pelajar. Selain

itu, penggunaan Circle Kit akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria dan

menarik di dalam kelas. Ini kerana, guru mudah untuk memantau aktiviti praktikal

yang dijalankan berdasarkan latihan yang diberi.

Penyediaan rumus-rumus topik Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi

Trigonometri dapat menarik minat pelajar sekaligus memudahkan pelajar ketika

proses pembelajaran kerana, pelajar tidak perlu lagi menghafal dan mencari rumus-

rumus yang berkaitan dalam buku latihan dan pembelajaran dapat berjalan dengan

lancar.

Page 16: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

16

7.0

KEASLIAN PRODUK

Jika sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran topik Bulatan sering

menggunakan Set Geometri yang mempunyai alatan-alatan seperti jangka lukis,

pembaris sesiku dan jangka sudut. Dalam pembelajaran Matematik, kebiasaanya

jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka

lukis ini juga terdiri daripada dua batang yang mana satu hujungnya boleh bertemu

dan boleh dilaraskan.

Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat

bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi merupakan pensel untuk melukis atau

membentuk garisan. Berbeza pula dengan penggunaan jangka sudut yang merupakan

satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki

atau untuk mengukur sesuatu sudut.

Jangka sudut yang biasa digunakan adalah semi bulatan yang mengandungi

sudut dari 0° sehingga 180°. Dalam sesi pembelajaran juga turut menggunakan

sesiku sudut sebagai pengganti kepada jangka sudut. Ini kerana sesiku sudut boleh

memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki. Jangka sudut dan sesiku sudut

diperbuat daripada plastic keras lut sinar atau berwarna jernih bagi memudahkan

sistem pengukuran dilakukan.

Page 17: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

17

8.0

NILAI KOMERSIAL PRODUK

Kumpulan sasaran utama adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar

tingkatan 2 hingga 5 dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.

Circle Kit yang dihasilkan ini mempunyai tiga nilai komersial yang akan digunakan

sebagai promosi kepada kumpulan sasaran utama.

8.1 Fungsi Circle Kit

Mempercepatkan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi

tajuk-tajuk:

8.1.1 Bulatan I (Matematik ingkatan 2)

8.1.2 Bulatan II (Matematik tingkatan 3)

8.1.3 Bulatan III (Matematik tingkatan 4)

8.1.4 Trigonometri (Matematik tingkatan 4)

8.1.5 Fungsi trigonometri (Matematik Tambahan tingkatan 4)

8.1.6 Bearing (Matematik tingkatan 5)

8.1.7 Penjelmaan I (Matematik tingkatan 3)

8.1.8 Penjelmaan II (Matematik tingkatan 5)

8.2 Reka bentuk

Saiz Circle Kit yang ideal dan mudah digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.

Ringan dan tahan lasak sangat sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah di

samping reka bentuk yang kemas dan menarik.

Page 18: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

18

8.3 Promosi

Inovasi Circle Kit daripada penggunaan set geometri yang berada di pasaran

merupakan satu pembaharuan yang akan membangkitkan minat pelajar dalam

mata pelajaran Matematik. Promosi inovasi ini akan dijalankan melalui

beberapa cara:

8.3.1 ˈDoor to doorˈ mengunjungi dari sekolah ke sekolah untuk

mempromosikan Circle Kit kepada guru-

8.3.2 Guru-guru Matematik agar dapat membantu pengajaran dan

pembelajaran.

8.3.3 Mengadakan pameran dan membuka boot jualan sempena Hari

Koperasi Sekolah.

8.3.4 Karnival pendidikan dan Karnival Sains dan Matematik.

8.3.5 Membuat promosi melalui internet seperti facebook, twitter dan blog.

8.3.6 Harga yang murah dan berpatutan.

Page 19: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

19

9.0

CARTA GANTT DAN MILESTONE PRODUK

Carta Gantt digunakan bagi penjadualan setiap aktiviti semasa menghasilkan

produk di mana setiap aktiviti harus berjalan dalam tempoh masa yang

dirancangkan. Pemilihan Carta Gantt digunakan kerana dapat membantu pihak

kami mengenalpasti:

i. Semua aktiviti yang telah dirancang

ii. Pelaksanaan aktiviti menghasilkan produk yang ditunjukkan

iii. Anggaran masa untuk aktiviti-aktiviti direkodkan

iv. Jangkamasa keseluruhan produk dihasilkan

CARTA GANTT

M

1

M

2

M

3

M

4

M

5

M

6

M

7

M

8

M

9

M

10

M

11

M

12

M

13

Analisis Keperluan

Strategi

Material

Kertas Cadangan

Produk

Pilot Testing

Analisis Produk

Dokumentasi

Page 20: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

20

MILESTONE PRODUK

Milestone pula merupakan jadual spesifik yang membantu kami dalam

pengurusan hari dan masa bagi setiap peringkat atau fasa membangunkan produk.

Berikut adalah milestone yang membantu kami sepanjang membangunkan projek

inovasi ini.

MILESTONE

TARIKH

DILAKSANAKAN

MILESTONE 1 : ANALISIS KEPERLUAN

Aktiviti 1.1 Cetusan Idea 4 - 11 MAC 2015

Aktiviti 1.2 Penyataan Masalah 18 MAC 2015

Aktiviti 1.3 Analisis Masalah 18 MAC 2015

MILESTONE 2 : PENGHASILAN PRODUK

Aktiviti 2.1 Kertas Kerja Diluluskan 25 MAC 2015

Aktiviti 2.2 Menyusun Strategi 1 - 15 APRIL 2015

Aktiviti 2.3 Mendapatkan Material 1 - 15 APRIL 2015

Aktiviti 2.4 Proses Pembuatan Produk 15 - 29 APRIL 2015

Aktiviti 2.5 Proses Pengujian Produk 22 - 29 APRIL 2015

Aktiviti 2.6 Analisis Produk 22 - 29 APRIL 2015

MILESTONE 2 : PRODUK AKHIR

Aktiviti 3.1 Nilai Komersial dan Promosi 6 MEI 2015

Aktiviti 3.2 Dokumentasi 13 - 20 MEI 2015

Page 21: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

21

10.0

PENUTUP

Bahan bantu mengajar merupakan faktor terpenting dalam menentukan

kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai hasil

pembelajarannya. Pengajaran guru yang menggunakan bahan bantu mengajar

berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi mempunyai perbezaan yang

ketara dari segi penerimaan, tumpuan, penguasaan dan pencapaian pelajar dan

aktiviti di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Penggunaan Circle Kit diharapkan dapat membantu guru menyerlahkan

konsep dan idea sukatan mata pelajaran dan memudahkan pelajar menguasai topik

Bulatan, Bearing, Penjelmaan dan Fungsi Trigonometri dalam Matematik. Di

samping itu, Circle Kit dapat membangkitkan minat dan rasa seronok pelajar

menjalankan aktiviti praktikal, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar

untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran Matematik baik dan lebih

menarik seterusnya menguasai mata pelajaran ini dengan cemerlang.

Page 22: MENGHASILAN KIT BULATAN DALAM PENGAJARAN · PDF filematematik dan matematik tambahan peringkat sekolah menengah law siao siu ... kertas kerja untuk projek inovasi mppu 1003 innovation

22

RUJUKAN

Abdul Rahim, H., & Hayazi, M. Y. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar

(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik

Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia, 1-8.

Noor Azlan, A. Z., & Nurdalina, D. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di

Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik.

Universiti Teknologi Malaysia, 1-6.

Saedah, S., & Mohammed Sani, I. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia.

Universiti Malaya, 1-44.