Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

103
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL 1 Topik 1 Bidang Kegiatan: Mengenal Kraf Tradisional HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional; 2. Memahami tujuan mempelajari kraf tradisional; dan 3. Menyedari tentang kepentingan kraf tradisional. PENGENALAN Topik ini merupakan pengenalan umum tentang kraf tradisional. Satu pendedahan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional, tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar. Pelbagai kraf tradisional diperbincangkan di dalam kelas seperti batik, anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri satu persatu, secara sepintas lalu untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar kepada pelajar. Di samping itu bahan kraf maujud, gambar, bahan dan alat yang sesuai, disediakan dan didedahkan kepada pelajar untuk memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif mereka.

Transcript of Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

Page 1: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 1

Topik

1Bidang Kegiatan: Mengenal KrafTradisional

u

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional;

2. Memahami tujuan mempelajari kraf tradisional; dan

3. Menyedari tentang kepentingan kraf tradisional.

PENGENALAN u

Topik ini merupakan pengenalan umum tentang kraf tradisional. Satu pendedahan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional, tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar. Pelbagai kraf tradisional diperbincangkan di dalam kelas seperti batik, anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri satu persatu, secara sepintas lalu untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar kepada pelajar. Di samping itu bahan kraf maujud, gambar, bahan dan alat yang sesuai, disediakan dan didedahkan kepada pelajar untuk memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif mereka.

Page 2: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

2 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

1.1 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL

De�nisi Kraf Tradisional

Makna kraf “Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai

daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian.

(Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979)

“Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha”.

Makna tradisional Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu

generasi.

Makna kraf tradisional Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran

dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.

Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran dengannya.

Page 3: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 3

Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu dan menganut kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam, sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat.

Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa !gura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk !gura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada "ora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri

Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka

Page 4: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

4 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam segala serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya mereka. Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni kraf.

Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi. kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan.

Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.

Page 5: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 5

1.2 ASAL USUL SEJARAH KRAF

Kraf tradisional yang terdapat di negara ini seperti batik, ukiran adalah merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga kini. Setiap hasil kraf ini berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti:

(a) Alat untuk pertahanan diri:

(i) Keris

(ii) Lembing

Rajah 1.1: Keris

(b) Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuat pertukangan.

(i) Bubu

Rajah 1.2: Lembing

Rajah 1.3: Bubu

Page 6: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

6 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(ii) Parang, sabit dan cangkul

(c) Alat untuk kegunaan harian:

(i) Tikar

(ii) Tudung saji

Rajah 1.4: Parang, sabit dan cangkul

Rajah 1.5: Tikar

Rajah 1.6: Tudung saji

Page 7: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 7

(iii) Pakaian

(d) Alat untuk upacara dan istiadat:

(i) Bekas Pembakar Kemenyan

Rajah 1.7: Pakaian

Rajah 1.8: Bekas Pembakar Kemenyan

Page 8: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

8 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(ii) Gong

(e) Alat untuk rekreasi:

(i) Wau

(ii) Gasing

Rajah 1.9: Gong

Rajah 1.10: Wau

Rajah 1.11: Gasing

Page 9: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 9

(iii) Congkak

(f) Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan:

(i) Serunai

(ii) Rebab

Rajah 1.12: Congkak

Rajah 1.13: Serunai

Rajah 1.14: Rebab

Page 10: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

10 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(iii) Na!ri

(iv) Kompang

(g) Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid:

(i) Ukiran kayu

(h) Pengangkutan air:

(i) Perahu

Rajah 1.15: Na!ri

Rajah 1.16: Kompang

Rajah 1.17: Ukiran kayu

Rajah 1.18: Perahu

Page 11: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 11

(ii) Kolek

(i) Alat perhiasan:

(i) Pakaian seperti baju kebaya labuh, tengkolok, selendang dan lain-lain.

(ii) Dokoh Barang perhiasan seperti dokoh, kalung, cucuk sanggul dan lain-lain.

Rajah 1.19: Kolek

Rajah 1.20: Baju kebaya

Rajah 1.21: Kalungan

Page 12: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

12 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Walaupun ada antara beberapa kraf tersebut bukanlah merupakan hasilan ciptaan tempatan seperti songket, batik dan sebagainya yang didatangi daripada negara luar seperti kepulauan Indonesia, Kemboja, India dan lain-lain lagi. Namun begitu motif-motif ataupun reka corak yang terdapat pada kraf tersebut adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai oleh tukang pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk memenuhi kehendak cita rasa tempatan. Walau bagaimana pun seni tembikar, anyaman dan ukiran adalah merupakan hasilan kraf tempatan. Ini terbukti dengan perjumpaan bahan artifak dalam kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar arkeologi di beberapa tempat bersejarah di negara ini. Kraf ini telah terbukti wujud sejak zaman pra sejarah lagi.

1.3 KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI

Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikannya dan tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas. Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut. Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar.

Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kraf tradisional?

2. Terangkan asal usul kraf tradisional.

Page 13: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 13

Penciptaan keris mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa dahulu. Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu.

1.4 TUJUAN KRAF TRADISIONAL DIPELAJARI

Kepentingan mempelajari kraf tradisional:

perlu dikekalkan.

akan lupus di telan zaman.

1.5 KEPENTINGAN MENGENALKAN KRAF TRADISIONAL

Kepentingan mengenali kraf tradisional:

(i) Mempelajari teknik membuat produk:

(ii) Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan.

Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang untuk menghasilkan objek.

Mengapakah kraf tradisional perlu diperkenalkan dan dipelajari oleh murid sekolah?

SEMAK KENDIRI 1.2

Page 14: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

14 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

AKTIVITI 1.1

Bahan: Pelbagai jenis kraf maujud seperti tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing dan perhiasan diri

Tindakan guru:

1. Guru akan menunjukkan satu persatu kraf tersebut kepada pelajar sebagai pendedahan pertama.

2. Guru akan berbincang dengan pelajar tentang setiap kraf tersebut dari segi bahan, pembuatan dan fungsi secara ringkas.

3. Guru memberitahu pelajar mereka akan menghasilkan beberapa hasil tertentu daripada kraf tradisional tersebut.

Cadangan aktiviti pembelajaran tambahan

1. Mengumpul gambar motif-motif yang terdapat dalam kraf tradisional.

2. Cari bahan dan kumpul maklumat tentang kraf-kraf yang terdapat dalam sukatan ini.

(iii) Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional:

objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

RUMUSAN

moyang kita masa dahulu.

dengan kepercayaannya iaitu Islam, tetapi tidak boleh dina!kan bahawa terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu, iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu.

SEMAK KENDIRI 1.3

Apa pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam mengkaji dan memahami sesuatu kraf tradisional?

Page 15: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 15

Hasil seni

Kraf tradisional

Utiliti

Page 16: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

16 TOPIK 2 BATIK

Topik

2Batik

4. HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALANX

Batik adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka corak, reka bentuk, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan batik. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru batik melalui satu proses stabilisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasilkan satu karya batik dengan menggunakan bahan yang mudah bersesuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

2.1 SEJARAH BATIk MALAySIABatik adalah merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang batik;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam batik;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan batik; dan

4. Menghasilkan batik.

MADDE
Highlight
Page 17: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 2 BATIK 17

membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.

Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Seni batik juga telah berkembang ke negara ini.

Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

Bincangkan tentang sejarah perkembangan batik.

AkTIVITI 2.1

SEMAk kENDIRI 2.1

Siapa pencipta kain batik yang pertama di negara ini?

2.2 JENIS-JENIS BATIkTerdapat empat jenis teknik batik:

(i) Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak.

(ii) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.

(iii) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak.

(iv) Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).

Page 18: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

18 TOPIK 2 BATIK

2.3 MOTIF BATIk MALAySIAMotif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik:

(a) Unsur flora Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:

(i) Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur

(ii) Untuk menghiasi badan batik sarung.

• bunga, kuntum,putik, rantingdanpucukdisusunmenjalardatardengan bentuk lembut

• helaiandaun,kelopaksertarantingdanbunga

• bungadisusunberdahantegak

(iii) Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri

akar-akar bunga air bunga bunga bunga berbaling menjalar mata kasih anggerik berbaling (variasi)

Rajah 2.1: Contoh motif flora

(b) Unsur fauna Unsur-unsur fauna adalah seperti:

(i) Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.

Page 19: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 2 BATIK 19

Rajah 2.2: Contoh motif fauna

(c) Unsur geometri

(i) Fungsi motif unsur rupa geometri:

• Untukhiasankakikainataugigi–susunangaris-garishalus,motifparang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.

• Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperticangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.

• Untuk menghiasi batik panjang – motif kawung dalam susunanempat bentuk bujur sering digunakan.

• Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikanbeberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri.

(ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika.

Rajah 2.3: Contoh motif geometri

(d) Unsur benda buatan manusia

(i) fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela

(ii) Contoh motif unsur benda buatan manusia:

• abor

• jaringikan

burung burung merak kumbang

jakur kawung kisi-kisi swastika

Page 20: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

20 TOPIK 2 BATIK

• kampung

• wau

Rajah 2.4: Contoh motif buatan manusia

(e) Unsur Motif isen Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai

latar belakang kepala sesuatu pola corak.

Contoh jenis isen: Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu,

cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi.

Rajah 2.5: Contoh motif isen

wau wayang kulit wayang kulit (variasi)

mata dara mlinjon penutupan poleng

Huraikan jenis-jenis ragam hias yang terdapat dalam batik.

SEMAk kENDIRI 2.2

2.3.1 Susunan Reka Corak Motif

Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu

(a) berdiri

(b) berjalur

(c) catur/dam

(d) kisi-kisi

Page 21: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 2 BATIK 21

(e) melintang

(f) menyeluruh

(g) serong

(h) tompok-tompok (bertabur)

(i) ulang bersilang

(j) ulang batu bata

Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain.

2.4 JENIS TEkNIk PENGHASILAN BATIk

Di bahagian ini, kita akan pelajari tentang tiga teknik penghasilan batik.

(a) Teknik batik blok

• Bloktembagayangberukirdengangayaukirantimbuldigunakanuntukmenerap.

• Pelbagaiwarnayangdigunakanuntukmembuatcorakyangberlatarkankain putih.

• Biasanyatigablokyangberbezadigunakan.

• Setiapblokmempunyaisarangtertentu.

• Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemaspada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.

• Corakdanmotifyanglebihrumitdansempurnajugadapatdihasilkan.

Rajah 2.6: Contoh batik blok

Page 22: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

22 TOPIK 2 BATIK

(i) Alatan

• Blokbungaatausarangyangdibentukkhasdandipaterimengikutrekaan corak

• Kualileperuntukmemasakbahancampuranlilindanpengadang

• Kualikawahuntukmencelup,merendamdanmerebuskain

• Mejamenerap

– dilapisispan,kainguniataukelopakbatangpisangyangtelah

– diprosesdandirendamdalamairgaramselama12jam

– biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala ataupisang

– rasadigunakan

• Kainputih

• Bahanpewarna

• Debusoda

(ii) Proses membuat batik blok

• Kainputihdirebusuntukmelembutkandanmenanggalkankanji.Dijemur sehingga kering.

• Kaindibentangdenganratadiataspermukaanmeja.

• Bahancampuranlilindamardipanaskandanpermukaanblokdicelup ke dalam lilin cair itu.

• Lilincairditerapkanpadapermukaankainmengikutsusunandanreka letak motif dengan teliti dan kemas.

• Kainyang telahsiapditerapdengan lilindicelupkedalambahanpewarna.

• Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kalidengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna.

• Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan denganbahan debu soda.

• Kaindicucidandibilassebelumdijemursehinggakering.

SEMAk kENDIRI 2.3

Apakah alat untuk menghasilkan teknik batik blok.

Page 23: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 2 BATIK 23

(b) Teknik batik tulis

• Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa sepertiwarna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan kehendakdankegunaanmengikutperedaranzaman.

• Iajugamempunyairekacorakyangtersendiri.

Rajah 2.7: Contoh batik tulis

(i) Alatan

• Kainputihataukertas

• Canting

• Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemakbinatang/minyak masak)

• Beruslembut

• Serbukpewarnajenis‘reactive-dye’

• Sodiumsilicate(Pematiwarna)

• Sodaash

• Pemidangkayu

(ii) Proses membuat batik tulis

• Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dandiregang pada pemidang kayu.

• Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel(6D).

• Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana.Lilin(60%)+damar(40%)+sedikitminyakmasakuntukmelicinkanaliran lilin.

• Canting yang berisi lilin cair digunakan untukmelukismengikutlakaran pensel di atas permukaan kain.

• Bahanpewarnadisapupadarekacorak.

Page 24: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

24 TOPIK 2 BATIK

• Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndamdengan sodium silikit dan dibiarkan selama 8–12 jam di tempatterlindung cahaya untuk mematikan warna.

• Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehinggahilang kesan sodium silikit tersebut.

• Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’sehingga lilin tanggal.

• Kaindicucidandibilasdidalamairsehinggabersihsebelumdikeringkan.

(c) Teknik batik skrin

• TelahdipeloporiolehsekumpulanpembuatbatikdinegeriKelantandanterus berkembang menjadi satu industri.

• Proses pembuatanmenjimatkanmasa, lebih ekonomi dan teknik yangdigunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.

SEMAk kENDIRI 2.4

1. Apakah alat yang digunakan dalam batik tulis.

2. Terangkan proses dalam penghasilan batik tulis.

Rajah 2.8: Contoh batik skrin

(i) Alatan

• Skrin

• Sekuji

• Mejamengecap

• Kelongsongstensil

Page 25: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 2 BATIK 25

SEMAk kENDIRI 2.5

Terangkan proses penghasilan batik skrin.

• Kainputih

• Bahanpewarna

• bahanlekar

(ii) Proses membuat batik skrin

• Rekacorakdirancang,dilukisdanditentukanskimwarnanyapada kertas

• Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukanbilangan pemidang yang akan digunakan

• Kelongsongstensilyangdiisidenganbahanlakerdigunakanuntukmelukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak

• Kainputihyangbersihdiregangratadiatasmeja

• Skrindiletakkandiataspermukaankaindengankemasdanrapi

• Bahanpewarnadituangpadabahagianhujungskrin

• Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan caramenarik ataumenolak sekuji

• Kainyangtelahsiapdicetakdijemursehinggakering

• Proses pengewapan dilakukan pada kain supayawarnanya tidakluntur

• Kain kemudiannya direndamdan dibersihkan di dalam air suamyang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur.

Berikut adalah aktiviti yang anda boleh mengendalikan dengan pelajar-pelajar anda.

Page 26: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

26 TOPIK 2 BATIK

(i) Persembahan hasil kerja

• Penilaianberdasarkan

– iderekacipta

– kemahiranmengaplikasikanalat,bahandanteknik

– kemasan

• Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan

orang lain.

(ii) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat batik

Tempat : kilang atau tempat membuat batik yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

AkTIVITI 2.1

Bahan: 1. Kertas lukisan 2. Lilinataukrayon3. Poster atau cat air 4. Berus lukisan

Langkah1: Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corakyang terdapat dalam batik.

Langkah2: Guru mengarahkan pelajar untuk membuat satu rekacorak berdasarkan motif flora.

Langkah3: Guru menunjukkan perkembangan peringkat demiperingkat cara bagaimana sesuatu motif flora seperti daun dilakar dan diubahsuai hingga menjadi satu reka corak yang baru.

Langkah4: Pelajarmelakarkanbeberapa rekaancorakyangbarudiaatas kertas bertemakan motif flora. Guru membimbing pelajar.

Langkah5: Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut diatas kertas lukisan.

Langkah6: Pelajar membuat garisan (outline) reka corak tersebut dengan menggunakan lilin atau krayon.

Page 27: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 2 BATIK 27

(i) bagaimana canting dihasilkan

(ii) bagaimana cop batik, dihasilkan

(iii) proses bagaimana batik dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf batik

(v) pemasaran barangan batik.

(iii) Aktiviti pembelajaran tambahan

• Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni batik. Teliti setiap contoh

dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

• Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada

batik.

SEMAk kENDIRI 2.6

1. Apakah itu batik?

2. Sebutkan motif flora yang terdapat dalam batik?

3. Bincangkan jenis- jenis teknik penghasilan batik?

4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat batik tulis?

RuMuSAN

• Batik boleh dikatakan berasal dari Indonesia. Dalam Bahasa Melayu, batikbermaksud‘titik’,manakaladalambahasaJawapulabatikmembawamaksud‘setitiklilin’.

• MotifbatikdiMalaysiabanyakdipengaruhiolehalamsekitar.

• Anda telahdidedahkandenganpengetahuanmengenaiapa jenisalatandanbahan yang digunakan untuk menghasilkan batik.

Page 28: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

28 TOPIK 2 BATIK

BatikBatik blokBatik pelangi

Batik skrinBatik tulis

RuJukAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni.KualaLumpur:DewanBahasa&Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.

Page 29: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 3 UKIRAN 29

Topik

3Ukiran

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang ukiran;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam ukiran;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan ukiran; dan

4. Menghasilkan satu ukiran.

PENGENALANX

Dalam topik ini anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan ukiran. Anda juga akan belajar bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru ukiran melalui satu proses stabilisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasilkan satu karya ukiran dengan menggunakan bahan yang mudah bersesuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

3.1 DEfINISIUkiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.

Page 30: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

30 TOPIK 3 UKIRAN

Ukiran ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’. Ukiran ialah hasil rupa tradisi Melayu yang terulung. Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah:

(i) Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.

(ii) Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.

Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku. Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan.

Ukiran kayu sebagai penyataan daya cipta Melayu dalam bentuk tampak yang terdapat pada aneka benda seperti barang-barang kegunaan harian dan seni bina. Ini jelas pada binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan harian.

3.2 ALAT DAN MEDIATerdapat 4 jenis ukiran:

(i) Layang Ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat

dibuat hanya pada corak.

(ii) Tebukan tembus (timbul silap) Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu:

(a) bersilat

(b) tanpa silat

(iii) Timbul Ukiran jenis ini dibuat pada papan. Bahagian latar, corak ditebuk.

Corak ukiran lebih timbul dan bersilat jika dibandingkan ukiran layang.

Apakah barangan yang boleh dihasilkan dari seni ukiran kayu. Bincangkan.

AKTIVITI 3.1

Page 31: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 3 UKIRAN 31

(iv) Alat dan bahan: Ukiran ini dibuat pada batang kayu seperti tiang tangga

Berikut adalah peralatan yang digunakan:

(i) Gergaji

– potong

– belah

(ii) Alat perata permukaan kayu

– ketam perata

– ketam golek

(iii) Pahat

– rata

– kuku

(iv) Tukul kayu

(v) Pisau wali atau pisau ukir

(vi) Kikir pari

(vii) Kikir

(viii) Berus dan syelek

(ix) Cetar

Berikut adalah bahan yang digunakan:

(i) Kayu

(ii) Pewarna

(iii) Gam

3.3 PRoSES DAN TEKNIK MENGuKIRDi bahagian ini, kita akan pelajari tentang proses dan teknik mengukir.

(a) Penyediaan kayu

(i) Pilih papan yang sesuai.

(ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki.

(iii) Ketamkan permukaan.

(b) Melukis corak di atas permukaan kayu Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan

Page 32: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

32 TOPIK 3 UKIRAN

(i) Melukis terus pada permukaan papan.

(ii) Tekap.

(iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.

(c) Mengukir (i) Ukiran layang: Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.

(ii) Ukiran bunga timbul: Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak untuk

menimbulkan silat.

(iii) Ukiran tebuk tembus: Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan latar

untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.

(iv) Ukiran larik: Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

(d) Menyilat Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenis

silat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak.

3.4 MoTIf RAGAM HIAS yANG TERDAPAT DALAM uKIRAN

Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan larat, kosmos dan geometri.

(a) Flora

(i) Daun:

– bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.

Huraikan proses penghasilan ukiran kayu.

AKTIVITI 3.2

Page 33: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 3 UKIRAN 33

(ii) Bunga:

– cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.

(b) Seni Khat

(i) ayat-ayat Al-Quran

(c) Fauna

(i) itik pulang petang

(d) Awan Larat

(i) awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

(e) Kosmos Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.

(f) Geometri Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa

bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan.

3.5 PENGGuNAAN wARNA Pada kebiasaannya ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.

3.5.1 Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Hias (Corak) ukiran: Menggunakan Sabun

Di bahagian ini anda akan pelajari tentang aktiviti membuat ragam hias ukiran menggunakan sabun yang boleh dikendalikan dalam bilik darjah.

Bincangkan ragam hias motif flora yang terdapat dalam ukiran kayu.

AKTIVITI 3.3

Page 34: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

34 TOPIK 3 UKIRAN

Berikut adalah bahan yang boleh digunakan:

(i) Sabun buku

(ii) ‘Carving tool’

(iii) Pisau

(iv) Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi

(v) Span

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam ukiran.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk melakarkan reka corak ukiran kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana mengukir sesuatu corak pada sabun.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di atas sabun dengan menggunakan alatan tajam seperti jarum peniti dan sebagainya.

Langkah 6 : Pelajar mengukir sabun dengan menggunakan ‘carving tool‘ atau pisau.

Langkah 7 : Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan span dan sedikit air.

(a) Persembahan hasil kerja

(i) Penilaian berdasarkan

• iderekacipta

• kemahiranmengaplikasikanalat,bahandanteknik

• kemasan

(ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan

orang lain.

(b) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat ukiran

Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

Page 35: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 3 UKIRAN 35

(i) bagaimana ukiran dihasilkan

(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari ukiran

(iv) pemasaran barangan ukiran

(c) Aktiviti pembelajaran tambahan

(i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni ukiran. Teliti setiap contoh dari

segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada ukiran.

1. Apakah itu ukiran?

2. Bincangkan jenis-jenis motif yang terdapat dalam ukiran?

3. Bincangkan aktiviti yang boleh dihasilkan dalam ukiran?

4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat ukiran?

AKTIVITI 3.4

RuMuSAN

• Dalamtopikiniandatelahdidedahkankepadalatarbelakangukiran

• UkirankayudianggapsebagaihasilkreativitiorangMelayu.

• Andajugatelahdidedahkankepadamotifdanragamhiasdalamukiran

• Akhir sekali, anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan sesebuahukiran.

Carving tool (italisize)UkiranUkiran bunga timbul

Ukiran layangUkiran tebuk tembus

Page 36: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

36 TOPIK 3 UKIRAN

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 37: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 4 TENUNAN 37

Topik

4Tenunan

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang tenunan;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tenunan;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan tenunan; dan

4. Menghasilkan satu tenunan.

PENGENALANX

Tenunan merupakan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia yang pelbagai, halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini. Perusahaan tenunan banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang.

Tenunan merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tenunan. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru tenunan melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Anda juga akan menghasikan satu karya tenunan dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

Page 38: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

38 TOPIK 4 TENUNAN

4.1 DEfINISI TENuNANTenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).

4.2 SEJARAHTenunan sonkat adalah dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.

4.2.1 Jenis-jenis Tenunan

Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:

(a) Tenunan Pahang

(b) Tenunan songket (kain benang emas)

(c) Tenunan Pua

(a) Tenunan Pahang Merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak

mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. Kebanyakannya diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan. Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul (benang Rayon).

(b) Tenunan songket Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu tenunan asas,

benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak (benang pakan).

Terdapat dua jenis songket:

(i) Tekat 3

(ii) Tekat 5

Bincangkan 3 jenis tenunan yang terdapat di negara ini.

AKTIVITI 4.1

Page 39: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 4 TENUNAN 39

4.3 JENIS KAIN TENuNANTerdapat tujuh jenis kain tenunan:

(i) Kain bujang atau Samping

(ii) Kain sarung tenunan corak berang

(iii) Kain sarung

(iv) Kain kampuh

(v) Kain lepas

(vi) Kain destar/Tanjak/Tengkolok

(vii) Kain selendang

4.4 PRoSES MENGHASILKAN SoNGKETBerikut adalah bahan-bahan yang digunakan:

(i) Benang

(ii) Benang loseng

(iii) Benang pakan

(iv) Bahan pewarna

Berikut adalah alatan yang digunakan:

(i) Kek (loom)/tumpoh/kek pua

(ii) Anak geliging

(iii) Lidi

(iv) Belira

(v) Torak, cubaan dan pelting (peleting)

(vi) Pasong dan papan gulung

Page 40: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

40 TOPIK 4 TENUNAN

(a) Proses menenun songket Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk menghasilkan

tekstil melalui proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain.

(b) Persediaan sebelum menenun:

(i) Menerai benang Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan

alat rahat dan ruwing.

Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing.

(ii) Menganing Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi

mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.

(iii) Menggulung benang losing ke papan gulung Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan

gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng.

(iv) Menyapuk Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan

ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.

Rajah 4.1: Contoh alat menenun

Page 41: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 4 TENUNAN 41

(v) Mengarat Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat.

Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang.

(vi) Menenun Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan

benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

(c) Proses menyungkit corak

(i) Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima.

(ii) Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan corak songket.

(d) Motif songket Terdapat tiga jenis motif dalam ragam hias songket:

(i) Motif berasaskan flora

Contohnya ialah:

• PucukRebung

• BungaTanjung

• BungaGorek

• BungaCengkeh

• BungaTelepok

• BungaLawang

• BungaKunyit

Bincangkan tentang proses menyungkit corak dalam songket.

AKTIVITI 4.2

Page 42: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

42 TOPIK 4 TENUNAN

• Bungabaling-baling

• BungaCina

• BungaTampukBerembang

• BungaTampukManggis

Bunga baling Bunga berembang Bunga cina Bunga mawar

Rajah 4.2: Contoh motif flora

(e) Motif berasaskan fauna

Contoh:

• LawiAyam

• Kudalaut

• DadakakiLipan

• Kupu-kupu

• AyamJantan

• BurungMerak

• SikuKeluangBesar

• SikuKeluangKecil

• GigiBelalang

Rajah 4.3: Contoh motif fauna

(f) Motif berasaskan geometri

Contoh:

• BintangPecahLapan

• Makhota

Ayam Ayam jantan Dada/Kaki lipan Merak

Page 43: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 4 TENUNAN 43

4.5 STRuKTuR RAGAM HIAS SoNGKETKain songket mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:

(a) Kepala kain Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam

(b) Badan kain Motifnya bebas

(c) Kaki kain Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung

dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.

4.6 SuSuNAN LETAK MoTIf SoNGKETTerdapat tiga jenis susunan letak motif songket:

(i) Susunan Bunga Penuh.

(ii) Susunan Bunga Tabur.

(iii) Susunan bercorak.

Bincangkan bahagian yang terdapat dalam ragamhias songket.

Bincangkan susun tetak motif songket.

4.6.1 Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia

Berikut adalah bahan yang digunakan:

(i) Benang kait atau tali rafia pelbagai warna

(ii) Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya

(iii) Jarumyangbesar

AKTIVITI 4.3

AKTIVITI 4.4

Page 44: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

44 TOPIK 4 TENUNAN

Berikut langkah-langkah aktiviti ini:

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam songket.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak songket kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar menyiapkan lakaran songket.

(a) Proses Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung kedua

bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama.

Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.

(b) Persembahan hasil kerja

(i) Penilaian berdasarkan

• iderekacipta

• kemahiranmengaplikasikanalat,bahandanteknik

• kemasan

(ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri dan

orang lain.

Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat tenunan

Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

(i) bagaimana tenunan dihasilkan

(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan

(iv) pemasaran barangan tenunan.

Page 45: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 4 TENUNAN 45

(d) Aktiviti pembelajaran tambahan

(i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap contoh

dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada

tenunan.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Terangkan definasi tenunan?

2. Namakan jenis-jenis tenunan?

3. Terangkan proses membuat tenunan songket?

4. Namakan motif tenunan songket berasaskan flora, fauna dan geometri.

RuMuSAN

•Dalam topik ini anda telah belajar sedikit sebanyak tentang latar belakangtenunan.

•Tenunan sonkat dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kembojasebelum ianya diperkenalkan di negara ini.

• Andajugatelahdidedahkandenganmotifdanragamhiasdalamtenunan.

Badan kain Kaki kainKepala kain

TenunanTenunan PahangTenunan songket

Page 46: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

46 TOPIK 4 TENUNAN

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 47: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 5 ANYAMAN 47

Topik

5Anyaman

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang anyaman;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam anyaman;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan anyaman; dan

4. Menghasilkan anyaman.

PENGENALANX

Anyaman merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan anyaman. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru anyaman melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Anda juga akan menghasikan satu karya anyaman dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

5.1 DEfINISI ANyAMANAnyaman merupakan satu proses menjalin, atau menjaring-jaringkan atau menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan

Page 48: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

48 TOPIK 5 ANYAMAN

teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang dikeringkan.

5.1.1 Seni Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi mencipta sesuatu alat keperluan untuk menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Menganyam merupakan proses menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk rnencipta sesuatu alat keperluan harian seperti manghasilkan topi, tudung saji, bakul dan tikar untuk alas tempat duduk.

5.1.2 Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tikar.

Jenis anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah menghasilkan tali, dinding rumah dan keperluan hidup seperti bakul.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk menghasilkan anyaman.

Pada zaman dahulu, aktiviti anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna jika tidak mahir dalam seni anyaman Ia dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk sanak saudara atau sahabat handal.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung seperti kampong Ru Renggoh, kampong kijang, Cendering dan Kuala Ibai di Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Page 49: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 5 ANYAMAN 49

Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentiuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan, sering diubahsuai mengikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Kini terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri ini dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda dan lain-lain lagi.

Jadual 5.1 di bawah menunjukkan jenis-jenis anyaman.

Jenis Anyaman Bahan Hasil Anyaman

1. Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung saji, bekas pakaian dan lain-lain.

2. Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding

3. Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai

Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain

4. Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain.

5. Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekan telur

6. Ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serba guna dan lain-lain.

Jadual 5.1: Jenis-jenis anyaman

AKTIVITI 5.1

Bincangkan jenis-jenis anyaman.

Page 50: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

50 TOPIK 5 ANYAMAN

5.2 TEKNIK MEMBuAT ANyAMAN MENGKuANG/PANDAN

Rajah 5.1: Contoh anyaman mengkuang

Berikut adalah alatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman

(i) Parang

(ii) Peyisip

(iii) Pisau

(iv) Palurus

(v) Jangka

(vi) Daun mengkuang/pandan

Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan

(i) Menetak Daun Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.Daun diambil

dengan secara menetak di bahagian pangkal daun tersebut.

(ii) Melayur Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Proses ini

dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih lama. Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut menjadi lembut.

(iii) Menjangka Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan menjangka

ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih kecil dan seragam. Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat membuang duri di tepi.

Page 51: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 5 ANYAMAN 51

(iv) Menitik Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang. Seorang menitik

dan seorang lagi memintal. Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke bahagian hujung. Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kira-kira secekak.

5.2.1 Teknik dan Proses MenganyamBerikut adalah teknik dan proses menganyam:

(a) Lagang

(i) Juga dikenali sebagai proses menaja (ii) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman (iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. (iv) Setiap bilah daun berbventuk seperti huruf ’V’ di tengahnya, iaitu

tempat anyaman bermula.

(b) Menganyam

(i) Anyaman tengah: • Dilakukanditengahataubadansesuatuanyaman

• Daundiselang seli secaramenegakdanmelintangdengan sehelaidi atas dan sehelai lagi di bawah.

(ii) Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai.

(iii) Anyaman sudut: • Disebutjugasebagaianyamanbucu.

• Hanyadilakukanpadaanyamanberbantukarcaatautigadimensi

(c) Pepeh atau lepih

(i) Juga dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman.

(ii) Pepeh juga boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki.

(d) Sisip

(i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.

(ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan.

(iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.

(e) Kerat

(i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.

(ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebih kemas dan menarik.

Page 52: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

52 TOPIK 5 ANYAMAN

5.2.2 Teknik Membuat Bakul Rotan

Rajah 5.2: Contoh Anyaman Bakul Rotan

Bahan UtamaRotan merupakan bahan utama untuk membuat bakul. Terdapat pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan yang lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau dikenali sebagai rotan pulor,rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul yang dikehendaki. Jalinan warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik.

Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

(a) Rotan pulor 2 mm – digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan bakul

(b) Rotan pulor 3 mm – digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul

(c) Rotan sega – digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.

AKTIVITI 5.2

Bincangkan proses penghasilan anyaman mengkuang.

Page 53: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 5 ANYAMAN 53

Berikut adalah alatan yang digunakan:

(i) Gunting besi

(ii) Ragum atau playar memotong

(iii) Penyucuk ais (penyisip rotan)

(iv) Penyembur air (melembutkan rotan)

(v) ‘Blow torch’ (mengemaskan permukaan hasilk anyaman)

(vi) Pita pengukur (mengukur saiz anyaman)

(vii) Penukul dan paku kecil

(viii) Pelarut (meluruskan rotan)

(ix) Pisau raut

(x) Paku

(xi) Lilin

5.3 PRoSES MENGANyAM BAKuLTerdapat tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu:

(a) Tapak bakul

(b) Badan bakul

(c) Bingkai/Tangkai bakul.

5.3.1 Rotan direndam

Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum proses menganyam bakul bermula.

5.3.2 Cara-cara Menganyam Bakul

Berikut adalah cara-cara menganyam bakul:

(a) Tapak Bakul

(i) Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul.

(ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bicu asas tapak tersebut

Page 54: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

54 TOPIK 5 ANYAMAN

(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak yang diperlukan.

(iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk dijadikan bahan.

(b) Badan Bakul

(i) Jalinan badan bakul dibentuk denganmenggunakan anyaman 2 serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan sekali.

(ii) Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur tiang rangka.

(iii) Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.

(c) Bingkai Bakul

(i) Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil.

(ii) Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutup bingkai bakul.

(iii) Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya diraut hingga nipis.

(iv) Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana yang dilakukan kepada bingkai tadi.

(v) Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.

(vi) Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat pada rotannya. Kebiasaannya api digunakan untuk membuangnya.

Page 55: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 5 ANYAMAN 55

5.3.3 Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Anyaman Kelarai Bercorak: Menggunakan Kertas

Berikut adalah bahan yang digunakan:

(i) Kertas Pelbagai Warna

(ii) Pisau

(iii) Pembaris

(iv) Gunting

(v) Gam

Berikut adalah langkah-langkah aktiviti ini:

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam anyaman.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak anyaman kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar menganyam satu kelarai mengikut lakaran.

Berikut adalah cara-cara membuat kelarai:

(i) Kertas berwarna dipotong/digunting untuk menghasilkan jaluran-jaluran garisan mengikut ukuran yang tertentu sebagai tapak anyaman.

(ii) Beberapa kertas warna juga dipotong mengikut ukuran yang tertentu untuk dijadikan jalur-jalur garisan sebagai bahan dianyam di atas tapak anyaman.

(iii) Kertas warna itu dianyam selang seli, atas bawah, satu persatu dengan menggabungkan pelbagai warna supaya kelihatan menarik mengikut.

(iv) Anyamlah sehingga ia memenuhi atau padatkan pada ruang tapak anyaman tersebut.

Terangkan proses penghasilan anyaman rotan.

AKTIVITI 5.3

Page 56: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

56 TOPIK 5 ANYAMAN

(a) Persembahan hasil Kerja

(i) Penilaian berdasarkan

• idearekacipta

• kemahiranmengaplikasikanalat,bahandanteknik

• kemasan

(ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakann tentang hasil kerja sendiri dan

orang lain.

(b) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang anyaman atau tempat membuat anyaman

Tempat : kilang atau tempat membuat anyaman yang berhampiran.

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan

(i) bagaimana anyaman dihasilkan.

(ii) berapa jenis anyaman dihasilkan.

(iii) proses bagaimana anyaman rotan dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir.

(iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari anyaman.

(v) pemasaran barangan anyaman.

(c) Aktiviti pembelajaran tambahan

(i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni anyaman. Teliti setiap contoh

dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada

anyaman.

1. Apakah itu anyaman?

2. Bincangkan alat-alat yang sesuai untuk membuat anyaman?

3. Apakah alat yang dihasilkan daripada anyaman

4. Bincangkan jenis-jenis anyaman.

AKTIVITI 5.4

Page 57: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 5 ANYAMAN 57

AnyamanBuluhLidiMengkuang

PandanRotanRibu-ribu

RuMuSAN

• Dalamtopikiniandatelahdidedahkandenganlatarbelakanganyaman.

• Anyamanmerupakan seni tradisi yang dipercayaimuncul dan berkembangtanpa pengaruh dari luar.

• Andajugatelahpelajaritentangmotifdanragamhiasdalamanyaman.

• Akhir sekali, anda sekarang tahu tentangalatandanbahanyangdigunakanuntuk menghasilkan anyaman.

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal, (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 58: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

58 TOPIK 6 TEMBIKAR

Topik

6Tembikar

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang tembikar;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tembikar;

3. Menghasilkan alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar; dan

4. Menghasilkan tembikar.

PENgENALANX

Tembikar merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tembikar. Anda juga akan pelajari bagaimana untuk menghasilkan satu reka bentuk baru tembikar melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya tembikar dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

6.1 DEfINISI TEMBIkARTembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat

Page 59: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 6 TEMBIKAR 59

pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.

Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.

6.1.1 Sejarah

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.

Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. Tembikar berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan. Bentuk tembikar yang dijumpai mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan, dan dibuat melalui teknik pembakaran bersuhu rendah yang bewarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat.

Hari ini masyarakat masih meminatinya kerana nilai estatik yang terdapat pada tembikar tersebut sendiri sama ada untuk hiasan atau cenderamata. Sebagai contoh ialah labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labu dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.

Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan seni tembikar. Antaranya ialah Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak.

6.2 JENIS-JENIS TEMBIkARBerikut adalah jenis-jenis tembikar:

(a) Geluk Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai

bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas.

Page 60: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

60 TOPIK 6 TEMBIKAR

(b) Buyung Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.

Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan. Kebiasaannya permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh.

(c) Jambangan Jambangan berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh

mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki.

(d) Labu Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk

separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.

(d) Bekas Perasapan/Bekas Bara Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan.

Ia masih digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu.

6.2.1 Motif Ragam Hias

Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.

(a) Motif Geometri

(i) Garisan bersilang - seli.

(ii) Titik susun kisi-kisi

(iii) Titik tahi alat

(iv) Garis keluh

(v) Garis berkotak

Bincangkan jenis-jenis tembikar tradisional.

AkTIvITI 6.1

Page 61: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 6 TEMBIKAR 61

(vi) Garis tulang ikan

(vii) Pucuk rebung

(viii) Bentuk potong wajik

(ix) Bentuk segi tiga

(x) Bentuk bujur

(xi) Balung kuku

(xii) Rantai perak

(xiii) Susur kelapa

(xiv) Siku keluang

(b) Motif Gayaan Organik

(i) Sulur kakung

(ii) Bunga cengkih

(iii) Bunga pecah lapan

(iv) Bunga kedudut

(v) Bunga tanjung

(vi) Bunga lawang

(vii) Kelopak

(viii) Sambas

(ix) Tampuk manggis

(x) Tapak pelanduk

(xi) Belalang bercula

(c) Teknik membentuk Berpandukan rajah-rajah di bawah, sila teliti langkah-langkah membentuk

tembikar.

(i) Langkah 1: Picitan

Rajah 6.1: Langkah 1

Page 62: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

62 TOPIK 6 TEMBIKAR

(ii) Langkah 2: Lingkaran

(iii) Langkah 3: Kepingan

(iv) Langkah 4: Lempar alin

Rajah 6.2: Langkah 2

Rajah 6.3: Langkah 3

Rajah 6.4: Langkah 4

Page 63: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 6 TEMBIKAR 63

Rajah 6.5 berikut menunjukkan contoh acuan Plaster of Paris.

Rajah 6.5: Contoh acuan Plaster of Paris

(d) Proses membuat tembikar secara tradisional

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

(i) Tanah liat

(ii) Piring

(iii) Pisau buluh

(iv) Penepek berukir

(v) Batu sungai

(vi) Sekam padi

(vii) Tanur pembakaran

(viii) Damar

(ix) Dawai pemotong.

(x) Jarum

Berikut adalah proses menghasilkan tembikar:

(i) Penyediaan tanah liat

• Tanahliatdiambildarilokasisepertitanahbusu,tebingsungaidansawah padi.

• Tanah liat diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan bendaasing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun, batu-batu kecil dan lain-lain.

• Iakemudiannyadijemuruntukdikeringkan.

• Seterusnyaiaditumbukdenganlesungkakihinggamenjadiserbuk.

Page 64: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

64 TOPIK 6 TEMBIKAR

• Serbukhalusyangdihasilkandiayakdenganayaktepung.

• Ia kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut(secukupnya – 25% air 1:4) dan diperam semalaman.

(ii) Proses menguli tanah

• Tanahliatdiuliagarsebatiuntukmenyingkirkangelembungudarayang terperangkap

• Terdapat2teknikmenguliiaitusecara‘spiral’dan‘bullhead’

• Setelahdiulitanahliatdipotongdengandawaiuntukmemastikantiada gelembong udara dan bendasing.

Rajah 6.6: Contoh Proses Menguli

(iii) Proses membentuk

• SecaraPicitan

– Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

– Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap.

– Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk menguatkan tembikar.

– Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.

– Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

– Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering.

– Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar.

– Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar.

– Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan.

Page 65: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 6 TEMBIKAR 65

• SecaraLingkaran

– Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak.

– Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja.

– Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.

– Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak.

– Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki.

– Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodel.

(iii) Secara Kepingan

– Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai panduan.

– Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat.

– Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong.

– Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah.

– Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan menggunakan jarum.

– Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip).

– Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki.

– Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan tersebut dan ratakan.

– Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah.

(vi) Proses Hiasan Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu

permukaan masih dalam keadaan lembut.

(v) Proses melicinkan Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap

dibiarkan kering sebelum dibakar.

Page 66: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

66 TOPIK 6 TEMBIKAR

(vi) Proses pembakaran

• Tekniktanur

– tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam tanur untuk pembakaran.

– Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 – 12 jam.

• Teknikpenggunaanpara

– Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam.

• Teknikdiangkanpadaunggunapi.

– Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar kering dan keras.

(vii) Proses mewarna Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia

dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan.

6.3 AkTIvITI LATIHAN PEMBELAJARANMembuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat

(a) Bahan untuk membuat tembikar

(i) Tanah liat

(ii) Pinggan

(iii) Pisau buluh

(iv) Bekas air

(v) Air

Menghasilkan satu bentuk tembikar daripada tanah liat dengan menggunakan teknik picitan.

AkTIvITI 6.2

1. Bincangkan poses penghasilan tembikar menggunakan teknik lingkaran.

2. Terangkan 3 teknik pembakaran tembikar.

Page 67: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 6 TEMBIKAR 67

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa bentuk tembikar.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran bentuk tembikar kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana melakar bentuk tembikar.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran. (b) Proses pembentukan tanah liat (menguli)

Langkah1 : Seketultanahliatdiuli.Mengulisecara‘spiral’atau‘bullhead’.

Langkah2 : Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada gelembong udara dan berdesing.

Langkah 3 : Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk mengetahui dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada tanah liat.

Langkah 4 : Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri, tangan kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan hingga bersatu.

Langkah 5 : Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara berulang supaya menjadi lembut dan liut.

(c) Proses membentuk tembikar

Langkah 1 : Memulakan proses membentuk dengan membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

Langkah 2 : Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang satu lagi untuk menguatkan tembikar.

Langkah 3 : Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak atau mengemaskannya.

Langkah 4 : Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

Langkah 5 : Biarkan ia kering sepenuhnya.

Page 68: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

68 TOPIK 6 TEMBIKAR

(d) Persembahan hasil kerja

(a) Penilaian berdasarkan

(i) idea reka cipta

(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

(iii) kemasan

(b) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan orang lain.

(e) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat tembikar

Tempat : kilang tembikar atau tempat membuat tembikar yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan

(i) bagaimana tembikar dihasilkan

(ii) berapa teknik tembikar dihasilkan

(iii) proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar

(v) pemasaran barangan tembikar.

(f) Aktiviti pembelajaran tambahan

(i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti setiap contoh

dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada

tembikar.

1. Apakah bahan untuk membuat tembikar?

2. Bincangkan proses membentuk tembikar.

AkTIvITI 6.3

Page 69: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 6 TEMBIKAR 69

1. Apakah itu tembikar?

2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat tembikar?

3. Sebutkan jenis-jenis tembikar?

4. Apakah alat yang digunakan untuk tembikar?

5. Bincangkan proses untuk menghasilkan tembikar?

RuMuSAN

• Dalamtopikiniandatelahdidedahkantentanglatarbelakangtembikar.

• Andasekarangjugamaklumtentangmotifdanragamhiasdalamtembikar.

• Akhir sekali anda telah pelajari mengenai alatan dan bahan untukmenghasilkan tembikar.

AkTIvITI 6.4

RuJukAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Bekas baraBuyungGeluk

JambanganLabuTembikar

Page 70: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

70 TOPIK 6 TEMBIKAR

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 71: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 7 TEKAT 71

Topik

7Tekat

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang tekatan,

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tekatan,

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan tekatan, dan

4. Menghasilkan satu tekatan.

PENgENALANX

Tekat adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tekat. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru tekat melalui satu proses stabilisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Anda juga akan menghasilkan satu karya tekat dengan menggunakan bahan yang mudah bersesuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

7.1 DEfINISITekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu. Ada juga yang menamakan seni ini sebagai seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan

Page 72: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

72 TOPIK 7 TEKAT

pengusaha tekatan. Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut (melakukan sesuatu).

Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.

Bentuk tekatan menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul. Perbezaan antara warna keemasan pada corak dan warna tua kain atau baldu itu menghasilkan seni rupa yang menekankan keindahan tampak, bentuk dan dimensi dengan menggunakan dua warna. Warna kain atau baldu yang lazim digunakan ialah merah, biru dan hijau. Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat. Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas kain berwarna.

Sungguhpun seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk tekat berasaskan corak awan larat tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu. Antara motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya. Terdapat juga motif baru yang dicipta seperti bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.

7.1.1 Sejarah

Seni tekat adalah berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang tempatan. Ia berkembang pesat di istana. Perkembangan seni tekat telah dikesan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada kurun ke 15. Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di kalangan kerabat di raja. Di Perak, seni tekat pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk tekat.

Tradisi kesenian ini juga dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka. Penciptaan dan penggunaan seni tekat akhirnya-akhirnya berkembang kepada masyarakat luar istana yang menampakkan kewujudan kraf tangan rakyat. Gadis Melayu

Page 73: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 7 TEKAT 73

pada masa dahulu yang akan melangsungkan perkahwinan biasanya melakukan sendiri kerja tekat menekat bahan atau alat hiasan yang akan digunakan pada hari perkahwinannya. Contoh: menekat penyangkut kelambu, alas tempat tidur, muka kasut pengantin, tampuk bantal, ciur, langsir, tirai pintu dan tingkap, kipas pengantin, baju pengantin, sapu tangan, dan lain-lain lagi. Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.

Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah. Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnya tekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih, kasut dan lain-lain lagi. Namun begitu, walaupun seni tekat telah dianggap sebagai hasil kraf tangan, tetapi fungsinya masih terbatas dan kegunaannya adalah terhad.

Rajah 7.1: Contoh gambar tekat

7.2 JENIS-JENIS TEkATBerikut adalah jenis-jenis tekat:

(a) Tekat timbul benang emas atau perak

• Benangemasatauperakdiujiberulang-ulangdanberturut-turutdiatasirasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak.

(b) Tekat gubah

• Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain dasar.Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak.

Page 74: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

74 TOPIK 7 TEKAT

• Benang ijukuratdaripadapelepahpokokKabongatauenauberwarnahitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna.

• Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan lagidengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat.

(c) Tekat perada

• Kertasyangagaktebalpermukaannyadiliputiperadaemastulenyangditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi.

• Tekatanjenisinitidaklagidiusahakansekarang.

7.3 ALATAN TEkATANAntara alat yang digunakan dalam proses sulaman tekat atau suji timbul ialah:

(a) Pemidang kayu Terdapat dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.

Alat ini digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.

(b) Cuban dan benang emas Dalam proses tekat Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit

benang emas. Cuban diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir. Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk palang.

AkTIVITI 7.1

Bincangkan 3 jenis tekat.

Page 75: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 7 TEKAT 75

Rajah 7.2: Contoh cuban tekat

(c) Irasan atau kain dasar Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain baldu

untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.

(d) Benang putih atau benang kapas Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada

mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang rapat.

(e) Mempelur Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan

dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

Rajah 7.3: Contoh alatan menekat

Page 76: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

76 TOPIK 7 TEKAT

7.4 PRoSES TEkATANMenyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal. Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar).

Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang.

Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci digunakan. Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur. Kemudian benang emas tersebut akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.

SEMAk kENDIRI 7.1

Apakah alat yang diperlukan untuk membuat tekatan?

AkTIVITI 7.2

Bincangkan proses untuk membuat tekatan

Page 77: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 7 TEKAT 77

(a) Aktiviti latihan pembelajaran membuat tekat

(i) Menggunakan Benang Kait

Alat:

• Benangkait

• Benangputih

• Jarumkasar(berlubangbesar)

• Pemidangkayu

• Kain

• Kadbod(untukmembuatmembulur)

• Pisau

• Cuban

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam tekat.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak tekat kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar membuat tekatan mengikut lakaran.

(b) Proses membuat tekat dengan menggunakan benang mengait

(i) Corak dilukiskan ke atas ke atas kad bod dan dipotong hingga menjadi satu mempulur.

(ii) Kain diregangkan pada pemidang kayu.

(iii) Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut.

(iv) Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasi bahagian batang mempulur bawah kain.

(v) Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

(vi) Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

(vii) Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batang mempulur tidak kelihatan.

(viii) Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup dengan sulaman.

Page 78: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

78 TOPIK 7 TEKAT

(c) Persembahan hasil kerja

(i) Penilaian berdasarkan

• idearekacipta

• kemahiranmengaplikasikanalat,bahandanteknik

• kemasan

(ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan

orang lain.

(d) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat

Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

(i) bagaimana tekat dihasilkan

(ii) proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat

(iv) pemasaran barangan tekat.

(e) Aktiviti pembelajaran tambahan

i. Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tekat Melayu, masyarakat Cina

Peranakan dan Indonesia. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

ii. Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tekat.

1. Apakah itu tekat?

2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat tekat?

3. Apakah alat yang digunakan untuk tekat?

4. Bincangkan proses untuk menghasilkan tekat?

AkTIVITI 7.3

Page 79: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 7 TEKAT 79

RuMuSAN

• Dalamtopikiniandatelahpelajaritentanglatarbelakangtekatan.

• Andajugasekarangtahutentangmotifdanragamhiasdalamtekatan.

• Akhir sekali anda sekarang sudahmaklum tentang alatandanbahanuntukmenghasilkan tekatan.

TekatanTekat gubah

Tekat peradaTekat timbul

RuJukAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal, (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 80: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

80 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

Topik

8Wau (Layang-layang)

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang wau;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam wau;

3. Menerangkan alat dan bahan untuk menghasilkan wau; dan

4. Menghasilkan satu wau.

PENgENALANX

Wau adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan wau. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru wau melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya wau dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

8.1 DEfINISI Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.

Page 81: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG) 81

Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin. Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor.

8.1.1 Istilah Layang-layang di Malaysia

Layang-layang lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan catatan tun Sri lanang,di mana menurut beliau, Raja Ahmad bermain layang-layang bersama-sama dengan pemuda-pemuda serta kerabat di raja.

Secara umumnya, layang-layang terbahagi kepada empat:

(a) Layang-layang laga

(b) Layang-layang anak

(c) Layang-layang hiasan

(d) Layang-layang atau wau

8.2 WAuDi Malaysia terdapat satu istilah bagi layang-layang iaitu wau. Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat beberapa teori tentang asalnya perkataan wau. Menurut Wayne Hosking dalam “kites of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan “Wouw”. Ianya merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya ‘wau’, ’wau’, ’wau’ secara irama.

Bincangkan tentang teori asal perkataan wau.

AKTIVITI 8.1

Page 82: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

82 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

(a) Ciri-ciri utama wau Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.

(b) Jenis-jenis wau Rajah 8.1 berikut menunjukkan jenis-jenis wau.

Rajah 8.1: Jenis-jenis wau

Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing Wau daun atau barat

(c) Jenis kegunaan wau Berikut adalah jenis kegunaan wau:

(i) Wau yang dibuat untuk dijayangkan di udara.

(ii) Wau yang dibuat untuk mempertandingkan keindahan hiasannya.

(iii) Wau yang dibuat untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung.

Bincangkan perbezaan antara wau bulan dan wau kucing.

Bincangkan tentang jenis kegunaan wau.

(d) Wau dimensi baru Pada mulanya wau dicipta untuk terbang di angkasa sehingga menjadi

permainan yang sangat digemari orang, terutamanya pendudukan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Kini, wau telah terkeluar dari tujuan asalnya. Wau dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identiti istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering diletakkan

AKTIVITI 8.2

AKTIVITI 8.3

Page 83: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG) 83

sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat, rumah dan tempat-tempat lain.

(e) Corak hiasan wau

(i) Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.

(ii) Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.

(iii) Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna.

(iv) Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.

(v) Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.

(f) Jenis-Jenis Motif

(i) Bunga matahari

(ii) Daun ketumbit

(iii) Ketamguri.

(iv) Pucuk rebung

(v) Itik pulang petang

(vi) Badak mudik

Apakah keistimewaan wau hiasan?

8.3 PRoSES MEMBuAT WAu(a) Alatan dan bahan yang digunakan:

(i) Alat Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting

(ii) Bahan Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas

minyak atau kertas warna, gam dan benang

AKTIVITI 8.4

Bincangkan jenis-jenis motif yang terdapat pada wau.

AKTIVITI 8.5

Page 84: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

84 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

(b) Langkah-langkah untuk membuat wau:

(i) Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.

(ii) Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.

(iii) Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.

(iv) Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.

(v) Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.

(vi) Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.

(vii) Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.

(viii) Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.

(c) Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan:

(i) Menggunakan kertas

Bahan:

• Kertaspelbagaiwarna

• Kadbod

• Pisau

• Pembaris

• Gunting

• Gam

Langkah1 :Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorakyang terdapat dalam wau.

Langkah2 :Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaranrekacorak wau kepada pelajar.

Langkah3 :Guru menunjukkan perkembangan peringkat demiperingkat cara bagaimana untuk membuat lakaran rekacorak wau hiasan.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia ataskertaslakaran.Gurumembimbingpelajar.

Langkah 5 : Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan.

(ii) Membuat wau hiasan

• Ambilbeberapahelaikertaswarnamengikutwarnakehendakkita.

• Lipat2helaikertaswarnatadidantekapbentukwautersebut.

• Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wautersebut.

Page 85: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG) 85

• Potongbahagiansobekrekacorakyangtelahdilukis.

• Bahagianyangtelahdilukisituharusditampalpadakertaswarna.

• Tampalkertasyangdihiasipadakadbod.

(iii) Persembahan hasil kerja

• Penilaianberdasarkan

– idea reka cipta

– kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

– kemasan

• Apresiasi Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan

orang lain.

(c) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau

Tempat : kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

(i) bagaimana wau dihasilkan

(ii) proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau

(iv) pemasaran barangan wau.

Aktiviti pembelajaran tambahan

1. Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni wau. Teliti setiap contoh dari segi

corak,kesan warna dan bahan yang gunakan.

2. Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada wau.

1. Apakah itu wau?

2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat wau?

3. Sebutkan jenis-jenis wau?

4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat wau?

5. Bincangkan proses untuk menghasilkan wau?

LATIHAN 8.6

Page 86: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

86 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

RuMuSAN

• Dalamtopikiniandatelahpelajaritentanglatarbelakangwau.

• Andajugatelahdidedahkandenganmotifdanragamhiasdalamwau.

• Akhirsekaliandatelahmaklumtentangalatandanbahanuntukmenghasilkansesebuah wau.

Layang-layangLayang-layang anakLayang-layang hiasan

Layang-layang lagaWau

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 87: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 9 GASING 87

Topik

9Gasing

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang gasing;

2. Menerangkan jenis-jenis gasing;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan gasing; dan

4. Menghasilkan satu gasing.

PENgENALANX

Gasing adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan gasing. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru gasing melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya gasing dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

9.1 DEfINISIPerkataan gasing sebenarnya berasal daripada suku kata ‘ka’ dan ‘sing’. ’Ka’ iaitu singkatan kayu dan ‘sing’ daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya berpusing.

Page 88: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

88 TOPIK 9 GASING

Gasing sudah popular sejak zaman kesultanan Melaka. Musim bagi petandingan gasing ialah selepas musim menuai atau musim buah-buahan.

Bentuk gasing, cara pembuatan dan peraturan permainannya berbeza di antara negeri di pantai timur dengan negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Gasing hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.

Sebiji gasing berbentuk seperti piring dan beratnya boleh mencapai sehingga 5.5 kilogram. Untuk memusingkan gasing memerlukan ketangkasan dan kecekapan seorang pemain. Ketika gasing sedang berpusing, ia akan diceduk dengan menggunakan sebatang kayu pendayung yang kecil ke sebuah bekas besi yang tedapat pada penghujung sebatang tiang kayu. Gasing yang baik terus berpusing lebih daripada 2 jam. Menurut kepercayaan gasing boleh berpusing melebihi 24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat.

Gasing yang bermutu diperbuat daripada kayu jenis keras yang banyak terdapat di Kelantan dan Trengganau. Kayu ini mengambil masa berminggu untuk dikeringkan. Kayu ini kemudiannya akan dibentuk kapada bentuk sebiji piring. Untuk memperkukuhkan lagi gasing, satu lingkaran besi akan dipasang pada bibir gasing. Sebiji gasing akan mengambil masa 4 hingga 8 minggu untuk disiapkan.

9.1.1 Jenis-jenis gasing

Berikut adalah jenis-jenis gasing:

(i) Gasing Pahang

(ii) Gasing Pari

(iii) Gasing Paying

(iv) Gasing Puyuh

(v) Gasing Loceng

(vi) Gasing Berembang

(vii) Gasing Botol

(viii) Gasing Bugis

(ix) Gasing Bunut

(x) Gasing Cina

(xi) Gasing Denak

Page 89: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 9 GASING 89

(xii) Gasing Jantung

(xiii) Gasing Kanak-kanak Johor

(xiv) Gasing Leper Kelantan

(xv) Gasing Loceng

(xvi) Gasing Merlimau

(xvii) Gasing Paku.

9.1.2 Bahagian-bahagian Tubuh gasing

Berikut adalah bahagian-bahagian tubuh gasing.

(a) Paksi Bahagian gasing berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk

meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas

(b) Patak Bahagian di antara tubuh dengan paksi gasing

(c) Labu Bahagian antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing

(d) Kepala Bahagian atas tubuh gasing yang bulat dan kecil

(e) Leher Bahagian lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali

gasing

(f) Bahu Bahagian atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali

(g) Pemotek Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastik yang

dilekapkan pada kepala gasing uri

(h) Turap Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala supaya tidak

retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah

Lukiskan rupa bentuk jenis-jenis gasing.

LATIHAN 9.1

Page 90: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

90 TOPIK 9 GASING

9.1.3 fungsi gasing

(a) Gasing hiasan Gasing ini dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak

memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing

(b) Gasing permainan Gasing jenis ini bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk

permainan.

(i) Gasing pangkah Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang

betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah dipangkah.

(ii) Gasing permainan Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri. Ianya

bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan urinya sahaja. Ianya popular di pantai timur sahaja.

Terangkan fungsi gasing hiasan.

LATIHAN 9.2

9.1.4 Ciri-ciri Istimewa gasing

Setiap bahagian gasing mempunyai maksud tertentu.

(a) Paksi melambangkan kalbu kerana paksi ialah tempat gasing berpusing. Paksi terletak di bahagian tengah sebelah bawah gasing dan diperbuat daripada besi waja.

(b) Patak melambangkan roh.

(c) Labu melambangkan nafsu.

(d) Kepala melambangkan akal.

(e) Pemotek melambangkan iman. Pemotek ialah pusat ikatan gasing yang terletak di bahagian tengah sebelah atas gasing dan biasanya disalut dengan perak serta dihias dengan rekaan bunga-bungaan supaya kelihatan cantik.

9.1.5 falsafah gasing

Paksi gasing mengikut paksi bumi dan edarannya. Keseimbangan amat diperlukan dalam pembuatan gasing supaya gasing tidak ketetel atau imbal, begitu juga dengan kehidupan manusia yang memerlukan keseimbangan dalam hidup.

Page 91: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 9 GASING 91

9.1.6 Bahan Membuat gasing

Bahan

(a) Kayu

(i) Gasing boleh diperbuat daripada jenis kayu iaitu daripada kayu yang paling keras hingga yang paling lembut.

(ii) Gasing yang keras diperbuat daripada kayu jenis terpilih yang tahan dan tidak mudah pecah, berpusing ligat dan tenang ketika dimainkan.

(iii) Kayu Koran adalah jenis yang terbaik tetapi sukar diperoleh.

(iv) Kayu bakau ban digunakan untuk membuat gasing kerana sifatnya yang keras, tidak mudah pecah, tidak begitu imbal dan mudah didapati.

(v) Kayu ciku dan petai juga sesuai untuk membuat gasing walaupun lebih ringan dari kayu Koran dan bakau.

(vi) Kayu johol dan kerada juga sering digunakan untuk membuat gasing.

(b) Kapak

(c) Gerudi

(d) Paku

(e) Kertas Pasir

(f) Pemahat

9.1.7 Proses Membuat gasing

(a) Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring bertangkup dua.

(b) Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat kayu.

(c) Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan dan meninggalkan kira-kira 2cm di bahagian luar.

(d) Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki.

(e) Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terus digunakan atau pun dicat dan diwarna terlebih dahulu supaya kelihatan lebih menarik.

(f) Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni cipta yang bermutu tinggi.

Page 92: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

92 TOPIK 9 GASING

Rajah 9.1: Contoh pembuatan gasing

9.1.8 Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat gasing

(a) Penggunaan sabun

Bahan:

(i) Sabun buku

(ii) Carving tool

(iii) Pisau

(iv) Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi

(v) Span

(vi) Paku

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekabentuk gasing.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran rekabentuk gasing kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana menghasilkan rekabentuk gasing.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekabentuk yang baru dia kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar dikehendaki melakarkan rekabentuk gasing.

(1) (2) (3)

(4) (5) (6)

Page 93: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 9 GASING 93

Proses membuat gasing

Langkah 1 : Pelajar melakarkan rekabentuk gasing di atas sabun dengan benda tajam seperti jarum peniti.

Langkah 2 : Pelajar mengukir sabun mengikut rekabentuk yang dilakarkan dengan menggunakan carving tool atau pisau.

Langkah 3 : Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan span sedikit air.

Langkah 4 : Pelajar mencucukkan paku pada bahagian bawah gasing tersebut.

Persembahan hasil kerja

(a) Penilaian berdasarkan

(i) idea reka cipta

(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

(iii) kemasan

(b) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya sendiri dan orang

lain.

Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat gasing

Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

(i) bagaimana gasing dihasilkan

(ii) proses bagaimana gasing dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari gasing

(iv) pemasaran barangan gasing.

Aktiviti pembelajaran tambahan

1. Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni gasing. Teliti setiap contoh dari segi

corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

2. Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada gasing.

Page 94: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

94 TOPIK 9 GASING

RuMuSAN

• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang gasing.

• Anda juga telah didedahkan dengan jenis-jenis gasing.

• Akhir sekali, anda telah pelajari tentang cara untuk menghasilkan sesebuah gasing.

1. Apakah itu gasing?

2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat gasing?

3. Sebutkan jenis-jenis gasing?

4. Apakah alat yang digunakan untuk gasing?

5. Bincangkan proses untuk menghasilkan gasing?

LATIHAN 9.3

Bahu GasingKepala LabuLeherNafsu

PaksiPatakPemotekRohTurap

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 95: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 9 GASING 95

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal, (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 96: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

96 TOPIK 10 PERHIASAN DIRI

Topik

10Perhiasan Diri

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang perhiasan diri;

2. Menerangkan rekabentuk, motif dan ragam hias perhiasan diri;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan perhiasan diri; dan

4. Menghasilkan satu perhiasan diri.

PENgENALANX

Perhiasan diri adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media,dan teknik untuk penghasilan perhiasan diri. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru salah satu perhiasan diri melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya perhiasan diri dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

Page 97: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 10 PERHIASAN DIRI 97

10.1 LATAR BELAKANg PERHIASAN DIRIAmalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi.Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.

Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi.

Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.

10.2 HIASAN KEPALA(a) Cucuk sanggul Kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang

dan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul. Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang.

(b) Sikat atau sisir rambut Sisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan rambut.Selain

digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu.

LATIHAN 10.1

Sejak bila hiasan mula diperkenalkan. Bincangkan.

Page 98: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

98 TOPIK 10 PERHIASAN DIRI

Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik.

(c) Penutup Kepala Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman

dahulu sama ada lelaki dan perempuan. Orang lelaki memakai tenggolak. Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk. Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata.

10.3 HIASAN TELINgATerdapat tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang jurai), kerabu dan sunting malar. Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti geometric, flora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.

10.4 HIASAN LEHERTerdapat beberapa jenis hiasan leher tradisional Melayu seperti rantai, loket, dokoh dan kalung.

(a) Rantai Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.

Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau flora.Kadang kala ia diikat denga intan atau berlian.

(b) Loket Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan flora dan

fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan.

(c) Dokoh Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung

Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat.

Page 99: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 10 PERHIASAN DIRI 99

(d) Kalung Kalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.

Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk.

10.5 HIASAN TANgAN DAN LEHERAlat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin,gelang tangan, dan kaki.

Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya.

Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja. Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.

10.6 HIASAN PINggANgHiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya.

Page 100: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

100 TOPIK 10 PERHIASAN DIRI

10.7 HIASAN PADA PAKAIANBaju tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan kerongsang dan butang yang menarik. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata.

Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata.

Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk Kalung berhias:Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan

Bahan

(a) Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan

(i) tali pancing

(ii) kancing penyangkut

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam bentuk yang terdapat dalam hiasan rantai.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran ragam bentuk kalung kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut lakaran.

Proses membuat

(i) Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik pelbagai warna mengikut reka cipta masing-masing.

(ii) Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada bahagian rantai asas mengikut gubahan masing-masing.

LATIHAN 10.2

Bincangkan hiasan tangan dan leher.

Page 101: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 10 PERHIASAN DIRI 101

(iii) Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan pada penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut.

Persembahan hasil kerja

(a) Penilaian berdasarkan (i) idea reka cipta

(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

(iii) kemasan

(b) Apresiasi Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan orang

lain.

Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri

Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran, seperti kedai emas

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan.

(i) bagaimana perhiasan diri dihasilkan

(ii) proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri

(iv) pemasaran barangan hiasan diri.

Aktiviti pembelajaran tambahan

1. Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni hiasan diri. Teliti setiap contoh dari

segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

2. Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada hiasan

diri.

Page 102: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

102 TOPIK 10 PERHIASAN DIRI

RuMuSAN

• Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang perhiasan diri.

• Anda juga telah pelajari tentang motif, ragam hias dan rekabentuk perhiasan diri.

• Akhir sekali anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan perhiasan diri.

1. Apakah itu hiasan diri?

2. Bincangkan tentang amalan penggunaan hiasan diri di zaman dahulu.

3. Hurai jenis-jenis hiasan kepala.

4. Sebutkan jenis-jenis hiasan leher.

5 Jelaskan tentang hiasan rantai.

LATIHAN 10.3

Hiasan leherHiasan pakaianHiasan pinggang

Hiasan tanganHiasan telingaPerhiasan diri

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 103: Mengenal Kraf Tradisional_ppg Khas

TOPIK 10 PERHIASAN DIRI 103

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.