Mencari Sinar Harapan

8
Masih Adakah Kehidupan Setelah Padamnya Harapan RMC Training Centre http://my.opera.com/azmibhr/ blog/

description

Melihat kehidupan dengan pandangan positif

Transcript of Mencari Sinar Harapan

Mencari Sinar Harapan

Mencari Sinar Harapan Abu Umar

Masih Adakah Kehidupan Setelah Padamnya Harapan002Mencari Sinar Harapan

Harapan adalah jiwa kehidupan. Manusia yang tidak memiliki harapan umpama kuburan yang bergerak. Hari-hari barunya ditempuhi dengan penuh keterpaksaan. Semalam adalah kekecewaan dan kehampaan sedangkan esoknya adalah misteri yang mengumpulkan segala ketakutan. Kehidupannya adalah kepudaran dan kehampaan sedangkan umurnya adalah beban-beban yang bertambahAzmi BahariRMC Training Centrehttp://my.opera.com/azmibhr/blog/

Lilin harapanMasih adakah lagi kehidupan setelah padamnya harapan?

Ketika angin musibah sekali sekala bertiup kencang hingga hampir-hampir lilin harapan kita terpadam, ketika itu kita merasakan kegelapan; hari-hari yang dilalui adalah mimpi ngeri sedangkan esoknya adalah misteri yang mengumpulkan segala ketakutan dan keputus asaan.Kita akan sanggup menempuhi apa saja halangan dan ujian selagimana harapan masih lagi menyala di jiwa kita. Walaupun kehidupan yang kita tempuhi tidak sepertimana yang kita rancang, walau kegagalan menghiasi setiap langkah yang kita aturkan namun selagimana masih ada harapan di hati, kita kan masih mampu meneruskan perjalanan hidup ini. Namun ketika angin musibah sekali sekala bertiup kencang hingga hampir-hampir lilin harapan kita terpadam, ketika itu kita merasakan kegelapan; hari-hari yang dilalui adalah mimpi ngeri sedangkan esoknya adalah misteri yang mengumpulkan segala ketakutan dan keputus asaan. Kita menoleh kebelakang namun segala kebahagiaan lalu bagai ilusi berkaca yang boleh kita bayangkan tetapi bukan untuk disentuh. Namun setelah musibah itu reda dan api lilin harapan kita kembali bercahaya seperti sebelumnya kita seolah-olah mati hidup semula dengan keazaman baru, melangkah dengan jiwa yang tenang dan semangat yang membara. Kita tidak sabar-sabar menanti hari esok untuk kita isikan dengan impian dan harapan.

Mulianya insan kerana mulianya harapan yang dibina. Harapan yang tumbuh dari keimanan yang benar, harapan yang dihiasi taqwa dan tawakal serta disinari cahaya nubuwwah dan petunjuk Ilahi.Harapan adalah kehidupan. Tidak ada kehidupan tanpa harapan bahkan mulianya insan kerana mulianya harapan yang dibina. Harapan yang tumbuh dari keimanan yang benar, harapan yang dihiasi taqwa dan tawakal serta disinari cahaya nubuwwah dan petunjuk Ilahi. Keimanan yang akan membuahkan keyakinan dan kesabaran. Keyakinan pada janji-janji dan pertolongan Allah SWT yang merawat segala kelukaan jiwa dan keputus asaan. Keimanan yang akan membuahkan kesabaran yang menjadikan kehidupan ini indah dan bercahaya serta dilapisi dedaunan harapan dan keazaman. Kesabaran yang Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya, kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.Hinanya insan kerana hinanya harapan yang menguasai diri dan tingkahlakunya. Harapan yang dibina diatas nafsu haiwani yang tidak mengenal batas dan hak. Nafsu yang menjadi hijab antara kebenaran dan kebathilan, hak dan tanggungjawab, kewajiban dan tegahan serta makruf dan kemungkaran. Harapan yang dibutakan oleh kejahilan dan kemunafiqan. Harapan yang diwarnai ego, takbur dan kepentingan diri.Biar gelombang kegagalan menggoncang jiwa, biar hari-hari yang dilalui adalah kesedihan dan kekecewaan serta hari esok yang tidak menjanjikan apa-apa, janganlah dibiarkan lilin harapan kita terpadam. Pelihara ia agar terus menyala dan meyinari hidup kita kerana tanpanya ialah keputus asaan dan kekecewaan, tanpanya hidup ini adalah kuburan dan kematian.Menanti KeajaibanNamun kehidupan ini kadang-kadang umpama medan peperangan. Musuh boleh muncul bila-bila masa sahaja. Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega tetapi belum sempat nafas itu dilepaskan semula suasana gawat muncul tiba-tiba. Begitu juga dengan kehidupan kita, ketika ketenangan datang menyapa mesra tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa. Ketika kita dengan susah payah meneguk erti kebahagiaan kini keresahan dan kegelisahan mengintai dengan penuh rasa cemburu dan iri hati. Baru sekejap tadi kita melihat lautan kehidupan begitu luas bersama cahaya mentari yang menerangi horizon diri tetapi kini awan hitam mula menutupi pandangan bersama dentuman kekecewaan. Keresahan mula mengisi ruang hati kita apabila ketenangan mula mengundur diri.Kitapun sedar bahawa dunia ini pentas ujian. Kita cuba pasrahkan diri namun kepasrahan itu sendiri tidak semudah ungkapan madah pujangga. Disaat ini kita benar-benar menanti keajaiban. Kita panjatkan munajat keinsafan disetiap ruang dan kesempatan. Zikir kita tidak lekang dari mulut sedang hati kita penuh dengan pengharapan. Ya, pengHARAPAN itulah yang masih kita miliki ketika kita di puncak penderitaan dan kekecewaan. Harapan itulah yang akan menemani sesiapa sahaja yang terumbang ambing di lautan hidup. Dan HARAPAN itu tak pernah mungkir untuk setia bersama kita ketika apa saja dan sebesar mana musibah yang datang menimpa. Mungkin kerana itulah fitrah insan, bahkan atheis (mulhid) yang tak percayakan tuhanpun apabila terumbang ambing dipukul gelombang tanpa disedari akan mula menggenggam harapan agar dirinya terselamat. Cuma mungkin kerana kita tersalah sandarkan harapan kita pada bukan tempatnya maka harapan kita berakhir dengan kekecewaan dan keputus asaan. Ataupun kita sandarkan pada tempat yang betul namun bukan dengan sepenuh keyakinan maka hasilnya masih keraguan dan keputus asaan. Tetapi jika HARAPAN itu kita sandarkan kepada DIA yang menjadikan alam dan makhluk sekeliannya, DIA yang mentadbir alam dan isinya dan DIA yang Maha tinggi kasih sayang dan keadilannya maka tentunya kita akan menemui suatu keajaiban yang pernah ditemui oleh umat terdahulu yang berdepan dengan musibah dan ujian yang berkali ganda lebih hebatnya dari apa yang sedang kita hadapi

Cahaya BaruKetika musibah datang bertimpa-timpa. Ketika kita dipuncak kerunsingan dan kegelisahan tiba-tiba datang musibah baru yang lebih berat dan diluar dugaan kita.D unia terasa kelam dan diri kita terasa begitu kerdil. Kita merasa diri ini terlalu lemah untuk berdepan dengan arus kehidupan yang deras dan mencabar. Kita mula mencari tempat untuk berpaut, apa saja yang kita yakin dapat memberi ketenangan dan kekuatan pada diri kita. Beberapa kali kita terhempas kerana tersalah dalam memilih tempat untuk berpaut. Kita jatuh lagi dan terus hanyut dibawa arus kehidupan yang deras dan ganas.

Kita ini bukan apa-apa, kita ini lemah, kita ini terlalu kerdil tetapi kita telah lupakan itu semua.kita telah lupa diri kita siapa.Ketika kelemahan sampai kepuncaknya, kita merasakan diri kita hilang buat seketika. Jiwa kita terlalu lemah dan silau untuk melihat dunia. Lalu putus asa dengan kehidupan mula mewarnai jiwa. Kita teraba-raba mencari diri hingga akhirnya kita temui bahawa memang kita ini bukan apa-apa. Kita ini memang terlalu lemah dan kerdil, kita kini sedar bahawa kita sudah terlalu lama lupa diri. Kita terlupa bahawa memang kita ini terlalu kerdil, lemah dan hina.Kita mendongak ke langit, meneliti alam yang begitu rapi dan tersusun dan kita melihat pada diri kita. Kita bertambah yakin bahawa kita ini bukan apa-apa, kita ini lemah, kita ini terlalu kerdil tetapi kita telah lupakan itu semua.kita telah lupa diri kita siapa. Kita mula mengangkat tangan, lalu kita tadahkan kedua tangan dengan penuh kerendahan dan kepasrahan. Kita menangisi kelalaian diri, kita mula insaf segala kesalahan dan dosa. Lalu air mata mula mengalir membasahi wajah dan membersihkan segala kekotoran pada hati kita; dendam, kebencian, keraguan, kemarahan, keangkuhan dan kesedihan mengalir lalu bersama titisan air mata.Kita terlena dalam munajat dan keinsafan hinggalah datang fajar baru dengan harapan baru. Kita bangun sebagai manusia baru; tiada lagi keangkuhan, dendam dan benci, tiada lagi kemarahan dan kesedihan. Kita melihat ke ufuk, kita melihat fajar baru menyerakkan cahaya baru, kita menoleh bumi sekelilingnya, yang kita lihat ialah kehidupan baru dengan jiwa yang baru. Dan kini kita bertambah yakin bahawa yang menghidupkan ialah Allah SWT, yang memberi kelapangan ialah Allah. Allahlah sumber kehidupan, sumber ketenangan dan kebahagiaan.

Kemahuan & HarapanSaya tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa kemahuan dan harapan. Jika ada kehidupan tanpa keduanya tentu kehidupan itu adalah kehidupan yang kosong, hampa, kaku serta tiada warna dan coraknya. Jika ada manusia yang hidup tanpanya tentu kehidupannya terlalu hambar, penuh dengan kekecewaan, sunyi dari ketenangan apatah lagi kebahagiaan. Saya tidak sanggup untuk hidup dengan keadaan ini kerana saya tidak dapat menemukan sebarang perbezaannya dengan kematian. Saya tidak melihat sesuatu jiwa itu hidup tanpa ada kebangkitan dan kesedaran kerana bukan fitrah kehidupan itu kaku dan mati. Saya tidak melihat sesuatu itu hidup tanpa perubahan dan pergerakan kerana perubahan & pergerakan ialah nadi kehidupan itu sendiri. Namun untuk bangkit dan sedar, untuk berubah dan bergerak modalnya ialah kemahuan dan harapan. Manusia yang tidak memiliki harapan tidak akan melakukan seuatu perubahan untuk dirinya apatahlagi untuk orang lain. Manusia tanpa kemahuan ialah manusia yang bertemu hari hari yang sama di dalam kehidupannya; tidak ada hari-hari yang baru melainkan hari-hari suram yang menjemukan. PasrahLangit tidak selalu cerah. Kita mengharapkan panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan ditengahari. Ini adalah sebahagian dari kata-kata orang tua-tua berkaitan dengan kehidupan kita. Tentunya kata-kata ini tidak lahir secara kebetulan tetapi melalui pengalaman yang terbukti berulang-ulang kali.Inilah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Namun kenapa kita masih lagi terkejut apabila berdepan dengan masalah yang tidak kita jangkakan? Kita inginkan kehidupan kita berlangsung sebagaimana yang kita rancang dan harapkan. Apabila ada penghalangnya lalu kita kecewa dan marah.Pernah suatu hari, seorang salafussoleh pulang ke rumah dengan sebiji buah tembikai sebagai buah tangan untuk isterinya. Apabila isterinya membelah buah tembikai tersebut, didapati buahnya busuk dan tidak boleh dimakan. Isterinya meluahkan kata-kata yang menggambarkan kemarahannya. Si suami lalu bertanya "Siapa yang kamu marah? Adakah kepada penjual, kalau dia tahu tentu dia tidak akan beli dan jual buah ini, atau adakah kamu marahkan petani, kalau boleh dia nak semua buah yang ditanamnya elok atau kamu marahkan Allah SWT yang menentukan segala-galanya". Beginilah sepatutnya sikap seorang yang beriman, apabila kita kegelapan kita tidak akan marahkan kegelapan tetapi kita mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan cahaya. Kita sentiasa pasrah kepada apa yang telah diputuskan oleh Allah SWT. Segala perancangan dan ketentuan Allah adalah sempurna dan terbaik untuk kita cuma mungkin kerana kelemahan serta kekurangan ilmu, kita tidak dapat melihat hikmah yang terkandung disebalik semua kepahitan yang kita tempuhi.Pernah suatu hari, saya bawa isteri saya ke hospital pakar untuk pemeriksaan matanya. Setelah pemeriksaan yang agak lama, doktor menyatakan isteri saya mengalami "Retinis Pigmentasi" dimana sel-sel saraf retinanya cepat mati dan kemungkinan besar dia akan buta ketika berumur 40 tahun iaitu setelah semua sel-sel saraf retinanya mati. Ketika perjalanan pulang isteri saya menangis. Saya tanyakan padanya 'kenapa menangis? Adakah kali ini Allah tersilap, sebelum ini semua perancangan Allah sempurna...tapi kali ini Dia tersilap? Saya bertanya lagi. "Kenapa kita tidak senyum sebagaimana kita biasa terima berita yang baik? Dialog kami berlangsung, saya ceritakan kisah nabi Ayyub dan sebagainya hingga isteri saya dapat menerima dengan redha segala keputusan Allah SWT. Sebenar sayapun faham bagaimana perasaannya, berat mata memandang tapi berat lagi bahu memikulnya. Namun hakikatnya memang begitu dan inilah tuntutan keimanan, kita meyakini segala keputusan Allah itu adalah yang terbaik cuma kita yang terlalu kerdil dan jahil untuk menggali hikmah disebalik semua kejadian yang menimpa kita. Inilah KEPASRAHAN sebenar iaitu menerima ketentuan Allah dengan dada yang lapang dan hati yang tenang dan kepasrahan ini perlu berlaku dalam setiap keadaan senang atau susah, secara teori atau amali. Inilah sumber kekuatan jiwa. Mulai hari itu saya lihat isteri saya tidak lagi tertekan dengan masalah matanya bahkan tidak pernah mengeluh. Kalaupun kita rasa tertekan dan mengeluh, adakah penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya? Tentunya tidak. Jadi kita berusaha sebaik mungkin kerana usaha itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah SWT keputusannya kita serahkan kepada Allah SWT.Kepasrahan adalah sumber ketenangan dan kepuasan hidup. Kehidupan kita sememangnya padat dengan ujian dan halangan namun kepasrahan ialah rawatan dan sumber kekuatan jiwa untuk berdepan dengannya. Kepasrahan mengajar kita erti kesabaran dan redha kepada segala kehendak Allah SWT.8 |Muka surat