Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

18
Ramadhan al-Kareem: Mencapai Kesempurnaan Puasa Oleh : Ustaz Ahmad Daud Ishak El-Merbawiy Hjh Kelsom binti Ali

Transcript of Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Page 1: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Ramadhan al-Kareem: Mencapai Kesempurnaan

Puasa

Oleh:Ustaz Ahmad Daud Ishak El-Merbawiy

Hjh Kelsom binti Ali

Page 2: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Saat Tetamu Agung di Ambang Pintu

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan di dalam sahihnya bahwa Salman al-Farisi r.a berkata : “Rasulullah saw telah berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban untuk mengkabarkan berita gembira kepada para sahabat, menghitung kebaikan dan nikmat yang terdapat pada bulan yang mendatang dengan penuh kerinduan dan kesukaan:C:\Documents and Settings\acer\My Documents\My Videos\RealPlayer Downloads\251839961510141_24854.mp4

Page 3: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Wahai manusia sesungguhnya kamu dibayangi oleh satu bulan yang agung, bulan yang berkat, bulan yang terdapat di dalamnnya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, bulan yang Allah swt jadikan berpuasa pada siangnya satu kefarduan, menghidupkan malamnya dengan qiyamullail sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang bertaqarrub kepada Allah swt pada bulan ini dengan perbuatan yang baik, ganjarannya adalah sama seperti seorang yang melakukan 70 amalan fardhu pada bulan lainnya. Ia adalah bulan sabar dan ganjaran bagi kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan yang rezki orang Mukmin akan bertambah. Sesiapa yang memberi makan untuk seorang berbuka puasa, sesungguhnya dia mendapat keampunan terhadap dosanya dan perlepasan daripada azab neraka.

Page 4: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Dan dia mendapat ganjaran orang yang berpuasa tanpa ada kekurangan sedikit pun. Para sahabat berkata: “ Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya tidak semua di kalangan kami ini yang memiliki sesuatu makanan untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu berbuka. Maka Rasulullah saw menjawab: “Allah swt memberi ganjaran seumpama ini bagi sesiapa yang memberi makan untuk berbuka samada sebiji tamar atau dengan seteguk air atau susu. Ia adalah satu bulan yang di awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah perlepasan dari api neraka.. Maka perbanyakkanlah padanya dengan empat perkara; Dua daripadanya menjadikan kamu diredhai oleh Tuhanmu dan dua perkara lagi yang kamu berhajat kepada keduanya.

Page 5: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Dua perkara yang menjadikan kamu diredhai oleh Tuhanmu ialah Syahadah bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah swt, dan beristighfar (memohon keampunan) kepadaNya. Manakala dua perkara yang kamu perlukan ialah kamu berdoa agar diberikan syurga dan dan berdoa agar dijauhkan daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minum seseorang untuk berbuka, maka Allah swt akan memberikan dia minum dari air minumanKu, yang tidak ada dahaga selepasnya sehinggalah ia memasuki syurga.”

Page 6: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Adab-adab Kesopanan Berpuasa

Pertama: Berpuasa Hati – Qalbun So’imah

Kedua : Berpuasa Lidah – Lisaanun So’im

Ketiga : Berpuasa Mata - ِA’yunun So’imah

Page 7: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Nasihat Ramadhan;1. Jadilah Dermawan Pemurah

- Rasulullah sangat dermawan di bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abas berkata :

“Rasulullah saw adalah manusia paling dermawan, dan sikap pemurahnya semakin bertambah pada bulan Ramadhan. Ketika Jibril datang bertemu baginda untuk mengajar al-Quran kepada baginda. Biasanya Jibril a.s. berjumpa baginda setiap malam bulan Ramadhan untuk mengajar al-Quran.Sungguh, keadaan dermawan Rasulillah saw ketika ditemui oleh Jibril adalah melebihi kelembutan angin yang berhembus”.

Page 8: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

2. Membaca al-Qur’an:- Sabda Rasulillah saw yang bermaksud:“Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat

kepada hamba di Hari Qiyamah; Puasa berkata: Ya Rabbi, aku menghalangnya daripada makan dan syahwat. Maka perkenanlah aku memberi syafaat untuknya. Sedangkan al-Quran berkata: Ya Rabbni, aku telah menghalangnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafaat untuknya.” Maka Allah swt memperkenankan keduanya untuk memberikan syafaat.

Page 9: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

3. Nasihat beristighfar:Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:“Pada bulan Ramadhan dosa-dosa akan

diampuni, kecuali orang-orang yang enggan (Abaa).Berkata sahabat : Siapakah orang yang enggan itu?. Abu Hurairah menjawab : Orang-orang yang enggan memohon keampunan”

Page 10: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

- Khalifa Umar Abdul Aziz pernah mengirim surat ke pelusuk negeri dengan meminta rakyat mengakhiri Ramadhan dengan beristighfar dan zakat fitrah. Umar berkata di dalam salah satu suratnya: “katakanlah kepada kamu sebagai mana dikatakan oleh bapamu (Adam a.s.) kepada kamu.”

- تغفرلنا “ لم وإن أنفسنا ظلمنا ربناالخسرين من لنكونن “وترحمنا

Page 11: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

4. Iktikaaf di Rumah Allah swt:Iktikaf adalah satu ibadat penting di bulan

Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.Ibnu Qayyim berkata: “ Iktikaf disyaraiatkan supaya hati beriktikaf, bersimpuh di hadapan Allah swt, berkhalwat dengannya,serta memutuskan hubungan sementara dengan sesama makhluk dan berkonsentrasi (Munajat) kepada Allah swt”.

Page 12: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

5. Mencari-cari Malam Lailatul al-QadarSurah al-Qadr:

Page 13: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Memaksimumkan Ramadhan

1. Stesyen untuk bermuhasabah diri dengan meningkatkan amal2 kita sebagai bekalan hidup kita di alam abadi

2. Berusaha menjaga kestabilan dan konsisten menjaga solat Tarawih berjamaah

3. Berlebih-lebihan makan adalah haram, tetapi berlebihan di dalam sedekah adalah mendatangkan pahala

Page 14: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

4. Bertekad untuk beristiqomah dalam melakukan perbuatan-perbuatan baik yang kita biasakan di bulan Ramadhan

5. Lazimi lidah untuk berzikir 6. Ketika kita merasa lapar, maka ingatlah,

sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah, dan kita sangat memerlukan makanan dan keperluan lainnya daripada Allah swt

Page 15: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

7.Segeralah memohon maaf kepada orang yang kita zalimi sebelum orang itu mengambil pahala kebajikan kita di akhirat kelak.

8.Berusaha untuk selalu memberi makan dan minuman berbuka kepada orang berpuka puasa.

9.Janganlah menghidangkan terlalu banyak jenis makan ketika berbuka puasa, kerana kita akan kehilangan banyak waktu untuk membaca al-Quran dan ibadah2 lain.

Page 16: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

10. Berkeupayaan sekuat tenaga untuk melakukan Qiyamullail terutama pada 10 malam terakhir

11. Jangan sekali-kali meninggalkan puasa tanpa ada keuzuran Syar’ie kerana sehari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tidak dapat diganti pahalanya meskipun ia berpuasa setahun penuh.

12. Lakukanlah iktikaf di mesjid meskipun hanya beberapa jam.

Page 17: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

PenutupRenungan Ramadhan yang ringkas ini

diharapkan akan menjadikan asas dan titik bermula meraih semaksima mungkin pahala dan kebaikan serta keistimewaan yang terkandung di sepanjang bulan Ramadhan al-Kareem.

Page 18: Mencapai Kesempurnaan Ramadhan

Wassalamu ‘Alaikum warahmatullah