MEMO - lamanbahasa.files.wordpress.com  · Web viewLaut membiru yang berada di depannya...

251
BAB 1 Pagi. Sayup-sayup kedengaran suara desiran ombak menghempas pantai. Di kaki langit biru bersama awan putih menebal kelihatan matahari bersinar indah. “Lihatlah laut yang membiru itu. Tetap tenang. Walaupun pantai sentiasa dihempas ombak,” kata Khairil. “Ril …!” Aina bersuara perlahan. “Aina … bukan hidup namanya kalau tanpa cabaran …,” Khairil pantas memotong. Lembut bunyi nada suaranya. “Kau tak mengalaminya, Ril!” balas Aina pula sebaliknya. “Aina …!” ujar Khairil. “Pengalaman silam amat pahit,” luah Aina. 1

Transcript of MEMO - lamanbahasa.files.wordpress.com  · Web viewLaut membiru yang berada di depannya...

BAB 1

Pagi. Sayup-sayup kedengaran suara desiran ombak

menghempas pantai. Di kaki langit biru bersama awan putih menebal

kelihatan matahari bersinar indah.

“Lihatlah laut yang membiru itu. Tetap tenang. Walaupun pantai

sentiasa dihempas ombak,” kata Khairil.

“Ril …!” Aina bersuara perlahan.

“Aina … bukan hidup namanya kalau tanpa cabaran …,” Khairil

pantas memotong. Lembut bunyi nada suaranya.

“Kau tak mengalaminya, Ril!” balas Aina pula sebaliknya.

“Aina …!” ujar Khairil.

“Pengalaman silam amat pahit,” luah Aina.

“Aku faham!” Khairil menjawab. Sambil mengangguk-anggukkan

kepala. Dan membetulkan duduk.

1

Kesenyapan. Mengambil tempat buat seketika. Cuaca kelihatan

cerah. Bayu laut berhembus lembut. Nyaman dan dingin. Jelas terasa

membelah suasana.

Pohon-pohon yang tumbuh di tepi pantai bagai menari-nari

inang. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri. Mengikut rentak angin laut

yang bertiup.

Dedaunan hijau yang bergeseran di antara satu sama lain

mengeluarkan irama yang sungguh merdu apabila diusik oleh angin

yang datang daripada arah laut. Sungguh mendamaikan jiwa apabila

didengar.

Khairil menarik nafas yang panjang. Laut membiru yang berada

di depannya dipandangnya dalam-dalam. Bersama buih-buih memutih.

Yang berapungan membasuh batu-batu kecil dan butiran pasir halus.

Khairil kemudiannya memalingkan mukanya memandang Aina

yang duduk di sebelahnya.

Wajah Aina semakin ayu apabila diusapi angin laut. Kain tudung

yang menutupi rambutnya kelihatan mengerbang sedikit. Ditiup angin

yang berentak sepoi-sepoi bahasa.

2

“Jangan biarkan peristiwa hitam itu mengganggu hidup kau,

Aina. Lupakanlah. Marilah kita bersama membina hidup yang baru. Aku

ikhlas, Aina. Untuk memperisterikan kau,” Khairil bersuara.

“Sekali terluka selama-lama terasa pedihnya, Ril …,” Aina

mengeluarkan nada suara yang berbunyi lemah. Tenggelam bersama

desiran ombak. Yang tak putus-putus menghempas pantai.

“Aina …!” Khairil terus memujuk.

“Maafkan aku, Ril,” dia cepat mencelah.

“Lamaran kau tak dapat aku terima.” Jawapan yang diberikannya

kepada Khairil.

Mendengarkan saja kata-kata yang dikeluarkan oleh Aina itu

Khairil jadi terus terdiam.

3

BAB 2

Pagi. Di kaki langit matahari kelihatan bersinar indah. Khairil dan

Azman memilih Restoran Seri Menanti. Sebagai tempat untuk

menikmati sarapan pagi.

Memang Restoran Seri Menanti menjadi pilihan mereka untuk

bersarapan pagi. Restoran Seri Menanti amat terkenal dengan nasi

lemak kukus dan rendang ayam Minang. Yang menjadi pilihan utama

pengunjung. Yang datang ke restoran ini.

“Dia menolak lamaran aku. Dia tak dapat melupakan rasa

kecewa. Sewaktu hidup bersama dengan suaminya. Aina tak mahu

peristiwa pahit yang dialaminya dulu berulang kembali,” Khairil

berkata pada Azman. Yang duduk berhadapan dengannya.

Seluruh ruang restoran dipenuhi dengan pelanggan. Pelayan

sibuk mengambil pesan. Dan menghantar makanan dan minuman

yang dipesan.

“Kau juga senasib dengan dia, kan?” tanya Azman. Sambil

mengangkat kepala. Memandang wajah kawannya itu.

4

“Bagi aku Man apa yang berlaku biarkanlah berlalu. Tak usahlah

dikenang lagi,” Khairil menjawab. Sesekali dia sempat mencuri

pandang. Pada pelanggan yang memenuhi seluruh ruang restoran.

“Maafkan aku kalau bertanya?” Azman menyoalnya. Dengan

rasa penuh minat.

“Apa dia?” dia cepat membalas.

“Kenapa kau berpisah dengan isteri kau?” Pertanyaan yang tiba-

tiba keluar daripada mulut Azman.

“Aku dengan dia tak sefahaman lagi, Man …,” Khairil menjawab

tenang. Bersama nada suara yang lembut.

“Jadi bagi kau berdua itulah jalan yang terbaik,” celah Azman

pula sebaliknya.

“Ya, Man!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

“Kami berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Tapi apakan daya

….” Dia terhenti seketika. Dan menarik nafas yang panjang.

5

“Dah ditakdirkan oleh Tuhan. Jodoh kami tak panjang …,”

sambungnya lagi perlahan.

“Maafkan aku kalau bertanya lagi?” ulang Azman.

“Tanyalah!” dia bersuara.

“Kenapa kau tak berkahwin dengan Aina?” Azman menyoal.

“Macam yang aku cakap tadi. Tak ada jodoh.” Jawapan yang

diberikan oleh Khairil. Pada pertanyaan yang dikeluarkan oleh Azman

itu.

“Jadi sebab itulah kau melamar Aina. Untuk menggantikan

tempat isteri kau,” ujar Azman.

“Benar, Man!” angguknya dengan pantas.

“Memang itulah yang aku harapkan. Agar kali ini benar-benar

dapat memperisterikan dia,” kata Khairil lagi.

Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti. Apabila pelayan

muncul sambil membawa makanan dan minuman yang dipesan.

6

Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas meja berbentuk empat segi.

Beralaskan kain yang berwarna biji kundang.

Pelayan kemudiannya pantas berlalu pergi dari situ. Sambil

membawa dulang kosong. Khairil dan Azman lalu menikmati makanan

dan minuman yang dihidangkan.

7

BAB 3

Entah mengapa …. Dia benar-benar berasa kesepian. Setelah

tidak lagi hidup bersama dengan lelaki yang bernama Zamri.

Hakikatnya dia amat menyayangi lelaki itu. Tapi apakan daya.

Disangkanya panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari.

Terpaksa berpisah dengan Zamri. Namun dia tetap redha. Takdir

adalah penentu segala-galanya dalam hidup ini.

Biarpun berat untuk dihadapinya seperti memikul seketul batu

yang besar tapi dia tetap menerimanya dengan hati yang penuh tabah

dan sabar.

Khairil. Lelaki pertama yang dicintainya tiba-tiba muncul dalam

hidupnya. Lamaran Khairil untuk menjadikan dia sebagai isteri benar-

benar membuatkan wanita yang bernama Aina ini tidak menentu.

“Jauh kau mengelamun?” tegur Wardiah dengan tiba-tiba.

Dia sebaliknya tidak menjawab. Hanya memerhatikan saja

kawan serumahnya itu duduk di atas kerusi kusyen. Yang terletak di

ruang tamu rumah.

8

Di luar angin bertiup perlahan. Cuaca panas terik sejak dari pagi

tadi masih lagi jelas terasa menyelubungi suasana petang.

“Aku tahu apa yang kau fikirkan?” teka Wardiah.

Aina sebaliknya terus mendiamkan diri. Bila mendengar kata-

kata Wardiah itu.

“Pasal lamaran Khairil, kan?” tambah Wardiah lagi.

Memang benar sekali sangkaan Wardiah itu. Itulah yang sedang

kuat mengusik di fikirannya.

“Kau terima ajelah lamaran Khairil tu. Kau seharusnya bersyukur,

Aina. Sebab ada lelaki yang mengetuk pintu hati kau. Setelah rumah

tangga kau musnah. Tambah pulak dia bekas kekasih kau,” kata

Wardiah. Yang berambut panjang hitam ikal mayang. Sehingga

mencecah paras bahu. Dan diikat seperti ekor kuda.

“Aku takut, Wardiah …,” dia terhenti. Tidak dapat untuk

meneruskan kata-kata.

“Takut apa?” Wardiah pantas memotong.

9

“Pisang berbuah dua kali,” dia membalas.

“Jadi?” Wardiah lalu mengangkat kepala tinggi sedikit.

Memandang wajah Aina. Yang duduk bertentangan dengannya.

“Kau tak percaya lagi dengan lelaki?” sambung Wardiah lagi.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Wardiah. Panggilan

daripada Shahrul. Dia pantas menjawab panggilan itu dengan rasa hati

penuh gembira.

“Terpulanglah pada kau, Aina,” kata Wardiah. Sebaik-baik sahaja

selesai bercakap dengan Shahrul.

“Aku nasihat aje. Sebagai seorang kawan aku tak mahu kau

menyesal nanti. Sebab menolak lamaran Khairil. Dahlah! Aku nak

keluar. Nak dating dengan Shahrul.” Dia kemudiannya bingkas bangun

dan menuju ke bilik untuk bersiap.

10

BAB 4

Setibanya di pejabat Khairil diberitahu oleh Imawati yang Encik

Jonid ingin berjumpa dengannya. Tanpa berlengah lagi dia lalu

mengatur langkah menuju ke bilik Encik Jonid.

“Masuk!” Encik Jonid bersuara dari dalam. Apabila kedengaran

bunyi pintu biliknya diketuk oleh Khairil.

“Assalamualaikum, Encik Jonid!” dia memberi salam. Sebaik-baik

sahaja melangkah masuk ke dalam bilik pengurus besar syarikat yang

menerbitkan akhbar Cahaya Suci. Sebuah akhbar tabloid tempatan.

“Waalaikumsalam. Hah, Khairil. Duduklah!” jawab Encik Jonid

pula sebaliknya.

“Terima kasih, Encik Jonid,” sambutnya sambil menarik kerusi

dan duduk.

Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh

ruang bilik. Melalui jendela kaca di bilik Encik Jonid jelas kelihatan

bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Sehingga mencakar

11

langit. Memenuhi seluruh bandar raya Kuala Lumpur. Yang pesat

dengan pembangunan.

“Ada perkara apa yang Encik Jonid nak bincangkan dengan

saya?” Khairil bertanya.

“Macam mana dengan berita operasi polis membanteras

kegiatan dadah di pusat-pusat hiburan malam tadi?” tanya Encik Jonid

yang duduk di atas kerusi pusing dan memakai kot serta tali leher.

“Alhamdulillah, Encik Jonid!” jawab Khairil dengan cepat. Sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

“Pihak polis telah berjaya melumpuhkan kegiatan yang tidak

bermoral ini. Beritanya dah pun saya siapkan. Apa yang menyedihkan

ramai anak-anak muda yang terlibat dengan kegiatan dadah di pusat-

pusat hiburan,” terangnya lagi pada Encik Jonid.

“Berita-berita macam nilah yang perlu kita ketengahkan kepada

pembaca melalui akhbar Cahaya Suci,” tegas Encik Jonid yang

berambut lurus serta memakai cermin mata.

12

Dia amat berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan.

Sebelum membuka syarikat penerbitan akhbar tabloid. Yang dikenali

sebagai Cahaya Suci. Tempat Khairil bekerja.

“Kita mesti ketengahkan kepada orang ramai bahawa

tanggungjawab untuk mencegah kegiatan yang tidak sihat di kalangan

remaja bukan sahaja terletak di tangan pihak polis. Bahkan juga di

tangan kita sebagai rakyat di negara ini. Sebab mereka adalah

harapan negara di masa depan,” Encik Jonid menyambung.

“Insya-Allah, Encik Jonid,” balas Khairil pula dengan pantas dan

mengangguk-anggukkan kepala. Bila mendengar apa yang dikatakan

oleh Encik Jonid itu.

“Saya akan pastikan matlamat penerbitan akhbar syarikat kita

akan tercapai sepenuhnya,” janjinya.

“Di samping itu jugak awak perlu mendapatkan cerita-cerita lain.

Yang boleh menarik minat pembaca. Pada akhbar terbitan syarikat

kita. Oh, ya! Baru saya teringat. Saya sebenarnya ada dua tugasan

yang nak diberikan pada awak,” jelas Encik Jonid pada Khairil. Dengan

penuh panjang lebar.

13

“Tugasan apa, Encik Jonid?” dia menyoal dengan rasa penuh

minat. Untuk mengetahui apakah kerja yang diberikan oleh Encik Jonid

kepadanya.

“Begini, Khairil!” Dia lalu membetulkan duduk. Dan menarik

badan berserta dengan mukanya melihat wajah Khairil. Yang kelihatan

sedang menanti apa yang ingin diperkatakan olehnya.

“Pertama saya minta awak menulis tentang remaja yang terlibat

dalam kegiatan merempit. Kedua awak kenal tak seorang penulis yang

menggunakan nama samaran Pelita Bangsa,” ujar Encik Jonid lagi.

“Kalau tak salah saya dia banyak menulis puisi-puisi mengenai

perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman

penjajah British. Dan saya sendiri amat meminati puisi-puisi tulisan

beliau. Yang begitu bersemangat sekali apabila kita membacanya,” dia

membalas.

“Benar, Khairil!” Encik Jonid lalu mengangguk-anggukkan kepala.

Apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Khairil itu.

“Saya minta jugak awak menulis cerita mengenai Pelita Bangsa.

Saya yakin. Kedua-dua cerita ini pasti mendapat tempat di hati

14

pembaca. Akhbar terbitan syarikat kita. Saya harap awak dapat

lakukan kedua-dua tugasan ini,” tambahnya lagi.

“Insya-Allah, Encik Jonid!” Khairil sebaliknya membalas dengan

mengangguk-anggukkan kepala.

“Saya akan laksanakan tugas yang Encik Jonid berikan dengan

sebaik mungkin,” dia berikrar.

15

BAB 5

Datin Ziela terhenti daripada menulis. Apabila kedengaran bunyi

telefon di biliknya. Dia kemudiannya pantas mencapai gagang telefon.

Untuk menjawab panggilan itu.

“Hello!” katanya.

“Hello, datin. Puan Aina dah sampai,” ucap Rohana pembantu

peribadinya. Orangnya kecil molek dan masih muda lagi. Berusia

dalam lingkungan awal 20-an.

“Baiklah! Suruh dia masuk!” arah Datin Ziela.

“Baik, datin!” balas Rohana dengan pantas dan meletakkan

semula gagang telefon di tempat asal.

Dia kemudiannya berdiri dan menuju ke arah Aina. Yang duduk

di atas kerusi sofa.

“Puan Aina …!” dia bersuara dengan penuh hormat. Senyuman

juga terukir di wajahnya.

16

“Datin suruh masuk. Silakan!” tambahnya lagi.

“Terima kasih!” Aina sebaliknya membalas dan bingkas bangun.

Mengikut Rohana menuju ke pintu bilik Datin Ziela. Rohana

kemudiannya lalu membuka pintu bilik.

“Assalamualaikum, datin!” Aina memberi salam. Sebaik-baik

sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Datin Ziela.

“Waalaikumsalam!” sambut Datin Ziela.

“Aina, jemput duduk,” pelawanya lagi. Sambil bersalaman

dengan Aina.

“Terima kasih, datin!” Aina menjawab. Dan kemudiannya duduk

di atas kerusi antik. Yang terdapat di dalam bilik Datin Ziela.

“Aina …!” panggil Datin Ziela. Dalam nada suara yang berbunyi

lembut. Sambil mendongakkan kepala tinggi sedikit. Memandang

Rohana yang masih lagi tercegat berdiri. Di sisi pintu.

“Ya, datin,” balasnya.

17

“Tolong buat minuman, ya,” pinta Datin Ziela.

“Baik, datin!” sahut Rohana pula sebaliknya. Sambil

mengangguk-anggukkan kepala. Dan menutup pintu bilik.

“Datin kata ada perkara penting nak bincang dengan saya.”

Nada suara Aina tenggelam bersama deruan alat penghawa dingin.

Yang mengepung seluruh ruang bilik Datin Ziela.

“Berkenaan dengan kegiatan amal persatuan kita. Kita mesti

gerakkan banyak aktiviti dan program. Untuk membantu golongan

yang kurang bernasib baik,” jelasnya pada Aina.

“Saya dah sediakan kertas kerja. Untuk memastikan persatuan

kita sentiasa padat dengan kerja-kerja amal. Saya akan bentangkan

kepada ahli-ahli persatuan. Dalam mesyuarat yang akan datang,”

terang Aina pula sebaliknya.

“Baguslah macam tu, Aina!” Datin Ziela yang memakai tudung

berwarna daun hijau muda dan berbaju kurung berwarna merah hati

pantas mengangguk-anggukkan kepala. Apabila mendengar jawapan.

Yang diberikan oleh Aina.

18

“Siapa lagi yang nak membantu mereka. Kalau bukan kita.

Sebagai golongan yang bernasib baik. Yang dikurniakan oleh Tuhan,”

sambungnya lagi.

“Kita seharusnya bersyukur, datin. Dapat menikmati kehidupan

yang baik dan sempurna segala-galanya,” Aina mencelah.

“Sama-samalah kita berdoa. Semoga usaha murni yang kita

lakukan ini akan diberkati oleh Allah SWT,” tambah Datin Ziela.

“Insya-Allah, datin!” angguk Aina dengan pantas.

Perbualan rancak antara Datin Ziela dan Aina lalu terhenti.

Apabila kedengaran bunyi pintu bilik diketuk orang.

“Masuk” Datin Ziela bersuara.

Pintu lantas terbuka. Rohana muncul sambil membawa dulang

yang berisi minuman. Dua cawan air teh ‘o’. Dia kemudiannya lalu

perlahan-lahan meletakkannya di atas meja.

“Hah, Aina. Jemput minum!” pelawa Datin Ziela.

19

“Terima kasih, datin!” dia membalas.

20

BAB 6

Suasana malam dipecahkan dengan sorak-sorai sekumpulan

remaja. Yang merayakan kejayaan mereka. Memenangi perlumbaan

haram. Khairil lalu menghampiri salah seorang daripada mereka.

“Dik …!” tegur Khairil. Dalam bunyi nada suara yang perlahan

tetapi jelas.

Cahaya lampu jalan jelas kelihatan terang-benderang. Menerangi

seluruh kawasan di belakang deretan bangunan-bangunan kedai.

“Ada apa, bang?” dia menyoal. Sambil mengangkat kepala

tinggi. Melihat muka Khairil. Yang jelas kelihatan di bawah cahaya

lampu.

“Boleh abang tahu nama adik?” Khairil bertanya.

“Rahim!” di menjawab pendek.

“Panggil Im aje. Kenapa?” Sekali lagi dia mengangkat kepala

tinggi.

21

“Nama abang Khairil. Abang wartawan dari akhbar Cahaya Suci.”

Dia memperkenalkan diri.

“Wartawan?” Rahim berasa amat hairan dan terkejut. Apabila

mengetahui yang kerja Khairil adalah mencari cerita. Untuk dimuatkan

dalam akhbar.

“Abang sebenarnya nak buat kisah tentang adik,” dia berterus

terang.

“Kisah tentang saya?” Dia semakin terkejut. Mendengar apa

yang dikatakan oleh Khairil itu.

“Ya!” Khairil menjawab dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Abang nak tulis tentang kisah Im terlibat dalam kegiatan

merempit,” dia menambah lagi.

“Sudah!” Rahim sebaliknya membalas dalam nada suara yang

berbunyi marah. Bila mendengar kata-kata Khairil itu.

“Buang masa aje!” dia mengherdik Khairil.

22

Rasa marah semakin menebal. Di wajahnya yang masih lagi

muda itu.

“Im …. Im nanti dulu …. Im …!” Khairil cuba menahannya.

Namun tidak diendahkan oleh Rahim. Dia kemudiannya lalu

menghidupkan enjin motosikal. Dan pantas berlalu pergi dari situ.

23

BAB 7

Matahari semakin meninggi di kaki langit. Angin yang datang

dari arah bukit-bukau yang subur menghijau melagukan irama sepoi-

sepoi bahasa.

Pohon-pohon hijau meliuk-liuk. Adaketikanya ke kanan.

Adaketikanya ke kiri. Mengikut rentak tarian angin.

Daun-daun kedengaran bagai bernyanyi-nyanyi. Apabila

bergeseran di antara satu sama lain. Dihembus angin yang bertiup

nyaman dan dingin. Jiwa yang dilanda duka jadi terhibur. Pabila

mendengarnya.

Kampung Tanjung Buluh. Penuh dengan ketenangan dan

kedamaian. Di sinilah tinggalnya Pelita Bangsa. Atau nama sebenarnya

Abdul Rahman bin Osman. Seorang penulis dan pejuang kemerdekaan

tanah air.

“Khairil nak buat cerita tentang saya?” tanya Pelita Bangsa.

24

Wajahnya semakin dimamah tua. Seperti usianya. Rambutnya

dipenuhi dengan uban memutih. Sesekali dia terbatuk-batuk kecil.

“Ya, Pak Rahman!” angguk Khairil dengan pantas.

“Saya amat meminati puisi-puisi perjuangan kemerdekaan tanah

air. Tulisan Pak Rahman. Atas nama Pelita Bangsa. Sewajarnyalah

masyarakat hari ini mengenang jasa yang ditaburkan oleh Pak

Rahman,” sambungnya lagi.

“Pak Rahman tak harapkan semua itu.” Dia memandang dalam-

dalam muka Khairil.

Pohon nyiur yang tumbuh di halaman rumah Pak Rahman bagai

menari-nari. Apabila ditiup angin yang sudah bertukar rentak menjadi

kencang. Dengan tiba-tiba. Desiran pelepah nyiur yang turut disapu

hembusan angina jelas kedengaran. Memecahkan suasana.

“Pak Rahman berjuang atas semangat cintakan tanah air,”

ujarnya lagi pada Khairil.

25

Tak lama kemudian muncul isteri Pak Rahman dari dapur. Sambil

membawa dulang yang berisi minuman. Dua cawan air kopi ‘o’. Dan

sepinggan goreng pisang nangka. Yang masih panas lagi.

Asap nipis air kopi ‘o’ dan goreng pisang nangka jelas kelihatan

teroleng-oleng naik ke atas. Kemudian lalu menghilang.

“Khairil! Kenalkan ni Mak Bedah. Isteri Pak Rahman,” dia

bersuara.

“Apa khabar, Mak Bedah?” Khairil memandang wajah Mak

Bedah.

“Alhamdulillah. Baik!” Mak Bedah menjawab sambil

mengangguk-anggukkan kepala. Air kopi dan goreng pisang nangka

lalu perlahan-lahan diletakkannya di atas meja.

“Khairil jemputlah minum,” pelawa Mak Bedah pula.

“Terima kasih, Mak Bedah,” sambut Khairil.

Mak Bedah kemudiannya masuk ke dalam semula. Dengan

membawa dulang yang kosong.

26

“Hah, Khairil!” Pak Rahman mengangkat kepala tinggi sedikit.

Memandang Khairil yang duduk berhadapan dengannya.

“Jemputlah minum!” katanya lagi.

Mereka lalu sama-sama menikmati hidangan yang masih lagi

panas itu sambil berbual-bual.

27

BAB 8

Khairil menelefon Aina. Dia mengajak keluar makan tengah hari

bersama. Aina menerima pelawaannya dengan rasa senang hati.

Tempat yang menjadi pilihan mereka untuk menjamu selera

adalah Seri Menanti.

Selain daripada terkenal dengan nasi lemak rendang ayam

Minang Restoran Seri Menanti juga terkenal dengan makanan

tradisional Negeri Sembilan. Antaranya gulai daging salai dengan

bacang, rendang ayam kampung dengan daun puding, ikan sembilang

goreng berlada, gulai telur itik dengan belimbing buluh, sambal

tempoyak daun kayu, sambal gesek dan bermacam-macam lagi.

Manakala minuman yang menjadi pilihan pelanggan yang

berkunjung ke restoran ini ialah Air Janda Pulang. Air ini adalah

campuran kelapa muda dengan gula enau. Minuman ini adalah

28

minuman tradisional Negeri Sembilan. Pengusaha Restoran Seri

Menanti adalah Encik Nordin. Beliau berasal dari Seri Menanti. Yang

terletak di Negeri Sembilan.

Seperti yang dijanjikan Khairil dan Aina pun berjumpa di

Restoran Seri Menanti. Tepat pukul 1.00 tengah hari. Seluruh ruang

restoran dipenuhi dengan pelanggan yang ramai.

Memang Restoran Seri Menanti menjadi pilihan pelanggan. Untuk

menjamu selera pada tengah hari. Menikmati keenakan makanan

tradisional Negeri Sembilan. Tambahan pula harganya juga

berpatutan. Sambil menikmati hidangan makanan dan minuman Khairil

dan Aina rancak berbual-bual.

“Kau buat cerita apa sekarang?” dia menyoal Khairil.

“Remaja yang terlibat dengan kegiatan merempit. Dan penulis

yang bernama Pelita Bangsa. Juga seorang pejuang kemerdekaan

tanah air,” jelas Khairil pada Aina.

“Jadi, kau dah dapat kedua-dua cerita tu?” tanya Aina dengan

rasa penuh minat.

29

Air sirap bandung dalam gelas dikacau-kacaunya dengan straw.

Kemudian dia melekatkan straw pada bibirnya yang merah bak delima

itu. Dan seterusnya menyedut minuman. Yang dipesannya.

“Dah!” balas Khairil dengan cepat. Dan menagngguk-anggukkan

kepala.

Nasi dengan gulai daging salai campur bacang digaulnya dengan

sudu. Kemudian lalu disuapnya ke dalam mulut.

“Tapi ada masalah …,” tambahnya lagi.

“Masalah apa pulak?” Aina yang begitu berminat untuk

mengetahuinya pantas mencelah.

“Remaja yang terlibat dalam kegiatan merempit tu Rahim

namanya. Dia mengelak dan marah apabila ditemuramah,” jelas Khairil

pula sebaliknya.

“Kenapa jadi macam tu?” dia tak henti-henti menyoal. Sambil

mendongakkan kepala tinggi sedikit. Memandang Khairil yang

memakai baju t-shirt yang berwarna merah putih. Dan tertera

perkataan Cahaya Suci pada sebelah kiri. Berserta dengan logo.

30

“Entahlah …!” jawab Khairil sambil menggeleng-geleng lemah

dan terus menjamah hidangan.

“Tapi aku yakin. Aku akhirnya akan dapat cerita daripada dia.

Kenapa dia terlibat dengan kegiatan merempit,” sambungnya lagi.

“Kau yakin dia akan berubah. Apabila kau dapat mendekati dia?”

Kata-kata yang tiba-tiba dikeluarkan oleh Aina pada Khairil.

“Insya-Allah!” angguknya.

“Kalau sentiasa diberi nasihat aku percaya dia akan kembali

semula ke pangkal jalan,” yakin Khairil pula. Sebagai jawapan. Kepada

soalan Aina itu.

“Macam mana pulak dengan Pelita Bangsa?” tanyanya tak putus-

putus pada Khairil.

Di wajahnya yang ayu dan jelita itu jelas kelihatan rasa ingin

tahu. Akan kedua-dua cerita. Yang perlu dibuat oleh Khairil. Untuk

dimuatkan dalam akhbar Cahaya Suci. Sebagai sumber maklumat

kepada para pembaca. Tanpa mengira peringkat dan lapisan.

31

“Dia seorang yang suka merendah diri. Tidak mahu dikenali.

Mahu terus berjuang dengan puisi-puisi yang berunsurkan patriotisme.

Demi tanah air yang tercinta,” Khairil membalas.

Di luar awan hitam nampak semakin tebal. Tak lama kemudian

hujan pun turun dengan lebatnya.

32

BAB 9

Dari jauh kelihatan seorang lelaki bernama Jeffri. Kelihatannya

sedang menunggu seseorang.

Sesekali dia melihat jam di tangan. Kemudian dia menoleh ke

kanan. Dan menoleh ke kiri. Namun orang yang ditunggu tak kunjung

tiba.

Dia lalu mengeluh sendirian. Kerana sudah lama menunggu.

Macam menunggu buah tak gugur rasanya! Detik hati kecilnya. Bagi

menghilangkan rasa bosan dia mengeluarkan kotak rokok daripada

dalam bajunya.

Penutup kotak rokok lalu segera dibukanya. Dan mengambil

sebatang rokok. Yang kemudiannya dijepit pada bibir.

Dia kemudiannya lalu mengambil pemetik api. Dari dalam

bajunya dan segera menyucuhkan api pada rokok yang melekat di

33

bibirnya yang hitam itu. Kesan daripada tabiatnya. Yang kuat merokok

di mana boleh membahayakan kesihatan.

Kotak rokok dan pemetik api kemudiannya lalu dimasukkan

semula ke dalam baju.

Rokok lalu disedutnya. Asap pantas dihembusnya keluar. Melalui

hidung dan mulutnya. Berkepul-kepul kelihatan asap memutih.

Kemudian terus menghilang.

Sambil menghisap rokok dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Untuk

melihat kedatangan orang yang dinanti.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi enjin motosikal. Orang

yang dinantinya telah pun tiba. Jeffri lalu berhenti daripada menghisap

rokok. Puntung rokok lantas dibuangnya di atas jalan dan dipijaknya.

Sehingga hancur.

“Kenapa lambat sangat? Lama aku tunggu tahu tak?” rungut

Jeffri. Sebaik-baik sahaja Rahim berhenti di depannya. Enjin motosikal

pantas dimatikannya. Topi keledar yang menutupi kepalanya juga

dibukanya.

34

“Maaflah, Abang Jeffri. Saya adahal tadi,” terangnya.

“Malam ni aku nak kau dengan kawan-kawan kau menang.

Pertaruhannya besar,” jelas Jeffri pada Rahim. Yang berbadan kurus.

Berambut pacak dan tegak. Serta memakai jaket kulit tebal. Berwarna

hitam.

“Abang bertaruh dengan siapa?” Rahim yang masih lagi duduk di

atas motosikal pantas mencelah.

“Siapa lagi kalau bukan Simon,” jawabnya pula.

“Jadi, saya dan kawan-kawan akan berentap dengan Roy dan

kuncu-kuncunya?” Rahim mengangkat kepala sambil menyoal Jeffri.

“Tapi aku yakin!” dia sebaliknya menjawab. Sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

“Musuh ketat kau tu taklah sehebat mana. Kau dan kawan-

kawan kau akan menang malam ni. Kau dan kawan-kawan kau akan

dapat ganjaran lumayan. Lebih dua kali ganda. Daripada hadiah

perlumbaan sebelum ni!” Jeffri memberi kata-kata perangsang dan

menepuk-nepuk bahu Rahim.

35

“Baiklah, bang!” sahut Rahim dengan cepat sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Saya dan kawan-kawan akan pastikan Abang Jeffri menang

malam ni!” janjinya pada Jeffri.

“Bagus!” Rasa kegembiraan jelas terbayang di wajahnya. Apabila

mendengar kata-kata Rahim itu.

“Kalau macam tu aku pergi dulu. Ingat! Malam ni tepat pukul

12.00. Kita jumpa di tempat biasa,” tambah Jeffri lagi.

Rahim sebaliknya hanya mengangguk diam. Apabila mendengar

kata-kata Jeffri itu.

Jeffri kemudiannya pantas berlalu pergi dari situ. Dengan kereta

mewah Mercedes Benz. Yang dibelinya hasil daripada wang pertaruhan

lumba haram. Rahim dan kawan-kawannya.

36

BAB 10

Simon. Orangnya berbadan gempal. Berkepala botak dan

berwajah bengis. Bermisai tebal. Sungguh menggerunkan kepada

sesiapa yang melihatnya.

“Inilah peluang untuk kau membalas dendam. Pada Rahim.

Musuh ketat kau!” kata Simon.

Mendengar saja nama Rahim pantas menjadikan Roy berasa

marah bercampur geram. Dia sering kalah kepada Rahim. Dalam

perlumbaan haram.

“Aku akan pastikan kau kalah kali ni, Rahim!” Roy mengeluarkan

nada suara yang berbunyi keras.

“Bagus!” Simon sebaliknya menyambut dengan anggukkan

kepala. Bila mendengar kata-kata Roy itu.

Dalam fikirannya sudah terbayang akan memperolehi wang yang

banyak. Jika Roy dan kawan-kawannya menang dalam perlumbaan

malam ini. Barulah Jeffri tahu. Siapa dia yang sebenarnya.

37

“Kalau menang nanti kau dan kawan-kawan bukan saja akan

mendapat wang yang banyak. Malahan juga aku akan berikan

perempuan dan bekalan dadah yang percuma.” Itulah janji Simon pada

Roy.

“Ok!” Dengan pantas Roy mengangguk-anggukkan kepala.

Sebaik-baik sahaja mendengar habuan yang dijanjikan oleh Simon itu.

“Aku dan kawan-kawan akan pastikan menang malam ni!”

sambungnya lagi. Sambil menggenggam erat tangan kanannya.

Kawan-kawan Roy kelihatan sedang khayal menghisap dadah.

Ada yang sedang meminum arak. Rumah ini menjadi tempat

keruntuhan akhlak sekumpulan remaja. Ia adalah ibarat penyakit yang

merbahaya. Perlu dicegah dengan segera.

38

BAB 11

Seperti yang dijanjikan Rahim dan Roy berserta dengan kawan-

kawannya pun bertemu di tempat yang telah ditetapkan.

Jeffri dan Simon juga berada di situ. Untuk melihat Rahim dan

Roy dengan kawan-kawannya bertarung. Dalam perlumbaan haram.

“Kita tengok nanti. Siapa yang lebih hebat!” Simon bersuara

dengan rasa penuh bongkak dan angkuh. Sambil mengangkat kepala

dengan setinggi-tingginya. Memandang Jeffri yang berdiri di

sebelahnya.

Jeffri sebaliknya tidak menjawab. Dia hanya memeluk tubuh.

Sambil melihat Rahim dan kawan-kawannya. Yang kelihatan bersiap

sedia untuk bertarung. Dengan Roy dan kawan-kawannya.

Dalam hati kecilnya tetap yakin. Yang Rahim dan kawan-

kawannya akan memenangi pertarungan ini.

Beberapa orang remaja wanita juga memberi sokongan kepada

Rahim dan Roy berserta dengan kawan-kawannya.

39

Salah seorang daripada mereka pun melepaskan perlumbaan.

Suasana malam pantas dipecahkan dengan bunyi bingit enjin

motosikal. Pertarungan ini akhirnya dimenangi oleh Rahim dan kawan-

kawannya.

“Tak apa!” angguk Simon.

“Malam ni kau menang lagi. Tapi ingat. Dalam pertarungan yang

akan datang aku akan pastikan yang kau akan kecundang!” katanya

lagi. Dalam nada suara yang berbunyi keras.

Rasa tidak puashati juga jelas kelihatan di wajahnya. Namun

Jeffri sedikit pun tidak berasa gentar. Apabila melihatnya.

“Sudahlah!” Jeffri sebaliknya pantas mencelah.

“Kalau dah kalah tu buatlah cara dah kalah. Hah! Aku kan dah

menang. Kau tunggu apalagi. Bagilah cepat wang tu!” desaknya lagi.

Serta-merta telinga Simon menjadi panas. Bila mendengar kata-

kata yang dikeluarkan oleh seterunya itu.

40

“Nah!” Simon lalu menghulurkan wang pertaruhan kepada Jeffri.

Wajah Jeffri dipandangnya seolah-olah mahu ditelannya hidup-hidup.

Kerana berasa marah. Kalah kepada Jeffri dalam pertaruhan

perlumbaan haram. Antara Rahim dan Roy. Juga berserta dengan

kawan-kawannya.

Jeffri pantas menyambut wang yang dihulurkan oleh Simon itu.

Kemudian lalu dikiranya. Cukup.

“Tengok ni. Kita menang!” Jeffri menunjukkan wang kepada

Rahim dan kawan-kawannya.

Lantas kedengaran sorakan gembira Rahim dan kawan-

kawannya. Kedengaran bergema memecah suasana malam yang

hening.

“Aku tetap dendam dengan kau, Rahim. Ingat. Satu hari nanti

kau akan tahu. Siapa Roy yang sebenarnya!” Dia memberikan amaran

keras pada Rahim. Sambil menudingkan jari telunjuk tangan kanannya

ke arah muka Rahim.

41

“Sudahlah!” Rahim yang berdiri berhadapan dengannya lalu

menjawab. Sambil mengangkat kepala. Melihat muka musuh ketatnya

itu.

“Kau ingat aku takut ke, hah? Hei, lebih baik kau berambus dari

sini!” dia menambah lagi.

Kata-kata yang dikeluarkan oleh Rahim itu lalu disambut dengan

ejekan oleh kawan-kawannya. Terhadap Roy dan kawan-kawannya

yang kalah. Dalam perlumbaan pada malam ini.

Keadaan menjadi semakin panas dan tegang. Darah muda Rahim

dan Roy berserta dengan kawan-kawannya semakin menggelegak.

Macam air yang dimasak. Boleh mencetuskan pergaduhan. Namun

cepat ditenangkan oleh Simon.

“Sudah! Mari kita pergi!” Dia mengajak Roy dan kawan-

kawannya berlalu pergi dari situ.

Roy dan kawan-kawannya menurut saja arahan Simon itu. Lalu

meninggalkan tempat itu dengan rasa marah dan tidak puashati.

Akibat kalah kepada Rahim dan kawan-kawannya.

42

Sebaik-baik sahaja kelibat Simon, Roy dan kawan-kawannya

hilang daripada pandangan mata Jeffri lalu mengagihkan habuan yang

dijanjikan kepada Rahim dan kawan-kawannya.

BAB 12

Cuaca cerah jelas kelihatan menyinari suasana di Kampung

Tanjung Buluh. Desiran angin yang datang dari arah bukit berhadapan

dengan rumah Pak Rahman membangkitkan rasa nyaman dan dingin.

“Bila Pak Rahman mula menulis?” Khairil bertanya. Sambil

tangannya memegang pen dan buku. Untuk mencatat jawapan Pak

Rahman. Pada soalan yang diberikannya itu.

“Hidup menderita di bawah payung penjajah telah

membangkitkan semangat Pak Rahman. Untuk berjuang melalui

tulisan. Demi membela nasib agama, bangsa dan negara,” dia

menjawab. Dengan rasa penuh semangat.

“Saya dapati tema puisi-puisi yang Pak Rahman tulis banyak

tentang kesengsaraan hidup petani di zaman penjajah. Antaranya

dalam puisi yang bertajuk Berendam Air Mata,” Khairil pantas

mencelah.

43

“Pak Rahman menulis berdasarkan kepada pengalaman hidup

Pak Rahman sendiri. Latar belakang keluarga Pak Rahman adalah

petani. Penjajah sering menindas dan menjadikan golongan petani

seperti hamba di tanah sendiri. Untuk mereka hidup senang. Jadi, Pak

Rahman tiupkan semangat rakyat melalui puisi itu. Agar bangkit

menentang penjajah,” dia sebaliknya membalas dengan panjang lebar.

“Pernah tak Pak Rahman ditahan oleh penjajah kerana tulisan

itu?” soal Khairil lagi. Dengan rasa penuh minat. Sambil memandang

Pak Rahman. Yang duduk di atas kerusi. Berhadapan dengannya.

“Itu sudah menjadi lumrah kepada orang yang berjuang untuk

mendapatkan kemerdekaan. Walaupun dianggap penderhaka oleh

pemerintah pada ketika itu. Namun Pak Rahman tak pernah patah

semangat dan berasa gentar. Malahan makin menaikkan semangat

Pak Rahman untuk terus berjuang. Jawapan yang diberikannya pada

pertanyaan Khairil itu.

“Saya dapati banyak puisi-puisi tulisan Pak Rahman mendapat

tempat di akhbar-akhbar Melayu pada ketika itu,” tambah Khairil lagi.

44

“Jauh sekali di sanubari hati Pak Rahman untuk menjadi

terkenal!” dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Menulis pun tak dapat bayaran. Begitu juga dengan anugerah.

Macam zaman sekarang. Cukuplah dengan sekadar kepuasan apabila

melihat rakyat di Tanah Melayu bersatu. Untuk mendapatkan

kemerdekaan daripada penjajah British,” sambung Pak Rahman.

45

BAB 13

Aina menerima panggilan telefon daripada seorang gadis remaja.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sofia.

Katanya dia ingin memohon pertolongan daripada Aina. Aina

menetapkan tempat untuk mereka berjumpa di Restoran Kampung

Pandan. Dalam hati Aina tertanya-tanya. Siapakah gadis ini?

Pertolongan apakah yang diperlukannya?

Seperti yang dijanjikan tepat pada pukul 10.00 pagi Aina dan

gadis yang bernama Sofia itu lalu bertemu di Restoran Kampung

Pandan.

Setibanya di restoran pelayan pantas menghampiri mereka

untuk mengambil pesanan. Aina memesan minuman kegemarannya

iaitu air sirap bandung. Manakala Sofia pula memesan air ‘coke’.

46

“Saya dapat nombor telefon akak daripada pejabat Persatuan

Amal Kasih. Saya benar-benar harap sangat akak dapat tolong saya

…,” dia terhenti.

Dari raut wajahnya jelas kelihatan. Amat berat untuk dia

meneruskan kata-kata. Sungguh berat masalah yang ditanggungnya.

“Ceritakanlah, dik. Apa sebenarnya masalah adik. Akak sedia

mendengarnya,” Aina berkata. Sambil memandang dalam-dalam

wajah Sofia. Yang sedang diulit oleh masalah yang sangat besar. Kalau

digambarkan adalah ibarat memikul ketul-ketul batu yang banyak.

Dengan serta-merta rasa kepiluan yang teramat sangat jelas

nampak di wajahnya yang ayu dan cantik itu.

“Saya sebenarnya ….” Sekali lagi dia terhenti. Semakin sukar

untuk dia berkata-kata. Serentak dengan itu juga kedua-dua biji

matanya nampak berkaca. Digenangi dengan air.

“Dik …. Cakaplah pada akak. Apa yang sebenarnya telah terjadi

pada adik …,” pujuk Aina dengan lembut. Sambil tangan kanannya

memegang tangan kiri Sofia. Untuk mententeramkannya. Yang kini

sedang dilanda kesedihan.

47

“Saya telah terlanjur dengan seorang lelaki bernama Roy.

Sekarang saya sedang mengandung dua bulan …,” jelasnya pada Aina.

Bersama dengan linangan air mata yang deras membasahi pipinya.

Yang putih dan gebu itu.

“Adik beritahu tak perkara ni pada Roy?” Aina sebaliknya pantas

memotong. Sebaik-baik sahaja mengetahui masalah sebenar. Yang

sedang dihadapi oleh Sofia.

Sofia hanya mendiamkan diri. Kemudian perlahan-lahan dia

menundukkan kepala ke bawah. Semakin banyak airmatanya tumpah.

Kesedihan …. Itulah yang sedang kuat mengocak di jiwanya. Amat

sukar untuk dia memadamkannya.

Kemudian perlahan-lahan Sofia mengangkat mukanya semula.

Melihat Aina yang duduk berhadapan dengannya. Sambil kelihatan

dengan sabar. Menunggu jawapan. Yang akan diberikan olehnya.

Air mata Sofia semakin mengalir lebat. Membasahi pipinya.

Seperti hujan yang turun membasahi bumi.

48

“Saya benar-benar kecewa dengan Roy …!” Sofia sebaliknya

menggeleng lemah.

“Dia tak mahu bertanggungjawab dalam perkara ni. Dia suruh

saya gugurkan saja kandungan ni. Tapi saya tak mahu …,”

sambungnya lagi. Dalam nada suara yang berbunyi perlahan. Namun

jelas dapat didengar oleh Aina.

“Kerana dia tak berdosa. Saya benar-benar menyesal, kak.

Dengan apa yang telah terjadi …,” dia menambah. Dalam nada suara

yang terputus-putus. Amat sukar bagi dia. Untuk menahan rasa pilu

yang kuat mencengkam di jiwanya.

“Macam mana pulak dengan ayah dan ibu adik? Mereka tahu ke

perkara ni?” Aina mengangkat kepala tinggi sedikit. Merenung wajah

Sofia. Yang kelihatan sedang dirundung dengan kesedihan.

Bila mendengar saja Aina bertanya tentang ayah dan ibunya

rasa hiba semakin kuat menendang-nendang di hatinya.

“Saya sebenarnya anak yatim piatu, kak. Hidup sebatang kara.

Pada siapa lagi saya nak mengadu ….” Dia terus menangis tersesak-

esak.

49

Aina benar-benar berasa simpati dengan nasib malang yang

telah menimpa gadis remaja ini.

“Sabarlah, dik. Semua ini adalah dugaan daripada Tuhan. Yang

harus adik terima. Akak berjanji. Akan berusaha sedaya upaya untuk

membantu adik,” Aina bersuara.

Di luar hujan turun renyai-renyai. Seolah-olah turut

menghulurkan rasa simpati. Dengan kisah sedih yang telah terjadi

pada diri Sofia.

50

BAB 14

Rahim pantas menoleh ke belakang. Apabila mendengar bunyi

suara orang. Memanggil namanya.

“Kau lagi …!” keluhnya. Bila melihat Khairil. Yang memanggil

namanya.

Wajah Rahim juga berkerut. Sebagai tanda bosan. Sebaik-baik

sahaja Khairil mengatur langkah menghampirinya.

“Im …,” dia bersuara.

“Hei! Apalagi kau nak ni?” Rahim pantas memotong.

“Kenapa Im mengisi usia muda Im dengan kegiatan merempit?

Im tahu, kan. Ia salah di sisi undang-undang. Dan membahayakan

keselamatan diri Im. Termasuk pengguna jalan raya yang lain,” nasihat

Khairil pula sebaliknya dengan panjang lebar.

51

Serta-merta Rahim ketawa terbahak-bahak. Apabila mendengar

apa yang dikatakan oleh Khairil itu. Seolah-olah ia adalah satu

kelucuan baginya.

“Apa kau cakap ni, hah?” Dia mengangkat kepala tinggi. Melihat

muka Khairil. Dalam kesamaran malam yang diterangi dengan cahaya

lampu jalan. Di belakang bangunan kedai. Tempat Rahim dan kawan-

kawannya berkumpul.

“Kisah Im ni menarik untuk dibaca oleh masyarakat. Jadi, Im

ceritakanlah pada abang. Mengapa Im memilih gejala yang tidak sihat

ini? Sedangkan banyak lagi perkara berfaedah. Yang boleh Im buat,”

Khairil menambah lagi.

“Jadi, kau nak tahu sangatlah kenapa aku jadi begini, ya?” dia

menyoal.

“Ceritakanlah, Im. Abang sedia mendengarnya. Anggaplah abang

ni macam abang Im sendiri,” sambut Khairil.

“Baiklah!” Rahim mengangguk-anggukkan kepala dengan

pantas. Apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Khairil itu. Yang

kelihatan bersedia dengan pen dan buku. Untuk mencatit apa yang

akan diceritakan oleh Rahim.

52

“Jawapannya mudah saja. Itu aku punya suka la. Apa kau peduli.

Sudah. Malas aku nak layan kau!” tengkingnya.

Khairil sebaliknya hanya mendiamkan diri saja. Rahim

kemudiannya lalu menyarungkan topi keledar di kepalanya. Dan

menghidupkan enjin motosikal. Pantas berlalu pergi dari situ.

Dari jendela kaca di bilik Datin Ziela jelas kelihatan cuaca cerah

memayungi seluruh bandar raya Kuala Lumpur. Yang dikelilingi dengan

bangunan-bangunan tinggi menjulang. Sehingga mencakar langit.

Kisah sedih yang menimpa ke atas diri Sofia lalu diceritakan oleh

Aina kepada Datin Ziela.

“Sungguh malang nasibnya ….” Datin Ziela mengeluarkan nada

suara yang berbunyi lemah. Menghulurkan rasa simpati. Terhadap apa

yang telah terjadi. Ke atas diri Sofia.

“Syukurlah. Kerana dia tidak menggugurkan kandungan itu,”

celah Aina pula.

“Kita mesti bantu dia. Kita mesti beri dia semangat. Untuk terus

hidup,” ujar Datin Ziela.

53

“Saya nak ajak dia tinggal bersama dengan saya,” Aina berkata.

“Eloklah tu, Aina. Lagipun dia tak ada keluarga. Pada siapa lagi

dia nak bergantung.” Datin Ziela menyokong hasrat Aina itu.

Aina lalu berjumpa dengan Sofia. Untuk menyatakan hasratnya.

Mengajak Sofia untuk tinggal bersama dengannya. Tapi Sofia berasa

amat keberatan. Untuk menerima pelawaan Aina itu.

“Tak apalah, kak. Buat susah akak aje nanti,” Sofia menolak.

“Akak ikhlas, dik. Akak dah anggap adik ni macam adik akak

sendiri,” ucapnya pada Sofia.

“Terima kasih ajelah, kak. Nanti buat malu akak aje. Bawa

tinggal orang macam saya,” Sofia menambah.

“Bagi akak tak ada yang nak dimalukan. Tinggal sajalah bersama

dengan kakak. Bila Sofia bersalin nanti akak boleh jaga Sofia,” Aina

bersuara.

54

Mendengarkan saja kata-kata Aina itu lantas membuatkan Sofia

berasa hiba.

“Kak …!” Sofia lantas mengeluarkan nada suara yang berbunyi

hiba.

Dia kemudiannya lalu memeluk Aina. Aina pula sebaliknya

membalas dengan pelukan erat. Macam rasa kasih seorang kakak.

Pada adik kandungnya sendiri.

Bahu Aina basah dengan tumpahan titis-titis air mata Sofia.

Begitu juga dengan Aina. Yang turut mengalirkan air mata kesedihan.

Dikongsi bersama dengan Sofia.

55

BAB 15

Aina memberitahu Wardiah untuk membawa Sofia tinggal

bersama dengan mereka. Namun disambut dengan rasa kurang

senang oleh Wardiah.

“Apa kau nak ajak dia tinggal bersama dengan kita?” tanya

Wardiah. Sambil mengangkat kepala tinggi sedikit. Melihat muka Aina.

Yang duduk bertentangan dengannya.

Di luar angin bertiup lembut. Menyapu seluruh kawasan taman

perumahan. Taman Bunga Ros. Tempat Aina dan Wardiah tinggal.

Cuaca cerah sejak dari pagi tadi masih lagi berterusan hingga ke

petang.

Bahang panas matahari jelas terasa. Menghiasi suasana petang.

Awal tebal memutih dan langit biru nampak terang-benderang. Tiada

tanda-tanda hujan akan turun. Rasa panas mungkin berlarutan hingga

ke malam.

56

“Aku bukannya apa, Wardiah. Kesian dengan nasib malang yang

menimpa dirinya,” jelasnya pada Wardiah. Yang memakai baju t-shirt

lengan pendek berwarna putih. Serta berseluar jeans. Berwarna biru

gelap.

Rambutnya yang panjang hitam ikal mayang sehingga mencecah

paras bahu itu kelihatan mengerbang. Kerana tidak diikat.

“Memang la kasihan. Tapi salah dia jugak. Hah! Bila dah berlaku

perkara macam ni siapa yang susah,” bidas Wardiah pula sebaliknya.

Yang jelas menunjukkan rasa tidak bersetuju. Sofia tinggal

serumah dengan dia dan Aina.

“Dia tu anak yatim piatu. Takkan kita nak biarkan nasibnya terus

dirundung malang. Sekurang-kurangnya bila dia tinggal dengan kita

nanti ringanlah sedikit penderitaannya tu.” Aina tetap

mempertahankan pendiriannya. Untuk membawa Sofia tinggal

bersama.

57

Namun begitu Wardiah tetap membantah. Macam perdebatan di

dalam mahkamah. Antara peguamcara dengan peguambela. Bagi

membuktikan yang tertuduh tidak bersalah.

“Tapi dia tu beban bagi kita,” balas Wardiah.

“Beban apa pulak, Wardiah. Tak baik kau cakap macam tu. Kalau

dia dengar dah tentu dia rasa kecil hati,” dia berkata.

Baginya Wardiah tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata

seumpama itu. Dengan menganggap Sofia akan membawa kesusahan.

Bila tinggal bersama dengan mereka.

“Apa tidaknya?” Wardiah mengangkat kepala tinggi sedikit.

Melihat muka Aina. Yang kelihatan diam untuk mendengar apa yang

akan dikatakan oleh teman serumahnya itu. Rasa bantahan terhadap

Aina jelas kelihatan di wajahnya.

“Kau fikirlah, Aina. Dah tentu jadi buah mulut orang-orang di

taman ni. Hei …. Kau tahan ke mendengarnya!” rungut Wardiah lagi.

“Jadi, itulah yang kau risaukan?” dia menyoal Wardiah.

58

“Yalah!” Dengan pantas Wardiah mengangguk-anggukkan

kepala. Bila mendengar pertanyaan Aina itu.

“Mulut tempayan boleh ditutup. Tapi mulut manusia takkan

dapat ditutup,” dia mengingatkan Aina.

“Aku tak kisah semua tu. Biarlah apa orang nak kata. Tapi apa

yang penting aku benar-benar ikhlas nak tolong dia. Itulah jawapan

yang diberikan oleh Aina. Pada Wardiah.

“Terpulanglah pada kau, Aina …!” rengus Wardiah pula

sebaliknya.

Apabila teman serumahnya itu tetap dengan keputusannya

untuk membawa seorang gadis remaja yang bernama Sofia yang telah

mengalami peristiwa yang amat pahit seperti hempedu untuk tinggal

bersama dengan dia dan Aina.

“Kalau apa berlaku nanti aku tak mahu campur!” sambungnya

lagi dengan menggeleng-gelengkan kepala.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi telefon bimbit Aina. Tanpa

berlengah lagi dia pantas menyambut panggilan itu.

59

Panggilan daripada Khairil. Dia mengajak Aina keluar makan

malam. Aina menerima ajakannya dengan rasa senang hati.

Seperti yang dijanjikan selepas menunaikan solat Maghrib Aina

dan Khairil pun bertemu di Restoran Seri Cempaka.

Restoran Seri Cempaka amat terkenal dengan masakan Thai.

Sambil menikmati hidangan yang dipesan Khairil dan Aina rancak

berbual-bual.

“Macam mana, Aina? Kau dah buat keputusan?” tanya Khairil.

“Keputusan apa ni, Ril?” Dia lantas terhenti daripada menyuap

makanan ke dalam mulut.

Rasa terkejut juga serta-merta kelihatan di wajahnya. Bila Khairil

dengan tiba-tiba saja mengeluarkan pertanyaan itu.

“Takkan kau dah lupa. Atau kau sengaja nak mengelak,” ulang

Khairil lagi.

“Cakap ajelah terus terang. Keputusan apa yang kau maksudkan

ni?” desak Aina pula sebaliknya.

60

Khairil berhenti daripada menyuap makanan ke dalam mulut.

Wajah Aina dipandangnya dalam-dalam. Aina nampak tenang. Menanti

apa yang ingin dikatakan oleh bekas kekasihnya itu.

“Tentang lamaran aku,” jelas Khairil.

“Aku rasa tak sesuai kita cakap perkara tu waktu ni!” bantah

Aina dengan menggeleng-gelengkan kepala.

“Aina …!” Dia tidak dapat meneruskan kata-kata.

“Kita bincang aje perkara lain,” potong Aina dengan pantas.

61

BAB 16

Melalui jendela yang terbuka luas di rumah Pak Rahman jelas

kelihatan pohon nyiur yang tumbuh di halaman rumahnya melambai-

lambai apabila ditiup angin. Lambaian itu seolah-olah mengajak

perantau yang mencari rezeki di kota besar bernama Kuala Lumpur

agar pulang bila ada kelapangan.

“Kemerdekaan seharusnya dihayati dengan penuh semangat

oleh anak-anak muda hari ini.” Pak Rahman menghela nafas yang

panjang.

Dari raut wajahnya yang dari sehari ke sehari yang semakin

dimakan tua itu jelas nampak dia sedang memikirkan erti

kemerdekaan yang sebenarnya. Sambil melemparkan pandangan

dengan sejauh-jauhnya. Ke arah bukit-bukau yang subur menghijau.

Yang terletak berhadapan dengan rumahnya.

62

“Tapi apa yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan, Pak

Rahman. Ramai anak-anak muda yang terlibat dengan gejala yang

tidak sihat. Seperti dadah, jenayah, merempit dan bermacam-macam

lagi,” celah Khairil pula dengan tiba-tiba.

“Sungguh memilukan …!” Pak Rahman bernada sayu.

“Negara saja merdeka. Tapi anak-anak bangsanya masih lagi

dijajah dengan keruntuhan akhlak,” sambungnya lagi.

“Mereka mesti diselamatkan. Mereka adalah tiang negara pada

masa depan. Negara akan runtuh. Dan tak mustahil negara akan

dijajah semula. Kalau mereka lemah!” nyata Khairil. Dengan semangat

yang penuh berkobar-kobar.

Pak Rahman terdiam seketika. Apabila mendengar kata-kata

Khairil itu.

Di luar suara angin jelas kedengaran memecah suasana. Yang

penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Di Kampung Tanjung

Buluh.

63

Antara desa dan Bandar mempunyai jurang yang amat dalam.

Ibarat langit dan bumi. Kuala Lumpur. Pesat dengan pembangunan.

Saban hari sibuk dengan kenderaan dan manusia. Dari pagi

sehinggalah ke lewat malam.

Penghuninya berlumba-lumba mengejar kemajuan dan

kesenangan dalam hidup.

Pak Rahman memandang wajah Khairil yang duduk berhadapan

dengannya. Pandangannya itu penuh dengan makna yang tersirat.

“Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan namun sebagai

generasi hari ini mereka seharusnya berjuang mempertahankan

negara ini. Daripada sebarang ancaman musuh negara. Dan

menyumbangkan tenaga muda. Berkorban demi kesejahteraan dan

kemakmuran negara. Sepertimana yang dilakukan oleh pejuang-

pejuang kemerdekaan yang terdahulu,” kata Pak Rahman dengan

penuh semangat. Dan panjang lebar.

Bunyi pohon-pohon dan daun-daun bergoyangan ditiup angin

kencang jelas kedengaran. Seolah-olah menyatakan sokongan. Dengan

apa yang dikatakan oleh seorang nasionalis. Bernama Pak Rahman.

64

Atau terkenal dengan nama pena Pelita Bangsa. Dalam penulisan puisi

kemerdekaan.

Setibanya di rumah Roy, Simon lalu duduk di atas kerusi. Roy

dan kawan-kawannya kelihatan sedang bermain judi.

“Macam mana malam tadi?” Simon menyoal.

“Banyak dapat!” balas Roy sambil menghisap rokok. Dan

menyelak helaian daun terup.

“Kawasan mana yang jadi mangsa?” tanya Simon lagi.

“Taman perumahan Seri Sentosa,” dia menjawab.

“Mana dia barang-barang yang kau dapat?” Simon mengangkat

kepala memandang Roy. Yang asyik bermain daun terup. Bersama

dengan kawan-kawannya.

Roy kemudiannya mengarahkan salah seorang daripada

kawannya untuk membawa keluar barang-barang hasil daripada

kegiatan pecah rumah yang telah mereka lakukan di Taman Seri

Sentosa.

65

Seperti biasa barang-barang ini akan dibahagi dua oleh Simon

dan Roy berserta dengan kawan-kawannya. Bukan saja terlibat dengan

kegiatan lumba haram. Malahan juga Simon telah memperalatkan Roy

dan kawan-kawannya. Dalam kegiatan jenayah. Untuk dia

memperolehi kesenangan dalam hidup.

Sampai sahaja di pejabat Khairil lalu berjumpa dengan Encik

Jonid.

“Macam mana dengan kedua-dua tugasan yang saya berikan

tu?” Encik Jonid bertanya kepada Khairil.

“Alhamdulillah, Encik Jonid!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

Menjawab pertanyaan Encik Jonid itu.

“Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma saya ada cabaran

dengan kisah remaja yang terlibat dengan kegiatan merempit,”

katanya lagi.

“Cabaran apa?” Encik Jonid menyoal dengan rasa penuh minat.

Baginya tentu ada sesuatu yang menarik. Tentang tugasan ini. Yang

akan diberitahu oleh Khairil kepadanya.

66

“Saya dah dapat seorang remaja yang terlibat dengan kegiatan

merempit. Rahim namanya. Tapi dia mengelak dan melenting. Apabila

setiap kali saya ingin menemuramah dia. Tapi saya tak akan berputus

asa. Untuk menulis cerita tentang dia,” Khairil menjawab dengan

panjang lebar.

“Baguslah macam tu!” sambut Encik Jonid pula sebaliknya

dengan pantas. Sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Teruskan usaha awak. Saya yakin. Dengan kesungguhan dan

semangat yang awak tunjukkan awak pasti berjaya dalam tugasan ini,”

Encik Jonid melahirkan rasa keyakinan kepada Khairil.

“Terima kasih, Encik Jonid!” angguknya.

“Kerana memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya.

Saya berjanji. Akan membalas kepercayaan yang Encik Jonid berikan,”

sambungnya lagi.

Khairil kemudiannya lalu meminta diri untuk beredar daripada

bilik Encik Jonid. Kerana banyak lagi tugas. Yang perlu dilakukannya.

67

BAB 17

Malam. Di kaki langit hitam jelas kelihatan bulan dan bintang

bersinar indah. Bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan jelas

kedengaran. Memecah suasana malam yang dingin.

Selepas menunaikan solat Isyak dan menikmati hidangan makan

malam Khairil duduk di anjung rumah. Sambil menikmati angin malam.

Menyusup masuk melalui jendela kayu. Segar dan nyaman. Jelas

terasa menyapu permukaan kulitnya.

“Berapa lama cuti?” ayahnya menyoal. Ketayap putih yang

melekat di kepalanya sama warnanya dengan uban yang memenuhi

rambutnya.

68

“Seminggu, ayah!” jawab Khairil. Yang duduk bersila di atas tikar

mengkuang. Dengan berpakaian baju Melayu. Berwarna biru muda dan

berkain pelikat.

“Kau dah jumpa pengganti isteri kau?” Pertanyaan yang tiba-tiba

saja keluar daripada mulut ibunya.

“Ish! Awak ni. Ke situ pulak perginya!” celah ayahnya dengan

pantas. Sambil menghisap rokok daun dan terbatuk-batuk kecil.

“Yalah, bang. Takkanlah selama-lamanya dia nak hidup sorang.

Yang sudah tu sudahlah. Buat apa dikenang lagi. Kan ramai wanita

yang boleh menggantikan tempat bekas isterinya,” kata ibunya pula.

“Mak! ayah!” Khairil memandang wajah ayah dan ibunya silih

berganti.

“Tak usahlah dirisaukan. Insya-Allah. Kalau diizinkan Tuhan nanti

dapatlah pengganti isteri saya,” dia menambah lagi.

Sofia menangis teresak-esak apabila mengenangkan nasib

malang yang telah menimpa dirinya.

69

“Kenapalah saya ni, kak? Dahlah tak ada ayah dan mak. Jadi

begini pulak …,” rintihnya.

“Sofia …,” pujuk Aina pula sebaliknya dengan lembut.

“Tak baik cakap macam tu. Tuhan tidak suka pada orang yang

mudah berputus asa. Kuatkanlah semangat untuk terus mengharungi

hidup ini.” Dia memberikan kata-kata perangsang kepada Sofia.

“Kenapalah saya ni bodoh sangat, kak. Mudah percaya sangat

pada lelaki. Yang bernama Roy. Sehingga sanggup menggadaikan

maruah diri ….” Dia tak henti-henti menangis.

“Bukan hidup namanya Sofia kalau tidak didatangkan ujian

daripada Tuhan. Setiap yang berlaku kepada kita itu ada hikmah

tersembunyi di sebaliknya,” Aina menambah.

Setelah seminggu bercuti di kampung Khairil pun kembali

semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.

“Ibu kau suruh cari pengganti bekas isteri kau?” Azman

bertanya.

70

“Ya, Man!” angguk Khairil pula sebaliknya.

“Dah tentu Aina pilihan kau, kan?” teka Azman.

“Dia tetap mengelak,” dia menjawab.

“Kenapa?” soal Azman lagi dengan rasa penuh minat.

Dari raut wajahnya jelas kelihatan ingin benar dia mengetahui.

Mengapa Aina menolak lamaran sahabat baiknya itu.

“Entahlah, Man!” dia menggeleng-gelengkan kepala dan menarik

nafas yang panjang.

“Aku sendiri pun tak tahu. Tapi bagi aku jawapannya mudah

saja,” dia menyambung.

“Maksud kau?” potong Azman dengan cepat.

“Mungkin pengalaman pahit yang dilaluinya menyebabkan dia

takut untuk menerima kehadiran seorang yang bernama lelaki dalam

hidupnya,” balas Khairil.

71

BAB 18

Selesai sahaja mesyuarat ahli-ahli Persatuan Amal Kasih pun

beredar meninggalkan bilik mesyuarat yang terdapat di pejabat Datin

Ziela. Tinggal Aina dan Datin Ziela yang masih lagi berada dalam bilik.

“Ana!” panggil Datin Ziela.

“Ya, datin!” sahut Rohana dengan pantas.

“Ambil fail ni. Dan letakkan di atas meja saya.” Dia menyerahkan

fail mesyuarat Persatuan Amal Kasih kepada Rohana.

72

“Baik, datin!” Rohana mengangguk-anggukkan kepala. Dan

pantas menyambut fail yang dihulurkan oleh Datin Ziela itu.

“Pukul berapa temu janji saya dengan Encik Ali dari Syarikat

Kenanga Holdings Sdn. Bhd.?” tanyanya lagi pada Rohana.

“Pukul 2.30 petang, datin!” Rohana membalas.

“Baiklah!” angguk Datin Ziela.

“Awak boleh pergi,” katanya lagi.

“Baik, datin!” Rohana lalu meninggalkan bilik mesyuarat.

“Insya-Allah, datin. Program dan aktiviti persatuan sepertimana

yang kita rancangkan akan berjalan dengan teratur dan baik,” ujar

Aina.

“Mudah-mudahan begitulah, Aina. Terutama dengan lawatan ke

rumah orang-orang tua,” Datin Ziela menambah.

“Hati saya benar-benar tersentuh bila mengenangkan nasib

mereka, datin,” luahnya.

73

“Saya juga begitu, Aina,” celah Datin Ziela.

“Anak yang ramai boleh dijaga oleh ibu bapa. Tapi anak yang

ramai tak boleh menjaga mereka berdua,” sambung Datin Ziela lagi.

“Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Tapi anak-anak tidak menghargai mereka. Sebaliknya anak-anak

tergamak menghantar ibu bapa yang telah bersusah payah

membesarkan mereka hingga berjaya dalam hidup. Ke rumah orang-

orang tua,” Aina bersuara.

“Paling menyedihkan anak-anak menganggap ibu bapa sebagai

beban yang harus mereka tanggung apabila sudah tua.” Itulah

sebabnya kenapa mereka dihantar ke sana,” ucap Datin Ziela.

“Sekurang-kurangnya dengan lawatan persatuan kita nanti akan

menggembirakan hati mereka. Kerana mereka berasa dihargai oleh

kita. Walaupun kita bukan anak mereka,” tambahnya.

Aina kemudiannya memohon diri daripada Datin Ziela. Untuk

pulang semula ke pejabat. Bagi menyudahkan kerja-kerja yang belum

selesai.

74

Simon masih lagi berasa tidak puashati. Kerana kalah kepada

Jeffri. Dalam pertaruhan perlumbaan haram tempoh hari.

Dia lalu berjumpa dengan Jeffri. Untuk mengatur perlumbaan

antara Roy dan Rahim. Berserta dengan kawan-kawan mereka. Jeffri

mahu menebus kekalahannya.

“Aku terima cabaran kau!” Jeffri sebaliknya berkata.

“Kau beri hari dan tempat. Aku beri masa,” dia menambah.

“Malam Sabtu ni. Tempat aku nak tukar. Untuk mengelak

daripada polis,” cadang Jeffri.

“Bagus jugak cadangan kau tu!” angguk Simon dengan cepat.

Sebagai tanda sokongan. Terhadap apa yang dicadangkan oleh musuh

ketatnya itu.

“Di mana?” dia menyoal Jeffri.

“Jalan Bangsar!” Itulah jawapan yang diberikan olehnya.

75

“Baiklah!” Simon membalas dengan mengangguk-anggukkan

kepala.

“Aku setuju. Kita jumpa malam Sabtu ni. Pukul 12.00 malam!”

sambungnya lagi.

Rasa keyakinan yang tinggi jelas nampak di wajah Simon. Yang

dia akan menang dalam pertaruhan pada kali ini.

BAB 19

Suasana petang di Kampung Tanjung Buluh diselubungi cuaca

redup bersama dengan iringan angin yang bertiup dalam nada

perlahan.

“Saya benar-benar kagum dengan Pak Rahman. Dalam usia

begini Pak Rahman masih lagi giat menulis. Semalam puisi Pak

Rahman yang bertajuk Di Bawah Payung Tanah Air tersiar dalam

akhbar,” Khairil berkata.

76

“Sekali menulis selama-lamanya Pak Rahman akan menulis.

Selagi diberikan kekuatan dan ilham. Untuk mencurahkan perasaan

Pak Rahman. Agar dihayati bersama oleh pembaca. Terhadap tanah air

kita yang merdeka. Dan bertuah ini,” dia menambah dengan panjang

lebar.

“Pak Rahman ada menulis novel dan cerpen?” Khairil menyoal.

Sambil melihat dalam-dalam wajah Pak Rahman.

“Pernah juga Pak Rahman cuba menulisnya,” akuinya dengan

mengangguk-anggukkan kepala.

“Tapi terhenti begitu saja,” dia menyambung.

“Kenapa, Pak Rahman?” Khairil yang bagaikan tidak sabar-sabar

untuk mengetahui pantas mencelah.

“Entahlah, Ril …!” Pak Rahman sebaliknya menjawab. Dalam

nada suara yang perlahan.

“Pak Rahman sendiri pun tak tahu. Kenapa Pak Rahman tak

dapat menyiapkan cerpen dan novel yang Pak Rahman tulis,” jelasnya

lagi pada Khairil.

77

“Tema apa yang Pak Rahman tulis?” dia tak henti-henti

bertanya.

“Kecintaan terhadap tanah air. Jawapan yang diberikan oleh Pak

Rahman. Terhadap pertanyaan daripada wartawan akhbar Cahaya Suci

itu.

Tak lama kemudian kedengaran suara azan asar yang

dilaungkan oleh bilal di surau yang terletak tidak jauh daripada rumah

Pak Rahman. Dia kemudiannya lalu mengajak Khairil bersembahyang

jemaah di surau.

Aina, Wardiah dan Sofia kelihatan sedang rancak berbual-bual di

ruang tamu rumah.

Perbualan mereka yang rancak serta-merta terhenti. Apabila

kedengaran bunyi telefon bimbit Wardiah. Panggilan daripada kekasih

hatinya. Shahrul.

Dia pantas menjawab panggilan itu. Aina dan Sofia yang tidak

mahu mendengar perbualan antara Wardiah dengan kekasihnya lalu

mengalihkan pandangan ke arah rancangan hiburan. Yang sedang

disiarkan di kaca televisyen.

78

Di atas meja terhidang juadah minum petang. Yang disediakan

oleh Aina dan Sofia. Tiga cawan air Nescafe. Sepinggan jemput-jemput

ikan bilis. Yang dicicah dengan sos cili. Kedua-duanya masih panas

lagi.

Memang enak mereka bertiga menikmatinya. Sambil berbual-

bual dan menonton televisyen.

“Kau tahu?” Wardiah bersuara. Selepas bercakap dengan lelaki

pujaan hatinya. Melalui telefon bimbit.

Aina yang asyik menonton rancangan hiburan di kaca televisyen

lalu berpaling ke arah Wardiah. Yang nampak untuk memberitahu

perkara yang menggembirakan kepadanya.

“Aku ada dua berita gembira yang nak beritahu kau,” ujarnya

pada Aina. Rasa keriangan jelas kelihatan di wajah Wardiah.

“Apa dia?” Aina menyoal dan mengangkat kepala tinggi sedikit.

Memandang muka Wardiah.

“Boleh aku dengar bersama dengan Sofia!” tambahnya lagi.

Sambil mengangguk-anggukkan kepala.

79

Sofia sebaliknya hanya mendiamkan diri saja. Dan melihat

rancangan hiburan. Yang sedang disiarkan di kaca televisyen.

“Pertama, aku dan Shahrul nak kahwin,” terangnya.

“Tahniah!” celah Aina pula dengan pantas.

“Aku gembira mendengarnya. Kedua apa pulak?” ulangnya lagi.

“Kedua, dia nak buka perniagaan,” jelasnya pada Aina.

“Eloklah tu. Tentu dia banyak duit. Sampai nak buka syarikat

sendiri,” Aina membalas.

“Itu pun dia minta tolong aku. Beri RM 10,000.00. Buat modal

berniaga dia,” ucapnya.

“Banyak tu, Wardiah!” Dia berasa amat terkejut. Apabila

mendengar jumlah wang yang banyak. Yang diminta oleh Shahrul

daripada Wardiah. Untuk dijadikan modal perniagaan.

80

Begitu juga dengan Aina. Terperanjat! Dengan apa yang

dikatakan oleh Wardiah itu.

“Kau ada ke wang sebanyak tu?” kata Aina lagi.

Namun dia tetap mendiamkan diri. Matanya terus melekat

menonton rancangan di televisyen. Dia enggan mencelah. Sebaliknya

membiarkan Aina dan Wardiah terus berbual. Sambil telinganya

menangkap perbualan mereka.

“Alah, tak usahlah kau bimbang. Duit simpanan aku ada. Kalau

tak cukup nanti tahulah aku cari kat mana-mana nanti,” beritahunya

dengan rasa penuh yakin. Pada Aina.

“Aku bukannya apa, Wardiah. Kalau betul-betul dia nak berniaga

tak apa. Takut lain pulak jadinya nanti,” nasihat Aina.

“Terima kasih ajelah atas nasihat kau tu!” Rasa tidak senang

jelas kelihatan di wajah Wardiah. Sebaik-baik sahaja mendengar apa

yang dikatakan oleh kawan serumahnya itu.

“Aku tahu apa yang aku buat. Lagipun semua ini adalah untuk

kesenangan hidup aku dan Shahrul bila dah berkahwin nanti. Hah! Aku

kenalah berkorban untuk dia,” dia menyambung.

81

BAB 20

Seperti biasa sebelum hari perlumbaan tiba Simon berjumpa

terlebih dahulu dengan Roy dan kawan-kawannya.

“Kali ni aku nak kau dan kawan-kawan kau menang!” Simon

berkata.

82

Roy tidak menjawab. Dia sebaliknya meneguk air arak hingga

habis. Tin minuman keras yang telah kosong itu kemudiannya lalu

diletakkan di atas meja kayu. Yang berbentuk empat segi itu.

“Rahim!” Rasa kemarahannya terhadap musuh ketatnya itu jelas

kelihatan di mukanya.

“Kali ni aku akan gunakan cara kasar. Untuk tewaskan kau!”

nekadnya. Dalam nada suara yang kuat. Sambil mengangkat dan

menggenggam erat tangan kanannya.

Simon hanya mendiamkan diri saja apabila mendengar kata-kata

Roy itu.

Baginya apa cara sekalipun yang digunakan oleh Roy untuk

menewaskan musuh ketatnya itu tidak penting. Yang penting dia

menang dalam pertaruhan ini.

Begitu juga dengan Jeffri. Dia berjumpa terlebih dahulu dengan

Rahim. Sebelum pertarungan bermula. Pada malam minggu ini.

“Tempat kali ni di Jalan Bangsar?” Dia berasa amat terkejut.

83

Apabila diberitahu oleh Jeffri yang tempat perlumbaan pada kali

ini telah ditukar ke tempat yang lain.

“Ya!” Jeffri sebaliknya menjawab pantas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Kenapa tak di tempat biasa, bang?” soalnya lagi.

Rasa hairan masih lagi belum padam di wajah Rahim. Dalam

hatinya tertanya-tanya. Kenapa dengan tiba-tiba saja Jeffri dan Simon

menukar tempat perlumbaan?

“Alah, kau ni. Banyak tanya pulak!” Jeffri mengeluh. Dia ternyata

merasa bosan. Bila mendengar pertanyaan Rahim itu.

Entah mengapa. Dengan tiba-tiba saja Rahim berasa tidak sedap

hati. Seolah-olah dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan

berlaku ke atas dirinya. Dalam perlumbaan pada kali ini.

“Kenapa dengan kau ni, hah? Selalu tak macam ni. Tengok muka

kau nampak takut aje.” Jeffri seperti dapat membaca. Apa yang sedang

bermain di fikiran Rahim.

84

“Jalan Bangsar tu bahaya, bang. Ramai yang dah maut dan cacat

seumur hidup. Bila ditimpa kemalangan di jalan tu,” jelasnya pula pada

Jeffri.

Serta-merta Jeffri menggeleng-gelengkan kepala dan ketawa

kecil apabila mendengar apa yang dicakapkan oleh Rahim itu.

“Habis? Selama ni kau berlumba tak bahaya?” Jeffri mengangkat

kepala tinggi menyoal Rahim.

“Sudahlah, Im. Tak usahlah kau fikirkan sangat perkara tu.

Hadiah untuk perlumbaan kali ini adalah tiga kali ganda,” dia

menyambung lagi.

“Tiga kali ganda? Betul ke ni, bang?” Rahim seakan-akan berasa

tidak percaya. Bila mendengar sejumlah wang yang ditawarkan. Dalam

perlumbaan pada kali ini.

“Pernahkah aku bohong pada kau selama ni?” Jeffri menyoal

semula Rahim.

85

Jeffri tidak pernah menipu dia dan kawan-kawannya. Apa yang

dijanjikan oleh Jeffri pada dia dan kawan-kawannya pasti akan

dikotakannya.

Selama ini pun dia dan kawan-kawan hidup mewah hasil

daripada wang pertaruhan perlumbaan haram antara Jeffri dengan

musuh ketatnya Simon.

Mendengarkan saja kata-kata Jeffri itu lantas membuatkan dia

bersetuju untuk bertarung dengan musuh ketatnya Roy pada malam

minggu ini. Bila terbayangkan akan mendapat wang yang banyak.

Sekiranya dapat mengalahkan Roy dan kawan-kawannya.

Kerisauannya terhadap bahaya berlumba di Jalan Bangsar lalu hilang.

BAB 21

Khairil kelihatan bersedia dengan pen dan buku di tangannya.

Untuk mencatat jawapan yang akan diberikan oleh Pak Rahman.

Terhadap soalan berkaitan dengan latar belakang pendidikan Pak

Rahman.

86

“Pak Rahman bersekolah setakat sekolah rendah saja,” dia

menjawab sambil menarik nafas yang panjang.

“Walaupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan

tapi Pak Rahman tak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi. Maklumlah keluarga Pak Rahman orang yang susah.

Adik-beradik pulak ramai. Manalah dapat nak menanggung belanja

persekolahan Pak Rahman waktu tu. Tak macam sekarang. Orang yang

susah dapat belajar sampai ke universiti. Sebab ada biasiswa,” dia

menambah lagi.

“Selepas tamat sekolah apa yang Pak Rahman buat?” tanya

Khairil pula sebaliknya dengan pantas.

“Pak Rahman pernah bekerja dengan Tuan Kahar. Dia orang

kaya di kampung ni. Dia punya banyak dusun buah-buahan dan

ladang-ladang getah. Tapi Pak Rahman tak lama bekerja dengan dia,”

terangnya pada Khairil.

“Kenapa, Pak Rahman?” Khairil bertanya dengan rasa penuh

minat pada Pak Rahman.

“Dia tu penyokong kuat British,” katanya.

87

“Penyokong kuat British?” ulang Khairil pula sebaliknya.

“Bukan itu saja, Khairil!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

Sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata Khairil itu.

“Dia juga menjadi tempat orang-orang kampung untuk

meminjam wang bila kesusahan. Bila tak dapat bayar balik hutang dia

akan rampas tanah orang-orang kampung. Pak Rahman tentang dia

habis-habisan. Sebab sanggup tindas bangsa sendiri. Akhirnya dia

buang Pak Rahman kerja. Kalau dia tak berhentikan kerja Pak Rahman

tetap nekad nak berhenti kerja jugak. Kerana Pak Rahman tak mahu

bersubahat dengan dia. Menzalimi orang-orang kampung,”

beritahunya dengan panjang lebar.

“Selepas berhenti kerja dengan Tuan Kahar Pak Rahman kerja

apa pulak?” soal Khairil. Setelah selesai mencatit apa yang diceritakan

oleh Pak Rahman dalam buku.

“Pak Rahman buat kerja-kerja kampung,” dia membalas.

“Apa seterusnya terjadi pada Tuan Kahar bila British tak lagi

memerintah Tanah Melayu?” Khairil tak henti-henti bertanya.

88

“Dia tiba-tiba jatuh miskin. Mungkin balasan Tuhan di atas

perbuatannya. Tuan Kahar lalu merana dan jatuh sakit. Akhirnya dia

meninggal dunia,” dia menjawab.

Sofia lalu memberitahu kepada Aina tentang hasratnya untuk

bekerja.

“Dalam keadaan begini mana larat Sofia nak bekerja,” ujar Aina.

“Sofia malulah, kak,” dia bersuara.

“Malu apa pulaknya, Sofia?” celah Aina dengan pantas.

“Akak tanggung makan minum Sofia di rumah ni. Sekurang-

kurangnya bila Sofia dah kerja nanti ringanlah sikit beban akak tu,”

ucap Sofia pula sebaliknya.

“Tak apalah, Sofia. Sofia duduk ajelah di rumah ni. Tak usahlah

difikirkan sangat tentang sewa rumah, makan dan minum. Biarlah akak

tanggung semuanya. Hidup ni macam putaran roda. Hari ni Sofia susah

akak tolong. Entah esok lusa akak pulak susah. Sofia pulak tolong

akak,” dia membalas.

89

Sofia lantas terdiam. Apabila mendengar kata-kata kakak

angkatnya itu. Serentak dengan itu juga airmatanya mengalir

membasahi pipi.

Alangkah bersyukurnya dia. Kerana dapat menumpang teduh

dengan seorang insan mulia bernama Sofia walaupun wanita itu bukan

kakak kandungnya sendiri.

Petang. Aina tidak terus pulang ke rumah selepas habis bekerja.

Dia sebaliknya berjumpa dengan Khairil. Tempatnya adalah di

Restoran Seri Menanti.

“Kau kata ada perkara mustahak nak beritahu aku. Apa dia?” dia

menyoal Aina.

“Pasal seorang gadis remaja yang bernama Sofia,” jawab Aina

pula sebaliknya.

“Sofia?” ulangnya sambil mengangkat kepala tinggi sedikit.

Melihat Aina yang duduk berhadapan dengannya.

90

“Ya!” Aina yang memakai kain tudung berwarna merah jambu

dan berbaju kurung berwarna biru muda pantas mengangguk-

anggukkan kepala.

“Aku nak kau tulis kisah hitam yang dialaminya untuk dijadikan

sebagai ikhtibar kepada remaja wanita yang lain,” pintanya pada

Khairil.

“Apa sebenarnya yang telah terjadi pada dia, Aina?” tanya

Khairil dengan rasa penuh minat.

“Dia telah terlanjur hingga mengandung dengan seorang lelaki

bernama Roy. Apa yang aku tahu Roy adalah seorang ketua kumpulan

mat rempit,” dia menerangkan pada Khairil.

“Macam mana kau boleh kenal dia?” tanyanya lagi pada Aina.

“Sofia datang jumpa aku. Hanya dengan Persatuan Amal Kasih

sajalah tempat dia mengadu. Kau maklum ajelah. Takkan Roy nak

bertanggungjawab dalam perkara ni. Seperti kata orang habis madu

sepah pun dibuang,” jelas Aina.

91

“Di mana dia sekarang?” dia tak putus-putus bertanya pada

Aina.

“Dia sekarang tinggal dengan aku. Sementara menunggu hari

untuk bersalin. Tak ada siapa yang nak menjaganya. Ayah dan ibunya

dah meninggal dunia,” Aina membalas.

Khairil jadi terdiam seketika. Bila mendengar apa yang

diceritakan oleh Aina itu. Rasa simpati dengan nasib malang yang

telah menimpa ke atas seorang gadis remaja yang bernama Sofia yang

kini menumpang di rumah bekas kekasihnya jelas nampak di

wajahnya.

“Memang menarik kisah ni. Baiklah! Aku akan tulis. Cuma aku

harap kau akan bawa dia jumpa aku. Untuk aku dapatkan maklumat.

Macam mana dia boleh terjebak dalam peristiwa yang amat

menyedihkan ini,” dia bersuara.

“Bila ada masa lapang nanti aku akan bawa dia untuk berjumpa

dengan kau,” sambut Aina pula.

92

Tak lama kemudian pelayan pun muncul sambil membawa

dulang yang berisi dengan makanan dan minuman yang dipesan oleh

mereka berdua.

BAB 22

93

Keesokan harinya Khairil lalu berjumpa dengan Encik Jonid.

Untuk memberitahu tentang kisah pahit yang telah dialami oleh

seorang gadis remaja yang bernama Sofia. Agar dapat dimuatkan

dalam akhbar Cahaya Suci.

“Kisah seperti ni memang menarik untuk dibaca oleh

masyarakat,” sokong Encik Jonid.

“Bukan itu saja, Encik Jonid. Malahan penuh dengan ikhtibar dan

pengajaran terutamanya kepada remaja wanita. Supaya jangan mudah

terpengaruh dengan janji manis lelaki. Yang tidak tahu hati budinya.

Sehingga boleh membinasakan diri,” katanya.

“Saya amat bersetuju sekali dengan apa yang awak cakapkan tu,

Khairil. Sungguh sedih bila mendengar kisah gadis ini …!” Nada suara

Encik Jonid jelas berbunyi simpati.

“Memang sedih, Encik Jonid!” celah Khairil pula sebaliknya

dengan pantas. Sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Itulah sebabnya saya nak menulis kisah ini. Supaya kesedihan

yang dialaminya dapat dikongsi bersama oleh pembaca,” dia

menyambung lagi.

94

“Teruskanlah usaha awak tu. Saya harap kisah remaja yang

terlibat dalam kegiatan merempit dan penulis puisi nasionalisme Pelita

Bangsa dapat awak siapkan bersama dengan kisah gadis malang ini,”

Encik Jonid bersuara.

“Insya-Allah, Encik Jonid!” sambutnya bila mendengar kata-kata

Encik Jonid itu.

Hari ditunggu telah pun tiba. Rahim dan Roy berserta dengan

kawan-kawannya lalu berentap dalam perlumbaan motosikal haram di

Jalan Bangsar untuk menunjukkan kehandalan.

Roy telah menyimpan niat jahat untuk mengalahkan musuh

ketatnya itu pada kali ini.

Motosikalny yang laju lalu merapati motosikal Rahim yang

berada di sebelahnya. Dia lalu menendang Rahim. Akibatnya motosikal

yang ditunggang oleh Rahim hilang kawalan dan dia jatuh terpelanting

di atas bahu jalan.

Dia lalu tidak sedarkan diri dengan dahi, tangan dan kakinya

berlumuran dengan darah.

95

“Mampus kau!” jerit Roy dengan sekuat-kuat hati sambil

menoleh ke belakang melihat musuh ketatnya itu jatuh terlentang dan

tidak bergerak lagi.

Dalam hatinya berasa amat gembira dan puas. Dendamnya

selama ini terhadap Rahim sudah berbalas.

Dia lalu memecut motosikalnya dengan selaju-lajunya untuk

menuju ke tempat penamat perlumbaan. Begitu juga dengan kawan-

kawannya dan kawan-kawan Rahim. Mereka tidak berhenti untuk

melihat Rahim yang telah ditimpa kemalangan. Angkara perbuatan

jahat Roy.

Sebaliknya mereka seperti juga Roy dan kawan-kawannya

meneruskan perlumbaan untuk mengejar wang yang dipertaruhkan

oleh Jeffri dan Simon.

Khairil kebetulan lalu di situ dan ternampak ada orang yang

terbaring di tepi jalan. Dia lalu memberhentikan kereta dan turun

untuk melihat mangsa kemalangan itu.

“Im!” Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat mangsa itu

adalah Rahim.

96

Tak lama kemudian berhenti sebuah kereta setelah melihat dari

jauh Khairil bersama dengan mangsa kemalangan yang terbaring di

tepi jalan.

“Macam mana boleh berlaku ni, encik?” Tanya pemandunya.

Sebaik-baik sahaja menghampiri Khairil yang kelihatan sedang

menanggalkan topi keledar di kepala Rahim.

“Entahlah!” balas Khairil pula sebaliknya.

“Saya sendiri pun tak tahu. Saya tengok dia dah terbaring di tepi

jalan,” tambahnya lagi.

“Saya ingatkan encik langgar dia,” pemandu kereta itu berkata.

“Awak tolong saya angkat dia masukkan ke dalam kereta saya.

Kita mesti cepat hantar dia ke hospital,” pintanya pada pemandu

kereta itu.

“Baiklah!” angguk pemandu kereta itu dengan pantas.

Khairil dan pemandu kereta itu lalu mengangkat Rahim dan

memasukkannya ke dalam kereta untuk dihantar ke hospital dengan

segera.

97

Sementara itu Roy dan kawan-kawannya bersorak keriangan.

Kerana dapat mengalahkan Rahim dan kawan-kawannya. Dalam

pertarungan pada kali ini.

“Rahim mana?” Jeffri pantas menyoal kawan-kawannya apabila

Rahim tidak sampai di tempat tamat perlumbaan.

“Dia dah mati kena langgar kereta!” sampuk Roy pula dengan

tiba-tiba.

“Mati kena langgar kereta?” Jeffri berasa sungguh terkejut. Bila

mendengar apa yang dikatakan oleh Roy itu.

“Hah, tunggu apalagi, Jeffri. Hero kau dah mati. Kita orang dah

menang. Bagilah cepat wang pertaruhan!” desak Simon sambil dengan

rasa angkuh dan sombong mengangkat kepala tinggi memandang

muka musuh ketatnya itu. Yang jelas nampak berasa sedih dan

kecewa. Apabila mengetahui berita kematian Rahim dalam

kemalangan jalan raya sewaktu berlumba tadi yang disampaikan oleh

Roy.

Dengan rasa lemah dan tidak bermaya Jeffri lalu menyeluk poket

bajunya untuk menyerahkan wang sepertimana yang diminta oleh

98

musuh ketatnya itu. Senyuman jelas terukir di muka Simon. Kerana dia

akan memperolehi wang yang lumayan.

“Nanti dulu!” tahan salah seorang daripada kawan Rahim.

“Jangan bayar!” tegahnya lagi.

“Hei! Apa masalah kau ni, hah? Kan kau dah kalah. Tak puas hati

lagi ke?” Roy bertempik.

“Kau buat cara kasar untuk menang!” jelasnya.

“Apa yang telah terjadi?” Jeffri yang bagaikan tidak sabar-sabar

lagi pantas mencelah. Untuk mengetahui apa sebenarnya yang

dimaksudkan oleh kawan Rahim itu.

“Rahim mati kemalangan bukan kerana dilanggar oleh kereta.

Tapi kerana kau, Roy. Aku nampak sendiri kau tendang dia hingga

jatuh!” dia memberitahu apa yang telah terjadi sebenarnya. Sambil

menudingkan jari telunjuk tangan kanannya ke arah Roy. Yang berdiri

bertentangan dengannya.

“Betul, bang!” Dengan pantas dia mengangguk-anggukkan

kepala menjawab pertanyaan Jeffri itu.

99

“Saya tak bohong!” dia menambah lagi dengan menggeleng-

gelengkan kepala.

Mendengarkan saja kata-kata Rahim itu Jeffri lalu memandang

muka Simon dengan rasa penuh marah.

“Kau gunakan cara kotor ya untuk menang!” Dia lalu menyerang

musuh ketatnya itu.

Tumbuk-menumbuk lalu terjadi antara Jeffri dan Simon. Begitu

juga dengan Roy dan kawan-kawannya turut bergaduh dengan kawan-

kawan Rahim.

Tak lama kemudian kedengaran siren kereta polis peronda

memasuki tempat mereka bergaduh.

“Polis! Lari!” pekik Simon.

Masing-masing pantas menuju ke kereta dan motosikal serta

berlalu pergi dari situ supaya tidak ditangkap oleh polis.

BAB 23

100

Khairil lalu menemui Doktor Izwan yang merawat Rahim untuk

bertanya tentang keadaan dirinya.

“Macam mana dengan keadaan mangsa kemalangan yang saya

bawa tadi, doktor?” tanyanya.

“Dia masih lagi belum sedar. Dan masih lagi ditempatkan di Unit

Rawatan Rapi. Dia mengalami luka-luka teruk di badan. Dan

kehilangan banyak darah. Tapi mujurlah kepalanya tidak cedera,” jelas

Doktor Izwan pada Khairil.

“Lama ke lagi dia kena tinggal di wad, doktor?” dia tak putus-

putus menyoal.

“Nampaknya begitulah, encik. Mungkin selama seminggu,”

jawab Doktor Izwan.

“Terima kasih, doktor! Itu saja yang saya nak tahu!” angguk

Khairil apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Doktor Izwan

itu.

“Sama-sama!” sambut Doktor Izwan juga dengan mengangguk-

anggukkan kepala dan bersalaman dengan Khairil.

101

Khairil kemudiannya lalu meninggalkan bilik Doktor Izwan dan

menuju ke bilik Unit Rawatan Rapi untuk menziarahi Rahim.

Seperti yang dirancangkan besok ahli-ahli Persatuan Amal Kasih

akan mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Seri Kenangan.

“Selain daripada melawat kita juga akan mengadakan aktiviti

gotong-royong, datin,” jelas Sofia.

“Eloklah tu!” sokong Datin Ziela.

“Saya pun nak beri sumbangan ikhlas. Ana!” Dia berpaling ke

arah Rohana yang duduk bersebelahan dengan Sofia.

“Ya, datin!” Rohana pantas berhenti daripada menulis di dalam

diari. Yang mencatat segala pergerakan harian Datin Ziela. Apabila

kedengaran namanya dipanggil oleh majikannya yang bergelar datin

itu.

“Nanti beritahu akauntan syarikat keluarkan cek RM 5,000.00,”

arahnya lagi pada Rohana.

102

“Baik, datin!” sambut Rohana pula sebaliknya sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

Sampai sahaja di pejabat Khairil lalu memberitahu Encik Jonid

yang Rahim telah ditimpa kemalangan jalan raya.

“Parah ke keadaannya, Khairil?” Encik Jonid lantas menyoal.

“Dia masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi,” terangnya pada

Encik Jonid.

“Macam mana dia boleh ditimpa kemalangan?” celah Encik Jonid

dengan pantas.

“Saya sendiri pun tak tahu, Encik Jonid. Ketika saya lalu di Jalan

Bangsar saya tengok dia dah terbaring di tepi jalan. Dalam keadaan

yang tak sedarkan diri. Saya pun terus bawa dia ke hospital,” dia

membalas.

“Mungkin dia ditimpa kemalangan sewaktu berlumba,” kata

Encik Jonid lagi.

“Boleh jadi juga, Encik Jonid!” angguk Khairil pula sebaliknya.

103

Selepas menikmati makan malam, Aina dan Wardiah duduk di

ruang tamu rumah sambil berbual-bual dan menonton rancangan

televisyen. Sofia pula mengemas pinggan-mangkuk di dapur.

“Siang tadi aku pergi bank. Buat pinjaman RM 100,000.00. Untuk

belanja majlis perkahwinan aku. Dan buat modal Shahrul nak

berniaga,” Wardiah bercerita.

“Bila kau dengan Shahrul nak kahwin?” soal Aina.

“Hujung tahun ni,” ujar Wardiah.

“Sebagai seorang kawan aku berasa sungguh gembira. Apabila

mendengar kau dan Shahrul hendak mendirikan rumah tangga. Aku

doakan moga kau berdua bahagia hingga ke anak cucu,” Aina

bersuara.

“Kau pulak macam mana? Jadi ke kahwin dengan Shahrul?”

Dengan tiba-tiba sahaja Wardiah mengejutkan Aina dengan

pertanyaan itu.

“Kan aku dah beritahu kau. Yang hati aku ni masih lagi belum

terbuka. Untuk berkahwin lagi. Sudahlah. Tak usahlah kita bincangkan

104

perkara tu. Balik semula cerita kau pinjam duit daripada bank. Aku

bukannya apa, Wardiah. Bukanlah aku nak campur hal peribadi kau.

Aku cuma nak ingatkan kau. Banyak duit yang kau pinjam tu. Mampu

ke kau bayar balik?” dia sebaliknya mengalih tajuk perbualan dengan

panjang lebar.

“Alah, apa yang nak dirisaukan,” Wardiah menjawab.

“Bila Shahrul dah untung dalam perniagaan nanti dia bayarlah

untuk aku duit pinjaman tu,” yakinnya lagi.

Sementara itu Simon masih lagi berasa tidak puashati kerana

Jeffri tidak membayar wang pertaruhan yang dimenanginya.

“Aku ingatkan kau tak nak jawab panggilan aku!” kata Simon

kepada Jeffri melalui perbualan telefon bimbit dalam nada suara yang

keras.

“Hei! Aku bukan pengecutlah!” Jeffri sebaliknya membalas kasar.

“Baguslah macam tu. Aku nak ingatkan kau. Bayar wang

pertaruhan tu. Apalagi yang kau tunggu. Rahim dah mampus!” Dia

memberi peringatan kepada musuh ketatnya itu.

105

“Apa? Kau nak suruh aku bayar wang pertaruhan? Hei! Jangan

haraplah aku nak bayar. Pada orang yang bertanding cara kotor

macam kau. Faham!” herdik Jeffri.

“Kau jangan cabar aku. Ini Simon tau. Sampai ke lubang cacing

aku akan cari kau!” gertaknya.

“Kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau tu. Kau jugak belum

kenal siapa Jeffri. Kalau kau berani cubalah!” Jeffri kemudiannya

pantas menutup telefon bimbitnya.

“Jahanam!” Rasa marah jelas kelihatan di muka Simon. Sebaik-

baik saja selesai bercakap dengan musuh ketatnya itu.

“Macam mana, Simon?” Roy bertanya.

“Dia tetap jugak berdegil tak nak bayar. Tak apa. Tahulah apa

aku nak buat nanti. Aku nak bagi kerja baru pada kau dan kawan-

kawan kau,” dia menambah.

“Kerja apa?” soal Roy dengan pantas.

106

“Kita tak boleh terlalu bergantung pada kegiatan merempit,

pengedaran dadah dan pecah rumah. Untuk mendapatkan wang yang

lumayan,” ujarnya.

“Maksud kau?” Roy menyampuk.

“Kita mesti jadikan kedai 7-Eleven dan stesen-stesen minyak

sebagai sasaran. Aku yakin kedua-dua ini mendatangkan untung yang

besar. Apa yang kita dapat macam biasa kita bahagi dua,” dia

menerangkan kepada Roy.

“Bagus sekali cadangan kau tu! Aku setuju!” balas Roy pula

sebaliknya sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Tapi kau kena tinjau dulu tempat-tempat tu. Selamat atau tidak

daripada ditangkap oleh polis. Manalah tahu. Tengah kau dan kawan-

kawan kau buat kerja kebetulan pulak polis lalu kat situ,” ingatnya

pada Roy.

107

BAB 24

Dari jendela kaca di bilik Datin Ziela jelas kelihatan awan tebal

memutih dan langit biru bersama dengan sinaran terik matahari yang

menyelubungi suasana petang di bandar raya Kuala Lumpur.

Seperti biasa apabila petang menjelma jalan raya penuh sesak

dengan kenderaan. Masing-masing berpusu-pusu untuk pulang ke

rumah. Setelah keluar awal pagi untuk mencari rezeki.

Sememangnya kesesakan lalu-lintas sudah menjadi rutin

kehidupan kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

Ibarat orang Melayu makan nasi tak lengkap rasanya kalau tanpa

sambal belacan. Begitu jugalah dengan kesesakan lalu-lintas. Yang

terpaksa mereka hadapi saban hari. Tanpa mengira pagi, petang dan

malam. Mahupun panas dan hujan.

“Alhamdulillah, datin. Lawatan persatuan kita ke Rumah Orang-

orang Tua Seri Kenangan telah dilaksanakan dengan jayanya,” Aina

bersuara.

108

“Semoga program seumpama ini akan terus berkekalan,”

tambah Datin Ziela pula.

“Insya-Allah, datin!” dia membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Ini saya serahkan laporan lawatan berserta dengan gambar,”

dia menyambung lagi. Sambil menghulurkannya kepada Datin Ziela.

“Terima kasih!” Datin Ziela lalu menyambut laporan yang dibuat

oleh Aina itu di mana lengkap dengan berjilid.

Dia kemudiannya melihat laporan itu dari satu muka surat ke

satu muka surat secara sepintas lalu.

“Cantik laporan yang awak buat ni,” ucap Datin Ziela. Setelah

selesai melihat laporan itu.

“Sekurang-kurangnya ada bukti apa yang persatuan kita buat.

Macam mana dengan gadis yang bernama Sofia yang tinggal bersama

dengan awak tu?” tanya Datin Ziela.

“Alhamdulillah, datin!” dia menjawab.

109

“Dia nampaknya sekarang dah makin tenang,” jelas Aina lagi.

Setibanya di hospital Khairil lalu berjumpa dengan Doktor Izwan

untuk bertanyakan tentang keadaan Rahim yang sudah tiga hari

berada dalam Unit Rawatan Rapi.

“Alhamdulillah, Encik Khairil. Dia semakin menunjukkan tanda-

tanda untuk pulih sepenuhnya. Tak lama lagi dia akan dipindahkan ke

wad biasa,” jelasnya pada Khairil.

“Boleh saya tengok dia?” Khairil menyoal sambil memandang

muka Doktor Izwan.

“Boleh!” angguknya dengan pantas.

“Tapi janganlah diganggu dia sangat. Biarkanlah dia berehat

dengan secukupnya,” pesan Doktor Izwan lagi.

“Terima kasih, doktor!” balas Khairil pula sebaliknya sambil

bersalaman dengan Doktor Izwan.

“Sama-sama! Silakan!” dia bersuara.

110

Setelah selesai memasak di dapur Aina lalu menarik daun pintu

dan masuk ke dalam bilik Sofia yang terletak bersebelahan dengan

biliknya.

Dia baru saja menunaikan solat Isyak. Masih lagi memakai

telekung dan duduk di atas sejadah. Aina melihat Sofia sedang

mengesat air mata dan lalu menghampirinya.

“Kenapa bersedih, Sofia?” dia lalu bertanya. Sambil duduk di

sebelah kanan Sofia dan memegang bahunya.

Sofia sebaliknya tidak menjawab pertanyaan Aina itu. Dia

memandang wajah kakak angkatnya itu. Dengan kelopak matanya

yang masih lagi digenangi dengan titisan air.

Bagi Aina yang masih lagi menunggu jawapan daripada Sofia

berasakan tentu ada sesuatu yang menyedihkan menyentuh hatinya.

“Berilah tahu akak. Apa yang menyedihkan sangat hati Sofia ni?”

desaknya.

“Saya teringatkan arwah ayah dan ibu …!” dia bersuara sayu.

111

“Sentiasalah berdoa semoga mereka berdua tenang di sana.

Sudahlah tu. Mari kita makan. Akak ada masakkan lauk kegemaran

Sofia. Sambal tumis ikan bilis,” pujuknya.

Suara angin kedengaran mendayu-dayu menyapu seluruh rumah

Pak Rahman yang berdinding dan berlantaikan papan serta beratapkan

zink. Sekali-sekala terdengar juga bunyi ranting patah dan daun-daun

kering yang berguguran menimpa tanah bila ditiup angin.

Lambaian pohon-pohon dan daun-daun hijau yang melenggang-

lenggang sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri apabila dihembus angin

yang berlagu merdu menggambarkan betapa tenang dan damainya di

sebuah kampung yang bernama Tanjung Buluh.

Deru air sungai yang mengalir dengan penuh ketenangan

bersama dengan rimbunan pohon-pohon hijau yang tumbuh di

sekelilingnya membangkitkan suasana yang nyaman dan dingin. Anak-

anak haruan dan keli bermain dengan penuh keriangan. Buih-buih

memutih kelihatan berapungan di atas permukaan air sungai dan

kemudian hilang. Dibawa oleh air sungai yang sentiasa mengalir dari

hulu ke hilir tanpa hentinya.

112

Sungguh indah di pandangan mata dan mendamaikan jiwa bila

dihayati.

“Saya dapati sajak-sajak yang Pak Rahman tulis menggunakan

bahasa yang mudah untuk difahami. Tidak seperti penulis-penulis lain.

Banyak menggunakan perlambangan dalam sajak tulisan mereka,”

Khairil bersuara.

“Bagi Pak Rahman masing-masing mempunyai cara tersendiri

dalam berkarya. Pak Rahman lebih senang untuk menyampaikannya

terus kepada pembaca. Agar mereka faham apa yang tersirat dalam

puisi yang Pak Rahman tulis,” dia menjawab pula sebaliknya.

“Puisi yang bertajuk ‘Bangkitlah Bangsaku Yang Bernama

Melayu’ tulisan Pak Rahman jelas menunjukkan rasa penentangan

terhadap Malayan Union,” celah Khairil lagi.

“Pak Rahman bukan sahaja berjuang melalui tulisan malahan

juga berjuang bersama dengan Dato’ Onn bin Jaafar untuk

menggagalkan rancangan British menubuhkan Malayan Union,”

jelasnya pada Khairil.

113

BAB 25

Khairil menelefon Encik Jonid untuk memberitahu yang dia lewat

masuk ke pejabat hari ini kerana hendak ke hospital untuk melihat

Rahim.

Sampai saja di hospital dia telah diberitahu oleh Doktor Izwan

yang Rahim telah pun sedar. Dia juga telah dipindahkan ke wad biasa.

“Di mana saya sekarang …,” Rahim bersuara lemah dan cuba

untuk bangun daripada katil pesakit.

“Im! Bawa bertenang. Jangan bawa banyak bergerak. Keadaan

Im masih lemah lagi. Syukurlah! Im, dah sedar semula,” katanya pada

Rahim.

“Abang Khairil …,” ujar Rahim perlahan sambil memandang

muka Khairil yang duduk di sisinya.

“Ya, Im!” angguknya pula dengan pantas.

“Seingat Im malam tu Im berlumba motosikal. Dengan Roy dan

kawan-kawannya. Lepas tu Im jatuh dan tak ingat apa-apa.

114

Sehinggalah Im sedar semula pada hari ni. Siapa yang bawa Im ke

hospital, bang?” Rahim ingin mengetahui orang yang telah

membantunya ketika dia ditimpa kemalangan jalan raya.

“Kebetulan abang lalu di Jalan Bangsar tempat Im ditimpa

kemalangan. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Abang pun

terus bawa Im ke hospital,” jelas Khairil pada Rahim.

“Im minta maaf, bang. Di atas sikap Im selama ini. Yang bersikap

biadap dan kasar terhadap abang. Im malu, bang. Kerana orang yang

Im selalu maki hamun telah menyelamatkan nyawa Im.” Dia

meluahkan rasa penyesalan kepada Khairil.

“Sudahlah tu, Im. Im tak ada buat salah dengan abang.

Lupakanlah semua perkara tu. Yang penting Im selamat. Dan abang

doakan moga Im cepat sembuh,” balas Khairil pula sebaliknya.

Titis-titis air mata Rahim lalu mengalir laju membasahi pipi

umpama hujan yang turun apabila mendengar kata-kata Khairil itu.

Tengah hari. Langit nampak kelabu. Matahari tidak

menampakkan sinarnya. Mungkin kesan daripada hujan yang turun

lebat sejak daripada pagi tadi dan baru saja berhenti. Khairil dan

115

Azman memilih restoran mamak yang terletak di Jalan Damansara

untuk menjamu selera.

“Apalah nak jadi dengan remaja hari ni? Pagi tadi aku baca

dalam akhbar sekumpulan remaja telah menyamun sebuah stesen

minyak di Jalan Kuching,” Azman berkata sambil menikmati hidangan

yang dipesan.

“Aku baca jugak berita tu. Amat menyedihkan sekali!” dia

membalas. Bila mendengar apa yang dikatakan oleh Khairil itu.

“Memang menyedihkan, Ril!” celah Azman pula dengan

mengangguk-anggukkan kepala.

“Sepatutnya dalam usia muda begini mereka melakukan

perkara-perkara yang mendatangkan faedah dan bukannya terlibat

dengan jenayah,” dia menyambung lagi.

“Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu jugaklah dalam perkara ni.

Kita mesti lakukan pencegahan bersama dengan pihak polis. Supaya

kadar jenayah di kalangan remaja di negara kita dapat dikurangkan,”

Khairil menambah sambil menyedut minuman yang dipesan dengan

straw.

116

“Aku bersetuju sekali dengan pandangan kau tu, Ril!” Azman

menyatakan sokongan terhadap apa yang dikatakan oleh Khairil itu.

“Mencegah adalah lebih baik daripada merawat,” ulangnya.

Aina menerima panggilan telefon daripada ibunya. Yang

memintanya untuk pulang ke kampung. Kata ibunya ada perkara

mustahak yang hendak dibincangkan dengannya.

Dia menurut saja permintaan ibunya itu dengan mengambil cuti

untuk pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan menuju ke kampung

halamannya hatinya tertanya-tanya. Perkara apakah yang hendak

dibincangkan oleh ibunya? Sampai beria-ia benar menyuruh dia balik.

Menjelang lewat petang barulah dia sampai di rumah ibunya

yang tinggal keseorangan semenjak ayahnya meninggal dunia.

Setibanya Aina di rumah ibunya dia lalu membersihkan diri dan

menunaikan solat Asar. Selepas saja menunaikan solat Asar dia duduk

di anjung rumah sambil menikmati minum petang. Bersama hembusan

angin yang bertiup lemah-gemalai. Ibunya lantas menyatakan perkara

yang sebenarnya kepada Aina. Yang baru saja sampai dari Kuala

Lumpur.

117

“Kau kenal tak Ismail anak Lebai Yassin?” tanya ibunya.

“Kenal, mak. Masa kecik-kecik dulu sama belajar mengaji dengan

Aina. Aina panggil dia abang. Sebab dia lebih tua daripada Aina. Isteri

dia Rosnah. Anak Pak Sidin. Sama sekolah dengan Aina. Kenapa,

mak?” dia membalas.

“Dia sekarang dah berpisah dengan isterinya,” ibunya berkata.

“Berpisah?” Aina berasa amat terperanjat apabila mendengar

apa yang diberitahu oleh ibunya itu.

“Ya!” ibunya cepat mencelah.

“Apa puncanya dia dan isterinya berpisah, mak?” Rasa ingin

tahu jelas nampak di wajahnya.

“Macam kau dengan suami kau jugaklah. Dah tak sehaluan lagi.

Mak Ismail ada datang jumpa mak,” tambah ibunya lagi.

“Apa halnya dia datang jumpa mak?” Aina pantas memotong

untuk mengetahui tujuan sebenar ibu Ismail datang berjumpa dengan

ibunya.

118

“Dia nak kau gantikan tempat Rosnah. Hah! Memang padanlah

kau berdua. Ismail tu duda. Kau pulak janda. Cuma bezanya Ismail tu

ada anak tiga. Kau pulak tak ada anak. Macam mana? Kau setuju ke?”

ibunya menyoal sambil mengangkat kepala melihat Aina yang duduk

di atas kerusi berhadapan dengannya.

Mendengarkan saja kata-kata ibunya itu lantas menjadikan Aina

terdiam.

Dari raut wajahnya yang ditunjukkan oleh Aina itu ibunya telah

pun dapat membaca. Dia berasa amat keberatan untuk menerima

lamaran Ismail itu.

Roy seakan-akan berasa tidak percaya apabila diberitahu oleh

kawannya yang Rahim masih hidup lagi dan kini sedang dirawat di

hospital.

“Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Eddy?” tanyanya.

“Ini dari apa yang aku dengar. Dia masih hidup lagi. Masa kau

tendang dia dalam perlumbaan tu dia cuma jatuh dan pengsan saja.

Badannya luka-luka. Sekarang dia berada di hospital,” jawab kawannya

yang bernama Eddy itu.

119

“Liat betul nyawa kau!” dia mencelah.

“Aku ingatkan kau dah mampus. Tapi kau masih lagi hidup

rupanya,” kata Roy lagi.

“Rahim! Aku tetap akan hapuskan kau!” Rasa dendamnya

terhadap Rahim semakin tebal.

Kawan-kawannya hanya mendiamkan diri saja apabila dia

menjerit dan melepaskan tumbukan yang kuat pada meja untuk

menggambarkan rasa kemarahannya pada Rahim.

120

BAB 26

Angin terasa bertiup lemah dan longlai seolah-olah mengerti

dengan perasaan Aina yang dilanda rasa ketidaktentuan apabila

diberitahu oleh ibunya yang Ismail ingin melamarnya sebagai isteri.

“Jangan difikirkan sangat, Aina!” desak ibunya.

Lamunan Aina yang jauh melayang memikirkan lamaran kawan

sekampung itu lantas terhenti apabila ditegur oleh ibunya.

“Terima ajelah lamaran Ismail tu. Takkan kau nak menjanda

seumur hidup,” tambah ibunya lagi.

“Berat hati saya, mak …,” dia terhenti.

“Jangan buat alasan, Aina. Kau nak cari orang yang macam

mana. Kau dah kenal Ismail tu sejak dari kecil lagi. Apa kurangnya dia.

Berpelajaran tinggi dan berpangkat pulak tu. Dah tentu kau hidup

bahagia,” ibunya pantas memotong apabila mendengar kata-kata Aina

itu.

121

Keheningan pagi yang dinikmati oleh Aina pantas terganggu

sebaik-baik sahaja telinganya mendengar apa yang dicakapkan oleh

wainta yang telah melahirkannya ke dunia.

Sementara itu Rahim dibenarkan keluar daripada wad pada hari

ini. Khairil lalu menjemputnya dan mereka singgah di Restoran Seri

Menanti untuk menjamu selera memandangkan waktu telah masuk

tengah hari.

“Im berjanji, bang. Im tak akan merempit lagi. Peristiwa Im

ditimpa kemalangan benar-benar menginsafkan Im. Im rasa seperti

mati hidup semula. Macam lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah,”

dia bersuara.

“Baguslah macam tu, Im!” sokong Khairil pula sebaliknya sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

“Abang harap Im tak marah kalau abang bertanya.” Khairil

merenung dalam-dalam muka Rahim yang duduk di atas kerusi velvet

berhadapan dengannya.

“Tanyalah, bang. Apa dia?” sambutnya.

122

“Selain daripada merempit ada tak Im terlibat dengan dadah?”

Pertanyaan yang diajukan oleh Khairil kepada Rahim.

“Tak ada, bang!” dia pantas menggeleng-gelengkan kepala.

“Percayalah!” angguknya lagi.

“Saya tak ada menyentuh benda haram tu!” dia terus

menggeleng-gelengkan kepala.

“Kawan-kawan Im yang lain?” Khairil tak putus-putus menyoal.

“Pun sama, bang!” dia cepat membalas.

“Kami hanya terlibat dengan merempit saja,” sambungnya.

“Eloklah macam tu, Im!” celah Khairil.

“Dadah bukan saja membinasakan diri kita malahan juga

menjadi perosak kepada negara,” ingatnya kepada Rahim.

123

BAB 27

Hari ini Aina akan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah

beberapa hari bercuti di kampung. Sebelum bertolak dengan menaiki

kereta ibunya mengingatkan dia agar memikirkan tentang lamaran

Ismail.

Ibunya berharap sangat agar pintu hatinya terbuka untuk

menerima Ismail sebagai suami melalui perkahwinannya yang kedua.

Setelah perkahwinannya yang pertama berakhir dengan perceraian.

Sampai sahaja di rumah dia lalu menceritakan perkara ini kepada

Sofia.

“Jadi, akak terimalah lamaran Abang Ismail?” Sofia bertanya.

“Entahlah, Sofia …!” dia menarik nafas yang panjang.

“Akak benar-benar berada di persimpangan delima,” tambahnya

lagi.

“Kenapa, kak?” soal Sofia yang nampak begitu berminat untuk

mengetahui mengapa sukar bagi kakak angkatnya itu menerima

124

kehadiran seorang lelaki untuk berkongsi hidup dengannya buat kali

yang kedua.

“Akak sebenarnya terperangkap, Sofia. Antara hasrat ibu akak.

Dan pengalaman yang amat memedihkan yang telah akak lalui,” jelas

Aina pada adik angkatnya itu.

“Inilah yang menjadikan akak sukar untuk membuat keputusan?”

Dia mengangkat kepala tinggi sedikit. Memandang wajah Aina yang

jelas kelihatan memikirkan masalah. Apabila tiba-tiba saja dilamar oleh

Ismail.

“Ya, Sofia!” angguk Aina pula sebaliknya dengan pantas.

“Emak akak rupanya dah lama berhajat untuk menjadikan Abang

Ismail sebagai menantu,” dia memberitahu.

“Akak dapat rasakan. Betapa kecewanya hati dia. Bila akak

menolak lamaran Abang Ismail,” terangnya lagi.

Sofia memilih hanya untuk mendiamkan diri saja dan mendengar

apa yang ingin diluahkan oleh kakak angkatnya itu.

125

“Tapi rasa takut akan mengalami lagi kegagalan dalam hidup

berumahtangga sentiasa mengusik fikiran akak …,” ujarnya dalam

nada suara yang lemah dan sayu.

Serentak dengan itu juga rasa sebak lalu berombak melambung

jiwanya. Pahit terkenangkan kisah pilu yang telah menghiris kalbunya.

Tanpa disedari perlahan-lahan air mata Aina jatuh menitis membasahi

pipinya yang halus itu.

“Kenapa kakak boleh berpisah dengan suami kakak. Saya minta

maaf kak kalau ….” Sofia tidak dapat meneruskan kata-kata.

“Tak apa, Sofia!” dia cepat menyampuk sambil menggeleng-

gelengkan kepala dan mengesat air mata yang membasahi pipinya.

“Bagi akak tak salah Sofia nak tahu. Tambahan pulak kita dah

macam adik-beradik,” ujarnya lagi. Dengan rasa kesedihan masih lagi

nampak menebal di wajahnya.

“Kalau akak dah sayang seseorang itu akak akan sayang dia

buat selama-lamanya,” sambung Aina lagi.

“Sampai nyawa pun sanggup diberi?” Sofia seperti tidak sabar-

sabar lagi pantas memotong. Kerana begitu tertarik dengan perbualan

126

yang menyentuh berkenaan kesetiaan cinta seorang wanita terhadap

seorang lelaki.

“Begitulah, Aina!” dia sebaliknya menyambut soalan yang

diajukan oleh Sofia itu dengan anggukkan kepala. Sebagai tanda

bersetuju sekali dengan apa yang dikatakan oleh Sofia itu.

“Tapi dia tidak menghargai kasih dan sayang yang telah akak

curahkan sepenuhnya,” dia berterus terang.

“Tentu dia telah menyakiti hati akak?” teka Sofia yang mengerti

dengan apa yang dimaksudkan oleh kakak angkatnya itu.

“Benar, Sofia …!” dia membalas dengan mengangguka-angguk

lemah.

Rasa kepiluan semakin kuat menyiat-nyiat di jiwanya apabila

mengenangkan kembali musnahnya rumah tangga yang dibinanya

atas dasar cinta sama cinta dengan suami yang dikasihi kerana

dihempas ombak perpisahan.

127

“Dia tak setia. Setelah sebulan berkahwin dengan kakak dia

telah berlaku curang.” Aina memberitahu perkara yang sebenarnya

kepada Sofia.

“Curang?” Sofia berasa amat terkejut apabila mendengar apa

yang diceritakan oleh kakak angkatnya itu. Yang menyebabkan dia

terpaksa berpisah dengan suaminya.

“Ya …!” Perlahan-lahan dia menundukkan kepala.

Kepiluan …. Itulah yang sedang kuat menyelubungi jiwanya.

Bersama kepasrahan di hati. Istana bahagia yang diimpikannya

sehingga ke akhir hayat tidak kesampaian. Tenggelam di lautan duka.

Tika itu juga air matanya semakin laju mencurah-curah di pipinya

sehingga membasahi lantai. Demikianlah pilunya hati seorang wanita

yang bernama Aina.

Di luar angin berlagu sendu seolah-olah turut berkongsi rasa

kesedihan dengan apa yang telah dialami oleh Aina.

Dia kemudiannya kembali semula memandang Sofia yang duduk

bersebelahan dengannya. Yang nampak setia untuk mendengar kisah

128

selanjutnya daripada Aina. Bagi menghilangkan rasa kesedihan yang

menghujani dirinya dia lalu menyeka air matanya dan menarik nafas

lega agar tidak tersekat-sekat untuk memberitahu apa yang

seterusnya yang telah terjadi kepada adik angkatnya itu.

“Dia telah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.

Hancur hati akak. Inikah yang dibalasnya terhadap kesetiaan dan rasa

sayang akak padanya selama ini. Yang melebihi segala-galanya. Bukan

itu saja ….” Rasa sayu semakin sukar untuk dibendung dalam dirinya.

“Kerana perempuan tu dia sanggup pukul akak ….” Dia

mengeluarkan nada suara yang perlahan.

“Kerana tak tahan selalu dipukul akak pun minta cerai daripada

dia …!” Aina lalu menangis teresak-esak.

Sofia lantas terdiam dan berasa simpati setelah mendengar apa

yang diceritakan oleh kakak angkatnya itu. Tanpa disedari air matanya

juga mengalir sambil memeluk Aina.

Sepanjang malam rasa kepiluan mengusik hati Aina bersama

dengan angin yang berhembus syahdu dan dingin.

129

BAB 28

Rahim akhirnya menceritakan kepada Khairil bagaimana dia

boleh terlibat dengan kegiatan merempit.

“Im berasal dari kampung. Bersekolah hingga tingkatan lima.

Keputusan SPM tidaklah baik,” ujar Rahim.

“Macam mana dengan latar belakang keluarga Im?” dia

menyoal.

“Keluarga Im susah. Adik-beradik ramai. Ayah Im adalah seorang

penoreh getah dan mengambil upah menebas kebun untuk menyara

keluarga. Ibu pula menjadi suri rumah sepenuh masa,” Rahim

menjawab.

Tangan Khairil ligat mencatat di dalam buku apa yang

diceritakan oleh Rahim yang kemudiannya akan disusun menjadi

130

sebuah kisah mengenai penglibatan seorang remaja dalam kegiatan

merempit untuk tatapan pembaca akhbar Cahaya Suci.

“Ayah mengambil upah menoreh getah di kebun kepunyaan Pak

Majid. Pak Majid ada seorang anak lelaki bernama Rosli. Dia ni kaki

judi. Bila Pak Majid meninggal dunia dia telah menggadaikan kebun

getah. Untuk membayar hutang judi. Akibatnya ayah hilang

pekerjaan,” tambah Rahim lagi.

“Ayah dan ibu Im ada tanah pusaka?” celahnya sambil

tangannya berhenti menulis dan melihat muka Rahim yang penuh

dengan kesayuan apabila bercerita tentang keluarganya.

“Arwah atuk sebelah mak ada meninggalkan sebidang tanah

pusaka. Tapi dibolot oleh Pak Usu adik mak yang tamakkan harta,”

Rahim membalas.

“Kerana kasihan melihat kesusahan yang ditanggung oleh

keluarga sejak ayah tidak lagi menoreh getah di kebun arwah Pak

Majid maka saya mengambil keputusan untuk mencari kerja di Kuala

Lumpur. Dengan harapan dapat meringankan penderitaan keluarga

dan menyara persekolahan adik-adik saya,” ucap Rahim.

131

“Im ada abang dan kakak?” Khairil bertanya.

“Im anak sulung, bang!” jawabnya.

“Begitu!” Khairil mengangguk-anggukkan kepala.

“Memang jadi tanggungjawab anak sulung untuk membantu

keluarga bila jadi begini,” sambung Khairil pula sebaliknya.

“Puas Im mencari kerja di Kuala Lumpur. Tapi semua tak dapat,”

dia memberitahu Khairil yang kelihatan sedang menulis apa yang

diceritakannya di dalam buku.

“Maklumlah zaman sekarang dengan kelulusan yang Im ada

manalah layak nak dapat kerja yang bagus. Kalau ada pun jadi

penghantar surat. Itu pun kalau ada rezeki.” Dia sedar dengan

kelulusan yang dimilikinya.

“Sehinggalah pada satu hari Im bertemu dengan Abang Jeffri.”

Dia semakin rancak bercerita.

“Abang Jeffri?” Khairil mengulang nama itu.

132

“Ya, bang!” angguknya dengan cepat.

“Waktu tu Im sedang minum di sebuah restoran. Dia Nampak

muka Im macam orang yang susah hati. Dia pun datang ke tempat Im

duduk dan bertanya kenapa nampak muram aje,” dia menambah.

Khairil lalu berhenti daripada menulis apabila mendengar kata-

kata Rahim itu kerana amat berminat untuk mengetahui tentang

Abang Jeffri.

“Apa kaitannya Abang Jeffri dengan kisah Im ini?” dengan pantas

dia mencelah.

“Dialah yang menyebabkan Im terlibat dengan kegiatan

merempit,” jelasnya pada Khairil.

“Menarik!” sambut Khairil dengan mengangguk-anggukkan

kepala.

“Maknanya Abang Jeffri yang Im temui sewaktu minum di

restoran telah membawa Im masuk ke dalam dunia mat rempit?” dia

bertanya.

133

“Benar, bang!” dia lantas mengangguk-anggukkan kepala bila

menjawab pertanyaan Khairil.

“Waktu tu Im tak berfikir panjang akan bahaya merempit. Sebab

terpedaya dengan janji hadiah wang yang lumayan. Bila menang

dalam berlumba motosikal. Seperti yang dijanjikan oleh Abang Jeffri,”

terangnya lagi.

“Selalu Im menang dalam berlumba?” tak putus-putus Khairil

menyoal.

“Boleh dikatakan selalu jugak, bang!” angguknya pula.

“Saya dan kawan-kawan bertanding dengan Roy dan kawan-

kawannya,” sambungnya lagi.

“Maknanya Im dan kawan-kawan menunjukkan kejaguhan di

atas jalan raya secara berkumpulan?” tanya Khairil sambil memandang

Rahim yang duduk bertentangan dengannya.

“Begitulah, bang!” Rahim mengangguk-anggukkan kepala.

134

“Saya dan kawan-kawan bertanding untuk Abang Jeffri. Manakala

Roy dan kawan-kawannya pulak bertanding untuk Simon,” dia

menambah.

“Maksud Im mereka berdua bertaruh?” pintasnya.

“Ya, bang! Pertaruhan mereka besar. Kedua-duanya orang kaya.

Pakai kereta mewah. Apa sebenarnya kerja mereka saya tak tahu!”

Rahim memberikan penjelasan kepada Khairil.

“Jadi maknanya wang daripada hasil memenangi perlumbaan

haram selama ini yang telah menyara hidup Im di Kuala Lumpur ni?”

Pertanyaan yang diajukan oleh Khairil kepada Rahim.

“Memang benar, bang. Setiap bulan saya akan pulang ke

kampung untuk menghantar wang kepada keluarga. Dan keluarga

saya taklah lagi hidup susah seperti sebelum ni. Adik-adik saya pun

dapat belanja sekolah.” Jawapan yang diberikan oleh Rahim.

“Ayah dan ibu Im ada tak bertanya dari mana Im dapat wang

yang banyak?” Soalan daripada Khairil yang terus menghujani seorang

anak remaja lelaki yang berasal dari kampung. Yang datang ke Kuala

Lumpur untuk mencari rezeki dan menyara kehidupan keluarga. Tapi

135

malangnya terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral iaitu

merempit.

“Ada, bang! Tapi Im tipu ayah dan ibu. Dengan mengatakan Im

mendapat kerja yang bagus …!” dia bersuara perlahan.

Dari raut wajah Rahim jelas kelihatan rasa penyesalan yang

teramat sangat dengan apa yang telah dilakukannya selama ini di

mana memberikan wang yang haram dan ditegah keras oleh agama

kepada ayah, ibu dan adik-adiknya.

136

BAB 29

Ibu Aina lalu menuju ke pintu apabila kedengaran suara orang

memberi salam dari bawah rumah.

“Hah, kau rupanya, Tijah. Naiklah!” pelawanya setelah menjawab

salam yang diberikan oleh ibu Ismail itu.

Mak Tijah lalu naik ke rumah dan bersalaman dengan ibu Aina.

Kemudian dia lalu duduk di atas kerusi kusyen yang terdapat di ruang

tamu rumah.

“Macam mana, Kiah? Aina setuju ke?” dia menyoal.

“Entahlah, Tijah …,” ibu Aina sebaliknya membalas dengan

mengeluh apabila mendengar pertanyaan ibu Ismail itu.

137

“Susah aku nak cakap …,” sambungnya lagi.

“Kenapa pulak?” Mak Tijah pantas mencelah.

“Macam berat aje dia nak menerima Ismail sebagai pengganti

suaminya,” tambah ibu Aina.

“Tak layak ke anak aku untuk memperisterikan dia?” Kata-kata

yang tiba-tiba saja keluar daripada mulut Mak Tijah apabila mendengar

jawapan yang diberikan oleh ibu Aina itu.

“Janganlah fikir sampai ke situ pulak, Tijah,” kata ibu Aina.

“Habis tu? Kenapa dia tak beri keputusan?” tanya Mak Tijah

sambil melihat muka ibu Aina.

“Aku akan pujuk jugak dia supaya berkahwin dengan Ismail,”

janji ibu Aina pula.

“Eloklah tu, Kiah!” sokong Mak Tijah sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

138

“Kita ni buat perkara yang baik untuk dia. Harap-harap dia

setujulah bila kau pujuk nanti.” Mak Tijah tetap menaruh harapan yang

tinggi untuk bermenantukan Aina.

“Kau duduklah dulu ya, Tijah. Aku nak ke dapur buat minuman,”

ibu Aina bersuara sambil bangun daripada duduk di atas kerusi kusyen.

“Alah, tak usahlah kau susah-susah. Aku pun dah nak balik ni,”

tolak Mak Tijah.

“Kejap aje aku buat minuman. Lagipun adat tetamu datang ke

rumah kenalah dilayan. Apa? Kau dah lupa ke?” usik ibu Aina sambil

memandang muka Mak Tijah bercampur dengan senyuman.

“Yalah! Air sejuk pun tak apa!” jawab Mak Tijah dengan gurauan.

Ibu Aina kemudian lalu beredar ke dapur. Di luar suara angin

bernyanyi riang jelas kedengaran menyelubungi suasana petang yang

penuh dengan ketenangan dan keheningan.

Dalam pada itu Jeffri telah terserempak dengan Rahim ketika

sedang menikmati sarapan pagi di salah sebuah restoran mamak yang

terletak di Jalan Bukit Mewah.

139

“Abang tak sangka. Yang abang dapat berjumpa dengan Im lagi.

Abang ingatkan Im dah mati. Rupanya Im masih hidup lagi,” dia

bersuara gembira.

“Alhamdulillah, bang!” balas Rahim.

“Umur Im masih panjang, bang,” celahnya lagi.

“Dengar cerita Im dah tak tinggal lagi dengan kawan-kawan.

Betul ke?” Dia ingin kepastian daripada Rahim.

“Ya, bang!” angguk Rahim dengan pantas.

“Im tak nak lagi berkawan dengan kaki rempit macam dia orang.

Im dah nasihatkan dia orang supaya berhenti daripada menjadi mat

rempit. Tapi dia orang tak nak. Sebab itulah Im pindah ke tempat lain,”

dia menjelaskan kepada Jeffri.

Rasa terkejut jelas nampak di muka Jeffri apabila mendengar apa

yang dikatakan oleh Rahim itu.

“Eh! Kenapa dengan tiba-tiba saja Im berubah ni?” Jeffri

bertanya.

140

“Kemalangan yang telah menimpa Im akibat daripada merempit

telah benar-benar menginsafkan Im. Im telah berjanji kepada diri Im

untuk menjadi manusia yang berguna dan tidak lagi melibatkan diri

dengan kegiatan yang tidak sihat seperti merempit,” terangnya.

Jeffri semakin berasa terperanjat dengan perubahan yang telah

dilakukan oleh Rahim semenjak terlibat dengan kemalangan sewaktu

berlumba dengan Roy dan kawan-kawannya.

“Apa yang Im merepek ni?” Wajah Jeffri berkerut kerana hairan

dengan tiba-tiba saja Rahim berubah sikap.

“Ini bukan merepek, bang. Tapi ini adalah kenyataan,” ujarnya.

“Kenyataan apa, Im?” Jeffri cepat memintas dengan rasa pelik

terhadap perubahan yang berlaku dalam diri Rahim masih lagi

kelihatan menebal di mukanya.

“Remaja seperti Im seharusnya tidak melibatkan diri dengan

perkara yang boleh meruntuhkan akhlak dengan merempit. Im

seharusnya membuat perkara yang mendatangkan kebaikan dan

menguntungkan. Bukan sahaja pada diri Im bahkan juga pada keluarga

dan masyarakat,” dia menjawab.

141

“Sudah!” potong Jeffri dengan cepat.

“Abang nak Im lupakan semua tu. Im mesti bersama dengan

kawan-kawan semula untuk merempit. Apa? Im dah lupa ke. Dengan

merempitlah Im dapat duit yang mewah,” Jeffri mengingatkan Rahim

semula.

Namun begitu Rahim tidak mudah terpengaruh dengan apa yang

dikatakan oleh Jeffri itu.

“Itu dulu, bang. Tapi sekarang tidak!” Dia tetap berkeras dengan

menggeleng-gelengkan kepala.

“Im!” sampuk Jeffri pula sebaliknya dalam nada suara yang

berbunyi keras sebagai tanda berasa tidak senang dengan jawapan

yang diberikan oleh Rahim itu.

“Im dah nekad, bang. Tak akan kembali semula untuk merempit.

Im harap abang hormati keputusan Im ini.” Dia kemudiannya pantas

bangun dan meninggalkan Jeffri yang berasa amat kecewa dan

kebingungan apabila Rahim yang selama ini menjadi ayam jantan

buatnya bertaruh dengan Simon melalui pertarungan lumba haram

142

motosikal dengan Roy dan konco-konconya membuat keputusan yang

amat memeranjatkan dengan tidak mahu lagi terlibat dengan kegiatan

merempit. Yang selama ini mendatangkan keuntungan yang mewah

kepadanya apabila Rahim dan kawan-kawannya menang dalam

perlumbaan.

“Tak apa, Im!” katanya sendirian dengan mengangguk-

anggukkan kepala.

“Ini Jeffri. Tak mudah mengalah. Aku pasti. Satu hari nanti kau

akan kembali semula merempit!” Ternyata dia masih lagi belum

berputus asa untuk memujuk Rahim.

Jeffri kemudiannya lalu bangun dan berlalu pergi dari situ dengan

kereta mewah miliknya Mercedes Benz berwarna hitam. Namun begitu

tanpa disedarinya gerak-gerinya bersama dengan Rahim sewaktu

berada di dalam restoran telah diperhatikan oleh salah seorang

daripada ahli kumpulan Roy.

Sementara itu Khairil memberitahu Encik Jonid yang Rahim telah

berhenti daripada menjadi mat rempit.

“Alhamdulillah!” sambut Encik Jonid.

143

“Akhirnya dia sedar yang selama ini apa yang dilakukannya

adalah sia-sia belaka dan tidak berfaedah,” dia menambah lagi.

“Kita mesti beri sokongan dan bantu dia supaya dapat menjalani

kehidupan yang baru,” Khairil menyampuk.

“Memang benar apa yang awak katakan tu!” angguk Encik Jonid

pula sebaliknya.

“Sekurang-kurangnya kita mesti bantu dia untuk dapatkan

pekerjaan,” dia menyambung.

“Memang tepat sekali dengan apa yang Encik Jonid cakapkan tu.

Saya cadangkan kita ambil saja dia bekerja di syarikat ni. Itu pun kalau

Encik Jonid tak keberatan,” ucap Khairil.

“Bagus jugak cadangan awak tu!” sokong Encik Jonid sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

Rasa kesejukan yang dikeluarkan oleh alat penghawa dingin

jelas terasa di seluruh ruang bilik Encik Jonid. Kegembiraan nampak

terlukis di riak wajah Khairil bila Encik Jonid menerima cadangannya

untuk mengambil Rahim bekerja di syarikat ini.

144

“Kebetulan Rashid penghantar surat syarikat kita akan berhenti

hujung bulan ni. Sebab dia dapat kerja baru. Bolehlah Rahim ganti

tempat dia,” dia bersuara lagi.

BAB 30

Khairil lalu menyampaikan berita gembira kepada Rahim yang

Encik Jonid telah menerima cadangannya untuk mengambil dia

bekerja.

“Terima kasih, bang!” Itulah kata yang hanya mampu diluahkan

oleh Rahim.

“Kerana telah mencadangkan kepada Encik Jonid untuk

mengambil saya bekerja. Walaupun sebagai penghantar surat,”

katanya lagi dengan rasa kegembiraan jelas kelihatan di mukanya.

“Syukur alhamdulillah, Im!” Khairil sebaliknya membalas.

145

“Dah rezeki Im dapat kerja ni. Tambah pulak ada kekosongan di

syarikat tempat abang bekerja tu,” dia menyambung.

“Abang banyak membantu Im. Mula-mula dengan menyedarkan

Im agar tidak terlibat dengan kegiatan merempit. Sekarang tolong Im

pulak untuk dapatkan kerja. Tak tahulah macam mana Im nak balas

budi baik yang abang taburkan pada Im,” celah Rahim.

“Apa yang abang lakukan semua ini adalah ikhlas semata-mata

untuk menolong Im. Tanpa mengharapkan sebarang balasan. Abang

harap Im akan bekerja dengan penuh kesungguhan dan menjadi

pekerja cemerlang,” dia berharap.

“Insya-Allah, bang!” Rahim pantas mengangguk-anggukkan

kepala apabila mendengar apabila mendengar apa yang dikatakan

oleh Khairil itu.

“Im akan ingat sentiasa pesan abang,” janjinya pada Khairil.

“Baguslah kalau macam tu!” Khairil menyambut.

“Abang juga berharap selain daripada bekerja Im akan belajar

lagi,” katanya.

146

“Belajar lagi?” ulang Rahim pula sebaliknya.

“Ya, Im!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

“Im masih muda lagi. Ilmu pengetahuan amat penting dalam

hidup ini. Im belajarlah bersungguh-sungguh sampai masuk universiti.

Untuk kejayaan di masa depan Im.” Dia memberi galakan kepada

Rahim.

“Tapi Im tak pandai dalam pelajaran, bang …,” Rahim berterus-

terang dalam nada suara yang perlahan bunyinya namun jelas dapat

didengar oleh Khairil.

“Jangan jadikan ia sebagai halangan, Im. Rajin dan usaha adalah

tangga kejayaan. Kalau orang lain boleh berjaya dalam pelajaran

kenapa Im tidak boleh berjaya. Im! Abang yakin yang Im boleh lulus

dengan cemerlang.” Dia terus menyuntikkan semangat ke dalam diri

bekas mat rempit itu.

Rahim lantas terdiam memikirkan dorongan yang diberikan oleh

Khairil agar dia belajar lagi. Dia kemudiannya lalu menarik nafas yang

panjang dan memandang wajah Khairil.

147

“Baiklah, bang!” angguk Rahim.

“Im akan belajar lagi!” katanya.

Khairil berasa amat gembira sekali bila mendengar kata-kata

yang dikeluarkan oleh Rahim itu.

“Abang doakan moga Im berjaya masuk universiti,” Khairil

bersuara.

“Terima kasih, bang!” dia membalas dengan mengangguk-

anggukkan kepala.

Aina menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan keluar

membeli-belah bersama dengan Sofia. Mereka kemudiannya singgah

minum di restoran yang terdapat di pusat membeli-belah.

“Sofia seganlah bila akak belikan barangan keperluan untuk

menyambut kelahiran bayi,” luah Sofia pada Aina.

“Tak apalah, Sofia. Kan ke kita dah mengaku macam adik-

beradik. Akak beli pun untuk anak buah akak yang bakal lahir tak lama

lagi. Yang penting Sofia selamat melahirkan anak,” dia menjawab.

148

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Aina. Panggilan

daripada ibunya.

“Kejap ya, Sofia. Biar akak jawab panggilan ni dulu,” katanya.

Sofia sebaliknya hanya mengangguk-angguk diam saja.

“Assalamualaikum, mak,” dia memberi salam pada ibunya.

“Waalaikumsalam,” ibunya membalas.

“Mak apa khabar?” tanyanya lagi.

“Alhamdulillah baik. Mak Tijah emak Ismail datang ke rumah

semalam. Tanyakan tentang lamarannya tu. Kau setuju ke?” soal

ibunya.

“Berilah peluang untuk Aina fikirkannya, mak,” ujarnya.

Ternyata jawapan yang diberikannya itu tidak menyenangkan

hati ibunya.

“Kenapa kau ni degil sangat hah, Aina!” lepas ibunya pula.

149

“Kau tak kasihan ke kat mak kerana menghampakan harapan

mak dan Mak Tijah untuk melihat kau dan Ismail hidup bersama,”

ibunya menambah lagi dalam nada suara yang berbunyi kecewa.

“Mak …!” dia merayu lembut.

“Sabarlah. Aina minta tolong sangat dengan mak. Berilah Aina

peluang untuk memikirkan lamaran Abang Ismail tu. Ini bukan perkara

kecil, mak. Aina tak mahu kisah luka yang telah terjadi dalam diri Aina

berulang kembali,” ulangnya.

“Mak faham, Aina. Tapi soalnya sekarang sampai bila mak dan

Mak Tijah nak menunggu jawapan daripada kau.” Ibunya tak henti-

henti mendesaknya.

“Aina akan berikan keputusan. Mak tak usahlah bimbang. Tapi

buat sementara waktu ni sekali lagi Aina merayu. Berilah Aina waktu

untuk memikirkan perkara ni,” ucapnya lagi.

“Yalah mak tunggu,” ibunya berkata pula sebaliknya.

150

“Terima kasih, mak. Kerana memahami perasaan Aina,” dia

mencelah dengan pantas.

“Assalamualaikum!” ibunya mengakhiri perbualan di telefon

dengan memberi salam.

“Waalaikumsalam, mak!” Aina menjawab.

“Emak akak telefon ke?” Sofia menyoal setelah Aina selesai

bercakap dengan ibunya.

“Ya, Sofia!” dia mengangguk-anggukkan kepala dengan di

wajahnya jelas kelihatan sedang memikirkan apa yang dikatakan oleh

ibunya tadi.

“Tentang lamaran Abang Ismail,” nyatanya pada adik angkatnya

itu.

Kawan Roy memberitahu yang dia ternampak Jeffri dan Rahim

berjumpa di restoran pagi tadi.

“Jeffri memujuk Rahim supaya kembali berlumba. Tapi dia tak

mahu!” jelasnya pada Roy.

151

“Mana kau tahu semua ni, hah?” Roy mengangkat kepala tinggi

menyoal kawannya.

“Aku curi dengar, Roy. Sebab waktu tu aku dalam restoran,” dia

menerangkan.

“Ah! Aku tak peduli. Walaupun dia tak berlumba lagi tapi aku

tetap akan hancurkan dia!” tengking Roy yang jelas berasa amat

marah dan tidak boleh mendengar nama musuh ketatnya itu.

“Jeffri pun masih nak tunjuk keras kepala. Tak nak bayar hutang

aku. Dia benar-benar nak mencabar aku dan aku tak boleh berdiam

diri. Dia mesti dihapuskan!” Simon yang selama ini berdiam diri lalu

menyampuk sambil melepaskan rasa geram dan marah.

Roy lalu mendongakkan kepala ke atas memikirkan apa yang

harus dilakukan pada Rahim dan Jeffri. Dia kemudiannya pantas

memalingkan muka ke arah Simon yang dendamnya terhadap Jeffri

masih lagi belum padam.

152

“Nampaknya matlamat kita sama, Simon. Kita tak boleh biarkan

dia orang tu terus hidup di atas dunia ini. Kita tamatkan saja riwayat

mereka!” putusnya dalam nada suara yang keras.

“Memang itulah yang patut kita lakukan!” sokong Simon pula

sebaliknya.

“Tapi tak semudah itu, Simon!” dia menggeleng-gelengkan

kepala.

“Ada syaratnya!” tambahnya lagi.

“Syarat?” Simon berasa amat terkejut apabila mendengar kata-

kata Roy itu sambil mengangguk-anggukkan kepala dan melihat Roy

yang kelihatan sedang berdiri berhadapan dengannya.

“Ya!” angguk Roy pula sebaliknya dengan cepat.

“Apa syaratnya, Roy?” potong Simon dengan pantas kerana ingin

tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Roy itu.

153

“Rahim adalah makanan aku. Jadi aku sendiri yang akan

hapuskan dia. Jeffri adalah makanan kau. Jadi kau sendiri yang akan

hapuskan dia. Faham?” dia menerangkan pada Simon.

“Aku setuju sekali dengan rancangan kau tu, Roy!” sambut

Simon.

Malam ini Roy dan kawan-kawannya merancang untuk

merompak kedai 7-Eleven di Jalan Bahagia.

BAB 31

Khairil memberitahu Encik Jonid untuk mencalonkan Pak Rahman

sebagai penerima Anugerah Penulis Puisi Kemerdekaan.

“Memang bagus cadangan awak tu, Khairil. Dengan pemberian

anugerah ini menjadi tanda penghargaan kita di atas segala jasa dan

sumbangan yang telah diberikan oleh Pelita Bangsa dalam

memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui puisi yang

154

ditulisnya,” Encik Jonid menyatakan sokongan terhadap usaha murni

Khairil itu.

“Sewajarnyalah kita memberi pengiktirafan sebegini kepada

beliau. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak

membangkitkan rasa semangat dan kecintaan yang tinggi agar

masyarakat sentiasa menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi oleh

negara,” dia berkata.

“Jasa pejuang kemerdekaan seperti Pelita Bangsa amat besar,”

celah Encik Jonid pula.

“Memang saya tak nafikan apa yang Encik Jonid cakapkan tu.

Sementara dia masih hidup inilah kita harus mengenang apa yang

telah dicurahkannya. Untuk kita dapat hidup dalam sebuah negara

yang bernama merdeka pada hari ini,” tambahnya lagi.

“Saya amat bersetuju sekali dengan apa yang awak cakapkan tu.

Kita tak mahu nanti bila dia dah tak ada barulah kita nak mengenang

jasa dia. Sedangkan semasa dia masih hidup kita tidak menghargai

sumbangan yang telah dicurahkannya selama ini. Dalam

membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah,” Encik Jonid

menambah.

155

“Jadi, saya minta awak siapkan maklumat dan sumbangan Pelita

Bangsa dalam bidang penulisan yang meniupkan semangat

perjuangan kemerdekaan tanah air untuk dihantar kepada ahli

jawatankuasa pemilihan anugerah,” arahnya pada Khairil.

“Baiklah, Encik Jonid!” angguk Khairil pula sebaliknya dengan

pantas.

“Saya akan siapkannya dengan secepat mungkin,” dia berjanji.

Khairil lalu menyatakan hasratnya kepada Pak Rahman untuk

mencalonkan dia sebagai penerima Anugerah Penulis Puisi

Kemerdekaan.

“Pak Rahman tak perlukan anugerah tu!” dia menolak.

“Anugerah ini adalah untuk mengenang jasa yang telah Pak

Rahman taburkan,” jelas Khairil.

“Khairil …!” dia bersuara lembut sambil merenung dalam-dalam

muka Khairil. Macam renungan seorang ayah kepada anak yang

dikasihinya.

156

“Pak Rahman berjuang selama ini bukan untuk mendapat nama

dan balasan. Tapi cukuplah dengan anak-anak dan cucu-cucu Pak

Rahman dapat hidup bebas dan aman daripada rantai penjajah,”

katanya lagi.

“Benar Pak Rahman!” Khairil menyatakan sokongan dengan apa

yang dikatakan oleh Pak Rahman itu dengan mengangguk-anggukkan

kepala.

“Nikmat kemerdekaan yang dirasai oleh anak-anak dan cucu-

cucu Pak Rahman pada hari ini adalah hasil daripada pengorbanan dan

perjuangan Pak Rahman. Jadi, sememangnyalah Pak Rahman layak

diberikan penghormatan dengan menerima anugerah ini,” ucapnya.

“Terima kasih Khairil kerana bersusah payah memberikan Pak

Rahman anugerah ini,” Pak Rahman membalas.

“Berilah anugerah ini kepada pejuang kemerdekaan yang lain

yang lebih layak untuk menerimanya.” Dia tetap dengan pendiriannya

untuk menolak anugerah yang bakal diterimanya sekiranya

pencalonannya dterima oleh ahli jawatankuasa pemilihan.

157

Sepertimana yang dirancangkan Roy bersama dengan 2 orang

kawannya menaiki motosikal menuju ke Jalan Bahagia untuk

merompak kedai 7-Eleven yang terdapat di situ.

Sebelum ini mereka bertiga sudah membuat tinjauan dan

mendapati tempat yang mereka hendak rompak selamat daripada

polis. Setibanya di kedai tersebut mereka bertiga yang memakai

topeng lalu mengacukan pisau kepada juruwang wanita.

“Serahkan semua wang kalau nak selamat!” arah Roy dengan

keras.

Juruwang wanita lalu terketar-ketar kerana berasa takut dengan

ugutan Roy itu. Sedang juruwang wanita itu hendak menyerahkan

semua wang kepada Roy tiba-tiba Rahim pun masuk ke dalam kedai

untuk membeli barang.

“Kau jangan nak jadi hero. Aku memang dah lama berdendam

dengan kau. Kali ini kau akan mampu!” Roy bersuara.

Rahim berasa terperanjat kerana perompak yang memakai

topeng itu kenal dia. Tambah pulak suara dan susuk tubuhnya yang

158

biasa didengar dan dilihatnya. Dia lalu memberanikan diri membuka

topeng yang menutupi muka perompak itu.

“Kau Roy!” dia berkata dengan rasa terkejut.

“Ya, aku!” angguk Roy pula sebaliknya dengan pantas.

“Nah, kau terima ni!” Roy lalu menyerang Rahim dengan pisau

namun dapat dielak olehnya.

“Kau berdua tunggu apalagi. Hapuskan nyawa si bangsat ni!”

Roy mengarahkan dua orang kawannya supaya membunuh Rahim.

Mereka berdua yang turut bersenjatakan pisau mengikut arahan

Roy dengan menyerang Rahim tapi dia dapat mempertahankan dirinya

dengan melepaskan pukulan padu pada badan kedua-dua mereka.

Akibatnya mereka jatuh tertiarap di atas lantai sambil mengerang

kesakitan.

“Apalah kau orang ni. Dia seorang pun tak boleh lawan. Memang

tak boleh harap!” herdik Roy.

159

Dia kemudiannya lalu memandang Rahim yang kelihatan

bersedia untuk menerima serangan daripadanya dengan rasa penuh

marah dan geram.

“Ini lawan kau yang sebenarnya!” Sekali lagi Roy menyerang

Rahim dengan pisau. Tapi Rahim dapat mengelak dengan melepaskan

satu tumbukan kuat ke muka Roy. Dia menerima nasib yang sama

seperti dua orang kawannya itu. Jatuh terlentang di atas lantai

bersama rasa sakit yang amat sangat di mukanya.

Dalam pada itu juruwang wanita perlahan-lahan bersembunyi di

bawah meja dan menelefon polis dengan telefon bimbitnya. Dua orang

kawan Roy terus menyerang Rahim. Salah seorang daripadanya dapat

melepaskan tumbukan yang kuat pada muka Rahim sehingga dia

terjatuh.

“Aku bunuh kau!” pekik Roy dengan sekuat-kuat hatinya sambil

meluru bersama pisau untuk menikam Rahim yang jatuh di atas lantai.

Rahim sebaliknya dapat mengelak dengan melepaskan sepakan

yang kuat pada perut Roy sehingga dia jatuh tersungkur. Kemudian

Rahim pantas bangun dan membalas pukulan 2 orang kawan Roy yang

cuba untuk menyerangnya.

160

“Kali ni kau mampus!” Roy lalu bangun sambil menjerit dan

meluru ke arah Rahim bersama pisau yang sentiasa melekat di

tangannya untuk menikam Rahim.

Tapi Rahim dapat mengelak tikaman yang cuba dihalakan oleh

Roy itu dan sebaliknya mengenai perut salah seorang daripada kawan-

kawannya.

“Kau … tikam … aku … Roy ….” Nada suara kawannya tersekat-

sekat dan lalu rebah di atas lantai bersama lumuran darah dan

mengerang kesakitan. Dia kemudiannya tidak bergerak lagi.

Tak lama kemudian kedengaran siren kereta polis. Roy dan

kawannya saling berpandangan.

“Polis …!” kata kawannya dalam ketakutan.

“Jangan bergerak. Lebih baik awak bertiga menyerah diri!” ujar

anggota polis sambil mengacukan pistol ke arah Rahim, Roy dan

kawan-kawannya.

161

“Encik! Yang merompak dia dua orang ni,” juruwang wanita

memberitahu kepada anggota polis sambil tangannya menunjuk

kepada Roy dan kawannya.

“Dia ni yang membantu melawan perompak dua orang ini,”

jelasnya lagi sambil tangannya menunjuk pula kepada Rahim.

Sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata juruwang wanita itu

Roy dan kawannya lalu ditangkap oleh polis.

BAB 32

Keesokan harinya terpampang di dada akhbar berita mengenai

keberanian Rahim menumpaskan kegiatan rompakan yang cuba

162

dilakukan oleh Roy dan kawan-kawannya di kedai 7-Eleven di Jalan

Bahagia.

“Abang ucapkan tahniah dengan apa yang Im lakukan,” Khairil

berkata.

“Bagi Im pujian tidak penting.” Dia sebaliknya merendah diri

apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Khairil itu.

“Yang penting Im dapat melaksanakan tanggungjawab untuk

membantu pihak polis mencegah jenayah. Terutamanya di kalangan

remaja yang seusia dengan Im,” sambungnya lagi.

“Seharusnya semangat dan keberanian Im dicontohi oleh remaja

lain,” tambah Khairil.

“Dengan tertangkapnya Roy dan kawan-kawannya pihak polis

telah dapat menyelesaikan kes rompakan di stesen-stesen minyak di

sekitar Kuala Lumpur yang telah dilakukan oleh mereka selama ini,”

dia menerangkan pada Rahim.

163

“Jadi, selain daripada merempit Roy dan kawan-kawannya juga

terlibat dengan kegiatan jenayah?” Rahim berasa amat terperanjat

dengan apa yang diberitahu oleh Khairil itu.

“Benar, Im!” Khairil mengangguk-anggukkan kepala dengan

pantas.

“Menurut polis lagi mereka juga sedang mencari seorang lelaki

yang bernama Simon. Dia telah menjadikan Roy dan kawan-kawannya

sebagai umpan untuk meraih keuntungan melalui kegiatan jenayah,”

jelasnya.

Setibanya di rumah wajah Wardiah nampak muram dan tidak

ceria seperti selalu.

Dari raut muka yang ditunjukkan oleh Wardiah itu Aina telah

dapat menduga. Tentu ada sesuatu yang menyedihkan menyelubungi

hatinya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah Wardiah yang

duduk di atas kerusi. Bersama dengan rasa kesayuan yang kelihatan

semakin menebal di wajahnya. Untuk mengetahui apa yang

sebenarnya telah terjadi pada dirinya.

“Kenapa dengan kau ni, Wardiah?” dia menyoal.

164

“Aku tengok kau macam ada masalah aje,” katanya lagi.

Wardiah tidak menjawab pertanyaan kawan serumahnya itu. Dia

sebaliknya hanya menundukkan kepala. Bersama rasa kesayuan yang

jelas kelihatan di wajahnya.

“Kenapa ni? Selalu kau tak macam ni. Cakaplah. Apa sebenarnya

masalah kau ni? Manalah tahu kalau boleh aku tolong,” dia tak putus-

putus mendesak Wardiah.

Mendengarkan saja kata-kata Aina itu Wardiah lalu mengangkat

kepala dengan lemah dan memandang muka Aina. Yang nampak

sedang menanti jawapan yang akan diberikannya.

“Shahrul …!” dia bersuara perlahan dan terus menangis.

“Kenapa dengan dia?” tanya Aina pula sebaliknya.

“Dah seminggu aku tak jumpa dia. Aku cuba hubungi dia. Tapi

dia matikan telefon. Aku pergi ke rumah dia. Tapi kawan serumah dia

beritahu dia dah pindah,” jelasnya pada Aina.

165

“Pindah?” Terkejut Aina apabila mendengar apa yang dikatakan

oleh Wardiah itu.

“Sedih aku, Aina. Tergamak dia tinggalkan aku. Sedangkan dia

dah berjanji nak kahwin dengan aku. Bukan itu saja. Wang yang aku

beri untuk dia buat modal berniaga pun lesap …!” luah Wardiah sambil

menangis teresak-esak.

“Sabar! Sabar, Wardiah!” dia menenangkan Wardiah dengan

memeluknya erat.

Simon sedikit pun tidak berasa gentar. Apabila Roy dan kawan-

kawannya berjaya diberkas oleh polis. Berbanding dengan saki-baki

kawan-kawan Roy. Mereka benar-benar berasa ketakutan.

“Kita sekarang berada dalam bahaya!” kata Eddy dalam nada

suara yang berbunyi cemas.

“Polis tentu dah tahu tempat kita bersembunyi,” dia menambah

lagi dengan rasa kerisauan jelas kelihatan di wajahnya. Sambil berjalan

mundar-mandir sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.

166

Hatinya juga tidak tenteram memikirkan nasib yang bakal

dterima nanti. Apabila dia dan kawan-kawan yang lain dapat ditangkap

oleh pihak polis. Sudah pasti seperti Roy dan kawannya yang seorang

lagi. Disumbatkan ke dalam lokap. Kemudian akan dijatuhkan

hukuman setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan

selama ini.

“Ah! Apa yang nak ditakutkan. Biarkan mereka datang. Tahulah

aku macam mana nak ajar dia orang nanti!” Simon sebaliknya

bersuara dengan rasa penuh bongkak.

Tanpa mereka sedari seluruh kawasan rumah yang menjadi

tempat persembunyian mereka telah dikepung oleh polis. Inspektor

Fauzi lalu mengarahkan anggotanya supaya bersiap sedia untuk

bertindak memberkas Simon dan kawan-kawan Roy.

Perbualan antara Simon dan Eddy yang membincangkan

mengenai polis sedang memburu mereka lantas terhenti. Bila

kedengaran bunyi pintu rumah terbuka. Seperti ditendang orang

dengan kuat.

“Polis!” Inspektor Fauzi muncul bersama dengan anggotanya.

Sambil menghalakan pistol ke arah Simon, Eddy dan kawan-kawannya.

167

Memang tepat sangkaan Eddy. Polis sudah mengetahui tempat

persembunyian mereka. Dia dan kawan-kawannya cuba untuk

melawan. Dan melarikan diri. Namun dapat diberkas oleh polis.

“Jahanam!” Simon berkata kuat sambil mengeluarkan pistol dari

dalam bajunya dan cuba untuk melepaskan tembakan ke arah

Inspektor Fauzi.

Tapi Inspektor Fauzi lebih pantas melepaskan tembakan dan

mengenai dada Simon.

“Arghhh!” Dia mengerang menahan kesakitan sambil

memejamkan mata. Pistol yang berada di tangannya lalu terlepas.

Simon lalu jatuh di atas lantai dan tidak bergerak lagi.

Benar kata orang. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya

jatuh ke tanah juga. Tumpaslah seorang penjenayah yang dikehendaki

selama ini. Di tangan polis.

“Tuan! Kita dah jumpa barang-barang bukti kegiatan mereka,”

beritahu salah seorang anggota polis.

“Bagus!” balas Inspektor Fauzi.

168

“Sarjan!” panggilnya.

“Ya, tuan!” dia menjawab.

“Bawa mereka semua ke balai!” arahnya lagi.

“Baik, tuan!” dia mengangguk-anggukkan kepala sebagai tanda

menurut arahan ketuanya itu.

“Jalan! Jalan cepat!” Dia menyuruh Eddy dan kawan-kawannya

yang telah digari tangan agar keluar daripada rumah dan masuk ke

dalam kereta polis.

Begitu juga dengan Jeffri. Pergerakannya telah diekori sentiasa

oleh polis.

Selepas minum di sebuah restoran mamak dia lalu menuju ke

kereta. Tiga orang lelaki yang ditugaskan untuk mengawasi

pergerakannya lalu menghampirinya. Ketika Jeffri sedang membuka

pintu kereta tiba-tiba bahunya ditepuk oleh salah seorang daripada

lelaki itu.

169

Dia lalu menoleh ke belakang dan kelihatan tercegat tiga orang

lelaki. Yang tidak dikenalinya.

“Awak Jeffri?” tanya salah seorang daripada lelaki itu.

“Ya!” angguknya dengan pantas.

“Kami polis. Awak ditahan kerana terlibat mengatur perlumbaan

haram,” jelasnya lagi pada Jeffri. Tangannya lalu digari oleh salah

seorang daripada rakan setugas lelaki itu.

“Encik …! Nanti dulu, encik …!” Jeffri cuba untuk memberi

penjelasan kepada ketiga-tiga lelaki itu.

“Sudah! Bawa dia!” Lelaki itu mengarahkan kepada kedua-dua

rakan setugasnya itu agar Jeffri dibawa ke balai polis.

BAB 33

170

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti

bulan. Demikianlah pantasnya masa berlalu. Sofia telah selamat

melahirkan seorang bayi lelaki.

“Comel bayi ni,” ucap Aina.

“Sofia nak beri nama Mohd Nor Hafiz,” katanya pula.

“Apa pandangan akak tentang nama tu?” dia menyoal Aina.

“Elok juga nama tu,” sokong Aina.

“Sofia akan didik dia menjadi manusia yang berguna,”

tambahnya lagi.

Sementara itu kisah berkenaan Rahim, Sofia dan Pelita Bangsa

yang tersiar dalam akhbar Cahaya Suci mendapat sambutan yang

amat menggalakkan daripada pembaca.

“Tahniah, Khairil!” Encik Jonid bersuara sambil mengangguk-

anggukkan kepala. Rasa gembira juga jelas terukir di wajahnya.

“Awak dapat menyiapkan semua tugasan yang diberi,” dia

menyambung lagi.

171

“Terima kasih, Encik Jonid,” jawab Khairil pula.

“Semua ini adalah galakan dan sokongan daripada Encik Jonid.”

Dia sebaliknya merendah diri dan tidak merasa bangga. Dengan pujian

yang diberikan oleh ketua majikannya itu.

“Saya juga kagum dengan awak. Dapat mengubah Rahim untuk

meninggalkan kegiatan merempit. Sehingga menjadi wira dapat

mematahkan cubaan rompakan sepertimana yang tersiar dalam

akhbar,” Encik Jonid tak henti-henti memujinya.

“Saya hanya cuba untuk mengubah dia saja, Encik Jonid. Semua

ini adalah kuasa Tuhan,” ujarnya.

“Saya harap Rahim dapat membawa kejayaan apabila bekerja

dengan syarikat ini nanti,” Encik Jonid menambah.

“Lagi satu saya nak beritahu awak yang ahli jawatankuasa

pemilihan telah bersetuju untuk memberi Anugerah Penulis Puisi

Kemerdekaan kepada Pelita bangsa. Dia akan menerima anugerah itu

dalam satu majlis khas. Bersempena dengan ulang tahun

kemerdekaan negara pada tahun ini,” dia memberitahu Khairil lagi.

172

“Dia menolak anugerah itu, Encik Jonid,” Khairil membalas.

“Menolak? Kenapa?” Dia berasa amat terperanjat apabila

mendengar apa yang dikatakan oleh Khairil itu.

“Dia beritahu saya yang dia berjuang bukan kerana mahu nama

dan jasanya disanjung dan dijulang. Tapi semata-mata demi tanah air

yang tercinta,” terang Khairil.

“Dia nampaknya seorang yang merendah diri. Saya harap awak

teruslah pujuk dia supaya menerima anugerah ini,” harapnya.

“Insya-Allah, Encik Jonid!” angguk Khairil.

“Saya akan pujuk dia,” dia berjanji pada Encik Jonid.

Ismail menelefon Aina. Dia mengajak keluar makan tengah hari

bersama. Sambil membincangkan hal mereka berdua.

“Emak abang dah ceritakan semuanya,” ujarnya sambil menarik

nafas yang panjang.

173

“Abang faham perasaan Aina. Aina …. Abang benar-benar ikhlas

untuk menjadikan Aina sebagai isterinya,” luahnya lagi.

Aina sebaliknya memilih untuk berdiam diri saja. Bila mendengar

kata-kata Ismail itu.

Seperti juga jawapan yang diberikan kepada ibunya. Mulutnya

seolah-olah berat. Untuk memberikan keputusan sama ada bersetuju

atau tidak. Menerima lamaran kawan sekampungnya itu. Yang mesra

dipanggilnya abang. Malahan sudah dianggapnya macam abang

kandungnya sendiri.

“Abang sebenarnya dah lama jatuh hati dengan Aina,” dia

berterus terang.

“Tapi sudah menjadi ketentuan Tuhan yang jodoh abang adalah

dengan Suhana. Itu pun tak panjang,” tambahnya lagi.

“Bang …!” Aina bersuara perlahan.

“Pengalaman silam yang Aina lalui membuatkan Aina takut

untuk berkahwin lagi,” akuinya.

174

“Begitu jugak dengan abang, Aina,” dia memotong dengan

pantas.

“Tapi sampai bila kita nak biarkan ia terus membelenggu diri

kita,” dia mengingatkan Aina.

“Itu bagi abang. Tapi Aina tidak, bang!” Aina menjawab dengan

menggeleng-gelengkan kepala.

“Sekali terluka selama-lamanya akan tertanam di hati ini,”

katanya lagi.

“Abang minta Aina fikirkanlah perkara ini. Lupakanlah

pengalaman silam yang telah terjadi. Marilah kita bersama membina

penghidupan yang baru. Janganlah menghampakan harapan kedua-

dua ibu kita. Yang telah lama ingin berbesan. Sejak dari kita masih

kecil lagi,” nasihat Ismail dengan panjang lebar.

Sekali lagi Aina terdiam. Pabila mendengarkan apa yang

dikatakan oleh Ismail itu. Delima. Antara takut untuk menghadapi

pengalaman silam yang amat memedihkan. Yang pernah membasuh

hidupnya sebelum ini.

175

Tidak mahu menghampakan harapan wanita yang telah

melahirkannya ke dunia ini. Tidak lain tidak bukan. Ibunya sendiri.

Kejayaan polis menumpaskan kegiatan Simon dan Jeffri adalah

hasil daripada maklumat yang diberikan oleh Rahim.

“Saya ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah awak

berikan. Untuk membantu pihak polis melumpuhkan kegiatan

mereka,” kata Inspektor Fauzi kepada Rahim.

“Kedua-dua mereka memang telah lama dikehendaki oleh polis.

Jeffri sebelum ini pernah ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan

yang sama,” jelasnya lagi.

“Dia tak serik lagi dengan apa yang telah dilakukannya sebelum

ini,” celah Rahim pula sebaliknya.

“Nampaknya begitulah!” Inspektor Fauzi menyambung dengan

mengangguk-anggukkan kepala.

“Kerana hendak sangat mengejar keuntungan dia sanggup

melanggar undang-undang,” dia menambah.

176

“Semoga apa yang terjadi kepada mereka akan menjadi

pengajaran kepada yang lain. Supaya tidak terjebak dalam kegiatan

yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang di negara ini,” Khairil

yang selama ini berdiam diri lalu menyampuk.

“Memang benar kata Encik Khairil tu!” sokong Inspektor Fauzi.

“Apa yang nak saya tekankan di sini adalah sekiranya

masyarakat sentiasa memberi kerjasama kepada polis maka kadar

jenayah yang sentiasa berlaku di negara ini akan turun dari semasa ke

semasa,” nyatanya.

“Saya berasa amat bersyukur kepada Tuhan. Kerana telah

menyedarkan saya. Kalau tidak dah tentu saya akan menerima nasib

yang sama macam Jeffri,” Rahim berkata.

“Baguslah macam tu!” angguk Inspektor Fauzi pula sebaliknya

apabila mendengar kata-kata Rahim itu.

“Saya harap apa yang telah terjadi akan menjadi pengajaran

kepada awak. Dalam usia muda untuk menilai yang mana baik dan

yang mana buruk,” dia memberikan nasihat.

177

“Terima kasih, tuan!” dia membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Saya akan sentiasa ingat pesanan tuan itu,” sambungnya lagi.

“Di atas kerjasama yang telah awak berikan membantu pihak

polis menyelesaikan kes ini maka awak akan diberikan hadiah

penghargaan,” beritahu Inspektor Fauzi.

BAB 34

Pak Rahman tetap dengan keputusannya. Menolak untuk

menerima Anugerah Penulis Puisi Kemerdekaan.

178

“Apa yang Pak Rahman mahukan untuk melihat tanah air yang

tercinta ini bebas daripada belenggu penjajah telah pun tercapai. Jadi,

anugerah itu tak perlu bagi Pak Rahman,” dia bersuara tenang.

“Pak Rahman layak untuk menerima anugerah itu,” kata Khairil

pula sebaliknya.

“Ahli jawatankuasa pemilihan anugerah telah memilih Pak

Rahman berdasarkan kepada karya-karya yang Pak Rahman hasilkan

membangkitkan rasa semangat yang tinggi terhadap perjuangan

menentang penjajah,” tambahnya lagi.

“Bang …!” Mak Bedah isterinya menyampuk perlahan.

“Terima ajelah anugerah tu. Jangan hampakan harapan orang

yang mahu membalas jasa abang selama ni,” isterinya cuba memujuk.

“Betul kata Mak Bedah tu, Pak Rahman!” sokong Khairil dengan

pantas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Sayalah akan rasa gembira bila Pak Rahman menerima

anugerah itu,” dia menyambung.

179

Aina menasihatkan Aina agar melupakan apa yang telah terjadi

kepada dirinya.

“Perkara dah berlaku, Wardiah. Bak kata orang nasi sudah

menjadi bubur. Tak guna dikenang lagi,” katanya.

“Aku benar-benar menyesal, Aina,” luah Wardiah pula.

“Terlalu percaya dengan Shahrul. Sampai sanggup beri wang.

Kalau aku dengar cakap kau dulu tentu perkara ini takkan berlaku.”

Dia tak putus-putus meluahkan rasa penyesalan.

“Sudahlah tu!” ujar Aina apabila mendengar kata-kata yang

dikeluarkan oleh kawan serumahnya itu.

“Semua ini adalah dugaan yang harus kau terima. Dan kau harus

kuatkan semangat untuk menghadapinya,” dia menambah.

“Aku boleh terima semua tu, Aina,” Wardiah membalas.

“Tapi aku risau memikirkan nak bayar balik pinjaman yang aku

dah buat,” sambungnya.

180

“Kau jangan bimbang, Wardiah. Aku akan minta Persatuan Amal

Kasih untuk membantu menyelesaikan masalah kau,” janji Aina.

“Terima kasih, Aina. Kaulah satu-satunya kawan aku,” dia

menjawab dengan rasa lega dan gembira jelas terlukis di wajahnya.

Azman bercadang untuk menjemput Rahim memberikan

ceramah kepada golongan belia berkenaan bahaya merempit

berdasarkan daripada pengalaman yang telah dilaluinya.

“Sebagai pengerusi persatuan belia aku memandang program

seumpama ini dapat mendatangkan impak yang besar. Ia bukan saja

menjadi pengisian utama sempena sambutan hari belia peringkat

kebangsaan yang akan diadakan pada minggu depan. Tapi yang paling

utama meningkatkan kesedaran di kalangan belia agar menjauhkan

diri daripada kegiatan yang tidak sihat itu,” Azman berkata dengan

panjang lebar.

“Memang bagus program yang kau nak buat tu, Man!” Khairil

menyambut baik hasrat murni sahabat karibnya itu.

“Im setuju tak nak beri ceramah sepertimana yang diminta oleh

Encik Azman?” Dia kemudiannya bertanya kepada Rahim.

181

“Saya tak pandai nak bercakap depan orang ramai.” Jawapan

yang diberikan oleh Rahim sambil memandang muka Azman dan

Khairil silih berganti.

“Ini bukan soal pandai atau tidak bercakap depan orang ramai.

Paling utama Rahim membantu kempen untuk mencegah kegiatan

merempit di kalangan remaja,” celah Azman pula sebaliknya dengan

pantas.

“Betul apa yang dicakapkan oleh Encik Azman tu, Im,” sampuk

Khairil.

“Im berilah ceramah untuk membantu menjayakan kempen ini,”

ucapnya lagi.

Kata-kata Azman dan Khairil itu lantas menjadikan dia terdiam

seketika sambil menarik nafas yang panjang. Memikirkan betapa

tingginya harapan kedua-dua mereka padanya. Agar kempen untuk

membanteras gejala merempit di kalangan remaja dapat dilaksanakan.

Melalui ceramah yang bakal disampaikannya nanti kepada golongan

belia. Dalam satu program khas bersempena dengan sambutan hari

belia peringkat kebangsaan.

182

“Demi untuk melihat remaja yang seusia dengan saya tidak

terlibat dengan kegiatan merempit saya bersetuju untuk memberi

ceramah,” dia berkata.

Rasa kegembiraan lantas kelihatan di riak wajah Azman dan

Khairil apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Rahim itu.

BAB 35

Aina memberitahu Khairil mengenai lamaran Ismail yang benar-

benar membuatkan dia berada di persimpangan delima.

183

“Mak aku beria-ia suruh aku terima lamaran dia,” dia

menjelaskan kepada Khairil.

“Jadi, kau terima?” Khairil bertanya sambil mengangkat kepala

melihat mukanya.

“Aku rungsing bila memikirkannya,” balasnya.

“Kau hanya perlu untuk membuat keputusan,” potong Khairil

dengan pantas bila mendengar apa yang dikatakan oleh Aina itu.

“Tak semudah itu!” Dia sebaliknya menggeleng-gelengkan

kepala. Nyata tidak bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Khairil

itu.

“Sebenarnya tak susah untuk kau membuat keputusan dalam

perkara ni,” sambut Khairil juga dengan menggeleng-gelengkan

kepala.

“Tapi kau yang buat ia jadi susah,” tambahnya lagi dengan

merenung tajam wajah Aina.

184

“Bagi aku perkahwinan tidak boleh dipandang sebagai satu

perkara yang mudah dalam hidup ini,” ucap Aina pula.

“Aku hormati pendirian kau, Aina,” angguknya.

“Tapi jawapannya mudah saja,” ucapnya lagi.

“Mudah kata kau?” Aina membalas dengan mengangkat kepala

tinggi sedikit memandang muka Khairil.

“Ya!” Sekali lagi dia mengangguk-anggukkan kepala dengan

pantas.

“Baiklah!” Begitu juga dengan Aina menyambut apa yang

dikatakan oleh Khairil itu dengan anggukkan.

“Aku suka mendengar apa yang kau maksudkan tu,” dia

bersuara.

“Mungkin dia yang terbaik bagi kau berbanding dengan aku,”

jelas Khairil.

185

“Boleh tak kau jangan buat fikiran aku bertambah rungsing.”

Ternyata dia tidak berasa senang apabila Khairil memberikan jawapan

itu.

Ismail juga memberitahu ibunya yang dia sendiri telah berjumpa

dengan Aina dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Aina.

“Macam mana dia? Setuju ke bila kau sendiri yang cakap?” Mak

Tijah menyoal.

“Dia macam berat untuk buat keputusan,” jawabnya.

“Apa yang dia berat sangat nak buat keputusan. Bukannya orang

lain. Dia dah lama kenal kau sejak dari kecil lagi,” balas Mak Tijah pula

sebaliknya.

“Biarkanlah mak untuk dia fikirkannya. Janganlah paksa dia

untuk terima Mail,” dia menambah.

“Sampai bila nak menunggu Si Aina tu beri jawapan. Macam

menunggu buah yang tak gugur. Kau tahu kan perkara yang baik tak

elok dilengahkan,” celah ibunya.

186

“Sabarlah, mak,” ujar Ismail pula.

“Mail yakin yang Aina akan berikan keputusan juga akhirnya.

Apa juga jawapan yang akan diberikan oleh dia Mail akan terima

dengan hati yang terbuka. Mail tak kecewa kalau dia menolak lamaran

Mail,” sambungnya lagi.

187

BAB 36

Malam ini Datin Ziela mengadakan majlis kesyukuran di

rumahnya. Meraikan kejayaan syarikatnya memperolehi keuntungan

yang lumayan dalam perniagaan.

Selain daripada itu, majlis kesyukuran ini diadakan adalah untuk

meraikan kepulangan anak perempuannya setelah tamat pengajian di

luar negeri dalam bidang kedoktoran.

Datin Ziela juga telah menjemput anak-anak yatim selain

daripada saudara-mara, sahabat handai, kakitangan syarikatnya dan

ahli-ahli Persatuan Amal Kasih dalam majlis ini. Dia turut

menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Setelah majlis

selesai dan tetamu beransur pulang, Datin Ziela dan Aina duduk

berbual-bual di ruang tamu rumah sambil menikmati air teh ‘o’ dan

kuih-muih. Yang dihidangkan oleh pembantu rumah Datin Ziela yang

berasal dari Indonesia.

Dalam perbualan mereka yang rancak ini Datin Ziela juga

bertanyakan kepada Aina tentang Sofia.

188

Aina memberitahu yang Sofia telah selamat melahirkan seorang

bayi lelaki. Datin Ziela turut menyatakan hasratnya untuk mengambil

Sofia bekerja. Bila dia selesai berpantang nanti.

Aina akan menyatakan hasrat Datin Ziela itu kepada Sofia. Tajuk

perbualan mereka kemudiannya bertukar apabila Aina bertanyakan

kepada Datin Ziela mengapa dia tidak berkahwin lagi setelah suaminya

meninggal dunia.

Kata Datin Ziela ramai juga lelaki dari kalangan ahli-ahli korporat

yang mengajaknya berkahwin.

Namun kerana rasa cinta yang menebal dan mahu menunaikan

wasiat arwah suaminya agar syarikat terus berjaya dalam bidang

perniagaan maka dia menolak lamaran mereka. Di kesempatan ini juga

Aina telah menceritakan nasib buruk yang telah menimpa diri Wardiah.

“Persatuan kita mesti bantu untuk menyelesaikan masalah

kawan awak tu,” ucap Datin Ziela.

“Sebab itulah saya minta pertolongan daripada Persatuan Amal

Kasih. Nak harapkan gaji yang dia ada tak mampu dia nak bayar

hutang yang dia pinjam,” dia berkata.

189

“Inilah yang saya kesalkan dengan sikap segelintir lelaki yang

mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum wanita,” Datin Ziela

menambah sambil menarik nafas yang panjang.

“Kawan awak dah buat laporan polis?” dia bertanya pada Aina.

“Sudah, datin!” jawab Aina dengan pantas.

“Menurut polis lelaki ini memang dikehendaki kerana terlibat

dengan banyak kes penipuan,” jelasnya lagi.

Aina kemudiannya meminta diri untuk pulang memandangkan

malam semakin larut.

190

BAB 37

Encik Jonid menyatakan sokongan kuat terhadap program

ceramah berkenaan bahaya gejala merempit di kalangan remaja yang

akan diadakan bersempena dengan sambutan hari belia peringkat

kebangsaan.

“Program sebeginilah yang harus diketengahkan kepada

remaja,” Encik Jonid bersuara.

“Sebab itulah kawan saya Encik Azman pengerusi persatuan

belia memilih Rahim sebagai penceramah dalam program ini,” dia

membalas.

“Melalui pengalaman yang dilaluinya diharapkan dapat memberi

kesedaran kepada remaja agar menjauhkan diri daripada kegiatan

yang tidak sihat itu,” tambahnya lagi.

“Memang itulah yang kita harapkan,” angguk Encik Jonid pula

sebaliknya.

191

“Kalau kita tengok pada hari ini gejala merempit di kalangan

remaja amat membimbangkan. Dengan cara ini sajalah kita dapat

membanterasnya sebelum ia menjadi lebih parah lagi,” ujarnya.

“Saya akan buat liputan yang luas tentang program ini,” Khairil

berkata.

“Saya yakin program ini pasti akan mencapai kejayaan,” sambut

Encik Jonid.

Dia kemudiannya mengalih tajuk perbualan dengan bertanyakan

kepada Khairil mengenai usaha untuk memujuk Pelita Bangsa

menerima Anugerah Penulis Puisi Kemerdekaan.

“Dia tetap menolaknya.” Jawapan yang diberikan oleh Khairil

kepada pertanyaan Encik Jonid itu.

“Tentu ada sebab dia menolak anugerah itu,” dia meneka.

“Boleh jadi dia rasa terkilan!” Khairil menjawab dengan

mengangguk-anggukkan kepala sambil menghela nafas yang panjang.

“Perjuangannya selama ini tidak dihargai. Baru sekarang kita nak

beri pengiktirafan kepada dia. Tapi saya rasa dia tak sampai ke situ.

192

Kena dengan nama samarannya. Pelita yang menerangi bangsanya

dengan cahaya kemerdekaan. Tanpa mengharapkan sebarang

balasan.” Dia membuat andaian dengan panjang lebar.

“Saya sependapat dengan awak!” sokong Encik Jonid pula sambil

mengangguk-anggukkan kepala apabila mendengar apa yang

dikatakan oleh Khairil itu.

“Sebab itulah saya suruh awak tulis cerita tentang Pelita Bangsa.

Supaya masyarakat mengenang dia sebagai tokoh kemerdekaan yang

berjuang dengan penulisan puisi. Sememangnya anugerah itu menjadi

milik dia,” katanya lagi.

“Saya akan terus berusaha memujuk Pelita Bangsa agar

menerima anugerah itu.” Ternyata Khairil masih lagi belum berputus

asa.

“Saya doakan mudah-mudahan usaha awak itu berjaya,” dia

mencelah.

“Insya-Allah, Encik Jonid!” jawab Khairil.

Setelah menunaikan solat Asar di surau Pak Rahman

kemudiannya lalu mengatur langkah pulang ke rumah.

193

Setibanya di rumah dia lalu duduk di atas kerusi di ruang tamu

rumah sambil memandang bukit-bukau yang subur menghijau dan

kawasan yang dahulunya sawah padi tetapi kini dipenuhi dengan

lalang berhadapan dengan rumahnya. Masih lagi segar terbayang

dalam ingatannya betapa meriahnya suasana apabila setiap kali tiba

musim menuai.

Dengan hamparan sawah padi yang menguning dia bersama-

sama dengan arwah ayah, arwah ibu, adik-beradik dan seluruh

penduduk kampung bagaikan berpesat bekerja dengan memotong

tangkai dan membanting padi. Alangkah indahnya apabila dia

mengenangkan kembali zaman silam itu. Ibarat rama-rama yang

berterbangan menghiasi bingkai lukisan di dinding.

Namun kini semuanya tinggal menjadi kenangan dan keindahan

yang pernah dirasai dalam hidupnya itu tidak akan berulang kembali.

Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti apabila

isterinya muncul dari dapur sambil membawa juadah minum petang

yang diletakkan di dalam dulang berupa secawan air kopi dan

sepinggan goreng keledek. Dia kemudiannya lalu mempelawa

suaminya untuk menikmati hidangan yang disediakan.

194

“Abang seharusnya merasa bangga kerana ada orang yang

mahu memberi penghargaan terhadap apa yang abang lakukan

selama ini,” tegur Mak Bedah.

Pak Rahman sebaliknya hanya mendiamkan diri saja apabila

mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Air kopi yang masih

lagi panas itu lalu diteguknya perlahan-lahan. Di luar jelas kedengaran

suara angin petang mendayu-dayu mengiringi cuaca cerah yang masih

lagi kekal sejak dari pagi tadi.

“Susah payah Khairil mencalonkan abang untuk menerima

anugerah itu. Tak baik abang hampakan harapan dia,” ingat isterinya

lagi.

Pak Rahman terus mendiamkan diri sambil mengunyah goreng

keledek dan memikirkan kata-kata yang keluar daripada mulut

isterinya itu.

“Perjuangan untuk melihat tanah air menikmati kemerdekaan

daripada penjajah adalah segala-galanya bagi abang,” jelasnya.

“Bedah faham maksud abang tu,” isterinya mencelah dengan

pantas.

195

“Tapi adalah satu kerugian kalau abang menolak pengiktirafan

yang besar ertinya ini. Peluang sebegini mungkin datang sekali dalam

hidup abang,” sambungnya.

“Entahlah, Bedah …,” Pak Rahman bersuara perlahan.

“Abang sendiri pun tak tahu kenapa abang berjauh hati untuk

menerima anugerah ini. Mungkin kerana abang berpegang pada ada

yang abang lakukan selama ini adalah satu pengorbanan semata-mata

untuk melihat tanah air yang tercinta ini merdeka,” tambahnya.

“Inilah yang abang dapat hasil daripada pengorbanan abang itu.

Abang seharusnya berasa bersyukur dengan apa yang telah

dianugerahkan oleh Tuhan kepada abang. Jasa dan sumbangan yang

abang curahkan dikenang orang ketika abang masih lagi hidup,” ujar

isterinya pula sebaliknya.

Sekali lagi dia jadi terdiam apabila mendengarkan apa yang

dikatakan oleh isterinya itu.

“Maafkan Bedah, bang …,” kata isterinya lembut.

196

“Bukan maksud Bedah hendak menyinggung perasaan abang.

Bedah bangga bersuamikan abang seorang pejuang kemerdekaan.

Bedah akan bertambah rasa bangga bila anugerah yang abang dapat

itu dapat menjadi bukti kepada cucu-cicit kita bahawa datuknya adalah

seorang wira dan seterusnya mewarisi semangat yang abang

tinggalkan,” ulang isterinya.

Pak Rahman lalu menarik nafas yang panjang dan memandang

dalam-dalam wajah isterinya.

“Apa yang Bedah katakan itu memang benar. Demi untuk

tatapan anak cucu dan cicit kita abang akan menerima anugerah itu,”

putusnya.

Rasa gembira serta-merta jelas nampak di wajah Mak Bedah

apabila mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

Fikiran Aina menjadi semakin tidak menentu dan bertambah

rungsing apabila menerima panggilan telefon daripada ibunya yang

bertanyakan tentang lamaran Ismail.

“Kenapa susah sangat kau nak buat keputusan, Aina?” Kata-kata

yang dikeluarkan oleh ibunya.

197

“Mak …,” dia membalas.

“Sampai hati kau mengecewakan hati mak,” ibunya cepat

memotong.

“Aina taklah bermaksud begitu, mak,” dia bersuara.

“Kalau kau sayangkan mak kau terimalah lamaran Ismail,” desak

ibunya lagi.

Serba salah Aina dibuatnya apabila ibunya berkata begitu. Jauh

sekali dia hendak menderhaka pada ibunya. Kerana tidak mahu

memenuhi permintaan ibunya agar berkahwin dengan Ismail.

Program ceramah yang disampaikan oleh Rahim ternyata

mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Memang hebat ceramah yang Im sampaikan,” puji Khairil

sebaik-baik sahaja program selesai.

“Betul, Im!” sokong Azman pula.

198

“Saya tengok peserta yang hadir benar-benar rasa teruja. Bila

mendengar kisah hidup Im yang terlibat dengan kegiatan merempit,”

dia menambah lagi.

“Ini semua adalah hasil daripada berkat sokongan dan dorongan

yang Abang Khairil dan Encik Azman berikan. Im rasa terus

bersemangat untuk membantu persatuan belia menjayakan kempen

mencegah gejala merempit di kalangan remaja,” ikrarnya.

“Baguslah macam tu, Im!” Azman menepuk-nepuk lembut bahu

Rahim.

“Program seumpama ini mesti diteruskan sentiasa. Saya yakin

kempen ini akan berjaya mencapai matlamat sekiranya kita berusaha

bersungguh-sungguh untuk menjayakannya,” ucapnya.

“Paling menarik bila Im melaungkan slogan Remaja Hidup

Sejahtera Tanpa Rempit yang disambut dengan penuh semangat oleh

ribuan belia yang hadir.” Khairil tak henti-henti menghamburkan kata-

kata pujian pada Rahim.

199

“Semoga mereka akan menjadikan slogan yang Im tiup ini

sebagai kata-kata perangsang untuk menjauhkan diri daripada gejala

merempit,” katanya lagi.

Maka keesokan harinya tersebar luas di dada akhbar berkenaan

kejayaan program ceramah kesedaran akan bahaya kegiatan

merempit di kalangan remaja sempena sambutan hari belia peringkat

kebangsaan. Tambah menarik perhatian ceramah bukan sahaja

disampaikan oleh seorang remaja yang bernama Rahim yang sebelum

ini pernah terlibat dengan kegiatan merempit bahkan juga dianggap

sebagai wira di atas keberaniannya menggagalkan cubaan rompakan

di kedai 7-Eleven di Jalan Bahagia.

200

BAB 38

Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup seorang

penulis yang terkenal dengan nama penanya Pelita Bangsa atau Pak

Rahman apabila dia menerima Anugerah Penulis Puisi Kemerdekaan

dalam satu majlis khas yang diadakan di salah sebuah hotel yang

terkemuka di Kuala Lumpur bersempena dengan sambutan bulan

kemerdekaan negara. Isterinya Mak Bedah juga hadir dalam majlis

yang penuh makna dan gilang-gemilang ini.

“Terima kasih, Khairil!” ucapnya sebaik-baik sahaja majlis

selesai.

“Atas usaha Khairil Pak Rahman dapat anugerah ini.” Dia

melahirkan rasa penghargaan.

201

“Pak Rahman seharusnya berterima kasih pada Encik Jonid.

Ketua di tempat saya bekerja ini telah mengarahkan saya untuk

menulis kisah Pak Rahman dan seterusnya menarik perhatian ahli

jawatankuasa pemilihan untuk memberikan anugerah ini pada Pak

Rahman,” Khairil sebaliknya menjawab.

“Kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil usaha

perjuangan Pak Rahman. Jadi sewajarnyalah jasa dan sumbangan yang

Pak Rahman berikan dikenang dan dihargai oleh generasi hari ini,”

celah Encik Jonid pula.

“Pak Rahman berasa amat terharu dengan usaha yang dilakukan

oleh Encik Jonid itu. Hanya ucapan terima kasih sajalah yang dapat Pak

Rahman berikan pada Encik Jonid,” luahnya.

“Bagi saya itu sudah menjadi tanggungjawab syarikat saya yang

menerbitkan akhbar Cahaya Suci untuk memastikan masyarakat tidak

melupakan tokoh yang berjasa besar seperti Pak Rahman,” balas Encik

Jonid.

“Saya harap Pak Rahman akan terus menulis puisi yang

bertemakan semangat cintakan tanah air agar dihayati oleh generasi

202

muda hari ini dan seterusnya menanamkan ke dalam diri mereka akan

rasa kesetiaan dan cintakan negara yang tinggi biarpun mereka

sekarang hidup dalam zaman merdeka,” Khairil menyampuk.

“Walaupun Pak Rahman sudah dimamah usia namun menulis

tetap berakar umbi kuat dalam jiwa Pak Rahman. Pak Rahman akan

terus menulis sehingga ke akhir hayat,” dia berkata.

Sementara itu selain daripada bekerja di syarikat penerbitan

akhbar Cahaya Suci sebagai penghantar surat Rahim juga

menyambung pelajaran.

Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya mencapai keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan dan melanjutkan pelajaran di

universiti dalam bidang kaunseling. Rahim sekarang berkhidmat

dengan salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya sebagai pegawai

kaunseling. Dia juga aktif berceramah anjuran persatuan belia dalam

menjayakan kempen membanteras gejala rempit dan jenayah di

kalangan remaja.

Dia juga akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan

gadis pilihannya yang dikenalinya sewaktu sama-sama menuntut di

universiti. Walaupun sudah berjaya dalam hidup namun Rahim tidak

203

pernah melupakan Khairil orang yang telah banyak berjasa dan

memberi dorongan kepadanya sehingga dia memperolehi kejayaan

seperti yang dinikmatinya pada hari ini.

Dalam pada itu Sofia juga sekarang telah berjaya membuka

perniagaan sendiri setelah menimba pengalaman bekerja di syarikat

milik Datin Ziela.

Dia juga telah berjaya mendidik anaknya sehingga berjaya

memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan

akan melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang kejuruteraan.

Seperti juga Rahim dia tidak melupakan jasa Aina orang yang telah

banyak membantunya dan memberi semangat untuk berjaya dalam

hidup ini. Wardiah pula telah berkahwin dengan lelaki pilihan

keluarganya dan mengikut suaminya berpindah ke Johor tempat

suaminya bekerja. Segala hutangnya telah dapat diselesaikan hasil

daripada bantuan Persatuan Amal Kasih.

Wardiah turut membayar sedikit demi sedikit wang tabung

Persatuan Amal Kasih yang digunakan untuk membayar hutangnya

sehingga selesai. Manakala Shahrul pula telah berjaya diberkas oleh

polis.

204

Aina akhirnya berkahwin dengan Ismail setelah dinasihatkan oleh

Khairil agar jangan menjadi anak yang derhaka dan melukakan hati

ibunya sementara Khairil pula berkahwin dengan gadis pilihan

keluarganya.

205