Mehrabian kajian

download Mehrabian kajian

of 14

Transcript of Mehrabian kajian

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    1/14

    Akndrmiko No 22 Jonunri 1983

    MENIL I ITEM D N KES HIH N UKUR N TENDENSIPENC P I N MEHR BI NIran Herman

    SinopsisUku ran Tendensi Pencapaian Mehrabian ( T P M atau M A S ) telah banyakdigunahzn oleh ramai penyelidik untuk mengukur motivasipencapaian . Merekamenganggap motivasi pencapaian sebagai salah satu gerakuasa dalaman yangdapat mengerakk an pertumbuhan ekonomi negara, dun dengan itu adalah w a-jar bagi kita menilai ukuran yang digunakan untuk mengukur trait i t ~ . a i lkojian yang dilaporkan in i menekankan kepada analisis ita, kekikalan dalamnndun kesahihan gagasan dun cuba mem buklikan sejauhmnna ukuran TPM inidapat di an ga p sesuai, boleh dipercayai dan sah. Dengan m engqma kan seramai466 pelajar lelaki don 53 7p el aj ar a perempuan tingkatan empat d i beberapa6'uah sekolah selumh Semenanjung, didapati bahawa T P M mempunya i indekskeflyahan itemyang baik iaitu . 5 2 bagi klnk dun 49 bagi perem pun. Ukuranini boleh dipercayai kerana ketekalan dalamannya, melaluiformula Spearman

    Br ow n, meskipun rendah, adalah positif dan sign; f;hzn (lelaki r .21; p < 05dun perempuan r .3 2; p < 05 . Kesahihan gagasan dengan ujian motiuasipencapaian T A T adalah rendah bagi lelaki (r .1 2 ) dun negatif bag; perem-puan (r .07 ). Adalah beberapa item dalam T P M y a n g perlu diperbaikidun disesuaikan dalam konteks tempatan supaja akhirnya seluruh item dapatditerima sebagai benar-benar sah dan boleh dipercayai.

    SynopsisTh e Mehrabian measures of Achieving Tendency ( T P M ) has been used by'anumber of researchers to measure achievement motivation. Th ey assumed thatachievement motivation s one oft he internal drives which can motivate the economic

    growth of the country, and therefore it i s imperative to evaluate the validi ty ofthe test. The result o f t h e study gives emphasis to item analysis, internal con-sistency, construct validity, and to prove h ow fat the T P M can be considereda good reliable and valid test. The stu& used 466 boj.7 and 537 girls. FormFour Students in various schools in Peninsular Malays ia. T h e results showedthat the T P M had a good index o f item dzfficulties ( 5 2 f o r boys and .49 or@J The measuremext data was reliable because its internal consistency throughS p a n u n Brown Formula, eventhough low, was positif and significant(r .21, p< .Q 5f or boys; and r = .32, p < 0 5 f o r girls). 7 econstructvalidity with the TAT Achieuement Idotivation Test w a s low ,for boys(r = .12 ) and ne~ativr,for irls 7 ,071 . T,here are, fiw items o f TPMwhich have to be reoised and adjusted based on local rituation so that the itemscan eventually be , fu lb accepted in terms q their validiQ and relkhility.

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    2/14

    5 Akndrmiko No.

    PengenalanUkuran Tendtnsi Pencapaian Mehrabian* (TPM) telah banyakdigunakan oleh penyelidik-penyelidik tempatan bagi mengukurmotivasi pencapaian. Definisi operasi motivasi pencapaian yangdigunakan di negara kita, antara lain, bermakna satu keupayaan untukmengalami perasaan bangga yang terhasil daripada sesuatu kejayaan(McClelland, 1961; Wan Rafaie, 1980). Ia juga pernah dikaitkansebagai petunjuk yang baik rnengenai kejayaan seseorang pengusaha.Namun demikian kita masih menghadapi persoalan mengenai sejauh-manakah ukuran ini dapat dikatakan sebagai alat yang baik, sah danboleh dipercayai untuk mengukur sifat motivasi pencapaian itu?

    Mengikut Allen dan Yen (1979) sesuatu alat yang baik dan sesuaiitu hams mengalami satu proses analisis item bagi mempastikan hanyaitem-item yang baik sahaja yang dapat dijadikan edisi ujian. Alat TPMini telah dibentuk berdasarkan norma Barat dan telah digunakanberulang-ulangkali oleh Mehrabian, dan didapati ia adalah baik(Mehrabian, 1968, 1969, 1970).

    Di Malaysia proses analisis item item analysis alat ukuran inibelurn dilakukan secara terperinci dan serius. Justeru itu kertas inicuba melaporkan suatu basil kajian analisis item alat ini yang telahdilakukan oleh penyelidik.

    Tujuan ajianSebelum kita membincangkan lebih jauh lagi dan membuat kesim-

    pulan sarna ada ukuran itu sah atau tidak, dan data yang dianlisisitu boleh dipercayai atau tidak, kita harus menganalisis item-item ituterlebih dahulu. Adalah diharapkan kita akan mendapat satu petun-juk apakah ukuran itu dapat difahami oleh sampel kajian danseterusnya boleh membezakan sampel kajian. Antara lain analisis iniakan juga meyakinkan peranan indeks kepayahan item dandiskriminasi dalarn proses analisis item yang cuba diuji oleh kajian ini.

    Analisis item ialah satu kaedah untuk menilai kualiti item-item yangdigunakan dalarn sesuatu ujian atau alat ukuran. Dengan prosesanalisis item pembuat soalan akan hanya rnemilih item-item yang baiksahaja untuk dijadikan bahan ujian atau edisi ujian (Allen dan Yen,1979). Kaedah ini akan menggunakan konsep kepayahan item hagimrmilih item-item yang dapat difahami oleh sampel kajian dan*Banyak penyelidikan tempatan rnenarnakan ukuran mi sebagai Mchrabian Achieue-ment S a l e atau ringkasnya MAS. Sesungguhnya MAS dan Tendensi PencapaianMehrabian (TPM) adalah sama, dan penulis meng-gunakan nama TPM iaitumengikut judul yang tertulis dalam manual sebagai The Mehrabian Measures ofAchieving Tendency

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    3/14

    seterusnya mendiskriminasikan sampel kepada kumpulan yang tahudan kumpulan yang tidak tahu.

    Konsep kepayahan item ini dapat difahami dan ditentukan dariperatus individu yang mengarnbil ujian itu dan menjawab betul satu-satu item yang dikemukakan kepada mereka. Simbol kepayahan itemialah Pi. Bagi item ujian yang tidak memerlukan jawapan betul atausalah, kepayahan item ialah (Pi) ditentukan dari peratus individu yangmenjawab arah trait yang di kur oleh ujian iiu. Misalnya jika in-dividu itu menjawab 'YA' bagi satu-satu item, maka ia dapat menun-jukkan arah trait motivasi yang tinggi. Oleh yang demikian, itemyang mempunyai indeks kepayahan item .3 adalah lebih susah ataulebih fendah arah trait yang diukur, berbanding dengan item yangmempunyai indeks kepayahan .8.

    Apabila Pi 0 maka item itu tidak dapat membezakan antaramereka yang menjawab betul dengan mereka yang menjawab salah.an ia juga tidak dapat membezakan antara kumpulan yang motivasi-

    nya tinggi dan kumpulan yang motivasinya rendah. Ini menunjuk-kan bahawa item itu tidak b l e h menghasilkan apa-apa maklumat.Justeru itu dalam proses 'analisis item', item yang mempunyai in-deks kepayahan Pi 0 patut diketepikan.Sebagai satu misalan, katakanlah item itu berbunyi saya rasa lebihbaik orang menang daripada saya sendiri dan sampel diminta men-jawab Ya atau Tidak . Sekiranya 100% sampel menjawab Yamakaindeks kepayahannya kosong (Pi 0 . Ini menunj kkan kitatidak dapat mendiskriminasikan kumpulan yang suka menang danyang tidak suka menang. Walhal dalam satu populasi yang normal,keadaan ini tidak mungkin berlaku. Oleh yang demikian, sekiranyajawapan seperti itu diperolehi maka sesungguhnya awapan itu tidakjelas dan mengkaburkan. Ini diterangkan oleh Allen &n Yen (1979:121 dengan mengatakan bahawa:If (Pi) is close to 0 or 1 the item generally should be altered or discarded, becsuseit is not giving any information about differences am on g exam ines trait levels Oabilities . If Pi 0 o one got the item right; this item is too difficult and not atall usefu l. If Pi 1 everyone gat the item right, and ag-ain no differential infarma-tion is provided. In b oth of these cases the item does not discriminate am ong exam i-nees with the different trait levels.

    Berdasarkan pada pemahaman di atas maka makalah ini cuba hen-dak menghuraikan sejauh manakah item-item yang digunakan olehukuran TPM itu boleh dipercayai kevaliditiannya.

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    4/14

    Penggunaan Ukuran Tendensi Pencapaian M ehrabiandalam Kajia n lmiah

    Ukuran TPM ini telah banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji yangcuba mengukur motivasi pencapaian di negara ini. Wan Rafaei,misalnya, telah memulakan penggunaannya pada tahun 1972 untukmengkaji motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar Malaysiadan Australia. Berikutandari itu beberapa orang penuntutnya telahmenggunakan ukuran yang sama dalam berbagai latihan ilmiahmereka. Antaranya ialah Iran (1975), Asmah (1975), Aminuddin(1976), Abdul Jalil(1976) dan Mobd. Nor (1976) pada peringkat awal;dan beberapa orang lain pada peringkat akhir-akhir ini seperti Kholi-jah (1979) dan Haton (1980).

    Di antara penyelidik-penyelidik ini ada yang melaporkan indeks-indeks yang dapat menjelaskan kesahihan (validity) dan kebolehper-cayaan (realibility) ukuran ini. Iran (1976) misalnya telah menunjuk-kan bahawa ukuran ini mempunyai korilasi yang signifikan denganukuran lain seperti Thematic Appeception Test (Murray, 1971)dan dengan ukuran Ach oleh Smith (1973). Misalnya, korilasi an-tara T P M dengan T A T di sekolah B ialah r = .58, p .05 dan disekolah D ialah r = .36, p .05. Korilasi antara T P M dengan nAch di sekolah B pula ialah r .57 p .05. Nilai ini adalah petun-juk kepada validiti gagasan. Namun demikian sekolah-sekolah lainiaitu sekolah A, C dan E rnemperlihatkan korilasi yang rendah (an-tara r .05 hingga r .23).

    Aminuddin (1976) pula melaporkan bahawa ukuran ini tidak mem-punyai korilasi yang signifikan baik dengan T A T (I .15, p 15)maupun dengan n Ach (r .21, p .05). Justeru itu kesahihangagasan (construct validity) adalah diragukan. Tambahan pula ukuranini tidak dapat membezakan secara signifikan antara kumpulan yangdibangkitkan egonya denga.1 kumpulan yang tidak dibangkitkanegonya (t .20, p > .05). Keputusan Aminuddin ini adalah selaridengan keputusan kajian Mohd Nor (1976) yang menggunakanseramai 75 orang pelajar sebagai sampelnya. Perbezaan antara kum-pulan yang baik dan yang tidak baik t,idak dapat dibezakan secarasignifikan mengenai motivasi pencapaiannya (t .28 p > .05).Korilasi antara ukuran ini dengan n Ach adalah rendah (r .02,P > ,051.Abdul Jalil pula mendapati bahawa ukuran ini tidak mempunyaikesahihan semerta (concurrent validity) dan kesahihan ramalan (predzc-f iv validity). Manakala Kholijah (1979) yang membandingkan motivasipencapaian antara pelajar-pelajar Melayu dan Cina di empat buah

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    5/14

    ?hdm ri encapoion Mehrabian 5

    sekolah di Kedah telah melihat korilasi antara ukuran 'l 'ende ns ~ en-capaian Mehrabian ini dengan ukuran n Ach Smith dan T AT. .%payang beliau perhatikan sebenarnya ialah kesahihan gagasan. Deng-anitu beliau mcndapati bahawa ukuran ini mempunyai korilasi yangsignifikan dengan n Ach Smith bagi pelajar Mclayu (r .30, p < .05)tetapi tidak hagi pelajar Cina (r . LO, p > .05). Dalam padaitu korilasi dengan T A T amat rendah sekali dan tidak signitiken bag1kedua-dua keturunan etnik: hfrlayu; r .01 p > .05 dan Cina;r . 0 2 p > 0 5 .

    Pemcrhatian korilasi yang tidak signifikan juga terserlah dalam ka-jian Hatnn (1980) yang telah cuha melihat indeks kesahihan ramalan.Korilasi antara ~e nc ap ai an kademik (STP) dengan ukuran T P Mini bagi lelaki ialah r .07 dan bagi perempuan ialah r ,003.

    Bagaimanapun Mehrahian (1968, 1969) telah membuktikanbahawa ukuran ini mempunyai indeks kesahihan yang berbeza-bezajika dibandingkan dengan ukuran-ukuran lain; misalnya dengan TA T(r .28 p < .0.5), Rotler International External Scale (r .64,p .05). dengan Bass Tesk Orientation Scale (r .20, p .05 bagilclaki, dan r .30, p . O i bagi perempuan) dan juga denganJackson Achievemen1 Scale (r .62 hagi lelaki dan r .37 bagipcretnpuan)

    Metodologi ajianKajian ini dilakukan terhadap seramai 466 pelajar lelaki dan 537 pela-jar perempuan yan : semuanya dipilih secara rambang dari beberapabuah sekolah di seluruh Semenanjung. Pengkaji menggunakan ukuranTendensi Pencapaian Mehrabian, iaitu teknik yang direka olehh4ehrabian (1968) berdasarkan pada Modcl Motivasi PencapaianAtkinson (1964). Model ini menyatakan bahawa individu yang pen-capaiannya tinggi bertendensi mempunyai kehendak yang tinggi un-tuk berjaya dan kehendak yang rendah untuk gagal.Ukuran ini dibentuk dalam 2 'sub-scale' iaitu untuk lelaki danperempuan yang semuanya mengandungi 26 kenyataan atau item(Mehrabian, 1969). Edisi Melayu yang digunakan adalah hasil ter-jemahan Wan Rafaei (1972) yang menterjemahkan item-item dengancara terjemahan kembali (back translation). Terjemahan kembali inidibuat dengan cara menterjemahkan naskah asalnya yang ditulisdalam bahasa Inggeris kc Bahasa Malaysia dan kemudian disemakdari segi tatabahasa dan ketepatan terjemahan. Selepas itu , ia diter-jernahkan semula ke bahasa asal untuk mempastikan apakah ter-,jemahan iru selaras dengan vcrsi asalnya. Proses ini terus dilakukansehingga satu kesamaan antara versi asal dengan versi terjemahan

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    6/14

    dicapai. Biasanya proses terjemahan kembali ini dilakukan oleh lebihdari seorang penterjemah dan ini sesungguhnya dibuat untuk mewu-judkan ketekalan alat ukuran dan lebih diyakini ketepatannya (WanRafaei, 1980).

    Dari sebanyak 26 kenyataan atau item yang dikemukakan kepadasemus sampel banyak 13 kenyataan bersifat positif dan 13 yang lainkenyataan negatif. Sampel kajian dikehendaki menjawab semuakenyataan berdasarkau Skala Likert (Runkel dan McGrath, 1972).

    Dalam melakukan analisis untuk melihat arah trait yang bersetu-ju dan menentang maka penulis telah mengambil tiga peringkat iaitubersetuju, neutral dan menentang. Sampel kajian yang neutral atautidak menjawab telah dikeluarkan. Dengan itu indeks kepayahandiambil dari peratus (proportion) yang bersetuju berdasarkan darijumlah yang bersetuju dan menentang.

    eputusan KajianDari segi ukuran Trndensi Penrapaian Mehrabian, indeks kepayahanbagi lelaki dan perempuan untuk tiilp-tiap item ialah pcratus merekayang memberikan jawapan bersetuju kepada item-item yangdikemukakan kepada mereka itu. Indeks ini menun,jukkan bilangansampel kajian yang mempunyai trait motivasi pencapaian. Setelahmelakukau analisis TP M kepada populasi sampel maka keadaanmereka adalah srperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

    Adalah didapati bahawa indeks kepayahan item TP M seperti yangditunjukkan oleh Jadual 1 ialah di antara .12 hingga .89 bagi lelakidan di antara .14 hingga .89 bagi perempuan. Min bagi semua itemialah 52 bagi lelaki dan .49 bagi perempuan Uadual2). Ini merupakansatu indeks kepayahan yang baik kerana ia hampir dapat mem-bahagikan sampel kajian kepada dua kumpulan secara seimbang. Satukumpulan merasakan bahawa ukuran itu susah dan satu kumpulanlain merasakan bahawa ukuran itu mudah. Dengan kata lain, ukuranini dapat mendiskriminasikan antara kumpulan yang mempunyaimotivasi pencapaian yang tinggi dengan kumpulan yang motivasi pen-capaian mereka rendah.

    Untuk mempastikan ketekalan dalaman (internal consistency)ukuran ini, maka penulis telah menggunakan kaedah reliabliti split-halj untuk membuat ujian. Petunjuk kepada ketekalan dalaman iniialah indeks korilasi di antara keputusan skor separuh pertama deuganskor separuh kedua. Indeks korilasi ini boleh dikira dengan formulaKorilasi Pearson (Pearson Product Moment Correlation). Pekali yangdiperolehi dari separuh pertama dan kedua itulah yang dikatakansebagai anggaran pekali reliabiliti split-half. Separuh pertama ialah

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    7/14

    Jadual 1Indeks Kepayahan Item bagiLelaki dan Perempuan

    Nom bor Bilangan yang hertindak Indeks KepayabanItem bd as ke r h bermotivasiLelaki Perempuan Lelaki Perempuan

    Subjek yang tidak menjawab dan m enjawah neutral dikeluarkan untukmengira indeks kepayahan.JadualIndeks Kepayahan Secara KeseluruhanBagi Lelaki dan Perempuan

    Kelornpok Indeks K ep a~ ah anLelaki 52Perempuan .49

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    8/14

    56 Akadmiko No

    bagi item-item yang bernombor ganjil dan separuh yang kedua ialahitem-item bernombor genap. Keputusan ujian adalah seperti yangditunjukkan dalam Jadual 3Secara relatif, pekali korilasi Correlation Coefficient) adalah lebihtinggi bagi kelompok perempuan. Keputusan ini sesungguhnyamenunjukkan bahawa ketekalan dalaman ukuran T P M yang dianalisisdengan kaedah split-half' ini adalah signifikan.

    Oleh kerana kaedah Split-half ' ini merupakan korilasi separuhbahagian dari keseluruhan maka formula Spearman Brown yangmengambilkira jumlah semua item dalam ujian digunakan. Denganformula Spearman Brown ini indeks ketekalan adalah lehih baikkerana ia mengambilkira keseluruhan item dalam ujian (Anastasi,1976, Thorndike and Hagen, 1977) . Berpandukan pada formula ini,penuhs dapat memperlihatkan anggaran pekali reliabiliti seperti yangditunjukkan dalam Jadual4. Perkara yang menarik dalam Jadual4ialah adanya kesignifikan mengenai ketekalan dalaman pada item-item dan ukuran T P M itu.

    Satu lagi penemuan yang mahu dilaporkan dalam kertas pendekini ialah mengenai kesahihan gagasan ukuran TPM. Gagasan motivasipencapaian telah beberapa kali dibuktikan boleh diukur oleh ujiann Ach Smith (Smith, 1972; Wan Rafaei, 1980) . Oleh itu adalah dian-daikan bahawa T P M juga mempunyai korilasi yang positif dansignifikan dengan ujian n Ach Smith kerana kedua-duanya mengukursatu trait yang sama. Apakah hakikat ini sesungguhnya wujud?Jadu al5 yang menunjukkan ~ e k a l i orilasi antara T P M dan n AchSmith, rnemperlihatkan bahawa ada tendensi bertentangan di antaralelaki dan perempuan. Korilasinya adalah positif dan signifikan bagilelaki tetapi negatif dan tidak signifikan bagi perempuan.

    JadualAnggaran Pekali Reliabiliti Splithajfantara Lelaki dan Perempuan

    Kelompok n r PLelaki 466 1 2 05Perempuan 537 I 9 05Keseluruhan 1003 .16 05

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    9/14

    Tmdensi Polcapoinn Mehrabian

    JadualAng garan Pekali ReliabilitiDengan S p a w n rown

    Kelompok r PLelakiPerempuanKeseluruhan

    JadualKorilasi Antara n rh SmithDengan Ukuran Tendensi Pencapaian MehrabiaxKelompok n PLelaki 66 . 1 2 < 05Perempuan 537 :07 > .0 5.

    PerbincanganDari apa yang telah ditunjukkan dalam keputusan ujian di atas adabeberapa perkara yang menarik untuk dibincangkan. Pertama, secarakeseluruhan ukuran T P M mempunyai indeks kepayahan yang baik(Pi .49 dan .52 . Ini membuktikan bahawa ukuran ini bolehmenghasilkan varians yang hampir maksimum dan dengan demikianboleh mendiskriminasikan antara kelompok yang tinggi dengan kelom-pok yang rendah motivasi pencapaiannya.

    Kedua, ukuran T P M ini juga mempunyai ketekalan dalaman yangbukan sahaja positif tetapi juga signifikan. Dari analisis split-halfmisalnya, pekali reliabilitinya ialah r . 12 , p .05 bagi lelaki danr .19, p .05 bagi perempuan. Keadaan tersebut bertambah baiklagi apabila formula Spearman Brown (lihat Jadual 3 dan 4digunakan. Meskipun demikian, indeks ini tidak boleh dibanggakansangat kerana hasil yang ditunjukkan jauh lebih rendah dari yangdicadangkan oleh Anastasi (1976) yang berpendapat bahawa pekalireliabiliti yang baik biasanya berada dalam lingkungan .80an.

    Ke t~ga , ~ l a nenel~ t~an menganalisis tlap-tlap satu item yangdigunakan dalam ukuran T P M ini dengan berpandukan pada indekskepayahan item, terdapat beberapa item yang dianggap amat mudahdan ada pula yang amat susah. Terlalu banyak yang mengarah kepada

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    10/14

    8 kadrmika No

    trait yang diukur secara sistematik, walhal populasi yang digunakanadalah rambang normal).

    Jika kita berpegang kepada saranan yang dibuat oleh Henryssen1971) maka jarak nilai range) bagi item yang boleh menghasilkanvarians adalah besar iaitu antara Pi .30 hingga Pi .70; dandengan itu tidak dapat memberi maklumat yang banyak dan tepat.Dalam analisis ini penulis cuba meneliti dahulu item yang mempunyaiPi .20 hingga .80 yang pernah disarankan oleh Ebel Mehran danLehman, 1978). Item ini perlu dibuang atau jika ingin digunakanjuga, maka ia perlu diperbaiki dan dianalisis lagi.

    Item-item yang terlalu rendah dan yang terlalu tinggi indekskepayahannya yang boleh dianggap rendah darjah diskriminasinyaialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6. Faktor yang mungkinmenyebabkan indeks kepayahan hagi sesuatu item tersebut terlalurendah atau terlalu tinggi ialah sifat semula jagi pelajar di alampersekolahan, iaitu mereka ingin dapat markah yang sebaik mungkin.Justeru itu, d am khayalannya, sebagai pancaran motivasi pencapaian,ialah memikirkan untuk mendapat markah yang haik. Tambahanpula, pelajar-pelajar yang dikaji berada dalam tingkatan empat danbaru sahaja mendapat kejayaan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pela-jaran. Oleh itu Pi bagi kenyataan item adalah kecil dan hakikat inimengarah kepada tidak menyetujui kenyataan tersebut.

    Keadaan yang sama juga berlaku pada kenyataan item 14 di manapelajar dengan banyaknya bersetuju pada kenyataan yang memikirkanmasa akan datang adalah lebih berbanding dengan masa kini danmasa yang lalu. Kenyataan item 19 pula mungkin disebabkan olehpengaruh teman sebaya yang begitu banyak mempengaruhitingkahlaku dan sifat psikologi pelajar hinggakan mereka lebih sukakepada permainan secara kumpulan atau berpasukan.

    Akhirnya, kajian ini mendapati bahawa kesahihan gagasan ukuranT P M apabila dikorilasikan dengan ukuran n Ach Smith, yang jugadidakwa boleh mengukur motivasi pencapaian adalah rendah dannegatif lelaki r 12 dan dan perempuan .07). Kesimpulanini sama dengan apa yang telah ditemui oleh Md. Halid 1975) danAminuddin 1975). Kedua-dua penyelidik ini menggunakankeseluruhan sampel tanpa membuat pengkelompokan mengikutjantina.

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    11/14

    adual6Item yang Mempunyai Indeks KepayahanTerlalu Rendah dan Terlalu TinggiSub skel N o m b o r Pi Kenyataan Item~ k l a k i 1 . I2 Saya lebih risau tentang mendapat markahyang buruk daripada saya memikirkantentang mendapat markah yang haik.

    14 .89 Saya lebih memikirkan masa akan datangdaripada masa sekarang atau masa yangsudah1 9 16 Saya lebih suka bermain di dalam permainan berpasukan daripada hertandingdengan hanya seorang yang lain sahaja

    Perempuan 1 4 .89 Saya lebih memikirkan m sa akan datangdaripada masa sekarang utau masa yangsudatr1 9 16 Saya lebih suka berkongsi membuatkeputusan untuk sesuatu kumpulandaripada mengambil tanggungjawab yangpernah untuk mengarah pergerakan kumpulan itu.

    Penutup

    Perbincangan di atas membuktikan bahawa pada keseluruhannyaitem-item dalam ukuran TPM boleh digunakan untuk men ,vkur mo-tivasi pencapaian, dengan syarat item-item yang terlalu tinggi indekskepayahannya di,qu,wrkan. Data yang diiasilkan dari ukuran ini bolehdipercayai dan s u c h tentunya da ia t dipertangungjawabkan. Apayang diragui hingga kini ialah dari segi kesahiian gagasan yang ditun-jukkan amat rendah dan negatif. Pada peringkat ini tidak dapatdikatakan dengan penuh keyakinan yang T P M tidak sah di gunahnkerana kesahihan gagasan hanya dilihat dengan menggunakan satuukuran motivasi pencapaian n ch Smith sebagai kriteria, sedangkanukuran ini sendiri belum dapat dipastkan kejituan dan kesahihan-nya. Bagaimma, item-item yang digunakan dalam ukuran T PM, baikdari segi kesahihan logis mahupun kesasihan muka, boleh diterimamengikut motivasi pencapaian. Oleh yang demikian apa yang perludiiakukan ialah kajian yang lebih mendalam, terutamanya kajia ang

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    12/14

    60 Akademiko No 22menyentuh perkara-perkara seperti bagaimana jika hanya item-itemyang baik sahaja dijadikan ukuran TPM, atau bagaimana pulahubungan ukuran ini dengan ukuran-ukuran lain yang biasadigunakan untuk mengukur motivasi pencapaian. Ini patut dilakukansekiranya kita benar-benar rnahu mempastikan kesahihan rarnalandan kesahihan kriteria. Adalah diharapkan bahawa denganterlaksananya aturcara penyelidikan yang lebih mendalam, maka kitaakan dapat mengatakan dengan penuh keyakinan sama ada ukuranini benar-benar sahih dan jitu atau tidak.

    ujukanAbdul Jalil Tahir(1975). Validifi Ukuron-uliuran Pm gm ak Pm apa ian bagipmuntuf-pmuntutMalaysia of u Kajion Ker Latihan Ilmiah Kepujian, Jahatan Antropologidan Sosiologi, UKM.Allen, M J . and Yen, W.D.(1979).Infmductlon to Mearuremnf Theory Montorey,

    California.Aminuddin Mohd. Yusuf(1975).Validifi Ukuron-ukuran Pm gg er ak Pm pa kn diM alqyr k.Latihan Ilmiah Tahun Kepujian, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM.Anastasi, A.(1976) Psycholopin1 Terting. 14th Ed. McMillan, New York.Asmah Mohd. Noor(1974). Hubunpn Penaerak Pmcapaion deng n upipek-mpek tcrtcntu

    dolam soriolismi: Kojian perbandingon di bondar d n di I u r bandar. Latihan 11-miah Kepujian, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM.Dick, W. and Hagerty, N (1971).Topics in Mearrrrmenf Reliability and Validity.

    McGraw Hill, New York.Hatan Idris (1980). Hubungon Antara Amalan Didikon Konok-kanak orn belajnr dnn

    rnotiuaripencafiainn tmhodnp k e o o n akodemikpelojzr. Latihan Ilmiah Kepujian,Jabatan Psikologi, UKM

    Iran Herman (1974). K m n dnn Pengorut Kelar Social terhadap Pen gerak PmcapaianPclajar pllojar. Latihan Ilmiah Ke ~u ji an ,abatan Antropologi dan Sosiologi,UKM.

    Kholijah Hashim (1979). Kajian perbandingan rnotiuari pencapaim di kalangon pelajar-pelnjar Mzlqyu m Cina di Kedah Latihan Ilmiah Kcpujian, Jabatan Psikulog,UKM (tidak diterhitkan).

    Mehrabian, A(1968). Male and female scales of the tendency to achieve. Educafionnland Psychological Mcarurmmf 28Mehrabian, A.(1969).Measures of Achieving Tendency, Educationel and P.ryrhologicalM e m u r m m f 29Mehrabian, A.(1970). The development and validation of measures o affiliativetendency and sensitivity to rejection. EducafionaIand Psychologiinl Mcaruremmt

    30Mehrabian, A.(1975).4 M a n u l j o r th eM ehrnb kn M m u r ~ sfArhieuing Tmdenry. Univer-

    sity of California, Las Angeles.

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    13/14

    Tm rui Pmcapaion Mehrabian 61

    Mehrens, W.A. and Lehmann, 1~ .( i9 78 ).Mcarurrmmt ondEunluafion in Educationand Psycholop. Holt, Rinehart and Winston, New York

    Md. Halid Siraj (1974).Analim pcrbondtngan pmggcmk-pmgnak pencapaton okodmnkanforeknnak-konnk n o di rckolah akhlnk n p n kanok-kamk n o m l dr ue buohrekoloh mmm Latihan llmiah Kepujian, Jabatan Antropologi d m Sasiologi,UKM (tidak diterbitkan).

    Mohd Noor Mahamed (1975). Volidifi ukuron-akurnn pmgmakpmcopainn diMalaynn.Latihan Ilmiah Kepuiian. Iabatan hntropaloei dan Sosioloei, UKM (tidak.diterbitkan).

    Smith, J.M.(1973)A Quick measurement of achievemefit motivation. BrifirhJour-~ o bltd and Clink1 Prychology 12.

    Runket P.J. and McGrath J.E.(1972)Rc~co~chn Hum n Behauior; A Syslrmatic uidcto method. Holt, Rinehart and Winston, New Yark.

    Thorndike, P.L. and Hagen, E .P.(1 977). Mmrmm t nndEvaluion n Psychology andEducafion. John Wiley and Sons, New York.

    Wan Rafaei Abdul Rahman(1972). An Exploratory comparative study in achieve-ment motivation between Malay and Australian Secondary School Students,Akodrmikn. Bilangan 1.

    Wan Rafaei Abdd Rahman(lY80). Peranan motivasi pencapaian di lam pemben-rukan usahawan Saw kajian di k angad rnw~d-muridrkol h di MalaysiaIanL ni~rd Kiuydom m tmanor Prtkolnei on Mar,nrakor, UKM (tidakditerbitkan).

  • 8/12/2019 Mehrabian kajian

    14/14