Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan...

16

Transcript of Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan...

Page 1: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat
Page 2: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

TakahTakah

Diterbitkan oleh: Pengurus Tarekat Naqsyabandiyah Provinsi Riau Pembina/Penanggungjawab: Drs. H. Asyari Nur, SH, MMPelaksana: Abdul Wahid, S.Ag, Joni Sudiana Alamat: Jl. Jend. Sudirman 235 Pekanbaru, Redaksi: 0819-664451

02 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Suluk secara harfiah berartimenempuh (jalan). Dalam kaitan-

nya dengan agama Islam dansufisme, kata suluk berarti menem-puh jalan (spiritual) untuk menuju

Allah.

SulukJalan Untuk Menuju Allah

hiriah sekaligus syariat batiniah demi men-capai kesucian hati untuk mengenal diridan Tuhan.

Kata suluk berasal dari terminologi Al-Qur’an, Fasluki, dalam Surat An-Nahl [16]

MENEMPUH jalan suluk (bersuluk) mencakup sebuah disiplinseumur hidup dalam melaksan-

akan aturan-aturan eksoteris agama Islam(syariat) sekaligus aturan-aturan esoterisagama Islam (hakikat). Ber-suluk jugamencakup hasrat untuk Mengenal Diri,Memahami Esensi Kehidupan, PencarianTuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati(ilahiyyah), melalui penempaan diri seu-mur hidup dengan melakukan syariat la-

ayat 69, Fasluki subula rabbiki zululan, yangartinya Dan tempuhlah jalan Rabb-mu yangtelah dimudahkan (bagimu). Seseorang yangmenempuh jalan suluk disebut salik.

Kata suluk dan salik biasanya ber-hubungan dengan tasawuf, tarekat dansufisme. Contoh eratnya keterkaitan kata-kata tersebut bisa terlihat pada tema uta-ma dan isi dari tiga website berikut ini,Suluk :: Hanya Sekeping Cermin…™,Suluk Homepage (keduanya dalam Ba-hasa Indonesia), dan Suluk Academy(dalam bahasa Inggris).

Seorang salik adalah seseorang yangmenjalani disiplin spiritual dalam men-empuh jalan sufisme Islam untuk mem-bersihkan dan memurnikan jiwanya, yangdisebut juga dengan jalan suluk. Dengankata lain, seorang salik adalah seorangpenempuh jalan suluk.

Untuk menjadi seorang salik, seorangmuslim selama seumur hidupnya harusmenjalani disiplin dalan melaksanakansyariat lahiriah sekaligus juga disiplindalam menjalani syariat batiniah agamaIslam. Seseorang tidak disebut sebagai se-orang salik jika hanya menjalani salahsatu disiplin tersebut.

Seorang salik juga disebut sebagai se-orang murid ketika ia menjalani disiplinspiritual tersebut dibawah bimbinganguru sufi tertentu, atau dalam tarekat ter-tentu. (int/abdul)

Page 3: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

03tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

BERMULA di Bukhara pada akhirabad ke-14, Naqsyabandiyah mulaimenyebar ke daerah-daerah tetang-

ga dunia Muslim dalam waktu seratustahun. Perluasannya mendapat doronganbaru dengan munculnya cabang Mujad-didiyah, dinamai menurut nama SyekhAhmad Sirhindi Mujaddidi Alf-i Tsani(“Pembaru Milenium kedua”). Pada akhirabad ke-18, nama ini hampir sinonim den-gan tarekat tersebut di seluruh Asia Sela-tan, wilayah Utsmaniyah, dan sebagianbesar Asia Tengah. Ciri yang menonjol dariTarekat Naqsyabandiyah adalah diikutin-ya syari’at secara ketat, keseriusan dalamberibadah menyebabkan penolakan ter-hadap musik dan tari[rujukan?], serta lebihmengutamakan berdzikir dalam hati, dankecenderungannya semakin kuat ke arahketerlibatan dalam politik (meskipun tidakkonsisten). [rujukan?]

Kata Naqsyabandiyah/Naqsyabandi/Naqshbandi äÞÔÈäÏÌ berasal dari BahasaArab iaitu Murakab Bina-i dua kalimahNaqsh dan Band yang bererti suatu ukiranyang terpateri, atau mungkin juga dari Ba-hasa Persia, atau diambil dari nama pendi-rinya yaitu Baha-ud-Din NaqshbandBukhari. Sebagian orang menerjemahkankata tersebut sebagai “pembuat gambar”,“pembuat hiasan”. Sebagian lagi menerje-mahkannya sebagai “Jalan Rantai”, atau

“Rantai Emas”. Perlu dicatat pula bahwadalam Tarekat Naqsyabandiyah, silsilahspiritualnya kepada Nabi Muhammad ad-alah melalui khalifah Hadhrat SayyidinaAbu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu, sementa-ra kebanyakan tarekat-tarekat lain silsilah-nya melalui khalifah Hadhrat Sayyidina Alibin Abu Thalib Karramallahu Wajhahu.

Pendiri Tariqat NaqshabandiyahBELIAU adalah Imam Tariqat Hadh-

rat Khwajah Khwajahgan Sayyid ShahMuhammad Bahauddin Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah ‘alaih,dilahirkan pada bulan Muharram tahun717 Hijrah bersamaan 1317 Masihi iaitupada abad ke 8 Hijrah bersamaan denganabad ke 14 Masihi di sebuah perkampun-gan bernama Qasrul ‘Arifan berdekatanBukhara. Ia menerima pendidikan awalTariqat secara Zahir dari gurunya Hadh-rat Sayyid Muhammad Baba As-SammasiRahmatullah ‘alaih dan seterusnya men-erima rahsia-rahsia Tariqat dan Khilafatdari Syeikhnya, Hadhrat Sayyid Amir Kul-lal Rahmatullah ‘alaih. Ia menerima limpa-han Faidhz dari Hadhrat Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallammenerusi Hadhrat Khwajah Khwajahgan‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatul-lah ‘alaih yang telah 200 tahun mendahu-luinya secara Uwaisiyah.

Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih te-lah berkata: Pada suatu hari aku dan sahabat-ku sedang bermuraqabah, lalu pintu langitterbuka dan gambaran Musyahadah hadirkepadaku lalu aku mendengar satu suaraberkata, “Tidakkah cukup bagimu untukmeninggalkan mereka yang lain dan hadirke Hadhrat Kami secara berseorangan?”

Suara itu menakutkan daku hinggamenyebabkan daku lari keluar dari rumah.Daku berlari ke sebuah sungai dan terjunke dalamnya. Daku membasuh pakaiankulalu mendirikan Solat dua raka’at dalamkeadaan yang tidak pernah daku alami,dengan merasakan seolah-olah daku se-dang bersolat dalam kehadiranNya. Sega-la-galanya terbuka dalam hatiku secaraKashaf. Seluruh alam lenyap dan dakutidak menyedari sesuatu yang lain melain-kan bersolat dalam kehadiranNya.

Aku telah ditanya pada permulaanpenarikan tersebut, “Mengapa kau inginmemasuki jalan ini?”

Aku menjawab, “Supaya apa sahaja yangaku katakan dan kehendaki akan terjadi.”

Aku dijawab, “Itu tidak akan berlaku.Apa sahaja yang Kami katakan dan apasahaja yang Kami kehendaki itulah yangakan terjadi.”

Dan aku pun berkata, “Aku tidak dap-at menerimanya, aku mesti diizinkan un-tuk mengatakan dan melakukan apa sahaja

Tarekat/Tariqat/Tariqah Naqshbandiyah/Naqsyabandiyah merupakan salah satu tarekat sufi yangpaling luas penyebaran nya, dan terdapat banyak di wilayah Asia Muslim serta Turki, Bosnia-Herze-

govina, dan wilayah Volga Ural.

Page 4: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

04 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

yang aku kehendaki, ataupun aku tidakmahu jalan ini.”

Lalu daku menerima jawapan, “Tidak!Apa sahaja yang Kami mahu ianya diper-katakan dan apa sahaja yang Kami mahuianya dilakukan itulah yang mesti dikata-kan dan dilakukan.”

Dan daku sekali lagi berkata, “Apa sa-haja yang ku katakan dan apa sahaja yangku lakukan adalah apa yang mesti berlaku.”

Lalu daku ditinggalkan keseoranganselama lima belas hari sehingga daku men-galami kesedihan dan tekanan yang hebat,kemudian daku mendengar satu suara,“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kaumahukan, Kami akan berikan.”

Daku amat gembira lalu berkata, “Akumahu diberikan suatu jalan Tariqat yangakan menerajui sesiapa jua yang menem-puhnya terus ke Hadhrat Yang MahaSuci.” Dan daku telah mengalami Musya-hadah yang hebat dan mendengar suaraberkata, “Dikau telah diberikan apa yangtelah dikau minta.”

Beliau telah menerima limpahan Keru-hanian dan prinsip dasar Tariqat Naqsh-bandiyah dari Hadhrat Khwajah ‘AbdulKhaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihyang terdiri dari lapan perkara iaitu:

Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, YadDasyat, Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam,Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjuman.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-lah ‘alaih telah menambah tiga lagi prin-sip menjadikannya sebelas iaitu:

Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wu-quf Zamani.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-lah ‘alaih telah berkata, “Jalan Tariqat kamiadalah sangat luarbiasa dan merupakan‘Urwatil Wutsqa (Pegangan Kukuh), den-

gan berpegang teguh secara sempurna danmenuruti Sunnah Baginda Nabi Sallallahu‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Ra-dhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Mereka telahmembawa daku ke jalan ini dengan Kekur-niaan. Dari awal hingga ke akhir daku han-ya menyaksikan Kekurniaan Allah bukankerana amalan. Menerusi jalan Tariqatkami, dengan amal yang sedikit, pintu-pin-tu Rahmat akan terbuka dengan menurutijejak langkah Sunnah Baginda RasulullahSallahllu ‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-lah ‘alaih mempunyai dua orang Khalifahbesar iaitu Hadhrat Khwajah ‘Alauddin‘Attar Rahmatullah ‘alaih dan HadhratKhwajah Muhammad Parsa Rahmatullah‘alaih, pengarang kitab Risalah Qudsiyyah.

Dia adalah ibarat lautan ilmu yang takbertepi dan dianugerahkan dengan muti-ara-mutiara hikmah dari Ilmu Laduni. Diamenyucikan hati-hati manusia dengan lau-tan amal kebaikan. Dia menghilangkanhaus sekelian Ruh dengan air dari pancu-ran Ruhaniahnya.

Dia amat dikenali oleh sekelian pen-duduk di langit dan di bumi. Dia ibaratbintang yang bergemerlapan yang dihiasidengan mahkota petunjuk. Dia mensuci-kan Ruh-Ruh manusia tanpa pengecualianmenerusi nafasnya yang suci. Dia memikulcahaya Kenabian dan pemelihara Syari’atMuhammadiyah serta rahsia-rahsia MU-HAMMADUR RASULULLAH.

Cahaya petunjuknya menerangi sega-la kegelapan kejahilan Raja-raja dan orangawam sehingga mereka pun datang ber-diri di pintu rumahnya. Cahaya petunjukn-ya juga meliputi seluruh Timur dan Barat,Utara dan Selatan. Dia adalah Ghauts, Sul-tanul Auliya dan rantai bagi sekelian per-

mata Ruhani.Semoga Allah Merahmatinya Dan

Mengurniakan Limpahan Faidhznya YangBerkekalan Kepada Kita. Amin.

Kekhususan Tariqat NaqshabandiyahHADHRAT Imam Rabbani Mujaddid

Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi SirhindiRahmatullah ‘alaih yang merupakan salahseorang dari Para Masyaikh AkabirinNaqshbandiyah telah berkata di dalamsurat-suratnya yang terhimpun di dalamMaktubat Imam Rabbani, “Ketahuilah ba-hawa Tariqat yang paling Aqrab dan As-baq dan Aufaq dan Autsaq dan Aslam danAhkam dan Asdaq dan Aula dan A’la danAjal dan Arfa’ dan Akmal dan Ajmal ad-alah Tariqah ‘Aliyah Naqshbandiyah, se-moga Allah Ta’ala mensucikan roh-rohahlinya dan mensucikan rahsia-rahsia ParaMasyaikhnya. Mereka mencapai darjatyang tinggi dengan berpegang dan menu-ruti Sunnah Baginda Nabi Sallallahu‘Alaihi Wasallam dan menjauhkan dariperkara Bida’ah serta menempuh jalanPara Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum. Mere-ka berjaya mencapai kehadiran limpahanAllah secara berterusan dan syuhud sertamencapai maqam kesempurnaan danmendahului mereka yang lain.”

Adapun Hadhrat Imam Rabbani Mu-jaddid Alf Tsani Rahmatullah ‘alaih telahmenerangkan kelebihan dan keunggulanTariqah Naqshbandiyah dengan beberapalafaz yang ringkas dan padat adalah me-nerusi pengalaman keruhaniannya. Iamerupakan seorang pembaharu agama(Mujaddid/Reformer) pada abad ke 11Hijrah. Sebelum beliau menerima SilsilahNaqshbandiyah beliau telah menempuhbeberapa jalan Tariqat seperti Chishtiyah,Qadiriyah, Suhrawardiyah, Kubrawiyahdan beberapa Tariqat yang lain dengancemerlang serta memperolehi Khilafahdan Sanad Ijazah. Ia telah menerimaTariqat Silsilah ‘Aliyah KhwajahganiyahNaqshbandiyah dari gurunya HadhratKhwajah Muhammad Baqi Billah Rahmat-ullah ‘alaih.

Beliau telah berpendapat bahawa darikesemua jalan Tariqat, yang paling mudahdan paling berfaedah adalah TariqatNaqshbandiyah dan telah memilihnya ser-ta telah menunjukkan jalan ini kepada parapenuntut kebenaran.

“Allahumma Ajzahu ‘Anna Jaza AnHasanan Kafiyan Muwaffiyan Li Faidhani-hil Faidhi Fil Afaq”

Terjemahan: “Wahai Allah, kurniakan-

Cover StoryCover Story

Page 5: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

05tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

lah kepada kami kurnia yang baik, cukuplagi mencukupkan dengan limpahan faid-hznya yang tersebar di Alam Maya.”

Hadhrat Shah Bahauddin NaqshbandBukhari Rahmatullah ‘alaih telah bersujudselama lima belas hari di hadapan AllahSubhanahu Wa Ta’ala dengan penuh hinadan rendah diri, berdoa memohon kepa-da Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar dite-mukan dengan jalan Tariqat yang mudahdan senang bagi seseorang hamba bagimencapai Zat Maha Esa. Allah SubhanahuWa Ta’ala telah mengkabulkan doanyadan menganugerahkan Tariqat yang khasini yang masyhur dengan nisbat Naqsh-band atau digelar Naqshbandiyah.

Naqsh bererti lukisan, ukiran, peta atautanda dan Band pula bererti terpahat, ter-lekat, tertampal atau terpateri. Naqshbandpada maknanya bererti “Ukiran yang ter-pahat” dan maksudnya adalah mengukir-kan kalimah Allah Subhanahu Wa Ta’aladi hati sanubari sehingga ianya benar-be-nar terpahat di dalam pandangan matahati yakni pandangan Basirah. Adalahdikatakan bahawa Hadhrat Shah Naqsh-band tekun mengukirkan Kalimah Allahdi dalam hatinya sehingga ukiran kalimahtersebut telah terpahat di hatinya. Amalanzikir seumpama ini masih diamalkandalam sebilangan besar Tariqat Naqsh-bandiyah iaitu dengan menggambarkanKalimah Allah dituliskan pada hatisanubari dengan tinta emas atau perak danmembayangkan hati itu sedang menyebutAllah Allah sehingga lafaz Allah itu benar-benar terpahat di lubuk hati.

Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah inidinisbatkan kepada Hadhrat SayyidinaAbu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhuyang mana telah disepakati oleh sekalian‘Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah se-bagai sebaik-baik manusia sesudah ParaNabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam. AsasTariqat ini adalah seikhlas hati menurutiSunnah Nabawiyah dan menjauhkan diridari segala jenis Bida’ah merupakan syar-at yang lazim.

Tariqat ini mengutamakan Jazbah Su-luk yang mana dengan berkat Tawajjuh se-orang Syeikh yang sempurna akan terhasil-lah kepada seseorang penuntut itu bebera-pa Ahwal dan Kaifiat yang dengannyaZauq dan Shauq penuntut itu bertambah,merasakan kelazatan khas zikir dan ibadatserta memperolehi ketenangan dan keten-teraman hati. Seseorang yang mengalamitarikan Jazbah disebut sebagai Majzub.

Dalam Tariqat Naqshbandiyah ini,

penghasilan Faidhz dan peningkatan dar-jat adalah berdasarkan persahabatan den-gan Syeikh dan Tawajjuh Syeikh. Bersa-habat dengan Syeikh hendaklah dilakukansebagaimana Para Sahabat berdampingdengan Hadhrat Baginda Nabi Muham-mad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Muridhendaklah bersahabat dengan Syeikh den-gan penuh hormat. Sekadar mana kuatnyapersahabatan dengan Syeikh, maka den-gan kadar itulah cepatnya seseorang ituakan berjalan menaiki tangga peningkatankesempurnaan Ruhaniah. Kaedah peng-hasilan Faidhz dalam Tariqat ini adalahsepertimana Para Sahabat menghadirimajlis Hadhrat Baginda Nabi MuhammadSallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Dengan hanya duduk bersama-samamenghadiri majlis Hadhrat Baginda NabiMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallamyang berkat dengan hati yang benar danikhlas serta penuh cinta biarpun hanyasekali, orang yang hadir itu akan menca-pai kesempurnaan iman pada maqamyang tertinggi. Begitulah keadaannya apa-bila seseorang itu hadir dan berkhidmatdalam majlis Hadharat Naqshbandiyah,dengan hati yang benar dan ikhlas, orangyang hadir itu akan dapat merasakanmaqam Syuhud dan ‘Irfan yang hanyaakan diperolehi setelah begitu lama menu-ruti jalan-jalan Tariqat yang lain.

Kerana itulah Para Akabirin Naqsh-bandiyah Rahimahumullah mengatakanbahawa, “Tariqat kami pada ‘Ain hakikat-nya merupakan Tariqat Para Sahabat”.

Dan dikatakan juga, “Dar Tariqah MaMahrumi Nest Wa Har Keh Mahrum Ast

Dar Tariqah Ma Na Khwahad Aamad.”Yang bermaksud, “Dalam Tariqat kami se-siapa pun tidak diharamkan dan barang-siapa yang telah diharamkan dalam Tariqatkami pasti tidak akan dapat datang.”

Yakni barangsiapa yang menurutiTariqat kami, dia takkan diharamkan darimenurutinya dan barangsiapa yang TaqdirAllah semenjak azali lagi telah diharam-kan dari menuruti jalan ini, mereka itusekali-kali takkan dapat menurutinya.

Di dalam Tariqat Naqshbandiyah,Dawam Hudhur dan Agahi (sentiasa berja-ga-jaga) menduduki maqam yang suci yangmana di sisi Para Sahabat Ridhwanullah‘Alaihim Ajma’in dikenali sebagai Ihsan danmenurut istilah Para Sufiyah ianya disebutMusyahadah, Syuhud, Yad Dasyat atau‘Ainul Yaqin. Ianya merupakan hakikat:

“Bahawa engkau menyembah Allahseolah-olah engkau melihat Nya”.

Semoga Allah Mengurniakan KitaTaufiq.

Perkembangan Tariqat Naqsha-bandiyah

ADAPUN gelaran nama Naqsh-bandiyah ini mula masyhur di zamanHadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rah-matullah ‘alaih. Menurut Hadhrat SyeikhNajmuddin Amin Al-Kurdi Rahmatullah‘alaih di dalam kitabnya Tanwirul Qulubbahawa nama Tariqat Naqshbandiyah iniberbeza-beza menurut zaman.

Di zaman Hadhrat Sayyidina AbuBakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu seh-ingga ke zaman Hadhrat Syeikh Taifur Bin‘Isa Bin Abu Yazid Bustami Rahmatullah

Cover StoryCover Story

Page 6: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

06 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

‘alaih dinamakan sebagai Siddiqiyah danamalan khususnya adalah Zikir Khafi.

Di zaman Hadhrat Syeikh Taifur bin‘Isa bin Abu Yazid Bustami Rahmatullah‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Khwa-jah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Ghujdu-wani Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dina-makan Taifuriyah dan tema khusus yangditampilkan adalah Cinta dan Ma’rifat.

Kemudian di zaman Hadhrat KhwajahKhwajahgan ‘Abdul Khaliq GhujduwaniRahmatullah ‘alaih sehingga ke zamanHadhrat Imam At-Tariqah Khwajah ShahMuhammad Bahauddin NaqshbandBukhari Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dina-makan sebagai Khwajahganiyah. Pada za-man tersebut Tariqat ini telah diperkuatkandengan lapan prinsip asas Tariqat iaitu YadKard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat,Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar DarWatan dan Khalwat Dar Anjuman.

Kemudian pada zaman Hadhrat ImamAt-Tariqah Khwajah Shah Muhammad Ba-hauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Khwajah‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih, Tariqatini mulai masyhur dengan nama Naqsh-bandiyah. Hadhrat Imam At-Tariqah Khwa-jah Shah Muhammad Bahauddin NaqshbandRahmatullah ‘alaih telah menambah tiga asassebagai penambahan dari Hadhrat KhwajahKhwajahgan ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rah-matullah ‘alaih iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf‘Adadi dan Wuquf Zamani.

Pada zaman Hadhrat Khwajah ‘Ubaid-ullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih sehingga kezaman Hadhrat Mujaddid Alf Tsani SyeikhAhmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaihTariqat ini dikenali dengan nama Ahrariyahsehinggalah ke zaman Hadhrat KhwajahMuhammad Baqi Billah Rahmatullah ‘alaih.

Bermula dari zaman Hadhrat Mujad-did Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhin-di Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini muladikenali sebagai Mujaddidiyah dan ilmutentang Lataif Fauqaniyah dan DaerahMuraqabah pun diperkenalkan. Semenjakitu Tariqat ini mulai dikenali dengan namaNaqshbandiyah Mujaddidiyah sehing-galah ke zaman Hadhrat Mirza Mazhar JanJanan Syahid Rahmatullah ‘alaih.

Kemudian Tariqat ini dikenali dengannama Mazhariyah sehingga ke zamanHadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘AbdullahGhulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih.

Pada zaman Hadhrat Qutub Al-AuliyaShah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rah-matullah ‘alaih, seorang Syeikh dari Bagh-dad yang bernama Hadhrat Syeikh Dh-

ziauddin Muhammad Khalid ‘UthmaniKurdi Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih te-lah datang ke Delhi sekembalinya beliaudari Makkah untuk berbai’ah dengan Hadh-rat Qutub Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghu-lam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih sete-lah beliau menerima isyarah dari Ruhani-ah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Ra-sulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untukmengambil Tariqat ‘Aliyah NaqshbandiyahMujaddidiyah ini dan beliau telah mem-bawanya ke negara Timur Tengah.

Hadhrat Syeikh Dhziauddin Muham-mad Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-BaghdadiRahmatullah ‘alaih mula memperkenalkanamalan Suluk iaitu Khalwat Saghirah danTariqat ini mula dikenali sebagai Naqsh-bandiyah Khalidiyah di Timur Tengahkhususnya di Makkah dan tersebar di kalan-gan jemaah Haji dari rantau Nusantara dantersebarlah ia di serata Tanah Melayu danIndonesia. Walaubagaimanapun di TanahHindi, Tariqat ini masih dikenali sebagaiTariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Adapun Para Masyaikh Mutaakhirinyang datang sesudah itu sering menambah-kan nama nisbat mereka sendiri untuk mem-bezakan Silsilah antara satu dengan yang lainseperti Naqshbandiyah Khalidiyah danNaqshbandiyah Mujaddidiyah. SilsilahNaqshbandiyah ini telah berkembang biakdari Barat hingga ke Timur. Meskipun Silsi-lah ini telah dikenali dengan beberapa namayang berbeza, namun ikatan keruhanian darirantaian emas yang telah dipelopori olehHadhrat Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu

Cover StoryCover StoryBakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu akantetap berjalan sehingga ke Hari Qiyamat me-nerusi keberkatan yang telah Allah Subha-nahu Wa Ta’ala kurniakan kepada sekelianPara Masyaikh yang ditugaskan menyam-bung Silsilah ini.

Dalam perjalanan mencapai kebenaranyang hakiki, terdapat dua kaedah jalanyang biasa diperkenalkan oleh ParaMasyaikh Tariqat, iaitu sama ada sesebuahTariqat itu menuruti Tariqat Nafsani atau-pun Tariqat Ruhani.

Tariqat Nafsani mengambil jalanpendekatan dengan mentarbiyahkan Nafsdan menundukkan keakuan diri. Nafs ataukeakuan diri ini adalah sifat Ego yang adadalam diri seseorang. Nafs dididik bagimenyelamatkan Ruh dan jalan TariqatNafsani ini amat sukar dan berat keranaSalik perlu melakukan segala yang berla-wanan dengan kehendak Nafs. Ianyamerupakan suatu perang Jihad dalam diriseseorang Mukmin. Tariqat Ruhani adalahlebih mudah yang mana pada mula-mulasekali Ruh akan disucikan tanpa meng-hiraukan tentang keadaan Nafs. SetelahRuh disucikan dan telah mengenali hak-ikat dirinya yang sebenar, maka Nafs atauEgonya dengan secara terpaksa mahupuntidak, perlu menuruti dan mentaati Ruh.

Kebanyakan jalan Tariqat yang terdahu-lu menggunakan pendekatan Tariqat Naf-sani, namun berbeza dengan Para MasyaikhSilsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah, merekamenggunakan pendekatan Tariqat Ruhaniiaitu dengan mentarbiyah dan mensucikanRuh Para Murid mereka terlebih dahulu,seterusnya barulah mensucikan Nafs.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’alamemimpin kita ke jalan Tariqat yang Haq,yang akan membawa kita atas landasan Sirat-ul Mustaqim sepertimana yang telah dikur-niakanNya nikmat tersebut kepada Para Nabi,Para Siddiqin, Para Syuhada dan Para Sali-hin. Mudah-mudahan dengan menurutiTariqat yang Haq itu dapat menjadikan kitainsan yang bertaqwa, beriman dan menyer-ah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seorang Penyair Sufi pernah berkata,Al –‘Ajzu ‘An Darakil Idraki Idraku,

Wal Waqfu Fi Turuqil Akhyari Isyraku.Seseorang yang berasa lemah dari

mendapat kefahaman adalah seorang yangmengerti; Dan berhenti dalam menjalaniperjalanan orang-orang yang berkebaikanadalah suatu Syirik.

ALLAH HUWA ALLAH HAQQ AL-LAH HAYY.***

(int/abdul)

Page 7: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

07tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover Story

TARIQAT Naqshbandiyah mempunyai prinsip asasnya yang tersendiri yang telah diasaskan oleh Hadh-

rat Khwajah Khwajahgan Maulana Syeikh‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatul-lah ‘alaih. Ia telah meletakkan lapan prin-sip asas ini sebagai dasar Tariqat Naqsh-bandiyah. Prinsip-prinsip ini dinyatakan-nya dalam sebutan bahasa Parsi dan men-gandungi pengertian dan pangajaran yangamat tinggi nilainya. Adapun prinsip-prin-sipnya adalah seperti berikut:• 1. Yad Kard• 2. Baz Gasht• 3. Nigah Dasyat• 4. Yad Dasyat• 5. Hosh Dar Dam• 6. Nazar Bar Qadam• 7. Safar Dar Watan• 8. Khalwat Dar Anjuman

Hadhrat Syeikh Muhammad ParsaRahmatullah ‘alaih yang merupakan sa-habat, khalifah dan penulis riwayat Hadh-rat Maulana Shah Bahauddin NaqshbandRahmatullah ‘alaih telah menyatakan didalam kitabnya bahawa ajaran TariqatHadhrat Khwajah Maulana Syeikh AbdulKhaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihberkenaan zikir dan ajaran lapan prinsipasas seperti yang dinyatakan di atas turutdianuti dan diamalkan oleh 40 jenisTariqat. Tariqat lain menjadikan asas inisebagai panduan kepada jalan kebenaranyang mulia iaitu jalan kesedaran dalammenuruti Sunnah Hadhrat Baginda Rasu-lullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam denganmeninggalkan sebarang bentuk Bida’ahdan bermujahadah melawan hawa nafsu.Kerana itulah Hadhrat Khwajah MaulanaSyeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rah-matullah ‘alaih mencapai ketinggian Ru-hani dan menjadi seorang MahaguruTariqat dan penghulu pemimpin keru-hanian pada zamannya.

1. YAD KARDYad bererti ingat yakni Zikir. Perkataan

Kard pula bagi menyatakan kata kerja bagiingat yakni pekerjaan mengingati AllahSubhanahu Wa Ta’ala dan ianya merupa-kan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh,Yad Kard bermaksud melakukan zikirmengingati Tuhan dengan menghadirkanhati. Murid yang telah melakukan Bai‘ahdan telah ditalqinkan dengan zikir hendak-lah senantiasa sibuk mengingati Allah Sub-hanahu Wa Ta’ala dengan kalimah zikiryang telah ditalqinkan.

Zikir yang telah ditalqinkan olehSyeikh adalah zikir yang akan membawaseseorang murid itu mencapai ketinggiandarjat Ruhani. Syeikh akan mentalqinkanzikir kepada muridnya sama ada ZikirIsmu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secaraLisani ataupun Qalbi. Seseorang muridhendaklah melakukan zikir yang sebany-ak-banyaknya dan sentiasa menyibukkandirinya dengan berzikir. Pada setiap hari,masa dan keadaan, sama ada dalamkeadaaan berdiri atau duduk atau berbar-ing ataupun berjalan, hendaklah sentiasa

berzikir.Pada lazimnya seseorang yang baru

menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini,Syeikh akan mentalqinkan kalimah IsmuZat iaitu lafaz Allah sebagai zikir yangperlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpamenggerakkan lidah. Murid hendaklahberzikir Allah Allah pada latifah tersebutsebanyak 24 ribu kali sehari semalam set-iap hari sehingga terhasilnya cahaya War-id.

Ada sebahagian Syeikh yang menetap-kan jumlah permulaan sebanyak lima ribukali sehari semalam dan ada juga yangmenetapkannya sehingga tujuh puluh ribukali sehari semalam.

Seterusnya murid hendaklahmengkhabarkan segala pengalaman Ru-haniahnya kepada Syeikh apabila meneri-ma Warid tersebut. Begitulah pada setiapLatifah, murid hendaklah berzikir seban-yak-banyaknya pada kesemua Latifah sep-erti yang diarahkan oleh Syeikh sehinggatercapainya Warid. Mengingati Allah Sub-hanahu Wa Ta’ala secara sempurna adalahdengan berzikir menghadirkan hati keHadhrat ZatNya.

Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan padasetiap Latifah dengan sempurna, Syeikhakan mentalqinkan pula Zikir Nafi Itsbatiaitu kalimah LA ILAHA ILLA ALLAHyang perlu dilakukan sama ada secaraLisani iaitu menerusi lidah atau secaraQalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati.

Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukanmenurut kaifiyatnya. Syeikh akan menen-tukan dalam bentuk apa sesuatu zikir ituperlu dilakukan. Yang penting bagi Salikadalah menyibukkan diri dengan zikiryang telah ditalqinkan oleh Syeikh samaada ianya Zikir Ismu Zat ataupun ZikirNafi Itsbat. Salik hendaklah memeliharazikir dengan hati dan lidah dengan menye-but Allah Allah iaitu nama bagi Zat Tu-han yang merangkumi kesemua Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya yang muliaserta dengan menyebut Zikir Nafi Itsbatmenerusi kalimah LA ILAHA ILLA AL-LAH dengan sebanyak-banyaknya. Salikhendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbatsehingga dia mencapai kejernihan hati dantenggelam di dalam Muraqabah. Muridhendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbatsebanyak 5 ribu ke 10 ribu kali setiap haribagi menanggalkan segala kekaratan hati.Zikir tersebut akan membersihkan hati danmembawa seseorang itu kepada Musya-hadah.

Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin

Ajaran AsasNaqshbandiyah

Page 8: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

08 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover StoryNaqshbandiyah, seseorang murid yangbaru itu hendaklah menutup kedua mat-anya, menutup mulutnya, merapatkan gig-inya, menongkatkan lidahnya ke langit-langit dan menahan nafasnya. Dia hendak-lah mengucapkan zikir ini dengan hatinyabermula dari kalimah Nafi dan seterusn-ya kalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagimurid yang telah lama hendaklah mem-bukakan kedua matanya dan tidak perlumenahan nafasnya.

Bermula dari kalimah Nafi iaitu LAyang bererti Tiada, dia hendaklah menarikkalimah LA ini dari bawah pusatnya ke atashingga ke otak. Apabila kalimah LA men-capai otak, ucapkan pula kalimah ILAHAdi dalam hati yang bererti Tuhan. Kemudi-an hendaklah digerakkan dari otak ke bahukanan sambil menyebut ILLA yang berertiMelainkan, lalu menghentakkan kalimahItsbat iaitu ALLAH ke arah Latifah Qalb.Sewaktu menghentakkan kalimah ALLAHke arah Qalb, hendaklah merasakan baha-wa kesan hentakan itu mengenai kesemuaLataif di dalam tubuh badan.

Zikir yang sebanyak-banyaknya akanmembawa seseorang Salik itu mencapaikepada kehadiran Zat Allah dalam kewu-judan secara Zihni yakni di dalam pikiran.Salik hendaklah berzikir dalam setiapnafas yang keluar dan masuk. Yad Kardmerupakan amalan dipikiran yang bertu-juan pikiran hendaklah sentiasa mengge-sa diri supaya sentiasa ingat kepada AllahSubhanahu Wa Ta’ala dan melakukan zikirbagi mengingati ZatNya. Pekerjaan berz-ikir mengingati Allah Subhanahu WaTa’ala adalah suatu amalan yang tiadabatas dan had. Ianya boleh dikerjakanpada sebarang keadaan, masa dan tempat.Hendaklah sentiasa memerhatikan nafassupaya setiap nafas yang keluar dan ma-suk itu disertai ingatan terhadap Zat Al-lah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. BAZ GASHTBaz Gasht bererti kembali. Menurut

Para Masyaikh, maksudnya ialah seseor-ang yang melakukan zikir dengan meng-gunakan lidah hati menyebut Allah Allahdan LA ILAHA ILLA ALLAH, begitulahjuga setelah itu hendaklah mengucapkandi dalam hati dengan penuh khusyuk dan

merendahkan diri akan ucapan ini:“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka

Matlubi, A’tini Mahabbataka WaMa’rifataka”

Yang bererti, “Wahai Tuhanku En-gkaulah maksudku dan keredhaanMu tun-tutanku, kurniakanlah Cinta dan MakrifatZatMu.”

Ianya merupakan ucapan HadhratBaginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam, ucapan ini akan meningkatkan ta-hap kesedaran kepada kewujudan danKeesaan Zat Tuhan, sehingga dia menca-pai suatu tahap di mana segala kewujudanmakhluk terhapus pada pandangan mat-anya. Apa yang dilihatnya walau ke manajua dia memandang, yang dilihatnya han-yalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ucapankata-kata ini juga memberikan kita penger-tian bahawa hanya Allah Subhanahu WaTa’ala yang menjadi maksud dan matla-mat kita dan tidak ada tujuan lain selainuntuk mendapatkan keredhaanNya. Salikhendaklah mengucapkan kalimah ini bagimenghuraikan segala rahsia Keesaan ZatTuhan dan supaya terbuka kepadanya ke-unikan hakikat Kehadiran Zat Allah Sub-hanahu Wa Ta’ala.

Sebagai murid, tidak boleh meninggalkanzikir kalimah ini meskipun tidak merasakansebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetapmeneruskan zikir kalimah tersebut sebagaimenuruti anjuran Syeikhnya.

Makna Baz Gasht ialah kembali kepa-da Allah Yang Maha Tinggi Lagi MahaMulia dengan menunjukkan penyerahanyang sempurna, mentaati segala ke-hendakNya dan merendahkan diri dengansempurna dalam memuji ZatNya. Adapunlafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsi seper-ti yang diamalkan oleh Para AkabirinNaqshabandiyah Mujaddidiyah adalahseperti berikut:

“Khudawandah, Maqsudi Man Tui WaRidhai Tu, Tarak Kardam Dunya WaAkhirat Baraey Tu, Mahabbat Wa Ma’rifatiKhud Badih.”

Yang bererti, “Tuhanku, maksudkuhanyalah Engkau dan keredaanMu, telah-ku lepaskan Dunia dan Akhirat keranaEngkau, kurniakanlah Cinta dan MakrifatZatMu.”

Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak

memahami hakikat kebenaran ucapan kata-kata ini, hendaklah dia tetap juga menye-butnya kerana menyebut kata-kata itu den-gan hati yang khusyuk dan merendahkandiri akan menambahkan lagi pemahaman-nya dan secara sedikit demi sedikit Salik ituakan merasai hakikat kebenaran perkataantersebut dan Insya Allah akan merasai ke-sannya. Hadhrat Baginda Rasulullah Salla-llahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakandalam doanya, “Ma Zakarnaka HaqqaZikrika Ya Mazkur.” Yang bererti, “Kamitidak mengingatiMu dengan hak mengin-gatiMu secara yang sepatutnya, Wahai Zatyang sepatutnya diingati.”

Seseorang Salik itu tidak akan dapathadir ke Hadhrat Allah Subhanahu WaTa’ala menerusi zikirnya dan tidak akandapat mencapai Musyahadah terhadaprahsia-rahsia dan sifat-sifat Allah Subha-nahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya jika diatidak berzikir dengan sokongan dari Al-lah Subhanahu Wa Ta’ala dan menerusiingatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ter-hadap dirinya.

Seorang Salik itu tidak akan dapatberzikir dengan kemampuan dirinya bah-kan dia hendaklah sentiasa menyedari ba-hawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala lah yangsedang berzikir menerusi dirinya. Hadh-rat Maulana Syeikh Abu Yazid BistamiRahmatullah ‘alaih telah berkata, “Apabi-la daku mencapai ZatNya, daku melihatbahawa ingatanNya terhadap dirikumendahului ingatanku terhadap diriNya.”

3. NIGAH DASYATNigah bererti menjaga, mengawasi,

memelihara dan Dasyat pula berertimelakukannya dengan bersungguh-sung-guh. Maksudnya ialah seseorang Salik itusewaktu melakukan zikir hendaklah sen-tiasa memelihara hati dari sebarang kha-trah lintasan hati dan was-was Syaitandengan bersungguh-sungguh. Jangan bi-arkan khayalan kedukaan memberi kesankepada hati.

Setiap hari hendaklah melapangkanmasa selama sejam ke dua jam ataupunlebih untuk memelihara hati dari segalaingatan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Selain DiriNya, jangan ada sebarang khay-alan pada pikiran dan hati. Lakukan lati-

Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah permulaan sebanyak limaribu kali sehari semalam dan ada juga yang menetapkannya sehingga

tujuh puluh ribu kali sehari semalam.

Page 9: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

09tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover Story

han ini sehingga segala sesuatu selain Al-lah Subhanahu Wa Ta’ala, segala-galanyamenjadi lenyap.

Nigah Dasyat juga bermakna seseor-ang Salik itu mesti memerhatikan hatinyadan menjaganya dengan menghindarkansebarang ingatan yang buruk masuk kedalam hati. Ingatan dan keinginan yangburuk akan menjauhkan hati dari kehadi-ran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesufianyang sebenar adalah daya untuk memeli-hara hati dari ingatan yang buruk dan me-meliharanya dari sebarang keinginan yangrendah. Seseorang yang benar-benar men-genali hatinya akan dapat mengenali Tu-hannya. Di dalam Tariqat Naqshbandiyahini, seseorang Salik yang dapat memeliha-ra hatinya dari sebarang ingatan yang bu-ruk selama 15 minit adalah merupakansuatu pencapaian yang besar dan menjadi-kannya layak sebagai seorang ahli Sufiyang benar.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaih menyatakandi dalam kitabnya Idhahut Tariqah baha-wa, “Nigah Dasyat adalah merupakansyarat ketika berzikir, bahawa ketika berz-ikir hendaklah menghentikan segala khay-alan serta was-was dan apabila sebarangkhayalan yang selain Allah terlintas didalam hati maka pada waktu itu jugahendaklah dia menjauhkannya supayakhayalan Ghairullah tidak mendudukihati.”

Hadhrat Maulana Syeikh Abul HassanKharqani Rahmatullah ‘alaih pernah ber-kata, “Telah berlalu 40 tahun di mana Al-lah sentiasa melihat hatiku dan telah me-lihat tiada sesiapa pun kecuali DiriNya dantiada ruang bilik di dalam hatiku untuk

selain dari Allah.”Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani

Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Akumenjadi penjaga di pintu hatiku selama 40tahun dan aku tidak pernah membukanyakepada sesiapa pun kecuali Allah Subha-nahu Wa Ta’ala sehinggakan hatiku tidakmengenali sesiapapun kecuali Allah Sub-hanahu Wa Ta’ala.”

Seorang Syeikh Sufi pernah berkata,“Oleh kerana aku telah menjaga hatikuselama sepuluh malam, hatiku telah men-jagaku selama dua puluh tahun.”

4. YAD DASYATYad Dasyat bererti mengingati Allah

Subhanahu Wa Ta’ala dengan bersung-guh-sungguh dengan Zauq Wijdani seh-ingga mencapai Dawam Hudhur yaknikehadiran Zat Allah secara kekal berteru-san dan berada dalam keadaan berjaga-jaga memerhatikan limpahan Faidhz darisisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedar-an ini diibaratkan sebagai Hudhur BeyGhibat dan merupakan Nisbat KhassahNaqshbandiyah.

Yad Dasyat juga bermakna seseorangyang berzikir itu memelihara hatinya padasetiap penafian dan pengitsbatan di dalamsetiap nafas tanpa meninggalkan Kehadi-ran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ian-ya menghendaki agar Salik memeliharahatinya di dalam Kehadiran Kesucian ZatAllah Subhanahu Wa Ta’ala secara berter-usan. Ini untuk membolehkannya agardapat merasai kesedaran dan melihatTajalli Cahaya Zat Yang Esa atau disebutsebagai Anwaruz-Zatil-Ahadiyah.

Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghu-lam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad

Dasyat merupakan istilah Para Sufi bagimenerangkan keadaan maqam Syuhudatau Musyahadah yang juga dikenali se-bagai ‘Ainul Yaqin atau Dawam Hudhurdan Dawam Agahi.

Di zaman para Sahabat Ridhwanullah‘Alaihim Ajma’in ianya disebut sebagaiIhsan. Ia merupakan suatu maksud didalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddid-iyah bagi menghasilkan Dawam Hudhurdan Dawam Agahi dengan Hadhrat ZatIlahi Subhanahu Wa Ta’ala dan di samp-ing itu berpegang dengan ‘Aqidah yangsahih menurut Ahlus Sunnah Wal Jama’ahdan melazimkan diri beramal menurutiSunnah Nabawiyah Sallallahu ‘AlaihiWasallam.

Jika Salik tidak memiliki ketiga-tigasifat ini iaitu tetap mengingati Zat Ilahi,beri’tiqad dengan ‘Aqidah Ahlus SunnahWal Jama’ah dan menuruti Sunnah NabiSallallahu ‘Alaihi Wasallam ataupun men-inggalkan salah satu darinya maka diaadalah terkeluar dari jalan Tariqat Naqsh-bandiyah, Na’uzu Billahi Minha!

5. HOSH DAR DAMHosh bererti sedar, Dar bererti dalam

dan Dam bererti nafas, yakni sedar dalamnafas. Seseorang Salik itu hendaklah bera-da dalam kesedaran bahawa setiap nafas-nya yang keluar masuk mestilah besertakesedaran terhadap Kehadiran Zat AllahTa’ala. Jangan sampai hati menjadi lalaidan leka dari kesedaran terhadap Kehadi-ran Zat Allah Ta’ala. Dalam setiap nafashendaklah menyedari kehadiran ZatNya.

Menurut Hadhrat Khwajah MaulanaSyeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rah-matullah ‘alaih bahawa, “Seseorang Salikyang benar hendaklah menjaga dan meme-lihara nafasnya dari kelalaian pada setiapkali masuk dan keluarnya nafas serta men-etapkan hatinya sentiasa berada dalam Ke-hadiran Kesucian ZatNya dan dia hendak-lah memperbaharukan nafasnya denganibadah dan khidmat serta membawa ibadahini menuju kepada Tuhannya seluruh ke-hidupan, kerana setiap nafas yang disedutdan dihembus beserta KehadiranNya ad-alah hidup dan berhubung dengan Kehad-iran ZatNya Yang Suci. Setiap nafas yangdisedut dan dihembus dengan kelalaian ad-alah mati dan terputus hubungan dari Ke-hadiran ZatNya Yang Suci.”

Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih ber-kata, “Maksud utama seseorang Salik didalam Tariqah ini adalah untuk menjaga

Page 10: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

10 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover Storynafasnya dan seseorang yang tidak dapatmenjaga nafasnya dengan baik maka dika-takan kepadanya bahawa dia telah kehi-langan dirinya.”

Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmud-din Al-Kubra Rahmatullah ‘alaih berktadalam kitabnya Fawatihul Jamal bahawa,“Zikir adalah sentiasa berjalan di dalamtubuh setiap satu ciptaan Allah sebagaimemenuhi keperluan nafas mereka biar-pun tanpa kehendak sebagai tanda ketaa-tan yang merupakan sebahagian dari pen-ciptaan mereka. Menerusi pernafasanmereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama AllahYang Maha Suci berada dalam setiap nafasyang keluar masuk dan ianya merupakantanda kewujudan Zat Yang Maha Ghaibsebagai menyatakan Keunikan dan Kee-saan Zat Tuhan. Maka itu amatlah perluberada dalam kesedaran dan hadir dalamsetiap nafas sebagai langkah untuk men-genali Zat Yang Maha Pencipta.”

Nama Allah yang mewakili kesemuaSembilan Puluh Sembilan Nama-Namadan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya adalahterdiri dari empat huruf iaitu Alif, Lam,Lam dan Ha.

Para Sufi berkata bahawa Zat GhaibMutlak adalah Allah Yang Maha Suci lagiMaha Mulia KetinggianNya dan DiriNyadinyatakan menerusi huruf yang terakhirdari Kalimah Allah iaitu huruf Ha. Huruftersebut apabila ditemukan dengan hurufAlif akan menghasilkan sebutan Ha yangmemberikan makna “Dia Yang Ghaib” se-bagai kata ganti diri. Bunyi sebutan Ha itusebagai menampilkan dan menyatakanbukti kewujudan Zat DiriNya Yang GhaibMutlak (Ghaibul Huwiyyatil Mutlaqa Lil-lahi ‘Azza Wa Jalla). Huruf Lam yang per-tama adalah bermaksud Ta‘arif atau pen-genalan dan huruf Lam yang kedua pulaadalah bermaksud Muballaghah yaknipengkhususan. Menjaga dan memeliharahati dari kelalaian akan membawa seseor-ang itu kepada kesempurnaan KehadiranZat, dan kesempurnaan Kehadiran Zatakan membawanya kepada kesempurnaanMusyahadah dan kesempurnaan Musya-hadah akan membawanya kepada kesem-purnaan Tajalli Sembilan Puluh SembilanNama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Seter-usnya Allah akan membawanya kepadapenzahiran kesemua Sembilan Puluh Sem-bilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allahdan Sifat-SifatNya yang lain kerana adalahdikatakan bahawa Sifat Allah itu adalahsebanyak nafas-nafas manusia.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-

lah ‘alaih menegaskan bahawa hendaklahmengingati Allah pada setiap kali keluarmasuk nafas dan di antara keduanya yak-ni masa di antara udara disedut masuk dandihembus keluar dan masa di antara udaradihembus keluar dan disedut masuk. Ter-dapat empat ruang untuk diisikan denganZikrullah. Amalan ini disebut Hosh DarDam yakni bezikir secara sedar dalamnafas. Zikir dalam pernafasan juga dike-nali sebagai Paas Anfas di kalangan AhliTariqat Chistiyah.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-lah ‘alaih berkata, “Tariqat ini dibina be-rasaskan nafas, maka adalah wajib bagisetiap orang untuk menjaga nafasnya padawaktu menghirup nafas dan menghem-buskan nafas dan seterusnya menjaganafasnya pada waktu di antara menghir-up dan menghembuskan nafas.”

Udara Masuk - Allah Allah Antara -Allah Allah Udara Keluar - Allah AllahAntara - Allah Allah

Perlu diketahui bahawa menjaga nafasdari kelalaian adalah amat sukar bagi sese-orang Salik, lantaran itu mereka hendak-lah menjaganya dengan memohon Istigh-far yakni keampunan kerana memohonIstighfar akan menyucikan hatinya danmensucikan nafasnya dan menyediakandirinya untuk menyaksikan Tajalli penza-hiran manifestasi Allah Subhanahu WaTa’ala di mana-mana jua.

6. NAZAR BAR QADAMNazar bererti memandang, Bar bererti

pada, dan Qadam pula bererti kaki. Sese-orang Salik itu ketika berjalan hendaklahsentiasa memandang ke arah kakinya danjangan melebihkan pandangannya ke tem-pat lain dan setiap kali ketika dudukhendaklah sentiasa memandang ke hada-pan sambil merendahkan pandangan. Jan-gan menoleh ke kiri dan ke kanan keranaianya akan menimbulkan fasad yang be-sar dalam dirinya dan akan menghalangn-ya dari mencapai maksud.

Nazar Bar Qadam bermakna ketika sese-orang Salik itu sedang berjalan, dia hendak-lah tetap memerhatikan langkah kakinya. Dimana jua dia hendak meletakkan kakinya,matanya juga perlu memandang ke arahtersebut. Tidak dibolehkan baginya melem-parkan pandangannya ke sana sini, meman-dang kiri dan kanan ataupun di hadapan-nya kerana pandangan yang tidak baik akanmenghijabkan hatinya.

Kebanyakan hijab-hijab di hati itu ter-jadi kerana bayangan gambaran yang dip-indahkan dari pandangan penglihatanmata ke otak sewaktu menjalani kehidu-pan seharian. Ini akan mengganggu hatidan menimbulkan keinginan memenuhiberbagai kehendak hawa nafsu sepertiyang telah tergambar di ruangan otak.Gambaran-gambaran ini merupakan hijab-hijab bagi hati dan ianya menyekat CahayaKehadiran Zat Allah Yang Maha Suci.

Kerana itulah Para Masyaikh melarangmurid mereka yang telah menyucikan hatimereka menerusi zikir yang berterusandari memandang ke tempat yang selaindari kaki mereka. Hati mereka ibarat cer-min yang menerima dan memantulkansetiap gambaran dengan mudah. Ini akanmengganggu mereka dan akan menyebab-kan kekotoran hati.

Maka itu, Salik diarahkan agar mer-endahkan pandangan supaya mereka tidakterkena panahan dari panahan Syaitan.Merendahkan pandangan juga menjadi tan-da kerendahan diri. Orang yang bongkakdan sombong tidak memandang ke arahkaki mereka ketika berjalan. Ia juga meru-pakan tanda bagi seseorang yang menuru-ti jejak langkah Hadhrat Baginda Muham-mad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasal-lam yang mana Hadhrat Baginda Muham-mad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasal-lam ketika berjalan tidak menoleh ke kiridan ke kanan tetapi Hadhrat Baginda Mu-hammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam hanya melihat ke arah kakinya, berg-

Seseorang Salik apabiladia sudah menemui seorangpembimbing Ruhani yang

sempurna bagi dirinyaadalah dilarang dari melaku-kan Perjalanan Luaran. PadaPerjalanan Luaran ini terda-pat berbagai kesukaran yang

mana seseorang yang barumenuruti jalan ini tidakdapat tidak, pasti akan

terjerumus ke dalam tinda-kan yang dilarang, kerana

mereka adalah lemah dalammenunaikan ibadah mereka.

Page 11: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

11tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover Storyerak dengan pantas menuju ke arah desti-nasinya. Pengertian batin yang dituntut dariprinsip ini ialah supaya Salik bergerak den-gan laju dan pantas dalam melakukan per-jalanan suluk, yang mana apa jua maqamyang terpandang olehnya maka dengan se-cepat yang mungkin kakinya juga segerasampai pada kedudukan maqam tersebut.Ia juga menjadi tanda ketinggian darjatseseorang yang mana dia tidak meman-dang kepada sesuatu pun kecuali Tuhan-nya. Sepertimana seseorang yang hendaklekas menuju kepada tujuannya, begitulahseorang Salik yang menuju Kehadhrat Tu-han hendaklah lekas-lekas bergerak, den-gan cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiridan ke kanan, tidak memandang kepadahawa nafsu duniawi sebaliknya hanya me-mandang ke arah mencapai Kehadiran ZatTuhan Yang Suci.

Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mu-jaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad FaruqiSirhindi Rahmatullah ‘alaih telah berkatadalam suratnya yang ke-259 di dalamMaktubat, “Pandangan mendahului lang-kah dan langkah menuruti pandangan.Mi’raj ke maqam yang tinggi didahuluidengan pandangan Basirah kemudian di-ikuti dengan langkah. Apabila langkah te-lah mencapai Mi’raj tempat yang dipan-dang, maka kemudian pandangan akan di-angkat ke suatu maqam yang lain yangmana langkah perlu menurutinya. Kemu-dian pandangan akan diangkat ke tempatyang lebih tinggi dan langkah akan menu-rutinya. Begitulah seterusnya sehinggapandangan mencapai maqam kesempur-naan yang mana langkahnya akan diber-hentikan. Kami katakan bahawa, apabilalangkah menuruti pandangan, murid telahmencapai maqam kesediaan untuk menu-ruti jejak langkah Hadhrat Baginda Mu-hammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam. Jejak langkah Hadhrat Bagin-da Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sum-ber asal bagi segala langkah.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-lah ‘alaih berkata, “Jika kita memandangkesalahan sahabat-sahabat, kita akan dit-inggalkan tanpa sahabat kerana tiada se-orang juapun yang sempurna.”

7. SAFAR DAR WATANSafar bererti menjelajah, berjalan atau

bersiar, Dar bererti dalam dan Watan ber-erti kampung. Safar Dar Watan bermaknabersiar-siar dalam kampung dirinya yak-ni kembali berjalan menuju Tuhan. Sese-

orang Salik itu hendaklah menjelajah daridunia ciptaan kepada dunia Yang MahaPencipta.

Hadhrat Baginda Nabi MuhammadSallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bers-abda yang mafhumnya, “Daku sedangmenuju Tuhanku dari suatu hal keadaanke suatu hal keadaan yang lebih baik dandari suatu maqam ke suatu maqam yanglebih baik.”

Salik hendaklah berpindah dari ke-hendak hawa nafsu yang dilarang kepadakehendak untuk berada dalam KehadiranZatNya. Dia hendaklah berusaha mening-galkan segala sifat-sifat Basyariyah (Ke-manusiawian) yang tidak baik dan men-ingkatkan dirinya dengan sifat-sifatMalakutiyah (Kemalaikatan) yang terdiridari sepuluh maqam iaitu:

[1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4]Syukur [5] Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa[8] Taslim [9] Tawakkal [10] Redha.

Para Masyaikh membahagikan per-jalanan ini kepada dua kategori iaitu SairAfaqi yakni Perjalanan Luaran dan SairAnfusi yakni Perjalanan Dalaman. Per-jalanan Luaran adalah perjalanan darisuatu tempat ke suatu tempat mencari se-orang pembimbing Ruhani yang sempur-na bagi dirinya dan akan menunjukkanjalan ke tempat yang dimaksudkannya. Iniakan membolehkannya untuk memulakanPerjalanan Dalaman.

Seseorang Salik apabila dia sudah me-nemui seorang pembimbing Ruhani yangsempurna bagi dirinya adalah dilarangdari melakukan Perjalanan Luaran. PadaPerjalanan Luaran ini terdapat berbagai

kesukaran yang mana seseorang yang barumenuruti jalan ini tidak dapat tidak, pastiakan terjerumus ke dalam tindakan yangdilarang, kerana mereka adalah lemahdalam menunaikan ibadah mereka.

Perjalanan yang bersifat dalaman pulamengkehendakkan agar seseorang Salik itumeninggalkan segala tabiat yang buruk danmembawa adab tertib yang baik ke dalamdirinya serta mengeluarkan dari hatinyasegala keinginan Duniawi. Dia akan di-angkat dari suatu maqam yang kotor zul-mat ke suatu maqam kesucian. Pada wak-tu itu dia tidak perlu lagi melakukan Per-jalanan Luaran. Hatinya telah dibersihkandan menjadikannya tulin seperti air, jernihseperti kaca, bersih bagaikan cermin lalumenunjukkannya hakikat setiap segalasuatu urusan yang penting dalam kehidu-pan sehariannya tanpa memerlukan se-barang tindakan yang bersifat luaran bagipihak dirinya. Di dalam hatinya akan mun-cul segala apa yang diperlukan olehnyadalam kehidupan ini dan kehidupan mere-ka yang berada di sampingnya.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaih telah berka-ta, “Ketahuilah bahawa apabila hati tertak-luk dengan sesuatu selain Allah dan khay-alan yang buruk menjadi semakin kuatmaka limpahan Faidhz Ilahi menjadi sukaruntuk dicapai oleh Batin. Jesteru itu den-gan kalimah LA ILAHA hendaklahmenafikan segala akhlak yang buruk itusebagai contohnya bagi penyakit hasad,sewaktu mengucapkan LA ILAHAhendaklah menafikan hasad itu dansewaktu mengucapkan ILLA ALLAH

Page 12: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

12 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover Storyhendaklah mengikrarkan cinta dan kasihsayang di dalam hati. Begitulah ketikamelakukan zikir Nafi Itsbat dengan seban-yak-banyaknya lalu menghadap kepadaAllah dengan rasa hina dan rendah diribagi menghapuskan segala keburukan dirisehinggalah keburukan dirinya itu benar-benar terhapus. Begitulah juga terhadapsegala rintangan Batin, ianya perlu dis-ingkirkan supaya terhasilnya Tasfiyah danTazkiyah. Latihan ini merupakan salahsatu dari maksud Safar Dar Watan.”

8. KHALWAT DAR ANJUMANKhalwat bererti bersendirian dan An-

juman bererti khalayak ramai, makapengertiannya ialah bersendirian dalamkeramaian. Maksudnya pada zahir, Salikbergaul dengan manusia dan pada batin-nya dia kekal bersama Allah SubhanahuWa Ta’ala.

Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khal-wat Luaran atau disebut sebagai KhalwatSaghir yakni khalwat kecil dan KhalwatDalaman atau disebut sebagai KhalwatKabir yang bermaksud khalwat besar ataudisebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaranmenghendaki Salik agar mengasingkan di-rinya di tempat yang sunyi dan jauh darikesibukan manusia. Secara bersendirianSalik menumpukan kepada Zikirullah danMuraqabah untuk mencapai penyaksianKebesaran dan Keagungan Kerajaan AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudah men-capai fana menerusi zikir pikir dan semuaderia luaran difanakan, pada waktu itu de-ria dalaman bebas meneroka ke Alam Ke-besaran dan Keagungan Kerajaan AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akanmembawa kepada Khalwat Dalaman.

Khalwat Dalaman bermaksud berkhal-wat dalam kesibukan manusia. Hati Salikhendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tu-han dan hilang dari makhluk sedang jas-maninya sedang hadir bersama mereka.Dikatakan bahawa seseorang Salik yangHaq sentiasa sibuk dengan zikir khafi didalam hatinya sehinggakan jika dia masukke dalam majlis keramaian manusia, diatidak mendengar suara mereka. Kerana ituianya dinamakan Khalwat Kabir dan Jal-wat yakni berzikir dalam kesibukan manu-sia. Keadaan berzikir itu mengatasi dirin-ya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhansedang menariknya membuatkannya tidakmenghiraukan segala sesuatu yang lainkecuali Tuhannya. Ini merupakan tingkatkhalwat yang tertinggi dan dianggap se-bagai khalwat yang sebenar seperti yang

dinyatakan dalam ayat Al-Quran SurahAn-Nur ayat 37:

Para lelaki yang tidak dilalaikan olehperniagaan dan tidak pula oleh jual belidari mengingati Allah, dan dari mendiri-kan sembahyang, dan dari membayarkanzakat, mereka takut kepada suatu hariyang hati dan penglihatan menjadi gon-cang.

“Rijalun La Tulhihim Tijaratun WalaBay’un ‘An Zikrillah,” bermaksud paralelaki yang tidak dilalaikan oleh pernia-gaan dan jual beli dari mengingati Allah.Inilah merupakan jalan Tariqat Naqsh-bandiyah. Hadhrat Khwajah Shah Bahaud-din Naqshband Qaddasallahu Sirrahu te-lah ditanyakan orang bahawa apakah yangmenjadi asas bagi Tariqatnya?

Beliau menjawab, “Berdasarkan Khal-wat Dar Anjuman, yakni zahir berada ber-sama Khalaq dan batin hidup bersama Haqserta menempuh kehidupan dengan men-ganggap bahawa Khalaq mempunyaihubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik diatidak boleh berhenti dari menuju kepadamaksudnya yang hakiki.”

Sepertimana mafhum sabdaan Hadh-rat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Padaku ter-dapat dua sisi. Satu sisiku menghadap kearah Penciptaku dan satu sisi lagi mengh-adap ke arah makhluk ciptaan.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih berkata, “Tariqatuna As-Suhbah WalKhayru Fil Jam’iyyat.” Yang bererti, “JalanTariqah kami adalah dengan cara bersahabatdan kebaikan itu dalam jemaah Jam’iyat.”

Khalwat yang utama di sisi ParaMasyaikh Naqshbandiyah adalah KhalwatDalaman kerana mereka sentiasa beradabersama Tuhan mereka dan pada masayang sama mereka berada bersama den-gan manusia. Adalah dikatakan bahawaseseorang beriman yang dapat bercampurgaul dengan manusia dan menanggungberbagai masaalah dalam kehidupan ad-alah lebih baik dari orang beriman yangmenghindarkan dirinya dari manusia.

Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah‘alaih telah berkata, “Perlulah diketahui ba-hawa Salik pada permulaan jalannya mu-ngkin menggunakan khalwat luaran untukmengasingkan dirinya dari manusia, beri-badat dan bertawajjuh kepada Allah Sub-hanahu Wa Ta’ala sehingga dia mencapaitingkat darjat yang lebih tinggi. Pada wak-tu itu dia akan dinasihatkan oleh Syeikh-nya seperti kata-kata Sayyid Al-KharrazRahmatullah ‘alaih iaitu kesempurnaan

bukanlah dalam mempamerkan karamahyang hebat-hebat tetapi kesempurnaanyang sebenar ialah untuk duduk bersamamanusia, berjual beli, bernikah kahwin danmendapatkan zuriat dan dalam pada itusekali-kali tidak meninggalkan KehadiranAllah walaupun seketika.”

Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaih berkata,“Daripada masamu, jangan ada sebarangwaktu pun yang engkau tidak berzikir danbertawajjuh serta mengharapkan Kehadi-ran Allah Ta’ala dan bertemulah denganmanusia dan berzikirlah walaupun bera-da di dalam keramaian dan sentiasa ber-jaga-jaga memerhatikan limpahan Allah.”

Berkata Penyair, “Limpahan FaidhzAl-Haq datang tiba-tiba tetapi hatiku me-merhatikan waridnya, Biarpun di waktusekali kerdipan mata namun diriku seka-li-kali tidak leka, Boleh jadi Dia sedangmemerhatikanmu dan dikau tidak mem-perhatikannya.”

Hal keadaan ini dinamakan KhalwatDar Anjuman iaitu Kainun Haqiqat WaBainun Surat yakni hakikat dirinya berza-ma Zat Tuhan dan tubuh badan bersamamakhluk ciptaan Tuhan. Masyaikhmenggelarkannya sebagai Sufi Kain Bain.Kelapan-lapan asas Tariqat ini diperkenal-kan oleh Hadhrat Khwajah Abdul KhaliqGhujduwani Rahmatullah ‘alaih dan men-jadi ikutan 40 Tariqat yang lain dan seh-ingga ke hari ini menjadi asas yang teguhuntuk seseorang hamba Allah kembalimenuju kepada Tuhannya.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatul-lah ‘alaihi telah menerima kelapan-lapanasas Tariqat ini dari Hadhrat KhwajahAbdul Khaliq Ghujduwani dan beliau te-lah menambahkan tiga asas Tariqat iaituWuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan WuqufZamani menjadikannya sebelas asas.

Hosh Dar Dam Khalwat Dar Anjuman;Yad Kard Yad Dasyat. Nazar Bar QadamSafar Dar Watan; Baz Gasht Nigah Dasyat.

Sentiasalah sedar dalam nafas ketikaberkhalwat bersama khalayak; Kerjakan-lah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan ber-sungguh-sungguh. Perhatikan setiap lang-kah ketika bersafar di dalam kampung;Sekembalinya dari merayau, perhatikan-lah limpahan Ilahi bersungguh-sungguh.

Wuquf Qalbi Wuquf ‘Adadi, WuqufZamani Bi Dawam Agahi.

Ingatlah Allah tetap pada hati, bilan-gan dan masa dengan sentiasa sedar ber-jaga-jaga.***

(int/abdul)

Page 13: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

13tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

Cover StoryCover Story

HADHRAT Shah Bahauddin NaqshbandRahmatullah ‘alaih merupakan Imam bagiTariqat Naqshbandiyah dan seorang Ma-haguru Tariqat yang terkemuka. Ia telahmengukuhkan lagi jalan ini dengan tigaprinsip penting dalam Zikir Khafi sebagaitambahan kepada lapan prinsip asas yangtelah dikemukakan oleh Hadhrat Khwa-jah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih iaitu:

1. WUQUF QALBIMengarahkan penumpuan terhadap

hati dan hati pula mengarahkan penum-puan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’alapada setiap masa dan keadaan. Sama adadalam keadaan berdiri, berbaring, berjalanmahupun duduk. Hendaklah bertawajjuhkepada hati dan hati pula tetap bertawaj-juh ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi zikir.

Kedudukan Qalbi ini adalah padakedudukan dua jari di bawah tetek kiri dankedudukan ini hendaklah sentiasa diberi-kan penumpuan dan Tawajjuh. Bayanganlimpahan Nur dari Allah hendaklah sen-tiasa kelihatan melimpah pada Qalbidalam pandangan batin.

Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafiyakni suatu bentuk zikir yang tersembunyidan tidak diketahui oleh Para Malaikat. Iamerupakan suatu kaedah zikir yang rahsia.

2. WUQUF ‘ADADISentiasa memerhatikan bilangan ganjil

ketika melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir NafiItsbat ialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAHdan dilakukan di dalam hati menurut

kaifiyatnya. Dalam melakukan zikir Nafi Its-bat ini, Salik hendaklah sentiasa mengawasibilangan zikir Nafi Itsbatnya itu denganmemastikannya dalam jumlah bilanganyang ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19 atau 21 atau23 atau sebarang bilangan yang ganjil.

Menurut Para Masyaikh, bilangan gan-jil mempunyai rahsia yang tertentu kera-na Allah adalah Ganjil dan menyukai bi-langan yang ganjil dan ianya akan meng-hasilkan ilmu tentang Rahsia Allah Ta’ala.Menurut Hadhrat Shah Naqshband Rah-matullah ‘alaih, “Memelihara bilangan didalam zikir adalah langkah pertama dalammenghasilkan Ilmu Laduni.”

Memelihara bilangan bukanlah untukjumlahnya semata-mata bahkan ianya un-tuk memelihara hati dari ingatan selainAllah dan sebagai asbab untuk memberi-kan lebih penumpuan dalam usahanyauntuk menyempurnakan zikir yang telahdiberikan oleh Guru Murshidnya.

3. WUQUF ZAMANISetiap kali selepas menunaikan Solat,

hendaklah bertawajjuh kepada hati dan sen-tiasa memastikan hati dalam keadaan ber-tawajjuh kepada Allah Subhanahu WaTa’ala. Lakukan selama beberapa minit se-belum bangkit dari tempat Solat. Kemudi-an setelah selang beberapa jam hendaklahmenyemak semula keadaan hati bagi me-mastikannya sentiasa dalam keadaanmengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Apabila seseorang Murid itu telah naik keperingkat menengah dalam bidang Keru-hanian maka dia hendaklah selalu memer-iksa keadaan hatinya sekali pada tiap-tiap

satu jam untuk mengetahui sama ada diaingat ataupun lalai kepada Allah dalammasa-masa tersebut. Jika dia lalai makahendaklah dia beristighfar dan berazamuntuk menghapuskan kelalaian itu padamasa akan datang sehinggalah dia menca-pai peringkat Dawam Hudhur atau DawamAgahi iaitu peringkat hati yang sentiasahadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya.

Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambah-an dari Hadhrat Shah Bahauddin Naqsh-band Rahmatullah ‘alaih dalam mem-bimbing sekelian para murid danpengikutnya dan terus menjadi amalanyang tetap dalam Tariqat Naqshbandiyah.

Beberapa tokoh Tariqat Naqsh-bandiyah• Imam Tariqah Shah Muhammad Ba-

hauddin Naqshband Al-Uwaisi Al-Bukhari

• Syaikhul Masyaikh Khwajah Khwajah-gan Pir Piran Maulana Khwajah KhanMuhammad Sahib Khanqah Sirajiah

• Maulana Ameer Muhammad AkramAwan

• KhwaImam Shamil• Jami• Shaykh Nazim al-Qubrusi• Abdullah Fa’izi ad-Daghestani• Syaikh Al Waasi Achmad Syaechudin• Shaykh Muhammad Hisham Kabbani• Professor Sibghatullah Mojaddedi• Haji Soofi Masood Ahmad Siddiqui La-

sani Sarkar• Ahmet Kayhan Dede• Abdullah Isa Neil Dougan• Irina Tweedie• Idries Shah• Muchsin Al-Hinduan• Omar Ali Shah• Hadhrat Mawlânâ Khâlid-i Baghdâdî• Hazrat Mujadid Abdul Wahab Siddiqi• Shaykh Faiz-ul-Aqtab Siddiqi• Syed Abdullah Shah Naqshbandi• Mohammed Amin Kuftaro• Khalid al-Baghdadi• Mukhsin Bin Ali Al-Hinduan• Hadrat Syaikh Muhammad Irfa’i Nahr-

awi An Naqsyabandie QS• Prof.Dr.Sayyidi Syaikh Kadirun Yahya

MA An Naqsyabandy Al Khalidy QS• Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-

Rowi Naqshbandi Mujaddidi.(int/abdul)

Tambahan Shah Naqshband

Page 14: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

14 tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

TariqahTariqah

Makna dan IlmuTarekat berasal dari bahasaArab thariqah, jamaknya

tharaiq, yang berarti: (1) jalanatau petunjuk jalan atau cara, (2)

Metode, system (al-uslub), (3)mazhab, aliran, haluan (al-

mazhab), (4) keadaan (al-halah),(5) tiang tempat berteduh,

tongkat, payung (‘amud al-mizalah).

MENURUT Al-Jurjani ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali (740-816 M),tarekat ialah metode khusus yang

dipakai oleh salik (para penempuh jalan) menu-ju Allah Ta’ala melalui tahapan-tahapan/maqamat.

Dengan demikian tarekat memiliki duapengertian, pertama ia berarti metodepemberian bimbingan spiritual kepadaindividu dalam mengarahkan kehidupan-nya menuju kedekatan diri dengan Tuhan.Kedua, tarekat sebagai persaudaraankaum sufi (sufi brotherhood) yang ditandaidengan adannya lembaga formal sepertizawiyah, ribath, atau khanaqah.

Bila ditinjau dari sisi lain tarekat itumempunyai tiga sistem, yaitu: sistem ker-ahasiaan, sistem kekerabatan (persau-daraan) dan sistem hirarki seperti khali-fah tawajjuh atau khalifah suluk, syekhatau mursyid, wali atau qutub. Kedudu-kan guru tarekat diperkokoh dengan aja-ran wasilah dan silsilah. Keyakinan ber-wasilah dengan guru dipererat dengan ke-percayaan karamah, barakah atau syafa’ahatau limpahan pertolongan dari guru.

Pengertian diatas menunjukkanTarekat sebagai cabang atau aliran dalampaham tasawuf. Pengertian itu dapat dite-mukan pada al-Thariqah al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah, Tarekat Qadiriyah, TarekatNaksibandiyah, Tarekat Rifa’iah, TarekatSamaniyah dll. Untuk di Indonesia adajuga yang menggunakan kata tarekat se-bagai sebutan atau nama paham mistikyang dianutnya, dan tidak ada hubungan-nya secara langsung dengan pahamtasawuf yang semula atau dengan tarekatbesar dan kenamaan. Misalnya Tarekat Su-laiman Gayam (Bogor), Tarekat Khalawa-tiah Yusuf (Suawesi Selatan) boleh dika-takan hanya meminjam sebutannya saja.

Tariqat Sebagai IlmuTARIQAT atau Tariqah merupakan in-

tipati pelajaran Ilmu Tasawwuf yang manadengannya seseorang itu dapat menyucikan

Makna Tariqat

dirinya dari segala sifat-sifat yang keji danmenggantikannya dengan sifat-sifat Akhlaqyang terpuji. Ia juga merupakan Batin bagiSyari’at yang mana dengannya seseorangitu dapat memahami hakikat amalan-ama-lan Salih di dalam Agama Islam.

Ilmu Tariqat juga merupakan suatujalan yang khusus untuk menuju Ma’rifatdan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah danmerupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhaniandan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Keruhanianini adalah bersumber dari Hadhrat AllahSubhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukankepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dandiwahyukan kepada sekelian Nabi danRasul khususnya Para Ulul ‘Azmi danyang paling khusus dan sempurna adalahkepada Hadhrat Baginda Nabi Besar, Pen-ghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin danPenutup Sekelian Nabi dan Rasul, Bagin-da Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam.

Kemudian ilmu ini dikurniakan secarakhusus oleh Hadhrat Baginda Nabi Mu-hammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi

Wasallam kepada dua orang Sahabatnyayang unggul iaitu Hadhrat Sayyidina AbuBakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma.Melalui mereka berdualah berkembangn-ya sekelian Silsilah Tariqat yang muktabardi atas muka bumi sehingga ke hari ini.

Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallamjuga mengurniakan Ilmu Keruhanian yangkhas kepada Hadhrat Salman Al-FarisiRadhiyallahu ‘Anhu.

Di zaman Hadhrat Baginda Nabi Mu-hammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam, seorang Tabi’in yang bernamaHadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu‘Anhu juga telah menerima limpahan IlmuKeruhanian dari Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam meskipun dia berada dalam jar-ak yang jauh dan tidak pernah sampai keMakkah dan Madinah bertemu HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sal-lallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliauhidup pada suatu zaman yang sama den-gan Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Pada tahun 657 Masihi Hadhrat UwaisAl-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rah-matullah ‘Alaih telah membangunkansuatu jalan Tariqat yang mencapai keting-gian yang terkenal dengan NisbatUwaisiyah yang mana seseorang itu bolehmenerima limpahan Keruhanian dariHadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasu-lullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dansekelian Para Masyaikh Akabirinmeskipun pada jarak dan masa yang jauh.

Di dalam kitab ‘Awariful Ma’arif adadinyatakan bahawa di zaman Hadhrat Bag-inda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina AbuBakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘AliIbni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telahmenghidupkan perhimpunan jemaah-je-maah di mana upacara Bai’ah dilakukan danmajlis-majlis zikir pun turut diadakan.

Tariqat menurut pengertian bahasa be-rerti jalan, aliran, cara, garis, kedudukantokoh terkemuka, keyakinan, mazhab,

Page 15: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

15tarekat naqsyabandiyah No. 03/Tahun I/Maret 2009/1430 H

sistem kepercayaan dan agama. Berasaskantiga huruf iaitu huruf Ta, Ra dan Qaf. AdaMasyaikh yang menyatakan bahawa hurufTa bererti Taubat, Ra bererti Redha dan Qafbererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqatialah Taraiq atau Turuq yang bererti te-nunan dari bulu yang berukuran 4 hingga8 hasta dan dipertautkan sehelai demi se-helai. Tariqat juga bererti garisan pada se-suatu seperti garis-garis yang terdapat padatelur dan menurut Al-Laits Rahmatullah‘alaih, Tariqat ialah tiap garis di atas tanah,atau pada jenis-jenis pakaian.

Silsilah TariqahSETIAP hari sewaktu terbit dan sebe-

lum terbenam matahari, bacalah“A’uzubillahi Minash-Syaitanir Rajim”,lalu membaca “Bismillahir Rahmanir Ra-him” dan “Surah Al-Fatihah” sekali dan“Surah Al-Ikhlas” sebanyak 3 kali beserta“Bismillahir Rahmanir Rahim”, kemudi-an dihadiahkan pahala bacaan tersebutkepada sekelian Rauhaniyah ParaMasyaikh Silsilah ‘Aliyah NaqshbandiyahMujaddidiyah seperti berikut: “Ya Allah,telah ku hadiahkan seumpama pahala ba-caan Fatihah dan Qul Huwa Allah kepadasekelian Arwah Muqaddasah MasyaikhAkabirin Silsilah ‘Aliyah NaqshbandiyahMujaddidiyah.” Seterusnya membaca Sya-jarah Tayyibah ini pada kedua-dua waktuyang tersebut.Bismillahir Rahmaanir Rahiim1. Ilahi bihurmati Syafi’ul Muznibin Rah-

matan lil ‘Alamin Hadhrat Muham-mad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam.

2. Ilahi bihurmati Khalifah RasulullahHadhrat Abu Bakar Siddiq Radhiyal-lahu ‘Anhu.

3. Ilahi bihurmati Sahibi RasulullahHadhrat Salman Farisi Radhiyallahu‘Anhu.

4. Ilahi bihurmati Hadhrat Qosim binMuhammad bin Abi Bakar Radhiyal-lahu ‘Anhum.

5. Ilahi bihurmati Hadhrat Imam Ja’afarSadiq Radhiyallahu ‘Anhu.

6. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah AbuYazid Bistami Rahmatullah ‘alaihi.

7. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah AbulHassan Kharqani Rahmatullah ‘alaihi.

8. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abu‘Ali Faramadi Rahmatullah ‘alaihi.

9. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahYusof Hamdani Rahmatullah ‘alaihi.

10. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah ‘Ab-dul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah‘alaihi.

11. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah ‘Arif

Riwagari Rahmatullah ‘alaihi.12. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mah-

mud Anjir Faghnawi Rahmatullah‘alaihi.

13. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah ‘Azi-zan ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘alaihi.

14. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mu-hammad Baba Sammasi Rahmatullah‘alaih.

15. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahSayyid Amir Kullal Rahmatullah‘alaihi.

16. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah ShahBahauddin Naqshband Rahmatullah‘alaihi.

17. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah ‘alaihi.

18. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahYa’qub Carkhi Rahmatullah ‘alaihi.

19. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaihi.

20. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mu-hammad Zahid Rahmatullah ‘alaihi.

21. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Dar-wish Muhammad Rahmatullah ‘alaihi.

22. Ilahi bihurmati Hadhrat Maulana Kh-wajah Amkangi Rahmatullah ‘alaihi.

23. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mu-hammad Baqi Billah Rahmatullah‘alaihi.

24. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mu-jaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faru-qi Sirhindi Rahmatullah ‘alaihi.

25. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mu-hammad Ma’sum Rahmatullah ‘alaihi.

26. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahSyeikh Saifuddin Rahmatullah ‘alaihi.

27. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahSayyid Nur Muhammad BudayuniRahmatullah ‘alaihi.

28. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mir-za Mazhar Jan Janan Syahid Rahmat-ullah ‘alaihi.

29. Ilahi bihurmati Hadhrat Maulana Kh-wajah Shah ‘Abdullah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaihi.

30. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Shah

Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaihi.31. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Shah

Ahmad Sa’id Rahmatullah ‘alaihi.32. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Haji

Dost Muhammad Qandahari Rahmat-ullah ‘alaihi.

33. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah HajiMuhammad ‘Utsman Rahmatullah‘alaihi.

34. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah HajiMuhammad Sirajuddin Rahmatullah‘alaihi.

35. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahMaulana Abu Sa’ad Ahmad Khan Rah-matullah ‘alaihi.

36. Ilahi bihurmati Hadhrat KhwajahMaulana Muhammad ‘Abdullah Rah-matullah ‘alaihi.

37. Ilahi bihurmati Hadhrat Maulana Kh-wajah Khan Muhammad Sahib Mud-da Zilluhul ‘Ali.

38. Ilahi bihurmati Hadhrat Faqir MaulawiJalalluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyal-lahu ‘Anhu Wali Walidaihi.

39. Bar Faqir Haqir, Khak Paey Buzurgan,La Syai Miskin........................……………………..’Ufiya‘Anhu Par, Raham Farma Wa Muhab-bat Wa Ma’rifat Wa Jam’iyat Zahiri WaBatini Wa ‘Afiyati Darain Wa BahrahiKamil Az Fuyudzi Wa Barkati In Bu-zurgan Rozi Ma Kun. Robbana Tawaf-fana Muslimin, Wa Alhiqna Bissolihin.

• Kepada hamba yang faqir dan hinayang di bawah telapak kaki ParaMasyaikh yang tiada apa-apa lagi mis-kin ……............................….…………semoga di ampunkan, Rahmatilahkami dan kurniakanlah Kasih Sayangdan Makrifat serta Jam’iyat Zahir danBatin serta ‘Afiyat di Dunia danAkhirat dan Lautan Kesempurnaandari Limpahan Faidhz dan keberkatanPara Masyaikh ini.

• Ya Tuhan kami, matikanlah kami se-bagai Muslim dan sertakanlah kamibersama Para Salihin. (int/abdul)

TariqahTariqah

Page 16: Master Tarekat A4 - riau.kemenag.go.idriau.kemenag.go.id/file/dokumen/Tarekat03.pdf · Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), ... guru sufi tertentu, atau dalam tarekat

12 tarekat naqsyabandiyah No. 02/Tahun I/Februari 2009/1430 H

Galery FotoGalery Foto

Tarekat Naqsyabandiyah Riau