Masalah-masalah

7
3.1. MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA FORMAL DAN TIDAK FORMAL. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya perlu dilakukan secara formal dan tidak formal. 3.1.1. Penilaian formal Penilaian Formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran. 3.1.2. Penilaian Tidak Formal Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

description

Masalah-masalah pentaksiran pendidikan moral

Transcript of Masalah-masalah

Page 1: Masalah-masalah

3.1. MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA

FORMAL DAN TIDAK FORMAL.

Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk

formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif

iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya perlu

dilakukan secara formal dan tidak formal.

3.1.1. Penilaian formal

Penilaian Formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif

melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar

selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk

memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik

darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian

yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak

dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan

pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian

sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang

ditetapkan dalam pengajaran.

3.1.2. Penilaian Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh

mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah

membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal

atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

i. Pemerhatian

ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan

iii. Rekod Anekdot

iv. Hasil kerja pelajar

v. Temu bual

i) Pemerhatian

Page 2: Masalah-masalah

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di

dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar

boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku

murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun

enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan

kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai

semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-

murid.

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu

skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat

`Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan

penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak

dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo

merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol

memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan halo akan memberi

penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain

tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh

tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar

dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi

seberapa ramai pelajar yang mungkin.

Page 3: Masalah-masalah

Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.

Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.

v) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan

oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid

berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh

dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan

kerja.

vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan

peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa

menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai

situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

Walau bagaimanapun pelaksanaan pentaksiran Pendidikan Moral sering menghadapi masalah.

Antaranya ialah:

i. Masalah Pentaksiran Moral Susah Dinilai Secara Afektik.

Pentaksiran Pendidikan Moral sewajarnya dilakukan secara afektif tetatapi

pentaksiaran secara begini sukar dilaksanakan. Anatara masalahnya adalah faktor

amalan, iaitu moral adalah penghayatan dan amalan yang berterusan dan

menyeluruh. Aspek yang diajar di sekolah adalah terhad dan terpisah mengikut

kandungan tertentu. Pentaksiran tidak dapat dilakukan selepas waktu pengajaran

apatah lagi ketika pelajar di rumah atau di luar sekolah. Bagaimana guru hendak

menilai sikap dan tabiat pelajar selepas satu waktu pengajaran? Contohnya seperti

situasi di bawah ini.

Situasi 1: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk

yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati

menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.

Page 4: Masalah-masalah

Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah

memotong dan membersihkan kuku mereka? Adakah nilai baik yang ditunjukkan di

sekolah sama dengan nilai yang ditunjukkan di rumah? Apakah nilai kebersihan

yang diamalkan di sekolah, dikuatkuasakan oleh peraturan dan disiplin sekolah, juga

diamalkan oleh pelajar ketika berada di rumah atau di luar rumah ? Tidak semua

tingkah laku itu dapat diperhatikan. Apa yang dapat diperhatikan juga tidak

semestinya memberi gambaran tepat tentang sahsiah mereka. Sukar menilai sama

ada pelajar benar-benar mengamalkan apa yang mereka cakap atau tulis. Sukar

dinilai apa yang telah diajar sama ada telah dihayati atau tidak.

Situasi 2.: Mengapa seluruh kawasan sekolah bersih daraipada sampah sarap

sedangkan di luar pagar dan jalan berhampiran dengan sekolah terdapat banyak

sampah yang dibuang oleh pelajar sekolah yang sama.

Situasi 3.: Keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sopan (pakaian

seragam sekolah) ketika di sekolah tetapi apabila mereka balik dan berada di luar

sekolah, ramai yang berpakaian kurang sopan dan menjolok mata.

ii. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Pentaksiran pendidikan moral biasanya dilakukan secara kognitif, iaitu melalui

penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek,

melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Pentaksiran juga

dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan

serta rekod peristiwa (rekod anekdot) dan memyemak hasil hasil kerja juga perlu

dilakukan supaya pentaksiran moral menjadi lebih objektif dan dipercayai.

Walau bagaimanapun, apakah guru Pendidikan Moral mampu melakukan (PBS)

yang banyak masalah dari segi proses melaksanakan pentaksiran dan pengurusan.

iii. Masalah Penilaian pendidikan moral Yang Subjektif

Terdapat alat yang digunakan dalam pentaksiran khususnya pentaksiran tidak formal

banyak diengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Pentaksiran jenis ini tidak

Page 5: Masalah-masalah

tepat dan diragui. Maklum balas dan keputusan daripada pentaksiran terhadap diri

pelajar itu sendiri kurang tepat termasuk juga faktor guru yang menilai. Guruyang

berlainan juga akan memberi penilaian yang berlainan. Guru tidak boleh terlalu

mengharap keputusan pentaksiran moral pelajar adalah tepat.

iv. Masalah Guru Pendidikan Moral Yang Selalu Bertukar

Pihak sekolah dan masyarakat umumnya menganggap Pendidikan Moral kurang

penting. Guru pendidikan moral yang khusus sebenarnya masih kurang. Di sekolah,

lazimnya guru Pendidikan Moral tidak mendapat latihan yang khusus. Semua guru

yang kurang waktu mengajar dalam bidang tertentu akan dikehendaki mengajar

Pendidikan Moral. Proses pentaksiran Pendidikan Moral memerlukan masa yang

panjang dan pengamatan yang lebih, kerana pentaksiran moral yang sepatutnya

banyak dilakukan secara tidak formal kerena apa yang hendak dilihat adalah aspek

penghayatan nilai. Pentaksiran pendidikan morah kurang nermakna kerana guru

sentiasa bertukar.