Manfaat Kepada Koperasi & Perusahaan Kecil Dan Sederhana … · membangun dan melaksanakan aplikasi...

4
DIMENSIKOOP BIL. 45 APRIL 2015 BIL. 45 APRIL 2015 30 Nor Azlina Kassim Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) APLIKASI CLOUD UNTUK KOPERASI DAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) Rouse (2012), melalui laman web TechTarget menyatakan aplikasi cloud merupakan program yang berfungsi di dalam cloud (Internet), tetapi mempunyai ciri-ciri seperti aplikasi yang berada pada komputer. Aplikasi ini yang disimpan dalam pelayan (server) dapat dicapai atau digunakan menggunakan pelayar web (web browser) melalui sebarang alatan komunikasi yang boleh berhubung dengan Internet. Aplikasi cloud membolehkan data atau fail pengguna diedit secara offline walaupun tiada capaian ke Internet. Apabila pengguna disambungkan semula ke Internet, data atau fail yang diedit secara offline akan disimpan secara automatik ke cloud. Kebanyakan aplikasi cloud kini menyediakan kemudahan untuk membolehkan pengguna berkongsi pelbagai jenis fail atau imej. Sebagai contoh, Google menyediakan satu penyelesaian yang dikenali sebagai “AppEngine” yang membenarkan pengguna untuk membangun dan melaksanakan aplikasi mereka menggunakan infrastruktur yang disediakan oleh Google. Selain itu, Microsoft juga mula mengedar dan menyediakan perisian automasi pejabat mereka secara cloud melalui aplikasi Office 365. Manfaat Kepada Koperasi & Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Rajah 1: Pelbagai Aplikasi Disediakan Melalui Teknologi Penggunaan teknologi komputer bermula secara rasminya pada 1939 dengan tertubuhnya syarikat Hewlett-Packard iaitu sebuah syarikat pengkomputeran terkenal di dunia. Sejak itu, pelbagai alatan dan teknologi komputer diperkenalkan untuk memudahkan urusan manusia sama ada dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian. Bermula pada 1960 pula, teknologi Internet mula mengambil tempat dalam membantu manusia untuk berkongsi maklumat (Timeline of Computer History, 2006). Teknologi Internet dikembangkan lagi dengan terhasilnya teknologi pengkomputeran awan atau lebih dikenali dengan Cloud Computing. Konsep teknologi cloud, mula diperkenalkan pada 1969 oleh J.C.R. Licklider yang bertanggungjawab dalam pembangunan ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network). Visi beliau adalah untuk membolehkan manusia berhubung dan dirangkaikan melalui program dan data yang dapat dicapai dari mana-mana jua. (Mohamed, 2009). Antara aplikasi awal yang menggunakan teknologi cloud ialah pengedaran aplikasi untuk perniagaan melalui laman web yang diperkenalkan oleh Salesforce.com pada 1999. Kemudian, diikuti oleh pembangunan Amazon Web Services pada 2002 yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan seperti ruang penyimpanan (storan), pengiraan (computation) dan kepintaran buatan. Tahun 2009 merupakan antara tahun teknologi cloud mula diperkenalkan secara besar- besaran iaitu apabila Google mula memperkenalkan perkhidmatan Google Apps (Mohamed, 2009). Di Malaysia, penerimaan teknologi cloud masih di peringkat awal walaupun ia mula diperkatakan sejak tahun 2010 apabila Malaysia dipilih sebagai negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk mengakses perkhidmatan cloud yang disediakan oleh Microsoft Corporations (Utusan Malaysia, 2010). Rakyat Malaysia amnya dan gerakan koperasi khususnya masih belum terdedah sepenuhnya dengan kelebihan teknologi cloud. Phone Tablet Laptop Desktop

Transcript of Manfaat Kepada Koperasi & Perusahaan Kecil Dan Sederhana … · membangun dan melaksanakan aplikasi...

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201530 BIL. 45 APRIL 201530

Nor Azlina KassimPusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

APLIKASI CLOUD UNTUK KOPERASI DAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Rouse (2012), melalui laman web TechTarget menyatakan aplikasi cloud merupakan program yang berfungsi di dalam cloud (Internet), tetapi mempunyai ciri-ciri seperti aplikasi yang berada pada komputer. Aplikasi ini yang disimpan dalam pelayan (server) dapat dicapai atau digunakan menggunakan pelayar web (web browser) melalui sebarang alatan komunikasi yang boleh berhubung dengan Internet. Aplikasi cloud membolehkan data atau fail pengguna diedit secara offline walaupun tiada capaian ke Internet. Apabila pengguna disambungkan semula ke Internet, data atau fail yang diedit secara offline akan disimpan secara automatik ke cloud.

Kebanyakan aplikasi cloud kini menyediakan kemudahan untuk membolehkan pengguna berkongsi pelbagai jenis fail atau imej. Sebagai contoh, Google menyediakan satu penyelesaian yang dikenali sebagai “AppEngine” yang membenarkan pengguna untuk membangun dan melaksanakan aplikasi mereka menggunakan infrastruktur yang disediakan oleh Google. Selain itu, Microsoft juga mula mengedar dan menyediakan perisian automasi pejabat mereka secara cloud melalui aplikasi Office 365.

Manfaat Kepada Koperasi & Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

Rajah 1: Pelbagai Aplikasi Disediakan Melalui Teknologi

Penggunaan teknologi komputer bermula secara rasminya pada 1939 dengan tertubuhnya syarikat Hewlett-Packard iaitu sebuah syarikat pengkomputeran terkenal di dunia. Sejak itu, pelbagai alatan dan teknologi komputer diperkenalkan untuk memudahkan urusan manusia sama ada dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian. Bermula pada 1960 pula, teknologi Internet mula mengambil tempat dalam membantu manusia untuk berkongsi maklumat (Timeline of Computer History, 2006).

Teknologi Internet dikembangkan lagi dengan terhasilnya teknologi pengkomputeran awan atau lebih dikenali dengan Cloud Computing. Konsep teknologi cloud, mula diperkenalkan pada 1969 oleh J.C.R. Licklider yang bertanggungjawab dalam pembangunan ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network). Visi beliau adalah untuk membolehkan manusia berhubung dan dirangkaikan melalui program dan data yang dapat dicapai dari mana-mana jua. (Mohamed, 2009). Antara aplikasi awal yang menggunakan teknologi cloud ialah pengedaran aplikasi untuk perniagaan melalui laman web yang diperkenalkan oleh Salesforce.com pada 1999.

Kemudian, diikuti oleh pembangunan Amazon Web Services pada 2002 yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan seperti ruang penyimpanan (storan), pengiraan (computation) dan kepintaran buatan. Tahun 2009 merupakan antara tahun teknologi cloud mula diperkenalkan secara besar-besaran iaitu apabila Google mula memperkenalkan perkhidmatan Google Apps (Mohamed, 2009).

Di Malaysia, penerimaan teknologi cloud masih di peringkat awal walaupun ia mula diperkatakan sejak tahun 2010 apabila Malaysia dipilih sebagai negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk mengakses perkhidmatan cloud yang disediakan oleh Microsoft Corporations (Utusan Malaysia, 2010). Rakyat Malaysia amnya dan gerakan koperasi khususnya masih belum terdedah sepenuhnya dengan kelebihan teknologi cloud. Phone Tablet Laptop Desktop

BIL. 45 APRIL 2015 31

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 31

Menurut salesforce.com (2014), terdapat beberapa aplikasi cloud yang disediakan yang boleh dimanfaatkan untuk melancarkan proses pengurusan sesebuah koperasi atau PKS. Antaranya:

Mozy – mozy.co.uk

Menyediakan perkhidmatan sandaran (backup) secara dalam talian yang membolehkan anda menyimpan semua fail di dalam komputer dan pelayan (server) dengan harga yang berpatutan dan selamat. Fail yang disimpan juga boleh dicapai melalui telefon pintar.

Skype – skype.com

Membolehkan pengguna menggunakan komputer mereka untuk menghubungi seseorang menggunakan video atau tanpa video secara percuma. Pengguna juga boleh menghubungi seseorang menggunakan komputer terus ke telefon orang yang ingin dihubungi dengan dikenakan sedikit caj bayaran.

Box – Box.com

Menyediakan perkhidmatan penyimpanan fail. Pengguna boleh menyimpan fail dan boleh mencapai fail tersebut di mana-mana sahaja melalui telefon pintar mereka.

Toggl – toggl.com

Merupakan satu aplikasi pengurusan masa (time-tracking) untuk menguruskan sesuatu tugasan atau projek. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat tempoh masa yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dan tempoh masa yang tinggal untuk menyiapkan sesuatu projek.

Moo – uk.moo.com

Menyediakan perkhidmatan mereka bentuk dan mencetak kad perniagaan, poskad dan kad mini. Pengguna boleh menggunakan reka bentuk yang disediakan oleh Moo atau memuat naik reka bentuk sendiri.

MailChimp – mailchimp.com

Menyediakan perkhidmatan untuk menghasilkan e-mel bagi mempromosikan perniagaan pengguna. Aplikasi ini juga di integrasi dengan Google Analytics untuk menganalisis prestasi dan

mengukur cara pemasaran yang digunakan serta dapat memaparkan cara pemasaran yang efektif.

Quickbooks – quickbooks.intuit.co.uk

Merupakan satu aplikasi perakaunan secara dalam talian. Ia dapat membantu pengguna dari segi pemantauan aliran tunai, penyediaan pulangan VAT (value-added tax), penetapan bajet dan penyediaan laporan perniagaan. Ia amat memudahkan pengguna kerana aplikasi ini dapat dicapai di mana-mana sahaja.

Evernote – evernote.com

Boleh menguruskan nota pesanan atau nota tugas secara efektif. Ia akan menguruskan nota pengguna secara dalam talian. Ia juga boleh mengenal pasti perkataan dalam imej. Pengguna boleh mengambil gambar papan putih yang mempunyai nota di atasnya dan boleh mencari imej yang mempunyai perkataan tertentu di dalamnya.

Google Apps for Business – google.com

Aplikasi yang disediakan oleh Google hampir menyerupai aplikasi yang biasanya didapati pada kebanyakan komputer. Pengguna boleh mencipta dan menyimpan dokumen, lembaran kerja, slaid persembahan dan pelbagai lagi menggunakan aplikasi Google Drive. Dokumen yang dicipta di dalam Google Drive juga boleh dikongsi dengan orang lain. Google turut mempunyai aplikasi Google Calendar yang membenarkan pengguna untuk mencipta dan berkongsi kalendar dengan mudah dan peringatan berkaitan sesuatu perkara yang dimasukkan di dalam kalendar. Ia juga boleh di e-mel atau dihantar secara SMS (Short Messaging System) kepada pengguna. Selain itu, aplikasi e-mel yang juga dikenali sebagai Gmail merupakan satu aplikasi komunikasi mudah untuk ditetapkan (set up) dan memberikan ruang storan yang agak besar.

Outright – outright.com

Merupakan satu aplikasi kewangan secara cloud yang dapat membantu sesuatu perniagaan dalam pengurusan akaun mereka. Ia membenarkan pengguna untuk melihat pendapatan/belanja, maklumat cukai, atau untung/rugi secara nyata (real time). Ia amat sesuai bagi koperasi atau syarikat kecil untuk mengurus maklumat kewangan setiap masa dan di mana-mana sahaja.

1

8

7

2

9

10

3

4

5

6

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201532 BIL. 45 APRIL 201532

KELEBIHAN APLIKASI CLOUD

The Appcore Blog (Hemmings, 2013), salesforce.com (2012) dan (Blaisdell, 2012) menyenaraikan beberapa kebaikan aplikasi cloud yang dapat dimanfaatkan oleh koperasi dan PKS. Antaranya:

Mobiliti

Aplikasi berasaskan cloud dapat dicapai di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa asalkan pengguna mempunyai capaian ke Internet. Ini akan memudahkan pengguna untuk melaksanakan kerja walau di mana sahaja mereka berada.

Mudah untuk digunakan

Aplikasi yang disediakan melalui cloud biasanya mudah untuk digunakan walaupun oleh pengguna akhir (end user) yang tidak mempunyai kepakaran teknikal.

Kos yang rendah

Aplikasi berasaskan cloud hanya memerlukan kos yang rendah dan ada di antaranya percuma. Aplikasi cloud berbayar biasanya memerlukan pengguna untuk membeli lesen perisian berdasarkan keperluan sahaja. Selain itu, pengguna perniagaan seperti koperasi dan PKS tidak perlu menyediakan infrastruktur seperti pelayan (server) atau storan tambahan untuk menyimpan aplikasi yang telah dibeli kerana aplikasi tersebut diletakkan di tempat pembekal aplikasi tersebut.

Pemulihan selepas bencana

Perniagaan yang menggunakan aplikasi berasaskan cloud tidak memerlukan pelan pemulihan selepas bencana yang kompleks. Menurut salesforce.com (2012), berdasarkan kajian oleh Aberdeen Group, perniagaan yang menggunakan aplikasi berasaskan cloud dapat menyelesaikan masalah mereka dalam tempoh 2.1 jam sahaja berbanding perniagaan yang tidak menggunakan aplikasi berasaskan cloud yang memerlukan hampir lapan jam untuk melaksanakan pelan pemulihan. Ini adalah kerana aplikasi dan dokumen berkaitan perniagaan disimpan di cloud, iaitu di tempat penyedia perkhidmatan dan bukannya di pejabat perniagaan tersebut.

Pengemaskinian aplikasi secara automatik

Semua aplikasi yang disediakan berasaskan cloud dikemas kini dan diselenggarakan oleh penyedia perkhidmatan. Pengguna tidak perlu membeli atau mempunyai kakitangan teknikal khas untuk melaksanakan penyelenggaraan perisian.

Meningkatkan kerjasama

Aplikasi berasaskan cloud dapat meningkatkan kerjasama antara pekerja walau di mana sahaja mereka berada. Setiap pekerja boleh mencipta dokumen, memuat naik ke Internet, menyelaras (sync) dan berkongsi aplikasi secara serentak. Setiap pekerja juga dapat menerima maklumat terkini secara nyata (real time). Menurut salesforce.com (2012) juga, satu kajian yang dijalankan oleh Frost & Sullivan mendapati bahawa syarikat yang melabur dalam teknologi kolaborasi memperoleh 400 peratus pulangan atas pelaburan.

Keselamatan

Keselamatan dokumen yang disimpan di cloud lebih terjamin berbanding di dalam komputer atau laptop. Sekiranya laptop atau komputer rosak atau hilang, ia akan memberi kesan kepada dokumen di dalamnya. Tetapi jika dokumen disimpan di dalam cloud, dokumen tersebut masih boleh dicapai dan digunakan walau apa pun yang terjadi kepada peralatan elektronik pengguna.

Berdaya saing

Teknologi cloud biasanya digunakan oleh orang perseorangan atau PKS. Syarikat bersaiz besar biasanya mempunyai kelengkapan dan peralatan berteknologi tinggi untuk menyimpan data dan dokumen mereka. Walaupun tanpa kelengkapan dan peralatan berteknologi tinggi, PKS masih boleh bersaing dengan syarikat bersaiz besar kerana PKS boleh bertindak dengan lebih cepat kerana dokumen dan data mereka adalah selamat dan dapat dicapai dengan cepat daripada teknologi cloud. Bagi syarikat besar, mereka kebanyakannya bergantung pada teknologi backup berbentuk pelayan (server) atau prosedur yang lebih rumit.

1

8

2

3

5

6

7

4

BIL. 45 APRIL 2015 33

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 33

serta PKS. Sebagai permulaan, koperasi atau PKS boleh mencuba aplikasi yang disediakan secara percuma dahulu. Sekiranya berpuas hati, pihak koperasi atau PKS boleh memperuntukkan sedikit kos untuk membeli lesen aplikasi berasaskan cloud yang disediakan. Sudah semestinya aplikasi berbayar ini mempunyai ciri atau fungsi yang lebih berbanding aplikasi yang disediakan secara percuma.

Teknologi cloud memberikan pelbagai kebaikan dan kemudahan kepada penggunanya. Tanpa disedari, kita sebenarnya telah menggunakan teknologi ini iaitu e-mel khususnya yang sedikit sebanyak telah memudahkan kita untuk berkomunikasi. Oleh itu, gerakan koperasi dan PKS seharusnya lebih berani untuk terus maju ke hadapan dengan bantuan teknologi yang sedang hebat diperkatakan kini iaitu pengkomputeran awan (cloud computing).

Mesra alam

Perniagaan yang menggunakan teknologi cloud hanya menggunakan saiz pelayan (server) mengikut keperluan sahaja dan pelayan tersebut tidak diletakkan secara fizikal di tempat pengguna. Ini akan menjimatkan penggunaan ruang, kos elektrik dan penyelenggaraan. Menurut salesforce.com (2012), penggunaan teknologi cloud dapat mengurangkan sebanyak 30 peratus penggunaan tenaga dan pelepasan karbon berbanding menggunakan pelayan fizikal.

KESIMPULAN

Berdasarkan kelebihan-kelebihan aplikasi berasaskan cloud yang dinyatakan, koperasi dan PKS boleh menggunakan aplikasi yang telah dibangunkan untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran koperasi

9

Rujukan

BBC. (2014). Key threats to data security. (BBC). Dicapai daripada BBC GCSE Bitesize: http://www.bbc.co.uk/ schools/gcsebitesize/ict/databases/6datasecurityrev1.shtml.

Blaisdell, R. (2012). Advantages of cloud based applications for small business. Dicapai daripada CloudTweaks: http:// cloudtweaks.com/2012/08/advantages-of-cloud-based-applications-for-small-business/.

Hemmings, K. (2013). 5 benefits from cloud based applications. Dicapai daripada The Appcore Blog: http://blog. appcore.com/blog/bid/184656/5-Benefits-from-Cloud-Based-Applications.

Malaysia pertama dapat akses Cloud Computing. (2010, Mei 26). Utusan Online. Dicapai daripada http://ww1. utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12. htm#ixzz3OCEFjy7L

Mohamed, A. (2009). A history of cloud computing. Dicapai daripada ComputerWeekly.com: http://www. computerweekly.com/feature/A-history-of-cloud-computing.

Rouse, M. (2012). Dicapai daripada TechTarget: http://searchcloudapplications.techtarget.com/definition/cloud- application.

Salesforce.com. (2014). Dicapai daripada salesforce.com: http://www.salesforce.com/uk/socialsuccess/cloud- computing/10-great-cloud-applications-services-smes.jsp.

Salesforce.com. (2000-2015). Why move to the cloud? 10 benefits of cloud computing. Dicapai daripada salesforce.com:http://www.salesforce.com/uk/socialsuccess/cloud-computing/why-move-to-cloud-10- benefits-cloud-computing.jsp.

Timeline of computer history. (2006). Dicapai daripada Computer History Museum: http://www.computerhistory. org/timeline/?category=cmptr.