Makan Berkhasiat

35
KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Sumber dari berita harian Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat

description

Makan Berkhasiat

Transcript of Makan Berkhasiat

KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti).

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT

PEMBESARAN MANUSIA ITU LEBIH SEMPURNA DARIPADA ASPEK FIZIKAL.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.

MAMPU MENGAWAL KADAR OBESITI.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula.

KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT

PERKEMBANGAN MENTAL SESEORANG ITU TIDAK TERGANGGU.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.

MEMBERIKAN VITAMIN YANG CUKUP KEPADA BADAN.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.

AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL UNTUK MENGELAKAN OBESITI DALAM KALANGAN MURID

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Selain tertekan secara emosi, orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana pergerakan yang terbatas. Bagi mengatasi masalah ini, mereka perlu mengamalkan pemakanan gizi seimbang, iaitu yang bermaksud pemakanan harian yang mengandungi kesemua kelas makanan dengan kuantiti yang betul dalam jumlah yang mencukupi.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Makanan bergoreng juga boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Justeru itu, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Penggunaan minyak dikurangkan dan mempelbagaikan masakan dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Oleh itu, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang digalakkan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera sangat digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG BERKHASIAT

Makanan adalah keperluan asas semua benda hidup. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana kita dibekalkan makanan yang mencukupi setiap hari. Terdapat pelbagai jenis makanan. Makanan-makanan ini dibahagi kepada 2 kategori utama, iaitu makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Makanan yang berkhasiat ialah makanan yang membantu tumbesaran tubuh badan, kaya dengan zat galian dan vitamin. Ia juga menguatkan imuniti tubuh badan, membantu pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh badan, membantu mencegah pelbagai penyakit yang berbahaya. Makanan ini boleh dimakan setiap hari bagi menjaga kesihatan tubuh badan.

CONTOH MAKANAN YANG BERKHASIAT

Contoh makanan yang berkhasiat ialah nasi, roti, bijirin dan oat yang kaya dengan karbohidrat, ia membekalkan kalori yang tinggi untuk membina tenaga sel. Selain itu buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang tinggi. Ia amat penting untuk proses penghadaman. Minuman seperti susu membekalkan kita protein dan kalsium. Permakanan yang betul harus diamalkan selalu terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa yang prihatin harus memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk si manja agar mereka membesar dengan kuat dan sihat.

CONTOH MAKAN YANG TIDAK BERKHASIAT

Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah makanan rapu seperti gula-gula, aiskrim, coklat, koropok, humbuger, pizza, kentang goreng, minuman dalam tin yang manis, mi segera dan sebagainya. Ini kerana makanan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi, lemak yang berlebihan, pewarna dan perasa yang tinggi. Makanan-makanan ini boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya kanak-kanak selalu sakit gigi kerana banyak makan makanan manis seperti gula-gula, aiskrim dan coklat. Ada kanak-kanak yang selalu batuk kerana suka makan snek seperti keropok dan kentang goreng. Ada kanak-kanak menghidap penyakit obesiti(berat badan terlalu tinggi), kencing manis dan darah tinggi juga, kerana mereka sering makan pizza, humbeger, ayam goreng, minuman yang bergas dan mi segera. Semua makanan ini sangat sedap dirasa, tetapi jika diambil berlebihan akan membawa akibat yang teruk.

Maka, setelah mengetahui keburukan makanan-makanan yang tidak berkhasiat, mulai sekarang, kita haruslah mengamalkan permakanan yang betul. Diri anda adalah apa yang anda makan. Makanlah makanan yang betul bagi menjamin kesihatan tubuh badan kerana kesihatan badan ialah harta yang paling berharga.

Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya Bismillah dan menyudahinya dengan Alhamdulillah.

Tip-tip amalan pemakanan yang betul

Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi

Tip-tip amalan pemakanan yang betul

Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

PERANCANGAN SATU GIZI SEIMBANG

Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan.

GIZI SEIMBANG

Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANG

Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

KESAN NEGATIF AKIBAT MENGAMBIL MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Kesan

Huraian

Malnutrisi

kekurangan nutrient tertentu dalam makanan.

Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurri dan riket.

Kwasyiorkor

disebabkan kekurangan protein.

gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak. terencat, kehilangan selera makan, badan lemah.

Skurvi

disebabkan oleh kekurangan Vitamin C.

lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas.

gusi membengkak dan mudah berdarah.

Tekanan Darah Tinggi

pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok.

pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.

Kegendutan

makan terlalu banyak.

berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya.

akan menyebabkan diabetis mellitus, darah tinggi, kanser kolon.

Diabetis Mellitus (kencing manis)

berlaku apa ara glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah.

Ostesporosis

berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi.

kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah.

Sakit Jantung dan Strok

tahap kolesterol dalam darah tinggi.

kolesterol berlebihan terhadap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam darah.

Penyakit Kanser

gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak.

serabut yang sedikit.

MERANCANG GIZI SEIMBANG

Merancang gizi seimbang adalah penting untuk memenuhi keperluan nutrisi kita. Keperuluan tenaga harian adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan apabila merancang gizi seimbang.

Contoh gizi seimbang

SARAPAN

MAKAN TENGAH HARI

MAKAN MALAM

2 keping sandwich keju

1 cawan kopi dengan susu rendah lemak

1 cawan nasi

1 ekor ikan kembung masak pindang

cawan sayur kalian

1 keping tempe goring

1 potong betik

1 gelas air kosong

1 cawan mi goreng (dengan isi ayam, sayur dan tauhu)

1 potong nanas

1 gelas air kosong

(sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010

Panduan saiz sajian individu

PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK/ MEMERLUKAN

Syukur alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan membangun. Kesejahteraan negara kita bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat belajar dan bekerja tetapi dapat mengelakkan kita daripada kebuluran. Setiap hati kita menjamu makan makanan berkhasiat dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Bagaimanapun, bukan semua orang bertuah seperti kita. Congo, Liberia, Burundi adalah tiga negara yang paling miskin di dunia. Harga makanan di sana sangat mahal, menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.

Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli makanan berkhasiat.

Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada mereka. Jika mereka makan makanan berkhasiat, InsyaAllah mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak langung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol ekonomi mereka.

ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA DI MALAYSIA

Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di Malaysia. PBS Sains Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat mengenai adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama Islam, Buddha, dan Hindu di Malaysia ini sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan buku skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan rujukan bagi adab makan agama lain, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini.

Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan daging babi dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging.

1) Islam

Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.

Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.

KATEGORi MAKAN YANG HALAL DIMAKAN

Semua jenis buah-buahan yang bersih

Semua jenis sayur-sayuran yang bersih

Semua kehidupan laut yang tidak beracun

Binatang yang disembelih dengan Nama Allah

KATEGORI MAKANAN YANG HARAM DIMAKAN

Binatang yang mati dengan sendiri

Binatang yang mati dalam kemalangan

Binatang yang dibunuh

Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor

Buah-buahan yang beracun dan kotor

Kategori Binatang yang haram dimakan

Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )

Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )

Binatang yang hidup di dua alam air dan darat ( Kura-kura , Buaya ).

Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)

Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )

Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )

Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )

2. Buddha

Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.

Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.

3) Hindu

Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya.

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar Mattu Ponggal. Ponggal merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai Mattu Ponggal di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Lembu yang telah dihias cantik

Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.

Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya

Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja yang berat.

KESIMPULAN

Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.

Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar.

Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu.

. Elakkan menghidangmakanan yang terlalu banyak.

NUTRISI

Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti buahan, sayuran dan dadih.

Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda.

Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buahan, sayuran dan bijirin) untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu tertentu.

Kesimpulannya, setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup yang tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna, dan ada pula di sebaliknya. Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat, dan kurang sihat pada pandangan kita.

Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Sesungguhnya terdapat banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian untuk hidup dalam keadaan yang sihat. Hampir kesemua perkara tersebut berpunca daripada diri kita sendiri. Kita adalah orang yang bertanggung jawab menentukan gaya hidup kita dan bukannya orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan itu patut memberi kegembiraan kepada anda. Kesihatan ditentukan berdasarkan gayahidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

BANGSA-BANGSA DI MALAYSIA

ISLAM

BUDDHA

HINDU