lontar peluru

22
DEFINISI DAN SEJARAH LONTAR PELURU Lontar peluru adalah salah satu acara olahraga , iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Sejarah : Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru

Transcript of lontar peluru

Page 1: lontar peluru

DEFINISI DAN SEJARAH LONTAR PELURU

Lontar peluru adalah salah satu acara olahraga, iaitu acara padang yang

melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat

sejauh yang boleh.

Sejarah :

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan

dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti

melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.

Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta

acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan

ketika itu. Walau bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai

acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan

sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang

dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini,

peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan

dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi

empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah

diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk

dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada

tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk

bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan

lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan

lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap

berhubung teknik melontar peluru.

Page 2: lontar peluru

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlit lontar peluru telah menonjol dalam

acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta

teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal

sehingga ke hari ini.

Atlit lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan

gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik

bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu,

acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,

semasa, dan selepas melakukan aktiviti.

Persediaan seseorang atlit dari segi kekuatan tubuh badan dan anggota lain

terutamanya tangan, pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Hal ini bermakna

persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin

keselamatan diri atlit itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu

sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi

pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau

mencipta sesuatu kejayaan.

Antara tokoh atlit lontar peluru ialah Yanina Korolcik dari Belarus yang telah

memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar

peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Malang sekali bagi beliau apabila

pada bulan Jun 2003 dalam suatu pertandingan di Jerman, beliau didapati positif

dengan dadah jenis clenbuterol, dan akibatnya telah digantung selama dua tahun. Oleh

kerana itu, beliau terlepas Sukan Olimpik pada tahun 2004.

Page 3: lontar peluru

PERALATAN

1. Peluru

Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain yang tidak

boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong diperbuat daripada

bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain.

Ia hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin.

Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut :

Peluru Wanita

Remaja/Junior/Senior

Lelaki

Remaja

Lelaki

Junior

Lelaki

Senior

Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta rekod

4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg

Maklumat

pengeluar :

Beraneka jenis

alat yang

dikeluarkan

untuk

pertandingan

4.005 kg

4.025 kg

5.005 kg

5.025 kg

6.005 kg

6.025 kg

7.265 kg

7.285 kg

Garis pusat

minimum

95 mm 100 mm 105 mm 110 mm

Garis pusat

maksimum

110 mm 120 mm 120 mm 130 mm

Berat peluru :

Page 4: lontar peluru

1. DEWASA 7. 265 kg

2. WANITA 4. 005 kg

3. REMAJA 4. 000 kg

Contoh peluru :

Cara memegang peluru :

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta

bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara

memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.

2. Untuk membuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak

tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng atau

menggunakan lima jari bertindak sebagai penyokong.

3.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun

ditekapkan di rusuk leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras

kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan.

4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan

atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi.  Kini kedudukan peluru sudah

bersedia untuk dilontarkan.

2. Papan penahan

Page 5: lontar peluru

Papan tersebut hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada kayu atau bahan

lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan

dengan bahagian dalam lengkok bulatan.

Ia diletakkan di tengah di tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan

dibuat supaya terletak dengan kukuh.

Ukuran :

Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30 sm lebar, 1.15 (+- 1sm) panjang,

dan 10 sm (+-2mm ) tinggi daripada paras dalam bulatan.

Page 6: lontar peluru

SEKTOR LONTAR PELURU

Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau

bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. 

Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat

adaklah tidak melebihi 1 : 1000.  Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda

dengan dua garisan putih 50 mm lebar.  Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan

bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi

peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor.  Bendera atau

piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik

selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga

kebahagian tengah bulatan lontaran.  Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat

bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.  Peserta yang mencapai jarak paling

jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Page 7: lontar peluru

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru

menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan

hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita.  Begitu juga

dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula

mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm).  Gelong besi

bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di

0.75 m di luar bulatan.  Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau

diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai.  Secara teori, pinggir

belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat

dengan garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau

bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya

sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh.  Papan penahan ini

diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m

sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi

berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

UKURAN

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini

melakukan lontaran dengan selesa.  Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh

garisan sekeliling setebal 5mm.  Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang

diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah.  Pada bahagian hadapan

bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau

melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

Page 8: lontar peluru

TEKNIK DALAM ACARA LONTAR PELURU

1. Teknik berdiri

Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan

teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :

1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm,

tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan

tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.

2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.

3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan

dan peluru ditolak keluar.

4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri

membantu mengimbang tangan.

Page 9: lontar peluru

2. Teknik Lontaran sisi

1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah

bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki

kiri diangkat.

2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.

Page 10: lontar peluru

3. Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat

dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu

kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti

berikut :

1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan

lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

2. Angkat kaki kiri sedikit.

3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.

4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Page 11: lontar peluru

4. Teknik Pemindahan (0’Brien)

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat

tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik

ini adalah seperti berikut:

1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan

bersentuh dengan garisan belakang.

2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.

3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.

4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang

boleh.

6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan

diimbangi dengan tangan kiri.

Page 12: lontar peluru

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru mengikut gaya Parry O’Brien,

iaitu :

1. Fasa persediaan

2. Fasa gelungsuran

3. Fasa lontaran

4. Fasa pemulihan

1) Fasa persediaan

• Ambil tempat dalam bulatan hampir-hampir di sebelah belakangnya dan berdiri

membelakang ke kawasan membaling.

• Berdiri sisi dan kepala memandang sudut 45 ͦdan buka kaki seluas bahu.

• Tangan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkan

di rusuk leher.

• Tangan yang bebas pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

• Kepalanya tegak memandang ke depan.

• Bahu menghadap arah lontaran.

• Gerakkan kaki ke kayu penghadang.

• Bengkokkan badan serendah mungkin.

• Kaki di hadapan diluruskan manakaka kaki belakang dibengkokkan.

2) Fasa Gelungsuran

• Gelungsurkan kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak

gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

• Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian

atas badan.

Page 13: lontar peluru

• Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

• Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

• Bahu menghadap arah lontaran.

3) Fasa Lontaran

• Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

• Luruskan siku serta tangan di angkat tinggi ke atas.

• Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

• Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

• Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

• Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

• Ikut lajak. (bengkokkan badan atau duduk untuk merendahkan titik graviti)

PERKARA BATAL

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak

bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas

peluru dilepaskan.

Melontar di luar bulatan.

Pelontar keluar dari bahagian depan bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Semasa melontar,peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.

Page 14: lontar peluru

UNDANG-UNDANG DALAM ACARA LONTAR PELURU

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.

Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.

Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran,

peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak

boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.

Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garisan bahu.

Page 15: lontar peluru

KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA

1.   Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya

berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik

dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan

tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas

yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa

yang berikutnya.

2.   Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar

hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku

yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang

kurang rnemuaskan

3.   Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri

seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya

menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit

meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan

kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.

4.   Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran

pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa

yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa

gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan

akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu

selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang

biasa berlaku ialah“over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang

tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under

pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah

lontaran.

Page 16: lontar peluru

6.   Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan

pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke

hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan.  Sepatutnya kaki kanan

yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri,

manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7.   Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak

yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa

selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik.

Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Page 17: lontar peluru

TEKNIK MENGUKUR JARAK

Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada

tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung

bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik

selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian

tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian

dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh

menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Page 18: lontar peluru

RUJUKAN

British Athletic Federation. (1994). Olahraga Padang. London : Penerbitan Pan Earth

Sdn. Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Dril Acara

Padang. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor : Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor Darul Ehsan :

Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Yanina_Korolcik

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lontar-peluru.html