Lonjakan Nilam PDF

29
LONJAKAN NILAM NEGERI SEMBILAN PROGRAM

description

NILAM

Transcript of Lonjakan Nilam PDF

Page 1: Lonjakan Nilam PDF

LONJAKAN NILAM NEGERI SEMBILAN

PROGRAM

Page 2: Lonjakan Nilam PDF

PUNCA KUASA PELAKSANAAN PROGRAM LONJAKAN NILAM NEGERI SEMBILAN

Kertas Konsep Program Lonjakan NILAM Negeri Sembilan

telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca bil. 1/2015

pada 9 Disember 2015.

Program Lonjakan NILAM Sekolah Negeri Sembilan berada

di bawah makluman dan perhatian Jawatankuasa Induk

Gerakan Tabiat Membaca KPM, Negeri Sembilan

Page 3: Lonjakan Nilam PDF

PENGENALAN

■ ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua

aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi

pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang

berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah

mereka tamat persekolahan.

■ Program ini ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk

membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah

urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

■ Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan

Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat

Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat

Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Page 4: Lonjakan Nilam PDF

KOMPONEN PROGRAM NILAM

– MEMBACA DAN MEREKOD BAHAN BACAAN

■ Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat

maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda

tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.

– •MENGESAHKAN REKOD DAN MENGUMPUL DATA

■ Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia

merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan

oleh guru kelas dan diserahkan kepada Guru Perpustakaan Media atau guru penyelaras

NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan

diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan

ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 5: Lonjakan Nilam PDF

KOMPONEN PROGRAM NILAM

– •MEMBERI PENGIKTIRAFAN DAN GANJARAN

■ Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan

dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod

bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan

memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku

yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

Page 6: Lonjakan Nilam PDF

TAHAP JAUHARI

Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah

bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada

dua peringkat persekolahan :

Page 7: Lonjakan Nilam PDF

TAHAP JAUHARI SEKOLAH RENDAH

Jumlah Buku Pengiktirafan

90 - 179 Gangsa

180 - 269 Perak

270 - 359 Emas

360 ke atas NILAM

Page 8: Lonjakan Nilam PDF

TAHAP JAUHARI SEKOLAH MENENGAH

Jumlah Buku Pengiktirafan

72 - 143 Gangsa

144 - 215 Perak

216 - 287 Emas

288 ke atas NILAM

Page 9: Lonjakan Nilam PDF

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL PELAKSANAAN PROGRAM LONJAKAN NILAM NEGERI SEMBILAN

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan

bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) sama ada dari segi fizikal, pengurusan dan penggunaan

PSS serta pelaksanaan Program NILAM dalam menyokong pengajaran

dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Dalam membuat perancangan pembangunan PSS, Unit Perkhidmatan

Sumber Pendidikan merancang program ke arah melonjakkan jumlah

bacaan murid di sekolah di samping menerapkan amalan tabiat membaca

dalam kalangan murid ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Page 10: Lonjakan Nilam PDF

ASAS PERTIMBANGAN/JUSTIFIKASI

• Meningkatkan jumlah bacaan buku dalam kalangan murid.

• Membantu meningkatkan jumlah murid yang layak untuk

menerima anugerah dalam pencapaian tahap Jauhari

Program NILAM.

• Meningkatkan peratus pencapaian tahap Jauhari dalam

program NILAM.

Page 11: Lonjakan Nilam PDF

OBJEKTIFSelepas pelaksanaan Program Lonjakan NILAM ini, beberapa objektif

berikut tercapai:

• Meningkatkan jumlah murid yang mencapai tahap Jauhari dalam

Program NILAM.

• Meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan murid sekolah

selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Program NILAM.

• Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan

guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan.

• Meningkatkan tahap pencapaian akademik murid melalui berbagai

program membaca.

Page 12: Lonjakan Nilam PDF

APAKAH LONJAKAN NILAM

Lonjakan NILAM bermaksud melonjakkan tahap

pembacaan murid yang HAMPIR MENCAPAI

PENGIKTIRAFAN tahap jauhari menerusi aktiviti

KUARANTIN MEMBACA dalam tempoh 2

minggu.

Page 13: Lonjakan Nilam PDF

KUMPULAN SASARAN

Murid sekolah yang kekurangan jumlah

bacaan sebanyak 15 BUAH BUKU

ATAU KURANG bagi mencapai

pengiktirafan Gangsa, Perak, Emas atau

Nilam.

Page 14: Lonjakan Nilam PDF

JADUAL SASARAN LONJAKAN NILAM SEKOLAH RENDAH

Jumlah Buku Pengiktirafan

75 - 90 Gangsa

165 - 180 Perak

255 - 270 Emas

345 - 360 ke atas NILAM

Page 15: Lonjakan Nilam PDF

JADUAL SASARAN LONJAKAN NILAMSEKOLAH MENENGAH

Jumlah Buku Pengiktirafan

57 - 72 Gangsa

129 - 144 Perak

201 - 216 Emas

273 - 288 ke atas NILAM

Page 16: Lonjakan Nilam PDF

Pelaksanaan Program Lonjakan NILAM 2

kali setahun iaitu pada bulan;

Mac – Mei (Fasa 1)

Ogos – Oktober (Fasa 2)

PELAKSANAAN

Page 17: Lonjakan Nilam PDF

CADANGAN AKTIVITI PROGRAM LONJAKAN NILAM

■ Laluan Iqraq

■ “Jom Baca” aktiviti sebelum waktu

persekolahan, waktu rehat dan selepas waktu

persekolahan.

■ Pinjaman buku berkelompok.

■ Shared reading.

■ Khemah Membaca.

■ Keistimewaan pinjaman buku lebih.

■ Aktiviti lain yang bersesuaian.

Page 18: Lonjakan Nilam PDF

MODUS OPERANDI PERINGKAT BTPN• Penghasilan Kertas Konsep Program Lonjakan NILAM Sekolah Negeri Sembilan.

• Pembentangan dan kelulusan Program Lonjakan NILAM Sekolah Negeri Sembilan

dalam mesyuarat JKIGTM, KPM , NS.

• Mengadakan taklimat pelaksanaan kepada semua pegawai JPNS, PPD dan PKG.

• Menghantar surat makluman pelaksanaan Program Lonjakan NILAM yang

ditandatangani oleh Pengarah JPNS.

• Mengumpul laporan analisa pelaksanaan Program Lonjakan NILAM oleh PKG pada

bulan Jun dan November.

• Pembentangan laporan keseluruhan pelaksanaan Program Lonjakan NILAM.

Page 19: Lonjakan Nilam PDF

MODUS OPERANDI PERINGKAT PKG■ Membentangkan perancangan pelaksanaan Program Lonjakan NILAM

dalam Mesyuarat Gerakan Tabiat Membaca Peringkat Daerah.

■ Menyampaikan taklimat kepada GPM/Guru NILAM sekolah ahli berkaitan

pelaksanaan Program Lonjakan NILAM.

■ Memanjangkan surat pelaksanaan Program Lonjakan NILAM kepada

sekolah.

■ Memberi khidmat bantu kepada sekolah untuk melaksanakan program.

■ Memantau pelaksanaan Program Lonjakan NILAM di sekolah.

■ Mengumpul laporan pelaksanaan program Lonjakan NILAM sekolah ahli.

■ Membuat laporan analisa pencapaian Program Lonjakan NILAM sekolah

ahli.

■ Menghantar laporan analisa pencapaian Program Lonjakan NILAM kepada

BTPN dan PPD (pada atau sebelum 6 Jun 2016 – Fasa 1 dan pada atau

sebelum 7 November 2016 – Fasa 2).

Page 20: Lonjakan Nilam PDF

MODUS OPERANDI PERINGKAT SEKOLAH

Menubuhkan JK Program Lonjakan NILAM. (Lampiran 1)

Mengenalpasti murid yang terlibat. (Lampiran 2)

Merancang pelan tindakan program selama 14 hari (2 minggu).

Melaksanakan Program Lonjakan NILAM.

Membuat pengisian data bacaan dalam i-NILAM

Membuat laporan pelaksanaan dan analisa pencapaian Program Lonjakan

NILAM sekolah. (Lampiran 3 & 4)

Menghantar laporan program kepada PKG (pada atau sebelum 30 Mei 2016 –

Fasa 1 dan pada atau sebelum 31 Oktober 2106 – Fasa 2). (Lampiran 1,2,3 & 4)

Page 21: Lonjakan Nilam PDF

JAWATANKUASA PROGRAM LONJAKAN NILAM SEKOLAH (LAMPIRAN 1)

PENGERUSIGURU BESAR

NAIB PENGERUSIGPK AKADEMIK

SETIAUSAHAGPM

PENOLONG SETIAUSAHAGURU NILAM

AJK

GURU BAHASA ( BM/BI )TAHUN/TINGKATAN 1

GURU BAHASA ( BM/BI )TAHUN/TINGKATAN 2

GURU BAHASA ( BM/BI )TAHUN/TINGKATAN 3

GURU BAHASA ( BM/BI )TAHUN/TINGKATAN 4

GURU BAHASA ( BM/BI )TAHUN/TINGKATAN 5

GURU BAHASA ( BM/BI )TAHUN 6/PERALIHAN

Page 22: Lonjakan Nilam PDF

BORANG PESERTA PROGRAM LONJAKAN NILAM

(LAMPIRAN 2)

Page 23: Lonjakan Nilam PDF

LAPORAN PELAKSANAAN(LAMPIRAN 3 & 4)

Page 24: Lonjakan Nilam PDF

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

JPNS

■ Selaku JK Pengelola Program Lonjakan

NILAM Negeri Sembilan.

■ Mengeluarkan surat arahan ke sekolah

untuk pelaksanaan program.

■ Memantau kemajuan pelaksanaan

program.

Page 25: Lonjakan Nilam PDF

PERANAN DAN TANGGUNGJAWABBTPNNS

■ Selaku urus setia program di peringkat negeri.

■ Merancang, menyedia dan melaksanakan pelan tindakan.

■ Memberi taklimat dan pendedahan kepada pegawai JPNS, PPD dan PKG.

■ Memastikan PKG memberi khidmat bantu dan bimbingan kepada guru.

■ Menghasilkan bahan promosi.

■ Memastikan sekolah ahli PKG melaksanakan Program Lonjakan NILAM.

■ Memantau pelaksanaan Program Lonjakan NILAM.

■ Menganalisis dan melapor keberkesanan program yang telah dilaksanakan

di peringkat negeri.

■ Menyediakan laporan lengkap pelaksanaan dan pencapaian program.

Page 26: Lonjakan Nilam PDF

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PPD

■ Memantau kemajuan pelaksanaan program di peringkat

daerah.

■ Memastikan pentadbir memantau pelaksanaan Program

Lonjakan NILAM oleh sekolah.

■ Memberi pengiktirafan kepada sekolah di peringkat daerah

(mengikut keperluan).

Page 27: Lonjakan Nilam PDF

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PKG

■ Membentang pelaksanaan program Lonjakan NILAM

menerusi platform Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan

Tabiat Membaca Peringkat Daerah.

■ Memberi taklimat dan khidmat bantu kepada sekolah

dalam melaksanakan Program Lonjakan NILAM.

■ Memantau pelaksanaan program di peringkat sekolah.

■ Menganalisis dan melapor keberkesanan program yang

telah dilaksanakan di sekolah.

Page 28: Lonjakan Nilam PDF

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

SEKOLAH

■ Menubuhkan JK program di peringkat sekolah.

■ Merancang pelan tindakan program selama 14 hari

(2 minggu).

■ Mengenalpasti sasaran dalam kalangan murid.

■ Melaksanakan program/aktiviti membaca yang dirancang.

■ Menganalisis dan melapor pelaksanaan program dan

pencapaian murid kepada PKG.

Page 29: Lonjakan Nilam PDF

SEKIAN