LAPORAN EKSPERIMEN TIKUS

6
PRAKTIKAL 4 : PEMBEDAHAN SISTEM RESPIRASI MAMALIA TUJUAN : Menyiasat sistem respirasi mamalia. BAHAN & RADAS : Tikus Instrumen pembedahan Papan pembedahan Mikroskop Kanta pembesar Sarung tangan PROSEDUR : 1. Tikus diletakkan di atas papan pembedahan dan jarum digunakan untuk memegang tikus di atas papan pembedahan. 2. Tikus dibedah dengan dimulakan pada bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong hingga ke bahagian rahang tikus kemudian diteruskan sehingga ke bahagian dubur. 3. Tisu perantara dikeluarkan dengan memegang kulit menggunakan forseps. Kemudian kulit ditarik dan dipinkan di atas papan pembedahan. 4. Dinding toraks dipotong secara ventral dan sisi supaya rongga toraks terdedah. 5. Kelenjar timus dikeluarkan. 6. Otot dan tisu bi bahagian leher dipotong untuk mendedahkan trakea dan laring. 7. Bahagian laring atas dipotong dan tisu perantara yang terlekat pada trakea dikeluarkan. 8. Kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan serentak 1

Transcript of LAPORAN EKSPERIMEN TIKUS

Page 1: LAPORAN EKSPERIMEN TIKUS

PRAKTIKAL 4 : PEMBEDAHAN SISTEM RESPIRASI MAMALIA

TUJUAN : Menyiasat sistem respirasi mamalia.

BAHAN & RADAS : TikusInstrumen pembedahanPapan pembedahanMikroskopKanta pembesarSarung tangan

PROSEDUR : 1. Tikus diletakkan di atas papan pembedahan dan jarum digunakan untuk memegang tikus di atas papan pembedahan. 2. Tikus dibedah dengan dimulakan pada bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong hingga ke bahagian rahang tikus kemudian diteruskan sehingga ke bahagian dubur. 3. Tisu perantara dikeluarkan dengan memegang kulit menggunakan forseps. Kemudian kulit ditarik dan dipinkan di atas papan pembedahan. 4. Dinding toraks dipotong secara ventral dan sisi supaya rongga toraks terdedah. 5. Kelenjar timus dikeluarkan. 6. Otot dan tisu bi bahagian leher dipotong untuk mendedahkan trakea dan laring. 7. Bahagian laring atas dipotong dan tisu perantara yang terlekat pada trakea dikeluarkan. 8. Kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan serentak dengan berhati-hati. 9. Esofagus dipisahkan dari jantung. Kemudian laring, trakea dan paru-paru dipinkan di atas papan pembedahan. 10.Pemerhatian dibuat dan direkodkan dengan melukis gambarajah berlabel.

1

Page 2: LAPORAN EKSPERIMEN TIKUS

KEPUTUSAN :

PERBINCANGAN :

Organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan adalah paru-paru, trakea, diafragma, tulang rusuk dan otot interkostal. Pengecutan dan pengembangan otot interkostal dan otot pada diafragma akan menggerakkan diafragma dan tulang rusuk, jadi jumlah isipadu rongga dada berubah. Hal ini akan menyebabkan pengaliran udara keluar dan masuk ke dalam paru-paru.

SOALAN:

1.(a) Berapa pasangkah tulang rusuk tikus?

Tikus mempunyai 13 pasang tulang rusuk. Ianya terdiri daripada 7 pasang tulang rusuk ‘benar’ dan 6 pasang tulang rusuk ‘palsu’.

2

Page 3: LAPORAN EKSPERIMEN TIKUS

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini?

Pada dasarnya, tulang rusuk berfungsi melindungi paru-paru yang terletak di rongga toraks semasa pertukaran gas. Seperti manusia juga, ketika menarik nafas tulang rusuk akan mula bergerak ke atas dan ke hadapan. Manakala ketika menghembus nafas pula tulang rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam disebabkan oleh pengaruh otot interkosta di bawahnya.

2.(a)Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma.

Permukaannya kebiruan berkilau putih pada hujung tulang. Diafragma adalah kubah berbentuk lembaran otot yang membentuk dinding rongga di bawah dada. Diafragma mudah lentur atau sifatnya yang kenyal. Selain itu diafragma adalah halus hingga menyebabkannya mudah bergerak ke bawah dan ke atas semasa pertukaran gas.

(b) Apakah kepentingan ciri - ciri diafragma ini di dalam pernafasan?

Ketika kita menarik nafas, diafragma akan bergerak ke bawah dan mendatar manakala ketika hembus nafas diafragma bertukar menjadi bentuk kubah dan bergerak ke atas melalui sifat kelenturannya.

3. Huraikan rupa paru-paru kanan dan kiri.

Salah satu paru-paru adalah lebih besar berbanding paru-paru yang satu lagi. Paru-paru bahagian kanan lebih besar sedikit berbanding paru-paru kiri kerana jantung menggunakan beberapa ruang di paru-paru kiri kita. Jadi, di dalam membuat ruang untuk jantung, paru-paru kiri adalah kecil sedikit berbanding paru-paru kanan. Selain itu, paru-paru bahagian kanan permukaannya adalah lebih luas mendatarnya daripada paru-paru kiri. Permukaan paru-paru adalah berspan dan dipenuhi liang epitelium dengan itu, ia mempunyai luas permukaan per isipadu yang lebih luas berbanding luas permukaan paru-paru. Sekat dada jantung tidak terletak tepat di tengah-tengah rongga dada, tetapi sedikit ke kiri, sehingga menyebabkan paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan. Isi rongga dada dapat diperbesar hasil pengaruh otot-otot pengangkatan iga-iga,pengecutan sekat rongga badan yang melengkung ke atas. Permukaan paru-paru kanan adalah lebih licin dan cantik berbanding permukaan paru-paru kiri apabila diperhatikan di dalam eksperimen.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).

Trakea adalah kotak tulang yang menghubungkan hidung dan mulut ke paru-paru dan merupakan bahagian penting dalam sistem pernafasan vertebrata(bertulang belakang). Ketika bernafas pada sesuatu individu, udara mengalir ke paru-paru untuk respirasi melalui tekak. Trakea bermula pada bahagian bawah dari laring dan terus ke paru-paru. Trakea rangka tulang yang terdiri dari tulang rawan dan sendi, terletak di bahagian depan leher. Ukuran panjangnya kira-kira 4 cm atau 40 mm.

3

Page 4: LAPORAN EKSPERIMEN TIKUS

KESIMPULAN :

Ketika pembedahan terhadap seekor tikus dijalankan, organ-organ haiwan terbabit telah dikeluarkan dan dilakarkan mengikut prosedur yang telah pun dirancang.Eksperimen ini bertujuan mengkaji sistem pernafasan mamalia melalui seekor tikus. Sistem pernafasan ini telah dikaji pada tikus bermula dari rongga hidung ke trakea ke bronkus sehingga ke bronkiol. Akhir sekali, kajian telah dijalankan pada organ bronkiol sehingga ke alveolus. Kesemua organ ini boleh didapati dalam paru-paru. Setelah selesai kajian dijalankan, didapati sistem mamalia memerlukan paru-paru untuk bernafas dan paru-paru juga merupakan organ yang penting bagi tujuan pernafasan.

4