Laporan Bbm

6
1 Pengenalan Dalam menjalankan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah membuat perancangan yang teliti terlebih dahulu. Perancangan ini termasuklah memilih startegi, kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam pengajaran nanti. Selain dari perkara tersebut, bagi mata pelajaran sains, biasanya guru akan menyediakan pelbagai aktiviti bagi membolehkan objektif pembelajaran tercapai. Daripada aktiviti tersebut, penggunaan bahan bantu mengajar amat dititikberatkan semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Bahan bantu mengajar ini boleh terdiri daripada bahan maujud seperti model, replika, carta, lembaran kerja , persembahan multimedia dan sebagainya. Bahan bantu mengajar yang mempunyai inovasi akan memberi impak yang baik dan meninggalkan kesan positif kepada murid. Oleh yang demikian , saya dan rakan saya membuat kotak buruj sebagai bahan bantu mengajar yang diinovasika n secara manual dengan menggunakan bahan kitar semula dan bahan terbuang. Rasional Rasional terhasilnya model ini adalah berdasarkan had keupayaan manusia yang berada di bumi untuk melihat kewujudan kemunculan buruj-buruj dilangit. Ianya memerlukan alat teknologi yang canggih seperti binokular dan perlu berada pada tempat dan masa tertentu untuk melihat buruj-buruj ini. Objektif 1. Murid dapat mengenal pasti dan mengecam dengan baik jenis-jen is buruj yang ada. 2. Sebagai bahan bantu mengajar untuk menunjukka n dengan jelas kepada murid bentuk-bentu k buruj. 3. Dapat menimbulkan sifat ingin tahu dan menarik minat murid untuk mendalami Sains. 4. Sebagai bahan maujud tiga dimensi yang dapat disentuh dan dimanfaatkan oleh semua orang.

Transcript of Laporan Bbm

Pengenalan

Dalam menjalankan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah membuat perancangan yang teliti terlebih dahulu. Perancangan ini termasuklah memilih startegi, kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam pengajaran nanti. Selain dari perkara tersebut, bagi mata pelajaran sains, biasanya guru akan menyediakan pelbagai aktiviti bagi membolehkan objektif pembelajaran tercapai. Daripada aktiviti tersebut, penggunaan bahan bantu mengajar amat dititikberatkan semasa melaksanakan aktiviti pengajaran.

Bahan bantu mengajar ini boleh terdiri daripada bahan maujud seperti model, replika, carta, lembaran kerja , persembahan multimedia dan sebagainya. Bahan bantu mengajar yang mempunyai inovasi akan memberi impak yang baik dan meninggalkan kesan positif kepada murid. Oleh yang demikian , saya dan rakan saya membuat kotak buruj sebagai bahan bantu mengajar yang diinovasikan secara manual dengan menggunakan bahan kitar semula dan bahan terbuang.

RasionalRasional terhasilnya model ini adalah berdasarkan had keupayaan manusia yang berada di bumi untuk melihat kewujudan kemunculan buruj-buruj dilangit. Ianya memerlukan alat teknologi yang canggih seperti binokular dan perlu berada pada tempat dan masa tertentu untuk melihat buruj-buruj ini.

Objektif 1.Murid dapat mengenal pasti dan mengecam dengan baik jenis-jenis buruj yang ada.

2.Sebagai bahan bantu mengajar untuk menunjukkan dengan jelas kepada murid bentuk-bentuk buruj.

3.Dapat menimbulkan sifat ingin tahu dan menarik minat murid untuk mendalami Sains.

4.Sebagai bahan maujud tiga dimensi yang dapat disentuh dan dimanfaatkan oleh semua orang.

Sasaran Pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan umum

KosBilPerkaraKos (RM)

1Kotak antenna tvBahan terpakai

2Mounting board 2 kepingRM 5.00

3Plastiik lutsinar 1 kepingRM 0.50

4Puncher One HoleRM 4.00

52 bilah guntingRM 2.60

6Sebilah pisauRM 1.20

7Lampu suluhRM 4.90

8Pembaris besiRM 2.50

9SelotepRM 2.30

JUMLAHRM23.00

Nama ModelKotak Buruj Mudah Alih

Bahan-Bahan Kotak berukuran 20cm x 20.5cm x 13cm Lampu suluh Moulting board Gunting Pisau Pembaris Selotep

Bahan-BahanLangkah-Langkah

Sebuah kotak bersaiz ( 20cm x 20.5cm x 13cm ) digunakan untuk membuat model kotak buruj mudah alih.

Penutup kotak pada bahagian sisi dibuang untuk dijadikan muka hadapan model buruj. Setelah dipotong bahagian ini akan ditutup dengan plastik lut cahaya.

Bahagian sisi kotak diguntingTutup dengan plastik lut cahaya

Moulting board dipotong kepada bentuk empat segi kecil dengan saiz ( 13cm x 18cm ). Pada kepingan ini akan ditebuk lubang mengikut susunan bintang yang membentuk buruj. Empat keping diperlukan bagi membentuk empat jenis buruj yang berlainan.

Tebuk lubang mengikut susunan bintang

Pada jarak 3cm dari hadapan kotak, lubang berukuran 1cm ditebuk untuk menyimpan empat keping moulting board yang telah ditebuk membentuk empat jemis buruj yang berlainan.

Tebuk lubang pada kotak untuk meletakkan kad buruj

Bahagian belakang kotak pula dilekatkan sebuah lampu suluh sebagai sumber cahaya.

Lampu suluh dimasukkan ke dalam kotak hitam

Akhir sekali kotak yang membentuk model kotak buruj mudah alih ini dibalut untuk menjadikannya lebih kemas dan menarik.

Hasil Akhir

Kotak hitam burujLubang meletakkan frame buruj

Frame lut cahaya

Lampu suluh

Kad buruj

Cara-Cara Penggunaan Kotak buruj mudah alih ini amat mudah untuk digunakan.

Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan untuk mengajar Sains sekolah rendah.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik model buruj mudah alih ini perlu digunakan dalam bilik yang gelap.

BBM ini boleh diaplikasikan semasa set induksi iaitu untuk memperkenalkan tajuk buruj. Ia juga boleh digunakan ketika langkah penstrukturan semula idea.

Mula-mula guru perlu melekatkan sekeping kertas hitam di papan putih. Apabila lampu suluh dihidupkan cahaya akan keluar melalui lubang-lubang yang telah dibentuk mengikut susunan buruj. Imej cahaya dengan bentuk buruj tertentu akan terbentuk pada kertas hitam yang dilekatkan pada papan putih.

Guru boleh meminta murid menyambung titik-titik cahaya yang jatuh pada kertas hitam untuk membentuk buruj yang dipancarkan.

Untuk menayangkan bentuk buruj lain guru hanya perlu menukar kad buruj lain dan dimasukkan ke dalam lubang dan hidupkan lampu suluh.Kesimpulan Model buruj mudah alih yang dibangunkan ini merupakan bahan maujud tiga dimensi yang dapat memberi kesan positif dan menjadikan sesi pengajaran yang melibatkan tema Bumi dan Alam Semesta menjadi lebih menarik. Adalah diharapkan agar model ini akan menjadi bahan sumber kepada makmal sains sekolah yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar nanti.

1