lampiran6_v3

download lampiran6_v3

of 5

description

Garis Panduan Kenaikan Pangkat PPPT Edisi Calon Versi 3-Lampiran 6

Transcript of lampiran6_v3

  • 88 Versi 3

  • Lampiran 6, Versi 3

    Versi 3 89

    URUSAN KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2013

    A. Penyediaan Folio Kriteria Kecemerlangan mulai tahun 2013 melalui kaedah secara online (eSIS) dimana dokumen-dokumen dimuatnaik dan disahkan oleh Ketua Jabatan. (sila rujuk panduan penyediaan Folio Kriteria Kecemerlangan melalui eSIS)

    B. Panduan Penyediaan Fail Folio Dokumen Kriteria Kecemerlangan untuk simpanan diri sendiri dan akan dibawa semasa validasi.

    Bagi melicinkan proses penyemakan dokumen calon-calon daripada pelbagai gred dan kategori, pihak kami memohon agar beberapa peraturan berikut dipatuhi:

    1. Folio dokumen kriteria kecemerlangan calon yang telah lengkap dan disemak dimuatkan ke dalam sebuah ring file berwarna putih.

    2. Kulit depan setiap ring file hendaklah menggunakan kertas A4 dengan kod warna berikut : Kategori I warna biru Kategori II warna merah jambu Kategori III warna kuning Kategori IV warna hijau

    3. Template kulit depan adalah seperti yang dilampirkan di portal e-sis.

    4. Warna kertas pemisah (separator) di antara setiap item penilaian bagi setiap kategori hendaklah mengikut warna yang sama dengan kulit depan kategori tersebut.

    5. Setiap calon perlu menyediakan folio kriteria kecemerlangan seperti berikut untuk persediaan penilaian semasa validasi oleh panel penilai kesepakaran:

  • Lampiran 6, Versi 3

    Versi 3 90

    i) Folio kriteria kecemerlangan semasa validasi (Rujuk Lampiran 1, Unsur Penilaian Kategori I, II, III, IV dan Lanjut Pelajaran)

    ii) Fail Coaching and Mentoring (Buku Log) Bagi gred DH44 ke atas sahaja.

    C. Penerangan lanjut mengenai Folio Dokumen Kriteria Kecemerlangan

    1. Kandungan setiap item penilaian adalah seperti yang telah dinyatakan dalam Lampiran 1, buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat Edisi Calon, Versi 3.

    2. Sila rujuk kepada buku tersebut apabila membaca penerangan ini.

    3. Setiap item penilaian mempunyai bilangan dokumen yang diperlukan. Calon diminta menghantar bilangan yang tepat; tidak boleh lebih; tidak boleh kurang.

    4. Item penilaian A, misalnya tidak boleh dicampur aduk dengan item penilaian B satu dokumen mewakili satu item sahaja.

    5. Dengan menggunakan kertas pemisah (separator) setiap calon perlu menyusun secara teratur item-item yang berada di dalam folionya.

    6. Amalan melonggokkan beberapa dokumen sebagai memberi persepsi kuantiti lebih baik daripada kualiti tidak akan diterima.

    7. Setiap calon perlu menyediakan ringkasan eksekutif bagi elemen-elemen di dalam unsur penilaian teras utama iaitu penyelidikan, penulisan, pemudahcara penyelidikan dan pembentangan. Berikut merupakan susunan isi kandungan ringkasan eksekutif mengikut kesesuaian elemen kriteria kecemerlangan yang perlu disediakan oleh calon:

    i) Tajuk ii) Pengenalan/ latar belakang/ tujuan

  • Lampiran 6, Versi 3

    Versi 3 91

    iii) Rasional penyediaan/ metodologi/ kaedah perlaksanaan elemen kriteria kecemerlangan

    iv) Peranan calon dalam penyediaan elemen kriteria kecemerlangan

    v) Impak/ keberkesanan elemen kriteria kecemerlangan

    vi) Pengesahan ketua jabatan Penyediaan ringkasan adalah tidak melebihi daripada 6 muka surat.

    8. Calon juga perlu menyediakan laporan inovasi bagi menyampaikan maksud inovasi yang dilaksanakan. Susunan isi kandungan laporan inovasi yang perlu disediakan oleh calon adalah seperti berikut:

    i) Tajuk ii) Tujuan iii) Latar belakang iv) Rasional membangunkan inovasi v) Kaedah perlaksanaan inovasi vi) Perbezaan antara perkara/proses yang

    sebelum dengan yang sekarang. vii) Peranan calon dalam penyediaan inovasi viii) Impak/ keberkesanan elemen kriteria

    kecemerlangan ix) Cadangan penambahbaikan x) Pengesahan ketua jabatan

    Penyediaan bilangan muka surat bagi laporan inovasi adalah tidak terhad jumlahnya.

    9. Untuk makluman kepada calon, format penyediaan elemen kriteria kecemerlangan yang dimasukkan di dalam folio bagi ringkasan eksekutif dan laporan inovasi adalah seperti berikut:

    i) Font : Arial 12 ii) Line spacing : 1.5

  • Lampiran 6, Versi 3

    Versi 3 92

    iii) Align Text: Justify iii) Di cetak di atas kertas A4 bewarna putih.