LAMPIRAN CERPEN

download LAMPIRAN CERPEN

of 31

description

cerpen contoh

Transcript of LAMPIRAN CERPEN

Kasihku di GazaTERJAGA Fadhil dari nyenyak tidurnya.Bunyi beberapa das tembakan rifelmengejutkanya.Beberapa kali tidurnya terganggung malam ini.Namun ia sudah biasa dengan keadaan itu semua.Sudah enam bulan dia tinggal di Kem Khan Yunis di Gaza ini.Tiada apa yang peliknya dengan bunyi senjata dan bom di sini.Kata orang sudah mangli.Begitu juga kira-kira 35,000 pelarian yang menetap di sini.Suara azan kedengaran sayup-sayup dari masjid berdekatan di Kem Khan Yunis.Fadhil bergegas bingkas dari tempat tidurnya dan terus berjalan perlahan-lahan ke bilik air.Dia membersihkan mulutnya lebih kurang sahaja dan kemudian berwuduk.Kembali semula beliau ke ruang tidur.Bergegas dia mengambil kopiah.Dibiarkan Haryanto rakan sebiliknya tidur.Tidak diganggu tidurnya.Langkah Fadhil pantas keluar dari rumah menujuke masjid berdekatan untuk menunaikansolat Subuh.

Sarapan dah siap di atas meja tu, Haryanto menyapa Fadhil yang sedang duduk termenung selepas pulang dari masjid.

Nantilah hendak rehat sekejap, Fadhil membalas sapaan Haryanto itu.

Macam mana ...jadi ke awak balik ke Malaysia bulan depan, Haryanto menukar tajuk perbualan.

Saya ingat mahu di sini untuk dua tiga bulan lagi lah.Lagipun banyak lagi kerja perlu dibereskan, Tambah Fadhil kepada rakannya Haryanto.

Awak pula jadi ke pulang ke Indonesia awal bulan depan, Celah Fadhil kepada Haryanto meminta kepastian.

Insya-Allah lagipun tiket kapal terbang dari Kaherah-Jakarta sudah dibeli, Haryanto menambah dengan nada bersungguh-sungguh kepada Fadhil.

Sejak enam bulan yang lepas, Fadhil dan Haryanto menetap di bumi Gaza, Palestin.Kem Khan Yunis yang terletak di Rafah wilayah Gaza ini menjadi saksi akan kekentalan semangat juang dua anak muda ini membantu saudara sesama Islam.Walaupun mungkin nyawa mereka berdua akan melayang bila-bila masa di tangan tentera Israel ataupun Perisik Mossad, mereka tidak gentar.Mereka tidak takut kematian.Kerana mereka pasti kematian untuk membela nasib saudara se-Islam di sini adalah mulia.Jihad di jalan Allah itukan balasannya syurga.

Meneruskan PerjuanganMATA Fadhil redup merenung jauh dari tingkap rumah kediamannya itu.Sesekali Fadhil mengesat air matanya yang deras mengalir.Bukan apa sesekali ia teringatkan kampung halamannya di Malaysia.Lebih-lebih lagi ibu tercinta.Juga pada ayah dan adik-beradik yang lain.Selesai sahaja menamatkan pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar cawangan Zaqaziq di wilayah Syarqiah, Fadhil tidak terus pulang ke tanah air.Namun Fadhil berkeras untuk menjadi sukarelawan di Kem Khan Yunis , Gaza.Atas dorongan Ustaz Awin beliau meneruskan usaha untuk melepasi sempadan Mesir-Gazamemasuki Palestin dan menetap di Kem Khan Yunis sebagai sukarelawan.Di sana beliaubertemu dengan Haryanto, rakyat Indonesia bekas pelajar perubatan di Universiti Alexandariah, Kaherah.Fadhil kita selepas ini perlu lebih berhati- hati kerana ada sumber menyatakan perisik Mossad ada di sekitar Kem Khan Yunis, Jelas Mahmoud seorang pembantu penyelia di Kem Khan Yunis dengan loghat Arab yang pekat.

Perisik Mossad ada di mana-mana.Biarkanlah mereka dengan tugas mereka, Fadhil mencelah dengan nada seloroh seolah-olah memperli Perisik Mossad.

Mahmoud minggu depan saya bercadang mahu ke sempadan Gaza-Mesir.Mahu ambil ubat-ubatan dan bekalan makanan dari Malaysia, Fadhil mengubah tajuk perbualan.

Dengan siapa kamu akan pergi, Mahmoud meminta penjelasan daripada Fadhil.

Mungkin bersama-sana Haryanto dan Mohammad Zahhar.Ketua Sayap Pemuda Hamas cawangan Rafah, jelas Fadhil kepada Mahmoud.

Saya harap awak jangan guna laluan persimpangan Kissufim untuk menuju sempadan Gaza-Mesir.Di sana banyak tentera Israel membuat rondaan, Pesan Mahmoud kepada Fadhil.

Guna laluan lain yang lebih selamat untuk ke sempadan Gaza-Mesir, Tambah Mahmoud kepada Fadhil.

Selesai sahaja mereka bertiga mengangkut bekalan ubatan dan makanan dari sempadan Gaza-Mesir mereka terus ke stor Kem Khan Yunis.Menurunkan dengan cermat bekalan yang mereka bawa ke stor selesai sahaja memunggah semua bekalan itu mereka terus sahaja pulang ke rumah.Bekalan yang baru mereka terima dari Sempadan Gaza-Mesir sebanyak 50 tan semuanya.Diangkut dengan dua buah lori besar.Fadhil melabuhkan punggungnya di kerusi kayu.Diikuti Haryanto dan Mohammad Zahhar.Mereka bertiga cuba untuk merehatkan badan sebentar.Maklumlah penat terasa menempuh perjalanan mengangkut bekalan ubat-ubatan dan makanan dari sempadan Gaza-Mesir.Bekalan ubatan dan makanan yang dibawa mereka bertiga itu adalah dari sumbangan para penyumbang dari Malaysia.Dikendalikan oleh Ustaz Awin.Ustas Awin sekarang ini menyambung pengajian Phd di Universiti Malaya.Menjadi orang tengah untuk mengumpul dana sumbangan dari penyumbang di Malaysia.

Di mana wanita yang kita jumpa tadi, Kata Fadhil kepada Mohammad Zahhar, memecahkesunyian.

Ada di rumah Sumayah Ketua Muslimat,Jelas Mohammad Zahhar bersahaja.

Siapa sebenarnya wanita tadi.Kelihatan cantik menawan, Tambah Haryanto kepada Fadhil.

Dia kata tersesat ketika mahu ke Bani Suhaylah.Ketika itu tentera Israel ada membuat serangan.Dia tercicir dari kumpulanya.Jelas Fadhil membalas pertanyaan Haryanto.

Kita perlu berwaspada dengan wanita itu.Kita tidak tahu identiti sebenar dia.Jelas Mohamad Zahhar mencelah.

Penyamaran BerjayaDI rumah Sumayah, kelihatan wanita itu yang mempunyai rambut mengurai sopan dan cermat memasang komputer riba dengan perlahan-lahan.Dia tidak mahu identitinya diketahui Sumayah.Jika diketahui oleh Sumayah atau Mahmoud atau Fadhil mahupun Mohamad Zahhar, mungkin nyawanya akan melayang.Siapakah wanita ini?Wanita ini sebenarnya adalah ejen perisik Mossad yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel.Sesekali wanita itu memperbetulkan wayar komputer ribanya yang berselirat.Dia cuba untuk menghubungi Ketua Ejen Mossad Israel di Tel Aviv, Meir Dagan.

Hello tuan saya Tzipi Livni Suara wanita itu kedengaran perlahan ketika bertutur secara dalam talian dengan ketuanya di Tel Aviv.

Saya sudah sampai di Kem Khan Yunis , Gaza.Sekarang saya tinggal di rumah Sumayah rakan Mohamad Zahhar, bisik wanita itu perlahan, bimbang kemungkinan suaranya akandidengar Sumayah.

Sekiranya segala sudah sedia, saya teruskan usaha untuk membunuh Mohammad Zahhar.Dia sekarang berada di rumah rakannya yang bernama Fadhil dan Haryanto.Jelas wanita itu lagi kepada Meir Dagan selaku Ketua Ejen Mossad di Tel Aviv.

Adakah saya perlu membunuh Fadhil dan Haryanto sekali?Rakyat Malaysia dan Indonesia itu yang kononnya mahu berjuang membela rakan seagama, soal wanita itu kepada ketuanya.

Kalau terpaksakamu bunuh sahaja mereka berdua itu, Arah Meir Dagan kepada wanita itu.

Berpantang maut sebelum ajal DI rumah Fadhil terbaring di atas katil.Sambil matanya terkebil-kebil.Terbayangkan wanita yang baru ditemui petang tadi bersama-sama Mohamd Zahhar dan Haryanto semasa pulang dari membawa bekalan ubatan dan makanan dari sempadan Gaza-Mesir.Paras rupanya yang menawan mencuit hati siapa sahaja yang memandangnya.Siapakah gerangan wanita tadi.Namun loghat Arab yang digunakan wanita itu agak berlainan sedikit dengan loghat Arab tempatan di sini.Dari mana asalnya?Apakah bangsanya? Apakah pekerjaannya ?Banyak persoalan yang tidak dapat dijawab bermain dalam fikirannya sekarang ini.Akhir sekali mata Fadhil terlelap.Lena dek kesejukan suasana malam yang hening di Khan Yunis ini.Sesekali suara anjing menyalak mendayu-dayu memecah kesunyian malam.Kem Khan Yunis yang dibina 60 tahun dahulu, kini merupakan sebuah bandar kecil yang usang .Kem ini menjadi saksi kekejaman Rejim Zionis Israel yang menghalau penduduk Islam Palestin dari tanah air sendiri.Lubang-lubang kecil kesan tembakan dapat dilihat di dinding rumah-rumah penduduk di kem ini.Cukup menghibakan.Sedihmelihat umat seislam ditindas dan dihina sebegitu rupa.Kelihatan wanita yang juga ejen Mossad itu datang tergesa-gesa ke rumah Fadhil.Tidak jauh dari rumah Sumayah.Hanya 50 meter sahaja jaraknya.Sampai di rumah tempat kediaman Fadhil dia mengetuk pintu dengan keras.

Siapa tu ..., Mohammad Zahhar berkata dengan suara yang tinggi.

Saya wanita yang awak bantu semalam.Jelas wanita itu dengan suara yang agak perlahan dan berusaha mengelakkan suara lakonannya daripada dapat dikesan.

Masuklah...pintu tidak berkunci, Mohammad Zahhar menjemput wanita itu masuk ke dalam rumah.Melangkah sahaja masuk ke dalam, mata wanita itu galak memerhati sekeliling rumah.Dia kelihatan berwaspada dan berhati -hati.Dia tidak mahu Mohammad Zahhar dan rakan-rakannya mengesyaki apa-apa tentang hajatnya ke rumah itu.Wanita itu melabuhkan punggungnya di kerusi kayu walaupun tidak dijemput duduk oleh Mohammad Zahhar.

Di mana Fadhil dan Haryanto.Kata- kata wanita itu memecahkan kesunyian di ruang tamu.

Mereka berdua ada di dapur, sedang menyiapkan sarapan. Celah Mohammad Zahhar.

Kalau begituminta saya membantu mereka di dapur, Wanita itu cepat mengatur langkah ke dapur cuba untuk membantu Fadhil dan Haryanto.

Mohammad Zahhar duduk seketika bersila di ruang tamu.Hatinya terasa gundah.Gelagat wanita itu sedikit mencurigakan.Dia tidak kenal siapa sebenar wanita itu.Sekarang ini perisik Israel menggunakan bermacam cara untuk menghapuskan pejuang Palestin yangberjihad untuk membebaskan tanah air.Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan pejuang Palestin dapat dihapuskan.Dirinya tidak terkecuali menjadi sasaran.Sejak dua tiga bulan ini sudah ada beberapa percubaan untuk membunuhnya.Tetapi setakat ini Allah masih melindungi nyawanya.

Awak tidak perlulah sibuk menyiapkan sarapan...biar saya sahaja yang melakukannya, sapa wanita itu ketika dilihatnya Fadhil dan Haryanto tak menang tangan di dapur.

Awak pergilah ke ruang tamu.Saya akan panggil awak semua sebaik tugas memasak selesai.sapa wanita itu.Tangan wanita itu pantas melakukan kerja-kerja di dapur.

Kalau begitu baiklah.Jelas Fadhil kepada wanita itu dan mengajak Haryanto ke ruang tamu.

Di ruang tamu Mohammad Zahhar , Fadhil dan Haryanto bersembang-sembang.Sambil mereka membaca akhbar Palestin berbahasa Arab.Beberapa ketika mereka berbincang mengenai beberapa isu penting yang perlu mereka laksanakan di dalam tempoh terdekat.Ini termasuklah hal tentang pengumpulan dana bantuan dari masyarakat Islam seluruh dunia untuk diagihkan kepada pelarian di Kem Khan Yunis dan kem pelarian di sekitar Palestin.

Jemputlah ke dapur ...sarapan sudah tersedia, Perbualan mereka terhenti apabila diganggu oleh suara wanita itu.

Baiklah...mari kita bersarapan.Pelawa Mohammad Zahhar kepada Fadhil dan Haryanto.

Mereka semua pergi menuju ke dapur untuk bersarapan.Di dapur wanita itu sibuk menuangkan air kopi kepada Mohammad Zahhar, Fadhil dan Haryanto.

Boleh saya tahu nama awak?Mohammad Zahhar memulakan bicara.Panggil sahaja saya Salmah, ujar wanita itu dan berusaha melindungi pembohongannya daripada diketahui Mohammad Zahhar.

Nanti ...jangan minum air kopi itu, Teriak Mohammad Zahhar kepada Fadhil dan Haryanto.Terkejut Fadhil dan Haryanto apabila Mohammad Zahhar berteriak kuat kepada mereka berdua.

Adakah awak membubuh sesuatu di dalam kopi ini, Mohhamad Zahhar bertanyakan soalan kepada wanita itu dengan nada yang kuat dan keras.Tiba-tiba...wanita itu secara tidak semena-mena mengeluarkan sepucuk revolver melalui abaya yang dipakainya.Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah Mohammad Zahhar, tetapi tidak mengena tepat ke arah Mohammad Zahhar kerana beliau sempat mengelaknya.Kemudian satu das tembakan disasarkan ke arah Fadhil dan mengenai lengan pemuda itu.Haryanto dengan pantas cuba untuk memberkas wanita itu dengan menarik tangannya.Tetapi sepantas kilat wanita itu dapat menepis tangan Haryanto.Wanita itu dengan pantas berlari keluar dari ruang dapur dan terus meloloskan diri keluar rumah.Sekelip mata bayangan wanita itu hilang daripada pandangan mata.

Fadhil ...awak tidak apa-apa.Kata Haryanto kepada Fadhil dengan cemas.

Tak apa-apa ...luka sikit saja di lengan.Jelas Fadhil kepada Haryanto sambil menahan sakit.

Apa yang berlaku ni... Teriak Mahamoud pembantu penyelia Kem Khan Yunis yang datang tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.Di belakangnya Mahmoud kelihatan Sumayah mengekorinya.

Wanita itu adalah Perisik Mossad Israel...celaka...mereka cuba mahu membunuh kami bertiga.Jelas Mohammad Zahhar dengan wajah yang merah padam.Fadhil segera dibawa oleh Mahmoud ke pusat kesihatan berdekatan.Luka di lengan yang dialami Fadhil tidaklah parah.Doktor terpaksa membuat pembedahan kecil ke atas lukanya untuk mengeluarkan beberapa butir peluru yang tertanam di lengan.Beberapa jam kemudian Fadhil dibenar untuk keluar dari pusat kesihatan tersebut.Doktor menasihatinya supaya berehat untuk beberapa hari di rumah sahaja.Kejadian tersebut tidak memadamkan semangat Fadhil untuk terus menjadi sukarelawan di Khan Yunis ini.Kejadian itu sebenarnya menjadikan ia lebih berkobar-kobar lagi untuk membantu saudara seislam di bumi Gaza ini.Tidak sekali ia patah semangat dan menyerah kalah dengan begitu mudah.

Perjuangan Belum SelesaiUSTAZ Awin berlepas dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Mesir semalam.Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk berhenti transit selama beberapa jam.Kemudian Ustaz Awin mengambil penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antara bangsa Gaza.Dia mahu ke Gaza untuk membawa pulang Fadhil ke Malaysia.Namun dia terkejut apabila menerima mesej pesanan ringkas melalui telefonnya yang mengkhabarkan Fadil tercedera akibat ditembak.Ustaz Awin berasa tidak sedap hati.Mungkin dia tidak lama berada di Gaza.Apabila urusan berkaitan pemberian sumbangan dana oleh penyumbang dari Malaysia selesai, dia akan terus pulang ke Malaysia.Dia akan membawa sekali Fadhil untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin.Tiba di Kem Khan Yunis Ustaz Awin terus menuju ke rumah Mahmoud selaku Pembantu Penyelia Kem Khan Yunis Di Rafah, Gaza.Kelihatan Fadhil terbaring di atas katil tidak jauh dari ruang tamu.

Fadhil awak tidak apa-apa..., Ucap Ustaz Awin kepada Fadhil.Sambil tangannya menggenggam erat tangan Fadhil.Matanya merenung jauh ke wajah Fadhil.

Fadhil...kita kena segera pulang ke Malaysia.Mungkin esok atau lusa kita bertolak ke Malaysia dari Kaherah, Kata Ustaz Awin kepada Fadhil.Sambil tangannya mengusap dahi Fadhil dengan lembut.

Tapi ustaz ..., celah Fadhil seolah-oah tidak puas hati.

Tiada alasan lagi Fadhil...kita mesti berangkat juga esok.Ustaz Awin berkata lembut sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Fadhil.

Renungan mata Fadhil tajam menerobos ke luar tingkap.Tingkap kecil yang berada tidak jauh dari katilnya itu menampakkan jelas pemandangan luas Kem Khan Yunis.Penderitaan, penghinaan dan kesengsaraan yang ditanggung penghuni kem ini menjadi saksi kekejaman Rejim Zionis laknatullah.Sampai bilakah kesengsaraan ini akan berakhir...50...60 atau 100 tahun lagi.Dia tidak pasti.

Orang Surat KhabarBAPAK, ada panggilan telefon

Siapa?

Entah

Cikgu Bakri mahu saja bersoal jawab lagi.Tetapi reaksi yang ditunjukkan anaknya, Sakinah membuatkan hasratnya itu mati.

Lekas bapak, kejan Sakinah.

Sekejap.

Cikgu Bakri menyudahkan ayat terakhir, dalam usahanya menyiapkan artikel yang mahudihantarnya ke sebuah surat khabar. Dia tidak mahu idea yang tengah datang-datang itu terhenti mengalir.Susah mendapat mood kembali untuk menyambung.

Helo,Assalamualaikum.

Waalaikumussalam.

Ini encik Bakri ke?aaa maksud saya Cikgu Bakri.

Ya, saya bercakap.Boleh saya tahu siapa di sana?Kamarul.Jeda sebentar di pihak Cikgu Bakri.

Kamarul Arifin. Dari surat khabar.

Wartawan!Ada apa cari saya?

Cikgu ada masa?

Saya tak pernah ada masa untuk bersembang kosong.Masa yang ada cukup sekadar untuksaya makan, solat, kerja.Jawapan Cikgu Bakri itu menceritakan bahawa dirinya sentiasasibuk.Dihambat dengan rutin harian; sebagai cikgu, ayah dan penulis sambilan.

Boleh saya curi masa cikgu sebentar?

Sekarang ini bukan sekadar kamu telah mencuri, tetapi telah meragut masa saya.Wartawanitu tersentak dan hanya mampu menelan liurnya.

Saya kurang faham.Wartawan itu kembali berhati-hati dengan tutur katanya.

Sekarang, apa yang kamu nak daripada saya?

Saya ada beberapa soalan mahu ditanya dan beberapa soalan yang mengkehendaki cikgujelaskan.Berbelit-belit wartawan itu menyatakan hasratnya.

Besar sangat ke?

Taklah besar sangat.Tapi kalau cikgu tak jelaskan barangkali boleh jadi besar.Seolah-olah wartawan itu cuba mengugut Cikgu Bakri.

Kalau macam itu, petang ini kita jumpa di kedai makan jalan Simpang Kuala.Boleh?

Sudah tentu boleh.Jumpa nanti.

Cikgu Bakri seperti biasa mengenakan kemeja yang berwarna agak ceria.Ringkas, tetapi menarik.Petang itu Cikgu Bakri memandu kereta Perdana hitam yang dipinjam daripada anak sulungnya untuk ke tempat janji temunya dengan wartawan itu.Kebetulan Sakinah tidak ke mana-mana hari itu.Pemanduannya lancar.Pilihan waktunya tepat.Waktu begini ramai yang berada di rumah. Di antara jam 2.30 petang ke 4.30 petang sudah tentu masa yang membosankan untuk meluncur di atas jalan raya dan berpeleseran di gedung beli-belah.Mudah pula mendapatkan parkir. Tanpa memandang keliling Cikgu Bakri masuk ke kedai makan itu lalu melabuhkan punggungnya di suatu sudut yang berhampiran sebuah taman kecil yang dipenuhi tumbuhan hijau. Seorang pekerja kedai makan itu menyuakan segelas teh tarik kurang manis kepadanya tanpa perlu dipesan.

Terima kasih.

Sama-sama kasih cikgu, sambut pekerja kedai makan itu dengan bersahaja.

Hai cikgu ada sidang media lagi ke?

Cikgu Bakri hanya tersenyum simpul dengan istilah sidang media yang dikatakan olehpekerja itu.Ibaratnya pula seperti artis popular. Barangkali orang yang tidak tahu tidak akan tahu. Cikgu Bakri sememangnya sudah biasa dengan kedai makan itu.Minuman danmakanannya juga seperti sudah tercetak kemas dalam fikiran mereka.Lelaki yang menggalas beg sendeng Adidas itu berlari-lari anak menuju ke meja Cikgu Bakri.

Cikgu Bakri? soal wartawan itu.

Kamarul, Cikgu Bakri tidak menjawab sebaliknya menyoal kembali.Lalu kedua-duanya berjabat salam.

Maafkan saya.Terlambat.

Cikgu Bakri melihat jam di tangannya. Lima belas minit masanya terbuang.Wartawan itumenarik kerusi untuk memberi ruang untuk punggungnya berlabuh.Seketika diamengeluarkan buku catatannya bersama-sama sebatang pen.Wartawan itu mengambil masa beberapa minit lagi.Memberi ruang kepada dirinya bernafas.

Sebenarnya apa benda yang mustahak sangat kamu nak jumpa saya?Cikgu Bakri sedikit tidak sabar menanyakan soalan.

Cikgu ada baca artikel tempoh hari?

Cikgu Bakri masih diam. Biarkan wartawan itu menjelaskannya lagi. Tiap-tiap hari surat khabarlah yang menjadi sarapannya terlebih dahulu. Sudah tentu yang dihadapnya adalah artikel-artikel yang melaporkan berita di dalam dan di luar negara.Artikel yang dimaksudkanwartawan itu yang mana satu.

Artikel tentang cikgu.

Tentang saya, Cikgu Bakri memberi respon mudah.

Cikgu dikatakan guru yang berani bertindak kasar terhadap pelajar-pelajar sekolah cikgu. Perucapan wartawan itu seperti menempek kenyataan surat khabar itu di dahi Cikgu Bakri. Sambung lagi wartawan itu.

Setahu saya cikgu baharu saja dilantik menjadi guru disiplin kurang lebih tiga bulan bukan.Tetapi cikgu sudah berani menggodam pelajar-pelajar itu seperti cikgu sudah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.Menyembur-nyembur air liurwartawan itu di atas meja.

Sebentar, Cikgu Bakri meninggikan sedikit suaranya.

Saya nak perbetulkan.Saya beradadalam bidang perguruan sudah lebih dari 30 tahun.Cuma baru-baru ini dilantik menjadi guru disiplin.Seperti kata kamu kurang lebih tiga bulan adalah.

Kiranya cikgu sudah lama bergelumang dalam bidang pendidikan.Tidak pula dinyatakan dalam artikel tempoh hari.Berkerut-kerut dahi wartawan itu.

Bukankah itu tugas kamu untuk menyelidikinya sebelum menghukum seseorang itu tanpa usul periksa.Cikgu Bakri memulangkan paku buah keras.Diam.Pada hematnya Cikgu Bakri tidak boleh menuduh semua wartawan begitu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Cikgu tak takut buat begitu?

Apa yang nak ditakutkan. Andai apa yang kita lakukan itu untuk kebaikan.Seperti kerja kamu. Sekiranya takut untuk menggeledah cerita-cerita yang menarik, tentusedikit sebanyak akan menjejaskan peluang kerjaya kamu bukan. Tentu orang akan mudah muak dengan cerita yang sudah basi.

Daripada artikel ini ada dinyatakan yang cikgu telah menggunting seluar pelajar-pelajar.Betul ke? Wartawan itu cuba mendapat kepastian yang sudah diketahui jawapannya.

Kalau saya cakap tidak, tentu kamu tidak percaya bukan?Sudah tentu betul. Kalau tak betul mana mungkin dilaporkan dalam surat khabar. Surat khabar ini sebenarnya dah macam khadam.Apa yang kita buat dia tahu. Walau dalam hutan, gunung, laut sekalipun.Wartawan itu terasa tersindir.Langsung diubah topiknya.

Dalam artikel ini juga tertulis yang cikgu telah menggantung selipar di leher para pelajar.

Nanti dulu.Cikgu Bakri menyedari ketidakselesaan wartawan itu.

Saya nak jelaskan pasal gunting seluar itu.Kementerian Pelajaran telah meletakkan garispanduan berpakaian.Pelajar hendaklah memakai seluar berwarna hijau kehitaman.Seluar berfesyen tidak dibenarkan.Apa yang dimaksudkan dengan seluar berfesyen adalah berkaki besar atau kecil, berkaki labuh mencecah lantai atau terlalu singkat, terlalu longgar atau ketat dan berpoket tampal (di hadapan atau belakang). Oleh itu, potongan seluarhendaklah mengikut potongan biasa sahaja.Tak kecil tak besar. Apabila mereka ini tidak mematuhi peraturan dengan mengecilkan kaki seluar, saya tak teragak-agak menggunting seluar mereka ini dari bawah hingga paras paha.

Terkontang-kantinglah mereka ini jadinya.

Saya tidak biarkan mereka berkeadaan begitu sahaja.Saya bagi kain batik kepada pelajar-pelajar ini untuk menggantikan seluar yang rabak itu.Bukankah itu tindakan yang mana saya tidak mencabul maruah mereka.Wartawan itu senyum sumbing.

Fasal hal selipar itu pulak?

Oh, itu!Semua pelajar dimestikan memakai kasut berwarna putih yang diperbuat daripada kanvas atau polyester. Tanda cap atau lambang yang berjalur dan yang berwarna tidak dibenarkan. Kamu bayangkan selipar yang mereka pakai pergi ke jamban itu dibuatnya datang ke sekolah.Apa mereka ingat sekolah ini bapak mereka punya. Suka-suka hati nak pakai apa saja yang mereka suka. Langkah senang saya gantungkan saja selipar itu di leher mereka.Biar mereka tahu yang selipar yang mereka pakai itu bagaimana baunya.

Lepas itu apa jadi?Dah tak berani nak pakai selipar lagi walaupun hari hujan.

Wah, berani betul cikgu ini ya!

Cikgu mau tambah air?Seorang pekerja datang mencelah.Setelah 30 minit wartawan itu bertamu.Temu bual mereka terhenti seketika.Cikgu Bakri mengangkat tangan tanda tidak perlu.

Kawan cikgu?

Bagi saya teh O limau.Cikgu tak nak makan?Saya belanja.

Tak apa.Saya dah makan tadi di rumah.

Wartawan itu menghirup sedikit air yang dipesan tadi. Sambil mengerling jam Rolex di tangan. Sempat untuknya mendapatkan beberapa penjelasan lagi.Sebelum waktu asar.

Cikgu, cikgu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang berambut panjang bukan?Cikgu dengan sewenang-wenangnya menggunting rambut pelajar berkenaan ikut suka hati cikgu.Itulah info yang saya dapat.

Ha masalah pelajar berambut panjang ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di sekolah saya mengajar saja.Mana-mana sekolah pun ada.Sekolah lama saya dulu pun pernah ada. Cikgu Bakri menyambar soalan itu seperti ikan menyambar umpan segar.

Maksud cikgu, cikgu ada dua buah sekolah?

Sebelum saya mengajar di sekolah sekarang ini, saya pernah bertugas di kawasan bandar.Tetapi khidmat saya lebih diperlukan di sekolah baru saya ini.Itu cerita lama.Wartawan itu pantas mencatat maklumat baharu yang diperolehnya.

Rambut pelajar-pelajar lelaki haruslah potongannya mengikut sukatan yang ditetapkan.Di bahagian belakang, rambut tidak boleh melebihi di bawah garisan cuping telinga. Di bahagian depan, rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi. Di sebelah tepi, rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan pelipis tidak melebihi garisan tengah hidung.Di bahagian atas, rambut tidak boleh melebihi 12 sm panjang.Dan pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang.Saya mengenakan tindakan dengan menggunting rambut-rambut pelajar ini supaya mereka menyedari bahawa potongan rambut mereka itu tidak sesuai sebagai seorang pelajar.

Dengan sewenang-wenangnya?

Bukan.Saya menggunting pada bahagian yang panjang itu sahaja. Mungkin ramai orang di luar sana yang melihat mereka mengatakan bahawa saya menggunting dengan sewenang-wenangnya kerana tidak seluruhnya saya gunting. Tetapi kamu cuba fikir selepas saya gunting rambut pelajar-pelajar ini, mereka terus ke kedai gunting rambut lalu membetulkan kembali. Alangkah segak, tampan dan bergaya selepas itu. Tukang gunting rambut pun boleh kaya sekiranya kerap saya melakukan begitu,

Cikgu Bakri menjelaskan situasi dalam nadaberseloroh.Wartawan dan Cikgu Bakri tersenyum lebar.Pada awalnya Cikgu Bakri yang dianggapnya tegas dan serius itu bukanlah seperti yang bermain-main di fikirannya.Temu bualnya dengan Cikgu Bakri tidaklah mengambil masa yang lama.Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik.

Terima kasih cikgu.

Sama-sama.

Oh! Sebelum saya mengakhiri temu bual ini boleh saya tahu karya terbaharu cikgu?

Sekarang ini saya sedang menyiapkan sebuah artikel tentang perjuangan memartabatkanbahasa Melayu.Dan jika ada rezeki dapatlah nanti kita sama-sama berkongsi cetusan ilmiahini.Wartawan itu mengulum senyum.

Saya harapkan kita dapat bekerja sama lagi pada lain masa. Senanglah saya dapat berkawandengan seorang wartawan yang bagus macam kamu ini.

Saya juga begitu.Harapan saya dengan penjelasan cikgu ini segala cemuhan dan kekeliruanyang berlaku dapat diselesaikan.

Sampai jumpa lagi.

Pinggan Retak SeribuPANGG!!! Jatuh berderaian beberapa buah pinggan setelah usai dibersihkan dari sebuah meja yang diletakkan berhampiran penjuru tingkap.Memercik serpihan kaca yang bertebaran memenuhi ruang dapur rumahnya.Pinggan yang disusun bertingkat itu tidak mampu lagi menimbang beban lalu jatuh berderaian. Silap Mak Lijah juga kerana tidak sedarakan perkara sekecil itu. Dia mengeluh, menyalahkan diri sendiri.Mak Lijah terbongkok-bongkok mengutip sisa-sisa kaca dan kemudiannya membersihkannya dengan menggunakanpenyapu lidi.Haida Sulasti hanya memandang dengan matanya yang berkaca.Sudah jenuh dia mengatakan kepada orang tuanya untuk mengadakan kenduri secara katering.Namun permintaannya seperti tidak diendahkan. Emaknya lebih suka cara tradisi Melayu yang menonjolkan ciri-ciri tradisional.Mengucap syukur Mak Lijah pinggan kesayangan yang satu-satunya masih dimilikinya tidak pecah.Dikucupkannya pinggan itu, pinggan yang banyak meninggalkan nostalgia kepadanya.Sementelah pinggan yang diwarisi daripada ibunya masih terpelihara sehingga kini.Pinggan yang menjadi simbol perkahwinan dengan arwah suaminya. Dan pinggan ini bakal berubah tuan kepada anaknya Haida Sulasti. Pinggannya masih bersinar, masih cantik, berkilat seperti sucinya mana kasihnya kepada suaminya.Pinggan ini pasti menjadi lambang sejati perkahwinan anaknya Haida.Bagi Mak Lijah sudah lama dia tidak mengadakan kenduri, kali terakhir semasa kenduri tahlil arwah suaminya.Dia rindukan semangat kerjasama antara penduduk kampung. Kerinduan itu kini dapat disemai kembali, pertautan silaturahim yang segar dapat jalin semula. Kemesraan yang tidak dapat digalang ganti dengan wang ringgit.

Haida, sini sebentar, Mak Lijah memanggil Imah.Ya, mak.Tunggu sebentar.Haida mematikan perbualannya di telefon dan menuju ke ruangdapur rumahnya.

Kaulihat pinggan ini, namanya pinggan retak seribu.

Haida tengok baik saja pinggan ni, tak ada retak pun, balas Haida memintas kata emaknya.

Bukan itu maksud mak, engkau ni pun satu emak tak habis cakap kau dah potong cakap mak.Pinggan ini mak hendak gunakan masa majlis makan pengantin nanti.Unik pinggan ini.Pinggan tinggalan arwah nenek kau jelas Mak Lijah.

Jam menunjukkan lewat 12.12 malam, Mak Lijah masih tekun menyusun pinggan mangkuk yang telah dibersihkan. Segala jenis periuk, kuali telah dikeluarkan dari stor di belakang rumahnya pagi tadi. Mujur penghuni segala binatang seperti lipan tidak menggigitnya semasa mengeluarkan barang-barang dalam stor tersebut. Melihat perlakuan anaknya sudah tentu segala perancangan untuk majlis perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung. Dia sudah menyiapkan segala-galanya. Namun tuan badan sendiri seperti tidak mengendahkan majlis sendiri. Semuanya hendak ditunjuk sahaja.

Itu yang perkahwinan muda-mudi sekarang tidak kekal.Tidak mahu berusaha sendiri, amarahnya dalam hati.

Suasana majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali tidak ada sebarang khidmat katering.Akur dengan kemahuan emaknya.Segala-galanya dibuat dengan sendiri.Walaupun sekali pandang hantaran yang dihasilkan tampak seperti orang yang tiada berseni namun kepuasan dapat dirasai oleh Haida.Haida membenarkan kata-kata emaknya.Riuh-rendah bunyi gelagat orang di luar rumah.Sebanyak enam khemah di pasang.Bahagian penanggah semakin sibuk menyediakan segala kerja.Warna ungu menjadi tatarias dalam majlis tersebut.Kesibukan membuatkan Mak Lijah ke hulu ke hilir mengalas beban tugas.Kemuncak majlis, dengan kehadiran ramai tetamu yang kehadirannya tidak dijangkakan.Mak Lijah mulai risau, bertali arus tetamu datang.Malu mukanya kalau tetamu tidak dapat layanan seperti yang diharapkan.Malu juga pada besannya nanti.

Pinggan! Pinggan! Pergi ambil dekat situ. Cepat! Tak cukup ni! teriak Zaidi Ponijan anakmuda belia kampung.

Sambil bersalam dengan tetamu yang datang.Di cuping telinganya jelas terdengar teriakan itu.Mak Lijah meluru ke dapur rumahnya sebentar.Dia terus menuju ke kabinet dapur untuk mengambil pinggan-pinggan lama yang masih berbaki.Mujur pinggan tersebut telah dibersihkan.Hanya perlu dilapkan dengan kain bersih.Diangkatnya pinggan tersebut.Dibawanya ke dalam khemah.Gusarnya hilang, dia terus melayan tetamu yang datang.Kelibat anak ketiganya Amina Beevi bertungkus-lumus menyediakan keperluan yang sepatutnya.Mata Amina tertancap pada kelibat saudaranya dari Kuala Lumpur sedang memilih-milih pinggan-pinggan di atas meja.Hatinya terdetik, bagaimana pinggan-pinggan lama tersebut boleh berada di situ.Dia diam membisu mungkin pinggan jiran sebelah yang baru dipinjam.Namun dari jauh dia seakan kenal dengan corak-corak yang terdapat dalam pinggan tersebut.Dia melepaskan buah fikirnya agar pergi.Bukan itu yang lebih penting baginya.Majlis perkahwinan Haida Sulasti berlangsung dengan meriah.Tetamu yang datang sudah beransur pergi.Mak Lijah menyeka peluh di dahinya.Agak letih dan penat, namun kepuasan tidak tergambar olehnya.Saudara mara yang jarang berjumpa, dipertemukan dalam majlis ini.Itu yang membuatkan dirinya terharu.Hasratnya menggunakan pinggan retak seribu warisan nenek moyangnya telah tercapai.Sudah sampainya pinggan itu diberikan kepada Haida.Melihat pinggan yang masih banyak terdampar menggusarkan Mak Lijah.Matanya mengeliling mencari sesuatu.Sesekali dia mengeluh.Pinggan retak seribu yang dicarinya tidak ditemui.Dia sudah mengasingkan pinggan tersebut setelah usai makan pengantin.Tidak mungkin dia tersalah letak.

Mak sedang cari apa? Haida menyoal.

Pinggan peninggalan arwah nenek kau tu. Mak rasa mak letak dekat sini.Siapa pulak yang gatal tangan alihkan pinggan itu, terlihat Mak Lijah buntu dan riak wajah yang risau.

Oh baru Kak Lang ingat, sebentar tadi Amina nampak orang memilih-milih pinggan.Mungkin orang itu yang ambil, celah Amina Beevi.

Angah pun nampak, jawab Amin.Siapa?Mak Lijah bertanya.

Saudara kita dari Kuala Lumpur.Kak Lang nampak dia sedang memilih-milih pinggan.Kemudian ternampak pula dia masukkan dalam plastik.Maknanya dia pilih pinggan tersebut untuk melihat mana yang berkenan rasanya.

Dari dapur, emaknya mengumpul pinggan-pinggan peninggalan warisan nenek moyangnya. Tidak dinafikan pinggan tersebut memang lain daripada yang lain. Jika seseorang itu peminat barang antik, sudah tentu pinggan di rumahnya menjadi sasaran.Dia bingung pinggan yang dikeluarkan sudah berkurangan.Apabila disusun pinggan tersebut dapat dilihat tingkat susunannya semakin rendah. Hatinya berdebar-debar. Amanah suaminya masih tersisip.Pinggan tersebut memberi konotasi yang tidak ternilai berbanding harganya.

Pinggan retak seribu, suara kecil keluar dari bibirnya perlahan dengan nada sayu.Peluh dingin menitik di dahinya.

Memang sah, pinggan tersebut tiada, Mak Lijah menyalahkan dirinya.

Memang dasar pencuri.Kalau pun mahu, perlu diberitahu.Jangan main ambil sahaja,bergetar suara kemarahan Amin.

Tidak pernah terfikir di fikirannya pinggan itu diambil orang.Mak Lijah sedih.Hampirseparuh pinggan lama yang dikeluarkan tiada setelah kesemua barang-barang kenduridikumpulkan.

Angah mahu telefon saudara kita di Kuala Lumpur sekarang, Amin mengambil keputusan.

Tak payahlah, Mak Lijah menahan.Jangan disebabkan sebuah pinggan membuatkan kitabermusuh.

Tapi mak, salah perbuatan mereka.Patutlah seronok saja mereka memilih-milih pinggan.Ingat untuk dibubuh makanan, rupa-rupanya hendak dibawa balik.

Mak Lijah tunduk membisu.Sudah acap kali pinggan di rumahnya menjadi sasaran.Kira-kira bulan lepas, baharu sahaja dia menerima tetamu iaitu kenalannya yang sudah lama tidak bertemudari Kuala Lumpur. Seperti biasa apabila tetamu datang, tuan rumah akan melayan. Seingatnya, dia menghidangkan makanan yang menggunakan pinggan-pinggan lama.Sahabatnya dari Kuala Lumpur, membelek-belek pinggan yang di atasnya terhidang kuih pelita.

Cantik pinggan kau ni Lijah. Boleh aku minta satu dua biji untuk dibuat hiasan.

Apalah engkau ni Mah, apa sangat pinggan buruk aku dengan pinggan orang bandarsekarang.

Jangan macam tu Lijah, orang bandar sekarang semua gila pinggan-pinggan antik. Lebih-lebih lagi pinggan macam kau guna ni. Boleh kau bagi pinggan ni. Minat sangat aku dengan pinggan bermotifkan corak bunga kangkung.Susah hendak ditemui sekarang.

Ambillah, kalau pinggan jenis ni masih banyak.Kalau yang ini tidak ada lagi, hanya tinggalbeberapa buah saja, ujar Mak Lijah seraya menunjukkan pinggan yang di belakangnya tertulis buatan dari Jepun.Pinggan tersebut memang cantik coraknya.Sudah berpuluh-puluh tahun usianya.Corak bunga tradisi Jepun memang menarik.Warnaemas di sekeliling pinggan tersebut menambah lagi keunikan pinggan tersebut.Kalau yang ini lagi lama, pinggan berpetak-petak.Pinggan berpetak itu memang menarik ramai mata memandang.Cuma kalau yang ini memang warisan keluarga.Aku tak beri siapa-siapa pun.Ini sahaja satu-satu pinggan yang ada, dihulurnya pinggan retak seribu tersebut kepada kenalannya itu. Memang unik, pinggan tersebut mempunyai corak bunga yang cantik dan yang uniknya pinggan tersebut retak seribu, tetapi ia tidak pecah. Beberapa kali dia didesak oleh rakannya itu agar memberinya pinggan retak seribu tersebut.Rakannya sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan pinggan tersebut.

Lamunnya terhenti. Pinggan yang mempunyai nilai sentimental pada dirinya sudah tiada di depan mata. Hatinya tidak keruan.Ingin dilepaskan amarahnya khuatir timbul sebarang perkara yang tidak diingini.Dia tidak mahu kerana pinggan semuanya berantakan.Orang sekarang sudah gila pinggan klasik dan pinggan lama. Segelintirnya mengambil jalan mudah tanpa mengambil kira untuk diminta, dicuri atau memahami perasaan hak kepunyaan orang lain. Semuanya tidak lagi dihiraukan.Kepuasan memiliki sesuatu itu, lebih penting daripada nilai budi, luhur hati dan segala-galanya.Mak Lijah memandang jauh di luar tingkap.Membenarkan perasaannya pergi bersama kenangan pinggan retak seribu.Air matanya bergenang mengharap segalanya kembali di sisinya agar kenangan yang terbina melalui pinggan tersebut terus terpateri di muara hati.