Laman web:

64
Emel: [email protected] Edisi: 006 Mac - Jun 2020 Laman web: http://ga.tjcsabah.com/

Transcript of Laman web:

Emel: [email protected]

Edisi: 006Mac - Jun 2020

Laman web:http://ga.tjcsabah.com/

2

Our Ref: GA 9/1/SEC/2020 (1) Tarikh: 14 Jan 2020

PER: VIDEO PENGENALAN GEREJA YESUS BENAR

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus menyampaikan surat ini.

Merujuk kepada surat Ibu Gereja Antarabangsa, No. Rujukan US20-001-DME bertarikh 9 Januari 2020.

1. Syukur kepada Tuhan, Ibu Gereja Antarabangsa telah mengeluarkan video pengenalan Gereja Yesus Benar dalam versi Bahasa English. Video tersebut telah dimuat naik ke Youtube dan boleh dicari dalam rangkaian gereja kita:

https://tjc.org/true-jesus-church/

2. Kandungan video ini sesuai untuk pencari Injil. Gereja tempatan boleh menggunakan video ini secara bebas dalam Kebaktian Penginjilan.

3. Sila memaklumkan perkara tersebut kepada para gereja tempatan dan khemah doa. Semoga Tuhan memimpin kita dalam pekerjaan ini agar kebenaran Injil keselamatan dapat disebarkan ke seluruh dunia.

Imanuel!

Diaken Benjamin Hiew Diaken John VunSetiausaha Agung Pengerusi

3

Our Ref: GA 9/1/SEC/2020 (25) Tarikh: 11 Mei 2020

PER: BERWASPADA TERHADAP GANGGUAN ANGGOTA KUMPULAN LUAR NEGARA YANG TELAH MENINGGALKAN

GEREJA YESUS BENAR

Haleluya! Dalam Nama Tuhan Yesus menyampaikan surat ini.

Merujuk kepada surat Ibu Gereja Antarabangsa, No. Rujukan: US20-014-WHDWM bertarikh 10 April 2020.

1. Perlaksanaan ini adalah berdasarkan Usul 13 dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Ibu Gereja Antarabangsa Penggal 12 kali ke-5. Komite Afrika Ibu Gereja UK telah menyelidiki sekumpulan pemercaya GYB yang sedang menggunakan nama Gereja Yesus Benar untuk melakukan pelbagai aktiviti di luar negara. Hasil daripada kajian tersebut adalah seperti di lampiran.

2. Lucas Hsieh dan kumpulannya telah mengumpul dana secara peribadi tanpa diutus oleh gereja. Mereka mengumpul dana secara peribadi dengan menghubungi pemercaya yang sudah dipecat namanya dalam Gereja Yesus Benar untuk melakukan kerja penginjilan dan mengadakan pembaptisan dengan sembarangan. Aktiviti-aktiviti ini membawa gangguan yang teruk kepada sistem gereja dan menimbulkan huru-hara di dalam gereja.

3. Sila berhati-hati terhadap aktiviti-aktiviti yang akan membawa gangguan kepada gereja kita dan kumpulan dana peribadi yang dilakukan oleh Lucas Hsieh dan kumpulannya. Dilampirkan dengan link bagi berita Afrika untuk rujukan kalian.

4. Setiap gereja tempatan dan khemah doa haruslah memaklumkan pemercaya agar mereka bijak dan berwaspada supaya tidak terperdaya dan dipengaruhi oleh propaganda palsu kumpulan ini.

5. Semoga berkat dan damai sejahtera Tuhan sentiasa menyertai kalian! Imanuel.

Diaken Benjamin Hiew Diaken John VunSetiausaha Agung Pengerusi

4

KEKACAUAN DI GEREJA AFRIKA TIMUR – TIPU HELAH ANGGOTA KUMPULAN YANG TELAH MENINGGALKAN GEREJA

YESUS BENAR, SHANGHAI

Kekacauan di gereja Afrika Timur adalah akibat daripada serangan yang dirancang dengan teliti oleh seorang pekerja Gereja Yesus Benar yang telah terjatuh. Serangan ini merupakan corak yang diamalkan oleh dia dan peminat tegarnya untuk menentang Gereja Yesus Benar di seluruh dunia... Sila pastikan kalian sentiasa berwaspada.

Sejak kebelakangan ini, terdapat sekumpulan pekerja yang telah mengisytiharkan diri sebagai pekerja dari Gereja Yesus Benar Shanghai. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam kerja penerokaan di Afrika Timur. Sumber manusia mereka berasal dari dunia barat tertentu seperti Kanada. Setelah berbincang dengan pekerja berkaitan, kumpulan yang berasal dari Shanghai tersebut telah menjalankan kerja penerokaan di Afrika tanpa kebenaran dan utusan gereja. Mereka sebenarnya merupakan anggota kumpulan yang telah meninggalkan struktur utama Gereja Yesus Benar. Kepercayaan mereka tidak sepadan dengan dasar kepercayaan gereja kita.

Lokasi yang telah mereka kunjungi

Berdasarkan maklumat yang telah disiarkan di Wechat mereka, mereka pernah pergi ke tempat-tempat di Asia Tenggara seperti Burma, Vietnam dan lain-lain serta tempat-tempat di Timur Tengah seperti Pakistan dan lain-lain. Baru-baru ini, mereka telah menumpukan usaha mereka di Afrika Timur. Mereka telah pergi ke Malawi pada mulanya kerana ia merupakan sebuah negara yang agak miskin sekiranya dibandingkan dengan negara Afrika yang lain. Walaupun bilangan anggota kumpulan ini tidak banyak, mereka ingin menjangkau ke seberapa banyak negara di Afrika yang mungkin. Mereka melangkah ke tanah Kenya dan Tanzania serta bekerja dengan begitu keras di kedua-dua tempat itu pada masa yang sama.

Sifat mereka

Setiap kali apabila mereka tiba di lokasi yang baru, kumpulan ini menjalankan pembaptisan kepada sesiapa yang mereka temui pada kali pertama dan mengesahkan mereka telah percaya Injil. Mereka dengan segeranya akan melantik pemimpin tempatan untuk membangunkan pelbagai kerja suci. Kumpulan ini akan menjemput mereka yang baru dibaptis untuk menjalankan Sakramen seperti Sakramen Pembaptisan, Sakramen Pembasuhan Kaki dan Sakramen Perjamuan Kudus.

5

Untuk menunjukkan pekerjaan mereka mengharukan, mereka juga mengizinkan pekerja tempatan untuk menjalankan Sakramen Pembasuhan Kaki di tempat pembaptisan dan menempatkan mereka di posisi yang nyata supaya dapat memberitakan Injil kepada pencari Injil. Mereka sering mengambil gambar untuk menyebarkan kerja keras yang telah mereka melakukan di Afrika. Mereka menyebarkan gambar-gambar tersebut ke seluruh dunia terutamanya gereja-gereja di Asia Timur Laut. Mereka juga suka untuk melampirkan tanda-tanda dan mukjizat yang telah mereka mengalami dalam gambar-gambar tersebut. Mereka akan menularkan gambar-gambar itu supaya dapat membangkitkan rasa gentar dan juga menarikkan perhatian saudara saudari yang tulus suci di gereja. Matlamat mereka amat jelas; mereka ingin menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa Tuhan sentiasa menyertai kerja-kerja mereka.

Analisis

Berdasarkan pengumuman mereka, kita dapati bahawa kumpulan ini sering berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain. Maka jelaslah bahawa mereka tidak menerapkan prinsip-prinsip Alkitab dalam kerja pemberitaan Injil. Matlamat mereka bukan untuk menyebarkan Injil. Selepas pemerhatian yang teliti, mereka juga telah pergi ke kawasan penginjilan yang ditubuhkan oleh Unit Penginjilan Afrika (AMC). Sebahagian kawasan tersebut adalah kawasan yang baru ditubuhkan oleh Unit Penginjilan Afrika. Kumpulan inijuga telah pergi ke kawasan penginjilan yang sudah lama ditubuhkan untuk menyebarkan Injil. Mereka menempuh jalan pekerja-pekerja Unit Penginjilan Afrika.

Kami akan menggunakan contoh-contoh yang baru berlaku ini untuk memberikan penjelasan yang selanjutnya terhadap kekeliruan yang dibawa oleh anggota kumpulan ini. Kumpulan ini berusaha untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan sekumpulan pencari Injil berbangsa Malawi. Sebenarnya, kumpulan pencari Injil ini di bawah jagaan Unit Penginjilan Afrika. Kita harus mengingati bahawa kebanyakan orang Malawi hidup dalam keadaan yang miskin dan melarat. Bukan semua orang mampu memiliki kemewahan teknologi moden yang dinikmati oleh negara maju. Perkara yang membingungkan di sini adalah apakah cara yang digunakan oleh kumpulan ini untuk memperoleh maklumat hubungan pencari Injil yang dijaga oleh Unit Penginjilan Afrika.

6

Perkara yang lebih menbingungkan adalah mereka dapat mengumpulkan pekerja yang sudah meninggalkan gereja dengan cepat apabila mereka tiba di Kenya. Sebilangan daripada orang yang dipanggil telah dipecat namanya oleh gereja. Pekerja-pekerja ini telah meninggalkan gereja pada tahun 2010. Ini bermaksud tidak ramai pekerja Unit Penginjilan Afrika sekarang tahu siapa ahli-ahli gereja yang telah murtad. Hal mengenai pecat nama biasanya tidak akan dilaporkan kepada pemercaya di gereja UK dan juga rakan sekerja di Ibu Gereja UK. Perkara ini hanya dimaklumkan dengan jelas kepada pekerja dalam Unit Penginjilan Afrika.

Penyembunyian dan penipuan

Mereka sering menyalurkan berita, gambar dan klip mereka ke kumpulan-kumpulan dalam WeChat untuk menyebarkan kerja mereka di Kenya. Klip-klip itu telah diserahkan kepada pekerja tempatan di Kenya kemudian membuat pengesahan. Selepas pengesahan, mereka menegaskan bahawa lagu dalam klip tersebut bukan dari Kenya, tetapi dari Congo. Tindakan ini membawa dua kemungkinan: salah satu daripadanya adalah kumpulan ini ingin menyembunyikan fakta sebenar di mana maklumat hubungan pekerja yang sudah dipecat nama telah diberikan kepada mereka secara rahsia. Sebab yang lain adalah tindakan ini merupakan cara mereka untuk menipu pemercaya Gereja Yesus Benar dan mengelirukan pemercaya supaya beranggapan bahawa mereka sedang berusaha dalam melaksanakan kerja Tuhan, membangunkan semula gereja yang sudah terjatuh yang gagal dibangunkan oleh Unit Penginjilan Afrika sambil mengungkapkan bahawa kerja penerokaan Ibu Gereja di Kenya telah gagal sepenuhnya.

Tampaknya, kerja yang dilakukan baru-baru ini di Tanzania oleh kumpulan tersebut nampaknya telah menggunakan cara yang berbeza daripada cara yang digunakan sebelum ini. Mereka menjelajah ke tempat yang belum diterokai oleh Unit Penginjilan Afrika seperti Dar es Salaam, iaitu ibu kota bagi Tanzania. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian kami dari Kenya, dan juga untuk menyembunyikan fakta bahawa seseorang telah membocorkon maklumat di Kenya kepada mereka kerana konspirasi mereka telah didedahkan oleh gereja di Kenya.

7

Kumpulan tidak sah ini tahu banyak tentang gereja Kenya sehingga mampu memperoleh banyak maklumat mengenai pekerja-pekerja aktif yang dilatih oleh Unit Penginjilan Afrika. Mereka telah pergi ke banyak gereja kita, tetapi gereja-gereja ini didirikan di tempat yang sangat terpencil. Sekiranya anda pernah berkunjung ke Assembo di Kenya, maka anda akan tahu betapa terpencil tempat itu. Hal ini adalah mustahil bagi orang yang pertama kalinya ke Kenya untuk mencari jalan ke tempat tersebut tanpa diberi arahan, tetapi mereka sanggup pergi ke tempat itu dan berkebaktian dengan pemercaya tempatan, dan juga telah mempengaruhi beberapa orang pekerja.

Tujuan Iblis

1. Dengan maklumat yang disebarkan dengan teliti, kumpulan ini mengumpul dana daripada Gereja Yesus Benar secara aktif. Mereka mempunyai beberapa akaun untuk membuat pemindahan wang. Perlakuan yang meragukan dan memecahbelahkan ini adalah dilakukan organisasi yang tidak diiktirafkan oleh Gereja Yesus Benar. Maka jelaslah bahawa kerja mereka tidak dilaksanakan atas sebab kesatuan Roh. Sebenarnya mereka tidak mengambil berat tentang jiwa-jiwa yang bernilai di dalam dunia. Bagi mereka yang tidak percaya, perkara yang paling penting adalah cara-cara untuk mendapat kekayaan. Mereka sanggup menipu seiman-seiman yang selalu bersedia membuat persembahan untuk kerja penginjilan. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyesat pemercaya kita supaya memindahkan wang kepada akaun bank mereka.

2. Di tempat-tempat penerokaan Afrika yang pernah dikunjungi, mereka menanamkan konsep yang palsu dan jahat dalam kalangan penduduk tempatan bahawa munculnya dua pihak yang bertentangan dalam Gereja Yesus Benar. Salah satu sebab ialah mereka ingin menyelerakkan pemercaya di Afrika supaya tidak tetap berada dalam Gereja Yesus Benar. Sebab yang lain ialah mereka hendak mendirikan tembok yang tidak kelihatan supaya pencari Injil tidak dapat mendengar dan menerima Injil kebenaran yang disebarkan oleh Gereja Yesus Benar.

8

Kesimpulan

Tingkah laku di atas sama sekali bukan daripada manusia. Hakikatnya adalah daripada Iblis. Taktik yang digunakan oleh mereka adalah yang taktik yang pernah kita hadapi baru-baru ini dengan pekerja yang terjatuh itu. Kejadian itu semestinya segar dalam ingatan kita. Tindakan mereka di Afrika merupakan muslihat terancang pekerja yang terjatuh itu bersama-sama dengan sekutunya. Peristiwa yang sedang berlaku di Afrika Timur merupakan pengulangan karya terancang pekerja itu untuk merosakkan gereja.

Pekerja yang terjatuh dan kumpulannya menentang gereja secara terancang. Pemikiran mereka amat terperinci dan cermat. Mereka muat naik artikel toksik ke atas talian. Perbuatan ini membawa kerosakan yang besar kepada gereja. Gereja perlu mendirikan sekumpulan pekerja secepat mungkin dan mengajar pemercaya-pemercaya semula tentang betapanya bernilai tradisi gereja melalui rancangan sempurna yang berdasarkan Alkitab seperti organisasi gereja dan “Alkitabiah” doktrin gereja. Dengan ini, pemercaya dapat mempertahankan diri daripada kerja kumpulan tersebut yang membawa kerosakkan.

Sekiranya kita tidak bertindak untuk melindungi gereja dengan segenap hati atas alasan Tuhan akan menjaga gerejaNya, maka ini tidak akan membawa manfaat kepada gereja. Kita haruslah berdoa kepada Tuhan supaya memberikan bijaksana dan kekuatan dalam pembezaan rohani supaya dapat melindungi kambing domba yang telah Tuhan amanahkan kepada kita.

9

A. SOP Pencegahan Penularan COVID-19

1. Strategi-strategi pencegahan wabak yang selaras dengan penetapan dan garis panduan kerajaan: i. Mereka yang diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) oleh kerajaan diminta berehat di tempat tinggal masing-masing. ii. Dalam tempoh dua minggu ini, ‘orang berkenaan’ dan ‘ahli keluarga yang mempunyai hubungan erat’ dengan China, Hong Kong, Australia, Korea, Jepun, Singapura, Negara Thai, Italy, Iran, USA, UK, Sepanyol, Germany, Indonesia, Filipina, atau yang mempunyai sejarah transit atau melawat ke daerah atau negara berisiko tinggi, diminta berehat di tempat tinggal sendiri.

2. Langkah-langkah pencegahan wabak selaras dengan gereja: i. Bangku di aula gereja harus dilap dan disteril. Pintu dan tingkap harus dibuka sebelum dan semasa kebaktian untuk memastikan pengudaraan yang cukup di dalam bilik. ii. Sebelum memasuki aula gereja, sila ukur suhu badan (Mereka yang bersuhu dahi 37ºC atau suhu telinga 38ºC ke atas, diminta ‘pulang’ ke rumah dan berehat.) dan menyembur disinfeksi beralkohol ke tangan untuk membasmi kuman. iii. Exco gereja tempatan menggunakan budi bicara sendiri memutuskan sama ada semua jemaat perlu memakai penutup mulut dan hidung (face mask) atau memakai penutup mulut dan hidung (face mask) bergantung pada status kesihatan tubuh badan masing-masing, dengan membuat pertimbangan atas perbezaan bandar atau kampung, ruang (tertutup, terbuka), bilangan seiman dan sebagainya. Mereka yang berpenyakit jantung atau paru-paru yang kronik, atau yang berimunisasi lemah, diminta memakai penutup mulut dan hidung (face mask). iv. Rajin mencuci tangan dengan sabun. Seboleh-bolehnya mengelakkan penyentuhan mata, hidung, dan mulut dengan tangan. Membuat pengendalian kesihatan kendiri. Semasa bertegur sapa, mengangguk-anggukkan kepala sudah memadai. Soja menggantikan berjabat tangan, mengelakkan penyentuhan tubuh secara terus.

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI GEREJA

10

B. Strategi-strategi Kesiapsiagaan Pencegahan Wabak pada Setiap Peringkat:

1. Peringkat 1: Muncul jangkitan luar. Kebaktian dijalankan seperti biasa. Langkah-langkah pencegahan wabak diperkuat oleh pihak gereja dan kerja-kerja pencegahan wabak individu dijalankan sejajar dengan strategi-strategi pencegahan wabak yang ditetapkan dan digariskan kerajaan.

2. Peringkat 2: Muncul jangkitan tempatan atau keluarga yang minimal. Pembatalan atau penangguhan aktiviti raksasa ditetapkan oleh penguasa atau Exco gereja zon masing-masing mengikut budi bicara sendiri, perlu juga disusuli dengan pengkajian langkah-langkah kesiapsiagaan.

3. Peringkat 3: Muncul jangkitan wabak di zon yang lebih serius. Selaras dengan strategi pencegahan wabak oleh kerajaan, kebaktian dan aktiviti gereja patut mematuhi penetapan (bilangan orang, tempat dan lain-lain) yang dihadkan oleh kerajaan.

4. Peringkat 4: Kerajaan mengumumkan pemberhentian segala aktiviti berkumpulan. i. Selaras dengan strategi pencegahan wabak kerajaan, gereja turut memberhentikan segala kebaktian berkumpulan dan aktiviti (kebaktian Sabat dijalankan secara penayangan video siaran langsung). ii. Seiman menjalani Mezbah Keluarga, bacaan Alkitab, dan doa di rumah masing-masing. Gereja juga boleh menjalankan kebaktian penayangan video siaran langsung (sesetengah gereja dalam atau luar negeri ada penayangan siaran langsung dalam talian) atau mendengar khotbah dalam talian.

11

DOC: SOP (COVID-19) (1)C. Kesiapsiagaan Penyelarasan Aktiviti Khas

Sebelum memasuki peringkat 4, Ibu Gereja atau Zon membuat pertimbangan mengikut budi bicara sendiri dengan berpandukan item-item yang berikutnya:

1. Semua seminar dan kebaktian penyempurnaan rohani, kursus, Persahabatan Zon/Sub Zon i. Dibatalkan atau ditangguhkan. ii. Jika diadakan, perlu dilengkapi cara kesiapsiagaan.

2. Kebaktian Kebangunan Rohani i. Dicadangkan dianjurkan seperti yang dijadualkan ii. Exco gereja membuat keputusan sendiri sama ada persembahan koir dijalankan atau tidak. iii. Makanan dibekalkan dalam bungkusan atau langsung tidak membekalkan makanan. Sekiranya makanan disediakan oleh pihak dapur gereja, Exco gereja diminta memperkuat langkah-langkah pencegahan wabak semasa membekalkan dan menikmati makanan. iv. Seiman diminta membawa Alkitab dan kidung sendiri.

3. Aktiviti Lawatan i. Lawatan dalaman dan luar negeri seboleh-bolehnya dielakkan.

4. Melawat Seiman i. Lawatan ke hospital perlu diambil perhatian sejajar dengan langkah-langkah berkenaan kerajaan dan pihak hospital. ii. Lawatan ke rumah perlu diatur mengikut keperluan. iii.Semasa keadaan wabak memasuki peringkat 3, gereja perlu memberhentikan kerja lawatan, ditukarkan dengan sapaan melalui telefon.

12

CARTA ALIRAN RINGKAS PENCEGAHAN PENULARAN WABAK BAGI PELBAGAI KEBAKTIAN DAN AKTIVITI DI GEREJA

Sebelum ke gereja atau aktiviti Sebelum memasuki aula gereja

1) Melaksanakan garis panduan bagi jemaat (rujuk catatan 1)2) Jemaat diminta membuat penilaian kendiri (rujuk catatan 2 dan 3)3) Lawatan dalaman dan luar negeri antara gereja wajar dielakkan.4) Aktiviti luar penginjilan melalui kidung atau pengedaran risalah, penginjilan dari rumah ke rumah dan lain-lain patut diberhentikan. Seandainya dianjurkan, pelbagai langkah pencegahan dan pemeliharaan patut diambil perhatian. Elakkan berjabat tangan atau sentuhan tubuh badan.

1) Gereja tempatan masing- masing diminta menyediakan bahan-bahan pencegahan penularan jangkitan (rujuk catatan 4)2) Disyorkan membuat pengaturan bagi kumpulan pelayanan untuk mensteril dan menyukat suhu badan untuk jemaat sebelum setiap kebaktian (rujuk catatan 5)

1) Sekiranya mendapati diri sendiri kurang sihat atau suhu badan melebihi piawaian (rujuk catatan 3) harus dengan segera meminta orang berkenaan pulang ke rumah membuat kuarantin kendiri dan berehat atau mendapatkan rawatan doktor.2) Menggalakkan jemaat rajin mencuci tangan dan mementingkan etika batuk.

1) Petugas atau penguasa harus diatur menjalankan pensterilan dan pembersihan terhadap persekitaran gereja (rujuk catatan 6) selepas kebaktian.2) Sekiranya orang yang diatur mensteril persekitaran mendapati diri sendiri kurang sihat, sila ambil perhatian atas pemeliharaan kendiri.

Jika keadaan kesihatan hadirin tidak menunjukkan apa-apa s imptom penyakit wabak dan pihak kerajaan tidak menurunkan apa-apa perintah, kebaktian biasa, kebaktian hari Sabat, ak t iv i t i ge re ja b ia sa (Upaca ra Pernikahan, Pengebumian, Kebaktian Kebangunan Rohani dan Penginjilan, Seminar Penyempurnaan Rohani atau l a w a t a n d a n l a i n - l a i n ) p e r l u dijalankan seperti biasa.

1) Tempat kebaktian harus mementingkan pengudaraan yang baik dan tidak tertutup.2) Bagi tempat kebaktian yang berpengudaraan baik, demi mengelakkan jangkitan, semua wajar memakai topeng muka (face mask). Sekiranya pengudaraan kurang baik, disyorkan semua memakai topeng muka (face mask). 3) Jika ada pihak yang perlu dilawat (catatan 1), boleh dipertimbangkan mengurangkan atau memberhentikan lawatan buat sementara waktu. Lawatan secara bersemuka boleh ditukarkan kepada sapaan melalui telefon. 4) Penyediaan makanan oleh pihak gereja harus dibungkus atau tidak dibekalkan makanan dalam tempoh penularan jangkitan.5) Jemaat dan ahli koir diminta menyediakan Alkitab dan kidung sendiri, elakkan perkongsian harta awam.

13

Catatan 1:Barang siapa yang mempunyai penyakit peparu kronik (termasuk asma), penyakit salur darah dan jantung, ginjal, hati, saraf, darah atau penyakit metabolisme (termasuk diabetes), mutasi hemoglobin, imunisasi tidak menyeluruh dan memerlukan rawatan berpanjangan, wanita yang hamil, dan sebagainya, disyorkan membaca Alkitab dengan bersendirian di rumah, atau menggunakan cara kebaktian siaran langsung dalam talian (atau mendengar khotbah dalam talian) yang disediakan oleh gereja tempatan untuk menjalankan ibadah di rumah, bagi mengelakkan penyertaan aktiviti berkumpulan semasa waktu penularan gejala wabak COVID-19 yang khusus dan serius yang berlaku di negara ini.

Catatan 2:Mereka yang mempunyai simptom saluran pernafasan sewajarnya mendapat rawatan doktor secepat mungkin, berehat di rumah dan mengelakkan penyertaan aktiviti gereja. Mereka yang demam harus menanti sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam mereda barulah boleh menyertai aktiviti gereja. Seandainya pada hari penganjuran aktiviti gereja masih tidak mencapai piawaian ini, seharusnya mengelakkan penyertaan.

Catatan 3:Sekiranya dihidapi demam (suhu telinga ≥38ºC atau suhu dahi ≥37ºC), simptom penyakit saluran pernafasan atau cirit-birit dan lain-lain, sewajarnya mengambil tindakan pengcegahan yang setimpal dan dinasihati mendapat rawatan doktor, harus mengelakkan penyertaan kebaktian atau aktiviti gereja, di samping memaklumkan penguasa gereja, memohon gereja membantu doa dalam kasih sayang.

Catatan 4:Mengesyorkan gereja tempatan masing-masing menyediakan barang-barang bekalan: topeng muka (face mask), alkohol (mencadangkan gereja tempatan masing-masing menyediakan beberapa botol cecair sanitasi beralkohol sebanyak 75%, diletakkan di tempat masuk gereja bagi memudahkan jemaat membuat pensterilan sebelum masuk dan keluar dari gereja), pistol pengukur suhu dahi atau telinga (orang yang mempunyai suhu telinga ≥38ºC atau suhu dahi ≥37ºC harus diasingkan daripada orang ramai), termasuk bahan mencuci tangan (seperti sabun atau krim mencuci tangan dan lain-lain), tisu mengelap tangan dan lain-lain.

Catatan 5:Gereja tempatan masing-masing dicadangkan menyediakan beberapa botol cecair sanitasi beralkohol sebanyak 75% atau pembersih tangan kering atau larutan natrium hipoklorit (500 ppm) dan lain-lain, untuk kegunaan pembasmian kuman pada tangan sebelum jemaat masuk atau keluar dari gereja. Gereja tempatan juga boleh mengatur ahli kumpulan pelayanan pada setiap pintu masuk membantu memercikkan kedua-dua belah tangan jemaat atau mengukur suhu dahi untuk memudahkan pensterilan dan pencegahan.

14

Catatan 6:Perihal permukaan yang sentiasa disentuh oleh peserta aktiviti atau kebaktian (seperti lantai, meja dan kerusi, gagang telefon dan permukaan lain yang sentiasa disentuh, serta permukaan pada bilik tandas seperti kepala pili, pemegang pintu tandas, penutup mangkuk tandas dan pemegang pam jamban), seharusnya ada petugas khas untuk membuat pembersihan berkala. Persekitaran biasanya disteril sekurang-kurangnya sekali sehari, pensterilan boleh menggunakan nisbah 1:100 (disediakan pada hari berkenaan, dengan satu bahagian peluntur ditambah dengan 99 bahagian air sejuk) larutan peluntur/natrium hipoklorit (500 ppm) yang telah dicairkan, diaplikasikan selama 15 minit atau ke atas dengan mop atau kain lap sebelum dilap bersih sekali lagi dengan mop basah atau kain lap.

Catatan 7:Orang yang bertugas menjalankan pembersihan dan pensterilan seharusnya memakai kelengkapan pemeliharaan inidividu (sarung tangan, topeng muka (face mask), baju isolasi atau apron kalis air, dan gogal atau topeng mengikut keperluan) untuk mengelakkan larutan sanitasi terpercik ke bahagian mata, mulut atau hidung.

Cara Ringkas Penyediaan Larutan Sanitiasi:

Tempat Sanitasi Jenis Sanitasi Cara Pensanitasian Masa Menanti

Lantai luar dan dalam bilik

• Cecair peluntur berklorin 0.05%

Memercik atau mengelap

Kumuhan atau rembesan yang terpercik ke lantai

• Cecair peluntur berklorin 0.05%

• Jika dalam kuantiti yang

besar, menggunakan cecair peluntur berklorin 0.05% sebelum pembersihan

Menggunakan tisu atau kain lap untuk menyerap bendalir yang terjatuh sebelum menjalankan pensterilan.

30 minit ke atas

Muntahan, kumuhan • Larutan peluntur berklorin 0.5%

Setelah dicampuradukkan, dibiarkan seketika

30 minit ke atas

Perkakas makan • Cara pemanasan• Larutan peluntur berklorin 0.02%

Direndam di dalam air didih 100ºC

• Lima minit• 30 minit ke atas

Pakaian, selimut, dan tilam

• Cara pemanasan• Larutan peluntur berklorin 0.02%

Direndam di dalam air didih 100ºC

• Lima minit• 30 minit ke atas

15

Cara Pencairan Cecair Peluntur

• Sanitasi Jualan Pasaran Cecair peluntur (Konsentrasi cecair peluntur natrium hipoklorit jualan pasaran sebanyak 5%) - 200ppm (Konsentrasi natrium hipoklorit sebanyak 0.02%) Cara penyediaan pencairan: cecair peluntur 40c.c. + air jernih 10ℓ (dua suap sudu pakai buang) (lapan botol plastik PET besar) - 500ppm (Konsentrasi natrium hipoklorit sebanyak 0.05%) Cara penyediaan pencairan: cecair peluntur 100c.c. + air jernih 10ℓ (lima suap sudu pakai buang) (lapan botol plastik PET besar)

• Penerangan penggunaan peralatan: (1) sesuap sudu pakai buang lebih kurang 20c.c.; (2) sebotol plastik PET lebih kurang 1250c.c.

• Contoh ---- menyediakan 200ppm cecair peluntur berklorin (seperti berikutnya) (1) Menggunakan cecair peluntur kegunaan keluarga yang dijual di pasaran (konsentrasi biasanya di antara 6 hingga 7%) sesudu (sudu biasa untuk minum sup, kira-kira 15 hingga 20c.c.) (2) Ditambah dalam 5ℓ air paip (sebotol plastik PET besar kira-kira 1250c.c., empat botol bersamaan dengan 5ℓ), setelah digaul terus boleh digunakan. 1 sudu (kira-kira 20c.c.) cecair peluntur + 5l air paip (kira-kira 1250c.c. = empat botol plastik PET)

Butir-butir yang perlu diambil perhatian semasa menggunakan cecair peluntur

• Sebelum menggunakan, sila baca butir-butir yang perlu diambil perhatian berikutnya dengan teliti:

1. Cecair peluntur yang kuat perlu disimpan di tempat yang mendung dan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. 2. Selepas diagihkan dan dicairkan, sila pakai sarung tangan plastik semasa menggunakannya. 3. Cecair peluntur mudah melunturkan pakaian, oleh itu sila berhati-hati dan jangan terkena pakaian semasa menggunakannya. 4. Jika terpercik mata, sila bilas dengan air yang banyak dengan serta-merta. 5. Jika terminum, sila gunakan tangan untuk merangsang kerongkong dengan segera bagi menimbulkan keinginan memuntah di samping minum susu atau telur mentah. Jika masih dalam keadaan kecemasan, sila hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan segera. 6. Cecair peluntur tidak boleh dicampurkan dengan asid garam. Jika dicampurkan akan terhasil gas klorin yang beracun.

16

7. Cecair peluntur digunakan untuk mengelap, ‘sama sekali dilarang’ untuk membilas, jika tidak akan mengakibatkan pencemaran persekitaran, kematian ikan dan udang di sungai.

• Sila steril dengan mengelapkan cecair sanitasi, dilarang membilas barangan atau lantai dengan cecair sanitasi. Ini akan mencemarkan ekosistem sungai. Sebelum menggunakannya, cecair sanitasi harus disediakan dengan nisbah yang betul untuk mengelakkan berlebihan. Semasa menggunakannya, elakkan penggunaan kain lap yang kotor agar tidak mencemarkan cecair sanitasi.• Cecair peluntur yang tidak habis digunakan jangan dituangkan ke dalam mangkuk tandas, agar tidak mempengaruhi fungsi bakteria di dalam tangki najis. Sewajarnya disimpan baik- baik untuk kegunaan kali seterusnya. Seandainya perlu dituangkan ke dalam parit air hujan, sila cairkan lagi sekurang-kurangnya seratus kali ganda.• Jangan gunakan botol kaca yang tidak masuk udara untuk mengisi cecair peluntur 6% pada jangka masa yang lama untuk mengelakkan penimbunan tekanan udara yang akan mengakibatkan letupan. Sila guna botol plastik untuk mengisinya.

Our Ref: GA 9/1/SEC/2020 (21) Tarikh: 1 Apr 2020

PERKARA: PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Haleluya! Dalam Nama Tuhan Yesus menyampaikan surat ini.

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac dan kini dilanjutkan lagi tempohnya sehingga 14 April 2020.

02. Sepanjang tempoh ini, semua rakyat digesa untuk duduk di rumah masing-masing (STAY AT HOME).03. Lantaran itu, semua aktiviti ibadah termasuk kebaktian Hari Sabat, kebaktian hari biasa, kebaktian persahabatan dan kelas pendidikan agama turut ditangguhkan.04. Untuk memastikan kelangsungan kelas pendidikan agama, Seksyen Pendidikan telah mencadangkan beberapa langkah alternatif seperti berikut: i) Bagi kawasan yang mempunyai akses internet yang baik, pengajaran secara atas talian (online teaching) amat dialu-alukan. Guru-guru di setiap gereja tempatan boleh menyampaikan isi pelajaran (satu bab demi satu bab) dengan menggunakan aplikasi seperti Google Classroom, Kahoot e-learning, Google Meet for elearning, Zoom, Google Duo dan aplikasi-aplikasi lain yang difikirkan sesuai.

17

ii) Bagi kawasan yang mempunyai akses internet yang kurang baik, maka guru-guru boleh menghantar teks pelajaran dan soalan atau latihan secara soft copy kepada murid-murid melalui WhatsApp atau Telegram. Guru-guru harus memastikan bahawa anak-anak murid telah membaca teks pelajaran dan menjawab soalan atau latihan yang diberi dengan meminta mereka menghantar semula latihan tersebut. Selepas itu, guru-guru bertanggungjawab menyemak latihan tersebut dan memberi ulasan sekiranya perlu. Kemudian, guru-guru harus menghantar semula tugasan yang telah disemak kepada murid-murid secara soft copy. Langkah ini amat memerlukan kerjasama dan komitmen penuh daripada ibu bapa atau penjaga bagi memantau anak-anak mereka mengikuti proses pembelajaran ini. 05. Langkah-langkah di atas diambil sebagai alternatif bagi memastikan firman Tuhan masih dapat diteruskan kepada anak-anak murid di negeri ini bagi memelihara iman mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.06. Diharap Ketua UPA setiap subzon dapat mengambil tindakan yang wajar bagi memastikan langkah-langkah di atas dapat dipatuhi oleh Unit Pendidikan Agama gereja-gereja tempatan di bawah jagaan subzon masing-masing.07. Dilampirkan dengan link bagi sumber bahan pengajaran dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang berbentuk PDF.08. Para Penyelia Unit Pendidikan Agama Zon dan Sub Zon bertanggungjawab untuk membantu guru-guru menyelesaikan sebarang masalah yang akan ditimpa supaya kurikulum tahunan Pendidikan Agama tetap dilaksanakan sampai habis. Semoga Tuhan memberkati kerja suci di negeri ini.

Sekian. Imanuel.

Diaken John Vun Pengerusi

18

Our Ref: GA 9/1/SEC/2020 (29) Tarikh: 5 Jun 2020

PERKARA: COVID 19 - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT - MEMULIHKAN SEMULA KEBAKTIAN DI GEREJA

DALAM DAERAH LUAR BANDAR

Haleluya! Dalam Nama Tuhan Yesus menyampaikan surat ini.

Pihak kerajaan dijangkakan melonggarkan kawalan perhimpunan dalam bilangan yang ramai secara berperingkat dengan jumlah seramai 30 orang untuk satu kebaktian. Namun begitu, kelonggaran kawalan perhimpunan ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1. Kebaktian gereja sebanyak 2 kali dalam seminggu pada hari-hari yang ditetapkan.2. Gereja haruslah terletak dalam Zon Hijau yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.3. Tertakluk kepada sebarang Peraturan Majlis Keselamatan Negara Malaysia, Kementerian Kesihatan dan wajib memohon kepada Kementerian Perpaduan Negara melalui Zon dan Ibu Gereja.4. Penjarakan sosial diamalkan dalam kawasan gereja. Tempat duduk kebaktian dijarakkan satu meter.5. Pemercaya yang dibenarkan berkebaktian di dalam aula gereja haruslah dalam lingkungan umur 70 tahun ke bawah dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas.6. Pemercaya yang mempunyai simptom-simptom COVID-19 seperti berikut tidak dibenarkan masuk ke gereja:

• Demam• Batuk• Sakit tekak• Sesak nafas

7. Jumlah maksima pemercaya yang dibenarkan menghadiri satu sesi kebaktian adalah seramai 30 orang sahaja. Pengambilan suhu badan, pendaftaran pemercaya yang hadir dan pemakaian penutup mulut adalah diwajibkan.8. Mengekalkan amalan kebersihan di dalam premis gereja. Premis gereja mesti didisinfeksi dengan serta merta selepas digunakan.9. Kelas Pendidikan Agama tidak akan dijalankan buat masa ini.10. Perhimpunan-perhimpunan yang lain seperti pengkebumian adalah tertakluk kepada saiz ruang dan hadirin yang tidak melebihi 20 orang. Garis panduan pelaksanaan upacara perkahwinan pula hanya akan dikuatkuasakan pada 31 Julai 2020.

Pihak gereja sangat mengesyorkan kepada Pendeta Penggembalaan Sub Zon untuk menjalankan beberapa sesi kebaktian pada hari Sabat.

19

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan (SOP Dalaman) untuk gereja-gereja melaksanakan persediaan.

Lampiran-lampiran berikut dalam format PDF boleh dimuat turun untuk kegunaan gereja anda.

(1) Garis Panduan (SOP Dalaman)(2) Kaunter tetamu(3) Pembahagian tempat duduk di dalam gereja(4) Panduan kesihatan dan keselamatan(5) Etika batuk dan bersin(6) Pembersihan tangan(7) Jangan berjabat tangan(8) Panduan disinfeksi(9) Borang Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan

Imanuel.

Diaken John VunPengerusi

GARIS PANDUAN (SOP) KEBAKTIAN GEREJADI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT

A. TUGASAN AJK GEREJA DI LUAR BANDAR

1. Membersihkan premis gereja sebelum kebaktian. 2. Menyediakan Kaunter Pemeriksaan Kesihatan di ruang legar gereja untuk tujuan-tujuan yang berikut:

• Kawalan pergerakan dengan penggunaan papan tanda keluar dan masuk.• Mengekalkan penjarakan sosial 4 kaki.• Tidak menyediakan tempat duduk di kawasan menyambut tetamu.• Penyediaan buku pendaftaran untuk merekodkan maklumat pemercaya yang hadir: - Tarikh, masa, nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, catatan- Pemeriksaan suhu badan- Tandatangan pemercaya ATAU penjaga (untuk yang berumur di antara 13-16 tahun)

• Agihkan penutup mulut kepada pemercaya yang tidak membawa penutup mulut sendiri.• Disinfeksi kedua-dua tangan pemercaya sebelum dibenarkan masuk ke aula gereja untuk menghadiri kebaktian.

20

A. TUGASAN AJK GEREJA DI LUAR BANDAR

3. Buku log pendaftaran kehadiran pemercaya ini mesti disimpan selama 6 bulan oleh Setiausaha Gereja untuk kerja pengesanan sekiranya diperlukan oleh Kementerian Kesihatan.4. Pemercaya yang menghadiri kebaktian mesti duduk di tempat yang telah dikhususkan iaitu dengan penjarakan sosial 4 kaki yang mesti dipatuhi sepanjang kebaktian. Elakkan daripada

membuat sentuhan fizikal semasa kebaktian.5. Setiap sesi kebaktian tidak boleh melebihi masa 1 jam 30 minit (termasuk doa sebelum kebaktian, sesi latihan kidung, khotbah dan pengumuman di mimbar).6. Selepas kebaktian selesai, pemercaya perlu bangun dari tempat duduk dengan tertib mengikut laluan keluar yang telah ditentukan di dalam aula gereja.7. Pemercaya diingatkan untuk mengelakkan kontak fizikal dan tidak berkumpul dalam kumpulan kecil untuk bersembang-sembang di kawasan gereja. AJK gereja perlu memantau pergerakan pemercaya di sekitar premis gereja.8. AJK gereja perlu menutup premis gereja dengan segera untuk kerja-kerja disinfeksi:

• Bangku-bangku gereja• Mimbar• Piano• Peralatan sistem siar raya• Bilik kawalan pandang dengar dan peralatan• Permukaan peti persembahan• Lantai aula gereja• Kaunter menyambut tetamu• Kaunter pemeriksaan kesihatan• Ruang legar di depan pintu masuk gereja termasuk permukaan pintu dan tombol pintu• Tandas

9. Buat masa ini, kebaktian gereja akan diadakan selama dua hari dalam seminggu (malam hari Jumaat dan hari Sabtu sahaja).10. Sesi kebaktian seterusnya pada hari yang sama harus dijarakkan selama DUA JAM untuk memberikan ruang kepada perkara-perkara yang berikut: a) Pembersihan premis b) Pengudaraan kawasan interaksi pemercaya (pintu dan tingkap perlu dibuka)11. Pamerkan poster-poster mengenai kebersihan diri dan etika sosial seperti pembasuhan tangan dan penjarakan sosial.12. Sediakan tanda “BERHENTI” untuk pemercaya berbaris dengan penjarakan 4 kaki di antara satu sama lain di Kaunter Pemeriksaan Kesihatan dan ruang mengedar makanan berbungkus.

21

B. GARIS PANDUAN UMUM UNTUK PEMERCAYA

1. Air minuman a) Pemercaya diminta membawa bekalan minuman sendiri. b) Penggunaan gelas pakai buang disarankan. c) Isi semula air minuman di ruang dispenser air gereja. Perhatian: Gelas plastik dan kaca perlu dialihkan daripada ruang dispenser air.

2. Makanan dan Minuman a) Tempat duduk haruslah secara memanjang dengan ditandakan penjarakan 4 kaki untuk setiap tempat duduk. b) Permukaan meja makan perlu dibersihkan dengan air sabun SEBELUM dan SELEPAS makan. c) Masa makan tengahari atau makan malam dihadkan kepada 15 minit sahaja. d) Hanya penyambut tetamu yang dipertanggungjawabkan mengedarkan makanan dalam bekas pakai buang. e) JANGAN berkongsi makanan untuk mengelakkan jangkitan. f) Elakkan daripada makan di ruang yang tertutup. g) Makanan dari luar tidak dibenarkan.

3. Amalan Kebersihan

Penggunaan Pintu a) Gunakan badan untuk menolak pintu. b) Selalu membasuh atau diinfeksi tangan.

Pelupusan Sampah a) Semua tong sampah perlu dilapik dengan beg plastik sampah. b) Semua beg plastik sampah diganti sebelum kebaktian dan pada setiap petang selepas pembersihan gereja selesai.

Bilik Air a) Pastikan ada bekalan sabun tangan berbuku untuk membasuh tangan. Perhatian : Disyorkan guna pencuci tangan sabun cecair. b) Semua tombol pintu, permukaan pintu dan singki perlu dibersihkan sebelum ketibaan pemercaya. c) Semua tombol pintu, permukaan pintu dan singki perlu dibersihkan selepas pemercaya setiap sesi sudah pulang. d) Gunakan tong sampah bertutup yang boleh dibuka dan ditutup dengan pemijak kaki. e) Basuh tangan anda dengan sabun sebelum dan selepas menggunakan tandas.

22

4. Pembelian peralatan Kos pembelian peralatan ini adalah ditanggung sendiri oleh gereja: a) Penyukat suhu badan b) Bekalan pembersih tangan harus diletakkan di pejabat gereja c) Penggunaan sabun-sabun yang lain tercatat dalam surat pekeliling Ibu Gereja Sabah (No. Ruj: GA9/1/SEC/2020 (20), bertarikh 31 Mac 2020, Lampiran 2). d) Setiap Zon bertanggungjawab menyediakan bekalan logistik kepada gereja-gereja yang menghadapi masalah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pembersih tangan, penutup muka dan cecair pembersih yang beralkohol.

5. Rekod Buku Log Buku Log ini bertujuan untuk merekod pelaksanaan pembersihan dan disinfeksi semua permukaan dan kawasan umum gereja sekurang-kurangnya DUA kali setiap kali KEBAKTIAN GEREJA dijalankan. Sekiranya kebaktian gereja dijalankan lebih daripada sekali dalam satu hari mengikut bilangan pemercaya gereja tersebut maka kerja pembersihan dan disinfeksi ini perlu ditambah mengikut keperluan.

• Penguasa Gereja bertanggungjawab memantau dan menurunkan tandatangan memperakui catatan dalam buku log setiap minggu.• Pendeta penggembalaan perlu memeriksa dan menilai pelaksanaan garis panduan (SOP)

kebaktian sekali dalam dua minggu dengan menurunkan tandatangan untuk mengesahkannya.

• Penguasa Sub-Zon memantau dan memeriksa pelaksanaan garis panduan (SOP) setiap gereja tempatan dan khemah doa setiap bulan.

• Penguasa Zon menyelia dan menilai pelaksanaan sekali dalam 2 bulan. 6. Semua pemercaya dinasihatkan untuk mengelak daripada berjabat tangan atau bersentuhan sebelum, semasa dan selepas kebaktian gereja. 7. Pemercaya yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°Celcius tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan gereja.

23

PANDUAN AM UNTUK PEMERCAYA GEREJA SOP RUMAH IBADAH

Penguasa dan AJK gereja hendaklah memastikan semua seiman faham dan patuh kepada garis panduan yang telah disediakan. Seiman yang mempunyai gejala berikut tidak dibenarkan hadir – Selesema, Batuk, Demam, Sesak Nafas.

Seiman yang mempunyai masalah berikut tidak digalakkan hadir :1. Penyakit kencing manis 2. Penyakit Kanser 3. Penyakit Kronik Lain

Penanda jarak (1 Meter) yang wajib diletakkan di lantai dan kerusi adalah tidak mudah tanggal serta mudah dilihat.

Kanak – kanak di bawah umur 12 tahun dan seiman yang berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir. Ini tidak melibatkan pemimpin kebaktian.

Dilarang berkumpul di luar gereja sebelum atau selepas kebaktian serta aktiviti yang melibatkan sentuhan tidak dibenarkan. Contohnya, bersalaman.

Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu – satu masa dan membersihkan tangan dengan Hand Sanitizer atau sabun dan air sebelum dan selepas pergi ke tandas.

24

SEBELUM KEBAKTIAN

Sebelum kebaktian, menjalankan aktiviti pembersihan dan disinfeksi di aula gereja dan kawasan sekitarnya termasuklah tandas dan semua ruang.

Secara am, pastikan aula gereja mempunyai pengudaraan yang baik.

AJK gereja haruslah menyediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk aula gereja yang bertujuan mengehadkan bilangan seiman, mencatat kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan (Hand Sanitizer) sebelum memasuki aula gereja.

Seiman yang mempunyai suhu melebihi 37.5 Celcius dan menunjukkan simptom seperti sakit tekak, batuk, selesema dan susah bernafas tidak dibenarkan masuk.

Buku Rekod Kehadiran (nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi) hendaklah sentiasa dikemaskini dan disemak serta disahkan oleh penguasa / AJK gereja.

Semasa seiman menunggu giliran di kaunter saringan, penjarakan sosial 1 Meter harus dipatuhi dan diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut (Face Mask).

PANDUAN AM UNTUK PEMERCAYA GEREJA SOP RUMAH IBADAH

25

SEMASA KEBAKTIAN

Seiman hendaklah dengan tertib berada di tempat yang telah disediakan oleh pihak gereja dan patuh kepada SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Perpanduan Negara bersama dengan KKM & MKN.

Bilangan kehadiran seiman hendaklah mengikut jumlah yang ditetapkan oleh kerajaan, tertakluk pada saiz keluasan gereja.

SELEPAS KEBAKTIAN

Selepas kebaktian, pembersihan aula gereja dan kawasan sekitarnya termasuklah tandas dan semua ruang wajib dilakukan.

Pintu Pagar gereja hendaklah ditutup dengan kadar segera bagi mengelakkan seiman berlegar – legar di kawasan gereja.

Diharapkan semua seiman memberi kerjasama untuk mengikuti SOP yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Semoga Tuhan menjaga dan memberkati kita semua.

PANDUAN AM UNTUK PEMERCAYA GEREJA SOP RUMAH IBADAH

26

Haleluya, saya ialah Saudara Wong selaku penyelia Pustaka Buku Filemon dari Taiwan.

Disebabkan COVID-19, Pustaka Buku Filemon, Taiwan kali ini ada menghasilkan sarung pelitup muka yang boleh digunakan untuk menyalut pelitup muka bagi melanjutkan hayat penggunaan pelitup muka. Sekiranya diperlukan, boleh terus melayari laman web Pustaka Buku Filemon untuk membuat tempahan. Laman web juga ada sokongan perkhidmatan sapuan kad kredit, tidak perlu membuat bayaran perkhidmatan tambahan, cuma perlu memotong bayaran perkhidmatan syarikat sendiri. Dijemput terus melayari laman web kami untuk membuat tempahan. Pengenalan berkenaan dengan sarung pelitup muka adalah seperti berikut: (Sekeping NT80, membeli 30 keping ke atas boleh menikmati harga istimewa NT70 sekeping. Sekiranya perlu, boleh menghubungi kami.) https://www.pbooks.com.tw/product.php?kind=13&kind2=127

Muat turun katalog Pustaka Buku Filemon 2020https://www.pbooks.com.tw/webcase/philemon/upload/files/2020catalog.pdf

Nombor Telefon Pustaka Buku / +886-4-22454043

Faksimile Pustaka Buku / +886-4-22436820

Laman Web Pustaka Buku / www.pbooks.com.tw

LINE Biyu (畀予)/ Daerah memilih Taiwan +886933976131

PG14-01/Sarung pelitup muka(Haleluya A-Biru)Gambar sebagai rujukan sahajaWarna produk sebenar diutamakan

PG14-12/Sarung pelitup muka(Kanak-kanak B-Lukisan bergambar)

Gambar sebagai rujukan sahajaWarna produk sebenar diutamakan

27

ZON PANTAI BARAT - BENGKEL MUZIK ROHANI DAN PENYEMPURNAAN ROHANI - 1 MAC 2020 (A)

Syukur puji Tuhan! Bengkel Muzik dan Penyempurnaan Rohani Zon Pantai Barat anjuran Unit Perkembangan Muzik Rohani (UPMR) Zon Pantai Barat telah diadakan pada 1hb Mac 2020 yang lalu bertempat di Gereja Penampang. Tema bengkel pada tahun ini ialah, “Aku Mau Memuji Tuhan Seumur Hidupku (Mazmur 63:5)”. Seramai 175 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan koir dari subzon Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat dan Beaufort telah menghadiri bengkel pada kali ini. Antara objektif bengkel ini adalah penyempurnaan rohani dan latihan dalam muzik, memberi informasi UPMR terkini, kepentingan penciptaan dan penapisan lagu ciptaan tempatan, melatih pelapis konduktor kumpulan koir, memberi pengetahuan teori muzik dan pendedahan ringkas dalam proses penciptaan lagu.

Upacara pembukaan dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Pendeta Maleakhi Lee. Selepas itu, penyampaian ucapan oleh Diaken Daniel Chin selaku Penguasa Gereja Penampang dan Diaken David Chong selaku wakil UPMR Zon Pantai Barat.

28

ZON PANTAI BARAT - BENGKEL MUZIK ROHANI DAN PENYEMPURNAAN ROHANI - 1 MAC 2020 (B)

Pendeta Maleakhi Lee memimpin nyanyian kidung dan doa

Diaken Daniel Chin Ucapan wakil UPMR Zon Pantai Barat, Diaken David Chong

Upacara pembukaan dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Pendeta Maleakhi Lee. Ini disusuli oleh penyampaian ucapan oleh Diaken Daniel Chin selaku Penguasa Gereja Penampang dan Diaken David Chong selaku wakil UPMR Zon Pantai Barat.

29

ZON PANTAI BARAT - BENGKEL MUZIK ROHANI DAN PENYEMPURNAAN ROHANI - 1 MAC 2020 (C)

Pendeta Zakheus Yong menyampaikan sesi penyempurnaan rohani

Program sebelah pagi dimulakan dengan sesi penyempurnaan rohani yang disampaikan oleh Pendeta Zakheus Yong. Berdasarkan tema yang ditetapkan “Aku Mau Memuji Tuhan Seumur Hidupku”, pendeta memberikan dorongan kepada semua bahawa kita harus memuji Tuhan dalam keadaan baik mahupun susah, memetik ayat Alkitab Mazmur 63:1 dan 1 Samuel 23:14 iaitu Daud tetap bermazmur walaupun sedang berdepan keadaan bahaya ketika Saul ingin membunuhnya. Dalam 1 Samuel 18:7 juga dicatatkan perempuan-perempuan menari dan menyanyi puji-pujian ketika Daud telah menang dalam peperangan mengalahkan Goliat. Dalam tugas pelayanan koir, tugas seorang ayah selaku ketua keluarga juga penting dalam memimpin keluarganya menyanyi kidung memuji Tuhan (1 Tawarikh 25:2-6). Selepas itu, sesi doa memohon karunia dijalankan yang dipimpin oleh Pendeta Maleakhi Lee.

30

ZON PANTAI BARAT - BENGKEL MUZIK ROHANI DAN PENYEMPURNAAN ROHANI - 1 MAC 2020 (D)

Bengkel pada sebelah petang diteruskan dengan sesi teori muzik yang disampaikan oleh Saudara Albert Mark Maguring. Dalam sesi ini, telah dikongsikan “Aplikasi Konsep Muzik Dalam Koir”. Para peserta telah didedahkan kepada tujuh konsep muzik iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, bentuk, tekstur dan ekspresi melalui beberapa aktiviti hands-on agar para peserta dapat lebih memahami dan boleh mengaplikasikan dalam latihan dan persembahan koir yang akan datang.

Saudara Albert Mark Maguring menyampaikan sesi teori muzik

31

ZON PANTAI BARAT - BENGKEL MUZIK ROHANI DAN PENYEMPURNAAN ROHANI - 1 MAC 2020 (E)

Sesi Perkongsiaan Lagu Ciptaan Tempatan oleh Diaken Hananya Gilong dan anaknya Saudara Betroy memimpin nyanyi kidung “ Jalan, Kebenaran dan Hidup”

Seterusnya, Diaken Hananya Gilong bersama anaknya Saudara Betroy telah memimpin sesi perkongsian lagu ciptaan tempatan. Diaken Hananya telah mengongsikan sebuah kidung yang diciptanya pada 14hb November 2014 yang bersempena untuk Kebaktian Kebangunan Rohani Gereja Guong yang bertajuk Jalan, Kebenaran dan Hidup (Yohanes 14:6). Diaken Hananya juga mengongsikan proses dan tekniknya dalam menciptakan sesebuah kidung iaitu harus dimulakan dengan doa memohon karunia daripada Tuhan dan setelah itu harus mempunyai alat muzik yang kita boleh main, gitar atau piano dan selepas itu menuliskan kod, melodi dan juga lirik.

32

Setelah perkongsian latar belakang kidung, Saudara Betroy telah memimpin semua peserta bengkel untuk menyanyikan kidung tersebut dalam suara unison dan harmoni. Para peserta juga berpeluang untuk mengaplikasikan konsep muzik yang dipelajari dalam sesi teori muzik dalam nyanyian mereka.

ZON PANTAI BARAT - BENGKEL MUZIK ROHANI DAN PENYEMPURNAAN ROHANI - 1 MAC 2020 (F)

Program bengkel diakhiri dengan upacara penutupan yang ringkas iaitu penyampaian cenderahati kepada para penyampai kuliah dan seterusnya nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Pendeta Maleakhi Lee. Syukur puji Tuhan program bengkel berjalan dengan lancar dan pihak penganjur juga amat berterima kasih kepada pihak Gereja Penampang dengan penuh kasih menyediakan tempat, makanan dan kemudahan yang selesa untuk semua.

33

SEMINAR PERSAHABATAN SAUDARI PERINGKAT NEGERI SABAH 1 MEI 2020 (A)

Walaupun keadaan pandemik yang menyebabkan pergerakan kita terbatas dan tidak dapat berkebaktian di aula Gereja, tetapi di dalam Roh Tuhan kita tidak terbatas. Syukur kepada Tuhan, melalui kemudahan internet yang canggih pada hari ini, kita masih dapat berkebaktian bersama di atas talian. Seminar Penyempurnaan Rohani Saudari pada 1hb Mei 2020 hanya dapat berkongsi Firman Tuhan di atas talian dengan membawa tema “Bawa lah Anugerah Keselamatan Kepada Keluarga”.

Kaum wanita sering kali dianggap sebagai golongan yang lemah, contohnya lemah dari segi tenaga fizikal dan emosi berbanding dengan kaum lelaki. Walaupun kaum wanita adalah golongan yang lebih lemah, tetapi mereka mempunyai kepentingan yang diperakui dalam masyarakat, bahkan gereja juga memandang berat terhadap pelayanan kaum saudari. Berharap agar perkongsian firman yang bertema “Bawa lah Anugerah Keselamatan Kepada Keluarga” bagi tahun ini dapat memberi kelengkapan dari segi rohani kepada para saudari. Ini kerana saudari yang mempunyai kerohanian yang baik barulah dapat membangun keluarga, juga dapat membantu pelbagai kerja penginjilan dan penggembalaan gereja.

34

SEMINAR PERSAHABATAN SAUDARI PERINGKAT NEGERI SABAH 1 MEI 2020 (B)

Pdt. Hagai Tang mengambil tajuk “Melihat Anugerah Keselamatan Berdasarkan Silsilah Yesus” sebagai perkongsian. Pdt. Tang berkongsi silsilah keluarga Yesus berdasarkan 4 kitab Injil dalam kitab perjanjian baru. Kedua, silsilah keluarga yang membawa anugerah keselamatan menceritakan bahawa kita harus melihat hubungan kita dengan Tuhan dan janji Tuhan melalui silsilah keluarga Yesus, melihat bagaimana kita berhubung di dalam anugerah keselamatan silsilah keluarga Tuhan Yesus.

Kita telah dipilih Tuhan, dilahirkan dalam Tuhan, dilahirkan kembali dari air dan roh, menjadi anak-anak Tuhan digolong ke dalam anugerah keselamatan silsilah keluarga Tuhan Yesus. Kita adalah penerima janji yang mewarisi milik pusaka Tuhan, kita mempunyai kewajipan untuk mewarisi anugerah keselamatan kepada generasi yang seterusnya. Oleh yang demikian mendorong para belia yang belum bernikah supaya bernikah di dalam Tuhan, barulah mendapat berkat Tuhan, mendirikan keluarga yang bersifat Kristus untuk mewarisi anugerah keselamatan dan kepercayaan kepada generasi yang seterusnya.

Pdt. Tang juga telah berkongsi tentang makna anugerah keselamatan yang dibawa oleh empat orang wanita dalam silsilah keluarga Yesus. Dari segi anugerah keselamatan, kaum lelaki dan perempuan adalah yang setaraf. Anugerah keselamatan Tuhan Yesus juga diberikan kepada orang kafir, pintu anugerah keselamatan juga dibuka bagi orang berdosa, kerana Tuhan datang bukan untuk menyelamatkan orang benar, melainkan orang berdosa. Asalkan seorang yang berdosa bertaubat dan menerima anugerah keselamatan Tuhan, maka akan digolong ke dalam silsilah keluarga Tuhan Yesus.

Kita juga belajar daripada keempat orang wanita ini bahawa para saudari harus mengejar berkat beranak cucu, harus melahirkan anak dan sendiri keluarga demi Tuhan Yesus Kristus. Ini kerana anak-anak adalah harta pusaka Tuhan, melahirkan anak bagi Tuhan selepas bernikah juga merupakan suatu kewajipan, agar anugerah keselamatan dapat diwarisi secara turun-temurun.

35

SEMINAR PERSAHABATAN SAUDARI PERINGKAT NEGERI SABAH 1 MEI 2020 (C)

Selain itu, kita harus memberitakan Injil kepada ahli keluarga yang belum percaya kepada Tuhan, menjelaskan Injil Tuhan, berdoa untuk mereka, membawa mereka mengikuti kebaktian penginjilan, agar mereka percaya kepada Tuhan dan membawa anugerah keselamatan kembali ke rumah. Hubungan antara ibu mertua dan menantu perempuan juga sangat penting, dalam iman kepercayaan kita harus mendengar nasihat golongan senior dan mentaati mereka, kerana mereka pasti mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan rohani dalam iman kepercayaan yang boleh mengajar kita.

Pdt. James Yapp telah berkongsi dengan pendengar, lima buah keluarga yang telah dilimpahi dengan anugerah keselamatan. Daripada kelima buah keluarga ini kita dapat memahami bahawa watak utama anugerah keselamatan yang penting adalah Yesus. Dalam (Gal 3:7) menyatakan bahawa mereka yang hidup dari iman adalah anak-anak Abraham. Abraham merupakan seorang yang mendengarkan Tuhan, maka anak-anak Abraham harus berbuat seperti apa yang dilakukan Abraham.

Asalkan manusia beriman terhadap Tuhan dan ditambah dengan hati yang bertaubat, maka dia pasti akan selamat dan anugerah keselamatan akan dilimpahi ke atas seisi keluarganya. Anugerah keselamatan Tuhan tidak memandang muka. “Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah,” oleh itu kita harus mempunyai iman yang teguh, carilah Tuhan dengan rendah hati dan hati yang miskin, mencari jalan untuk diselamatkan, memikul salib setiap hari untuk mengikuti Tuhan.

36

SEMINAR PERSAHABATAN SAUDARI PERINGKAT NEGERI SABAH 1 MEI 2020 (D)

Akhir sekali Pdt. Thomas Kam berkongsi tentang kesaksian daripada beberapa pemercaya. Umat Tuhan pasti akan menghadapi pelbagai pengujian dalam kehidupan iman kepercayaan, tetapi kuasa Tuhan dapat dinyatakan melalui iman mereka, bahkan kesaksian adalah tanda-tanda mujizat yang membuktikan kuasa Tuhan. Wabak Covid-19 pada kali ini membuktikan kuasa Tuhan membolehkan kita masih dapat hidup dengan damai. Sifat manusia adalah yang degil, jika tidak ada penderitaan yang menimpa ke atas mereka, mereka tidak akan sedar dan bertaubat. Manusia adalah yang lemah dalam pandangan mata Tuhan, ketika murka Tuhan menimpa, setiap manusia akan binasa. Oleh yang demikian, kejayaan manusia tidak dikira apa-apa, sama seperti orang yang mendirikan rumah di atas pasir, apabila penderitaan melimpah, segala-galanya akan menjadi sia-sia.

Tuhan sangat mengambil berat terhadap kita, asalkan kita membawa segala perkara di dalam doa, Tuhan pasti mendengar dan menolong kita untuk menyelesaikan masalah sukar yang dihadapi. Tidak ada sesuatu dalam dunia ini yang lebih berharga daripada anugerah keselamatan, hidup kita di dunia ini adalah yang sementara, tetapi anugerah keselamatan adalah yang selama-lamanya. Kita harus memohon agar Roh Kudus berkuasa di dalam hati kita dan memimpin jejak langkah setiap kita.

37

SEMINAR BELIA SELURUH NEGERI25 MEI 2020 (A)

Walaupun dibelenggu oleh masalah penularan pendemik, syukur atas izin Tuhan kerana masih memimpin gereja mengadakan Kebaktian Penyempurnaan Rohani Belia Seluruh Sabah Tahun 2020 di atas talian pada 25 Mei. Pendeta James Yapp dan Pendeta Hagai Tang telah mengongsikan firman Tuhan dengan menggunakan “Menilai Zaman, Menguji Diri” sebagi tema pada kebaktian penyempurnaan rohani ini.

Pendeta James Yapp mengongsikan tentang dua ayat yang ditanya oleh Tuhan Yesus kepada orang-orang Farisi dalam Lukas 12: 54-57. Tuhan Yesus telah menyampaikan sebuah firman dengan menggunakan kedudukan geografi serta rupa bumi dan langit untuk menilai zaman. Rupa langit kamu tahu membedakannya tetapi tanda-tanda zaman tidak. Tuhan Yesus ingin menegaskan sungguhpun orang Farisi dan orang Saduki telah melihat begitu banyak tanda mujizat tetapi mereka masih tidak percaya kepadaNya (Yohanes 20 : 30-31). Kemudian, pendeta juga menjelaskan tentang keadaan zaman kini.

38

SEMINAR BELIA SELURUH NEGERI25 MEI 2020 (B)

Pertama, zaman angkatan yang tidak setia dan berdosa. Tuhan Yesus juga berkata apabila anak manusia akan datang, maka kita perlu merenungkan angkatan zaman Nuh, sebab dosa di dunia ini akan semakin serius (2 Timotius 3 : 1-9). Maka, kita harus ujilah segala sesuatu, membedakan baik daripada yang jahat dan menguji roh-roh itu sama seperti jemaat di Efesus membedakan yang benar dan yang palsu (Matius 24).

Kedua, angkatan yang tidak percaya dan yang sesat. Tuhan Yesus Kristus pernah menyelamatkan kita dari dosa. Maka, kita harus menyelamatkan diri sendiri dari angkatan yang jahat ini.

Ketiga, pada waktu Tuhan berkenan, adalah hari Tuhan menyelamatkan. Pada hari ini, iaitu pada waktu sekarang, kita harus melakukan kerja suci, mendekati Tuhan, tetap berwaspada dan memperlengkapi diri sendiri, menantikan kedatangan kembali Tuhan.

Keempat, zaman letusan pengetahuan yang mendadak. Hari semakin dekat, teknologi semakin berkembang maju. Kita harus bersandar kepada kebenaran dan pimpinan Roh Kudus untuk menyebarkan dan memahami firman Tuhan melalui teknologi.

Kelima, zaman keselamatan saat akhir. Sekarang telah sampai ke zaman “sebahagian dari besi dan sebahagian lagi dari tanah liat. Tuhan Yesus berkata apabila injil diberitakan di seluruh dunia, sesudah itu barulah tiba kesudahannya. Menguji, iaitu selepas memutus dan menguji baru membuat keputusan (Yesaya 8 : 19-20).

39

Kita haruslah menguji dan mempertimbangkan diri sendiri (Yesaya 8 : 19-20). Namun, seseorang tidak boleh menghakimi orang lain (Matius 7: 1-5). Alkitab juga telah mencatatkan tiga perkara yang perlu diukur. Pertama, bait Allah. Tubuh Tuhan Yesus adalah bait Allah, iaitu jemaat. Ini adalah ditujukan kepada kita harus menguji diri sendiri, sebab Roh Tuhan diam di dalam kita. Kedua, mezbah ukupan. Kita mempunyai tanggungjawab sebagai seorang imam dan harus menguji ibadah dan doa kita. Ketiga, orang yang beribadah di dalam bait. Kita harus menguji diri sendiri dari segi kekerapan menghadiri kebaktian, kesolehan, keimanan dan ketaatan kita.

SEMINAR BELIA SELURUH NEGERI25 MEI 2020 (C)

Seterusnya, Pendeta Hagai Tang mengongsikan firman tentang “Memasuki Perkahwinan Demi Tuhan”. Semoga Tuhan memimpin jejak langkah kita untuk memasuki alam perkahwinan. Untuk memasuki alam perkahwinan, kita bukan sahaja perlu memenuhi syarat masuk ke dalam perkahwinan, lebih-lebih lagi kita perlu memiliki matlamat iman kepercayaan. Pertama, perlu mengenali bahawa memasuki perkahwinan adalah demi Tuhan. Kita telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar oleh Tuhan Yesus. Kita adalah milik Tuhan, maka, muliakanlah Allah dengan tubuh kita dan hidup demi Tuhan, supaya dapat menggenapi kehendak Tuhan.

40

SEMINAR BELIA SELURUH NEGERI25 MEI 2020 (D)

Kedua, memasuki alam perkahwinan. Memasuki hubungan satu daging yang dipersatukan oleh Tuhan, memasuki perjanjian Tuhan barulah berhak menerima janji dan berkat di dalamNya. Sebab apa yang dipersatukan Tuhan, tidak boleh diceraikan manusia. (Ulangan 29 :10).

Ketiga, bolehkah tidak masuk ke dalam perkahwinan? Walaupun dikatakan perkahwinan merupakan kebebasan setiap individu, tidak boleh dipaksa, tetapi perkahwinan membolehkan kedua-dua orang saling membantu dan saling menanggung. Perkahwinan adalah diasaskan oleh Tuhan dan ini merupakan berkat yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Walaupun mengetahui bahawa di dalam dunia ini adalah kesia-siaan dan usaha menjaring angin, tetapi masih bermakna selagi kita masih hidup.

Keempat, maksud “masuk ke dalam perkahwinan demi Tuhan” ialah rela menggenapi kehendak dan rancangan Tuhan di dalam perkahwinan kita, mendirikan rumah tangga yang berkenan di hati Tuhan, dan menyatakan gambar rupa dan akhlak mulia Tuhan.

Kelima, bagaimanakah memasuki perkahwinan demi Tuhan , ia i tu bagaimanakah mendirikan rumah tangga yang berkenan di hati Tuhan? Kita haruslah bertekad untuk bernikah di dalam Tuhan. Suami isteri berganding bahu dan sehati sejiwa, melahirkan keturunan yang soleh dan sekeluarga melayani Tuhan. Keluarga Kristian adalah musuh iblis. Maka, marilah kita berusaha mencapai kemenangan rohani dalam perkahwinan demi memuliakan Tuhan.

41

MISI DI SEBALIK WABAK

Pelbagai kepanikan timbul di sebalik kemunculan wabak coronavirus (COVID-19) yang sedang menulari dunia. Fenomena tersebut turut dihantui oleh terviralnya pelbagai khabar angin dan maklumat palsu tentang penawar mujarab penyakit tersebut. Fenomena ini mencetuskan kegelisahan dan kurangnya rasa selamat dalam kalangan masyarakat moden. Selain mereka tidak terlena pada waktu malam dan hilang ketenteraan hidup, rakyat di banyak negara juga hidup dalam kebimbangan dan ketidakselesaan. Malah ada yang terasa seolah-olah fenomena ini berlainan dengan janji yang dilafazkan oleh Tuhan (Mzm 4:8). Oleh itu, ada sesetengah orang yang menganggap wabak ini sebagai kelainan sementara (abnormality), atau mungkin merupakan keadaan normal yang berlaku dari semasa ke semasa dalam sejarah (normality).

Oleh sebab wabak COVID-19 ini, dunia seolah-olah mengalami kepanikan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Keadaan ini sinonim dengan situasi landaan "air bah" pada masa dahulu yang memberikan kejutan kepada manusia kerana tidak bersedia dan tidak dapat mengatasinya dengan seratus-peratus. Bilakah wabak ini akan berakhir, adakah kita akan dijangkiti, bagaimanakah perubahan pada hari esok? ... Hal-hal ini menyebabkan kepanikan. Sebagai anak-anak Tuhan, bagaimanakah kita menghadapinya?

1. Ancaman wabak menguji iman kitaBagi umat Kristian, ancaman kematian sesungguhnya menguji iman kita. Alkitab jelas menyenaraikan pedang, kelaparan, binatang buas dan sampar sebagai alat pemusnah daripada Tuhan (Yeh 14:21; Why 6: 7-8), dan menunjukkan bahawa perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada kita melalui Alkitab terlebih dahulu, supaya kita tidak menjadi panik. Walaupun umat Kristian tidak dapat mengelakkan ketakutan, namun terdapatnya formula berprinsipkan Alkitab yang akan membimbing kita untuk menghadapi ketakutan ini (Mzm 91: 3-6).

Sebagai umat Kristian, kita percaya bahawa Tuhan membenarkan perkara-perkara seperti itu berlaku, sudah pasti ada kehendak-Nya yang baik. Tuhan mahu memupuk akhlak kerohanian kita dan menjadikan kita lebih beriman terhadap Dia. Bukan setakat itu sahaja, Tuhan akan menjadikan kita lebih matang, lebih kuat, dan

Dn. Gamaliel Wai

42

lebih bersukacita apabila kita keluar daripada wabak ini berbanding dengan waktu kita masih terperangkap dalam ancaman wabak tersebut. Oleh itu, orang yang mengenali Yesus masih percaya bahawa Tuhan berkuasa walaupun dalam kesulitan, dan percaya bahawa Tuhan akan memulihkan kesukaran, dan meragukan bahawa dirinya sedang dilatih melalui kesulitan yang akan mendatangkan bantuan kepadanya. Atas sebab tersebut, umat Kristian percaya bahawa rintangan dan kesukaran tidak dapat mengehadkan perbuatan Tuhan, atau menghalang kehendak yang ditetapkan-Nya.

2. Tanggapan yang tepat, membetulkan mentaliti diriUmat Kristian ialah orang yang berpengharapan (Ef 1:12). Seseorang yang benar-benar percaya kepada Yesus Kristus pasti beroleh damai sejahtera yang dikaruniakan Yesus dalam hatinya, tetap tanpa rasa takut dan penuh keberanian dalam persekitaran mana jua (1Yoh 3:21; 4:17; 5:14). "Tanpa rasa takut" bermaksud mempunyai keyakinan (have confidence), mempunyai keberanian (have boldness), tidak kecut (not shrink), dan tanpa rasa malu (not be ashamed).

Wabak coronavirus kali ini adalah seperti beberapa wabak yang pernah berlaku dalam sejarah, yang muncul secara tiba-tiba seperti tetamu yang tidak diundang. Walaupun semua orang tidak mahu wabak itu berlaku, namun telah berlaku, maka kita harus menghadapinya. Sekiranya kita tidak boleh pergi ke gereja untuk beribadah, kita perlu membaca Alkitab, berdoa dan saling menasihati di rumah untuk meningkatkan kesedaran, menghapuskan kepanikan, dan menghadapinya dengan betul. Jika wabak ini berterusan sampai pada hari kedatangan Tuhan semula, kita tetap dapat berdepan dengan Tuhan. Oleh itu, sambil menanti meredanya fenomena ancaman wabak ini, kita harus menyumbangkan segenap kekuatan dalam pelayanan masing-masing dengan betul.

Oleh itu, kita mesti menunjukkan respons dengan mengatur strategi yang bijak dan sesuai. Kita tidak boleh mencuba Tuhan dengan cara yang melanggar pengetahuan asas perubatan demi menunjukkan kekuatan iman sendiri. Sebaliknya, kita harus berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi kaedah pencegahan wabak sebagai langkah untuk melindungi diri dan ahli-ahli keluarga. Sebagai contoh, mengurangkan pergerakan, duduk di rumah dengan tenang. Jika anda perlu keluar,

43

pakailah topeng dan amalkan langkah-langkah pencegahan yang lengkap. Sekiranya anda dijangkiti atau disyaki dijangkiti, anda harus mematuhi arahan ahli perubatan untuk dimasukkan ke hospital atau dikuarantin. Khususnya, apabila anda tahu diri anda telah dijangkiti, anda tidak sepatutnya acuh tak acuh terhadap larangan tersebut dengan berkeliaran di sana sini. Tindakan ini meningkatkan risiko orang lain dijangkiti. Sebenarnya, jika tidak ada perlindungan daripada Tuhan, kita tidak selamat walaupun berada di mana-mana saja, hanya Tuhanlah tempat perlindungan kita. Sungguhpun demikian, kita lebih rela mempraktikkan kasih Kristus dan mengambil pelbagai langkah pencegahan demi kepentingan pihak lain.

3. Mesti melindungi diri, jangan menghadapi risiko dengan membuta tuliMengelakkan bahaya dan menjaga tubuh sendiri (Ef 5:29) bukan sahaja merupakan naluri manusia, tetapi juga memanifestasikan kasih umat Kristian terhadap Tuhan. Dalam wabak ini, umat Kristian dan para penjabat kudus tidak mempunyai keistimewaan yang mengecualikan mereka daripada risiko ditimpa malapetaka. Oleh itu, risiko yang tidak perlu haruslah dielakkan. Kita boleh mengurangkan perhimpunan yang tidak perlu, tanpa membebani hati nurani. Kesalahan moral, bahkan teguran Hukum Taurat berdasarkan penafsiran kurang lengkap tentang "Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah”, tidak dapat diterapkan di sini. Kerana hanya terdapat garis perbezaan yang halus antara: mudah percaya, kepercayaan membuta tuli, dan mencuba Tuhan. Kaedah fleksibel "pertemuan tanpa perkumpulan" bukanlah bermaksud kita kekurangan iman, sebaliknya bertanggungjawab terhadap orang lain dan diri sendiri.

Sewaktu menghadapi keadaan ini, umat Kristian tidak perlu khuatir atau panik, jangan pula sengaja menimbulkan isu dengan mengambil contoh-contoh yang kurang sesuai, atau memutarbalikkan firman Alkitab. Mesej Alkitab secara menyeluruh dan pengetahuan sains yang komprehensif, pemahaman yang tepat tentang wabak ini harus dijadikan sebagai pegangan teguh. Dengan demikian kita akan mendapat ketenangan minda kerana mampu melakukan refleksi kehidupan, mengamalkan pemakanan yang sesuai, bekerjasama dengan kerajaan, dan bertanggungjawab.

4. Bekerjasama dengan kerajaan, bertindak secara aktifBagai isi dengan kuku, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, gunung sama didaki, lembah sama dituruni merupakan penampilan diri yang harus dimiliki oleh umat Kristian supaya mereka dapat mencapai kemenangan terakhir dalam perang pencegahan dan kawalan wabak.

44

Hanya apabila negara aman dan rakyat tenteram, barulah semua orang dapat hidup dan bekerja dengan damai dan berpuas hati; Hanya apabila masyarakat harmoni dan stabil, barulah gereja dapat berkembang dengan sihat. Demi cinta akan negara ini, persekutuan gereja harus memainkan peranan sebagai jambatan secara aktif. Bagi umat Kristian yang hanya mengatakan mereka mempunyai perasaan patriotik, adalah lebih baik menyahut panggilan kerajaan secara aktif, mengambil bahagian dalam pencegahan dan kawalan wabak secara aktif, dan membuktikan semangat patriotik kita melalui tindakan wajar, yang menunjukkan kasih yang keikhlasan terhadap negara dan rakyat.

Oleh itu, kebaktian ditangguhkan tidak bermaksud kebaktian dihentikan secara kekal, melainkan untuk mencegah penyebaran virus. Untuk tujuan ini, kita harus melindungi diri kita, rakan sekerja, para sahabat, dan keselamatan nyawa orang lain, dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang berkesan. Janganlah membuat tafsiran yang salah terhadap maksud kebaktian ditangguhkan, jangan pula tertipu oleh orang lain, sehingga menimbulkan pergolakan. Di samping itu, semasa kebaktian gereja ditangguhkan, para pemercaya boleh juga membaca Alkitab, berdoa, memuji Tuhan di rumah, saling berkomunikasi, dan mendorong melalui media untuk mencapai tujuan menyembah Tuhan. Perkara yang paling penting ialah, perasaan takut akan Tuhan menjadi kemestian yang diprioritikan.

Atas sebab ini, setiap kali kita menyertai kebaktian atas talian pada hari Sabat, kita wajib memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Persediaan hati sebelum kebaktian menjadi kemestian, berdoa sendiri terlebih dahulu (15 minit);2. Menggalakkan keluarga untuk menyertai kebaktian atas talian bersama-sama;3. Harus merujuk Alkitab dan membuat catatan dengan tekun;4. Berpakaian kemas;5. Jangan makan, menggunakan telefon, atau menguruskan perkara yang lain semasa kebaktian;6. Mendengar Firman dengan hati yang soleh, tenang, dan takut akan Tuhan.

45

5. Kembali kepada kemandirian, menghidupkan semula sokongan diriAlkitab menyatakan: "Apa yang pernah ada akan ada lagi, dan apa yang pernah dibuat akan dibuat lagi; tak ada sesuatu yang baru di bawah matahari." (Pkh 1: 9).

Oleh sebab wabak ini, peranan para penjabat kudus dan pemercaya akan turut berubah, iaitu perlu melengkapi diri ibu bapa pemercaya agar mereka sendiri memikul tanggungjawab untuk mengajar anak-anak tentang kebenaran. Budaya pengajaran akan berubah daripada "saya mengajar, anda belajar" kepada "anda belajar untuk mengajar". Oleh itu, daripada peringkat Ibu Gereja Antarabangsa, Ibu Gereja Sabah, Ibu Gereja dan pusat koordinasi setiap negara, semuanya menggalakkan pemercaya untuk memanfaatkan sumber atas talian, dan memastikan keluarga sebagai tapak semaian utama untuk memupuk kepercayaan sehingga memanfaatkan krisis ini sebagai peluang untuk membina "mezbah keluarga" masing-masing.

46

Alkitab tertulis bahawa ketika Yakub ditimpa kesukaran besar, Tuhan berfirman kepadanya: "Bersiaplah, pergilah ke Betel, tinggallah di situ, dan buatlah di situ mezbah bagi Allah, yang telah menampakkan diri kepadamu, ketika engkau lari dari Esau, kakakmu "(Kej 35: 1). Betel ialah tempat Yakub pertama kali bertemu dengan Tuhan, dan tempat dia belajar untuk membina mezbah. Secara kebetulannya pada hari ini kita menghadapi ancaman wabak, yang juga boleh digambarkan sebagai krisis dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, janganlah kita hanya memikirkan cara untuk menyelesaikannya, tetapi ingatlah untuk kembali kepada permulaan iman kepercayaan kita, iaitu kembali kepada Tuhan - "membina semula mezbah".

"Doa" dan "mezbah" tidak dapat dipisahkan. Apabila Yakub kembali dari Padan-Aram, dia telah membina sebuah mezbah di timur kota Sikhem di tanah Kanaan dan menamakannya Eli Eloi Israel (bermaksud Allah Israel ialah Tuhan) (Kej 33: 18-20). Tujuan pembinaan mezbah adalah untuk membawa keluarga bersama-sama memikirkan pimpinan, pemeliharaan, dan segala pemberian daripada Tuhan. Sekiranya kita ingin mengalami perbuatan Tuhan, khususnya dalam proses memerangi wabak yang lama ini, kita harus terlebih dahulu datang ke hadirat Tuhan untuk mendirikan mezbah doa.

Secara peribadi, sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan merupakan perkara baik yang jarang-jarang berlaku. Bagi saudara-saudari yang selalu sibuk dengan kerja sehingga sukar menenangkan fikiran untuk menyempurnakan rohani, kesempatan ini menjadi peluang keemasan untuk kita memanfaatkan "kuarantin" yang dipaksa untuk diam di hadapan Tuhan dengan membaca Alkitab, berdoa, merenungkan Firman Tuhan, membina ikatan komunikasi yang lebih erat dengan ahli keluarga yang berkumpul bersama, melakukan doa yang lebih mendalam, saling menghibur dan menasihati, dan menjadikan hubungan keluarga lebih intim.

Akhir KataTuhan memahami hati semua orang, namun Dia lebih berharap agar kita mengenali hati diri sendiri dengan lebih jelas - Iman kepada Tuhan dan kasih kepada manusia, serta hati yang senantiasa takut akan Tuhan. Dalam mendepani ancaman wabak serius yang diizinkan oleh Tuhan, diharap agar umat Tuhan tidak panik. Sebaliknya, setiap umat Tuhan berusaha untuk memelihara hati dan fikiran, saling mendorong , beriman kepada Tuhan, yakin akan kepimpinan gereja, dan memberikan sokongan kasih kepada mereka yang sedang memerangi wabak di barisan depan, serta senantiasa menaruh pengharapan terhadap perkataan Tuhan.

47

IKTIBAR / MESEJ DI SEBALIK ANCAMAN COVID-19Dn. Gamaliel Wai

Ditulis semasa wabak.

Seluruh dunia berada dalam keadaan huru-hara dan tidak masuk akal semasa melangkah masuk ke tahun 2020. Jujurnya, hari-hari dalam dunia adalah terlalu hiruk-pikuk. Setiap masa, setiap saat, ada saja kemalangan / malapetaka yang datang mengetuk pintu hati. Jika kita mengamatinya dengan tenang, kita akan mendapati bahawa kita sememangnya berada dalam zaman pancaroba. Bencana alam yang berlaku secara mendadak, penyakit berjangkit yang menular secara tiba-tiba, ditambah pula dengan serangan pengganas dan perang melawan keganasan secara global, perubahan ekonomi yang pesat, semua ini menyebabkan ketidakstabilan sosial yang hebat. Mengapa? Ini kerana kita telah lupa tentang rahsia mendapatkan kekuatan yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kita.

Alkitab berfirman: “Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH, Yang Mahakudus, Allah Israel: "Dengan bertobat dan tinggal diam kamu akan diselamatkan, dalam tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu." Tetapi kamu enggan.” (Yes 30:15). Lihatlah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (ataupun circuit breaker di negara Singapura) diumumkan, gereja turut terpalit dengan ancaman ini. Bagaimana untuk maju dan menghadapinya, dan menggunakan "fungsi sosial iman" yang positif untuk menyelesaikan krisis lalu meningkatkan kestabilan sosial? Langkah ini menjadi keutamaan kita pada masa sekarang.

Walau bagaimanapun, semasa berhadapan dengan wabak, orang yang berbeza akan memberikan tindak balas yang berbeza. Keadaan ini berkaitan secara langsung dengan keperibadian, pengetahuan profesional, hikmat rohani, keadaan tubuh jasmani, pengalaman hidup dan pemahaman Alkitab setiap orang. Oleh itu, akan ada jurang dalam kaedah pengendaliannya. Dalam pandangan yang berlainan dan respons yang berbeza ini, kita cari titik persamaan dalam perbezaan, saling mengasihi, seia sekata, memuliakan Tuhan dan memberi manfaat kepada manusia. Inilah yang paling penting.

Apabila keadaan menjadi semakin tidak menentu dan berhadapan pula dengan wabak yang mengganas, pernahkah kita mempunyai sikap-sikap berikut: menafikan (“tidak sedar”) ataupun melindungi diri sendiri (“pertahankan kubu”)?

48

Apakah itu “sindrom tidak sedar”? Apabila gereja berhadapan dengan bencana yang berlaku secara tiba-tiba, tidak sukar untuk kita dapati bahawa tindakan pertama yang diambil adalah mengambil sikap menafikan yang boleh digelar sebagai “sindrom tidak sedar” (not noticing syndrome). Selama ini, kita melihat iman kepercayaan sendiri sebagai “di luar dunia” (melepaskan kasih sayang dan hubungan manusia dalam dunia). Ringkasnya, kita hanya memandang berat tentang destinasi akhir bagi roh peribadi selepas meninggal dunia. Selain itu, untuk jangka masa yang panjang, kita beranggapan bahawa kepercayaan agama tidak melibatkan tanggungjawab atau fungsi sosial dan gereja tidak perlu prihatin akan masyarakat dan dunia.

Tambahan pula, terdapat segelintir pemimpin yang menganggap bahawa diri mereka memiliki tahap kerohanian yang lebih tinggi memandang semua pengetahuan dan ajaran yang tidak berkaitan dengan Alkitab sebagai musuh yang menentang iman kepercayaan gereja ini dan merupakan air yang disemburkan daripada mulut ular (Why 12:15). Keadaan ini membuatkan mereka berkeras untuk menetapkan perbezaan antara “sekular / duniawi” dan “kudus”. Dalam proses melawan wabak jangka panjang ini, kita akan mendapati bahawa ajaran dan amalan iman kepercayaan bagi pemercaya yang menerima konsep sedemikian sama sekali terpisah daripada masyarakat sehingga mereka gagal menangani konflik dalaman yang disebabkan oleh pergolakan sosial. Kesannya, taraf iman kepercayaan merosot ke taraf "ketinggalan zaman", "konservatif" dan bahkan “antiintelektual"!

Ketika Covid-19 baru muncul pada peringkat awal, ramai teman sekerja yang mengalami “sindrom tidak sedar”. Mereka beranggapan bahawa wabak ini hanya akan terjadi di hospital, dan tidak akan tersebar dalam kalangan masyarakat bahkan gereja. Selepas wabak ini menular, barulah mereka sanggup menerima hakikatnya dan tidak lagi menafikannya. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa manusia sudah berpuas hati dengan hanya mengenali dunia luar di “zon selesa” masing-masing dan enggan menguasai bidang yang tidak dikenal pasti. Oleh yang demikian, daripada pekerja profesional dalam masyarakat kepada pemimpin gereja, masing-masing melaksanakan tanggungjawab dengan berpegang pada konsep tradisional atau pandangan aliran utama organisasi dalam mengendalikan masalah. Kesannya, mereka tetap menjadi kucar-kacir. Ada kalanya, “sindrom tidak sedar” menyebabkan kita gagal melihat secara keseluruhan dan membuat pemikiran sistematik dengan tepat untuk menangani krisis kali ini secara bijak dan dengan hikmat rohani.

49

Apakah itu “sindrom mempertahankan kubu”?Pada permulaan wabak Covid-19, tindak balas kedua bagi gereja ialah mengambil langkah “pertahankan kubu” selepas kumpulan ini tahu bahawa gelombang raksasa sudah menghampiri. Mereka teguh mempertahankan sumber-sumber sendiri dan berusaha untuk menentang segala ancaman dari luar. Cara melindungi diri sendiri dan mencari kelangsungan hidup ini sememangnya amat berfungsi pada awalnya. Walau bagaimanapun, jika wabak ini berlanjutan untuk jangka waktu yang lebih panjang, mencari perlindungan diri mungkin akan menyebabkan iman kepercayaan pemercaya berada dalam dilema pengasingan kerana mereka tidak dapat bekerjasama dengan semua sektor dalam masyarakat untuk bersama-sama melawan bencana. Keadaan ini adalah sama seperti istana pasir yang dibina secara berasingan yang tidak dapat bertahan daripada pukulan ombak.

Selepas wabak kali ini, gereja tidak dapat lagi bertindak “menjaga integriti peribadi” ataupun “melindungi diri sendiri” kerana hanya mementingkan keselamatan kumpulan sendiri, sering bercakap mengenai “iman", namun tidak berhubungan dengan masyarakat yang turut sama menghadapi bencana untuk menyatukan kekuatan dan bersama-sama melawan wabak supaya dapat mencapai tindak balas yang lebih berkesan dalam aspek penyelamatan dan bantuan bencana.

Wabak yang melanda kali ini amat memberikan kesan terhadap kehidupan manusia. Bagi gereja, pemercaya tidak dapat berkebaktian seperti biasa memberikan kesan paling ketara. Dalam keadaan ini, banyak gereja yang menyahut seruan Ibu Gereja iaitu mengadaptasi kebaktian dalam talian. Walau bagaimanapun, ini hanyalah langkah sementara sahaja. Untuk itu, kita harus mengelakkan diri daripada saling menyalahkan. Terdapat pemercaya yang bertanya tentang sebab mereka tidak boleh kembali berkebaktian di gereja. Sebilangan orang pula berpendapat bahawa adalah perlu untuk mengelakkan perhimpunan berkumpulan dan terus menggunakan siaran langsung bagi kebaktian dalam talian. Hal yang ingin ditekankan di sini ialah, jangan menegur atau menghukum saudara-saudari yang lebih lemah di sekeliling sebagai golongan yang tidak beriman. Semakin kita berada dalam saat-saat getir sebegini, adalah semakin perlu untuk kita bersatu dan menunjukkan kesatuan dalam Kristus.

50

Paulus memberikan peringatan berikut: “Terimalah orang yang lemah imannya tanpa mempercakapkan pendapatnya.” (Rm 14:1), sebaliknya, “Kita, yang kuat, wajib menanggung kelemahan orang yang tidak kuat dan jangan kita mencari kesenangan kita sendiri.” (Rm 15:1). Paulus berdoa: “Semoga Allah, yang adalah sumber ketekunan dan penghiburan, mengaruniakan kerukunan kepada kamu, sesuai dengan kehendak Kristus Yesus, sehingga dengan satu hati dan satu suara kamu memuliakan Allah dan Bapa Tuhan kita, Yesus Kristus. Sebab itu terimalah satu akan yang lain, sama seperti Kristus juga telah menerima kita, untuk kemuliaan Allah.” (Rm 15:5-7).

Selain itu, gereja dan masyarakat sama-sama terperangkap dalam bencana. Oleh itu, pemimpin gereja tidak perlu terburu-buru dalam merasionalisasikan penderitaan semasa. Sebaliknya, mereka haruslah menegakkan sikap iman kepercayaan yang teguh, memimpin jemaat untuk takut kepada Tuhan, percaya kepada kata-kata Alkitab, menghadapi kedahsyatan malam dan penyakit sampar di dalam gelap dengan keberanian (Mzm 91:5-6).

Ancaman wabak memberikan kesan yang positifWabak ini secara terang-terangan menggambarkan bahawa kita berada dalam era yang "panik dan tidak damai”. Segalanya adalah sentiasa bergolak (volatile), tidak pasti (uncertain), kompleks (complex) dan ketaksaan (ambiguous). Situasi ini membuatkan pemimpin gereja kehilangan punca dan tidak tahu tentang tindakan untuk menanganinya. Dengan adanya wabak pada kali ini, sesetengah perkara, contohnya kelas pendidikan agama, tidak ada lagi cara atau jawapan yang pasti tentang cara untuk menanganinya selain mengadakan kelas secara dalam talian. Tidak ada persoalan tentang kelajuan Internet di sini. Kita hanya patuh pada apa-apa yang diaturkan oleh pihak ibu gereja secara taat dan banyakkan berfikir untuk merancang bahan pengajaran dalam talian yang paling mudah dan sesuai.

Oleh itu, untuk mengatasi keadaan semasa, pemimpin gereja perlu selalu “kosongkan pengetahuan" (unlearn) dan "belajar semula” (re-learn), mempunyai pemikiran yang terbuka dan bersedia menerima pendapat semua pihak agar dapat bertindak balas dengan tepat demi memulihkan keadaan. Cabaran terbesar pada masa ini bukanlah tentang betapa sukarnya persekitaran luaran, tetapi tentang pemimpin gereja dapat membuang kerangka lama, tidak bersikap sepuluh kapal

51

datang, anjing bercawat ekor juga, dan dapat menanggapi ancaman wabak sekarang secara fleksibel. Namun, kita tidak memiliki kesedaran kerisauan dan kesedaran krisis, memencilkan diri dan diam di bandar tak meniru, diam di laut asin tidak. Apakah yang harus dilakukan?

Penilaian asas dan tindak balas terhadap perkembangan wabak Berdasarkan data pemantauan dan analisis mengenai keadaan wabak semasa di dalam dan di luar negara, penulis menganggarkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan, circuit breaker dan kuarantin berkemungkinan akan berterusan selama dua hingga tiga bulan, bahkan lebih lama.

Oleh itu, dianggarkan bahawa gereja akan menghadapi kesukaran untuk mengadakan kebaktian secara luar talian dalam tempoh tiga bulan akan datang ataupun lebih lama lagi. Dengan erti kata yang lain, kaedah kebaktian dalam talian akan berterusan untuk tempoh yang agak lama. Jika demikian, adakah gereja di seluruh negeri telah bersiap sedia? Adakah kita mempunyai cara kedua untuk menanganinya?

Memang kita memahaminya. Walau bagaimanapun, kita tetap menyeru agar semua orang melihat perkara ini secara tenang dan rasional. Hal ini bukan sekadar persoalan tentang iman peribadi, tetapi juga tentang keseluruhan gereja (jemaat), bahkan tentang keselamatan seluruh masyarakat dan negara. Kita bukan sahaja perlu memikirkan kebaktian dalam talian, pendidikan agama dalam talian, bahkan juga merancang aktiviti persekutuan yang lain dalam talian daripada perspektif perkembangan teknologi jangka panjang.

Tanpa diragui lagi, kesukaran dalam mengadakan kebaktian secara luar talian untuk tempoh tiga bulan bahkan lebih lama pastinya meninggalkan kesan yang paling besar kepada gereja berskala besar kerana bakal terus berhadapan dengan kawalan aktiviti persahabatan. Keadaan ini secara langsung akan mengurangkan fungsi persekutuan gereja. Selain itu, bagi gereja yang berskala lebih kecil pada hari-hari biasa, hubungan sesama seiman akan menjadi lebih renggang kerana tidak ada aktiviti gereja untuk tempoh yang lama. Nasib yang sama juga akan menimpa gereja yang biasanya aktif. Jika tidak ada persekutuan dalam talian yang berkesan, hubungan sesama seiman juga akan menjadi lemah. Ini kerana sambungan dalam talian di luar sedang dibina secara meluas dan berkemungkinan akan berus berlaku. Bagaimanakah kita menyempurnakan penggembalaan?

52

Kebaktian atas talian dan penggembalaan tanpa sempadan Terdapat catatan berikut dalam Alkitab: “… Aku akan bangkit bergerak menyerang tanah yang kota-kotanya tanpa tembok dan akan mendatangi orang-orang yang hidup tenang-tenang dan diam dengan aman tenteram; mereka semuanya diam tanpa tembok atau palang atau pintu gerbang.” (Yeh 38:11). Pada masa yang sama, kitab Zakharia juga mencatatkan bahawa malaikat berkata kepada orang muda: “… Yerusalem akan tetap tinggal seperti padang terbuka…” (Za 2:4). “tanah yang kota-kotanya tanpa tembok” dan “padang terbuka” di sini bukan merujuk kepada kerajaan Tuhan tidak mempunyai kemudahan dari segi pertahanan. Ini juga bukan bermaksud bahawa Israel tidak menggunakan tembok kota untuk melindungi penduduknya. Ini merujuk kepada kerajaan Tuhan bukanlah sebuah kota yang tidak mempunyai pertahanan, ironinya Gereja Yesus Benar pula tidak mempunyai sempadan. Walau bagaimanapun, dengan adanya perlindungan Tuhan, pemercaya tetap berada dalam perlindungan Tuhan walaupun dunia berada dalam kesusahan atau kekacauan.

Genaplah masanya untuk gereja menitikberatkan hal media baru. Kaedah kebaktian dalam talian semasa memenuhi keperluan kontekstualisasi dan pengurusan kesihatan awam kecemasan. Walau bagaimanapun, adakah langkah ini dapat menyelesaikan masalah praktikal gereja iaitu menggembala pemercaya melalui penggunaan teknologi rangkaian media baru supaya pemercaya boleh mendapatkan makanan rohani yang cukup untuk setiap hari? Usaha Ini merupakan kerja yang tidak boleh dilengah-lengahkan lagi bagi setiap gereja tempatan. Oleh itu, setiap gereja tempatan kini harus menetapkan pelbagai rancangan pentadbiran seawal mungkin. Di samping menggalakkan pemercaya mengambil bahagian dalam aktiviti gereja di rumah, aturan juga untuk menggembala dan menenangkan saudara-saudari yang panik akibat penyebaran wabak ini melalui penggunaan media sosial.

53

Krisis juga bermaksud titik perubahan. Pada masa yang sama, Allah turut bekerja dalam segala sesuatu (Rm 8:28). Gereja terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil ataupun mengadakan aktiviti dalam talian disebabkan oleh penutupan dan penyekatan pergerakan (lockdown). Masa inilah yang terbaik bagi Tuhan memurnikan gereja dan umat Kristian supaya individu dapat mendalami kehidupan rohani mereka dan membina semula hubungan mereka dengan Tuhan. Dengan kata yang tidak sedap didengar, jika pemercaya masih tidak memandang berat tentang kebaktian dalam talian dan mezbah keluarga pada masa ini, maka sudah dapat dikenal pasti tahap kedalaman kehidupan rohani dan sejauh mana tahap sikap mereka yang takut akan Tuhan.

Walaupun wabak memberikan kesan terhadap kebaktian Sabat, namun Ibu Gereja Sabah telah memulakan mekanisme berkebaktian dalam talian dalam beberapa tahun mutakhir ini. Visi jangka panjang ini adalah untuk mewujudkan Ibu Gereja Clouds. Namun, malang tidak berbau wabak datang secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, inilah masanya bagi gereja untuk mempraktikkan amalan interaksi nyata dan maya. Sebagai keperluan dalam menangani wabak ini, gereja beralih kepada kebaktian melalui atas talian. Perkara yang lebih penting ialah penggembalaan dalam kumpulan kecil melalui platform Internet dijalankan oleh gereja.

Lantaran itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggembalaan gereja pada hari ini perlu berubah, berbalik kepada ala jemaat rasul yang mengamalkan kebaktian di rumah. Semua orang perlu memandang berat, mengenali dan menggunakan talian media sosial. Khasnya dalam era media baru ini, kita terpaksa mula menggunakan media sosial baru untuk kerja-kerja penggembalaan.

Janganlah kita menganggapnya sebagai satu langkah sementara ataupun kaedah peralihan untuk menangani situasi semasa. Berdasarkan pandangan pelbagai pihak, wabak ini dianggarkan akan berlanjutan selama beberapa bulan. Oleh itu, setiap gereja tempatan perlu merancang untuk sekurang-kurangnya setengah tahun. Bagi rancangan setengah tahun ini, pemimpin gereja bukan sahaja perlu berfikir untuk memindahkan mimbar khotbah ke mimbar maya ( Internet), tetapi juga merancang untuk memindahkan keseluruhan kerja gereja ke landasan Internet satu demi satu. Justeru, siaran langsung kebaktian dalam talian yang diaplikasikan oleh gereja tidak bermaksud bahawa saluran ini ialah gereja media baru. Hakikatnya, keseluruhan konsep perlu dikemas kini.

54

Wabak ini meningkatkan kadar pembacaanSama seperti semua media baru, kadar pembacaan menjadi sangat tinggi disebabkan oleh wabak ini. Dari satu segi, ini merupakan masa keemasan bagi media. Pemimpin gereja haruslah memanfaaatkan tempoh ini untuk memikirkan kaedah untuk berkongsi apa-apa sahaja mesej yang perlu disebarkan. Cabaran ini amat besar bagi media Kristian. Kita menunjukkan keprihatinan dan perhatian kita terhadap sumber media kita. Pada masa yang sama, gereja kita juga terjejas sama seperti gereja-gereja lain. Oleh itu, pada masa ini, kita perlu menumpukan usaha terhadap mesej dalam kebaktian atas talian dan kaedah pendidikan agama atas talian.

Oleh yang demikian, lebih daripada sepuluh tahun yang lepas, Ibu Gereja Antarabangsa telah menubuhkan “True Jesus Church E-Library International Assembly” (http://ia.tjc.org/elibrary/Landing.aspx) iaitu perpustakaan kesusasteraan versi Bahasa Cina dan Inggeris yang turut mengandungi banyak rakaman khotbah dan klip YouTube. Memandangkan kita berada di rumah, maka kita harus mendorong pemercaya untuk lebih banyak melayari laman web ini supaya kehidupan rohani kita juga dapat dipuaskan dengan makanan rohani atas talian.

Selain itu, seiman yang menggunakan bahasa Melayu boleh melayari “Suria Timur” (http://www.tjcsabah.com). Sebelum wabak ini melanda, Ibu Gereja telah berusaha keras untuk memuat naik sejumlah besar bahan sastera kerohanian dalam bahasa Melayu. Allah turut bekerja dalam segala sesuatu. Dalam situasi pada hari ini, kita dapat menggunakannya.

55

Guru-guru pendidikan agama yang mahu bersedia untuk menjalankan pengajaran dalam tal ian adalah dialu-alukan untuk melayari “Rangkaian Sumber Penggembalaan Ibu Gereja Taiwan” (https://edu.tjc.org.tw/教材集/). Maklumat di dalamnya adalah cukup dan lengkap dengan bahan pengajaran yang pelbagai dan mudah untuk digunakan. Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dalam pembacaan Alkitab boleh melayari aplikasi Alkitab “RHEMA Bible App” yang direka cipta oleh Ibu Gereja Antarabangsa (https://bible.tjc.org).

Kini, kebanyakan orang berkongsi mesej / maklumat menerusi WhatsApp, Telegram, Line dan aplikasi-aplikasi lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat mengenai laporan dan analisis wabak dalam kalangan rakan bahkan melakukan aktiviti-aktiviti lain bagi mengisi masa lapang. Namun, berapakah pemimpin gereja yang mengambil bahagian dalam perkongsian mesej tentang pengajaran rohani? Ramai rakan sekerja yang memilih untuk berdiam diri, tidak berkongsi mesej sebenar dan artikel berkualiti walaupun selepas membaca artikel rohani dan membuat penilaian bahawa sumber berkenaan berguna kepada pemercaya.

Hari ini merupakan era membaca. Mengapa kita tidak menjadi nabi Barukh dalam era media baru, setiausaha yang setia bagi Yeremia zaman akhir (Yer 36:4)?

Perubahan peranan penggembala kesan daripada wabak iniMungkin kita akan bertanya: Mengapa Covid-19 pada kali ini dapat mengganggu rutin kehidupan harian kita bahkan mengheret kita ke jalan buntu yang membimbangkan dan panik? Adalah tidak sukar untuk kita perhatikan bahawa pandangan dan fokus manusia senang sekali dikuasai oleh wabak. Hati dan pemikiran kita, tingkah laku kita dan sebagainya, semuanya tertumpu pada perkembangan dan perubahan wabak. Tanpa disedari, keadaan ini membawa kita dalam suatu keadaan yang panik dan ketakutan oleh maklumat.

Dalam kehidupan zaman bermaklumat, tentu sekali, keadaan ini memudahkan kita untuk mendapatkan semua jenis maklumat dengan kadar yang segera. Namun pada masa yang sama, kita tidak boleh tidak mengakuinya bahawa banyak ketakutan dan kebimbangan kita berpunca daripada maklumat Internet yang berlebihan. Walaupun maklumat-maklumat ini membantu kita untuk memahami keadaan masa kini, namun turut meletakkan bom yang tidak kelihatan dalam hati kita.

56

untuk menang dalam pertempuran rohani ini dengan bersandar kepada Tuhan? Bagaimanakah para guru memimpin domba-domba kecil Tuhan supaya perkembangan kelas pendidikan agama tidak terjejas?”

Dalam satu aspek, sama ada dalam talian ataupun luar talian, "beban kerja" kita tetap tidak berkurang. Namun pada masa yang sama, kita perlu menambah lebih banyak pelayanan penggembalaan. Antaranya termasuklah menenangkan dan menggembala emosi saudara dan saudari serta termasuk mengadakan lebih banyak mesyuarat dalam talian (hal ini telah pun dilaksanakan oleh Jawatankuasa Belia). Ada yang berkata: “Dulu zaman prefigurative, sekarang pula zaman postfigurative iaitu zaman golongan junior yang menyampaikan pengetahuan kepada golongan senior”. Demi keperluan gereja, siapakah yang berani untuk tidak menerimanya?

Peranan gembala sebagai seorang jurucakap imam dari atas mimbar khotbah kini telah berubah menjadi seorang penyebar amalan iman kepercayaan dalam talian. Daripada seorang penulis skrip pada hari biasa, kini telah dikembangmajukan kepada memasuki penulisan dalam domain awam dengan lebih sedar dan berkongsi pandangan sendiri supaya sejumlah besar pemercaya dapat memperoleh makanan rohani tepat pada masanya.

Selain itu, kita sarat dengan maklumat pada masa sekarang. Oleh itu, para gembala perlu berubah menjadi pemimpin, mengajar saudara-saudari tentang cara untuk membezakan antara fakta dengan khabar angin, bimbing saudara-saudari untuk mengikuti dan membaca artikel yang berkualiti di samping memuat naik maklumat rohani yang teratur kepada saudara-saudari setiap hari.

Sebagai gembala di dalam gereja, tidak kira apa-apa keputusan yang kita terima daripada Tuhan, baik untuk mengadakan kebaktian dalam talian ataupun interaksi luar talian dan dalam talian, kita perlu berhadapan dengan sa tu pe rsoa lan yang leb ih se r ius dan mendesak: “Bagaimanakah pemimpin gereja dapat menggembala pemercaya dengan lebih berkesan? Bagaimanakah para gembala membekalkan lebih banyak bimbingan untuk penyempurnaan rohani? Bagaimanakah para para gembala memimpin saudara dan saudari

57

Cabaran wabak kali ini membolehkan gembala melihat dengan lebih terperinci bahawa dirinya merupakan pusat bagi rangkaian perhubungan. Gembala perlu menyelaraskan dan menyatukan semua sumber dan karunia daripada semua pihak secara efektif untuk menyelesaikan kerja secara bersama. Usaha ini memang tidak mudah sama sekali!

Hanya dengan perubahan ini sahaja barulah pemercaya yang berada di luar talian tidak akan berasa panik dalam roh, tidak berebut secara membabi buta melainkan tinggal di dalam Tuhan, tidak akan mendua hati lalu tidak akan tenang dalam hidupnya (Yak 1:8). Sebaliknya, harus ada pembaharuan budi, membedakan manakah kehendak Allah. Pemercaya harus lebih berjaga-jaga supaya pemikiran tidak diracuni terutamanya terdapat banyak maklumat yang benar dan palsu dalam Internet pada masa sekarang.

Bagaimanakah untuk menggembala dalam era pasca wabak? Kebaktian dalam talian adalah tidak ideal kerana mempunyai batasan dan kekurangannya. Walau bagaimanapun, dalam masa-masa kritikal, kebaktian dalam talian, persekutuan kumpulan kecil dalam talian, kelas pendidikan agama dalam talian dan sebagainya juga muncul. Tidak sedikit pemimpin gereja yang melakukannya sambil belajar iaitu mengajar dan mengadakan persahabatan atas talian melalui siaran langsung Facebook Live ataupun Zoom.

Kaedah kebaktian desentralisasi ini akan menjadi satu kebiasaan. Walaupun kelihatan seperti berselerak, namun hakikatnya kaedah ini adalah bertumpu. Bentuk kebaktian ini akan terhasil dalam jangka waktu wabak Covid-19. Pemimpin gereja perlu bersedia dari segi mental bahawa wabak ini tidak akan hilang dalam kadar yang cepat dan kebaktian di gereja tidak boleh “diberhentikan” untuk beberapa waktu. Apabila wabak ini menurun sedikit, jumlah pesakit yang didiagnosis terus menurun lalu Perintah Kawalan Pergerakan dibatalkan dan semua boleh beroperasiseperti biasa kerana gereja akan dibuka semula dan kebaktian disambung semula, apakah reaksi pemercaya? Ini sesuatu yang masih belum diketahui.

Oleh itu, pemimpin gereja harus membuat justifikasi mental dan isi utama penggembalaan kerana ini memang perlu. Walaupun kita berasa tertekan dengan perkongsian dan kelengkapan dalam talian, namun tekanan ini sewajarnya menjadi

58

motivasi dan untuk melakukan justifikasi terhadap fokus penggembalaan kepada prinsip “bukan berfokus pada rutin, tetapi kepada isi”. Dengan itu, kita dapat mengurangkan "kebiasaan dan kebergantungan terhadap tempoh wabak" ke tahap yang paling minimum.

Selain itu, selepas wabak ini berlalu, gereja harus meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan keselamatan. Gereja harus secara aktif menjalankan kempen pembersihan, bekerjasama untuk mengatur persekitaran dalaman dan luaran gereja, bekerjasama untuk menjadikan gereja sebagai sebuah tempat kebaktian yang lebih kondusif serta memberikan penampilan dan atmosfera yang baru bagi gereja.

Kesimpulan Pada peringkat awal Kisah Para Rasul, Injil dipulihkan apabila gereja menghadapi penganiayaan besar. Gereja tidak terhenti di takuk berkebaktian. Hal yang penting di gereja ialah kehidupan rohani iaitu cara gereja hidup bergaul dengan saudara-saudari apabila mereka berada dalam kesusahan. Bukankah kini kita berada dalam situasi ini?

Tambahan pula, dari sudut pembelajaran, ancaman wabak kali ini membolehkan setiap pemimpin untuk beralih daripada pemikiran rasional kepada pengalaman mendalam dan kembali kepada intipati pembelajaran. Semua kemahiran penting dalam hidup kita adalah dipelajari melalui pengalaman sebelum kita belajar membaca dan menulis. Banyak pelajaran penting dalam kehidupan hanya dapat dipelajari setelah kita terjatuh berulang-ulang kali. Inilah yang disebut sebagai “pengalaman mendalam”. Keadaan ini juga sama dalam lapangan penggembalaan dalam talian gereja pada kali ini. Untuk tujuan ini, “penyebaran dan pengajaran iman kepercayaan" kita boleh dilakukan dengan lebih kerap dalam talian. Penggembalaan pula didasari oleh hubungan yang intim antara seiman yang menjadi latihan semula kepada murid di gereja pasca rasul.

Jika kita ada Tuhan sebagai sandaran, siapa lagi yang kita takuti? Alkitab ada mencatatkan: “Sebab itu dengan yakin kita dapat berkata: "Tuhan adalah Penolongku. Aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?” (Ibr 13:6).

Sekian dorongan bersama.

59

-20150926- (Gereja Da Tong) Khotbah Kesaksian daripada perkongsian group antarabangsa

1) Kesaksian Mempersembahkan DiriPada tahun 60 hingga 70-an, Penatua John Yang dari Taiwan selalu datang melawat ke Sabah. Pada waktu itu saya masih bekerja di Syarikat Singapore Airlines. Setiap kali beliau datang, saya akan meminta cuti untuk menemankan beliau, menjadi penterjemahnya. Beliau sangat berharap agar saya menjadi seorang penginjil penuh masa. Tetapi bagi saya, ini adalah sesuatu yang mustahil sebab sejak kecil saya menerima pendidikan Inggeris dan langsung tidak tahu Bahasa Cina - tetapi saya dapat memahami harapannya yang ikhlas. Saya telah menolaknya beberapa kali sehingga akhirnya Tuhan mengajar saya. Dua kali saya mengalami kemalangan jalan raya yang dahsyat dan sedar bahawa hidup dan mati berada dalam tangan Tuhan.

Pada tahun 1976, saya menerima sepucuk surat daripada Penatua John Yang, di mana beliau meminta saya pergi ke Singapura untuk menghadiri Maktab Teologi yang bermula pada 16hb Januari 1977. Saya berasa sungguh tertekan atas hal ini, tidak tahu apakah keputusan yang baik. Saya berdoa kepada Tuhan, minta satu petunjuk daripadaNya. Pada waktu itu saya mempunyai sebuah kereta yang lama, dahulu dibeli dengan harga yang murah. Maka saya berdoa dan berkata: “Jikalau kereta ini dapat dijual dalam masa tujuh hari, saya akan mempersembahkan diri menjadi seorang pendeta.” Selepas berdoa dan menyerahkan hal ini, saya tidak melakukan apa-apa, dan tidak menandakan bahawa kereta ini adalah untuk dijual. Hati saya terfikir sekiranya kereta ini tidak dijual, maka tidak perlulah saya mempersembahkan diri.

Kira-kira tiga hari kemudian, saya sedang makan di sebuah kedai kopi dan kereta itu diletakkan di depan kedai. Ada seorang yang agar tinggi dan besar, seperti seorang juruteknik, datang dan bertanya kepada saya: “Itu Kereta ini kamu punya kah?” Saya sangka kereta saya menghalang kereta orang lain. Ketika saya menjawab “Ya”, dia berkata: “Kamu mahu jual kan?” Saya tidak tahu bagaimana dia ketahui bahawa saya mahu jual kereta. Saya pun mengangguk-angguk kepala. Dia tanya saya berapa harganya. Saya rasa kereta itu cuma bernilai kira-kira RM1,000.00 dan kerana melihat orang itu seperti seorang mekanik, saya berkata dia lebih tahu nilai kereta saya. Jawabnya: “Saya bagi kamu RM3,000.00”. Saya sangat terkejut, kerana kereta itu tidak bernilai harga ini. Saya bertanya kepadanya: “Kamu tidak pernah memandu kereta ini, bagaimana kamu tahu harganya bernilai RM3000.00?” Katanya: “Tidak apa”. Dia pun mengeluarkan suatu borang supaya saya menandatanganinya dan dengan tidak bertanya-tanya saya telah menandatanganinya.

KESAKSIAN KEHIDUPAN PENDETA THOMAS KAM DARI GEREJA KOTA KINABALU

60

Selepas siap tandatangan, dia memberikan wang sebanyak RM3,000.00 kepada saya. Saya terasa serba salah dan susah hati, dan memberitahukannya bahawa kereta saya ada sedikit masalah. Maka saya kembalikan sebanyak RM300.00 kepadanya dan setelah dia menerimanya, dia mengambil kunci dan membawa kereta itu pergi. Seluruh proses selesai di bawah 10 minit. Setelah dia meninggalkan tempat itu, saya sedar, kereta itu sudah dijual! Saya teringat akan doa saya, dan tahu saya tiada sebab untuk menolak tawaran teologi lagi. Selepas kereta itu dijual, tidak pernah lagi saya melihat kereta itu di atas jalan raya. Apa yang menghairankan, sekiranya kereta itu ada di Sabah tentulah kami dapat melihatnya di jalan raya. Saya rasa pembeli itu bukan seorang manusia tetapi malaikat. Tubuh badannya sangat tinggi dan besar. Syukur kepada Tuhan, beginilah saya mempersembahkan diri sebagai pendeta.

2) Tuhan Menyediakan Dua Ekor Kijang Sebagai MakananAda suatu kali saya telah diutus ke suatu kawasan yang agak terpencil. Bersama saya ada pendeta (sekarang penatua) Timotius dan pendeta Titus. Disebabkan hujan lebat maka terjadilah tanah runtuh sehingga menyebabkan kami terperangkap selama dua minggu di sana. Penguasa gereja sangat baik hati, setiap hari beliau akan menyembelih ayam untuk dihidangkan kepada kami. Akhirnya tidak lagi kedengaran suara ayam berkokok. Pada suatu pagi, penguasa gereja itu berkata : “Minta maaf pendeta, kami tiada daging sudah......”. Saya pun menghiburkannya dengan berkata: “Tidak perlu kamu risau, kerana Tuhan pasti menyediakan!”. Selepas habis sarapan, kami ingin pergi memancing ikan di sungai. Rumah yang kami tinggal itu ada 2 tingkat. Apabila saya sedang turun tangga itu, tiba-tiba saya melihat di tepi rumah ada dua ekor kijang dengan suara yang nyaring. Saya berkata kepada penguasa gereja, “bila lagi kamu memelihara dua ekor kijang itu?”

Pdt. Thomas Kam

61

Beliau pun berasa sangat hairan kerana dia mempunyai enam ekor anjing pemburu di bawah rumahnya dan mereka tidak menyalak atau mengejar kijang itu. Setelah beliau melihat kijang itu, beliau segera mengeluarkan bakakuk (senapang) dan dari jendelanya menembak. Tembakan sekali itu mengenai kedua-dua ekor kijang lalu mereka rebah di situ. Kerana kami sibuk mengurus kedua-dua ekor kijang itu, kami membatalkan rancangan untuk pergi memancing di sungai. Apabila saya imbas kembali perkara ini, saya sedar bahawa Tuhanlah yang menyediakan makanan untuk kami. Yang dibekalkan Tuhan sesungguhnya berkelimpahan sehingga kami juga dapat membawa sedikit pulang ke rumah masing masing.

3) Hujan Turun Selepas Doa Ketika KemarauAda suatu kali saya diutus ke sebuah gereja di daerah pedalaman untuk menjalankan KKR Belia. Pada waktu itu sudah lebih kurang lima bulan tidak hujan dan di belakang gereja ada sebuah anak sungai yang membekalkan air kepada gereja. Namun kali ini anak sungai itu juga telah menjadi kering. Saya mencadangkan agar menggunakan baldi untuk mengisi air di tempat lain. Tetapi ini pun tidak dapat menyelesaikan masalah, kerana KKR Belia memerlukan banyak air untuk memasak, mandi dan diminum. Saya asyik memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah, tetapi tiba-tiba ada seorang saudari bertanya kepada saya: “Pendeta, kenapa kita tidak memohon Tuhan untuk menurunkan hujan?”. Mendengar pentanyaannya, saya berasa sangat malu kerana walaupun saya seorang pendeta tetapi saya tidak terfikir tentang hal ini.

Saya menerima cadangan ini, mengumpulkan semua orang muda, lebih kurang seratus orang dan berdoa dengan sungguh-sungguh di dalam aula gereja. Selepas setengah jam, kedengaranlah bunyi hujan, dalam hati saya berfikir tidak berapa mungkin kerana

62

masa itu kemarau sangat teruk malah tumbuh-tumbuhan pun telah layu. Maka saya teruskan berdoa. Tidak lama kemudian, turunlah hujan lebat, syukur puji Tuhan kerana menyelesaikan masalah yang begitu sulit. Hanya dengan satu doa sahaja tidak di sangka-sangka telah membawa kuasa yang sangat besar. Setelah saya mendapat pengalaman ini, dalam masalah-masalah yang ditemui di hari kemudian, saya akan mengumpulkan orang ramai untuk sama-sama berdoa. Saya sekurang-kurangnya ada tiga kali pengalaman seperti ini, iaitu tidak lama setelah berdoa, maka turunlah hujan.

4) Tuhan Serta Merta Menciptakan Air Terjun Untuk PembaptisanAda suatu kali saya bertugas di Miri, Sarawak di mana terdapat enam orang anak kecil yang sedia dibaptis. Tapak pembaptisan di sana selalunya di Laut Cina Selatan. Namun apabila kami pergi melihat tapak pembaptisan pada pagi itu, kami dapati angin dan ombak sangat kuat. Saya bimbang jika anak-anak kecil itu akan diseret ombak dan dihanyutkan ke dalam laut. Jika tragedi seperti itu berlaku, perkara sedemikian akan sukar untuk dijelaskan. Dalam hati terfikir, saya tidak ingin menghadapi risiko yang begitu besar, maka saya bercadang untuk mencari sungai berdekatan yang sesuai. Tidak lama selepas kami berjalan, tiba-tiba kedengaranlah suara air mengalir. Kami pun berjalan menuju ke arah bunyi itu dan menemui sebuah air terjun yang sangat cantik di sana.

Pada masa itu saya berfikir, kenapa orang tempatan tidak tahu bahawa di situ ada sebuah air terjun yang begitu cantik? Nampaknya mereka pun sangat kebingungan. Maka di air terjun itu lah kami membaptiskan 6 orang anak kecil ini. Saya juga telah mengambil gambar pada masa itu. Kemudian, kami kembali ke khemah doa untuk menjalankan sakramen pembasuhan kaki dan sakramen perjamuan kudus. Ada seorang diaken tua menanya kami di manakah kami menjalankan pembaptisan, jawab kami: “Kami membaptis di sebuah air terjun”. Diaken tua itu berkata: “Saya sudah tinggal di sini selama 30 tahun lebih, tidak saya tahu di sana ada air terjun”. Pada petang itu, kerana agak lewat sudah setelah menjalankan sakramen perjamuan kudus, kami pun bercadang

63

untuk pergi melihatnya lagi pada keesokan hari.

Pada hari berikutnya selepas makan sarapan, kami pun bertolak mencari air terjun di mana kami membaptis kelmarin. Kami mencari di merata-rata tempat dan ternyata sungguh hairan sekali kerana air terjun yang begitu besar itu telah hilang. Saya berfikir samada kami telah sesat. Akan tetapi, di atas lantai masih ada lagi tapak kaki yang kami tinggalkan kelmarin. Saya berfikir, adakah perkara ini terjadi secara kebetulan? Ada beberapa tahun kemudian apabila saya melawat kembali ke kawasan ini, saya pasti akan pergi mencari air terjun itu lagi. Tidak kurang tujuh kali saya kembali ke situ tetapi air terjun itu tidak pernah kelihatan lagi. Syukur puji Tuhan, kerana menyediakan air terjun yang begitu cantik supaya kami dapat menjalankan pembaptisan. Tuhan adalah sumber kehidupan kita. Apabila kita memerlukanNya, maka Dia akan menampakkan diri kepada kita.

5) Penglihatan Loh-Loh Batu Sepuluh Hukum, Tongkat Yang Bertunas Dan Manna Semasa KKRAda suatu kali apabila KKR dijalankan di gereja Kudat, pada masa itu cuma ada dua orang pendeta bertugas, iaitu pendeta (sekarang penatua) Stefanus Tham dan saya sendiri. Kami bergilir-gilir menyampaikan khotbah dan kami menterjemah berselang seli. Pada pagi itu, kami berdua berdiri di atas mimbar, saya melihat ada beberapa orang belia di bawah sedang mengalirkan air mata di tempat duduk dan asyik melapkannya. Saya berasa sangat hairan. Setelah kami turun dari mimbar, kami pun pergi ke tempat duduk mereka untuk bertanya. Kata mereka: “Kami melihat kemuliaan Tuhan, di belakang mimbar muncul sebuah pelangi. Cahayanya sungguh terang, ada cahaya yang bersinar di atas kepala pendeta dan lingkaran itu menjadi semakin besar”.

64

Jika anda berminat untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Gereja Yesus Benar, Sabah, sila layari laman web Ibu Gereja di http://ga.tjcsabah.com. Untuk sebarang maklumbalas, sila hubungi kami melalui emel di [email protected].

Di samping itu, sila bawa dalam doa tentang kerja suci e-Berita ini. Imanuel!

Kemudian kami telah menjalankan pembaptisan untuk enam orang. Selepas sakramen pembaptisan kami pun kembali ke aula gereja untuk menjalankan sakramen pembasuhan kaki. Ketika kami berdiri di atas mimbar, terdapat enam hingga tujuh orang pemercaya sekali lagi mendapat penglihatan. Apabila tiba waktu sakramen perjamuan kudus, ada dua orang saudari melihat di sebelah kanan saya muncul dua loh batu sepuluh hukum. Di sebelah kiri saya pula muncul tongkat Harun yang bertunas. Selepas tongkat itu bertunas, ia menghasilkan buah pula. Di atas mimbar juga muncul banyak benda-benda kecil yang putih-putih, itulah manna. Ketiga-tiga benda ini melambangkan jalan, kebenaran dan hidup (Yoh 14:6). Pemercaya-pemercaya yang muda itu melihat banyak malaikat yang berterbangan dekat pelangi. Mereka melihat lagi ketika kami memecah-mecahkan roti tidak beragi dan menyerahkannya kepada diaken, tubuh diaken itu menjadi bersinar. Kami percaya sedalam-dalamnya bahawa gereja ini dipenuhi kemuliaan Tuhan. Semoga kesaksian saya dapat meneguhkan iman kita semua.

KKR Gereja Kudat, 14-16 Ogos 1981