Kurikulum Tersembunyi

35
PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 1.0 APA ITU KURIKULUM? 1.1 Definisi Kurikulum Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang kurikulum tersembunyi adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kurikulum. Dalam dunia pendidikan, seseorang tenaga mengajar perlu mempunyai satu panduan atau pedoman yang akan memandu hala tuju mereka di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Perancangan atau hala tuju ini sangat penting bagi memastikan tenaga pengajar tersebut tidak terpesong dari matlamat asal yang telah ditentukan. Panduan atau pedoman kepada guru atau tenaga pengajar semasa melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dikenali sebagai “kurikulum”. Dalam kurikulum, terdapat semua maklumat berkaitan proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran. Seseorang tenaga pengajar tidak boleh lari daripada mengikuti dan melaksanakan kurikulum seperti yang telah dipersetujui. Perkataan ‘kurikulum’ berasal daripada bahasa Latin iaitu EDU 3316 1

Transcript of Kurikulum Tersembunyi

Page 1: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

1.0 APA ITU KURIKULUM?

1.1 Definisi Kurikulum

Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang kurikulum

tersembunyi adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu tentang apa yang

dimaksudkan dengan kurikulum. Dalam dunia pendidikan, seseorang tenaga

mengajar perlu mempunyai satu panduan atau pedoman yang akan memandu

hala tuju mereka di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Perancangan

atau hala tuju ini sangat penting bagi memastikan tenaga pengajar tersebut tidak

terpesong dari matlamat asal yang telah ditentukan. Panduan atau pedoman

kepada guru atau tenaga pengajar semasa melaksanakan pembelajaran dan

pengajaran dikenali sebagai “kurikulum”.

Dalam kurikulum, terdapat semua maklumat berkaitan proses pelaksanaan

pembelajaran dan pengajaran. Seseorang tenaga pengajar tidak boleh lari

daripada mengikuti dan melaksanakan kurikulum seperti yang telah dipersetujui.

Perkataan ‘kurikulum’ berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘curere’. Perkataan ini

mambawa maksud ‘laluan’ atau ‘jejak’. Secara lebih luas ia membawa maksud

‘jurusan’, manakala dalam Bahasa Inggeris ‘kurikulum’ mengandung pengertian

‘jelmaan’ atau ‘metamorfosis’. Paduan makna daripada kedua-dua bahasa ini

menghasilkan satu makna ‘kurikulum’ iaitu’laluan dari satu peringkat ke satu

peringkat’. Perluasan makna ini memberikan pengertian ‘kurikulum’ dalam

EDU 3316

1

Page 2: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

perbendaharaan kata bahasa Inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di

sekolah’.

Selain itu, Nicholls, S.H. dan Nicholls, A. dalam Penerokaan Teori Kurikulum,

mentakrifkan kurikulum sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang

oleh guru-guru untuk murid sekolah. Hirst memberikan definisi kurikulum sebagai

satu program yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai

objektif yang dirancangkan. Menurut Tyler juga dalam Penerokaan Teori

Kurikulum , kurikulum ialah segala pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh

sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Definisi ini meliputi objektif

pendidikan, segala pengalaman yang terancang dan penilaian pencapaian

murid-murid. Kurikulum juga boleh didefinisikan sebagai pengetahuan dan

pengalaman yang dibina semula oleh murid. Pengetahuan dan pengalaman

yang dibina semula ini dibentuk dengan bersistem di bawah naungan sekolah

untuk mempertingkat kemajuan murid mengawal pengetahuan dan pengalaman

sendiri. Hakikatnya, kurikulum mengaitkan proses pembinaan semula

pengetahuan dan pengalaman murid dengan kebolehan murid itu sendiri.

1.2 Konsep Kurikulum

Setelah meneliti pelbagai jenis definisi, kurikulum bolehlah difahamkan

sebagai rancangan merangkumi aktiviti akademik seperti matapelajaran, kursus

dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan, unit beruniform serta

EDU 3316

2

Page 3: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti-aktiviti

sama ada akademik atau bukan akademik yang boleh membantu para murid

mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pengalaman-pengalaman yang dirancangkan itu hendaklah secocok dengan

umur, kebolehan, minat dan kematangan murid.

1.3 Objektif Kurikulum

Kurikulum yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk murid-murid di

sekolah mempunyai beberapa objektif. Antara objektif utama ialah :

a) Berhasrat menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani.

b) Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis, analitis, kreatif,

inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan yang benar.

c) Bertujuan memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan

setiap individu.

d) Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menggalakkan uantuk membolehkan pembelajaran maksimum

tercapai.

e) Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni melalui

matapelajaran yang disediakan.

f) Menghasilkan murid yang berakhlak mulia dan progresif.

EDU 3316

3

Page 4: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

g) Berhasrat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan

berketerampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat

dan Negara.

h) Melahirkan insan yang beragama, mempunyai kemantapan jiwa dan

bersedia untuk berbakti.

1.4 Jenis-jenis Kurikulum

Warwick dalam Mohd Daud Hamzah(1993) menerangkan bahawa terdapat

tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas untuk mencapai objektif-objektif di

atas. Tiga dimensi itu ialah kurikulum formal, kurikulum ideal dan kurikulum

tersembunyi atau juga dikenali sebagai kurikulum terpendam.

a) Kurikulum Formal

Kurikulum formal merujuk kepada semua aktiviti yang berlaku secara

nyata di sekolah. Hal ini merangkumi segala aktiviti bilik darjah, kegiatan luar bilik

darjah serta sukan dan permaianan yang telah dirancang oleh pihak tertentu dan

dikawal selia oleh guru. Aktiviti yang berlaku ini boleh diibaratkan seperti

kandungan geologi bumi, di mana setiap lapisan yang terdapat dalam bumi

adalah saling berkaitan antara satu sama lain dari lapisan kerak hinggalah ke

teras dalam. Begitu juga dengan kurikulum di sekolah, kita boleh ibaratkan satu

lapisan mewakili satu bentuk satu aspek kurikulum yang saling berkaitan .

EDU 3316

4

Page 5: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

b) Kurikulum Ideal

Prinsip-prinsip yang terlibat dalam sesuatu kurikulum akan menjamin

kesepaduan kurikulum secara keseluruhannya. Prinsip-prinsip inilah yang

terkandung dalam kurikulum ideal. Kurikulum ideal ini sepatutnya mengandungi

pandangan-pandangan daripada semua pihak yang terlibat dalam sistem

persekolahan, iaitu pengetua, guru besar, guru, nazir, kakitangan sumber ibu

bapa dan sebagainya. Tanpa kurikulum ideal, kurikulum formal tidak mempunyai

asas serta kekurangan arah yang tertentu. Kurikulum ideal ini merupakan satu

batu induk bagi kurikulum formal.

c) Kurikulum Tersembunyi

Dimensi ketiga kurikulum ialah kurikulum tersembunyi. Kurikulum ini

merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung

oleh para murid dan kesannya adalah di luar kawalan guru. Pembelajaran

sampingan berlaku disebabkan cara kurikulum itu disusun dan kaedah-kaedah

pengajaran yang diterapkan oleh guru dan persekitaran di sekolah.

EDU 3316

5

Page 6: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

2.0 KURIKULUM TERSEMBUNYI

Kurikulum dan sekolah saling lengkap melengkapi. Setiap sekolah di

Malaysia mengikuti kurikulum yang sama , dirancang oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK). Melalui kurikulum yang dibina inilah pihak sekolah dapat

membekalkan ilmu dan pengalaman kepada para murid. Di sebalik kurikulum

yang direkabentuk dan disusunatur persembahannya terdapat satu lagi

kurikulum yang tersembunyi. Menurut Roland Meighan dalam Ishak

Ramly(2003), beliau menyatakan kurikulum tersembunyi ialah segala amalan-

amalan di sekolah yang kadangkala dilakukan tanpa difikirkan tujuannya.

Kesimpulannya, tidak terdapat definisi yang tepat dan khusus bagi kurikulum

tersembunyi kerana kedudukan, makna, fungsi dan peranannya dalam

pendidikan adalah pelbagai arah , tidak khusus dan pelbagai objektif. Terdapat

dua jangkaan kurikulum tersembunyi iaitu jangka masa panjang dan jangka

masa pendek.

2.1 Konsep Kurikulum Tersembunyi

Istilah kurikulum tersembunyi merujuk segala perkara yang dapat

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran serta sistem persekolahan yang

bertujuan untuk meningkat dan mendorong pertumbuhan pengajaran dan

pembelajaran. Kurikulum tersembunyi ini berlaku secara terselindung atau tidak

rasmi dalam organisasi sekolah, sistem sekolah atau sistem pendidikan.

EDU 3316

6

Page 7: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Kepelbagaian kurikulum tersembunyi ini telah membawa pelbagai

implikasi serta perubahan dalam mewariskan tradisi bagi mengekalkan struktur

sosial masyarakat. Kurikulum tersembunyi boleh berlaku secara adaptasi,

asimilasi, interpretasi dan asosiasi rukun serta susila hidup yang bersistem dan

berpelembagaan kepada generasi baru yang menjadi pewaris masyarakat.

Menyedari akan hakikat bahawa kurikulum pendidikan mempunyai matlamat

mengubah murid dari segi pemikiran, perasaan, perbuatan dan kepercayaan

kepada satu tahap yang diperakukan masyarakat maka mahu ataupun tidak,

sekolah telah mengambil alih dalam banyak perkara pendidikan daripada

institusi-institusi keluarga, masyarakat, kebudayaan dan sebagainya. Ini

bermakna dalam konteks khusus, kurikulum tersembunyi telah berlaku dan dapat

diertikan sebagai menyediakan pengalaman murid yang tidak diduga yang timbul

daripada sesuatu kurikulum, serta juga pengalaman yang timbul daripada

beberapa situasi dan pola budaya yang terdapat di sekolah. Apa yang mungkin

dialami oleh murid dalam kurikulum tersembunyi ialah mereka dilatih untuk hidup

dalam masyarakat dan diberi latihan yang lebih bersifat ‘soft skils’ atau

kemahiran insaniah untuk masa hadapan dan memberi kepuasan kepada

mereka sepanjang berada di sekolah. Hakikatnya, walaupun tidak distrukturkan

secara kemas dan tersusun dalam pelaksanaan kurikulum rasmi sekolah, tetapi

kurikulum tersembunyi ini dapat menentukan keberkesanan pengalaman sekolah

yang dilalui oleh setiap murid.

EDU 3316

7

Page 8: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

2.2 Pelaksanaan kurukulum tersembunyi

Pelaksanaan Kurikulum tersembunyi ini sering menimbulkan persoalan

dalam kalangan masyarakat sekolah, sama ada pihak pentadbir, guru pekerja

sekolah dan murid. Persoalan yang timbul ialah dari manakah datangnya

kurikulum tersembunyi ini, adakah dari murid, guru atau orang-orang

berkepentingan mendapatkan ganjaran dan kedudukan seperti PIBG dan lain-

lain.

Untuk mengetahuinya, saya memetik pendapat Kliebard dan Bellack

dalam Inilah Kurikulum Sekolah (2003) yang telah mengemukakan tiga dimensi

kurikulum tersembunyi iaitu:

a) Kurikulum tersembunyi menunjukkan perlakuan hubungan sekolah

yang meliputi interaksi sosial guru, murid, struktur kelas, keseluruhan

pola organisasi bdan murid sebagai mikro kosmos sistem nilai sosial.

b) Kurikulum tersembunyi dapat menjelaskan sejumlah proses

pelaksanaan di dalam ataupun di luar sekolah yang meliputi hal-hal

yang mempunyai nilai tambah, sosialisasi dan pengekalan struktur

organisasi kelas.

c) Kurikulum tersembunyi meliputi perkara-perkara yang dapat

membezakan tingkat kesengajaan yang dimiliki masyarakat yang

diperoleh secara incidental dan pola-pola kesejagatan ini sama-sama

berperanan membentuk dan mengekalkan pola serta perlakuan

manusia. Kurikulum tersembunyi sama-sama berperanan dalam

menentukan perubahan fungsi nilai sosial pendidikan.

EDU 3316

8

Page 9: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Secara terhad kurikulum tersembunyi meliputi pengelompokan murid

berdasarkan kemampuan, hubungan guru dengan murid, peraturan kelas, isi

buku teks secara implisit, perbezaan peranan murid berdasarkan jantina dan

struktur kenaikan kelas. Manakala dalam konteks yang lebih luas kurikulum

tersembunyi ini meliputi hasilan sosiopolitik, kepercayaan, nilai, adat budaya,

sikap dan kekuasaan. Jelaslah di sini semua perkara yang dapat mempengaruhi

pelaksanaan kurikulum rasmi dan pendidikan dapat dikelompokan sebagai

kurikulum tersembunyi.

2.3 Aspek Kurikulum Tersembunyi

Seperti mana yang kita tahu kurikulum tersembunyi tidak direncanakan

atau diprogramkan tetapi kehadirannya sudah cukup untuk mempengaruhi

tingkah laku murid. Terdapat dua aspek dalam kurikulum tersembunyi yang

menjalankan tugas ini iaitu:

a) Aspek Relatif Tetap

Meliputi ideologi, keyakinan, nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi

sekolah. maksudnya di sini, masyarakat merupakan pihak yang menetapkan

pengetahuan yang harus diwarisi dan yang tidak perlu diwariskan kepada

generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat. Selain itu, sistem

pengurusan kelas, aturan yang diterapkan serta pengelompokan murid juga telah

membawa implikasi pengaruh kepada murid.

EDU 3316

9

Page 10: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

b) Aspek Berubah-ubah

Meliputi angkubah organisasi sistem sosial dan kebudayaan. Perkara ini

termasuklah pengelolaan kelas oleh guru, penyampaian dan kaedah pengajaran

yang hendak digunakan dan sistem kenaikan kelas, yang mungkin berdasarkan

bilangan jantina dalam kelas, markah pencapaian dan lain-lain. Manakala sistem

sosial pula meliputi hubungan murid dengan guru, murid dengan murid, guru

dengan pentadbir sekolah, guru dengan murid dan sebagainya. Angkubah

kebudayaan pula membawa pengertian segala sistem keyakinan dan nilai yang

didukung masyarakat dan sekolah.

2.4 Bagaimana Kurikulum Tersembunyi Berlaku?

Kita sedia maklum bagaimana kurikulum yang direkabentuk oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) berfungsi dan dilaksanakan di sekolah secara

terancang. Namun kurikulum yang kita sediakan itu jarang-jarang berfungsi

seperti yang diharapkan kerana sebahagian besarnya ilmu pengetahuan yang

agak terpisah daripada situasi yang boleh digunakan secara terus. Oleh yang

demikian, kerelevanan ilmu itu sukar dilihat oleh murid. Nilai-nilai hidup yang

akhir-akhir ini diserapkan ke dalam kandungan pelajaran di sekolah juga didapati

bukan sahaja terlalu ideal tetapi terlalu janggal dari segi pengajarannya

sehinggakan murid merasai pembelajaran seperti mempelajari ilmu yang bersifat

EDU 3316

10

Page 11: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

akademik. Justeru, sebahagian proses pembelajaran boleh berlaku melalui cara-

cara lain daripada pengajaran formal yang berlandaskan kurikulum. Proses

pembelajaran ini ialah kurikulum tersembunyi yang banyak terdapat di sebalik

mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Pembelajaran ini banyak membantu

murid bukan sahaja untuk lulus dalam peperiksaan tetapi yang lebih penting

adalah untuk memastikan murid-murid memperoleh kejayaan dalam hidup.

Persoalannya bagaimana proses pembelajaran ini boleh berlaku? Oleh itu,

seterusnya kita lihat beberapa cara dan situasi yang telah menerapkan kurikulum

tersembunyi ini.

2.4.1 Interpretasi Pelajar

Pertama, ialah melalui interpretasi murid terhadap pelajaran yang diajar

secara formal. Penjelasan guru tentang sesuatu isi pelajaran seringkali

disalahfahami dan kadang-kadang diterokai secara mendalam oleh murid

sehinggakan perkara yang ditemui oleh murid itu berlainan sekali daripada yang

ingin disampaikan oleh guru. Contohnya, dalam pelajaran subjek sejarah

terdapat peristiwa-peristiwa peperangan dan penaklukan. Apa yang penting

untuk disampaikan mengikut preskripsi kurikulum mungkin perkaitan dan

kesinambungan daripada perpektif masa, tetapi murid mungkin tersilap dalam

menyusun fakta yang boleh membawa implikasi berlainan terhadap fahaman dan

penghayatan peristiwa yang dipelajarinya. Murid juga berkemungkinan

mendalami dan membuat beberapa andaian yang membolehkan dia terus

EDU 3316

11

Page 12: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

menilai dan akhirnya melakukan interpretasi yang berlainan. Hasilnya, murid

bukan sahaja telah melalui proses penghayatan yang terfikir oleh perancang

kurikulum dan guru malah murid juga telah sampai ke suatu tahap dalam

membuat pendirian tersendiri berkenaan peristiwa itu dan ini diserapkan sebagai

sebahagian daripada falsafah hidupnya.

2.4.2 Guru Sebagai Model

Guru-guru secara langsung atau tidak langsung, di dalam atau di luar bilik

darjah memainkan peranan penting dalam mendidik para murid di sekolah.

Sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang pendidik sudah pastinya akan

tersisip pembelajaran secara tidak formal oleh guru atau kurikulum tersembunyi.

Contohnya, kita lihat melalui situasi disiplin, apabila seseorang murid tidak

manyiapkan kerja yang diberi untuk disiapkan di rumah mungkin guru

menasihati murid berkenaan mengubah sikap ataupun guru tersebut mungkin

mendenda murid tersebut. Tindakan yang dilakukan oleh guru bukan sahaja

menjadi pengajaran kepada murid berkenaan, malah menjadi pengajaran

kepada murid-murid lain juga. Nilai dan norma masyarakat yang disampaikan

melalui tunjuk ajar sebegini mampu menjadi teladan kepada murid dan menjadi

pegangan kepada mereka dalam menilai perkara baik dan buruk. Selain itu, guru

juga sinonim bertindak sebagai mentor kepada murid. Peranan guru sebagai

mentor tidak terbatas kepada tugas mengajar matapelajaran sahaja. Malah guru

sebenarnya memainkan peranan lebih daripada yang tercatat dalam tugas rasmi

EDU 3316

12

Page 13: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

guru. Situasi mentor dan pementoran ini boleh wujud dalam keadaan formal dan

tidak formal. Peranan guru sebagai mentor adalah untuk membimbing murid

membina konsep kendiri positif. Misalnya, seorang guru matematik dan sains

berperanan sebagai mentor, maka dia perlu menjadi orang yang lebih analitis

dan saintifik sebelum muridnya. Semua guru sebenarnya memegang peranan

sebagai mentor dan memiliki kualiti mentor yang positif secara tidak langsung

kerana guru merupakan role model kepada murid-murid di sekolah.

Saya bawa satu contoh situasi kes pementoran dan kurikulum

tersembunyi ini berlaku. Seorang murid A yang berada dalam dilema sama ada

ingin terus bertanggungjawab mengetuai pasukan bahas sekolah atau memberi

tumpuan pada peperiksaan SPM. Sindiran guru Y apabila markah peperiksaan

bulanannya merosot memberi tekanan kepadanya. Oleh itu, dia berjumpa

kaunselor dan menyatakan dia dapat memperbaiki bahasa inggerisnya sejak

menyertai bahas. Cikgu K yang banyak membimbingnya sejak tingkatan 3. Cikgu

K selalu menggunakan bahasa Inggeris apabila mereka hendak meluahkan

perasaan. Murid A sudah menang peringkat daerah dan membanggakan semua

orang, namun berbeza dengan cikgu Y yang tidak suka. Maka, siapa sebenarnya

mentor murid ini? Jawapannya ialah cikgu K kerana beliau telah berjaya

mendorong, memberi keyakinan dan mengoptimumkan potensi murid tersebut

walaupun hanya dengan kata-kata. Dengan ini, murid telah beroleh satu

keyakinan dan dapat mengekalkan potensi diri untuk masa hadapan.

EDU 3316

13

Page 14: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

2.4.3 Suasana Bilik Darjah

Ketiga, bilik darjah sebenarnya boleh dianggap sebagai arena yang

memboleh dan meluangkan masa murid berinteraksi dan menimba kemahiran

hidup yang berlaianan dalam konteks sosial. Walaupun prioriti persekolahan

dikatakan mempelajari perkara-perkara yang berbentuk akademik, namun

pengajaran untuk hidup, iaitu kemahiran hidup sebagai sebahagian daripada

masyarakat dan untuk survival tidak ketinggalan. Pengajaran seperti ini diperoleh

dalam konteks sosial iaitu menerusi aktiviti sosial murid mencuba pelbagai cara

untuk terus hidup bersama. Contohnya, kita lihat situasi di kantin murid-murid ini

akan beratur semasa membeli makanan walaupun ia bukan satu peraturan yang

termaktub dalam kuriklum yang direncanakan namun, dalam konteks sosialnya

beratur itu mewujudkan sifat tolak ansur dan kesabaran. Dengan ini, murid bukan

sahaja dapat memuaskan kehendaknya tetapi juga kehendak organisasinya iaitu

rakan murid yang lain. Peranan yang dimainkan oleh setiap murid ialah peranan

yang sesuai dengannya dan peranan ini diasaskan kepada kedudukan murid

dalam kumpulan itu. Konflik akan sering berlaku dan ia akan diselesaikan

dengan menggunakan mekanisme sistem sosial yang sedia ada. Perkara

penting di sini ialah dalam memainkan peranan sebagai ahli kumpulan, murid

mempelajari norma dan nilai hidup masyarakat agar mereka dapat meneruskan

‘hidup bersama’.

EDU 3316

14

Page 15: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

2.4.4 Konsep Diri

Seterusnya, melalui gaya kepimpinan stimulasi inspirasi yang dimainkan

oleh guru juga ini tersisip kurikulum tersembunyi dengan kemas. Sepertimana

yang kita tahu, bagi seseorang murid di sekolah, guru-gurunya adalah konsep

dirinya yang utama. Oleh yang demikian guru-guru perlu menjalankan fungsi

membantu murid mempunyai konsep diri positif selain daripada menjalankan

fungsi sebagai pengajar matapelajaran. Menurut Bandura dalam Psikologi

Pendidikan Untuk Perguruan, pembelajaran sosial berlaku melalui pemerhatian.

Oleh itu, manusia dan haiwan boleh belajar dengan memerhatikan orang lain.

Kalau manusia boleh belajar dengan memerhati, sudah tentu mereka

menumpukan perhatian, membentuk imej, mengingat, menganalisis dan

membuat keputusan yang memberi kesan ke atas pembelajaran. Dalam

pembinaan konsep kendiri yang positif murid akan mengambil kira tiga sumber

utama iaitu yang pertama, pendapat orang lain iaitu cara individu lain

menganggap , bercakap dan melayan diri seseorang murid itu. Contohnya

apabila murid itu sering mendengar guru memujinya sebagai pelajar pintar,

dengan ini timbul keyakinan dalam dirinya sebagai orang pintar. Kedua ialah

penilaian dengan individu lain iaitu bagaimana seseorang murid itu memerhati

dan membandingkan dirinya dengan individu lain di sekelilingnya. Individu-

individu ini merupakan sumber inspirasi konsep dirinya yang utama. Misalnya,

apabila seseorang murid itu hendak mengetahui sejauh mana dia mempunyai

EDU 3316

15

Page 16: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

sesuatu bakat dan kebolehan, oleh itu dia akan membandingkan dirinya dengan

murid-murid di sekelilingnya. Salah satu cara perbandingannya ialah dengan

menyertai sesuatu pertandingan dan sekiranya dia memenangi pertandingan

tersebut maka dia mendapat gambaran tentang kepintaran dan kebolehannya

dan akan menjadi sumber konsep kendiri yang penting baginya. Yang terakhir

ialah melalui penilaian dengan diri sendiri. Sumber ini menyatakan bagaimana

seseorang murid itu mentafsir perilaku dengan pemikirannya sendiri. Pentafsiran

yang dilakukan ini akan membentuk konsep diri murid itu sendiri. Sebagai

contoh, seseorang murid itu percaya perbuatan tidak menyiapkan kerja-kerja

rumahnya adalah buruk dan tanda seorang pemalas, dan apabila dia melakukan

perbuatan tersebut dia akan berasa tidak seronok kerana sudah melihat ciri-ciri

orang yang pemalas ada pada dirinya. Dengan ini guru-guru memainkan

peranan dalam membina anggapan-anggapan positif ke atas diri murid

berkenaan. Ini kerana, sedar atau tidak, di sekolah murid akan berasa yakin dan

bangga apabila guru yang memberi pendapat yang baik tentang dirinya.

Guru perlu memastikan dia mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang

positif waima dari segi pakaian supaya murid dapat yakin dengan tegurannya

dan menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru kepada muridnya

hendaklah sesuatu yang boleh dicontohi oleh murid, walaupun kita tahu

hubungan seorang guru dengan seorang murid tidak akan berkekalan kerana

murid akan terus membesar. Namun, perlu diingat bahawa guru yang menjadi

model dan pembimbing kepada seseorang murid akan bertukar dari semasa ke

EDU 3316

16

Page 17: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

semasa. Hasil daripada proses interaksi dan sanjungan ialah murid dengan

sendirinya mempelajari norma dan nilai yang didokongi oleh model tersebut.

Menyedari akan hal ini, pemilihan seseorang guru itu sangat penting kerana

sekiranya guru tidak didokongi oleh satu cara hidup yang sesuai dengan budaya

masyarakatnya maka dia tidak sesuai mengajar kerana tingkahlakunya akan

ditiru atau diteladani oleh murid yang berlawanan norma dan nilai

masyarakatnya. Guru-guru juga seharusnya mengawasi murid-murid yang lebih

dewasa kerana murid-murid ini akan menjadi model dan penasihat kepada murid

yang lebih muda. Konsep diri yang terbentuk dalam diri murid ini akan membawa

dirinya bersama pengalaman-pangalaman yang ada pada masa hadapan sama.

Mereka mungkin memiliki segala pengetahuan dan kemahiran ketika di sekolah

tetapi semuanya tidak akan bermakna sekiranya tiada keyakinan diri untuk

mempraktikkan ilmu yang diperoleh itu. Oleh itu, bentuklah konsep diri yang

positif dalam diri mereka.

2.4.5 Iklim Sekolah

Sekolah boleh diibaratkan sebagai pasar, penjara, gedung ilmu dan

pelbagai lagi. Semua perbandingan mengenai ethos ini mencerminkan iklim atau

suasana sesebuah sekolah. Jika di dalam sesebuah sekolah itu kita dapati

pelajarnya berkeliaran atau ponteng kelas dan guru tidak dapat menggunakan

kuasanya untuk mententeramkan situasi ini, maka ciri pasar akan tertera pada

sekolah ini. Berbeza dengan sekolah yang menjalankan fungsi seperti yang

EDU 3316

17

Page 18: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

diharapkan dan mempunyai mekanisme kawalan seperti ganjaran dan dendaan

dengan berkesan serta setiap individu menjalankan tugas masing-masing, maka

sekolah ini akan dilabel sebagai gedung ilmu.

Setiap pelaksanaan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah akan

mencerminkan setiap individu yang berada didalamnya. Dengan ini, kita dapat

melihat cara sesebuah sekolah mentadbir murid-muridnya. Meninjau sekolah-

sekolah ini, kita akan terasa setiap sekolah mempunyai suasana yang berbeza

dan tersendiri. Perbezaan-perbezaan iklim sekolah ini mungkin dapat

dikelompokkan mengikut penekanan yang diberikan kepada tiga jenis tindakan

sosial iaitu tindakan instrumental, tindakan ekspresif dan tindakan moral.

Di sini kita dapat lihat kurikulum tersirat ini dilaksanakan oleh setiap

individu di dalam sekolah sama ada para guru, pihak pentadbir dan murid-murid.

Contohnya kita lihat sekolah yang banyak melahirkan murid cemerlang.

Biasanya cara pentadbiran yang di bawa oleh sekolah seperti ini menekankan

kepada tindakan instrumental iaitu semua aktiviti yang dijalankan diarahkan

kepada satu matlamat untuk masa hadapan. Tindakan ini berbentuk kognitif dan

juga yang menolong dalam pembentukan murid yang bertanggungjawab. Murid-

murid di sekolah ini biasanya belajar bersama-sama rakan, merujuk kepada

buku-buku di perpustakaan, menyoal guru, menjemput pegawai kerajaan untuk

menerangkan sesuatu isu seperti dadah, menjalankan kerja lapangan bagi

merekod sejarah setempat dan sebagainya. Dengan ini, sekolah dapat

menjadikan murid lebih berdikari, yakin dan sentiasa ke hadapan.

EDU 3316

18

Page 19: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Selain itu, sekolah juga tidak dapat lari daripada situasi yang menekankan

tindakan ekspresif, di mana tindakan yang dibuat itu ialah untuk melahirkan

perasaan dan proses ini memberikan kepuasan kepada diri sendiri. Dalam hal

ini, tindakan itulah juga adalah matlamatnya, misalnya menyanyi, membaca,

membuat bising, menolong kawan dan tindakan-tindakan sepertinya merupakan

aktiviti yang mengurangkan ketegangan dan menimbulkan kepuasan. Tindakan

ini tidak bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan peraturan. Seterusnya,

sekolah juga ada mengamalkan tindakan moral yang bertujuan menyatupadukan

semua individu sebagai satu kumpulan yang bersefahaman tentang perkara

sama ada yang salah atau yang benar. Setiap sekolah mempunyai mekanisme

bagi menghindar perbuatan yang merosakkan dan menggalakkan perbuatan

yang bermanfaat. Ethos sesebuah sekolah biasanya dipengaruhi oleh faktor-

faktor sejarah, lokasi, jenis dan latar belakang murid mengikut status

sosioekonomi keluarga.

Justeru, jelas bentuk-bentuk iklim atau suasana yang di cipta oleh sekolah

banyak mempengaruhi murid kerana mereka tidak dapat lari daripada mengikut

kehendak kumpulan dan organisasi. Dalam hal ini, semua rancangan yang

datang dari luar, tingkah laku guru-guru dan arahan-arahan daripada pihak

sekolah akan di interpretasikan dalam konteks budaya dan iklim sekolah dan

terus meresap dan mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah dan peribadi

murid-murid. Oleh itu, penting bagi pihak guru dan pentadbir sekolah untuk

mewujudkan satu iklim pembelajaran yang sihat di sekolah kerana persekitaran

EDU 3316

19

Page 20: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

merupakan salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi diri seseorang

individu.

2.4.6 Pelaksanaan Aktiviti

Seperti mana yang kita ketahui aktiviti ko-kurikulum merupakan kurikulum

yang telah dirancang seperti mata pelajaran juga. Namun di sebalik pelaksanaan

aktiviti seperti ini banyak tingkah laku dan sikap yang terbentuk selain daripada

yang telah dirancang. Persatuan bahasa melayu umpamanya, objektif utamanya

adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan bahasa

Melayu melalui aktiviti-aktiviti bahasa seperti penulisan esei, deklamasi sajak dan

drama. Namun, tanpa kita sedar penyertaan pelajar dalam aktiviti seperti ini

contohnya dalam drama adalah cara terbaik mengajar murid untuk melihat

sesuatu melalui kaca mata orang lain iaitu setiap orang mempunyai pandangan

yang berbeza. Lebih signifikan lagi, murid dapat membayangkan perasaan orang

lain dan bermakna mereka perlu meletakkan diri mereka sebagai orang itu dan

berada dalam situasinya. Apabila mereka memilki kemahiran ini, mereka akan

lebih berfikiran terbuka, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati

perasaan orang lain. Aspek kemahiran ini merupakan salah satu cara dalam

pembentukan akhlak murid-murid.

Selain itu, persatuan-persatuan lain juga seperti persatuan Bulan Sabit

Merah dan Kadet Remaja Sekolah mempunyai matlamat mereka yang tersendiri.

EDU 3316

20

Page 21: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Walaupun matlamat-matlamat yang termaktub ini cuba dicapai, terdapat

matlamat-matlamat lain yang tidak ditulis juga dicapai. Misalnya, peristiwa-

peristiwa seperti hari terbuka atau hari sukan sekolah dan sebagainya. Pada

masa ini semua persatuan akan menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing dan

ketika inilah pelbagai tingkah laku instrumental, tingkah laku ekspresif dan

tingkah laku moral yang tidak dirancang berlaku. Murid biasanya tidak sedar

mereka secara sukarela telah menyediakan satu rancangan dan

menyelenggarakan aktiviti yang dirancangkan. Kemahiran merancang dan

menyelenggarakan aktiviti, khususnya dalam mengatur perkara-perkara yang

perlu dilakukan dan memastikan wujudnya perhubungan yang baik antara ahli-

ahli bukanlah matlamat sebenar persatuan. Namun begitu, kemahiran yang

diperoleh ini bukan sahaja berguna pada masa persekolahan malah akan

membantu mereka pada masa hadapan.

Selain itu, dari sudut tingkah laku moral sudah tentu jelas dengan adanya

aktivit-aktiviti kumpulan dengan adanya sikap kerjasama, tolong-menolong,

mengambil inisiatif memajukan diri sendiri dan berbagai-bagai lagi yang disemai

secara tidak langsung. Manakala tingkah laku antimoral seperti tidak mahu

bekerjasama, menghalang sesuatu rancangan daripada dijalankan, menyakiti

hati kawan wajar dijadikan pengajaran dan teladan. Secara umumnya, setiap

tingkah laku yang berlaku akan membentuk personaliti murid itu sendiri.

2.4.7 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran(P&P)

EDU 3316

21

Page 22: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Sekiranya sebelum ini kita mengetahui proses P&P yang berlaku

merupakan sebahagian daripada kurukulum yang telah direncanakan, maka kita

juga boleh melihat bagaimana proses ini menerapkan nilai-nilai, kemahiran

insaniah, tingkah laku dan segainya. Contohnya, kemahiran membuat ramalan

dan akibat. Tiada subjek khusus yang mengajarkan tentang ramalan kesan dan

akibat. Ramalan tentang sesuatu perkara yang akan terjadi merupakan

sebahagian daripada sains, sebahagian daripada matematik dan sebahagian lagi

daripada bayangan untuk mencipta gambaran dalam pemikiran tentang apa

yang akan berlaku seterusnya. Dengan ini, murid dapat membuat ramalan

tentang hidupnya dengan mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh. Manusia

jarang-jarang berfikir ke depan. Dengan adanya kemahiran ini murid boleh

mentafsir masa hadapannya. Misalnya, “Apa yang akan berlaku sekiranya dia

tidak belajar?”. Maka secara tidak langsung dia dapat meramal dan mengetahui

akibatnya dan membuatkan dia sedar betapa pentingnya untuk belajar.

Dalam sesi P&P murid juga dilatih untuk menjadi lebih kreatif dan kritis

dalam menggunakan kognitif mereka. Untuk menjadi kreatif mereka perlu

memahami proses kreativiti itu sendiri. Idea kreatif itu sebenarnya hasil daripada

memanipulasikan pengetahuan yang ada dengan cara tertentu. Manakala

kreativiti biasanya muncul sebagai respon untuk sesuatu masalah dan untuk

menjadi kreatif murid perlu mencari dan menyelesaikan masalah untuk diatasi.

Sebahagian besar daripada kita sebenarnya tidak menyedari bahawa perkara

inilah yang diterapkan dalam mata pelajaran Matematik sebenarnya iaitu

bagaimana untuk menaakul dan menyelesaikan masalah. Selain daripada mata

EDU 3316

22

Page 23: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

pelajaran matematik, subjek lain juga ada menerapkan nilai sebegini misalnya,

dalam subjek Bahasa Melayu apabila pelajar diminta untuk membuat karangan

yang bertajuk cara-cara mengatasi kesesakan jalan raya, murid perlu berfikir

bukan sahaja dari satu sudut tetapi dari keseluruhan sudut masalah atau berfikir

di luar situasi yang juga dikenali sebagai thinking outside the box.

Selain itu, penggunaan jadual bertugas di dalam kelas juga dapat

menerapkan kebersihan dalam diri murid dan erti tanggungjawab. Contohnya,

apabila guru masuk ke dalam kelas sebelum memulakan P&P, guru akan

bertanya tentang kebersihan kelas secara tidak langsung mengingatkan murid

yang bertugas tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan kelas

pada hari tersebut. Penerapan nilai-nilai sebegini dapat membentuk akhlak dan

peribadi yang mulia. Secara praktisnya, banyak nilai-nilai yang diserapkan

secara tidak langsung dalam proses P&P di dalam kelas selain daripada yang

dinyatakan. Antaranya ialah cara untuk berkomunikasi, cara untuk menghargai

diri sendiri dan nilai kasih sayang sesama makhluk.

EDU 3316

23

Page 24: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

3.0 KESIMPULAN

Dapatlah dirumuskan di sini kurikulum tersembuyi adalah perlakuan,

perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum

yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan

jiwa pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi

hidup dan masyarakat. Pembelajaran daripada kurikulum tersembunyi ini sama

pentingnya dengan kurikulum tersurat. Sebagai warga pendidik kita seharusnya

tahu apa yang kiata mahu murid-murid kita belajar. Apabila kita peka dengan

keadaan ini maka kita dapat menggunakan sebaik mungkin peluang daripada

kurikulum tersurat untuk menyisipkan kurikulum tersurat ini dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum tersembunyi ini mempunyai pertalian yang erat dengan

pengalaman persekolahan individu. Jika seseorang individu itu mengikuti

perjalanan sistem pendidikan yang diterjemahkan dalam pelbagai reka bentuk

kurikulum maka dia akan memperoleh ilmu dan pengalaman persekolahan yang

akan menjadi ingatan , panduan dan pegangan hidup sehingga kanak-kanak itu

dewasa. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi ini mempunyai pengaruh dan

peranan yang besar dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat. Amalan

dan kebiasaan tradisi ini akan membawa implikasi dan kestabilan dan

keharmonian pada masyarakat.

EDU 3316

24

Page 25: Kurikulum Tersembunyi

PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Justeru, dalam melaksanakan kurikulum tersembunyi ini para guru

sewajarnya mengambil sedikit masa untuk menerangkan dan menjelaskan

kepada murid-murid tentang manfaat daripada setiap pelajaran yang

disampaiakan di sekolah. Dengan ini, murid akan sedar bahawa setiap perkara

yang dilakukan di sekolah bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi berguna untuk

diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan masa hadapan mereka. Mereka

juga mungkin akan lebih teruja dan berkeinginan untuk belajar dan terus belajar

kerana mereka tahu setiap perkara yang mereka lakukan akan memberi impak

kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah kepada orang di sekelilingnya.

EDU 3316

25