KULIAH 9.ppt

10

Transcript of KULIAH 9.ppt

  • Persampelan bukan kebarangkalian digunakan untuk memilih sampel apabila setiap subjek dalam populasi tidak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih menjadi responden kajian.

  • 1. Persampelan Secara Kebetulan

    Pengkaji memilih subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dekat dengannya. Ia biasanya digunakan dalam temubual. Contohnya pengkaji menemubual 10 orang peserta yang paling dekat dengannya untuk mengetahui kekeberkesanan seminar yang dihadiri oleh mereka.

  • 2. Persampelan BertujuanProsedur persampelan dimana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Ini menyebabkan subjek-subjek kajian lain tidak berpeluang untuk dipilih sebagai responden.

  • Contoh: Pensyarah memilih dua orang pelajar yang mendapat markah yang tinggi, dua orang markah sederhana dan dua orang markah rendah untuk penyelidikan berkaitan persepsi kelas terhadap pengajaran menggunakan komputer

  • 3. Persampelan KuotaPersampelan kuota juga dikenali persampelan rawak berlapis bukan kebarangkalian.Pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi.

  • Pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategorikan oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi. Prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalan kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.

  • Contoh penyelidik ingin mendapat pendapat pelajar tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan. Penyelidik ingin mendapat pendapat pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat dan setiap tahun pengajian diwakili oleh 10 orang pelajar.Penyelidik akan menemubual pelajar yang keluar dari perpustakaan sehingga setiap kategori dipenuhi.

  • 4. Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

    Prosedur persampelan dimana responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian.Persampelan ini digunakan apabila pengkaji tidak mendapat senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri yang sama

  • Pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang yang mempunyai ciri-ciri yang akan dikaji. Setelah subjek ditemubual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan sehingga pengkaji memperolehi semua responden yang dikehendaki.