Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

download Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

of 17

Transcript of Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    1/17

    PERKEMBANGAN

    KANAK-KANAK

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    2/17

    4/17/2013 2

    Konsep Pertumbuhan

    Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan

    iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.

    Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat kesatu peringkat yang lain dari semasa ke semasa.

    D.S Wright & Ann Taylor: Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran

    seseorang (sifat jasmani

    saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    3/17

    4/17/2013 3

    Pertumbuhan ialah:

    Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan strukturdalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila

    individu matang.)

    Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat

    diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melaluiteknik antropometrik.

    Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal

    adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg

    kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    4/17

    4/17/2013 4

    Faktor-faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Manusia

    Potensi yang diwarisi (baka).

    Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan.

    Kadar pertumbuhan sebelum lahir.

    Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir.

    Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga.

    Ada atau tidak kecacatan fizikal.

    Kemudahan perubatan dan kesihatan.

    Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    5/17

    5

    Ciri-ciri Pertumbuhan:

    Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu

    berterusan dan berkualiti. Suatu proses yang lengkap dan sempurna.

    Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.

    Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu

    berdasarkan proses kematangan yang dialami. Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan.

    Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti

    tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.

    Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadilengkap sebelum digunakan.

    Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi

    kadar berlainan.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    6/17

    4/17/2013 6

    Konsep Perkembangan:

    Crow & Crow: Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke

    arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dansosial.

    Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan

    yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan

    pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutansemula jadi dan bersifat sejagat.

    D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan

    berlaku dalam warisan hayat.

    Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem sarafsesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan

    untuk matang adalah lama.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    7/17

    4/17/2013 7

    Konsep Perkembangan:

    Atan Long: Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif

    tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru

    berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada

    percambahan hingga akhir hayat.

    Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah

    umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalambentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.

    Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu

    perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis

    evolusi atau ontogenik.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    8/17

    4/17/2013 8

    Perkembangan ialah:

    Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan

    akhir hayat atau proses individu mencapai kematangansecara berterusan.

    Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif

    tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat

    perbandingan sebelumnya. Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna

    rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).

    Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama

    mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani.Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

    Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    9/17

    4/17/2013 9

    Ciri-ciri Perkembangan:

    Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat

    diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak

    berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.

    Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada

    keadaan tertentu.

    Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapidapat dilihat dari perubahan sifat.

    Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat

    melebihi peringkat kematangan.

    Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antarapertumbuhan jasmani dan pembelajaran.

    Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    10/17

    4/17/2013 10

    Adakah Budin mengalami perkembangan atau

    pertumbuhan? Berikan alasan anda.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    11/17

    4/17/2013 11

    Perbezaan Pertumbuhan Dengan PerkembanganAspek Pertumbuhan Perkembangan

    UmumPerubahan bersifat kuantitatif

    Perubahan bersifat kualitatif

    Boleh diukur mengikutperingkat atau masa

    Tidak boleh dikukur perubahannya

    Boleh dilihat perubahan atau diperhatikanSukar dilihat

    Perubahan fizikal (luaran) tinggi otot kelenjar, berat badanPerubahan dalaman (pemikiran,rohani, moral, sosial)

    Capai kemuncak bila tiba kematanganBerterusan dari lahir hingga akhirhayat

    Perubahan tingkah laku fizikal Perubahan tingkahlaku mental(pemikiran)

    Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat daging, saraf Kemahiran menggunakan anggotaseperti berlari, melompat, berjalan

    Bertambah dan berkembangkeupayaan berfikir termasuk perkara yang subjektif

    Kemahiran menggunakan bahasaperkataan, angka, pemikiran ingatandan taakulan

    Perasaan sayang, gembira, riang,suka, cemburu, duka, marah,jijik dan takut

    Memahami perasaan menguasai danmengamalkan perasaanketika marah, takut, cemburu

    Luaskan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga,rakan sebaya jiran dan masyarakat

    Timbul kesedaran disiplin kumpulanperbezaan jantina, perasaan &

    penyesuaian rakan

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    12/17

    4/17/2013 12

    Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:

    Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus.

    Contoh perkembangan ialah bila bayi menangis dan kemudiannya

    berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atauketidakselesaan fizikal.

    Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan

    kerumitan (complexity).Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke

    otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajarmenyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang

    canggih.

    Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza.

    Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individuberbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan

    terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    13/17

    4/17/2013 13

    Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:

    Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contohpertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki.

    Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu

    sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum

    berjalan; mulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap.

    Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di

    dalam permainan badminton, seorang murid yang tidak dapat

    melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai

    kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    14/17

    4/17/2013 14

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    15/17

    4/17/2013 15

    Kontroversi Baka dan Persekitaran

    Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak

    perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa

    atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu-bapa.

    Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula,

    berpendapat bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil

    dari pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor

    yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan asuhan

    kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan

    kualiti sekolah.

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    16/17

    4/17/2013 16

    Renungkan Persoalan Ini

  • 7/28/2019 Kuliah 2PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

    17/17

    4/17/2013 17

    Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka

    memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti

    selain perkembangan fizikal.

    Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan

    peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang

    dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti

    kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana

    peranan yang dimainkan oleh persekitaran. Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat

    satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya

    bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan

    peranan yang penting dalam perkembangan individu.