KONSERVASI REKREASI DARAT

22
KONSERVASI REKREASI DARAT PERANAN PEMIMPIN REKREASI DARAT DALAM PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

description

Nota Konservasi

Transcript of KONSERVASI REKREASI DARAT

  • KONSERVASI

    REKREASI

    DARAT PERANAN PEMIMPIN REKREASI DARAT DALAM PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

  • DEFINISI KONSERVASI Konservasi berasal dari perkataan

    Conservation yang terdiri dari gabungan kata con (together) dan servare (keep/save) yang memberi pengertian mengenai keupayaan memelihara apa yang kita miliki (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi.

    Menurut Kamus Dewan, Konservasi didefinisikan sebagai menjaga dan memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan.

  • Konservasi boleh dibahagikan kepada 2 konsep iaitu :

    Konsep Pemeliharaan Memelihara dan mengekalkan keadaan alam semulajadi / ekosistem pada tahap yang baik.

    Konsep Pemuliharaan Memulihkan keadaan alam semulajadi / ekosistem yang telah terjejas, dan setelah mencapai pada tahap baik diterapkan konsep pemeliharaan.

  • KEPENTINGAN KONSERVASI

    REKREASI DARAT Kesedaran

    Pendekatan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi.

    Pengetahuan Pendekatan konservasi akan memberi

    pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini diharap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab.

    Kemahiran Pendekatan konservasi akan melahirkan

    masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

  • Kebolehan menilai

    Pendekatan konservasi akan membantu

    individu dan masyarakat supaya dapat menilai

    dan mengambil kira faktor persekitaran dalam

    semua tindakan.

    Bekerjasama

    Pendekatan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan

    bertanggungjawab dalam menghadapi isu

    dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar.

    Pemeliharaan Hutan sumber rekreasi darat

    Pendekatan konservasi akan memastikan

    sumber rekreasi darat yang utama iaitu hutan

    dan ekologinya dapat dikekalkan dan jika

    terdapat kemusnahan, ia boleh dihentikan dan

    dipulihkan.

  • PERANAN-PERANAN AGENSI

    LUAR TERHADAP KONSERVASI

    PERSATUAN REKREASI

    PERSATUAN JURULATIH REKREASI

    PERHILITAN

    JABATAN PERHUTANAN

    PERSATUAN PEMANDU

    PELANCONG

  • PERANAN PERSATUAN

    REKREASI Memastikan aktiviti-aktiviti rekreasi yang dijalankan

    dibawah pengawasan persatuan tersebut yang mempunyai direct contact dengan alam semulajadi tidak menyebabkan berlakunya kemerosotan kpd alam.

    Menerapkan konsep konservasi di dalam peserta-peserta rekreasi.

    Mematuhi peraturan-peraturan konservasi yang ditetapkan oleh PERHILITAN & Jabatan Perhutanan.

    Memastikan jurulatih-jurulatih rekreasi yang bertugas telahpun menghadiri kursus yang berkaitan konservasi.

    Menggunakan peralatan atau bahan-bahan rekreasi yang mesra alam.

  • Membuat laporan kepada jabatan

    perhutanan atau perhilitan jika terdapat

    kemusnahan alam sekitar di lokasi aktiviti

    rekreasi darat.

    Sentiasa mengadakan perbincangan

    sesama persatuan-persatuan rekreasi

    yang lain di dalam memperkasakan

    konsep konservasi

    Menjalankan konsep had daya tampung

    (carrying capacity)

  • PERSATUAN JURULATIH

    REKREASI

    Memastikan semua jurulatih-jurulatih rekreasi darat diberi kursus khas berkaitan konservasi terhadap alam sekitar.

    Memastikan kursus yang dijalankan terhadap jurulatih rekreasi menggunakan modul konservasi yang terkini.

    Membuat pemantauan agar jurulatih-jurulatih rekreasi luar mengaplikasikan konsep konservasi ketika bertugas.

    Memastikan persatuan-persatuan rekreasi menggunakan jurulatih-jurulatih yang telah dilatih oleh persatuan jurulatih rekreasi.

  • PERANAN PERHILITAN (JABATAN

    PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR &

    TAMAN NEGARA)

    Menjalankan program pemantauan dan pengurusan spesies hidupan liar serta habitatnya

    Mengumpul semua maklumat spesies hidupan liar dan lain-lain yang berkaitan serta gambar-gambar yang ada bagi menyediakan pangkalan data dan Geographic Information System (GIS) yang lengkap.

    Menyediakan perkhidmatan dalam menangani aduan gangguan hidupan liar diseluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang aduan boleh dibuat melalui:

    e-Aduan atau kepada Pengarah-pegarah PERHILITAN Negeri

  • Menjalankan program pengkayaan habitat dibeberapa buah lokasi di Kawasan Perlindungan serta di luar Kawasan Perlindungan Jabatan. Program pengkayaan habitat ini bertujuan:

    Membaik pulih kualiti habitat bagi menyediakan persekitaran ekologi yang sesuai dalam mempertingkatkan lagi populasi spesies hidupan liar.

    Menambahkan sumber makanan bagi spesies hidupan liar dengan adanya pembinaan padang ragut, jenut tiruan dan penanaman pokok buahan hutan.

    Menggalakkan hidupan liar berada di dalam lingkungan kawasan perlindungan bagi menggelakkan berlakunya pertembungan konflik hidupan liar-manusia.

  • Mengendali konflik manusia-hidupan liar

    boleh dirujuk sebagai lakuan atau tindakan

    spesies hidupan liar yang boleh

    menyebabkan kematian, kecederaan,

    kerosakan harta benda, kemusnahan

    tanaman pertanian, kematian haiwan

    ternakan dan menimbulkan rasa ketakutan

    ke atas keselamatan orang ramai. Sementara

    itu, hidupan liar yang dimaksudkan ialah

    spesies yang tersenarai di dalam Akta

    Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

    Punca utama konflik manusia-hidupan liar ini

    berlaku ialah disebabkan persaingan bagi

    mendapatkan makanan dan ruang untuk

    hidupan antara manusia dan hidupan liar.

  • PERANAN JABATAN HUTAN Menggubal dasar-dasar perhutanan,

    memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan.

    Melaksana dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi hutan; dan memberi nasihat teknikal pembangunan hutan kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

  • Melaksana dan menyelaraskan pembangunan dan pengurusan ladang hutan; pembangunan hutan tani, tapak semaian, gen bank dan kawasan pengeluaran biji benih; pemuliharaan kawasan pesisiran pantai; dan pencegahan serta pengawalan kebakaran hutan, penyakit dan agen perosak.

    Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan dan kursus-kursus teknikal; serta kursus-kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.

  • Pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-

    aktiviti penguatkuasaan hutan serta

    memberi khidmat nasihat dan bantuan

    teknikal kepada Jabatan Perhutanan

    Negeri bagi perkara-perkara berkaitan

    dengan aduan, pengumpulan maklumat

    dan siasatan mengenai kes-kes kesalahan

    hutan.

    Menyelaras, memantau dan menilai

    pelaksanaan pembangunan forest eco-

    park dan hutan taman negeri, serta

    memberi khidmat nasihat teknikal

    berkaitan ekopelancongan hutan

    kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

  • PERANAN PERSATUAN

    PEMANDU PELANCONG

    Memastikan pemandu-pemandu

    pelancong alam semulajadi (nature

    guide) menjalani kursus berkaitan

    konservasi alam sekitar.

    Memastikan pemandu pelancong

    menerapkan konsep konservasi kepada

    pelancong dengan menerangkan

    kepentingan alam semulajadi kepada

    manusia.

  • KONSEP LEAVE NO TRACE Konsep Leave No Trace telah

    diperkenal oleh sebuah pertubuhan

    bukan keuntungan di Australia yang

    berdedikasi untuk mempromosi dan

    memberi inspirasi kepada penggiat

    aktiviti rekreasi luar melalui

    pendidikan, penyelidikan dan

    perkongsian. Leave No Trace

    merupakan kesedaran dalam

    membina, menghargai dan

    menghormati warisan alam semula

    jadi dan budaya kita.

  • 7 PRINCIPLES OF LEAVE NO

    TRACE

  • ASAS EKOSISTEM ALAM

    SEMULAJADI

    Ekosistem merupakan interaksi dan

    hubung kait antara benda hidup (biotik )

    dengan benda bukan hidup ( abiotik)

    dalam alam semula jadi.

    Komponen biotik termasuklah semua jenis

    makhluk yang hidup seperti manusia,

    haiwan, tumbuhan, dan micro organisma.

    Manakala komponen abiotik meliputi

    komponen tidak hidup seperti tanah, air,

    angin, udara, cahaya matahari dan

    sebagainya.

  • Ekosistem hutan pula adalah

    hubungan antara kumpulan beberapa

    populasi sama ada flora dan fauna yang

    hidup dalam lapisan dan di

    permukaan tanah dan terletak pada

    suatu kawasan serta membentuk suatu

    kesatuan ekosistem.

    Ekosistem hutan terganggu apabila

    terdapatnya aktiviti manusia yang

    sewenang-wenangnya meneroka

    kawasan hutan semula jadi untuk tujuan

    pembangunan.