Konsep pengamatan

download Konsep pengamatan

of 4

description

konsep pengamatan

Transcript of Konsep pengamatan

Pengamatan 5 Julai 2010Konsep pengamatan Pengamatan boleh ditakrifkan sebagai proses aktif yang mengandungi pemilihan, penyusunan, dan penterjemahan maklumat yang dibawa terus kepada otak melalui deria-deria utama manusia.Definisi pengamatan berdasarkan tiga tokoh utama, iaitu:1. Hyes & Orrell menyatakan bahawa pengamatan ialah penterjemahan maklumat yang menerima dan menghantar ransangan deria.2. Gregory mendefinisikan pengamatan sebagai suatu pencarian yang dinamik untuk menterjemah maklumat yang terbaik.3. Coon pula mentakrifkan pengamatan sebagai proses pengumpulan ransangan-ransangan kepada perwakilan mental yang berguna.Berdasarkan kepada ilmu falsafah, psikologi dan sains kognitif, pengamatan merupakan suatu proses mencapai kesedaran atau kefahaman tentang sesuatu maklumat yang menerima dan menghantar ransangan deria. Perkataan pengamatan sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu perceptio, percipio yang bererti penerimaan, pengumpulan dan pengertian dengan minda atau pancaindera.Jenis-jenis pengamatan terbahagi kepada dua, iaitu:1. Pengamatan aktif oleh Richard L. GregoryPengamatan aktif ialah dimana semakin bertambah peningkatan sokongan terhadap sesuatu bahan yang sedang diuji boleh diandaikan sebagai hubungan dinamik antara huraian atau gambaran di dalam otak, kemudiaan berhubung dengan pancaindera dan keadaan sekeliling. Pengamatan aktif ini berkait rapat dengan hubungan dinamik sesuatu hubungan dan pengalaman konsep yang lurus.

2. Pengamatan pasif oleh Rene DescartersPengamatan pasif pula boleh diandaikan sebagai turutan peristiwa yang berlaku secara berperingkat-peringkat dimana bermula daripada keadaan sekeliling, kemudian kepada input (deria), seterusnya kepada otak untuk diproses dan akhir sekali kepada output (tindakan).Ciri-ciri pengamatan, iaitu:1. Ransangan-ransangan yang bermakna dipanggil sebagai pengamatan.2. Pengamatan boleh menjadi sebagai suatu kepelbagaian gabungan ransangan.3. Data yang menerima dan menghantar ransangan tercapai dalam pengamatan. Kita melihat dan mengerti lebih daripada apa yang ditunjukkan tentang sesuatu benda atau perkara.4. Apabila suatu objek khusus diwakili dengan objek yang lain, ia membawa elemen imaginasi ke dalam minda kita.5. Apabila kita melihat objek khusus, kita akan mempunyai pengetahuan atau maklumat yang berkait dengan objek yang dihubungkan. Oleh demikian, kita mempunyai suatu pengamatan yang lengkap.Pengamatan membenarkan seseorang mengenali sesuatu perkara seperti pentafsiran yang bermakna tentang dunia atau perkara-perkara di sekeliling. Oleh hal demikian, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berlakunya pengamatan. Antaranya ialah tanggapan, emosi, motivasi dan budaya. Keempat faktor ini memainkan peranan penting dalam proses pembentukan pengamatan seseorang manusia terhadap sesuatu perkara.Bruner & Minturn, 1955 menggambarkan bagaimana pengamatan boleh mempengaruhi sesuatu set dengan menunjukkan wakil-wakil yang terdapat dalam rajah pelbagai makna iaitu set 13 dalam konteks huruf atau nombor.

Rajah 1Bugelski & Alampay, 1961 telah menjalankan satu kajian tentang pengamatan dengan menggunakan rajah rat-man yang membuktikan bahawa betapa pentingnya tanggapan dalam set ransangan.Allport, 1955 menyatakan bahawa terdapat enam jenis kelainan tentang pengaruh emosi-motivasi terhadap pengamatan. Antaranya ialah:1. Keperluan anggota badan2. Ganjaran dan hukuman3. Konotasi emosi4. Nilai-nilai individu5. Personaliti6. Nilai objekBerdasarkan kepada kenyataan Allport, Sandford, 1963 turut menjalankan satu eksperimen dimana peserta makanan dihalang untuk mengubah masa kepada 4 jam, kemudiannya para peserta ditunjukkan gambar pelbagai makna. Hasil daripada eksperimen tersebut, didapati bahawa para peserta mentafsir gambar yang dilihat sebagai sesuatu yang berkaitan dengan makanan jika mereka terus dihalang daripada makanan dalam jangka masa yang panjang.Kajian tentang kesan emosi terhadap pengamatan turut dilaksanakan oleh Kunst Wilson & Zajonc, 1980. Dalam kajian beliau, para peserta dipersembahkan dengan gambar rajah geometri secara berulang-ulang tetapi hanya pada tahap pendedahan sahaja.Berdasarkan kepada kesemua kajian yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh tersebut tentang motivasi dan emosi dalam pengamatan,dapat dirumuskan disini bahawa tiada diskriminasi terhadap ujian pengakuan yang diperoleh daripada hasil uji kaji. Kesemuanya tidak dapat menceritakan bentuk-bentuk yang lama daripada benda yang baru tetapi para peserta boleh mendiskriminasinya ke atas ujian perasaan.Dari segi faktor budaya pula, Deregowski mengkaji samaada gambar yang dilihat difahami dengan cara yang sama tetapi berlainan budaya. Kajian yang djalankan berfokus kepada kemahiran budaya yang spesifik yang mana berpengetahuan lebih baik daripada automatik. Beliau mendapati bahawa manusia daripada sesetengah budaya menumpukan kepada lukisan-lukisan yang tidak menunjukkan perspektif.

Rajah 2Max Wertheimer pula menyatakan bahawa undang-undang pengamatan dibuktikan dengan kenyataan beberapa hubungan antara pengamatan manusia dengan dunia luar terutamanya dalam bidang visual. Beliau telah merumuskan undang-undang dalam pengamatan seperti berikut:1. Undang-undang persamaan2. Undang-undang hampiran3. Undang-undang penutupan4. Undang-undang komunikasi yang baik5. Undang-undang pergerakan umum