Konsep istiqamah ags 2

64

Transcript of Konsep istiqamah ags 2

Page 1: Konsep istiqamah ags 2
Page 2: Konsep istiqamah ags 2

Istiqamah Dalam Islamoleh

Ustaz Abdul Ghani Samsudin

T.Penasihat Umum Parti Amanah Negara

Page 3: Konsep istiqamah ags 2
Page 4: Konsep istiqamah ags 2

PendahuluanSalah satu tanda jati diri seseorang dalam menghayati nilai nilai Islam ialah ialah wujudnya sifat istiqamah dalam reality hidup hariannya. Orang berkenaan terus berpegang dengan dasar dan nilai nilai agama tanpa ragu-ragu dan mempersoalkan keabsahannya. Dia akur bahawa Islam adalah agama yang benar dan unggul dan tiada agama lain yang dapat mengatasi keunggulan dan kebenaran agama Islam. Dia dapat menerima penegasan Allah dalam ( Surah Yunus :32) bahawa: 

الضالل 4ال فماذا بعد الحق إ

Apalagi selepas kebenaran kalau bukan kesesatan

Page 5: Konsep istiqamah ags 2

Sambungan Pendahuluan

Manusia perlu meneguhkan diri mereka dengan keutuhan beriltizam dengan nilai dan ajaran Islam . Mereka malah dituntut agar mewaqafkan diri untuk berkhidmat menghayati, menyibar dan mempertahankan nilai nilai suci bawaan agama ini. Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 105:

4ين 4يفا وال تكونن م4ن المشر4ك 4لدين4 حن وأن أق4م وجهك ل

“Tegak dan hadapkan wajahmu demi membela agama “hanif” ini. Jangan sekali-kali kamu menjadi golongan Musyrikin.”

Page 6: Konsep istiqamah ags 2

Sambungan Pendahuluan

Maksud yang sama terdapat dalam surah Al Rum ayat 30, dan 43.

Dalam surah Al Syura ayat 13 Allah menegaskan:

ان اقيموا الدين وال تتفرقوا فيه

Kamu hendaklah menobat dan menegakkan agama ( Islam) dan jangan berpecah-belah.

Page 7: Konsep istiqamah ags 2

Istilah IstiqamahIstilah Istiqamah bukan hanya bermaksud menganut dan beragama secara simple dan bersahaja. Sebaliknya menuntut suatu bentuk pegangan yang mantap dan tuntas; berterusan sampai ke akhir hayat. Isiqamah atau consistence adalah pernyataan kesetiaan dan keyakinan yang tidak berganjak. 

Page 8: Konsep istiqamah ags 2

Istiqamah Antara Agama dan Parti

Ada orang beranggapan bahawa istiqamah ialah terus berpegang dan menjadi pengikut kepada sesuatu parti politik tertentu. Ini bergantung samaada parti berkenaan mengikut lunas-lunas ajaran Islam atau tidak. Sekiranya parti berkenaan berasaskan ajaran sekular atau asabiah maka terus berpegang dan menjadi pengikut parti berkenaan dianggap fanatisisme ,ta’assub atau tenggelam dalam mabuk kesesatan.

Page 9: Konsep istiqamah ags 2

Parti Menyimpang Boleh Ditinggalkan

Begitu juga kalau parti berkenaan asalnya berpandukan Islam tetapi kemudian ternyata ia menyimpang dari menurut ajaran ajaran Islam yang tertentu maka menurut penyimpangan serta berterusan mengekorinya dianggap perbuatan tenggelam dalam kesesasatan. Allah menegaskan dalam surah Al-Baqarah 15:

4ه4م يعمهون 4ه4م ويمدهم ف4ي طغيان ه يستهز4ئ ب الل

Allah yang mempersenda mereka dan membiarkan mereka terus bergelumang dalam kepungahan kesesatan .

Page 10: Konsep istiqamah ags 2

Bergelumang Dalam KesesatanBukan Istiqamah

Ungkapan “bergelumang terus dalam mabuk kesesatan” ini diulang oleh Surah Al-A’raf 186,

4ه4م يعمهون ه فال هاد4ي له ويذرهم ف4ي طغيان 4ل4 الل من يضل

Al-An’am 110,

4ه4م يعمهون ونذرهم ف4ي طغيان

Yunus 11, Al-Hijr72, Al-Mu’minun75, dan Al-Naml ayat 4

Page 11: Konsep istiqamah ags 2

Ayat Ayat IstiqamahUntuk memahami secara lebih lanjut mari kita tela'ah ayat ayat Allah mengenai Istiqamah dan juga hadith-hadith Rasulullah yang berkaitan :

Page 12: Konsep istiqamah ags 2

Fussilat ayat 30Allah berfirman dalam surah Fussilat ayat 30:

4كة أال تخافوا وال تحزنوا ل عليه4م المالئ ه ثم استقاموا تتنز نا الل ذ4ين قالوا رب 4ن ال إ4ي كنتم توعدون ت ة4 ال 4الجن روا ب وأبش4

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan menghuni syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”

Page 13: Konsep istiqamah ags 2

Taubah ayat 7Dalam surah al Taubah ayat 7 Allah berfirman:

م ع4ند المسج4د4 ذ4ين عاهدت 4ال ال 4ه4 إ ه4 وع4ند رسول 4ين عهد ع4ند الل 4لمشر4ك كيف يكون له يح4ب المتقين 4ن الل 4 فما استقاموا لكم فاستق4يموا لهم إ الحرام

Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedangkan mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka di sisi Masjid Al-Haram. Maka selagi mereka berlaku lurus ( menepati  perjanjian) dengan  kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa

Page 14: Konsep istiqamah ags 2

MaksudnyaBagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka di sisi Masjid Al-Haram. Maka selagi mereka berlaku lurus ( menepati perjanjian) dengan kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa

Page 15: Konsep istiqamah ags 2

Di dalam surah Al Ahqaf ayat 13 :

ه ثم استقاموا فال خوف عليه4م وال هم يحزنون نا الل ذ4ين قالوا رب 4ن ال إ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 

 

Page 16: Konsep istiqamah ags 2

Surah Al Jin ayat 16

Surah Al Jin ayat 16: 

و4 استقاموا على الطر4يقة4 ألسقيناهم ماء غدقا وأن ل

Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu beristiqamah atas landasan Islam, sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan yang lebat kepada mereka

Page 17: Konsep istiqamah ags 2

Al Syura15

Dalam surah Al-Syura ayat 15 Allah menyatakan: 

﴿ 4ع أهواءهم ب 4ك فادع واستق4م كما أم4رت وال تت 4ذل ﴾ فل

Oleh itu ajak , seru dan  beristiqamahlah  sepertimana yang diperintahkan kepada mu dan jangan engkau turut hawa nafsu mereka.  

 

Page 18: Konsep istiqamah ags 2

Surah Hud Ayat 112Dalam Surah Hud Ayat 112 :

4ما تعملون بص4ير ه ب 4ن فاستق4م كما أم4رت ومن تاب معك وال تطغوا إ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Page 19: Konsep istiqamah ags 2

Rasulullah bersabda

جاء في حديث أنس - رضي الله عنه - قال: "قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ال يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم قلبه، وال يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه))"؛ رواه أحمد

Page 20: Konsep istiqamah ags 2

Maksudnya

Tidak lurus iman seseorang sehinggalah hatinya ikut lurus. Namun hatinya tidak akan lurus sehinggalah lidahnya juga turut lurus . Hadith riwayat Ahmad

Page 21: Konsep istiqamah ags 2

Hadith IstiqamahDalam Kitab Ensklopedia Akhlak Islam Oleh  Syaikh Sa'id Abu Aziz  disebutkan hadith hadith berikut: 

عن ثوبان - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : ( استقيموا ولن تحصوا ، واعلموا أن خير أعمالكم الصالة ، وال

، وغيره 277يحافظ على الوضوء إال مؤمن ) . ( صحيح : رواه ابن ماجة )952، وانظر : صحيح الجامع

Dari Thauban bahawa Rasulullah bersabda: Beristiqamahlah; tapi kalian mungkin tidak berupaya (sepenuhnya). Bahawa tidak ada yang berdaya menjaga wudhu’nya kecuali orang yang Mu’min

Page 22: Konsep istiqamah ags 2

Hadith Abdullah Ibnu Umar

وعن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما - قال : إن معاذ بن جبل أراد سفرا (2)فقال : يا رسول الله ، أوصني ؟ قال : ( اعبد الله ال تشرك به شيئا ) . قال : يا رسول الله ، زدني . قال : ( إذا أسأت فأحسن ) . قال : يا رسول الله ، زد . قال : ( استقم

، وقال : صحيح اإلسناد ، ووافقه الذهبي 4/244ولتحسن خلقك ) . ( صحيح رواه الحاكم )1228، وانظر : الصحيحة

Dari Abdullah Bin Amr r.a. meriwayatkan bahawa ketika Mua’az Bin Jabal ingin musafir beliau meminta kepada Rasulullah agar memberi pesanan peringatan. Beginda berkata: Wahai Abdullah jangan sekali-kali engkau menyungutukan Allah. Abdullah menjawab, tambahi sedikit lagi ya Rasulullah. Bagindapun berkata: Kalau engkau sudah terlanjur buat kesilapan maka balaslah dengan berbuat baik. Abdullah terus minta baginda menambah pesanan beliau. Lalu Rasulullah berpesan : Beristiqamahlah serta elokkan kelakuan (akhlak) anda

Page 23: Konsep istiqamah ags 2

Hadith Ibnu Mas’ud

وعن ابن مسعود - رضي الله عنه - قال : خط لنا رسول الله - (3صلى الله عليه وسلم - خطا ثم قال : ( هذا سبيل الله ) . ثم خط خطوطا عن يمينه وعن شماله ، ثم قال : ( هذه سبل ( متفرقة ) على كل سبيل منها شيطان يدعو إليه ) ث¶م قرأ : } وأن هذا 4ه4 4يل 4كم عن سب ق ب بل فتفر 4عوا الس ب 4عوه وال تت ب ص4راط4ي مستق4يما فات

قون { ( كم تت 4ه4 لعل 4كم وصاكم ب ) سورة األنعام . واللفظ اآلخر 153ذل ، وغيره 4142: ( هذه سبيل الله مستقيما ) . ( صحيح : رواه أحمد

، وقال الشيخ / أحمد شاكر : إسناده صحيح )

Page 24: Konsep istiqamah ags 2

Maksudnya

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah membuat garisan lurus (di atas pasir) dan berkata: Ini adalah jalan Allah. Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan lain di kanan dan kiri garisan asal lalu beliau berkata: Yang ini adalah beberapa simpang dan di setiap kepala simpang ini terdapat syaitan-syaitan yang mengajak manusia menurutinya. Kemudian baginda membaca ayat 153 Surah Al An’am : Bahawa inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah. Jangan kamu turut jalan-jalan yang lain nanti kamu akan berpecah belah dari jalan-Nya. Itulah pesanan Tuhan kalian kepada kamu (agar kamu ikuti) mudah-mudahan kamu bertaqwa. Dalam hadith lain dengan lafaz : Inilah jalan Allah yang lurus.

Page 25: Konsep istiqamah ags 2

Hadith Riwayat Sufyan

وعن سفيان بن عبد الله الثقفي - رضي الله عنه - قال : قلت يا رسول الله : قل (4)لي في اإلسالم قوال ال أسأل عنه أحدا بعدك . قال : ( قل آمنت بالله ثم استقم ) .

)38( رواه مسلم

Sufyan Bin Abdullah Al Thaqafi r.a berkata saya memohon kepada Rasullah agar memberikan penjelasan tentang Islam kepadaku dengan tuntas sehingga aku tidak perlu bertanya lagi kepada sesiapa selepas itu. Beliau berkata: Katakan : Aku beriman kepada Allah dan kemudian engkau terus beristiqamah   

http://kalamna.yoo7.com/t368-topic

Page 26: Konsep istiqamah ags 2

Pengertian Istiqamah

Istiqamah merupakan suatu istilah bahasa Arab yang sering diucapkan oleh masyarakat kita khususnya umat Islam baik sebagai sebuah pesan dari seseorang kepada orang lain maupun diucapkan ketika berdoa kepada Allah SWT. Istilah tersebut jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris sebagai "To Stand Firm".  Sedangkan dalam kamus Arab-Inggris Ilyasi al Asro, istiqamah diterjemahkan dengan straightness dan directness.Adapun dalam Ensiklopedi Islam Indonesia yang disusun oleh kumpulan penulis IAIN Syarif Hidayatullah, istiqamah diterjemahkan sebagai taat asas, selalu setia dan taat kepada asas.

Page 27: Konsep istiqamah ags 2

Dari Sudut Ilmu Sharaf

Dalam ilmu sorof, istiqamah merupakan bentuk isim masdar dari fi’il maddi istaqoma yang kata dasarnya adalah qama. Jadi termasuk istiqoma yang merupakan fiil madi dari term istiqamah merupakan fiil sulasi mazid yang mendapat tambahan tiga haruf (hamzah wasol, sin dan ta). Term qama yang merupakan kata dasarnya memiliki arti berdiri tegak lurus. Adapun masdar dari qama adalah iqamah yaitu tanda dimulainya (penegakan salat jamaah).

Page 28: Konsep istiqamah ags 2

Dalam Mu'jam 'Arabi 'Arabi   dinyatakan sebagai berikut:

Lafaz ‘Istiqamah” ialah Masdar "Istaqama". Kalau dikatakan 

4قامة4 العمود4 4ست د م4ن ا تأك

Ertinya perlu dipastikan kejituan dan kelurusan tiang berkenaan.

Kalau diungkapkan:

4قامة4 4االست فاته ب م تصر س4 تت

Tindak tanduknya beristiqmah ; ini bermakna seseorang itu bersifat lurus, adil dan berintegriti.

Kalau diungkapkan umpamanya : Orang itu sangat beristiqamah, maka itu bermaksud  ia sangat jujur dan amanah.

http://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/استقامة/)

Page 29: Konsep istiqamah ags 2

Maksud IstiqamahYang dimaksud dengan istiqomah di sini terdapat tiga pendapat di kalangan ahli tafsir:

[1] Istiqomah di atas tauhid, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Bakr Ash Shidiq dan Mujahid,

[2] Istiqomah dalam ketaatan dan menunaikan kewajiban Allah, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu 'Abbas, Al Hasan dan Qotadah,

[3] Istiqomah di atas ikhlas dan dalam beramal hingga maut menjemput, sebagaimana dikatakan oleh Abul 'Aliyah dan As Sudi.[2]

Dan sebenarnya istiqomah bisa mencakup tiga tafsiran ini karena semuanya tidak saling bertentangan.

http://islamiyyah.mywibes.com/Pengertian%20istiqomah

Page 30: Konsep istiqamah ags 2

Dari Sudut Epistemology

Secara epismetologi istiqamah adalah tegak dihadapkan Allah SWT atau tetap pada jalan yang lurus dengan tetap menjalankan kebenaran dan menunaikan janji baik yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan sikap dan niat atau pendek kata yang maksud dengan istiqamah adalah menempuh jalan yang lurus (siratal mustaqin) dengan tidak menyimpang dari ajaran Tuhan. Istiqamah juga boleh diartikan dengan tidak goncang dalam menghadapi macam-macam problema yang dihadapi dalam kehidupan dengan tetap bersandar dengan tetap berpegang pada tali Allah SWT dan sunnah Rasul.

Page 31: Konsep istiqamah ags 2

Jenis Istiqamah

Dalam buku Said bin Ali bin Wahif al Qahtani dan bukunya Usman Asyakir al Khaubawiyyi dijelaskan bahwa istiqamah itu meliputi tiga hal, yaitu:1. Istiqamah dalam niat atau dalam hati2. Istiqamah dengan lisan atau dengan ucapan3. Istiqamah dengan perbuatan anggota badan.

Page 32: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

Menurut al Faqih abu Laits sebagaimana dikutip oleh Usman asy Syakir al Khaubawiyyi, tanda keteguhan hati (istiqamah seseorang ialah apabila ia memelihara sepuluh hal, dengan mewajibkannya atas dirinya sendiri, iaitu:

1. Memelihara lidah dari mengumpat orang lain, karena firman Allah SWT:

عضكم بعضا وال يغتب ب

“Dan janganlah sebagian dari kamu menggunjing sebagian yang lain.”

Page 33: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

2. Manjauhkan diri dari berburuk sangka, karena firman Allah SWT ( Al Hujurat 12)4ن بعض 4يرا من الظن إ 4بوا كث ذ4ين آمنوا اجتن ها ال يا أيعضكم بعضا أيح4ب سوا وال يغتب ب 4ثم وال تجس الظن إ4ن ه إ قوا الل أحدكم أن يأكل لحم أخ4يه4 ميتا فكر4هتموه واتيم ح¶4 ه تواب ر الل“Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian dari prasangka itu dosa.”

Page 34: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

3. Menjauhkan diri dari menghina dan mengaibkan orang lain karena firman Allah SWT :( Al Hujurat 11)

ذ4ين آمنوا ال يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا ها ال يا أيخيرا منهم“Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi (mereka yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok)”

Page 35: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

4. Menahan pandangan dari hal-hal yang diharamkan, karena firman Allah ( Al Mu'minun 30 ) : 4ين يغضوا م4ن أبصار4ه4م لمؤم4ن قل ل

4ما 4ير ب ه خب 4ن الل 4ك أزكى لهم إ ويحفظوا فروجهم ذل.يصنعونKatakan kepada orang laki-laki yang beriman: hendak mereka menahan pandangannya.”

Page 36: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

5. Memelihara kejujuran lidah, karena firman Allah SWT ( Al An'am 152).واذا قلتم فاعدلوا“Dan apabila kamu berkata maka hendaklah kamu berlaku adil.”

Page 37: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

6. Menafkahkan harta pada jalan Allah SWT, karena Allah berfirman ( Al Baqarah 254):انفقوا مما رزقناكم“Nafkahkanlah (dijalan Allah SWT ) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik.”

Page 38: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

7. Manjauhkan diri dari sifat boros, karena firman Allah SWT ( Al Isra'26وال تبذر تبذيرا“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.”

Page 39: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

9. Memelihara shalat lima waktu, karena firman Allah SWT ( Al Baqarah 238)ه4 4ل حاف4ظوا على الصلوات4 والصالة4 الوسطى وقوموا ل4ين 4ت قان“Periharalah semua Shalat (mu) dan (periharalah) shalat Wustha. Berdirilah untuk Allah SWT (dalam shalatmu) dengan khusus’.

Page 40: Konsep istiqamah ags 2

T anda-Tanda Sikap Istiqamah

10. Teguh hati dalam manganut ahli sunnah wal jamaah, karena firman Allah SWT ( Al An'am 153)

4كم ق ب بل فتفر 4عوا الس ب 4عوه وال تت ب وأن هذا ص4راط4ي مستق4يما فاتقون كم تت 4ه4 لعل 4كم وصاكم ب 4ه4 ذل 4يل .عن سب

“Dan bahwa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.”

Page 41: Konsep istiqamah ags 2

Istiqmah Bermakna Konsisten Dalam 4 Perkara Menurut A’ilias Ismail

1. Konsisten dalam memegang teguh akidah tauhid

2. Konsisten dalam menjalankan perintah (al Awamir) maupun berupa

menjauhi larangan (al Nawahi).

3. Konsisten dalam berkerja dan berkarya dengan tulus dan ikhlas karena

Allah SWT.

4. Konsisten dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan baik dalam

waktu lapang maupun dalam waktu susah.

Page 42: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

Dalam tafsir al Munir disebutkan tentang perkara yang harus diperhatikan jika seorang ingin mewujudkan istiqamah, iaitu:1. Taat secara terus-menerus2. Pengendalian hawa nafsu3.Kewaspadaan terhadap pelanggaran

Page 43: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

Sebenarnya istiqamah sangat berkaitan dengan taufiq dan rahmat Allah.Sebab itu manusia wajar mendampingkan diri dan terus memohon restu dan kurnia Allah agar ia tetap beristiqamah dalam pendiriannya . Selain dari itu ia hendaklah :

1. Senantiasa mengukuhkan keikhlasan kepada Allah dan terus menurut Sunnah Rasul-Nya. Allah berfirman dalam surah Al Baiyinah ayat 5:

4ص4ين له الدين حنفاء ه مخل 4يعبدوا الل ل 4ال وما أم4روا إ

Mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah Allah dengan penuh ikhlas beragama semata-mata keranaNya

Page 44: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

2. Melazimi istighfar dan bertaubat, ini kerana Allah kerap menggandingkan kejayaan dan kemenangan dengan perbuatan bertaubat. Allah berfirman dalam surah AlNur 31:

4حون كم ت¶فل ها المؤم4نون لعل ه4 جم4يعا أي 4لى الل وتوبوا إ

Bertaubatlah kalian semua-nya wahai orang yang beriman, mudah-mudahan kalian semua Berjaya.

Page 45: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

3.Selalu bermuhasabah dan introspeksi terhadap kesalahan dan ketelanjuran yang dilakukan oleh diri kita sendiri.Allah berfirman dalam surah Al Hasyr 18:

4ما 4ير ب ه خب 4ن الل ه إ قوا الل 4غد وات ه ولتنظر نفس ما قدمت ل قوا الل ذ4ين آمنوا ات ها ال أيتعملون

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, malah setaip orang wajar mengenalpasti apakah amal kebaikan yang bakal dibawanya nanti ke akhirat dan teruslah bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kalian lakukan.

Page 46: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

4.Memastikan solat berjamaah lima waktu samaada di masjid mahupun di rumah. Kerana ini adalah komunikasi seseorang itu dengan Tuhan .Hubungan ini menjaga dirinya dari terjebak melakukan kejahatan dan maksiat. Allah menegaskan dalam Surah Al-Ankabut 45:

4ن الصالة تنهى عن4 الفحشاء والمنكر4 إ

Bahawa ibadat solat boleh menghindarkan seseorang dari terjebak melakukan kebejatan dan kemungkaran.

Page 47: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

5.Mengamalkan budaya mencari ilmu dan mempelajari Quran dan Sunnah atau ilmu ilmu agama.

6. Bersahabat dengan dengan orang orang yang baik, soleh dan berilmu. Ini akan mendorongnya untuk terus berada di atas landasan hidup yang betul dan lurus. Allah berfirman dalam surah Al Zukhruf ayat 67:

ق4ين المت 4ال 4بعض عدو إ 4ذ بعضهم ل ء يومئ األخ4ال

“Orang yang bersahabat kelak di akhirat bertukar menjadi musuh kecuali mereka yang bertakwa .”

Page 48: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

7. Melindungi anggota tubuh badan dari melakukan perbuatan yang haram; khasnya menjaga lidah dari perbuatan mengumpat, mengeji , menyumpah seranah orang lain, melindungi mata dan telinga dari melihat dan mendengar yang haram serta tidak menyibukkan diri dalam soal yang diri kita tidak ada pengetahuan tentangnya .Allah berfirman dalam Surah Al Isra’ ayat 36

4ك كان عنه مسؤوال مع والبصر والفؤاد كل أولئ 4ن الس 4ه4 ع4لم إ وال تقف ما ليس لك ب

Jangan kamu membabitkan diri dalam hal yang kamu tidak ada pengetahuan sedikitpun tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan; malah gerak hati pun semuanya bakal diminta pertanggungjawaban dari kalian.

Page 49: Konsep istiqamah ags 2

SambunganRasulullah bersabda:

من كان يؤمن بالله واليوم االخر فليقل خيرا اوليصمت

Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bertutur kata dengan perkataan yang baik atau ia (lebih baik) diam.

Page 50: Konsep istiqamah ags 2

8. Mengenali langkah dan tipudaya syaitan agar dapat dijauhi.Allah berfirman dalam Surah Al Nur ayat 21:

ه 4ن يطان4 فإ 4ع خطوات4 الش ب يطان4 ومن يت 4عوا خطوات4 الش ب ذ4ين آمنوا ال تت ها ال يا أي4الفحشاء والمنكر4 يأمر ب

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikut jejak langkah Syaitan. Sesiapa yang mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Page 51: Konsep istiqamah ags 2

Indikasi dan Tanda Istiqmah

Dalam bukunya A’ilyas Ismail disebutkan bahwa indikasi keistiqamahan seseorang atau orang disebut istiqamah ialah apabila dia konsisten dalam empat hal, yakni:1. Konsisten dalam memegang teguh akidah tauhid2. Konsisten dalam menjalankan perintah (al Awamir) maupun menjauhi larangan (al Nawahi).

Page 52: Konsep istiqamah ags 2

Langkah Untuk Mengekalkan Istiqamah

3. Konsisten dalam bekerja dan berkarya dengan tulus dan ikhlas karena Allah SWT.4. Konsisten dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan baik dalamwaktu lapang maupun dalam waktu susah.

Page 53: Konsep istiqamah ags 2

Makna Istiqamah Dengan Sedikit Kelainan

Dari sudut lain pula ulama tafsir seolah-olah merumuskan makna istiqamah dalam perkara berikut:

[1] Istiqomah di atas tauhid, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Bakr Ash Shidiq dan Mujahid,

[2] Istiqomah dalam ketaatan dan menunaikan kewajiban Allah, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu 'Abbas, Al Hasan dan Qotadah,

[3] Istiqomah di dalam ikhlas dan dalam beramal hingga maut menjemput, sebagaimana dikatakan oleh Abul 'Aliyah dan As Sudi

Page 54: Konsep istiqamah ags 2

Faedah Sifat Istiqamah

Dalam Surah Fussilat Ayat 30 Allah menegaskan :

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh (istiqamah ) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan pesanan): "Janganlah kamu bimbang (tentang apa-apa yang tidak baik terhadap diri kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan menghuni syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Dari ayat ini dan lain-lain kita boleh membuat kesimpulan bahawa buah dan hasil daripada sifat istiqamah ialah :

Page 55: Konsep istiqamah ags 2

Faedah Sifat Istiqamah

1. Hati dan jiwa menjadi tenang tenteram; kerana terus mesra berkomunikasi dengan Allah Azza Wa Jalla.

2.Istiqamah menghindarkan pengamalnya dari terjebak melakukan kejahatan, terdorong melakukan kebodohan dan perkara yang tidak berfaedah serta culas mengerjakan ketaatan kepadaAllah.

Page 56: Konsep istiqamah ags 2

Faedah Sifat Istiqamah

3.Malaikat akan datang mengitari orang yang istiqamah menjelang saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ada ulama yang mengatakan bahawa Malaikat akan datang ketika manusia istiqamah dibangkitkan dari kubur sambil berkata: Janganlah takut dan jangan khuatir ,justeru kamu telah hidup di dunia dengan cara yang betul dan membawa amal yang baik untuk akhirat.

4.Penghurmatan dan penghargaan orang terhadap orang berkenaan kerana, kepatuhannya kepada Allah dan kebaikan perilakunya yang terpuji dan beretika.

Page 57: Konsep istiqamah ags 2

Faedah Sifat Istiqamah

5.Allah menjanjikan syurga untuk mereka yang istiqamah dan bertakwa; di mana mereka akan dapat menikmati apa jua yang dihajatkan oleh kemahuan mereka. Mereka dapat melihat segala pemandangan yang indah, merasakan makanan dan juadah yang enak dan lazat sebagai balasan dan kurniaan Allah Subhanahu Wata’ala kepadanya .

Page 58: Konsep istiqamah ags 2

. Allah berfirman dalam surah Fussilat ayat 30

4كة أال ل عليه4م المالئ ه ثم استقاموا تتنز نا الل ذ4ين قالوا رب 4ن ال إ4ي كنتم توعدون ت ة4 ال 4الجن روا ب تخافوا وال تحزنوا وأبش4

Sesungguhnya orang yang yang berikrar dengan mengatakan Allah Tuhan kami kemudian mereka beristiqamah, nescaya turunlah para Malaikat bertali-arus mengunjungi mereka dan menyampaikan pesanan; kamu jangan takut, jangan bimbang. Sebaliknya bergembiralah dengan ganjaran syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.

Page 59: Konsep istiqamah ags 2

KesimpulanPerbincangan mengenai istiqmah ini memang menarik dan membawa kita kepada berbagai dimensi dalam kehidupan . Semua ruang dan dimensi berkenaan perlu diisi dengan ruh , makna dan penampilan konsep dan perlakuan istiqamah.

Page 60: Konsep istiqamah ags 2

Kesimpulan Secara ringkas kita mungkin boleh merumuskan bidang istiqamah itu dalam hal hal berikut:

1. Dimensi akidah

2.Dimensi Syariah

3.Dimensi Akhlak dan Moral

4.Dimensi Sistem

5. Dimensi Kejiwaan

Page 61: Konsep istiqamah ags 2

معه قاتل 4ي ب ن من ن وكأي4ما ل وهنوا فما 4ير كث ون ي ر4بأصابهم

ضعفوا وما ه4 الل 4يل4 سب ف4ييح4ب ه والل استكانوا وما4ر4ين الصاب

KesimpulanTiga Perkara Menggugat Istiqamah

1- Sifat Wahn lemah semangat 2 Lemah fizikal 3.Istikanah bertindak

2

Page 62: Konsep istiqamah ags 2

KesimpulanPegangan akidah yang benar , bernilai dan membuahkan hasil yang jitu dan penuh berkat diikuti dengan penghargaan dan perlaksanaan syariat yang adil penghayatan akhlak dan moral yang tinggi; di samping ujud sistem kenegaraan dan politik yang baik dan bertamadun dengan semangat kerohanian yang mulia pastilah manusia akan mendapat keberuntungan hidup di dunia dan di akhirat.

Page 63: Konsep istiqamah ags 2

Mari Berdoa:Ya Allah jadikanlah kami manusia yang beristiqamah dalam semua lapangan . Hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dengan Islam .

اللهم ارزقنا نهج االستقامة واعذنا من موجبات الندامة يوم القيامةYa Allah kurniakan kami pendirian yang istiqamah, hindarkan kami dari sesuatu yang menimbulkan penyesalan pada hari kiamat kelak

Page 64: Konsep istiqamah ags 2

Katakan: Aku beriman kepada Allah dan kemudian teruskan beristiqamah