KONSEP AKIDAH

64
( KONSEP AKIDAH ) 4.0 Memahami Konsep Akidah Aqidah merupakan simpulan yang kukuh yang tertanam di dalam jiwa. Simpulan tali aqidah dalam jiwa ini, tiada siapa pun yang dapat merungkaikan atau memutuskan dari jiwanya selain dari dirinya sendiri dan Allah yang mencipta dan memiliki jiwa hambanya. Sejarah para sahabat telah membuktikan hakikat ini. 4.1 TAKRIF AQIDAH DAN IMAN.

description

llllllllllllllllllll

Transcript of KONSEP AKIDAH

( KONSEP AKIDAH )4.0 Memahami Konsep Akidah

Aqidah merupakan simpulan yang kukuh yang tertanam di dalam jiwa. Simpulan tali aqidah dalam jiwa ini, tiada siapa pun yang dapat merungkaikan atau memutuskan dari jiwanya selain dari dirinya sendiri dan Allah yang mencipta dan memiliki jiwa hambanya. Sejarah para sahabat telah membuktikan hakikat ini.

4.1 TAKRIF AQIDAH DAN IMAN.

4.1.1 Takrif Aqidah.

Bahasa : berasal daripada aqadayang bermakna menyimpulkan atau dari perkataan aqiduyang bermakna mempercayai. Manakala perkataan aqidah ialah mufrad dan jamaknya (plural) ialah qaid yang membawa maksud simpulan.

Istilah: Aqidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.

4.1.2 Takrif Iman.

Bahasa : kepercayaan atau tasdiq.

Istilah: boleh dimengertikan melalui sabda Rasulullah SAW. dalam hadits baginda yang menegaskan:Membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lidah dan diamalkan dengan jasad (anggota lahir).

4.1.3 Penghayatan Rukun Iman.

Rukun-rukun iman ialah:1. Beriman kepada Allah SWT. 4. Beriman kepada para Rasul.2. Beriman kepada Malaikat. 5. Beriman kepada hari Akhirat.3. Beriman kepada kitab-kitab Allah. 6. Beriman kepada Qadar dan Qada

Keimanan bukanlah ucapan yang keluar dari bibir semata-mata, tetapi keimanan yang sebenar adalah merupakan suatu akidah atau kepercayaan yang memenuhi seluruh isi hati.

Dari situ akan muncullah kesan-kesannya, antaranya: Allah dan RasulNya lebih dicintai dari segala suatu yang ada Merasa takut dan malu terhadap Allah jika melakukan laranganNya Menjadi asas semua amalan yang soleh dan pendinding dari maksiat dan kederhakaan.

4.2 HURAIAN RUKUN IMAN.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Umar Ibni Al-Khattab RA bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah SAW di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah yang bermaksud:

Jibril telah berkata kepada Rasulullah: kamu terang kepadaku mengenai iman, maka jawab Rasulullah : Iman itu ialah bahawa kamu beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada yang baik atau buruk adalah semua daripada Allah. Maka Jibril pun berkata: Kamu telah berkata benar.

4.2.1 Percaya Kepada Allah.Percaya kepada Allah adalah perkara asas dalam akidah Islam dan syariatnya. Erti beriman dengan Allah Taala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Taala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah.b) Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk.c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu.

Apabila manusia itu mengenali Tuhan yang Maha Besar yang menjadikannya dan berhubung dengannya maka dia tahu bahawa dia adalah milik Tuhannya sahaja dan dengan itu bebaslah ia dari segala kuasa selain dari kuasa Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (al-Baqarah : 21)

Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk bumi, langit dan planet-planet lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah SWT. Dengan demikian semua manusia yang ada di muka bumi ini walau apa bangsa sekalipun dan di negara mana sekalipun adalah tertakluk kepada perintah Allah. Mereka dikehendaki menganuti agama Allah dan agama Allah yang terakhir sekali iaitu agama Islam .

Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain, kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

4.2.2 Percaya Kepada Malaikat.

Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Bilangannya tidak diketahui. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sekali-kali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya, sabda Rasulullah S.A.W ( Terjemahannya ) :Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap dan dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah. ( Hadith riwayat muslim )Di antara nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya ialah :

Malaikat TugasJibril: Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia.Mikail:Mengawal cakerawala termasuk matahari , bulan , bintang-bintang, keadaan hujan dan panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah.

Izrail:Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh AllahIsrafil: Meniup serunai sangkakala apabila tiba masanya.Raqib: Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusiaAtid: Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia.Mungkar: Menyoal manusia di dalam kuburNakir: Menyoal manusia di dalam kubur.Ridhwan Mengawal syurga.Malik: Mengawal neraka.

4.2.2.1 Hikmat Beriman Kepada Malaikat.

Antara lain dapatlah dikatakan :a) Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walau di mana dia berada.

b) Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib dan Atid.

c) Apabila seseorang muslim itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh malaikat dalam kuburnya maka semasa hidup di dunia ini dia akan mengerjakan apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah. Jadi, apabila menyedari keadaan ini tentu dia akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga supaya suruhan Allah akan sentiasa dipatuhi dan dia akan selamat di alam kubur nanti.

4.2.3 Percaya Kepada Kitab.Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia.

Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam itu ialah:

1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti).2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani).3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani).4. Al-Quran : Nabi Muhammad S.A.W. (dalam bahasa Arab).

Setiap rasul yang diutus oleh Allah kepada manusia dilengkapi dengan kitab yang menjadi pedoman, pembimbing dan undang-undang kepada manusia yang dipimpinnya.Firman Allah SWT yang bermaksud:

Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan. ( Al-Baqarah : 213)

Al Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah dan penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup, yang kekal selamanya mentadbirkan (sekelian makhluk). Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci (al-Quran) dengan (mengandungi) kebenaran, yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga yang menurunkan kitab-kitab Taurat dan Injil, sebelum (al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan ia juga menurunkan al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dan yang salah). ( Al-Imran:2-4 )

4.2.4 Percaya Kepada Rasul.

Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka menerima wahyu yang mengandungi hukum-hukum syarak untuk mengajar dan membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul ada empat iaitu:

1. Siddiq - Benar pada segala percakapan, perkhabaran dan perbuatan.2. Amanah - Jujur dan tidak membuat kesalahan.3. Tabligh - Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia.4. Fathonah - Bijaksana.

Erti Rasul dari segi bahasa ialah : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain. Manakala dari segi istilah : Rasul ialah lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah.

Terdapat 25 orang rasul yang wajib diketahui, iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Iliasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad s.a.w. Semua rasul-rasul diutuskan oleh Allah kepada kaum masing-masing, kecuali Nabi Muhammad (SAW) diutuskan kepada seluruh umat manusia. Firman Allah SWT :

Maksudnya:Tidaklah Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) kecuali untuk umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan juga berita menakutkan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikatnya. (As-Saba:28)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:

Bahawa Nabi Muhammad itu bukanlah bapa kepada seorang lelaki daripada kamu Zaid bin Harisah,(anak angkat Rasulullah), malah adalah Rasul (utusan) Allah dan penyudah segala nabi (yang terdahulu) dan adalah Allah itu mengetahui segalanya. (Al-Ahzaab: 40)

4.2.5 Percaya Kepada Hari Akhirat.

Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fikir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikannya, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat ini.

4.2.5.1 Pola beriman kepada hari Akhirat itu terbahagi kepada lima fasa:

1. Tahap kehancuran segala makhluk yang ada di muka bumi. Dalam proses kehancuran ini akan terjadilah gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu berterbangan, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia semua mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah tetap kekal.Firman Allah SWT :

Maksudnya:Semua yang ada di alam ini binasa. Hanya Zat Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. (Ar-Rahman: 26-27)

2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di padang Mahsyar.

3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah (atom).

Firman Allah SWT :

Maksudnya:Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam bermacam-macam keadaan, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan seberat timbangan zarah kebaikan, tentu akan dilihatnya. Dan barang siapa yang mengerjakan seberat timbangan zarah kejahatan nescaya akan dilihatnya pula. (Al-Zalzalah: 6-8)

4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, di mana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiyaan.

5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan akan ditempatkan di syurga dan yang banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka yang penuh azab sengsara.

Dari fasa-fasa di atas, fasa kelima mempunyai nilai yang paling tinggi bagi kehidupan manusia. Ia menunjukkan kehidupan di dunia ada ertinya, bukan hidup sekadar makan dan minum sahaja tanpa ada kelanjutan dari segala usaha yang dilakukan di dunia ini. Apa yang kita kerjakan sekarang merupakan bentuk keinginan untuk kehidupan yang mendatang. Jelas didapati bahawa berbagai corak kehidupan yang dialami manusia seluruhnya, sedangkan akhirat tempat kekal dari amalan yang pernah dilakukan di dunia.Beriman kepada hari Akhirat membawa kesan positif kepada manusia kerana ia mengajar manusia beramal soleh. Manusia soleh akan banyak memberi manfaat sesama insan, kebaikan yang dibuat bukan untuk mencari populariti diri dan bukan mengharapkan balasan material, malah mencari keredhaan Allah semata-mata. Maka akan lahirlah manusia bertaqwa dan sanggup menghadapi segala rintangan hidup sebagai ujian Allah kepada mereka.

Jika dalam menegakkan kalimah Allah mereka sanggup menggadaikan harta dan nyawa, maka sesungguhnya mereka adalah benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Sikap optimis yang mereka miliki, dengan pandangan yang tajam dan merupakan hasil dari keyakinan mereka kepada hari akhirat di mana di sanalah mereka akan diberi kemenangan yang abadi.

Akibat dari keimanan kepada hari akhirat wujudlah manusia yang benar-benar cintakan Allah hingga segala amalan perbuatan dalam kehidupannya adalah untuk Allah. Jika sikap yang demikian itu dipunyai setiap muslim, maka sudah tentu ancaman dari luar yang ingin menghancurkan Islam dapat dihapuskan, malah Insya Allah kesucian Islam dapat dipertahankan dan menjadi ikutan serta anutan seluruh manusia.

4.3 PERINGKAT-PERINGKAT IMAN.

Para ulamak membahagikan iman kepada beberapa peringkat:

1. Iman Taqlid : Iaitu iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain.2. Iman Ilmu : Iaitu beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati.3. Iman Ayan : Iaitu iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh.4. Iman Hak : Iaitu iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarrabin, iaitu orang yang hampir kepada Allah.5. Iman Hakikat : Iaitu iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari akhirat seperti para sahabat nabi.

Setiap manusia harus memiliki sekurang-kurangnya iman Ayan untuk memperoleh ketenangan, kesejahteraan dan kekuatan jiwa serta semangat pengorbanan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.

4.3.1 IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG.

Iman seorang manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan mereka. Untuk mencapai iman yang teguh kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut : Melawan hawa nafsu. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela seperti ujub, angkuh, sombong, tamak, riya dan sebagainya. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji. Melahirkan keikhlasan berbakti dan berkorban semata-mata kerana Allah. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

4.3.2 HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan boleh diibaratkan seperti sebatang pokok. Bahagian akarnya ibarat iman, di mana ia tidak kelihatan. Akar di dalam tanah dan iman di dalam hati. Sekiranya akarnya baik tanpa sebarang cacat dan tidak ada penyakit, suburlah batang dan daun-daunnya. Begitu juga iman yang sihat akan melahirkan amalan yang baik.

Batang dan daun-daun yang subur itu ibarat Islam. Batang ialah bahagian yang nampak dilihat dari bahagian pokok tersebut. Begitu juga Islam dapat dilihat melalui amalan-amalan zahir. Amalan yang bersungguh adalah hasil dari iman yang kuat dan kukuh.

Ihsan ibarat buah dari pokok. Pokok yang akar dan batang yang sihat akan menghasilkan buah yang juga baik. Ihsan adalah hasil dari iman dan amalan Islam yang bersungguh di mana akan terpancarlah akhlak baik yang dikagumi oleh kawan dan lawan.

Kesimpulannya, antara Iman, Islam dan Ihsan mempunyai hubungan yang rapat yang tidak dapat dipisahkan. Pengakuan beriman tanpa ada amalan Islam adalah dusta. Amalan Islam tanpa iman adalah munafik. Begitu juga Ihsan tidak akan wujud tanpa Iman dan Islam.

4.4 PEMBAHAGIAN MANUSIA.

Menurut Al-Quran Al-Karim ,manusia dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu

1. Manusia Muslim

Bahasa = orang IslamIstilah = Golongan manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah SWT. Sentiasa berusaha menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi larangann-Nya.

Ciri-ciri muslim sejati

Aqidah yang Sejahtera Bermujahadah melawan hawa nafsuIbadah yang sahih BerdikariAkhlak yang mantap Tersusun didalam urusanBerpengetahuan Luas Menepati masaMemiliki tubuh badan yang sihat Bermanfaat untuk orang lain

2. Manusia Mukmin.

Bahasa = Orang yang beriman

Istilah = Manusia mukmin ialah mereka yang beriman kepada Allah SWT dan beriman kepada rukun-rukun Iman yang enam. Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan sekali.

Sifat-sifat Manusia mukmin. Bertakwa Menerima dan patuh kepada hukum Allah SWT. Cintakan Allah. Sembahyang dengan khusyuk. Berjihad di jalan Allah. Dakwah kepada kebaikan.

Janji-Janji Allah Kepada Orang Mukmin.

Di dalam al Quran banyak terdapat ayat-ayat yang menunjukkan Allah memberi jaminan kepada mukmin dengan kehidupan yang sempurna di alam akhirat. Allah SWT tidak sekali-kali memungkiri janjiNya.Di antara firman Allah SWT :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin dirinya dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (At-Taubah: 111)

Dari ayat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa:

1. Allah SWT memberi jaminan sepenuhnya bahawa orang-orangmukmin diberi pembalasan yang baik dengan dimasukkan ke dalam syurga.2. Penghuni-penghuni syurga akan kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Sebagai ganjaran pahala dari Allah ke atas amalan- amalan yang mereka lakukan di dunia.3. Orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan kelihatan bercahaya-cahaya lantaran berita gembira yang mereka terima, iaitu syurga abadi

Oleh itu, janganlah merasa hina dan rendah diri lantaran beramal dengan amalan Islam dan terimalah seruan Allah SWT.

3. Manusia Fasiq

Bahasa = putus, cerai

Istilah = Golongan yang tahu tentang ajaran Islam tetapi tidak mahu mengamalkannya. Sebagai contoh, mereka tahu bahawa solat 5 waktu sehari semalam itu WAJIB tetapi tidak mahu menunaikannya.

4. Manusia Munafik.

Bahasa = berpalingIstilah = orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dengan lidak tapi hakikatnya hati mereka menafikan pengakuan tersebut. Merka menyembunyikan sifat kekafiran mereka dan berpura-pura sebagai orang Islam.

Manusia munafik terbahagi kepada dua :

Munafik Iktiqadi :Iaitu iktikadnya terhadap pokok persoalan iman denagn bersikap dan bersifat nifak. Golongan ini akan kekal di dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktikadnya.

Munafik Amali :Iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat dan bersikap nifak, seperti seseorang itu beramal kerana selain dari Allah. Maka golongan ini melakukan dosa yang memerlukannya bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga sesudah dimasukkan ke dalam neraka.

Sifat-sifat orang Munafik : Penyakit hati. Berbuat kerosakan di bumi. Menuduh orang beriman sebagai bodoh. Mengambil orang kafir sebagai pemimpin orang mukmin. Menipu, riya, malas dalam mengerjakan ibadat.Menyuruh yang mungkar dan melarang perkara makruf.

5. Manusia Kafir.(Kufur)

Bahasa : Kufur bererti tutupan atau penutup.Istilah : Kufur bererti tidak beriman kepada keesaan Allah atau kenabianNabi Muhammad SAW serta syariat yang disampaikan baginda.

Para ulama telah membahagikan kufur kepada beberapa bahagian, antaranya : Kufur tauhid kepada Allah, seperti firman Allah SWT :

Maksudnya :Sesungguhnya orang-kafir sama sahaja bagi mereka , kamu beri peringatan atau tidak , mereka tidak juga beriman. (al-Baqarah : 6)

Kufur dengan makna juhud (menentang) Allah. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Apabila datang kepada mereka apa yang mereka tahu , mereka kufur dengannya. Maka laknat Allah ke atas orang-orang kafir. Al-Baqarah:89 )

Kufur nikmat (tidak berterima kasih kepada Allah). Firman Allah SWT:

Maksudnya : Syukur kepadaKu dan janganlah kufur (Al-Baqarah:152 )

Sifat Orang kafir : Tidak yakin akan adanya hari kebangkitan dan alam akhirat. Memperolokkan al Quran dan orang yang beriman. Menghalang manusia lain dari mengikut jalan Allah. Menjadi hamba kepada kebendaan. Merasa iri hati terhadap orang Islam yang menyeru kepada kebenaran.Memperolokan agama Allah, membenci dan menentang apa saja yang berkaitan dengan Islam.

4.5. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Quran, al-Hadith serta ijma ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Taala sendiri di dalam al-Quran dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.Mazhab yang empat (Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) juga termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syiah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syariat) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan.Posted byIBNUat9:34 PM