Koleksi Sajak
-
Upload
rozaidi-yusof -
Category
Documents
-
view
870 -
download
38
description
Transcript of Koleksi Sajak
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
1/32
HAIKU ANAK BANGSA
Anak bangsaku
padam bara hatimu
sedingin salju.
Anak bangsaku
siramilah budimu
subur selalu.
Anak bangsaku
terangilah dadamu
iman di kalbu.
Anak pertiwi
hidup biar memberi
amalan diri.
Menerimalah
segala rasa payah
tiada gundah.
Anak bangsaku
yang perlu engkau tahuusul dirimu.
ZULFAZLAN JUMRAH
Kuala Lumpur
Leave a Comment | Puisi Patriotik| Tagged:haiku,Puisi Patriotik| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/#respondhttp://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/#respondhttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/#respond -
5/24/2018 Koleksi Sajak
2/32
Sajak Buat Tanahair
Disember 6, 2009
SAJAK BUAT TANAH AIR
Nafas jihadmu tetap panas
sewaktu tanah milikmu dicakar durjana
namun kau masih sempat
mengikir mata akal:
Sebilah belati
peluru tetap kau asah
bangkit dengan semangat mata batin
selamanya.
WAN MARZUKI WAN RAMLISK Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas.
3 Komen| Puisi Patriotik| Tagged:Sajak Patriotik,sastera melayu| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
Sajak A Aziz Deraman Lidah Bangsa
September 8, 2009
LIDAH BANGSA
Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
buana yang resah benua tidak tentu
akan segala yang mungkin alaf baru,
ketika kuasa-kuasa bertukar haluan
krisis ekonomi gelegak di tangan
budaya hidup yang terencat
sosial manusia yang bejat
di sisi globalisasi liberalisasi
bangsaku hilang berani.
Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bingkas
http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/ -
5/24/2018 Koleksi Sajak
3/32
bangun berdiri
bersatu langkah sederap serentak
yakin bangunkan nusa yang hebat
dimalui disegani dihormati orang
atas kekuatan aneka macamtaat setia rakyat menjulang
satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru alur fikir
menerjah tanpa nyata batin zahir
nusa ini akan nanar
jadi pohon tidak berakar.
A AZIZ DERAMAN
Kuala Lumpur
15 Komen| A Aziz Deraman,Puisi Patriotik| Tagged:A Aziz Deraman| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
Sajak Patriotik : Bersila Di Atas Tikar Merdeka
September 4, 2009
BERSILA DI ATAS TIKAR MERDEKA
TELAH DI PILIH DARIPADA POHON MENGKUANG TERBAIK
DI TANAH GEMBUR BERLEMBAH SUBUR MAKMUR INI
TELAH DIPILIH DARIPADA DAUN TUA TERBAIK-SEGAR DAN LEBAR
DICANTAS DAN DIHIMPUN DARIPADA TIGA POHON TERBAIK
DIJEMUR DI BAWAH TERIK MENTARI NAMUN TETAP KUKUH IA
DILAYAT MENJADI JALUR JEMALUR NAMUN TETAP LIAT IA
DIRENDAM DENGAN TIGA RUPA WARNA SEMAKIN CANTIK
DI JEMUR LAGI DAN DI LURUT BERKALIKALI SEMAKIN LEMBUT IA
TELAH DI PILIH DARIPADA PENGANYAM TIKAR TERMAHIR
DIATAS BUMI INDAH AMAN MAKMUR INI
HALUS JEMARI MENYUSUN DAN MENYILANG JALURAN
MENGANYAM PETAKPETAK WARNA DENGAN AKAL SENI
TIDAK MUDAH SEPERTI YANG KITA SANGKAKAN
http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/category/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/#comments -
5/24/2018 Koleksi Sajak
4/32
JALURAN HARUS TEPAT MENYISIP ATAS BAWAH
HATI PERLU TABAH MENGHADAPI WAKTU SABAR
DARI LUAS SEINCI DI JADIKAN LEBAR SEJENGKAL
DARI SEJENGKAL DIJADIKAN SEHASTA DEPA
DARI SEHASTA DEPA DIJADIKAN SEHAMPARAN SUDAHBEGITU PAYAH SEBENARNYA MENYIAPKAN TIKAR KERAMAT INI
BEGITU CANTIK PULA SIAPNYA MEMAPARKAN DIRI
SIAPA MELIHAT MENJADI TERPEGUN AMAT AKAN CORAKNYA
SIAPA MENYENTUH BERASA HALUS AMAT AKAN SENI DIRINYA
INILAH TIKAR MERDEKA TERPILIH BINAAN GENERASI LALU
JANGAN SEKALIKALI GADAIKAN IA KEPADA PENJAJAH
JANGAN SEKALIKALI HAMPARKAN IA KEPADA PEMBELOT BANGSA
JANGAN SEKALIKALI MELETAKKAN NILAI HARGANYA KEPADA SESIAPA
KERANA TIKAR INI HANYA UNTUK PEJUANG TERBILANG
KERANA TIKAR INI HANYA UNTUK RAKYAT BERHATI WAJA
KERANA TIKAR TIADA TERNILAI UNTUK DI TUKAR GANTI
HANYA KEPADAMU KAMI BERSETIA DAN BERSUMPAH
HANYA KEPADAMU KASIH KAMI TUMPAH MELIMPAH
KAMILAH INSAN PALING BERTUAH MENDUDUKI TIKAR MERDEKA INI
BERSILA DAN BERZIKIR HAYAT MENYUSUN SEJARAH BANGSA..
~ Adam Mohd Noor
8 Komen| Puisi Patriotik| Tagged:Bersila Di Atas Tikar Merdeka,Sajak Patriotik| Pautan
Kekal
Dikirim oleh Admin
Puisi Sajak Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan
Ogos 12, 2009
Puisi Patriotik Bulan Kemerdekaan
http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/#comments -
5/24/2018 Koleksi Sajak
5/32
SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
6/32
Serunai Faqir
Wangsa Maju
PADA TANAH MERDEKA INI
Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawademi tanah ini
tidak diragut ganas.
Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal dirilalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci
Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
7/32
UNTUK BANGSA MERDEKA
Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngerikeluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.
Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.
Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.
Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiribersyukur kepada hari-hari lalunya.
MOHD FADZIL YUSOF
CINTA WAJA WARGA MERDEKA
Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana
menjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata
dari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kami
istana kasih yang kukuh
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
8/32
merangkul mesra di persada visi
menganyam janji pada diri.
Meski telah kami punahkan sejarah berdarah
dalam zikir kasih menyusur perjuangannamun segala yang pernah musnah
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi
menjujnjung martabat bangsa bermaruah
kerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkan
pada seluruh cakerawala setia
- akan kami laungkan keamanan
- akan kami nyanyikan semangat merdeka.
Di maya ini, kami tafsir segala peradaban
menyirami kuntum perkasihan di laman
telah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbau
menggamit sejuta pesona waspada
akan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di mata
di sini, kamilah anak merdeka
melangkah maju tidak gementar
membentuk wawasan tidak gegar.
Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki
melaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadi
akan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentang
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamanan
akan kami wangikan seluruh maya
menabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahtera
tidak akan rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantung
membina cinta waja dalam sumpah
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
9/32
- kami anak merdeka
ada misi membentuk kemenangan
ada visi membentuk kemahuan.
Karya: Sabariah Bahari
AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
10/32
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormatiaksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.
Karya: Wadi Leta S.A
NEGERI INI, ANAK
Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!
Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.
Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
11/32
adalah susila.
Adalah segala-galanya.
Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,tampuk atau asal, percaya atau agama:
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.
Marsli N.O
17 JunJulai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989
TANAH PEJUANG
Jika diundurkan tikaKau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasaJiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
12/32
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suciHanya ingin satu kebebasan
Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hatihati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..
OSMAN ZAINI
080808 09PM
E005 IPS,MIRI
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
13/32
MENCARI WIRA
Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?
Lemas kita dilanda curiga
antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.
Bangunlah dari lena khayali
kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.
Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah
tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikamatas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)
Marilah kita didihkan akal
mentafsir kata dengan sempurna
- ada waktunya berontak itu keji
- ada waktunya berontak itu suci
- ada waktunya berontak itu cemar
- ada waktunya berontak itu samaraberubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
14/32
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian
Sesal hanya datang sekali
tapi seksanya sepanjang hayatlukanya berparut berabad-abad
Nukilan:
Mohamad Saleeh Rahamad
NEGARAKU TERBILANG
Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.
Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.
Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
15/32
Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
(Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden,
Putrajaya.)
TANAH JANTUNG
Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah
Kita genggam sejarah
Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai
Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa
Jatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan warga
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa
Ini ibu pertiwi kita
negeri tercinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir
Alirnya memercikkan cita
Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
16/32
Selamatlah kau tanah jantungku yang indah
Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudah
Udaramu camilha akhirnya
Melindung memayungiBumi kekasih ini
Ini negeri kita
Diukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia
Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung
Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.
Dideklamasikan oleh arwah Datin Seri Endon Mahmood
NEGERI BERTUAH INI
Negeri bertuah ini
Tanah air tercintaDi sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasikTanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
17/32
Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.
Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.
Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan
Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.
Negeri bertuah ini
Negeri kitaMari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.
A. Latip Talib
Negeri Sembilan.
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
18/32
BAPA KEBEBASAN
(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)
Dialah yang memugar rimba sejarah
dan meletakkan batu tanda bertatah indahdialah yang membina sempadan gagah
antara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.
Dialah yang bergelar bapa
mewariskan sebidang tanah menganjur,
dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhur
bumi subur warisan leluhur.
Dalam lembut bicara semanis kata-kata,
dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejam
mengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkat
lalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.
Dia yang meletakkan makna merdekadalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksara
mencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmu
berdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdu
dari embun di rumput baldu
31 Ogos tanggal keramatdia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dalam insaf
betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.
Dialah bapa !
yang telah mewariskan pada kita
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
19/32
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
20/32
kemajuan dunia melangkah seiringan
tegas mendepani perubahan!
Dengan keyakinan dan iltizam bangsa
jihad ke daerah merdekamenekuni perkongsian perjuangan dan kehidupan
jangan sampai tergadai diselar petualangan
yang sering datang bertandang mesra
sedang hati diulit dengki khianat
suka melihat kita tersungkur, memaut ehsan.
Demikian terkenang pesan pahlawan terbilang
gah! Suara anak Malaysia bergema di medan pembangunan
lantang meningkat ekonomi dan martabat
dunia menyaksi tamadun bergerak pantas
lenyaplah kesedihan bangsa kita!
Kini mendepani generasi bijak bestari
pendengar dan ajarkan perjuangan silam
jangan sampai terbiar hingga alpa
harga diri bukan pada kemajuan semata
kebebasan, keadilan dan teknologi canggih
tetapi jua menuntut pertanggungjawapan di jiwa!
Karya: Jariah Haji Taha
INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.
Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
21/32
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.
Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.
Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.
Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
22/32
Ghazali Lateh
Banting,
September 2000
# Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologiJamung Merdeka kelolaan Gapena.
Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga
Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.
Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.
Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.
Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
23/32
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusakapusaka pejuang terbilangHalaman merdekamerdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangunmembangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
Dihalaman kembang sepatu ini,
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa
Karya:
Sazalee Haji Yacob
Anda boleh membaca lebih banyak puisi patriotik di sini
138 Komen| Puisi Patriotik| Tagged:Puisi Kemerdekaan,Puisi Merdeka,PuisiPatriotik,Sajak Kemerdekaan,Sajak Merdeka,Sajak Patriotik| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/ -
5/24/2018 Koleksi Sajak
24/32
Rumah Bangsa1MALAYSIA
Mei 26, 2009
Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.
Ini tugas kita,
hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman
terhimpun berdekat lama,azam tak terpadam,
semangat panas membara.
Lapan pasak kukuh,
menunjang jauh di setiap sudut
berhimpun segala tenaga
mengagih beban dengan saksama.
Lapan mata tangga,lurus bertingkat diukur sama
berganding bahu melangkah sempurna.
Lapan pintu terbuka,
menyambut girang warga setia
ikhlas bertindak, rendah jiwa,
mengukuh wasilah setiap masa.
Lapan jendela bertabir mesra,
membiar semilir jujur menyapa
dada sarat menakung janji,
menyirat ikatan penuh percaya
hati menerima penuh rela.
Lapan penjuru berlantai rata,
bersimpuh tenang menyingkap rahsia
http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/ -
5/24/2018 Koleksi Sajak
25/32
membuka luas mata dan minda,
mencari landasan menakluki dunia
jangan bangsa mudah terpedaya.
Lapan tiang berdiri sempurna,walau diterjah badai sengsara
tabah bertahan meredah masa
semangat tak luntur setapak tak undur
berjuang bagai seorang satria.
Kita bumbungkan rumah ini
dengan impian gemerlapan
kita palitkan warna damai perpaduan
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti untuk yang perlu
kita hiasinya segala termampu
kita namakan 1Malaysia,
terhimpun di dalamnya
segala amanah menuntut keringat semua.
Di bahu kitalah segalanya tersirat
memikul lapan tiang utama
visi dan misi wira negara.
Cemerlang bertindak, usaha berganda,
tepat sasaran tinggi nilainya.
Ketabahan dipupuk menahan dugaan,
sabar mendaki liku rintangan.
Menyusur reba tunduk berisi,
rendah hati menambat mesra.
Mengukur hajat biar sepadan,
menerima dengan lapang dada.Setia bertempat bijak mentafsir,
jauhkan diri mengikut hati.
Keupayaan dijulang, meritokrasi dilaksana,
adil bertindak menegak yang hak.
Ilmu ditimba menambah khazanah,
jalan utama dipandang mulia.
-
5/24/2018 Koleksi Sajak
26/32
Jujur mengatur lidah,
berani kerana benar, integriti teras jati diri.
Mari kita pelihara rumah ini,
kita suburkan halamannyadengan bunga janji mekar mewangi
biar ia bertambah seri,
warisan penentu generasi muka
1Malaysia lestarikan dijiwa,
sepanjang hayat membangun nusa.
Baha Wahab
Kulai JayaIstana Budaya.
13 Komen| Lain-lain,Puisi Patriotik| Tagged:1Malaysia,Puisi Satu Malaysia,Satu
Malaysia| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
Pada Sebuah Watan ~ Rejab FI
Ogos 26, 2008
Jati diri bangsa bagaikan pepohon
pada sebuah watan
akarnya kedaulatan bahasa
batangnya keagungan nilai budaya
dedahannya semangat kecintaan dan perpaduan
dedaunnya rimbunan ketaatan dan kesetiaan.
Pepohon negara yang merdeka dan berdaulat
bahasa adalah akar peribadi bangsa
menjalar pada nurani kehidupan
menyuburkan dedahan pendidikanmenaungi daunan kesejahteraan
pada sebuah negara bangsa.
Batang budaya yang tertegak pada sebuah watan
adalah peribadi yang luhur dan murni
menjulang kecintaan nusa bangsa
http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/#comments -
5/24/2018 Koleksi Sajak
27/32
di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung.
Dedahan pada sebuah bangsa merdeka
menegakkan pepohon nurani padu dan utuhmembangun ekonomi menyuburkan watan
menyemarakkan ranting perpaduan dan persefahaman.
Dedaunan yang menghijau dan rendang
menyuburkan maruah dan semangat waja
memartabatkan bahasa dan keluhuran perlembagaan
membendung tekad dan keazaman
membasmi hujan petualangan
menaungi mentari keganasan
yang merobek nurani bangsa.
Pupuslah jati diri bangsa
jika akar bahasa tercabut dari pepohon watan
tumbanglah jati diri bangsa
jika batang budaya terbongkar dari perdu perpaduan
terkulailah jati diri bangsa
jika dedahan kecintaan sekah dan patah
kontanglah jati diri bangsa
jika dedaunan ketaatan dan kesetiaan
kering dan kelayuan.
REJAB FI
Perlis.
1 Komen| Puisi Patriotik,Rejab FI| Tagged:Puisi Patriotik,Rejab FI| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/#comments -
5/24/2018 Koleksi Sajak
28/32
Kekasih Dalam Merdeka (3)
Ogos 12, 2008
Telah kulestarikan taman kemesraan
setiap hujung Ogos yang jernih
dalam makrifat temujanji tersendiri
seberkas akrab dan mempesonakan
mengalir di sungai kecintaan.
Telah kulukiskan monumen diri
kerinduan ini yang tidak tertanggung
lantaran darah kesatria mengalir itu
teramat manis dan kondusif
aromanya menusuk ke jantung sedar
dalam intuisi diri tidak pernah pudar.
Kekasih
himpunlah sebuah meditasi rindu
dengan hamparan baldu realiti
bahawa perjuangan mereka
adalah kasih kita dua benua
terangkat dendam cinta Laila Majnun
jerih perit seakan menyanggah takdir
di hujung pasrah.
Kekasih
binalah rumah pusaka bangsa ini
dengan jambak kuntum
pemodenan
hiasilah ruang padang kehidupan
dengan harum wangian keikhlasan
dan siapkan laman kebahagiaan
untuk kita tiduri malam abadi!
D J DOLASOH
Vila Usrati Jannati,
Batu 19, Badak, Bachok
1 Komen| Lain-lain,Puisi Patriotik| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/ -
5/24/2018 Koleksi Sajak
29/32
Di Bumi Tercinta Ini ~ Rejab FI
Februari 26, 2008
Di bumi tercinta ini
kita menganyam perjuangan
berbekalkan sebuah bahtera
dan sebuah neraca
milik perjuangan sejati:
memartabatkan bahasa ibunda.
Bahasa ibunda adalah bekalan
membangun atma anak-anak watan
meneroka belantara
melayari lautan
menerbangi angkasa kerana kehidupan
mesti dibajak
mesti diteroka.
Di bumi tercinta ini
kita semaikan semangat
bercambah di sanubari anak nusa
bahawa bahasa adalah jati diri bangsabahawa bahasa identiti negara.
Wahai anak-anak watan
gemblengkan tekad
bahawa bahasa itulah
memupuk nilai-nilai kehidupan
menyemarakkan azam dan cita-cita
memperkukuhkan tamadun bangsa
memerdekakan diri daripadapengkhianatan
membebaskan perjuangan
ketamakhalobaan.
Bahasa adalah permata
adalah mutiara
http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/ -
5/24/2018 Koleksi Sajak
30/32
adalah intan baiduri
kerana bahasa mahkota bangsa.
Di mana hak dan harga diri
jika bahasa terkorban dalam arusglobalisasi
di mana hakikat perjuangan sejati
jika hanya memperkukuhkan kuasa
sehingga terkorban perjuangan bangsa?
Kita wajar mengimbau
pembangunan negara berwibawa
lewat bahasa ibunda
membangun ekonomi dan keperibadian
bangsa
membangun pendidikan dan sahsiah
negara.
Wahai anak-anak watan
gemblengkan perjuangan
bahawa kita tidak betah lagi terjajah
bahasa adalah hak mutlak
memperkasakan nusa bangsa
di bumi tercinta ini.
REJAB FI
Perlis.
18 November 2007
2 Komen| Puisi Patriotik,Rejab FI| Tagged:Puisi Patriotik,Rejab FI| Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin
http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/#comments -
5/24/2018 Koleksi Sajak
31/32
Jangan Berduka Malaysiaku ~ Kemala
Ogos 29, 2007
Kubebat tanganku yang luka
kubebat dadamu yang luka
kubebat bahumu yang luka
kubebat pipimu yang luka
kugiring matamu yang duka
kuiring lagumu yang duka
kusaring cumbumu yang duka
Embun mencari rumput tempat berpaut
daun mencari tangkai untuk bertaut.
Jangan berduka, Malaysiaku!
Gunung dilingkari kabut
mendung memayungi bumi
berhujan darahkah Wilayah Utara?
Serigala melolong di gunung
todak melompati teluk tanjung
Nadim lahir lagi
demi hidup baru. Makna baru.
Ada kilat ragu di matamu
berhujan darahkah Wilayah Selatan?
Tiba juga pesan warisan
Tegaklah atas nama peribadi
Senyum ibu dan sapaan Tuhan.
Jangan berduka, Malaysiaku!
Kalau ada wabak
memadami jejak-jejak putih
kalau ada lagak menepisi kasih akan
berhujan perakkah di Barat?
langit Timur membawa jalur-jalur
sejarah berhujan emaskah sang ningrat?
http://penyair.wordpress.com/2007/08/29/jangan-berduka-malaysiaku-kemala/http://penyair.wordpress.com/2007/08/29/jangan-berduka-malaysiaku-kemala/ -
5/24/2018 Koleksi Sajak
32/32
Ada tembang pilu sang nelayan
ada tempang lagu petani kemarau
mencari kasih di sudut hati
suaranya serak dan parau.
Selepas jauh berjalan
kaki direjami sendayan
dengan duka pertama
pahlawan menatap cermin retak pusaka.
Jangan berduka, Malaysiaku.
Empangan Utara dan Selatan
tembokota Timur dan Barat
gelora dua samudera menampar
angin tujuh zaman terdampar
firasat ibu mencabar.
Kecil-kecil bintang seribu
langit tanah air mengerdip cahaya
kecil-kecil bintang kasihmu
titipkan rindu pahlawan utama.
Kudakap dadamu calarkutatap bahumu balar
kutatap langkahmu wajar
semoga tetap berjiwa benar.
Belantara cinta Insan
dalam hidayat Tuhan
kucabut ranjau tujuh zaman
kugenggam mutiara masa depan.
Jangan berduka, Malaysiaku.
Kemala
Watan, 3 Disember 1984