KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di...

32
KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN: Aspek Fonologi Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Transformasi Generatif OLEH : No. Kumpulan Bil No. Matriks Nama 1 2 3 4 5 BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER 1 2011/2012 17 DISEMBER 2011

Transcript of KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di...

Page 1: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

KOD KURSUS: BBM 3202

FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN:

Aspek Fonologi Dialek Kelantan

Berdasarkan Teori Transformasi Generatif

OLEH :

No. Kumpulan

Bil No. Matriks Nama

1

2

3

4

5

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SEMESTER 1 2011/2012

17 DISEMBER 2011

Page 2: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pendahuluan …. …. …. …. …. …. 1-4

2.0 Sorotan Kajian Lalu …. …. …. …. …. …. 5 - 9

3.0 Metodologi …. …. …. … … … 10 - 14

4.0 Hasil Kajian …. …. …. …. …. …. 15 - 26

5.0 Kesimpulan …. …. …. …. …. …. 28

BIBLIOGRAFI …. …. …. …. …. … 29

(i)

Page 3: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

1.0 Pendahuluan

Fonologi merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa yang diucapkan oleh

manusia. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa itu dikatakan

fonologi. Fonologi memerlukan konsep, istilah, dan inotasi fonetik sebagai unsur tambahan .

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi merupakan satu bidang untuk

mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ia selari dengan

pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of thesystematicorganization of selected speech sounds in the

spokenform of individual language has variously been called phonology”.Manakala menurut Dalbor, salah

seorang ahli linguistik Barat pula,“ phonology is the study of the function and patterning of speechsounds “ yang

bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan

oleh manusia.

Manakala maksud dialek pula merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam

sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut

Edward Sapir pula, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan

bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk

percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Dialektologi generatif merupakan cabang teori nahu tranformatif yang menghuraikan dan membandingkan

kelainan yang wujud antara satu dialek dengan dialek yang lain. Kajian ini ingin melihat aspek fonologi yang

terdapat dalam dialek Kelantan berdasarkan Teori Tranformatif Generatif

1

Page 4: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

1.1 Pemilihan Dialek

Kami telah memilih dialek Kelantan dalam kajian ini atas beberapa faktor. Dialek Kelantan

merupakan satu daripada dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang

berasal atau menduduki negeri Kelantan, sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia

yang bersempadankan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan negara Thai.

Pemilihan dialek Kelantan dalam kajian ini adalah kerana dialek ini mempunyai

keunikannya yang tersendiri. berbanding dengan dialek di negeri-negeri lain. Keunikannya

terletak pada kepelbagaian istilah dan makna.yang berlainan daripada bahasa baku.

Penghijrahan penduduk Kelantan ke seluruh pelusok negara atas faktor pendidikan,

ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan. khususnya ke Lembah Klang sedikit sebanyak telah

mengembangkan dan mempengaruhi gaya pertuturan masyarakat setempat. Oleh itu pemilihan

dialek ini tepat pada masanya memandangkan penggunaan yang semakin meluas dan diterima

ramai menyebabkan ia dianggap dialek yang paling popular ketika ini. Ini terbukti melalui

drama-drama Melayu yang banyak memasukkan dialek Kelantan dalam dialog kerana dialek ini

boleh diterima dan difahami oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira sempadan etnik dan

geografi.

Pemilihan dialek Kelantan adalah kerana banyak istilahnya mempunyai makna yang

berlainan dan mungkin memberi pemahaman yang berbeza kepada bukan penutur natif. .

Walaubagaimanapun kepelbagaian istilah ini lazimnya dapat difahami oleh penutur setempat .

Perbezaan ini mendorong kami untuk mengkajinya daripada aspek fonologi dan semantik.

2

Page 5: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

1.3 Permasalahan Kajian

Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang

fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis

bunyi samaada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua

kelainan yang k e t a r a d i a n t a r a s u b d i a l e k K e l a n t a n d e n g a n b a h a s a

M e l a y u b a k u i a i t u d a l a m a s p e k pengucapan dan fonem. Oleh itu permasalahan

kajian ini ialah :

Mengapakah konsonan [an] dan [ng] di akhir kata dalam dialek Kelantan diganti dengan vokel

[ə] seperti contoh di bawah:

Bahasa baku Dialek Kelantan

[taŋan] [tangə]

[makan] [makə]

[kacaŋ] [kacə]

[lapaŋ] [lapə]

Mengapakah vokal [a] di akhir kata di tukar dengan vakal [o] seperti contoh di bawah:

Bahasa baku Dialek Kelantan

[mana] [mano]

[lama] [lamo]

[lada] [lado]

Apakah kata dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna berbeza dengan bahasa Melayu

standard 3

Page 6: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut;

i- Menjelaskan tentang pengantian konsonan ‘n’ dan ‘ŋ ’ di belakang kata dengan vokal

‘e’ dan vokal ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan vokal ‘o’

ii- Mendedahkan tentang organ-organ penting yang terlibat di dalam penghasilan bunyi

dialek Kelantan

iii- Menjelaskan makna dalam bahasa Melayu standard.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya membataskan kepada konsonan akhir [n] dan [ng]

dan vokal akhir [a] kepada [o].

Batasan kajian juga hanya memilih bebrapa dialek yang memberi makna berbeza tetapi ditafsir

negetif oleh penutur bukan tempatan.

4

Page 7: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

2.0 Sorotan Kajian Lalu

Kajian tentang fonetik dan fonologi dialek Kelantan telah lama dan sering dilakukan oleh

pengkaji-pengkaji sebelum ini. Kepentingan tinjauan kosa ilmu ini adalah bagi melihat

pengkajian tentang dialek Kelantan yang dilakukan sebagai rujukan pengkaji dan sebagai titik

permulaan bagi pengkaji baharu untuk memulakan sesuatu kajian yang bersifat segar dan idea-

idea baharu yang bernas serta dapat memberi suatu kelainan terhadap kajian yang telah

dilakukan.

Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri

Kelantan Malaysia kecuali sempadan Kelantan-Siam kerana kebanyakan masyarakat di sana

menggunakan bahasa yang lebih halus. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Kelantan

seperti di Pahang (Kuantan) dan Besut dan Dungun (Terengganu). Walaupun loghat ini

kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, namun ia mempunyai banyak

persamaan dan tidak sukar untuk dipelajari.

Kadang kadang ada juga perkataan yang disebut oleh sesetengah orang Kelantan tidak

difahami oleh orang Kelantan yang lain disebabkan penggunaan perkataan itu yang hanya

digunakan oleh sekelompok orang. Bahasa Melayu Kelantan yang lain ialah Bahasa Melayu

Kelantan dialek Hulu Kelantan terutama Pasir Mas.

Pengkaji terdahulu telah memilih empat kosa ilmu daripada kajian lepas iaitu kajian

tentang dialek Kelantan oleh Asmah Hj Omar (1985) Prof. James T.Collins (1988) dan (1989),

dan juga Rahmah Abd Aziz (2006). Penyelidikan mereka menjadi bahan rujukan kepada

pengkaji dalam mengkaji dialek Kelantan ini walaupun kajian yang telah dilakukan tidaklah

secara menyeluruh dan holistik. 5

Page 8: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

2.1 Asmah Hj. Omar (1985)

Melalui buku Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar telah mengkaji mengenai dialek

Kelantan dengan membahagikan dialek tersebut kepada subdialek-subdialek tertentu dan

membuat perbandingan fonologi subdialek-subdialek di negeri tersebut. Asmah telah

menggelarkan dialek Kelantan sebagai kelompok Timur. Beliau juga telah mengelompokkan

tiga negeri sebagai satu kelompok bahasa iaitu negeri Pahang-Terengganu-Kelantan. Dialek

Kelantan telah dibahagikan kepada beberapa subdialek iaitu subdialek Kelantan Persisiran,

Timur Kelantan, Sempadan Pahang dan Pendalaman Kelantan. Beliau juga telah meletakkan

dialek Melayu Kelantan dan Terengganu dalam satu kelompok dan dialek Melayu Patani tidak

ada kaitan dengan kajian beliau berbeza dengan rakan beliau iaitu Ismail Hussein yang

meletakkan Dialek Melayu Patani dalam kelompok tadi. Di dalam buku tersebut, beliau telah

membuat perbandingan subdialek-subdialek tersebut.

Beliau menjalankan kajian perbandingan tersebut mengikut daerah-daerah di Kelantan.

Antara fokus beliau adalah tahap penguasaan dan faktor berlakunya perubahan dialek.

Namun begitu, dalam bahagian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada kajian Asmah

terhadap subdialek Kelantan persisiran. Dialek Kelantan ditutur di sebahagian besar negeri

Kelantan menyusur kawasan pantai ke arah selatan hingga ke Besut,Setiu dan Dungun

Terengganu. Golongan minoriti Cina tempatan yang menjadi seperti peranakan di sana

menggunakan dialek Kelantan dan hokkien sebagai bahasa ibunda mereka. Dialek ini tidak

begitu popular di sempadan Terengganu-Kelantan. Contohnya, dialek Kelantan lebih popular di

bandar Utara Besut.

6

Page 9: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

2.2 James T. Collins (1996)

Kajian James T. Collins dalam buku Khazanah Dialek Melayu dalam bab Wilayah dialek

Kelantan: Bukti dari Sumatera Utara telah membuat perbandingan antara dialek Kelantan

dengan bahasa Orang Laut dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis, dan kosa kata secara

ringkas.1 Menurutnya, penyebaran dialek Kelantan tidak terbatas ke persisiran Kelantan saja,

bahkan salah satu subdialeknya terdapat di Timur Terengganu juga. Pada peringkat ini pengkaji

mendapati bahawa ada sekurang-kurangnya tiga ciri fonetik yang kelihatan membezakan dialek

Ulu Kelantan ini daripada dialek-dialek lain. Dalam pada itu terdapat juga suatu jenis inovasi

yang mungkin menarik minat para penyelidik lain mengenai perkara ini. Akhirnya pengkaji ini

telah menyediakan peta-peta yang kira-kira dapat menunjukkan penyebaran dialek Ulu Kelantan

ini dalam daerah yang dikajinya itu.

Pernyataan yang meletakkan dialek Terengganu, Kelantan dan Patani dalam satu

kelompok secara umumnya dapat dipertahankan dari sudut linguistiknya. Namun, perlu diingat

bahawa dialek-dialek ini bukan seragam sifatnya. Terdapat variasi dan subdialek bagi setiap

dialek ini. Misalnya dialek Trenegganu Pantai atau Pesisiran berbeza dengan dialek Ulu

Terengganu.

2.3 James T. Collins (1989)

Buku ‘Antalogi Kajian Dialek Melayu’ merupakan sebuah buku yang mencatatkan artikel

tentang kajian dialek di Malaysia. James T. Collins (Collins ) merupakan seorang pengkaji

bahasa Melayu kelahiran Amerika Syarikat. Dilahirkan pada tahun 1946 di Chicago Amerika

7

Page 10: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Syarikat memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Lingusitik daripada University of

Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (

Linguistik) daripada universiti yang sama.

Beliau mula mengkaji tentang dialek Melayu di Nusantara dan daerah-daerah bahasa Maluku di

Indonesia. Di Malaysia pula, Collins telah membuat kajian tentang dialek Melayu di Pulau

Tioman, Langkawi, Muar, Kuala Langat, Pahang, Terengganu dan kawasan perkampungan

Melayu di sepanjang Sungai Sarawak.

Dalam buku ini, penulis turut menyentuh secara ringkas tentang Dialek Kelantan

(seterusnya akan dikenali sebagai DK) yang digunakan di Sungai Pahang. Beliau telah meneliti

tentang vokal sengau DK. Collins dan Husn Dollah ( 1988; 882) menyatakan bahawa bentuk

pertuturan orang Melayu di Kelantan dan Patani memperlihatkan banyak persamaan dan

mempunyai perkaitan yang sangat erat. Ada juga yang berpendapat dialek kedua-dua negeri ini

rapat hubungannya dengan dialek Terengganu dan ada pula menyatakan bahawa ketiga-tiga

dialek ini bersaudara. Ini kerana ketiga-tiga dialek ini mempunyai taraf keakraban yang sama

berdasarkan banyak faktor antaranya faktor geografi berikutan ketiga-tiga negeri ini

berhampiran.

Berdasarkan hakikat ini, artikel ini mengemukakan bukti kebahasaan tentang hubungan ketiga-

tiga dialek ini secara kualitatif berdasarkan inovasi bersama yang terdapat dalam dialek-dialek

tersebut dan kemudian membahaskan hubungan keakraban ketiga-tiganya.

Perkaitan faktor topografi dengan kebahasaan, pernah dibangkitkan oleh Collins di mana beliau

menyatakan bahawa;

8

Page 11: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Kalau kita berpangkal pada konsep Maxwell bahawa negeri Melayu berasaskan lembangan

sungai dan, sementara itu kita mengetepikan fakto-faktor lain dalam pembentukkan negeri, maka

kita berhadapan dengan suatu landasan inetodologi penyelidikan bahasa yang cukup kukuh.

Sekiranya penyelidikan bahasa ditentukan oleh konsep sungai, muncullah rangka pengkajian

yang hanya tinggal untuk dilaksanakan.

Setiap lembangan sungai dapat ditinjau, dikaji, disusuri dari hilir ke hulu. Data bahasa dapat

dikumpulakan melalui wawancara dan observasi secara teratur dengan arah peluasan yang

ditentukan topografi, yakni rantau dan ceruk sungai itu sendiri ( Collins 1998: 78)

Rumusan tentang kosa ilmu serta analisis kritis terhadap kajian lepas menunjukkan

bahawa terdapat beberapa kekurangan dan kelonggaran berkaitan dialek dalam kajian terdahulu.

Justeru, kelemahan dan kekurangan ini menjadi pengkaji untuk menghasilkan kajian yang lebih

baik dan menggunakan pendekatan yang mantap dalam menganalisis data.

9

Page 12: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

3.0 Metodologi

Secara umumnya, perbezaan fonologi yang agak ketara di antara dialek-dialek Melayu dapat

dilihat pada penyebaran konsonan di akhir kata. Antara konsonan-konsonan yang

memperlihatkan kepelbagaian yang agak rencam di akhir kata ialah bunyi konsonan likuida.

Berikut dipaparkan sebahagian daripada data yang melibatkan realisasikan konsonan likuida /l/

dan /r/ di posisi akhir kata dalam dialek-dialek Melayu. Dialek-dialek yang terpilih untuk kajian

ini ialah dialek Kelantan.

Input Dialek Kelantan

/pagar/ pago

/ular/ ula

/bsar/ bsa

/kapal/ kapa

/hal/ ha

Data di atas menunjukkan perilaku fonologi yang dizahirkan oleh dialek Melayu

berhubung dengan konsonan likuida adalah berbeza di antara satu sama lain. Secara umumnya,

dapat dirumuskan bahawa konsonan likuida ini mengalami tiga proses fonologi, iaitu (i)

pengguguran segmen - segmen likuida digugurkan, (ii) perubahan fitur- segmen likuida berubah

menjadi segmen lain, dan (iii) peleburan segmen – urutan vokal-likuida dileburkan menjadi satu

segmen lain.

10

Page 13: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Dalam bahasa Melayu tulisan, segmen ini direpresentasikan sebagai r, dan

dispesifikasikan sebagai getaran alveolar oleh Asmah (1975, 2) atau sebagai konsonan gulungan

alveolar Yunus (1980,73). Namun, kedua-duanya bersetuju bahawa konsonan r bahasa tulisan itu

direalisasikan sebagai bunyi frikatif velar bersuara , dan bukannya sebagai bunyi getaran atau

gulungan r oleh kebanyakkan penutur Melayu (Yunus 1980,95;Asmah 1975,70). Dari segi

penyebaran di peringkat dialek, realisasikan sebagai frikatif velar bersuara diujarkan oleh

penutar-penutar di kawasan selatan, manakala bagi penutur di kawasan utara konsonan r itu

direalisasikan sebagai bunyi frikatif uvular . Berdasarkan analisis fonetik, khususnya dari segi

cara artikulasi, kedua-dua segmen // dan // ini tergolong dalam kumpulan bunyi frikatif.

Namun, pada sudut analisis fonologi , segmen tersebut harus direresentasikan sebagai bunyi

likuida kerana perilaku fonologinya sama dengan bunyi lateral /l/ (Zaharani 2005). Hal ini

bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sering berlaku dalam banyak bahasa, seperti yang

dinyatakan oleh Lass (1984, 157).

Kajian ini juga menganggap bunyi lateral /l/ dan bunyi frikatif velar bersuara // dan

frikatif velar uvular // dalam bahasa dan dialek Melayu digolongkan sebagai konsonan likuida.

Namun, bagi tujuan memudahkan perbincangan, segmen /r/ yang digunakan dalam bahasa

tulisan dipilih untuk merepresentasikan bunyi frikatif tersebut.

11

Page 14: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

3.1 Dialektologi Generatif

Dialektologi generatif ialah kajian tentang kepelbagaian dialek yang menerapkan kerangka teori

tranformasi generatif dalam analisanya, khususnya teori fonologi generatif. Sehubungan itu,

gagasan-gagasan utama teori fonologi generatif seperti bentuk dalaman, bentuk permukaan dan

rumus-rumus fonologi diterapkan dalam kajian dialektologi tersebut. Oleh sebab dialek-dialek

itu terbit atau lahir daripada satu bahasa sumber yang sama, maka adalah munasabah diandaikan

bahawa dialek-dialek tersebut mempunyai bentuk dalaman yang sama (Newton 1972, 5).

Kelaianan atau perbezaan yang bersifat regular dan sistematik yang wujud dalam dialek-dialek

berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru

itu, dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi

dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan.

Dalam kajiannya tentang dialektologi generatif bahasa Melayu, Zaharani (1993) telah

memilik dialek baku sebagai bentuk dalaman yang mewakili bahasa sumber dan kewujudan

pelbagai dialek dalam bahasa Melayu disebabkan oleh empat faktor utama iaitu (i) penambahan

rumus, (ii) penghilangan rumus, (iii) atur rumus dan (iv) simplifikasi rumus.

3.2 Penambahan Rumus

Apabila bunyi berubah dan melibatkan satu inovasi, gejala ini dihuraikan sebagai proses

penambahan rumus (Lehman 1973, 169). Sesuatu dialek itu berbeza apabila ada pertambahan

satu atau lebih rumus dalam nahunya. Pertambahan rumus menggambarkan perkembangan

terbaru yang berlaku dalam sesuatu dialek hasil daripada peredaran masa yang mendorongkan

12

Page 15: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

dialek tersebut menyimpang daripada bentuk asalnya. Berdasarkan data (1), pertambahan rumus

didapati berlaku dalam dialek Kedah. Dialek ini telah mengubah bunyi lateral /l/ menjadi bunyi

geluncuran . Rumus ini melibatkan perubahan fitur dan boleh diformalisasikan seperti di

bawah.

Rumus penggeluncuran /l/

l j / ___ #

3.3 Penghilangan Rumus

Penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud dalam bahasa sumber, tetapi

tidak lagi dikekalkan dalam dialek turunannya. Untuk menentukan rumus asal dalam bahasa

sumber, lazimnya kaedah perbandingan sinkronis digunakan. Apabila sesuatu rumus itu

dimmanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus itu dapat dianggap sebagai

rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber (King 1969, 176).

Rumus pengguguran /r/

r / ___ #

3.4 Perbezaan Atur Rumus

Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan secara

berurutan iaitu satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain.Atur rumus itu penting kerana

aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza. Dalam konteks kajian

dialek, perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza.

13

Page 16: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Antara rumus-rumus fonologi yang mempunyai kesan atur rumus ke atas dialek-dialek

Melayu ialah rumus pengguguran /r/ dan rumus pembundaran vokal yang mengubah bunyi vokal

/a/ menjadi di akhir kata.

Rumus pembundaran vokal

a / ___ #

3.5 Simplikasi Rumus

Rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja, dan kemudiannya dipermudahkan

dengan melibatkan beberapa bunyi lain dikenali sebagai simplifikasi rumus. Bunyi-bunyi ini

biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. Misalnya, rumus pengguguran /r/ yang

wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan konsonan /r/ sahaja. Rumus ini

beroperasi secara aktif dalam dialek Johor. Namun, dalam dialek Kelantan dan Terengganu,

rumus pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan

geluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.Bunyi-bunyi ini tergolong dalam satu kelas natural yang boleh

dispesifikasikan sebagai + sonoran, - silabik, - nasal.

Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal

/,r,j,w / ___ #

Kesimpulannya, dialektologi generatif menjelaskan bahawa kepelbagaian bentuk

permukaan yang direalisasikan dalam dialek-dialek Melayu itu disebabkan oleh pelaksanaan

rumus fonologi ke atas bentuk dalaman bahasa sumber. Rumus-rumus fonologi ini meliputi

penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan aur rumus dan simplifikasi rumus. 14

Page 17: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

4.0 Hasil Kajian

Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan ini kami memfokuskan kajian

terhadap subdialek Kelantan Persisiran. Subdialek ini dituturkan di daerah Kota Bharu. Di sinilah

terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di sinilah juga

terdapat tempat bersemayam keluarga Diraja Kelantan. Dengan itu subdialek yang dituturkan di

daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri yang dianggap sebagai subdialek yang “tinggi”

yang menjadi tolok (model) dalam penggunaan bahasa bagi orang-rang Kelantan dari daerah-

daerah lain.

Penyebaran sesuatu ciri bahasa lebih mudah berlaku antara satu kaeasan pusat dengan

dengan kawasan pusat lainnya. Dengan itu dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain

Kelantan, subdialek kota Bharu lebih banyak menerima pengaruh dari bahasa standard,

khususnya dalam perbendaharaan kata, dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain.

4.1 Sistem Vokal

Vokal-vokal

Vokal-vokal dalam subdialek Kota Bharu ini semua lapan iaitu i , e, ẻ, ě, a, o, ȏ. Vokal ẻ dan a

merupakan vokal kardinal primer, sedangkan vocal-vokal yang lain merupakan vokal kardinal

sekunder. Untuk kemudahan percetakan, vokal-vokal kardinal sekunder itu selanjutnya tidak

diberi lambang khusus.

Dari segi distribusinya, kesemua vokal tersebut, kecuali vokal pepet ě dapat menghadiri

lingkungan akhir kata. Dalam perbandingan ini kita akan lihat bahawa sesungguhnya vokal-

15

Page 18: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

vokal tersebut terdapat dalam lingkungan yang berkenaan, tetapi kesejajarannya dengan dialek-

dialek yang lain itu tidak perlu terdapat dalam perkataan satu – lawan – satu, kerana sesuatu

vokal tertentu dalam lingkungan akhir kata dalam dialek Kelantan boleh jadi kesejajaran dengan

urutan VK d lam bahasa standard.

Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkugan-lingkungan yang terizin oleh

sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan yang terdapat dalam bahasa standard

dan dialek-dialek lain, kecuali adanya ciri kardinal sekunder pada sifat cardinal vokal-vokal

berkenaan di mana releven.

Misalnya:

KB BS

gigi api

děbu děbu

pěluh pěhul

Konsanan a akhir kata dalam bahasa standard kelainan –a, atau konsonan pepet dalam

bahasa standard kelainan pepet, yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai

kesejajaran dalam vokal ȏ dalam subdialek ini.

Misalnya:

KB BS

bahasȏ bahasa

sapȏ siapa

gilȏ gila 16

Page 19: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Vokal a dala suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal ȏ,

dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard merupakan hentian

glottis (q) atau frikatif glotis (h)

Misalnya:

KB BS

galȏq galak

gambȏq gamak

mȏq mak

Jika dalam bahasa standard, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p, maka t atau p

ini digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini, dan a sebelumnya itu dipertahankan.

Misalnya:

KB BS

kětaq ketat

siaq siap

tětaq tetap

Di samping itu, a yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir

tertup mempunyai kesejajaran dalam ẻ dalam subdialek ini.

Misalnya:

KB BS

malễ malam

padễ padam, padang

butễ butang 17

Page 20: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Konsonan a yang dalam bahasa standard terdapat sebelum s akhir kata adalah dalam

dialek ini dipertahankan, sedangkan s digantikan dengan h

Misalnya:

KB BS

bělah bělas

kilah kilas

Demikian juga halnya denga a yang dalam bahasa standard diikuti oleh l dan r akhir

kata. Cuma dalam subdialek yang diperkatakan ini, l dan r dihilangkan.

Misalnya:

KB BS

maha mahal

těba tebal

měka mekar

mawa mawar

4.2 Diftong

Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong seperti aw dan ay yang

terdapat dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan a dalan subdialek ini.

18

Page 21: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Misalnya:

KB BS

pisa pisau

pula pulau

kěda kědai

paka pakai

Diftong ay yang bukan merupakan unsur akhir kata yang digantikan dengan ẻ, dan ini

terdapat dalam contoh yang terbatas seperti hẻran (hairan, heran)

Rangkap Vokal

Subdialek Kota Bahru ini mempunyai banyak rangkap vokal yang boleh dibandingkan seperti

berikut:

(i) rangkap depan - ae, ui, ue,

(ii) rangkap tengah - ia, ua

(iii) rangkap belakang - io, iȏ iu, uȏ

Contoh rangkap depan

Misalnya:

KB BS

baegh baik

kaeng kain

kueh kuih

cuiq cuit

bue h buih 19

Page 22: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Contoh rangkap tengah - Misalnya:

KB BS

bia biar

siaq siap

jua jual

suaq suap

Contoh rangkap belakang - Misalnya:

KB BS

lio liur

rioh riuh

diȏ dia

biȏq biar

tiȏp tiup

4.3 Sistem Konsonan

Konsonan-konsonan yang terawatt dalam subdialek ini adalah seperti berikut:

Plosif/Hentian p, b, t, d, k, g, q

Nasal m, n, ny, ng

Frikatif s, h, R

Afrikat c, j

Getaran r

Lateral l

Separuh Vokal w, y

20

Page 23: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

4.4 Konsonan Plosif/ Hentian

Di antara konsonan-konsonan dalam golongan ini, yang dapat menduduki lingkungan akhir kata

hanyalah hentian gloktis. Dengan itu juga konsonan-konsonan plosive lain yang dalam bahasa

standard dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek ini.

Misalnya:

KB BS

adaq adat

ȏbaq ubat

isaq hisap

iřuq hirup

4.5 Konsonan Nasal

Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan

pravokal dan antara vokal.

Konsonan nasal yang terdapat menjadi unsur akhir kata ialah ng dan wujudnya dalam

lingkungan demikian itu hanya selepas vokal-vokal i, e, ẻ, u, o dan ȏ dalam hal ini. Begitu juga

bahawa konsonan-konsonan nasal lainnya, iaitu m dan n yang dalam bahasa standard terdapat

sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bahru.

21

Page 24: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Misalnya:

KB BS

kucing kucing

giling giling

řẻng těnaga

singong sigung

sȏkȏng sokong

Misalnya:

KB BS

kulong kulum

minung minum

gěřung gěrun

tahung tahun

museng musim

Di samping itu, ada perkataan-perkataan yang dalam bahasa standard berkhir dengan

suku kata terbuka, khususnya dalam vokal i dan u, tetapi yang dalam subdialek ini berakhir

dengan –ing dan –ang.

Misalnya:

KB BS

bining bini

kěraning kerani

ilmung ilmu 22

Page 25: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal

terakhir iaitu m, n dan ng, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang

akhirnya kesemuanya itu dengan penyegauan yang merupakan artikulasi tambahan pada

vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi ẻ.

Misalnya:

KB BS

tanễ tanam

tamễ taman

dalễ dalam

binatễ binatang

4.6 Konsonan Frikatif

Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelelum dan antara vokal.

Misalnya:

KB BS

sapi sapi

susu susu

Dalam lingkungan sebelum kesenyapan konsonan ini mengalami penggantian dengan h,

tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

23

Page 26: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Misalnya:

KB BS

ati hati

ingus hingus

pitah pintas

pědah pedas

Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata.Dalam

lingkungan akhir kata, h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam

bahasa standard. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang mendahuluinya itu

mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku

jika kesejajarannya itu ialah s. Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa

standarad sebelum vokal-vokal lain adalah seperti yang berikut:

KB BS

salȏh salah

suboh subuh

lěteh letih

Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang berikut:

KB BS

habih habis

hase hasil

tahung tahun

mahliga mahligai 24

Page 27: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

4.7 Konsonan Afrikat

Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam

subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-

konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.

Misalnya:

KB BS

Cinȏ Cina

cicȏq cicak

jagȏ jaga

jěřaq jerat

4.8 Konsonan Lateral

Konsonan lateral tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau bagaimanapun,

sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada

nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh:

Misalnya:

KB BS

lapu lampu

lalaq lalat

luah luas

kate katil

aka akal 25

Page 28: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

4.9 Pemanjangan Kosonan

Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada awal kata.

Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses dalam kata,

maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku kata

pertamanya digugurkan. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan

kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan. Suku kata

yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak. Dalam kes yang

pertama, suku kata tersebut merupakan ciri morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan

salah satu awalan. Sebaliknya, dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan

ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak

mendukung sebarang makna.Misalnya:

KB BS

nnikȏh nikah

nnakoq pěnakut

nnaři pěnari

ssusȏh bersusah

jjalễ běrjalan

ttupaq ketupat

nnatễ binatang

mmaři almari

26

Page 29: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama pada

kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur

kedua itu dipanjangkan.

Misalnya:

KB BS

kkuřȏ kura-kura

řřamȏ rama-rama

llabi labi-labi

Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya yang berlaku

dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya, kata depan

yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu, konsonan pertama pada kata nama

berkenaan mengalami pemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah ‘di’, ‘pada’ dan ‘ke’.

Misalnya:

KB BS

ssanȏ ke sana

ssini ke sini

kkěbon ke kebun

ddalễ di dalam

bbaju pada baju

27

Page 30: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dialek Kelantan yang digunakan oleh masyarakat Kelantan

khasnya serta masyarakat berdekatan sekitar negeri Kelantan sudah mula popular dalam

kalangan masyarakat negeri lain. Faktor seperti penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri-negeri

lain terutama kawasan Lembah Klang banyak mempengaruhi pertuturan dialek ini. Selain

daripada itu, keunikan bahasa ini turut menarik minat penutur negeri lain untuk bertutur

menggunakan dialek tersebut.

Walaupun dialek Kelantan agak berbeza dengan dialek negeri-negeri lain, namun

keindahan dialek ini dari sudut fonologinya banyak mempengaruhi perluasan penggunaannya

terhadap penutur daripada negeri-negeri lain. Terdapat juga perkataan lain dalam dialek Kelantan

yang mempunyai makna dalam bahasa standard turut menjadikan dialek ini semakin popular.

Drama-drama serta dokumentari yang melibatkan suasana dan masyarakat Kelantan menjadikan

dialek ini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat luar Kelantan. Masyarakat Kelantan

yang tidak malu menggunakan dialek mereka turut mempengaruhi perkembangan dialek ini.

Namun begitu, kesukaran memahami beberapa patah perkataan dalam dialek Kelantan ini

menyebabkan dialek ini tidak dapat berkembang dengan lebih meluas. Kebimbangan masyarakat

luar Kelantan tentang sebutan dan semantik bagi sesuatu perkataan dalam dialek ini turut

membataskan penggunaan dialek ini. Terdapat juga beberapa patah perkataan dalam dialek ini

menimbulkan rasa kurang enak dalam kalangan penutur bahasa standard kerana pada sangkaan

mereka mempunyai maksud yang tidak baik.

28

Page 31: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya

Bibliografi

1. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan

FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.

2. Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas Monograf 5. UKM

3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

5. Collin JT & Hussin Dollah 1988. Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan Jurnal. DBP 32 :

874-887

6. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis

Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

29

Page 32: KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI … Tugasan BBM3202.pdf · KOD KURSUS: BBM 3202 ... Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti ... berdasarkan banyak faktor antaranya