KHUT_Sekularisme dan Librealisme.pdf

10
1 Khutbah : Liberalisme Dan Sekularisme دْ مَ حْ لَ ا ه لِ لِ بَ زَ نْ يِ َ اتَ عْ ال، تَ بِ اكَ عْ الَ وَ نْ يِ ل خ مْ لِ ل، َ انَ وْ د عَ َ و ِ ب ىَ لَ عَ نْ يِ ِ ات الظ، َ ْ ىَ حَ َ وَ َ وَ ة ى ك ِ بِ اِ بِ يِ لَ لعْ اِ مْ ِ ظَ لعْ ا. دَ هْ شَ ؤْ نَ ؤ َ َ لهِ ب ِ ب هَ دْ حَ و َ ْ ِ سَ ش هَ ل، ِ لَ َ ات مَ حْ ال نْ يِ ب ْ ات. دَ هْ شَ ؤَ و نَ ؤ اَ هَ دِ َ ط اً د مَ ح م ه دْ بَ ع ه لْ ى طَ زَ و، قِ اد الصِ دْ عَ ىْ ال نْ يِ بم. م ه ل لَ اِ لَ صْ مِ لَ طَ و ىَ لَ ع اَ هِ دِ َ ط د مَ ح مِ لَ ضْ فَ ؤ، َ نْ يِ ىك لْ خَ ْ ات لىَ عَ وِ هِ آلِ هِ ابَ حْ صَ ؤَ وَ نْ يِ عَ مْ جَ ؤ. ا مَ ؤ دْ عَ ب، اَ َ فَ ادَ بِ ع ، ىا ل جِ ب ! ْ م ىْ ِ صْ و ؤَ اي ِ اَ و يَ ىْ لَ خِ ب ِ، ْ دَ لَ فَ اشَ فَ نْ ى ل خ ْ ات. كا حعالى، ؤعىذ با مط الشم السج، اَ ه يَ إ ـَ َ ِ ر ٱل ىا ىَ امَ ء ىا ل ٱجَ ـه ل ٱلْ س ىظَ خْ لَ و عْ فَ ه ا مْ ذَ م دَ ك دَ غِ ل ىا ل ٱجَ وَ ـه ل ٱل نِ بَ ـه ل ٱل يرِ بَ خ اَ مِ بَ ن ى لَ مْ عَ ح﴿ ٨١ Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Hasyr 18) Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi, Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, yakni dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya dan meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya, kerana taqwa itulah sebaik- baik bekalan untuk dijadikan sebagai bekalan kehidupan kita di akhirat sana.

Transcript of KHUT_Sekularisme dan Librealisme.pdf

  • 1

    Khutbah : Liberalisme Dan Sekularisme

    .

    .

    .

    .

    !

    .

    Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu

    kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan

    laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu

    sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu

    kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu

    kerjakan. (al-Hasyr 18)

    Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

    Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang

    sebenar, yakni dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya dan

    meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya, kerana taqwa itulah sebaik-

    baik bekalan untuk dijadikan sebagai bekalan kehidupan kita di akhirat sana.

  • 2

    Firman Allah dalam ayat 19 surah Ali Imran :

    Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah

    ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu

    tidak berselisih (mengenai agama Islam) melainkan setelah sampai kepada

    mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula)

    semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam hati mereka. Dan

    (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka

    sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

    Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

    Keindahan pada diri, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya terletak pada

    keindahan Islam. Oleh itu adalah amat penting untuk kita menghidupkan dan

    menegakkan keindahan Islam di dalam diri dan kehidupan kita, dan dalam

    masa yang sama kita perlulah menepis salah tanggapan masyarakat

    terhadap kecantikan dan keindahan agama Allah ini. Realiti yang berlaku

    pada hari ini ialah, agama Islam banyak disalah tafsir dan disalah faham

    bukan sekadar oleh orang bukan Islam, malah oleh orang Islam sendiri

    disebabkan kejahilan mereka tentang agama mereka sendiri. Sebab itu

    Islamophobia bukan hanya berlaku pada orang bukan Islam, malah turut

    membabitkan umat Islam yang tidak mempelajari dan memahami ajaran

    agama Islam sekalipun mereka itu golongan cerdik pandai.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Sesungguhnya antara misi agama Islam ialah untuk membawa rahmat dan

    sebagai penyelamat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi turut

    merangkumi yang belum beragama Islam, bahkan rahmat yang dibawa oleh

    http://tanzil.net/#3:19
  • 3

    Islam adalah untuk seluruh makhluk yang ada di bumi dan di langit. Al-Quran

    Al-Karim dengan jelas menyatakan bagaimana pengutusan Nabi Muhammad

    [saw] sebagi rahmat kepada sekalian alam dan bukannya khusus untuk

    bangsa dan tempat tertentu sahaja.

    Firman Allah dalam Surah al-Anbiya, ayat 107 :

    Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),

    melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.

    Justeru, apabila Islam itu lemah, tidak kelihatan gagah dan hebatnya, maka

    yang ruginya bukanlah sekadar umat Islam sahaja, tetapi seluruh dunia akan

    kerugian, gelap serta menderita. Hari ini, kegagahan dan keindahan Islam

    sudah tidak lagi terserlah dalam bentuk amali atau praktikalnya, dan yang

    tinggal hanya secara teori, ilmu serta ilmiah semata-mata. Jika kita hanya

    bercakap atau bercerita mengenai keindahan Islam tetapi kita tidak

    menzahirkan kecantikan dan keindahan tersebut untuk tatapan dalam bentuk

    amalan dan cara hidup kita, maka orang lain tidak akan percaya bahawa

    wujudnya keindahan serta kecantikan dalam agama Islam.

    Terlalu banyak perkara yang disalah anggap dan disalahertikan mengenai

    agama Islam. Contohnya berkaitan keadilan dalam hukuman Hudud,

    pentingnya jihad dalam menegakkan agama Allah, penindasan amalan riba,

    batasan hubungan antara lelaki dan perempuan, kewajipan menutup aurat

    dan sebagainya sehinggakan kadang-kadang tajuk-tajuk ini sentiasa

    dipersenda-senda dan dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam bahkan

    turut dipertikaikan oleh mereka yang beragama Islam dengan alasan dangkal

    mereka bahawa Islam menyekat hak kebebasan individu. Itulah suara yang

    semakin kuat kedengaran pada hari ini yang datang dari manusia yang

    mengaku dirinya seorang Muslim.

    http://tanzil.net/#21:107
  • 4

    Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

    Ibadah kita kepada Allah adalah merupakan tanggungjawab kita sepanjang

    hayat kepada Allah [swt]. Tugas ibadah kepada Allah [swt] sepenuh masa,

    bukannya kerja sambilan atau part time, malah ianya menuntut kita untuk

    bekerja dengan lebih masa demi membawa kepada kejayaan dan

    kebahagiaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Apabila kita bertindak

    selaras dengan tujuan hidup, barulah kita mampu memperolehi kejayaan,

    kebahagiaan dan ketenangan hidup sesuai dengan ikrar kita setiap kali kita

    solat, di mana kita mengaku untuk tunduk dan patuh kepada Allah [swt]

    dalam setiap aspek kehidupan kita, sebagaimana firman Allah [swt] pada

    ayat 162 dalam surah al- Anam :

    Maksudnya : Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku,

    hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang Memelihara dan

    Mentadbirkan sekalian alam.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Keputusan peperiksaan UPSR anak-anak kita baru sahaja diumumkan

    beberapa minggu yang lalu dengan suasana yang berbeza di antara suka

    dan juga duka, di antara gembira dan juga sedih berdasarkan kepada tahap

    kejayaan yang dicapai masing-masing. Yang cemerlang semestinya mula

    memasang cita-cita untuk memasuki sekolah pilihan dan terbaik. Berjaya dan

    gagalnya dalam peperiksaan di peringkat sekolah telah mewujudkan jurang

    perbezaan hala tuju ke peringkat seterusnya, apatah lagi berjaya dan

    gagalnya kita dalam memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan

    akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada kehidupan dunia malah di

    alam barzakh dan juga alam akhirat nanti.

    Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk bersungguh-sungguh dalam

    mendidik dan mentarbiah diri kita sendiri dan seterusnya ahli keluarga

  • 5

    terdekat, kemudian diikuti dengan masyarakat bahawa kita bukan sahaja

    mahukan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah atau

    universiti malah yang jauh lebih penting ialah berjaya di alam kubur,

    seterusnya di atas timbangan Allah [swt] di padang Mahsyar nanti, dan kita

    mengarapkan kesudahan kita adalah syurga yang kekal abadi. Kita tidak

    mahu hanya setakat melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam bidang

    akademik tetapi sayang mereka buta al-Quran, solat pun jarang-jarang,

    akhlak pulak tunggang-langgang, aurat didedah dan ditayang-tayang dan

    maksiat pulak menjadi mainan seharian.

    Dalam persoalan solat berjemaah sebagai contohnya, sepatutnya ianya

    ditekankan dan menjadi teras pendidikan bukan sahaja di sekolah-sekolah

    pondok, atau sekolah-sekolah agama bahkan sepatutnya solat berjamaah

    juga jadikan teras di sekolah-sekolah kebangsaan, menengah dan

    sehinggalah di peringkat universiti. Sebab itu tidak pelik pada hari ini ramai

    kalangan anak-anak muda Islam yang bukan sahaja tidak bersolat secara

    berjamaah, bahkan ramai yang tidak solat pun. Seandainya suasana dan

    keadaan ini berterusan dan tidak ada usaha-usaha untuk membendungnya,

    maka masyarakat kita sebenarnya sedang menjauhkan diri dari rahmat Allah

    [swt] dan masyarakat kita juga sedang berhadapan dengan suasana yang

    pernah Nabi [saw] sebutkan kepada kita bahawa akan muncul di akhir zaman

    nanti manusia yang Islam, tetapi Islamnya hanya setakat namanya sahaja,

    sedangkan cara hidupnya langsung tidak mencerminkan dia sebagai seorang

    Muslim.

    Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

    Kegagalan memperkasakan pengajian agama telah melahirkan ramai di

    kalangan orang Islam menjadi pengguna terhadap tamadun barat yang

    terpisah daripada Aqidah, di mana setengah daripadanya telah menjadi

    sekular dan liberal. Sekular bermakna sesuatu pegangan itu bersifat duniawi

    semata-mata, dan langsung tidak terhubung dengan ukhrawi. Bagi mereka

    kehidupan ini hanyalah setakat di dunia sahaja dan tidak ada akhirat bagi

  • 6

    mereka. Liberal bermakna usaha-usaha jahat untuk memisahkan agama

    daripada kehidupan, seperti memisahkan agama daripada ilmu, dan juga

    memisahkan agama daripada pemikiran. Pemikiran yang merbahaya ini terus

    menjalar dan merebak dalam jiwa ramai kalangan umat Islam sehingga

    banyak perintah agama terus dipersenda-senda dan dipertikai dan dicabar,

    dan golongan ini juga cuba menafsirkan agama berdasarkan hawa nafsu

    mereka sehingga tanpa segan silu mempertikaikan hukuman yang telah Allah

    [swt] tetapkan terhadap golongan murtad, penzina, pencuri dan sebagainya.

    Mereka juga mempertikai permasalahan menutup aurat yang kononnya ini

    menyekat hak kebebasan mereka, mereka juga mempertikai kaedah

    pembahagian pusaka yang pada pandangan otak mereka bahawa ini tidak

    adil, mereka menuntut pengiktirafan kepada golongan gay, lesbian,

    berkahwin sesame jenis, menukar jantina dan sebagainya. Mereka ini akan

    terus-menerus menggunakan sistem undang-undang ciptaan manusia demi

    untuk menghalalkan tindakan dan perbuatan mereka yang jelas dilaknat dan

    dicela oleh Allah [swt].

    Maksudnya : Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita

    daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada

    kalangan wanita.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Situasi buruk yang melanda umat Islam akhir-akhir ini adalah merupakan

    agenda rapi yang disusun oleh musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya.

    Mereka bergembira dan bersorak dengan kecelaruan yang di hadapi oleh

    umat Islam akhir-akhir ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan

    dilaksanakan dengan jayanya, lebih-lebih lagi apabila agenda mereka ini

    mendapat sokongan dari kalangan orang Islam yang berfahaman secular dan

    liberal.

  • 7

    Antara perancangan mereka ialah, merapuhkan kesatuan umat Islam,

    menyeleweng akidah umat Islam, menjahilkan minda dan pemikiran umat

    Islam tentang ilmu agama, melemahkan ekonomi umat Islam, dan

    meletakkan umat Islam dalam situasi sentiasa bergantung dengan mereka

    dalam segenap aspek kehidupan.

    Realitinya pada hari ini, umat Islam di negara kita khususnya sedang

    berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran seperti serangan fahaman

    songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan Islam yang

    boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian agama Islam. Malah lebih

    menyedihkan lagi ialah, masih ada lagi pihak yang suka membawa isu-isu

    khilafiah dalam ibadah sehingga membawa kepada perpecahan sesame kita,

    sedangkan ianya sudah lama diperdebatkan oleh ulama-ulama silam. Inilah

    punca yang akan menambahkan lagi kecelaruan dan pergaduhan dalam

    masyarakat. Sedarkah kita bahawa musuh-musuh Islam pastinya gembira

    dengan keadaan ini.

    Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

    Menyedari betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-

    akhir ini, maka marilah kita sama-sama memantapkan lagi ilmu agama di

    dalam dada kita, dengan cara berguru dan bukannya setakat berguru dengan

    facebook, whatsapp, telegram dan sebagainya, agar akidah kita kukuh dan

    tidak akan terpengaruh dengan pelbagai fahaman dan ajaran yang

    terpesong. Kita juga meminta agar pihak pemerintah lebih bersikap tegas

    dalam membanteras serta menyekat ajaran dan fahaman yang sesat ini

    kerana sikap berlembut dengan mereka sudah pastinya akan membuka lebih

    banyak ruang untuk orang-orang jahil yang lain untuk mempertikaikan dan

    mencabar hukum-hukum Islam seperti usaha jahat yang mereka lakukan

    untuk menghalalkan golongan transgender, murtad, zina, homeseks, lesbian,

    sebagainya. Sekatlah sebelum ianya bertambah melarat, tegahlah sebelum

    ianya semakin membarah, cegahlah sebelum ianya semakin bercambah.

  • 8

    Islamlah kita semua secara sempurna, nescaya kita akan selamat di dunia

    dan di akhirat sana.

    Firman Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :

    Maksudnya : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang

    ingkar itu, jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan

    didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan

    merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia

    dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya

    kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu),

    dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu.

    Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka):

    Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan

    bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu,

    bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

  • 9

    Khutbah Kedua

    . .

    .

    .

    !

    . .

    .

    :

    . .

    .

    .

    .

    .

    .

  • 10

    .

    ,

    .