Kesan sekular
-
Upload
zanzuraini -
Category
Documents
-
view
438 -
download
7
Transcript of Kesan sekular
-
7/31/2019 Kesan sekular
1/22
SEKULARISME
Definasi Sekularisme
Sebelum mengetahui dan berbicara dengan lebih lanjut tentang sekularisme,
kita harus mengetahui dahulu makna dan pengertiannya yang mendalam. Hal ini
demikian kerana menurut ahli ilmu logika menghukumi sesuatu merupakan
sebahagian dari pemahaman tentangnya terutama istilah-istilah seperti ini jika tidak
memberinya batasan yang jelas dan terperinci, maka setiap orang akan
menginterpretasikannya dengan semua.
Istilah "sekularisme" pertama kali digunakan oleh pengarang British George
Holyoake pada 1851. Walaupun istilah itu baru, tanggapan umum pemikiran bebaspada mana ia berasas telah wujud di sepanjang sejarah. Pada khususnya, gagasan
sekular awal termasuk pengasingan falsafah dan agama dapat dikesankan semula
ke Ibn Rushd (Averroes) dan sekolah falsafah Averroisme. Templat:Verify credibility
Holyoake mencipta istilah "sekularisme" untuk menjaslakan pandangannya pada
mengalakkan suatu urutan sosial terasing dari gama, tanpa secara aktif
menyingkirkan atau mengkritik kepercayaan agama. Seorang agnostik sendiri,
Holyoake berdebat bahawa "Sekularisme bukanlah suatu perdebatan terhadapagama Kristian, ia adalah suatu yang bebas darinya. Ia tidak menyoalkan dakwaan
angkuh agama Kristian; ia memajukan orang lain. Sekularisme tidak pernah mengata
bahawa tiadanya cahaya atau pedoman di tempat lain, tetapi mengekalkan bahawa
adanya cahaya dan pedoman pada kebenaran sekular, yang keadaan dan sekatan
wujud secara berdikari, dan bertindak untuk selama-lamanya. Ilmu sekular adalah
nyata jenis ilmu itu yang dapat ditemukan dalam hidup ini, yang berkaitan dengan
kelakuan hidup ini, membawa kepada hidup, dan adalah mampu diujikan dengan
pengalaman hidup ini.
Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil al -Ilmaniyyah diambil dari
perkataan ilmu (dalam bahasa arab = ain, lam dan mim). Kononnya dari segi
mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan
mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia
dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi.Tetapi sebenarnya
1
http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/George_Holyoakehttp://ms.wikipedia.org/wiki/George_Holyoakehttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemikiran_bebas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Averroes&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Averroisme&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Verify_credibility&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agnostik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agnostik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Verify_credibility&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Averroisme&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Averroes&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemikiran_bebas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/George_Holyoakehttp://ms.wikipedia.org/wiki/George_Holyoakehttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom -
7/31/2019 Kesan sekular
2/22
penterjemahan kalimah sekular kepada al -Ilmaniyyah hanyalah satu tipu daya dan
berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat
bagi sekular ialah al -Ladiniyyah yakni tanpa agama atau al - Laaqidah yakni
tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut
perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.
Istilah al-Ilmaniyyah dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya
kerana jika digunakan istilah al-Ladiniyyah atau al - Laaqidah , sudah pasti umat
Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya
penterjemahan sekular kepada istilah al -Ilmaniyyah dengan tujuan mengabui mata
dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa
diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidaksegan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang
telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-
ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula
menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam.
Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan
ulama- ulama Islam dalam mempertahankan hakikat masing -masing.
Ilmaniah adalah terjemahan ke dalam bahasa Arab yang salah dari kata
Secularism dalam bahasa Inggeris atau Secularit atau Seculaique dalam bahasa
Perancis, adalah suatu istilah yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan ilmu.
Dalam erti kata lain, Bahasa Arab yang benar dari Seculerism atau Secularit itu
adalah Laa Diniyah atau Dunyawiyah yang maknanya tidak hanya lawan Ukhrawi
saja tetapi memiliki makna spesifik iaitu sesuatu yang tidak ada kaitannya dengan
agama atau sesuatu yang hubungannya dengan agama adalah berlawanan.
Manakala menurut Ensiklopedia Britania menyebut bahawa sekularisme
adalah sebuah gerakan kemasyarakatan yang bertujuan memalingkan manusia dari
kehidupan akhirat dengan semata-mata berorientasikan kepada dunia. Gerakan ini
dilancarkan kerana pada abad-abad pertengahan, manusia sangat cenderung
kepada Allah dan hari akhirat dan menjauhi dunia. Menurut Kamus Dunia Baru oleh
2
-
7/31/2019 Kesan sekular
3/22
wipster memperincikan makna sekularisme dengan menyebut sebagai semangat
keduniaan atau orientasi duniawi dan sejenisnya. Secara khusus adalah undang -
undang dari sekumpulan prinsip dan praktis yang menolak setiap bentuk keimanan
dan ibadah.
Menurut Kamus Oxford pula, sekularisme adalah bersifat keduniaan atau
materialism, bukan kerohanian atau keagamaan. Sekularisme menyatakan bahawa
sekularisme tidak layak menjadi fondasi akhlak dan pendidikan. Kamus Internasional
moden ketiga mentafsirkan sekularisme sebagai satu pandangan dalam hidup
ataudalam satu masalah yang berprinsip bahawa agama atau hal-hal yang berkaitan
agama tidak boleh masuk ke dalam pemerintahan atau pertimbangan-pertimbangan
keagamaan harus dijauhkan darinya. Ia juga adalah undang-undang akhlak sosialyang berlandaskan pemikiran yang mewajibkan ditegakkannya nilai-nilai perilaku dan
moral menurut kehidupan moden tanpa memandang kepada agama.
Secara umumnya semua pengertian atau definisi sekularisme boleh
dirumuskan sebagai pemisahan atau pengasingan agama daripada kehidupan
individu atau sosial. Ianya membawa maksud memisahkan Allah Taala dari hukum
dan undang-undang makhlukNya. Allah tidak mengatur mereka malah mereka
seakan-akan bertuhankan diri mereka sendiri, berbuat sesukanya dan menciptakan
hukum sesuai seleranya. .
Di dalam kitabnya, Syeikh Yusuf Qardhawi menekankan Sekular itu
melakukan pemisahan antara pemerintahan dan pentadbiran dengan kehendak
hukum yang ditetapkan oleh Allah yang termaktub di dalam Kitab Allah (al-Quran)
dan As-SunnahNya, mengambil dan meyakini hukum selain dari Islam (Barat) lebih
baik dari hukum yang ditetap oleh Allah dan RasulNya setelah diberi kuasa
pemerintahan sesebuah negara.
3
-
7/31/2019 Kesan sekular
4/22
CIRI-CIRI SEKULARISME
Althaf Gauhar menggariskan beberapa ciri sekularisme iaitu:
Suatu fahaman yang merujuk kepada penafian hal-hal kerohanian, penafian
adanya akhirat, pemisahan antara agama dan nilai kerohanian, kekuasaan sebagai
kebebasan mutlak dan institusi agama hanya khusus untuk urusan ketuhanan
semata-mata.
Professor Syed Muhammad Naquib Al attas pula meletakkan ciri-ciri
sekularisme sebagai aliran yang ingin memperbaiki kehidupan dengan cara material,
hal keduniaannya bebas daripada ajaran wahyu, bersifat bebas hasil daripada
pemikiran dan pengalaman tanpa hubungkait dengan Tuhan dan kebahagiaan hidup
ditentukan oleh dunia.
Secara umumnya, fahaman ini mendokong beberapa prinsip yang
mencerminkan dasar dan pandangan ideologi ini, antaranya :
1. Bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Ini bererti sekularime mendokong
teori yang pernah diungkapkan oleh Martin Luther apabila meminta agar tugas
pentadbiran diserahkan kepada Kaisar dan membiarkan tugas-tugas agamadikendalikan oleh paderi-paderi di gereja. Penyisihan agama daripada aspek
kehidupan yang lain ini boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari ini yang
menganggap agama hanyalah sebahagian disiplin ataupun aspek yang setaraf
dengan sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya dan merupakan elemen-elemen
yang terasing antara satu sama lain.
2. Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dansecara tidak langsung supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata. Urusan
akhirat bagi mereka adalah perkara kedua yang akan difikirkan di dunia Akhirat nanti.
Lantaran itu, sekularisme biasanya akan mebawa penganutnya kepada beberapa
ideologi lain yang mementingkan kehidupan dunia dengan mengenepikan unsur
kehidupan agama sebagai masalah individu, umpamanya ideologi materialisme,
individualisme, kapitalisme dan lain-lain lagi.
-
7/31/2019 Kesan sekular
5/22
3. Sekularisme juga memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, kebahagiaan
dan kebebasan yang tiada bersempadan. Teori Machievelli merupakan dasar yang
dipegang oleh ideologi ini, iaitu Ends Justify The Means (Matlamat Menghalalkan
Cara).
4. Sekularisme juga menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak mutlak.
Perundangan dan pemerintahan secara sekular tidak mempunyai teras yang tetap
dan mutlak, malah sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan semasa tanpa
ada sebarang garis panduan yang mutlak. Sebagai contoh, pandangan sekular
terhadap perlakuan zina sentiasa berubah-ubah sejak abad ke 15M sehinggalah kini,
hal tersebut sudah menjadi hak individu yang tidak lagi menjadi kesalahan di barat.
5
-
7/31/2019 Kesan sekular
6/22
SEJARAH KELAHIRAN SEKULARISME
Sekularisme mula lahir di Barat di abad pertengahan kerana beberapa sebab
tertentu kemudian ia dikembangkan dan disebar di negara-negara Islam oleh kuasa
penjajah sehingga fahaman ini akhirnya dikuti dan dihatai oleh ramai orang Islam
khususnya pemimpin yang mendapat didikan di Barat yang kurang faham mengenai
Islam yang sebenarnya.
Sekularisme lahir di Barat kerana keadaan suasana Barat masa itu sesuai
sekali bagi kelahirannya. Ada beberapa situasi yang menyebabkan munculnya
Sekularisme di sana antaranya ialah:
1. Keadaan agama Kristian yang memisahkan agama dengan negara atau dunia
2. Keadaan kuasa gereja dan tokoh-tokoh agama yang begitu luas
3. Penyelewengan sosial dan ekonomi
4. Politik yang tidak stabil
5. Tidak menggalakkan perkembangan keilmuan
6. Revolusi Perancis 1789
7. Perkembangan aliran pemikiran falsafah secara bebas.
8. Perkembangan Sains dan teknologi moden.
George Jacob Holyoake (1817-1906), pengarang British yang telah mencipta
istilah sekularisme. Ia mendapatkan akar intelektualnya dari falsafah Greek dan
Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymath Islam zaman pertengahanseperti Ibn Rushd, pemikir Kesedaran seperti Denis Diderot, Voltaire, John Locke,
James Madison, Thomas Jeffeson dan Thomas Pain serta pemikir bebas, agnostic
dan ateis seperti Bertrand Russell dan Robert Inggersoll.
Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan
hidup dan menolak hukum Taurat. Apabila berlakunya pertembungan antara paderi
6
-
7/31/2019 Kesan sekular
7/22
dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan
bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan di antara urusan
agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya
pemisahan politik daripada agama. Dalam pertarungan itu, agama mengalami
kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan
kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala,
apabila roh agama langit (samawi) dimatikan dalam urusan pemerintahan. Perkara
ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama
bagi kepentingan duniawi. Agama Kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti
sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyanyian dan muzik, makanan
dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga
berlakunya skandal yang tidak selesai di kawasan gereja sehinnga kini.
Urusan cara hidup bermasyarakat terus hanyut dengan berbagai-bagai teori
dan ideologi. Kepercayaan kepada gereja semakin kurang dan gereja mulai kosong.
Urusan perkahwinan yang selama ini masih lagi wujud melalui gereja semakin
dilupakan. Sementara itu, pergaulan bebas yang tidak terkawal dan kini, ada Negara
yang meluluskan perkahwinan sejenis dan institusi keluarga yang berpandukan
agama semakin lemah fungsinya.
Ahli sains dan teknologi sudah berjaya mencapai kemajuan kebendaan.
Mereka berjaya mencetuskan revolusi industri yang melahirkan pelbagai ciptaan baru
bagi kemudahan perhubungan, pertahanan, pertanian, kesihatan dan lain-lain.
Mereka juga berjaya mencipta senjata pemusnah yang menjadikan manusia lebih
ganas daripada binatang buas, mencipta bahan-bahan yang menghilangkan akal
yang mengatasi arak dengan ciptaan berbagai jenis dadah yang merosakkanmanusia.
Bidang industri dan pertanian menjadi semakin tamak haloba dan sanggup
memudaratkan kesihatan dan memusnahkan alam sekitar. Ilmu pengetahuan dan
7
-
7/31/2019 Kesan sekular
8/22
rawatan perubatan yang semakin menjadi keperluan hidup manusia dijadikan
sebagai satu perdagangan dan perniagaan tanpa rasa belas kasihan kepada
golongan miskin, dan seterusnya manusia bertuhan diri sendiri dan gagal menjadi
khalifah Allah di muka bumi.
Allah Ta'ala telah berfirman;
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka tealah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)
Surah Ar-Rum: 41
Sesetengah pendapat cuba menipu dengan menegaskan sekularisme itu
sebenarnya ilmu duniawi dan tidak bercanggah dengan Islam. Hakikatnya, sejarah
itu yang menghasilkan pemisahan agama daripada urusan dunia dengan menolak
kuasa agama dalam mempengaruhi urusan kehidupan terutamanya dalam bidang
politik, ekonomi dan pendidikan.
Teori ini digunakan oleh gerakan Freemason dan rangkaian Zionisme yang
menyokong Revolusi Perancis dan akhirnya melahirkan pelbagai ideologi ciptaan
manusia. Nama-nama tokoh yang melahirkan teori dan ideologi itu seperti Darwin,
Karl Marks, Adam Smith dan lain-lain.
8
-
7/31/2019 Kesan sekular
9/22
PECAHAN SEKULARISME
Sekularisme bertindak sebagai pemangkin kepada kelahiran isme baru buatan
manusia yang jelas tidak memberikan kesan yang efektif dalam kehidupan manusia.
Isme buatan manusia yang berkait rapat dengan sekular ialah :
Asas pengeluaran isme yang bertentangan dengan Islam adalah disebabkan :
Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu
mengikut ajaran (agama) mereka. ( Al -Baqarah 120)
Sekularisme boleh dipecahkan kepada bahagian iaitu Nasionalism, Kapitalisme,
Sosialisme, dan Komunisme.
Apa itu Nasionalism?.
Fahaman ini datang dengan meniupkan semangat kebangsaan dan Islam tidak
menjadi asas kepada kesetiaan, ketaatan, dan kasih sayang tetapi bangsa dan
negara menjadi asas dan kecintaan serta permusuhan, umat Islam berpecah belah
dan Islam tidak menjadi penjaga dan mengawal pergerakkan mereka dan kerana itu
umat dikosongkan dari cita-cita dan keinginan Islam dan ditiupkan kepada mereka
cintakan negara sebagai gantinya.
Semangat kebangsaan yang dikemukakan oleh fahaman ini telah menimbulkan
berbagai masalah yang sehingga susah untuk diperbetulkan, negara ketiadaan
rakyat dan rakyat kehilangan negara walaupun zahirnya mereka memiliki negara.
Manusia hidup mementingkan diri sendiri sehingga cerdik pandai dan intelektualtidak mampu untuk membuat sesuatu kerana mereka kehilangan sandaran
masyarakat kepada mereka.
9
-
7/31/2019 Kesan sekular
10/22
Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang
meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan
kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya
merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman
ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik
adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir
politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu
fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah
yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat
barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran
dan kezaliman kuasa gereja.
Apa itu Kapitalisme?
Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk mengejar kesenangan dan
kemewahan hidup. Tiada manusia yang mahukan kedaif dan kepayahan dalam
hidup mereka kecuali kewarasan pemikiran mereka di angkat oleh Allah. Islam tidak
melarang umatnya untuk mengumpul harta dan menjadi kaya raya selagi methodnya
tidak melanggari batas-batas agama. Islam menetapkan kewajipan pembayaran
zakat dan saranan bersedekah untuk menolong umat islam yang memerlukan.
Ini sangat berbeza dengan fahaman kapitalisme yang diasaskan oleh pemikiran yang
jahil. Penciptaan fahaman ini hanya untuk memperjuangkan hak kebebasan
berekonomi tanpa batasan. Kesannya, wujudlah golongan kaya menjadi semakin
kaya dan golongan miskin terus papa kedana. Fahaman ini juga ditolak kerana ia
menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka
runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesamamanusia kerana kejahilan dan kebodohan manusia sendiri yang tidak tahu hakikat
kehidupan yang sebenarnya.
Apa pula Sosialisme?
Fahaman ini dicetuskan untuk memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang
bawahan dan nasib buruh. Walaupun ini tampak baik dan adil namun ia adalah suatu
10
-
7/31/2019 Kesan sekular
11/22
yang melanggari fitrah. Ini kerana, walaupun kerja yang dilaku oleh pekerja sangat
banyak, namun nilai upah atau ganjaran yang diberikan tetap sama dengan pekerja
yang sedikit kerjanya.
Apa itu Komunisme?
Komunisme adalah fahaman sosialis ala Karl Marx dari Jerman. Beliau berketurunan
Yahudi dan meluaskan skop sosialisme dengan memperjuangkan nilai kekuasaan
untuk membina sistem kesamarataan. Sistem ini menafikan hak mencari harta bagi
yg mampu sebaliknya harta seseorang diagih kepada orang ramai tanpa usaha
golongan yang menerima itu.fahaman ini diteruskan oleh Lenin,kerana itu ia disebut
marxis-leninisme.
11
-
7/31/2019 Kesan sekular
12/22
PEMBAHAGIAN SEKULARISME
Sekularisme boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :-
1. Sekularisme yang Neutral/Moderat
Sekularisme yang neutral adalah sekularisme liberal yang dianut oleh negara-
negara Eropah atau Barat dan Amerika. Negara-negara yang disebu t dengan Alam
Bebas yang menggembar gemburkan kebebasan dan hak asasi manusia secara
umum, termasuk kebebasan beragama dan kebebasan manusia untuk komitmen
terhadap agama.
Sekularisme itu tidak ada yang bersikap neutral terhadap agama. Hal ini demikian
kerana memisahkan agama dari kehidupan manusia bukanlah satu yang baik kerana
ianya memusuhi agama. Ini menunjukkan bahawa agama adalah suatu yang
berbahaya dan oleh itu harus disingkirkan. Pendidikan, pengajaran, kebudayaan,
ilmu, undang-undang dan tradisi harus terpisah dari agama.
Setiap pernyataan bahawa sekularisme bentuk ini lebih ringan ancamannya
terhadap agama kerana ia tidak mendukung dan tidak memusuhi agama
disampaikan begitu lantang dan tegas.
2. Sekularisme yang agresif dan memusuhi agama
Sekularisme jenis ini adalah sekularisme Marxis yang dianut oleh Uni Soviet
dan Rusia yang atheis serta negara yang lain. Ia sangat memusuhi agama dan
berusaha untuk melenyapkannya termasuk membersihkannya dari dalam masjid dan
gereja. Hal ini demikian kerana, agama bagi mereka adalah musuh yang
bertentangan dengan pandangannya.
Sebahagian sekularisme liberal dan yang menganggap dirinya penganut
demokrasi meniru atau mengikutisekularisme marxis dengan memerangi agama dan
membunuh pandangan pandangannya.
12
-
7/31/2019 Kesan sekular
13/22
KESAN SEKULARISME TERHADAP TAMADUN KONTEMPORARI
Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di
antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama adalah bersifat
ritual yakni berbentuk ibadah semata -mata dan langsung tidak ada kaitan dengan
kehidupan manusia.
Ideologi sekular secara umumnya menimbulkan banyak kesan negatif
berbanding positif ke atas dunia Islam terutamanya dalam aspek aqidah dan
pemikiran. Ideologi ini kelihatan seolah-olah melanda umat Islam seluruhnya malah
juga dunia secara amnya. Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan
Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan bagi menyesatkanpemikiran orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama,
menolak agama Islam dan tuhan.
Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama
adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman
bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan
langsung tidak berkaitan dengan kehidupan. Allah s.w.t.
Kesan sekularisme boleh dikaji berdasarkan beberapa aspek seperti
pemikiran, sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan perundangan terhadap tamadun
kontemporari khususnya Islam.
Pemikiran
Dari segi pemikiran, sekularisme boleh melemahkan keimanan dan
menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Keraguan
terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha
dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan
pendapat aliran-aliran Barat. Pemikiran umat Islam di sini semakin hari semakin
rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat dan memandang soal
agama hanyalah semata-mata soal ritual sahaja. Masyarakat islam mula
13
-
7/31/2019 Kesan sekular
14/22
mempertikaikanhal-hal agama seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan
solat dansebagainya. Apabila anasir- anasir ini menguasai manusia,maka mereka
pun tenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada berpedoman, semuanya
bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat kita hari ini sedang menuju ke
arahkehancuran serta menjadikan manusia terlalu individualistik, hidup
mementingkan diri,mengejar kemewahan dan sebagainya.
Bagaimana kita boleh tafsirkan suasana sebegini; dalam majlis agama seperti
ceramah, sambutan maulidur Rasul dan sebagainya kita dapati imej dan syiar Islam
begitu dijaga, namun pada waktu yang sama, di luar daripada aktiviti sebegitu, Islam
tidak lagi diikuti malah aurat kembali dibuka sebaik sahaja syarahan ataupun kelas
agama tamat. Dalam urusan perkahwinan umpamanya, rukun, syarat dan adab
begitu dijaga kerana bimbangkan perkahwinan tidak sah, namun pergaulan bebas
sebelum perkahwinan berlangsung tidak pernah diambilkira dan dipedulikan menurut
kaedah Islam. Inilah bentuk pemikiran masyarakat semasa hari ini, yang semakin
sebati dengan kehidupan yang mengasingkan hal-hal agama dengan hal-hal
ekonomi, sosial dan lain-lainnya.
Sosial
Kedapatan perubahan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak, gaya
hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di
dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak seimbang. Akibatnya
keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids,
lesbian, homoseks dan bohsia semakin berleluasa peningkatannya. Aktiviti-aktiviti
sosial kini telah dikelaskan kepada aktiviti agama dan aktiviti bukan agama. Begitu
juga dalam aspek pakaian dan pergaulan, dalam majlis ceramah agama, Musabaqah
Tilawah Al Quran dan sebagainya kita dapati cukup Islamik, tetapi dalam konsert
hiburan dan Pesta Flora umpamanya, langsung tidak relevan dengan aspek
keagamaan. Islam tidak wujud dalam konteks tersebut, ataupun muncul dalam
bentuk serpihan elemen yang kecil sahaja seperti pembacaan doa dan sebagainya.
14
-
7/31/2019 Kesan sekular
15/22
Pergaulan bebas sudah menjadi norma yang tidak lagi salah, berpasangan
sudah merupakan tuntutan semasa, malah berpelukan juga sudah menjadi lumrah
pandangan kita di mana-mana. Gambaran perbuatan mereka ini menunjukkan
bentuk pemikiran mereka yang kian dipisahkan daripada aspek keislaman.
Akibat daripada berleluasanya perkembangan alat komunikasi dan informasi
moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan
faham keagamaan dalam masyarakat.Budaya asing yang inginkan keseronokkan
dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat di hati umat Islam. Sebab itu juga
gejala black metal menulari golongan remaja.Pesta seks di mana hubungan seks di
kalangan muda-mudi yang bukan mahram kembali menjengah oleh golongan
politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, pemikiran sesetengah umat Islam yang
boleh dianggap melampau apabila dalam sesetengah urusan, lantaran terlau ghairah
memikirkan ketiadaan relevan antaranya dengan agama sehingga akhirnya seolah-
olah mencemuh dan menghina hukum dan Al Quran.
Politik
Dari sudut politik pula, kesan sekularisme begitu ketara. Kuasa yang
diamanahkan dari Allah kepada pihak tertentu untuk mendaulahkan Islam
disalahgunakan malah dipesongkan mengikut acuan sendiri demi kepentingan diri
dan kaum kerabat masing-masing. Mereka menggunakan acuan penjajah yang
diwasiatkan kepada mereka untuk mereka gunakan dalam aspek perundangan,
urusan jual beli dan aspek-aspek yang lain.
Mereka bukan sahaja tidak melaksana perintah yang telah ditetapkan
olehNya, malah ada juga segelintir dari mereka menghina, mengutuk, memfitnah
majhaj yang mulia ini. Mereka merasakan method islam ini tidak lagi selari dengan
peredaran zaman yang canggih dan lagi maju.
15
-
7/31/2019 Kesan sekular
16/22
Sekularisme menyerang umat Islam dan menghapuskan syariat Islam dari
pemerintahan dan menjadikan undang-undang yang memerintah dan kekuasaan
yang mengawal manusia ialah kekuasaan yang lain dari Allah swt,yang lain dari
syariat Islam yang diturunkan oleh Allah swt. Kerana itulah menjadi kewajipankepada kita untuk mengkufuri sekularisme dan menolak sistem yang berdiri di atas
dasar sekularisme dan sama sekali kita tidak rela dan redha dengan sistem tersebut
sehingga tertegak kekuasaan Allah dan tinggi kemuliaan Islam dan Islam adalah
syarat yang memerintah manusia.
Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di negara-negara Islam seperti
fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Pada dasarnya,
matlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan
politik Islam yang memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas khallifah Allah.
Begitu juga, apabila berkuasa, hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan
amanah, tanggungjawab dan kebajikan kepada masyarakat.
Ekonomi
Sekularisme bukan sekadar menghalalkan perkara yang diharamkan, tetapi
menyediakan berbagai peluang supaya kemungkaran dan maksiat terus
berkembang dan berleluasa. Mereka menyediakan tempat-tempat khas untuk zina
dan mengadakan pesta-pesta dan konsert-konsert yang membawa ke arah maksiat.
Alasan mereka mudah. Mereka menyatakan ini adalah salah satu cabang sumber
kepesatan ekonomi Negara. Ternyata, fahaman ini, mengaburi mata umat islam
dengan kehebatan nikmat di dunia. Sebab itu zina, arak, riba, liwat dan sebagainya
daripada berbagai bentuk kemungkaran tidak dikirakan suatu kemungkaran pada
pandangan sekularisme.
Riba merupakan tunggak dan asas kekuatan ekonomi sistem sekular. Mereka
meletakkan riba dalam bank-bank yang beroperasi serta memaksa manusia
16
-
7/31/2019 Kesan sekular
17/22
menerima sistem riba yang dijalankan Riba merupakan suatu yang diharamkan oleh
Allah swt. Ingatilah larangan Allah swt :
Wah ai orang orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkan apa yang tinggal daripada riba jika kamu beriman kepada Allah dan
Rasul- Nya
Maka tatkala menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan
apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu kekufuran maka jelas sekularisme
bertentangan dengan taalim dan ajaran Islam, dasar dan perlaksanaan. Orang yang
melakukan seperti itu bukanlah termasuk dalam kelompok muslimin dan secara
dharurinya menjadi kemestiaan bagi orang Islam untuk menolak sekularisme dan
pemerintahannya.
Kesan dari segi ekonomi juga dapat dilihat daripada lahirnya dua bentuk
sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan
kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial,
perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.
Pendidikan
Apabila kita mendalami mengenai method pendidikan yang disyorkan oleh
syara yakni method yang dikehendaki oleh Islam,sistem ini mampu membawa
penganut-penganut islam ini membersihkan jiwa manusia dan menanamkan rasa
taqwa kepada Allah. Apa yang terjadi pada dunia sekarang ini, sistem pendidikan
negara kini telah diracuni dengan racun yang mampu melupakan manusia kepada
Khaliqnya.
Berbagai-bagai kepalsuan seperti penyelewengan fakta-fakta sejarah islam,mengagungkan-agungkan sainstis barat, menabur para pelajar dengan cerita-cerita
berkenaan dengan kehebatan yang dimiliki oleh musuh-musuh islam dari segi
teknologi, persenjataan dan sebagainya ternyata berjaya mempengaruhi pemikiran
17
-
7/31/2019 Kesan sekular
18/22
manusia khususnya masyarakat islam sekaligus tertanam dalam jiwa mereka dengan
kehebatan material yang sememangnya palsu dari penyerahan secara total kepada
Allah.
Sekular sebahagian daripada fahaman materialisme kerana
Ia membataskan metodologi ilmu kepada pancaindera manusia yg lima sahaja. Membataskan alam wujud hanya kepada yg dapat dikesan oleh pancaindera.
Menyandarkan bukti materialistik dalam penemuan ujikaji sains.
Memandang hukum alam adalah dikawal oleh huku m tetap (seperti teori Isaac
Newton) yang mengatakan bumi beredar disebabkan adanya magnet dan beliau
menafikan adanya kuasa tuhan.
Perundangan
Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem
sekular telah memisahkan kepada dua bentuk yang terasing ini. Kebanyakan aspek
menggunakan undang-undang sivil dan undang-undang Islam diperuntukkan untuk
hal-hal yang kecil dan peribadi sahaja.
Begitu juga dalam aspek kehakiman, kerajaan Mesir umpamanya telah
menghapuskan mahkamah syariah dengan memasukkan peranannya di dalam
struktur mahkamah sivil negara. Inilah yang kita dapati hasil daripada serangan
ideologi sekular di kalangan umat Islam di dunia dan di negara kita khususnya. Islam
tidaklah ditolak tetapi disingkirkan daripada tempatnya dan tidak digunakan
selayaknya.
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yangprihatin.Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir daripada Tuhan yang
Maha Adil.Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang
saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-
nilai kebaikan sejagat.
18
-
7/31/2019 Kesan sekular
19/22
KESIMPULAN
Pendapat yang menyatakan fahaman sekular adalah fahaman yang
menjanjikan kesejahteraan, memberikan keadilan dan melindungi kemerdekaan dan
hak-hak asasi manusia adalah tidak benar. Kenyataannya, kita mendapati manusiabanyak kelapaaran dan masyarakat selalu dihantui ketakutan. Ternyata Sekularisme
adalah satu fahaman yang tidak mampu membebaskan manusia daripada
penindasan dan ketidakadilan.
Malah hak-hak asasi manusia justeru diinjak-injak terutama hak kebebasan
menjalankan undang-undang yang sesuai dengan akidah. Seringkali orang yang
kuat memangsakan orang-orang lemah demi mencapai tujuan dan kepentingan
masing-masing. Demokrasi sememangnya bukan sesuatu yang sempurna tetapi ia
adalah satu-satunya sistem yang terbaik yang ada kini. Oleh kerana ia adalah hasil
cetusan pemikiran manusia, maka ia boleh diubahsuai menjadi lebih baik dari
semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian.
Menyedari manusia itu tidak sempurna, maka perlu ada budi bicara untuk
memperbaiki sesuatu sistem. Dengan ini sekularisme yang boleh ditakrifkan sebagai
sistem pengasingan antara dunia dan agama amat sesuai jika diamalkan bersama
atau seiring dengan demokrasi.
19
-
7/31/2019 Kesan sekular
20/22
20
Senarai Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme
http://abraxas248.blogspot.com/2009/05/sekularisme-musuh-islam.html
http://wwwlastmanstanding.blogspot.com/2011/01/bahaya-sekularisme.html
http://stopviolent.blogspot.com/2008/10/kesan-sekularisme-ke-atas-dunia-islam.html
http://berilmuberamalberiman.blogspot.com/2010/10/kesan-sekularisme-kepada-masyarakat.html
http://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htm
http://salafiah.net/content/mengenal-sekularisme
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularismehttp://abraxas248.blogspot.com/2009/05/sekularisme-musuh-islam.htmlhttp://abraxas248.blogspot.com/2009/05/sekularisme-musuh-islam.htmlhttp://wwwlastmanstanding.blogspot.com/2011/01/bahaya-sekularisme.htmlhttp://wwwlastmanstanding.blogspot.com/2011/01/bahaya-sekularisme.htmlhttp://stopviolent.blogspot.com/2008/10/kesan-sekularisme-ke-atas-dunia-islam.htmlhttp://stopviolent.blogspot.com/2008/10/kesan-sekularisme-ke-atas-dunia-islam.htmlhttp://berilmuberamalberiman.blogspot.com/2010/10/kesan-sekularisme-kepada-masyarakat.htmlhttp://berilmuberamalberiman.blogspot.com/2010/10/kesan-sekularisme-kepada-masyarakat.htmlhttp://berilmuberamalberiman.blogspot.com/2010/10/kesan-sekularisme-kepada-masyarakat.htmlhttp://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htmhttp://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htmhttp://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htmhttp://berilmuberamalberiman.blogspot.com/2010/10/kesan-sekularisme-kepada-masyarakat.htmlhttp://berilmuberamalberiman.blogspot.com/2010/10/kesan-sekularisme-kepada-masyarakat.htmlhttp://stopviolent.blogspot.com/2008/10/kesan-sekularisme-ke-atas-dunia-islam.htmlhttp://wwwlastmanstanding.blogspot.com/2011/01/bahaya-sekularisme.htmlhttp://abraxas248.blogspot.com/2009/05/sekularisme-musuh-islam.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme -
7/31/2019 Kesan sekular
21/22
21
Isi Kandungan
Tajuk Mukasurat
1. Definisi 1 ......3
2. Ciri-ciri 4 ......5
3. Sejarah & Latar belakang 6 ......8
4. Pecahan Sekularisme 9......11
5. Pembahagian Sekularisme 12
6. Kesan 13 ....18
7. Kesimpulan 19
8. Senarai rujukan 21
9. Lampiran 22
-
7/31/2019 Kesan sekular
22/22