KERTAS KERJA SEGAK

3
 - KARNIVAL SEGAK - KERTAS KERJA PELAKSANAAN KARNIVAL SEGAK  PERINGKAT SEKOLAH 1. Nama Program : ”KARNIVAL SEGAK  2. Latar belakang program Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. 3. Tema : ”KESIHATAN UNTUK SEMUA”  4. Matlamat Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 5. Objektif Penganjur Murid dapat : 5.1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; 5.2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; 5.3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 5.4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui  perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan 5.5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

description

Kertas Kerja SEGAK

Transcript of KERTAS KERJA SEGAK

PROGRAM UJIAN SEGAK

KARNIVAL SEGAK - KERTAS KERJA PELAKSANAAN KARNIVAL SEGAKPERINGKAT SEKOLAH

1. Nama Program : KARNIVAL SEGAK

2. Latar belakang program

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

3. Tema : KESIHATAN UNTUK SEMUA

4. Matlamat Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

5. Objektif Penganjur

Murid dapat :

5.1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

5.2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

5.3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;

5.4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan

5.5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

6.Kumpulan Sasaran

Seluruh murid tahap 2 SK Bandar Teknologi Kajang.

7. Perlaksanaan

7.1 Masa 7.30 pagi hingga 12.30 pagi 7.2 Tempat Foyer 7.3 Jangkamasa 1 hari 7.4 Aktiviti naik turun bangku, tekan tubi, tekan tubi separa dan jangkauan melunjur,

8. Tarikh perlaksanaan 21 Oktober 2014

9.Strategi perlaksanaan

9.1. Bina kertas kerja 9.2. Perbincangan dalam Mesyuarat Guru. 9.3. Perbincangan bersama unit panatia pjk 9.4. Perlaksanaan program 9.5. Post Mortem dan Penyediaan laporan 9.6. Hantar laporan ke pejabat.

10. Anggaran Kos

Bil.BendaHarga SeunitUnitJumlah

1Jangkauan MelunjurRM 325.002RM 650.00

2Steple BoardRM 350.002RM 700.00

3.MetronomeRM 210.002RM 420.00

4. Stop WatchRM 30.005RM 150.00

5.Digital Height & Weight ScaleRM 5800.001RM 580.00

6. Yoga MatRM 78.0010RM 780.00

7.Air minumanRM 10.002 kotakRM 20.00

8.SpanRM 5.002 setRM 10.00

9.HadiahRM 100.001 setRM 100.00

JUMLAHRM 3410.00

11. Ahli Jawatankuasa Program

Penaung: En Mustaffa Kamal bin Haji JamlusPenasihat: Pn Nur Syahidah Aisyah SomchitPengerusi: En Mohammad Syafiq bin Abdul HalimSetiausaha: En Bahrul Shah bin JidinBendahari: Pn Sharifah Nor Fatimah binti Syed SamsudinAJK: En Mohd Hafiz bin Ismail: En Abu Talib bin Ismail: En Mohd Noor bin Abdul Ghani: En Mohd Hairil Azlim bin Ramli: Pn Juliana binti Ahmad Zukhi

12. Pelan Tindakan/Jadual Kerja :

Bil.TarikhPerkaraTindakan

106.10.2014Menyediakan kertas kerjaS/u program

209.10.2014Mesyuarat bersama guru dan ahli panatia pjk GuruPanatia PJKPK Kokum

321.10.2014Pelaksanaan ujian SegakPanatia PJK

427.10.2014Post Mortem dan penyediaan laporanS/u program

528.10.2014Hantar laporan ke pejabatPK Kokum

Disediakan oleh,Disemak oleh,

__________________________ ________________________

En Mohammad Syafiq bin Abdul Halim Pn Nur Syahidah Aisyah Somchit(Ketua Panatia Pendidikan Jasmani) (Penolong Kanan KO-Kurikulum)

Diluluskan oleh,

_________________________

En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus(Guru Besar SK Bandar Teknologi Kajang)