Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

download Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

of 7

Transcript of Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    1/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 1

    KERTAS KERJA PEMBENTANGAN

    LITERASI BAHASA MELAYU 2011

    NAMA PEMBENTANG

    UNIT :

    TARIKH PEMBENTANGAN :

    BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

    BONEKA

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    2/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 2

    TAJUK BENGKEL / PEMBENTANGAN

    PERMAINAN BONEKA LIDI

    Oleh : MOHAMAD BIN

    Kemahiran membaca perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak semenjak kecil

    lagi. Hal ini kerana, kemahiran ini amat dititikberatkan, terutama dalam matapelajaran

    bahasa melayu. Kegagalan menguasai kemahiran membaca akan mengakibatkan

    murid-murid ketinggalan dalam pelajaran lain seperti matematik, sains, agama dansebagainya kerana kesemua matapelajaran lain menggunakan bahasa melayu sebagai

    bahasa pengantar. Malah mereka tidak akan dapat memahami dan menjawab soalan

    dengan betul dan juga tidak mampu menguasai kaedah penulisan dengan baik.

    Literasi bahasa merupakan suatu pendekatan yang harus diambilberat oleh guru

    bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam aspek mengenal dan membaca huruf

    dan perkataan. Menurut Hasnah Awang (2010) dalam bukunya Literasi Bahasa Melayu,

    perkataan literasi membawa maksud pembelajaran bagaimana untuk membaca,

    melakukan pengiraan mudah, operasi asas pengiraan dan kemahiran literasi lain

    dalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),

    perkataan literasi membawa maksud kebolehan membaca dan menulis.

    Menurut Bawden (2001) melalui Hasnah Awang (2010), literasi juga mencakupi

    beberapa bidang lain. Antaranya ialah literasi maklumat yang merangkumi literasi

    media, literasi rangkaian, literasi teknologi. namun untuk bengkel ini, unit PISMP KajianSosial telah menekankan mengenai literasi bahasa sejajar dengan matlamat untuk

    diaplikasi dalam pendidikan sewaktu P&P.

    ABSTRAK

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    3/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 3

    Seminar Literasi Bahasa Melayu anjuran gabungan PISMP Semester 2/2011

    merupakan salah sebuah perlaksanaan bengkel kepada murid sekolah rendah

    berpandukan bahan bantu mengajar (BBM) bagi meneruskan serta mempelbagaikan

    lagi aktiviti sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam darjah. Dengan

    kewujudan program bengkel dan seminar seumpama ini, kesemua bakal guru di Institut

    Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail dapat mengetahui kaedah-kaedah

    tertentu dalam memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran subjek dicapai dan

    dapat diaplikasi kepada murid dengan murni dan jayanya.

    2.1 Melatih bakal guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang

    bernilai tinggi, berestetika dan mempunyai impak kepada murid.

    2.2 Menjana minda bakal guru untuk menghasilkan idea kreatif untuk

    mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

    2.3 Melahirkan guru yang kreatif, inovatif dan berdaya maju untuk melahirkan

    suasana pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

    2.4 Mendedahkan kepada bakal guru dengan situasi pengajaran dan pembelajaran

    sebenar yang akan dihadapi kelak.

    2.5 Memberikan pengalaman, ilmu dan ingatan kepada bakal guru bagaimana untuk

    mengendalikan bengkel dan pembentangan agar dapat dijadikan panduan pada

    masa akan datang.

    2.0 OBJEKTIF

    1.0 PENGENALAN

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    4/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 4

    3.1 Bahan-bahan Yang Digunakan

    Komputer riba (laptop)

    Projektor pemancar LCD

    Pembesar suara (speaker)

    Mesin pencetak (printer)

    Kertas warna (pelbagai warna)

    Polisterin / gabus

    Kotak

    Pemotong polisterin / gunting / pisau kertas

    Gam

    Perca kain / kain

    Lidi kelapa

    Tali / benang

    Pita pelekat

    3.2 Prosedur Perlaksanaan

    a) Murid-murid akan dikumpulkan di dalam darjah dan rapat ke hadapan kelas

    bertentangan dengan kotak wayang boneka lidi.

    b) Guru akan berada di belakang kotak wayang boneka dan mengambilalih

    watak boneka dan beberapa watak lain.

    c) Pengkisahan bermula dengan tirai dibuka, muzik kedengaran dan

    pengenalan watak utama boneka.

    d) Pengkisahan seterusnya dimulakan dengan babak pertama. Watak boneka

    utama akan dibantu oleh beberapa watak lain yang akan dimunculkan di

    sepanjang pengkisahan.

    3.0 PERLAKSANAAN BENGKEL

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    5/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 5

    e) Pengkisahan turut akan diselang-seli dengan nyanyian. Kesemua ini akan

    diadakan dengan penglibatan murid-murid / penonton.

    f) Latarbelakang wayang akan berubah mengikut babak dan beberapa objek

    seperti burung ataupun objek lain akan mengiringi sewaktu pertukaran

    latarbelakang.

    g) Pengkisahan perjalanan boneka utama akan berakhir dan tirai wayang akan

    ditutup.

    h) Seterusnya guru akan merumuskan apa yang dipelajari dan melakukan

    refleksi secara kolektif dengan murid / penonton dan refleksi secara individu

    (guru) untuk direkodkan dan dijadikan panduan penambahbaikan di masa

    hadapan.

    Seminar literasi bahasa ini telah mewajibkan unit kami iaitu PISMP Kajian Sosial

    untuk merekacipta sebuah bahan bantu mengajar (BBM) yang tertentu. Setelah

    dilakukan undian diantara kesemua unit PISMP yang terlibat, akhirnya unit kami telah

    ditugaskan untuk merekacipta sebuah bahan bantu mengajar berasaskan permainan

    boneka. Bahan bantu mengajar (BBM) boneka ini akan bermanfaat dalam menarik

    minat murid untuk belajar dalam bergembira. Tanpa mereka sedari sebenarnya mereka

    sedang belajar dan mereka mudah mengingati segala apa yang dipelajari sewaktu sesi

    pengkisahan kerana minda murid alam persekolahan rendah amat peka dan mudah

    untuk menghafal apa sahaja yang mereka terima.

    Sewaktu sesi perbincangan antara ahli-ahli dalam unit kami, terdapat pelbagaiidea-idea bernas yang telah dilontarkan oleh setiap ahli. Kesemua idea tersebut amat

    bersesuaian dan bertepatan dengan maksud penggunaan BBM boneka dalam

    pengajaran. Ada antara ahli mengesyorkan untuk membuat patung boneka tangan,

    boneka kayu dan sebagainya. Namun setelah diteliti segala idea yang telah dilontarkan,

    maka kesemua ahli unit telah sebulat suara untuk memilih idea menggunakan boneka

    4.0 REFLEKSI

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    6/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 6

    patung berlidi. Rasionalnya pemilihan boneka patung berlidi ini ialah kerana ianya

    senang dipraktikkan di dalam pengajaran akibat dari pembuatannya yang mudah dan

    tidak terlalu kompleks. Malah ianya kelihatan lebih menghidupkan suasana kerana

    boneka tersebut mampu digerakkan ke mana sahaja di pentas boneka. Murid-murid

    juga akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada sesi pengkisahan kerana

    mereka akan mudah hanyut di dalam imiginasi mereka.

    Melalui aktiviti ini juga, kami mendapati bahawa murid-murid lebih memberikan

    tumpuan sewaktu sesi pengajaran sedang berlangsung. Ianya berbeza dengan

    penggunaan teknik pengajaran yang lebih konvensional yang murid-murid lalui setiap

    hari. Dengan penggunaan alat BBM ini, ditambah pula dengan teknik penceritaan yang

    menarik dan wujudnya interaksi dengan murid, murid-murid akan lebih memberikan

    tumpuan dan sekaligus mereka dapat belajar tanpa mereka sedari. Penggunaan watak

    kartun yang menarik dan berwarna sudah tentu akan menarik lagi minat mereka dan

    mereka akan dapat belajar dengan hati yang gembira. Berkemungkinan besar, mereka

    tidak akan bosan sewaktu sesi pembelajaran dan sentiasa bersemangat untuk

    mengikuti pembelajaran subjek tersebut seterusnya.

    Selain itu, hubungan antara ahli kumpulan juga dapat dikukuhkan dan

    dipereratkan melalui sesi perbincangan yang dijalankan. Sikap bertolak-ansur dan

    berani menyuarakan idea dan pendapat turut dipupuk sepanjang sesi perbincangan

    diadakan. Aktiviti ini juga menyedarkan kami tentang aspek pengurusan masa secara

    berkesan dan dapat dijadikan panduan kepada kami, khususnya dalam mengawal kelas

    dan menyampaikan isi pengajaran dengan jelas setelah bergelar guru suatu hari nanti.

    Sewaktu memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru, bengkel ini

    mampu untuk meningkatkan kreativiti seorang pendidik dalam menghasilkan bahan

    bantu mengajar yang berkesan dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

  • 8/3/2019 Kertas Kerja Bengkel Literasi BM 2011 - BBM Boneka Lidi/Tongkat

    7/7

    B E N G K E L L I T E R A S I B A H A S A M E L A Y U 2 0 1 1

    H A L A M A N | 7

    Dalam perlaksanaan bengkel ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang kami

    sedari yang melambatkan proses perlaksanaan bengkel kami ini. Antara masalah yang

    kami hadapi ialah kekangan masa yang singkat. Masa yang diberikan singkat dan kami

    seunit terpaksa melaksanakan segala tugasan dengan kadar yang segera namun tidak

    mengenepikan aspek kualiti bahan. Malah beberapa sesi perbincangan turut diadakan

    untuk memastikan segala proses dapat berjalan dengan lancar. Proses pembuatan alat

    bantu belajar dapat dijalankan dengan lancar setelah selesai perbincangan rasional dan

    kaedah perlaksanaan diadakan.

    Kesimpulannya, bengkel ini amat wajar untuk dilaksanakan di masa hadapan

    bagi memberikan pendedahan kepada kesemua bakal guru mengenai teknik, strategi

    dan kaedah pengajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar dengan berkesan

    kepada murid. Hal ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

    berjalan dengan lancar.

    Secara konklusinya, dapat dirumuskan bahawa pembentangan ilmiah melalui

    bengkel ini telah memberikan 1001 ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

    yang amat berguna kepada kami dapat melengkapkan diri dengan ilmu keguruan untuk

    menempuh dugaan dan cabaran alam perguruan kelak. Kerjasama daripada semua

    pihak, terutama semua ahli kumpulan amat dihargai dalam menjayakan pembentangan

    ini. Diharapkan agar dengan kesepaduan yang utuh lagi erat dalam melaksanakan

    pembentangan ini, segala objektif yang ingin dicapai dapat direalisasikan dengan

    jayanya bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid dan mengenalpembendaharaan perkataan bahasa melayu. Semoga segala usaha ini membuahkan

    hasil seperti yang diharapkan.

    5.0 PENUTUP