KERTA KERJA
-
Upload
nur-afifah-suhemi -
Category
Documents
-
view
425 -
download
4
Transcript of KERTA KERJA
KARYA KREATIFApa itu karya kreatif?Penulisan kreatif adalah apa-apa sajaPenulis menggambarkan buah fikiran, gejolak
perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang unik
Penulis menceritakan pengalamannya yang tersendiri – bukan hanya melaporkan peristiwa atau pun berita
Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.
PENULISAN KREATIFApa itu Penulisan Kreatif?
Penulisan adalah suatu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis
Penulisan membebaskan kita daripada identiti massa yang kita lihat di sekeliling kita
Penulis akan untuk menyelamatkan diri sendiri - untuk kelansungan hidup sebagai individu.
Penulisan dalam genre apa sekali pun, memang agak sukar, tetapi berbaloi
Penulis akan mendapat kepuasan yang tiada taranya, setiap kali sesebuah karya itu selesai digarap
Menjadi seorang insan kreatif kadangkala agak sukar dan sangat mencabar pada ketika-ketikanya, tetapi amat menyeronokkan.
KERTAS KERJA PROJEK
CIRI-CIRI UMUM Tajuk Rasional Objektif/Matlamat Jangka masa diperlukan Kumpulan sasaran Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul
semasa membuat kajian/projek Sumber kewangan – perbelanjaan yang diperlukan Penubuhan jawatankuasa Menentukan jadual tugas Pelaksanaannya
PENULISAN KREATIFBagaimana Hendak Memulakannya?
Adakah benar jika seseorang itu sudah membaca banyak cerpen ataupun novel, mereka sudah boleh menghasilkan sebuah karya penulisan kreatif?
Seperti sebuah perabot, mempunyai keperluan tertentu, syarat pembinaannya yang perlu dipelajari (merancang, mengenal pasti reka bentuk dan jenis kayu yang dikehendaki, menyukat, menggergaji-bentukkan, menukulpakukan, memvarnishkilatkan dan sebagainya)
Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri - sama juga macam kita sudah duduk di atas banyak kerusi, tidak bermakna kita semua boleh buat kerusi, bukan?
Cara menghasilkan karya kreatif? Sama juga seperti seorang tukang kayu yang
mungkin mendapati kerusi pertama yang ditukanginya, tidak sesempurna yang diharapkan
Mungkin kaki kerusi itu bergoyang-goyang atau tempat melabuh punggung di kerusi itu senget sebelah
Baca buku yang cenderung membina penulis-penulis baru yang benar-benar giat menulis, sama ada cerpen atau pun novel
Pengalaman mereka sebagai seorang cerpenis dan novelis boleh diteladani dan dijadikan contoh
Mendapatkan tips daripada penulis-penulis berpengalaman
Cara menghasilkan karya kreatif?
Memulakan karya yang ringan seperti cerpen dahulu sebelum menulis novel
Untuk novel pertama dan kedua, elok dimulakan dengan penulisan yang ringan juga
Misalnya, novel kanak-kanak dan remaja - sekadar untuk mendapatkan pengalaman
Setelah siap , anda akan berasa yakin dan mempunyai cukup keberanian untuk mengorak langkah dan menghasilkan novel dewasa
Tips untuk Penulis Baru `Latihan ringkas‘ untuk menguatkan `otot-
otot' penulisan Jika kehabisan idea/ilham, elok jika
berbincang dengan ahli keluarga dan rkan-rakan untuk meminta pandangan mereka
Mereka mungkin bukan penulis, tetapi mereka mungkin mampu berfikir dengan lebih logik kerana tidak dibebani oleh tuntutan penghasilan karya seperti anda
Tidak semestinya, semua pandangan mereka anda terima. Ambil pandangan yang relevan dengan karaya anda
Sebagai membalas budi, ambil nama mereka sebagai antara watak baik dalam karya anda
PUISIDefinisi Puisi Tulisan berirama, terikat oleh bentuk lahir yang
tertentu Mengutamakan keindahan dan imaginasi Seni bahasa yang paling halus Jalinan fikiran yang bercorak kefalsafahan dan logik Ungkapan rangkaian kata-kata dalam sebuah
rangkap Disusun bersama irama, rima dan kiasan Dicipta untuk maksud tertentu atau sebagai satu
cara meluahkan perasaan atau tekanan yang menghimpit jiwa
Bentuk-bentuk puisi terdiri daripada pantun, syair, gurindam, seloka, dan sajak
SAJAK BEBAS (Verslibre) Tidak terikat pada sebarang bentuk tertentu Rentaknya berubah-ubah dari bahagian ke
bahagian Tidak mengambil kira keseimbangan jumlah
baris, jumlah suku kata dan rima Yang penting ialah kesepaduan isi dan teknik
secara keseluruhan Pengucapan sajak ini bebas seakan-akan
peniruan percakapan tetapi diperhalusi sehingga ekonomis dan puitis
Sajak Konkrit
Mementingkan aspek penglihatan (visual)
Mengandungi nilai puisi dan grafik sekali gus
Sajak yang Bermutu dan Sebaliknya1. Isi yang baik2. Teknik dan gaya yang baik3. Imejan bercampur4. Mempunyai klise5. Gaya melankolik6. Kata-kata bombastik7. Metafora yang berlebihan8. Meletakkan 9. Bersifat prosaik
PROSES KREATIF SAJAKMurid diberi bimbingan secara ansur maju
seperti yang berikut:
(i) Menentukan tema puisi(ii) Memikirkan mesej dan pengajaran (iii) Menyenaraikan lakaran bahasa atau medan
bahasa (iv) Memilih bahasa simbolik yang akan
digunakan(v) Menyusun idea keseluruhan yang sesuai
(i) Menentukan tema puisiBergantung kepada minat muridGuru perlu peka dengan minat dan
pengalaman muridPengakaman yang ditempuh sendiri atau
orang lain yang rapat hubungannyaMenarik perhatian iaitu yang diminati dan
disukaiBermakna iaitu boleh memberi pengertian
dan difahamiBerkesan iaitu menyentuh perasaanTema kemanusiaan, alam sekitar, kasih
sayang, patriotisme, keagamaan, kemasyarakatan
(ii) Mesej dan Pengajaran
Mesej Berhemah tinggi Baik hati Jujur Hormat-menghormati Bersyukur Sederhana Kasih sayang Semangat kemasyarakatan
Pengajaran
Tekun dan usaha tangga kejayaan
Kebaikan dibalas dengan kebaikan
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Akhlak yang baik mencerminkan peribadi seseorang
(iii) Menyenaraikan Lakaran Bahasa
Boleh mempercepat dan memudahkan proses kreatif dari segi pembentukan baris-baris perkataan dalam rangkap. Contoh tema ‘kabus’
putih sejuk/dingin pagi merentasi pepohon nyaman pagi hilang dek panas mentari mengganggu pandangan
(iv) Memilih Bahasa SimbolikMempunyai makna tersiratContoh : ‘kabus’ Masalah Keadaan yang sementara Kemunculan yang tidak diundang Pemergian yang tidak disuruh
Berdasarkan simbol ini murid boleh dibimbing untuk mengaitkan makna yang dibawanya dengan hakikat hidup yang sebenar
Kadangkala pagi ada kabus, hidup juga tidak terkecuali daripada masalah
Masalah datang tanpa dijemput Berhati-hatilah mengharungi kabus dan
bersabarlah menghadapi masalah hidup
(v) Menyusun Idea Menjadi Puisi(peringkat terakhir)
Menyusun medan bahasa seiring dengan susunan idea mengikut bentu puisi yang dipilih iaitu sajak.
Contoh tema : ‘kabus’
Kabus
Kabus pagisedingin saljidatang tanpa diundangsinggah di kelopak bebungadi permukaan dedaundi rimbunan pepohon
Kabus pagimengaburi pandangankian menghilangbersama mentari yang mula menjengahdi celah-celah rimbunan dedaundan pepohonpersoalan hidupbak kabus pagitetap datang pasti berlakumenguji kesabaran penghuni alamdatangmu sebagai cabaranmenghadapi satu perjuanganmengiringi pemergianmusebagai satu kenangan
KERTAS KERJA PROJEK
Kertas kerja yang baik mestilah mempunyai sekurang – kurangnya :(1) pengenalan(2) objektif(3) tarikh (4) waktu perlaksanaan(5) kumpulan sasaran(6) tentatif program(7) jawatankuasa pengelola(8) perbelanjaan(9) penutup(10) borang kelulusan
KERTAS KERJA PROJEK
1. PENGENALAN
merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh namun ringkas
Pengenalan terdiri daripada latar belakang yang memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan
Pengenalan turut menyatakan perkara yang hendak diperkatakan dalam kertas kerja itu
KERTAS KERJA PROJEK2. Objektif Objektif adalah matlamat atau tujuan penulis
menulis kertas kerja tersebut
Objektif juga adalah idea penulis dan menentukan daya penarik kepada pembaca bagi mendengar ataupun menilai isi kertas kerja berkenaan
Objektif biasanya ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya.
KERTAS KERJA PROJEK3. Tarikh dan masa perlaksanaan
Hendaklah dituliskan tarikh dan masa projek tersebut hendak dilaksanakan
Bagi kertas kerja projek yang baik, masa dituliskan dalam dua kategori iaitu masa bermula projek tersebut dan jangka masa projek tersebut dilaksanakan.
KERTAS KERJA PROJEK4. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah kumpulan – kumpulan yang dijadualkan untuk mengikuti projek tersebut
Dengan kata lain, projek tersebut dilaksanakan khas untuk golongan – golongan tertentu bagi mencapai objektifnya.
KERTAS KERJA PROJEK5 . Tentatif Program
Dalam kebanyakan penulisan kertas kerja projek, ruangan ini hanya dituliskan seperti “rujuk lampiran…”.
Tentatif program adalah susunan atur cara program atau projek tersebut dijalankan
Dalam tentatif hendaklah dimasukkan masa, hari dan aktiviti yang dijalankan.
KERTAS KERJA PROJEK6 . Jawatankuasa Pengelola
Jawatankuasa pengelola terbahagi kepada dua iaitu jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja
Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa tertinggi sesuatu badan atau organisasi sebagai penaung atau penasihat
Jawatankuasa kerja pula ialah jawatankuasa yang ditubuhkan atau dilantik bagi melaksanakan projek tersebut
KERTAS KERJA PROJEK
7. Perbelanjaan
Dalam ruangan perbelanjaan pula hendaklah menyatakan anggaran perbelanjaan sesuatu projek dan sumber kewangan
Perkara – perkara yang memerlukan bajet atau kewangan hendaklah dituliskan dan dianggarkan jumlahnya
Jumlah wang yang hendak dimohon perlulah sama jumlahnya dengan perbelanjaan
KERTAS KERJA PROJEK
8. Penutup
Dituliskan dengan menyatakan kesimpulan kepada projek yang hendak dijalankan.
KERTAS KERJA PROJEK
9. Tandatangan
Tandatangan ini perlu bagi memberitahu siapakah penulis bagi kertas kerja tersebut.
Tandatangan perlu berada di bawah penutup dan perlu dinyatakan jawatan penulis tersebut
Di sebelah kanannya perlu ada tandatangan penyemak kertas kerja tersebut beserta jawatannya.
KERTAS KERJA PROJEK
10.Borang Kelulusan
Borang kelulusan penting untuk memberitahu kertas kerja tersebut diluluskan atau tidak
Format penulisan borang ini mengikut corak dan kehendak sesebuah badan pentadbiran
PENGESAHAN KELULUSAN
Saya dengan ini ( meluluskan / tidak meluluskan ) Kertas Kerja Bulan Membaca& Kempen Penggunaan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai PasirKechil.
Catatan:- ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………
Cop Rasmi
Tarikh:
PERSEMBAHAN KUMPULAN
DEKLAMASI SAJAK