Kerja Projek Rbt 3120 Jahitan

41
1

description

tugasan kerja kursus

Transcript of Kerja Projek Rbt 3120 Jahitan

NOR HANANI BT SAAID (700310025674) PPG SN B JUN 2011

TUJUAN JAHITAN

SENARAI UKURAN BADAN

BAHAGIANUKURAN (CM)

PINGGANG 69

PUNGGUNG94

PINGGANG KE PINGGUL31

LABUH PINGGANG KE PEHA39

ALATAN DAN BAHAN

SKIRT YANG TELAH SIAP DIJAHIT

REFLEKSI Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Reka Bentuk Pakaian RBT 3023. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai fabrik yang digunakan untuk membuat skirt yang digunakan. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk menjahit skirt dan membuat rekod laporan jahitan tetapi setelah di terangkan oleh Pn Phyllis Lim @ Nur Ain Shahira, saya akhirnya mengetahui bagaimana cara-cara untuk menjahit skirt. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan kerana sebelum ini saya juga pernah membuat dua pasang baju kurung. Melalui pembuatan skirt yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi berkaitan dengan pembinaan pakaian. Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik yangsesuai digunakan untuk membuat skirt, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis fabrik dan kesesuaian si pemakai dan juga membuat pola. Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul. Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada skirt tersebut ialah belah berzip dan terdapat 2 lisu di hadapan dan 2 lisu di belakang skirt itu. Selain itu kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian tepi skirt manakala lisu cekung pula telah dijahit pada bahagian hadapan dan belakang skirt. Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini, namun segalanya dapat diatasi dan skirt ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang wujud ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan daripada rakan-rakan, masalah ini berjaya diselesaikan. Sebagai kesimpulan, kerja kursus RBT3023 ini, memberi ilmu dan impak yang besar kepada saya. Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup, hal-hal yang dipelajari ini wajib dikuasai sepenuhnya kerana Elektif Kemahiran Hidup ini bukanlah sesuatu yang baru. Segala tunjuk ajar daripada pensyarah sangat bermanfaat dalam menjadikan saya seorang pendidik yang lebih baik kelak.

KELIM BELAH KANGKUNG1. Kelim belah kangkung adalah jenis kelim yang popular dan mudah dijahit. Ia hanya terdiri daripada satu jalinan pada sebelah dalam pakaian.2. Kelim belah kangkung diguna untuk memberi bentuk kepada pakaian supaya ia kelihatan lebih padan.3. Ciri-ciri kelim belah kangkung:(a) Tidak beralur di sebelah luar.(b) Rata dan terbuka.(c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.(d) Lebar kedua-dua basi kelim sama.(e) Lebar kelim yang siap dijahit ialah 1.25cm ( inci).PROSES MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNGLangkah 1: Temukan kedua bahagian luar fabrik.Langkah 2 : Jelujur dan jahit mesin di atas garis pamadan.Langkah 3: Tanggalkan jelujur, tekan, dan buka kelim.Langkah 4: Kemaskan tepi fabrik dengan jahitan insang pari, jahitan mesin, jahitan lilit kemas atau mesin pengemas tepi.CARA-CARA MENGEMASKAN KELIM BELAH KANGKUNG.1. Jahitan mesinSesuai untuk fabrik nipis dan sederhana yang tidak berjerumbai.2. Jahitan insang pariSesuai untuk fabrik yang nipis, jarang tenunannya, dan mudah berjerumbai. Misalnya, fabrik sutera dan fabrik kapas yang lembut.3. Menggunakan kunPita lurus, reben atau kun jalur serong tepat boleh digunakan untuk mengemas tepi belah kangkung. Sesuai digunakan untuk fabrik tebal dan berjerumbai.4. Jahitan lilit ubiSesuai untuk fabrik yang mudah berjerumbai.KELIM BETAWI1. Kelim betawi sesuai dijahit pada fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.2. Ciri-ciri kelim betawi :(a) Kukuh dan tahan lasak.(b) Tepinya tidak perlu dikemas.(c) Lebar kelim antara 4mm hingga 6mm.(d) Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.(e) Dijahit dengan dua baris jahitan.PROSES MENJAHIT KELIM BETAWILangkah 1:

Temukan sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti, jelujur atas garisan pemadan dan jahit mesin dengan jarak 6 mm dari garisan pemadan. Gunting basi kelim sehingga lebarnya tinggal 3mm.Langkah 2: Buka dan ratakan kelim pada sebelah dalam supaya ia tidak beralur apabila diterbalikkan.Langkah 3 : Terbalikkan kelim supaya sebelah luar fabrik bertemu, semat dngan peniti, jelujur dan jahit mesin di atas garisan pemadan.Langkah 4 : Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim supaya menghala ke belakang artikel.KELIM LIPAT TINDIHKelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis pakaian luar. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.KEDUDUKAN KELIM LIPAT TINDIH garisan bahu mendatang garisan puteri garisan pinggang kelim lengan pesak skirt atau gaun dan baju melayu mengenakan ropol pada pakaian atau artikelCARA-CARA MENGEMAS KELIM LIPAT TINDIH Dengan jahit insang pari Dengan cara balutan sendiri Dengan kun / pita jalur serong tepat Dengan mesin pengemas tepiKELIM PAPAN MESINKelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Oleh itu, kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini kelim yang kukuh kerana ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan. Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam. Begitu juga sebaliknya jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar. Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.KEDUDUKAN KELIMKemeja,Blaus, Pijama , Seluar, Pakaian kerja dan JeansPosted byEster Rina Carmelitaat18:15

Pengenalan 4-5

Tujuan 6- 7

Lakaran Dan Huraian Stail

Pakaian 8-16

Senarai Ukuran Badan 17- 18

Fabrik Dan Bahan

Yang Digunaka 19-22

Susun atur Pola 23-29

Langkah Menjahit 30-34

Refleksi 35

Lampiran

Lakaran

Dan huraian

Stail Pakaian

Huraian stail pakaian

Pengenalan

Contoh fabrik yang digunakan

Seiring dengan zaman era globalisasi teknologi yang pesat ini, kebanyakan orang lebih suka membeli pakaian yang sudah siap daripada menjahit. Bagi mereka, menjahit sesuatu pakaian banyak mengambil masa. Jahit menjahit sebenarnya adalah satu seni yang banyak manafaatnya dan mudah dipelajari oleh pelbagai golongan.

Justeru itu, bagi mendokumentasikan satu projek amali menjahit dalam bidang Reka Bentuk Pakaian (RBT 3120) maka terhasil gaun pendek beserta folio tugasan.

Gaun ini menggunakan fabrik separa asli iaitu campuran benang kapas dan polyester. Fabrik ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, teguh, tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail gaun ini ialah ia mempunyai 4 lisu di bahagian depan dan belakang gaun, potongan yang pendek sehingga peha dan zip sebagai kancingnya.

Di samping itu, proses yang terlibat dalam penghasilan skirt ini juga boleh dipelajari oleh semua pelajar dengan mudah. Oleh itu, diharap penerangan daripada folio ini, di samping bahan-bahan lampiran dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Lakaran stail pakaian

Huraian stail pakaian

Lisu Pemadan

Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok sebagai hiasan.

Lisu yang digunakan pada rekaan stail pakaian ini ialah lisu setentang di bahagian belakang dan pada bahagian hadapan skirt.

Stail gaun (skirt) yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak, tekstur dan fungsi gaun tersebut.

Warna pemilihan gaun ini adalah warna terang iaitu merah+putih. Warna terang sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya kelihatan gempal.

Corak blaus ini berkotak kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang yang gempal itu akan kelihatan lebih kurus dan langsing.

Tekstur fabrik ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.

Fungsi skirt ini merupakan pakaian kasual. Skirt ini lasak, selesa dipakai dan ringkas. Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar.

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat llahi, dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Reka Bentuk Pakaian ( RBT 3120 ) di semester ke-6 ini disamping menimba ilmuNya yang amat luas.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah, : Puan Phyllis Lim @ Nur Ain Shahira dan rakan-rakan seperjuangan RBT 3023 yang bersama-sama membantu dan menyumbangkan idea kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada ahli keluarga yang turut memberikan nasihat dan bimbingan tanpa jemu. Terima kasih, semoga Allah jua yang membalas jasa kalian.

Farida Binti Mohamed Shahudin

Isi Kandungan

Huraian stail pakaian

Huraian stail pakaian

Belah

Fungsi belah pada pakaian ialah untuk memudahkan pemakai memakai dan menanggalkan pakaian.

Rekaan stail pakaian ini mengunakan belah kelepet sama lebar yang dibuat pada bahagian tengah belakang skirt.

Kelim

Kelim yang digunakan adalah jahit mesin. Kegunaan kelim pada pakaian ini ialah untuk memberi bentuk dan juga sebagai hiasan. Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik bagi mendapatkan bentuk pakaian atauartikel.

Kancing

Kancing dibuat pada pakaian untuk menutup dan membuka belah pada pakaian. Kancing juga berfungsi sebagai hiasan. Skirt ini menggunakan :

Cangkuk dan palang

PENYUDAH TEPI

Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel.

Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah dalam. Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan pinggang skirt.

Huraian stail pakaian

Huraian stail pakaian

TUJUAN REKOD KERJA

Untuk membuat perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran.

Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan

Melakar stail pakaian

Mengenal pasti proses menjahit

Menyusun atur pola

Menamakan tanda pola

Membentang fabrik dan menyusun atur pola

Menyatakan peraturan menggunting dan mencantum fabrik

Mengira kos projek

Kain gam nipis dan lembut

Pola Pandangan hadapan

Lakaran stail pakaian

Pola Pandangan belakang

Ukuran badan

PROSES MENGGUNTING FABRIK MENGIKUT POLA

FABRIK DAN BAHAN

Fabrik juga dikenali sebagai tekstil dan perkataan ini berasal daripada perkataan textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan bernep. Fabrik tebahagi kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.

Fabrik yang sesuai untuk membuat skirt ialah fabrik sederhana tebal bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu jenis pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai.

Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk menghasilkan berbagai artikel rumah tangga dan pakaian. Gentian kapas didapati daripada daripada pokok kapas yang ditanam dikebanyakan negara seperti India, Mesir, China, Mexico dan Amerika Syarikat.Terdapat pelbagai mutu dan gentian kapas. Gentian yang halus dan panjang akan menghasilkan fabrik kapas yang bermutu tinggi.

Fabrik yang saya gunakan untuk membuat skirt ini ialah fabrik kapas campuran. Fabrik kapas campuran ini merupakan daripada gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran. Kelebihan mengunakan fabrik ini adalah :

tahan lasak.

mudah dikendalikan.

tahan panas dan tidak mudah mengembang.

mudah dijahit.

Susun atur pola

Langkah menjahit

lampiran

refleksi

1