Kepentingan Menggunakan sumber

29
DISEDIAKAN OLEH: NATRAH BINTI ALIAS NURUL IZZAH SYAZWANI BINTI MD REDZON

description

SEJARAH

Transcript of Kepentingan Menggunakan sumber

KEPENTINGAN MENGGUNAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

KEPENTINGAN MENGGUNAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAHDISEDIAKAN OLEH:NATRAH BINTI ALIASNURUL IZZAH SYAZWANI BINTI MD REDZON

PENGENALANDEFINISI SUMBER :

MenurutOxford English Dictionary,sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut.

Bahan bertulis atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan olehKamus Dewanbererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak, surat nikah, dan lain-lain)'

Surat Beranak

Surat Nikah KEPENTINGAN MENGGUNAKAN SUMBER P&P DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH :

1. MERANGSANG PEMIKIRANPemikiran : Cara atau hal memikirkan sesuatu.

melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat.Membantu kemahiran berfikir.

Timbul perasaan ingin tahu.

Melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P.

Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran.

Membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan.

Melalui pengalaman sedia ada - menganalisa dan mengamati maklumat baru.

2. MENGINTEPRETASI MAKLUMAT DARIPADA PERISTIWA SEJARAHMengintepretasi : Membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan.

Memahami perkaitan antara fakta sejarah dan tafsiran sejarah.

Bantu memahami sejarah lampau dan membantu ke arah hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

Contoh : Murid perlu membuat perbandingan antara pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dengan pemerintahan Malaysia pada masa kini.

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka Pemerintahan Malaysia pada masa kini.Kesan Murid dapat :

Membuat tafsiran dan ulasan Perbandingan tentang perbezaan kedua-dua kerajaan.3. MENARIK MINAT TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAHMemahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial.Pengalaman sebenar Menghasilkan soalan untuk dikaji.

Penggunaan pelbagai sumber media.Mengekalkan tumpuan muridMeransang pengetahuan ingin tahu murid Wujud minat murid Mengekalkan lagi tumpuan

Mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru.

Tumpuan dan pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar.

4. MENINGKATKAN DAYA INGATAN TERHADAP FAKTA SEJARAHMelalui penggunaan sumber P&P yang sesuai.

Penambahan sebarang maklumat yang barupeningkatan daya ingatan.

Melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky - Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada.

Penglibatan murid secara aktif - beri pengalaman baru kepada murid - disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.

5. MENIMBULKAN MOTIVASI DALAMAN (INTRINSTIK) PELAJARAN SEJARAH.H. W.Bernard dalam bukunyaPsychology of learning (1965), dalam Murugiah Velayutham (1996), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) dalam Murugiah Velayutham (1996), menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut.

Perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya.

Motivasi intrinsik (dalaman) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

Melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara.

Melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.

Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati.Wujud secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

Dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.

Bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi.

Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya.

6. MENINGKATKAN KREATIVITI DAN KESERONOKKAN DALAM PELAJARAN

Kreativiti : Kemampuan (mencipta). (Kamus Dewan, Edisi Keempat)

Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .

Penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster.

Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka.

Mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum.

Murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara :

Mengembangkan lagi kreativiti dalam mencari sumber maklumat .Guru bertindak sebagai fesilitator.

Folio sejarahKeseronokkan : Sesuatu yang menyedapkan hati.

Mengekalkan perhatian murid-murid supaya mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran - pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri.Contohnya, penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui.

Sentuhan dan pengamatan kepada bahan : memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut.

Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari .

Contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa.

Ini akan menambahkan keseronokan pelajar.

7. MEMBANTU PENGURUSAN BILIK DARJAHDapat menarik dan mengekalkan tumpuan murid.

Disiplin bilik darjah dapat dikawal.

Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran. Menghindarkan mereka dari rasa bosan.

Dapat mengelak berlakunya tingkah laku yang negatif.

Guru dapat mengawal perjalanan p&p dalam kelas dengan lancar.

RUJUKAN : Murugiah Velayutham.(1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kumpulan BudimanSdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukor (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Dr. Ismail bin Said.(2014). Kaedah Pengajaran Sejarah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Song Sang. (2011). Nota Intisari Pendidikan Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.