Kepentingan Mempelajari Teknik Resis
-
Upload
jennis-chung -
Category
Documents
-
view
229 -
download
0
Transcript of Kepentingan Mempelajari Teknik Resis
8/8/2019 Kepentingan Mempelajari Teknik Resis
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mempelajari-teknik-resis 1/4
CHUNG AI SHIN
810415135084 HBAE 14033.0 Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.
Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah
melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian
bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis bermakna satu aktivitimenggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang
disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti
resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan
kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
permukaan kertas. Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam
aktiviti resis.
Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual, Teknik Resis adalah sangant penting dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV tahap 1 iaitu untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Teknik resis
membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam
kegiatan menggambar.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti resis berupaya memberikan rangsangan
dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat
dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivity kanak-kanak terhadap sekelilingnya.
Secara ringkasnya kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah kepada kanak-
kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti resis yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian
dan bijak membuat keputusan. Contohnya, membuat keputusan untuk memilih teknik
resis yang sesuai atau alatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran teknik resis memberikan
satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata. Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang
1
8/8/2019 Kepentingan Mempelajari Teknik Resis
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mempelajari-teknik-resis 2/4
8/8/2019 Kepentingan Mempelajari Teknik Resis
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mempelajari-teknik-resis 3/4
CHUNG AI SHIN
810415135084 HBAE 1403Penutup:
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan
persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan
kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Kesimpulannya, dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah,
murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan
yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan
mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip
rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat
atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni
visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
3
8/8/2019 Kepentingan Mempelajari Teknik Resis
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mempelajari-teknik-resis 4/4
CHUNG AI SHIN
810415135084 HBAE 1403 Bahan Rujukan:
Haji Abdul Shukor Hashim. et al. (2007). HBAE1203: Perkembangan Seni Dan
Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Haslinda Madon. (2009). HBAE1403: Menggambar (cetakan keenam). Selangor Darul
Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Hassan Mohd Ghazali(2000). Teks Lengkap Pendidikan seni Tingkatan 4 dan 5.
Petaling Jaya: Fajar Bakti
Kathleen Chee. (1997). Pendidikan Seni (Teori Seni 2) SPM . Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. [On-line]. Diperoleh pada Jun,29,2010 dari World WideWeb:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/sp_pseni_kbsm.pdf
Melukis dan Mencanting Batik 'd' ALAM IMPIAN -
http://ilzaf.multiply.com/photos/album/52/Melukis_dan_Mencanting_Batik_d_ALAM_I
MPIAN_-_masukan_ringkas
Proses Pembuatan Batik Fractal VS Batik Tradisional
http://netsains.com/2009/10/proses-pembuatan-batik-fractal-vs-batik-tradisional/
Rousliluddin bin Ambia. et al. (2007). HBAE1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual.
Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
4