kemudahan di restoran

11
Kemudahan yang di sediakan Restoran ini menyediakan beberapa kemudahan untuk membantu keselesaan para pengunjung. Selain dapat menikmati makan yang lazat pelanggan juga dapat menikmati beberapa kemudahan yang agak menarik dan memberi kepuasan kepada mereka. 1) Tempat letak kereta Kemudahan ini disediakan secara percuma kepada setiap pelanggan yang memandu kenderaan sendiri untuk menjamu selera. 2) Surau Kemudahan ini disediakan untuk pengunjung yang beragama Islam untuk menunaikan tanggungjawab mendirikan solat. Oleh itu, tidak akan menjadikan masalah kepada pelanggan daripada melaksanakan Rukun Islam yang ke-2.

Transcript of kemudahan di restoran

Page 1: kemudahan di restoran

Kemudahan yang di sediakan

Restoran ini menyediakan beberapa kemudahan untuk membantu keselesaan para pengunjung.

Selain dapat menikmati makan yang lazat pelanggan juga dapat menikmati beberapa kemudahan

yang agak menarik dan memberi kepuasan kepada mereka.

1) Tempat letak kereta

Kemudahan ini disediakan secara percuma kepada setiap pelanggan yang memandu

kenderaan sendiri untuk menjamu selera.

2) Surau

Kemudahan ini disediakan untuk pengunjung yang beragama Islam untuk

menunaikan tanggungjawab mendirikan solat. Oleh itu, tidak akan menjadikan

masalah kepada pelanggan daripada melaksanakan Rukun Islam yang ke-2.

Page 2: kemudahan di restoran

3) Ruang makan yang selesa

Tempat makan yang bercorakan tradisional dan cara makan secara bersimpul dan bersila

adalah keistimewaan di restoran ini.

4) Ruang makan dan berbincang untuk kumpulan kecil

Ruang ini disediakan kepada pelanggan yang terdiri daripada 2 hingga 6 orang untuk

berbincang sambil menikmati juadah makanan di sini.

Page 3: kemudahan di restoran

5) Bilik Seminar

Ruang ini disediakan khas kepada pengunjung yang ingin mengadakan mensyuarat

dan seminar. Walaubagaimanapun ruang ini perlu ditempah 2 minggu awal sebelum

digunakan.

6) Sudut pameran

Ruang ini disediakan untuk mempamirkan peralatan-peralatan tradisional lama

sebagai bahan tontonan kepada pengunjung. Selain menjamu selera pengunjung dapat

menambahkan ilmu pengetahuan dalam mengenal barang-barang lama.

Page 4: kemudahan di restoran

7) Bilik Kemas Diri

Ruang ini disediakan kepada pelanggan untuk membersihkan diri.

8) Sudut permainan

Ruang ini disediakan kepada pelanggan untuk mencuba bermain permainan

tradisional. Oleh itu, sambil menunggu pesanan, anak-anak jagaan pelanggan dapat

mengisi masa lapan dengan bermain permainan tradisional ini.

Page 5: kemudahan di restoran

Peralatan yang diperlukan

Memandangkan ini adalah sebuah restoran tradisional, maka kebanyakan alatan untuk

menghidang digunakan daripada alatan-alatan lama. Ini bertujuan untuk menaikan lagi suasana

tradisional yang telah lapuk dimamah zaman.

Alatan ini dipanggil sebagai nyiru. Nyiru ini

digunakan untuk mengangkat hidangan

yang telah dipesan oleh pelangga

Bekas ini adalah bekas untuk menyimpan

minuman, bekas ini dipanggil sebagai labu

sayong. Labu ini akan diletakan pada setiap

meja pelanggan. Air di dalam bekas ini

adalah air masak. Oleh itu, pelanggan dapat

menikmati minuman yang segar dan sejuk

tanpa perlu meletakan ketulan ais.

Alatan ini dipanggil sebagai tudung saji.

Tudung saji ini diperbuat daripada

mengkuang. Ianya digunakan untuk

menutup makanan yang disajikan.

Page 6: kemudahan di restoran

Sudu dan garfu di gunakan pada hidangan yang

disajikan. Peralatan ini diperbuat daripada

tembaga. Oleh itu, warna tembaga ini dapat

menaikan lagi seri hidangan yang disajikan.

Cerek tembaga ini digunakan untuk

menghidangkan minuman yang dipesan oleh

pelanggan.

Gelas yang diperbuat daripada tempurung ini

adalah untuk pelanggan yang memesan

minuman sejuk.

Pelanggan akan dihidangkan dengan cawan

yang mempunyai corak bunga lama sekiranya

air yang dipesan adalah air panas.

Pinggan yang digunakan adalah bercorak

bunga-bunga lama.

Page 7: kemudahan di restoran

Walaubagaimanapun, peralatan yang diguna di dapur masak adalah peralatan moden. Ini

bertujuan untuk memudah dan mempercepatkan penyediaan makanan. Peralatan moden ini tidak

menghilangkan rasa dan cirri-ciri hidangan tradisional seperti mana yang di perlukan.

1)

Ini merupakan alatan asas untuk memasak beberapa hidangan makanan.

2)

Bagi menyimpan barang-barang dingin beku, peti ais yang bersaiz besar digunakan untuk

menampung stok makanan dalam kuantiti yang banyak.

Page 8: kemudahan di restoran

3)

Selain daripada dupur gas untuk memasak, bekas-bekas untuk memasak seperti kuali perlabai

saiz dan bentuk diperlukan untuk menyediakan masakan yang beraneka jenis.

4)

Alatan ini digunakan untuk mengisar dan mengadun adunan yang akan dimasak.

5)

Periuk digunakan utuk memasak makanan yang berair, selain itu periuk kukus digunakan

untuk memasak makanan jenis kukus.

Page 9: kemudahan di restoran

6)

Selain daripada alatan-alatan yang bersaiz besar, alatan-alatan kecil untuk memasak juga

diperlukan. Alatan ini seperti, sudip ( pelbagai jenis ), gunting, pisau, alat pemukul dan pelbagai

lagi.

Semua alatan ini akan di susun secara teratur supaya mudah dilihat dan senang untuk digunakan.