Kembara Sutera Oktober 2012

13
Kembara Sutera 1

Transcript of Kembara Sutera Oktober 2012

Page 1: Kembara Sutera Oktober 2012

Kembara Sutera 1

Page 2: Kembara Sutera Oktober 2012

04Tentera di Bawah Tanah yang Mengagumkan

08Mencari Kota Mikro di China

12Xinjiang dalam Lensaku

16Pesta Kuih Bulan

18Cara Membuat Kuih Bulan

19Masjid Phoenix Hangzhou

20Pertemuan Budaya Barat dan Timur di Houhai

Wacana dari Tembok BesarPembaca yang budiman

Bulan Oktober merupakan pertengahan musim luruh atau musim gugur di negara Tembok Besar ini. Udara yang nyaman dan daun-daun bertukar warna sebelum gugur menyajikan pemandangan yang mengasyikkan. Bagi pelancong yang pertama kali berkunjung ke Tanah Besar China ini, pasti pengalaman begini sangat mengujakan.

Bagi masyarakat Cina, tidak kira di mana mereka berada, mereka menyambut perayaan Pesta Kuih Bulan. Pesta yang dikaitkan dengan legenda menyayat hati Raja Hou Yi dan Permaisuri Chang E disambut pada setiap hari ke-15, bulan ke-8 dalam kalendar Cina.

Sempena pesta ini, kuih bulan dengan pelbagai jenis inti menjadi juadah istimewa yang dimakan sambil melihat bulan mengambang. Jika anda berada di China semasa pesta ini, bolehlah bersama-sama kami menyambut pesta ini di tiga lokasi yang popular di Yunnan, Hangzhou atau Gunung Lushan.

Kini sudah terdapat kuih bulan yang halal bagi mereka yang beragama Islam. Namun, bagi yang berminat membuat kuih ini sendiri, mungkin resepi yang kami sediakan boleh membantu. Selamat mencuba, ya.

Keluaran Kembara Sutera kali ini juga amat istimewa kerana kami akan membawa anda melawat sambil lalu ke beberapa kota mikro di China. Kunjungan ke kota mikro yang jauh dari kesesakan kota metropolitan pasti akan memberikan pengalaman baharu kepada anda. Berbeza dengan kota metropolitan yang lazim dikunjungi seperti Beijing, Shanghai mahupun Guangzhou, kota mikro Arxan di Mongolia Dalam, Pekan Xikou di provinsi Zhejiang, Kaunti Libo di provinsi Guizhou dan Pekan Zhangmu di wilayah Tibet membawa anda menghayati destinasi pelancongan yang belum dicemari kemodenan namun lengkap dengan kemudahan pelancongan dan rekreasi serta masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Kembara Sutera terus memberikan gambaran dari sisi lain negara Tembok Besar ini. Lupakan seketika Silk Street kecuali anda memang pembeli-belah tegar. Apa kata, kunjungi Houhai untuk melihat pertembungan budaya timur dan barat yang pasti memberikan catatan baharu dalam diari kembara anda.

Sehingga berjumlah lagi dalam keluaran akan datang, kami sentiasa menanti kunjungan anda dengan tangan terbuka. Huan Ying.

04

08

20

18

Penerbit:Radio Antarabangsa China (CRI)

Ketua Pengarang:An Xiaoyu

Timbalan Ketua Pengarang:Zhang Wenwen

Editor:Wang Jin Nelawati NgadulZhang Wei Lin Ying

Tempat Edaran:Malaysia

Tarikh Terbit:Bulan Pertama Setiap Suku Tahun

Laman Sesawang:http://malay.cri.cn

facebook:www.facebook.com/crimalay

E-mel:[email protected]

Surat-menyurat:Malay Service,China Radio International,16A Shijingshan Road,100040 Beijing, P.R. China.

Telefon:0086-10-68892073

12

Page 3: Kembara Sutera Oktober 2012

4 Kembara Sutera Kembara Sutera 5

Tentera di BawahTanah yang Mengagumkan

oleh: Xian Dazhong

4 Kembara Sutera Kembara Sutera 5

Tentera “Patung Askar dan Kuda Terracotta Qin yang sudah digali dari bawah tanah ini boleh dilihat sebagai keajaiban dunia kelapan”, kata Jacques Chiraq, mantan Presiden Perancis.“Inilah keajaiban dunia yang unik”, kata Kissinger, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Page 4: Kembara Sutera Oktober 2012

6 Kembara Sutera Kembara Sutera 7

Harga Tiket Muzium Terracotta: RMB 120 yuan (1 Disember—akhir Februari);RMB 150 yuan (1 Mac—30 November).Pengangkutan:Terdapat laluan bas persiaran dari bandar Xi’an ke Muzium Terracotta.Tambangnya 5 hingga 6 yuan sehala.

Dalam sejarah China, terdapat satu pasukan tentera empayar yang digelar sebagai penakluk yang paling hebat kerana semangat bersatu

padu dan kecekapan mereka berperang. Legenda perjuangan tentera itu dalam usaha menyatukan seluruh negara China telah disebarkan sejak turun -temurun.

Patung askar, kuda dan senjata yang diperbuat daripada tanah liat serta ditanam di bawah tanah ini sudah berusia lebih 2,200 tahun. Kehebatan dan keberanian tentera milik Maharaja Qinshihuang ini dapat dilihat melalui patung Tentera Terracotta yang

kelihatan begitu gagah.Pada masa ini, tapak Tentera Terracotta telah

menjadi satu muzium yang bertaraf dunia. Para pengunjung dibenarkan mengambil gambar di Makam No.1 dalam muzium itu yang pencahayaannya amat baik. Anda juga boleh menyaksikan proses kerja ahli arkeologi di Makam No.2, tempat kajian yang masih dijalankan.

Pada masa sekarang, patung Tentera Terracotta bukan sahaja berfungsi sebagai satu wadah bagi penyelidikan sejarah Dinasti

Qin, tetapi juga “buku teks hidup” mengenai sains ketenteraan. Malah setiap tahun tentera A.S. turut menghantar satu delegasi untuk berkunjung ke sini dengan tujuan mendapat sesuatu maklumat berkaitan strategi dan taktik Maharaja Qinshihuang menakluk

negeri musuh satu demi satu sehingga berjaya menubuhkan kerajaan di negara ini pada masa itu.

Sekarang pengunjung dilarang turun ke bawah makam untuk menyaksikan patung-patung buatan tanah liat menerusi jarak

yang dekat untuk melindungi artifak berkenaan. Namun, peraturan ini tidaklah mengecewakan, kerana menghayati kehebatan Terracotta ini tidak bergantung kepada dekat atau jauh jaraknya, tetapi melalui penghayatan dari segi rohani.

Kononnya, setiap patung itu dibuat dengan meniru askar tentera kerajaan Dinasti Qin ketika itu. Ada juga yang berpendapat bahawa setiap patung itu sebenarnya meniru wajah dan tubuh tukang yang menghasilkan patung itu.

Makam Maharaja Qinshihuang sendiri terletak 1,500 meter ke barat Terracotta. Jenazah Qinshihuang, maharaja yang hebat dalam sejarah China itu diletakkan dalam satu ruangan di bawah tanah berparit dan diisi dengan merkuri yang melambangkan sungai dan laut, bersilingkan batu permata yang melambangkan bintang-bintang di ruangan angkasa, berdindingkan emas dan batu jed dan dicahayai dengan nyalaan lilin yang dikatakan buatan duyung. Kemewahan dan kemegahan bangunan itu sukar diceritakan dengan kata-kata. Jutaan tukang bina membanting tulang sehingga menghasilkan satu keajaiban yang paling mengagumkan pada zaman itu. Berbanding dengan kemewahan pada zaman silam itu, para pengunjung sekarang ini hanya perlu membayar kurang RMB20 untuk tiket mendaki ke makam itu.

Maharaja Qinshihuang dilihat sebagai salah satu kontroversi yang paling besar dalam sejarah China. Baginda pernah menubuhkan satu empayar yang hebatnya dan luasnya yang tiada tandingannya dalam sejarah sebelum itu, tetapi tidak diberi pujian dan penghormatan yang sepatutnya dinikmati seorang pengasas kerajaan. Baginda bukan raja yang terakhir dalam dinastinya, tetapi diberi penilaian seburuk

dengan raja yang terakhir dalam suatu dinasti yang menyaksikan keruntuhan kerajaannya.

“Qinshihuang” bermaksud raja yang pertama dalam Dinasti Qin. Baginda betul-betul merupakan raja yang pertama yang berjaya menyatukan seluruh China, sekali gus memberikan contoh kepada ahli politik yang bercita-cita besar dalam zaman berikutnya, iaitu kira-kira 2,200 tahun kemudian. Baginda merupakan pemerintah yang pertama menubuhkan sistem pentadbiran berdasarkan undang-undang, selain yang berdasarkan kewibawaan individu. Baginda juga raja yang pertama menghasilkan bahasa baku, iaitu bahasa Mandarin. Sumbangan baginda itu amat membantu dan membolehkan generasi kini membaca catatan sejarah zaman silam. Baginda juga raja yang pe r t ama menyepadukan sistem pengukuran dan sistem jalan raya di China yang membolehkan integrasi ekonomi diwujudkan ketika itu.

Bagaimanapun, Dinasti Qin yang d i tubuhkan o leh Qinshihuang hanya bertahan selama 15 tahun, dan berakhir dengan cara yang amat memalukan, iaitu digulingkan oleh pemberontak rakyat. Segala-galanya berpunca daripada pemerintahan Qin yang kejam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengganti Qinshihuang, iaitu putera bagindalah yang menghancurkan kerajaan baginda, memusnahkan sistem pemerintahan yang ditubuhkan baginda dengan susah payah dan menghancurkan cita-cita baginda, sekali gus menconteng arang ke muka baginda.

Page 5: Kembara Sutera Oktober 2012

8 Kembara Sutera Kembara Sutera 9

XikouBahagian Timur

di ChinaKotaMikroMencari jumlah penduduk tidak melebihi 100 ribu orang;

mempunyai sumber pelancongan yang unik serta keistimewaan dari segi geografi dan kebudayaan;

cara hidup tempatan tidak berbau komersial;

pelancong dapat menelusuri seluruh bandar hanya dengan berjalan kaki;

lengkap dengan kemudahan pelancongan dan rekreasi;

ekologi terpelihara dengan baik;

mengamalkan ekonomi mampu diri.

Timur lain-lain

oleh: Lin Ying

KotaMikro●●●●●●●

Tip Pelancongan

Pengangkutan: Terdapat banyak perkhidmatan bas pers ia ran antara X ikou dengan Shanghai, Hangzhou dan Ningbo. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lishe Ningbo ke Xikou, anda boleh menaiki teksi dengan tambang kira-kira RMB40.

Penginapan: Terdapat banyak hotel yang menawarkan b i l i k s tandard dengan sewa antara 100 hingga 250 yuan.

Dongtou

8 Kembara Sutera

Definisi Kota Mikro

Pekan Xikou yang memiliki penduduk seramai 75 ribu orang, terletak kira-kira 20 kilometer dari Ningbo, provinsi Zhejiang

di bahagian timur China. Landskapnya yang penuh dengan ciri-ciri kawasan selatan Sungai Yangtze, seolah-olah hamparan lukisan yang indah sekali.

Semasa Ekspo Dunia Shanghai pada tahun 2010, pekan Xikou satu-satunya wakil dari Asia yang terpilih untuk dipamerkan dalam Dewan Masa Depan Bandar. Xikou telah memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan itu untuk muncul sebagai “syurga percutian, rekreasi dan persantaian di kawasan Delta Sungai Yangtze”.

Jangan lupa bersiar-siar di jalan purba Wuling yang penuh dengan unsur-unsur tradisional sambil menikmati keenakan kuih lapis yang dinobatkan “kuih paling sedap di seluruh negara”.

Puluhan deretan kedai menjual kuih lapis dengan pelbagai jenama di jalan lama Wuling, menjadikannya satu pemandangan yang cukup unik. Juadah istimewa yang bersejarah lebih seratus tahun ini, diperbuat daripada ubi keledek, tepung biasa, gula, garam, minyak sayur, bijan dan rumpai laut. Namun kuih ini bukanlah berlapis seperti kuih lapis kukus yang biasa kita temui sebaliknya dicanai dan dipanggang. Apa yang pasti, rasanya sedap sekali.

Yaxi

Dongtou di provinsi Zhejiang yang masih mengekalkan adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat tempatan. Dongtou yang terdiri daripada 103 buah pulau juga merupakan “kampung halaman” bagi burung camar yang dianggap sebagai burung dewa oleh penduduk tempatan.

Yaxi di provinsi Jiangsu yang dianugerahi gelaran Cittaslow atau slow city oleh Jaringan Antarabangsa C i t t a s l o w (C i t t a s l o w International Network ) pada penghujung tahun 2010. Laluan landskap yang terbentang di antara bukit-bukau ternyata merupakan nadi Yaxi yang patut anda kunjungi.

“Aku betul-betul cinta akan langit biru, tetapi aku macam seekor ‘katak di dalam perigi’. Bandar raya yang kudiami tiada latar langit. Ia bagaikan satu olakan yang besar, membuatkan aku tersesat jalan.” Monolog seorang pemuda yang mencari nafkah di bandar raya Beijing melalui laman sesawangnya cukup untuk mencerminkan realiti kehidupan di metropolis. Oleh itu, muncullah konsep “kota mikro” yang memperlihatkan nostalgia terhadap corak kehidupan yang santai.

Page 6: Kembara Sutera Oktober 2012

10 Kembara Sutera Kembara Sutera 11

Zhangmu ArxanBahagian Barat dan Selatan Bahagian Utara

Ji’anZhenyuan

Utara lain-lain

Tip Pelancongan

Tip Pelancongan

Pengangkutan:Anda boleh menaiki bas dari Stesen Bas Lhasa, Stesen Bas Utara Lhasa dan Stesen Bas Liuwu di sebelah barat Stesen Kereta Api Lhasa dari Lhasa ke Zhangmu dengan tambang 270 yuan sehala.

Makanan:Selain stimbot, juadah Sichuan yang paling tulen, anda juga boleh memilih nasi kari Nepal.

Pengangkutan:Perkhidmatan kereta api dari Beijing ke bandar Ulanhot mengambil masa 18 jam dengan tambang RMB260. Selepas tiba di Ulanhot, menaiki bas ke Arxan

di stesen bas jarak jauh dengan harga RMB70, perjalanannya lima jam.

Makanan:Arxan menyediakan banyak pilihan hotel, dengan harga semasa puncak musim antara RMB300-400 setiap bilik.

Barat dan Selatan lain-lain

Libo

Pekan Zhangmu di Tibet terletak di selatan Banjaran Himalaya dan berhadapan dengan beberapa buah gunung salji yang mempunyai

ketinggian 8,000 meter dari paras laut. Kota mikro yang memiliki penduduk hanya kira-kira 3,000 orang ini terletak di pertengahan “Jalan Raya China-Nepal”. Pekan Zhangmu hanya lebih 90 kilometer jauhnya dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Iklim subtropika yang hangat dan lembap, hutan rimba yang tebal serta padang rumput yang subur menghijau di kawasan gunung, menjadikan pekan ini umpama “syurga duniawi” yang hanya wujud dalam mimpi kita.

Walaupun tidak luas, Pekan Zhangmu tempat bersantai yang ideal dan selesa dalam perjalanan anda. Meskipun menyambut kunjungan begitu ramai orang dari merata-rata tempat, namun pekan ini kelihatan tidak sibuk sama sekali.

Terdapat sebuah petempatan masyarakat Sherpa di Kampung Lixin yang terletak tiga kilometer dari Zhangmu. Kampung beriklim nyaman, dan kaya tumbuh-tumbuhan yang menghijau, serta bunga magnolia yang mekar pada bulan Mac dan bunga azalea pada bulan April dan Mei, menjadikan kampung ini seolah-olah “Shangri-la” yang begitu indah, tenang dan sentosa .

Ramai pengunjung yang pulang dari bandar Arxan memilih untuk membisu tentang pengalaman perjalanan mereka. Bukanlah

kerana Arxan tidak cukup mempesonakan, cuma mereka bimbang “kuku besi” pengunjung akan “mencalar” keindahan bandar di padang rumput

yang seperti digambarkan dalam cerita pari-pari.Bandar Arxan di Wilayah Autonomi

Mongolia Dalam yang memiliki penduduk kira-kira 6,000 orang, ialah sebuah kota mikro pelancongan yang sangat tipikal. Pada musim panas apabila rumput tumbuh sehijau permata zamrud, ramai pengunjung, terutamanya pengunjung dari Beijing, ke Arxan sehingga menjadikan kota mikro yang

penuh dengan pesona padang rumput ini sebuah bandar satelit bagi Beijing.

Pemandangan di sini cukup mengagumkan. Seluruh dunia seolah-olah dibahagikan kepada dua bahagian dengan satu garisan “lembut”, iaitu langit biru dan padang rumput. Hamparan padang rumput kelihatan terbentang hingga ke kaki langit.

Ketika berada di Arxan, rumah-rumah bergaya Eropah yang beratap rata atau piramid dalam perjalanan mencari lautan bunga di atas sebuah bukit di tepi Jalan Mata Air Panas pasti sukar dilupakan. Sambil menikmati keenakan sate kambing, dari bukit itu anda boleh melihat bangunan di seluruh bandar Arxan terdiri daripada dua warna utama, iaitu merah dan biru, membentuk satu susun suai gambar yang abstrak.

Ji’an di provinsi Jilin terkenal kerana tapak peninggalan Negeri Gaogouli dan disenaraikan sebagai Warisan Dunia pada tahun 2004. Ji’an yang memiliki penduduk berjumlah 80 ribu orang ini dikelilingi gunung-ganang. Suasana empat musim di Ji’an benar-benar pesona yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kaunti Zhenyuan di provinsi Guizhou yang terkenal dengan teh Mei Tan Cui Ya. Teh ini berbentuk leper yang mirip teh Longjing. Pengalaman minum teh di kota purba Zhenyuan amat unik. Jika saudara masuk ke restoran teh dan berkata kepada pelayan, “Saya mahu minum teh”, tuan punya restoran itu pasti menjawab, “Minta maaf, di sini, kami hanya ada teh untuk dikecap, tidak ada teh untuk diminum.”

Kaunti Libo di provinsi Guizhou beriklim nyaman sepanjang tahun memukau pandangan anda dengan warna hijau. Seluruh kaunti dikelilingi gunung karst yang berwarna hijau gelap, bayangan berwarna hijau dalam air Sungai Shuichun yang jernih mengalir perlahan-lahan merentasi tengah-tengah kaunti, sayur-sayuran liar yang menghijau didapati di mana-mana pasar, malah wanita etnik Shui yang membeli-belah di pasar juga gemar memakai pakaian yang berwarna hijau.

Page 7: Kembara Sutera Oktober 2012

12 Kembara Sutera Kembara Sutera 13

Xinjiang yang berkeluasan lebih 1.66 juta km persegi, merangkumi satu per enam daripada seluruh

negara China. Xinjiang yang terletak di antara negara Asia dan Eropah, bersempadan dengan Wilayah Autonomi Tibet di selatan, provinsi Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, dan negara Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dan Afghanistan di utara dan barat.

Xinjiang mendapat namanya pada zaman Dinasti Qing yang ditubuhkan oleh orang Manchu. Orang Uygur yang beragama Islam membentuk kelompok terbesar penduduk di

kawasan ini. Majoriti penduduk atau lebih 9 juta orang dari 10 etnik di Xinjiang menganut agama Islam. Agama Islam mempunyai pengaruh yang paling kuat namun terdapat juga agama lain diamalkan di sini. Di Xinjiang terdapat lebih 23,000 buah termasuk masjid, kuil lama dan gereja Kristian.

Selama 10 hari di wilayah ini, saya berkesempatan melihat sendiri cara hidup pelbagai etnik yang mendiami wilayah autonomi ini. Kembara pertama saya ialah Urumqi, ibu kota dan pusat pentadbiran wilayah autonomi Xinjiang yang terletak di barat laut Republik Rakyat China. Urumqi

yang mempunyai kepadatan penduduk lebih 2.3 juta, merupakan bandar terbesar di pedalaman barat laut China. Sejak 1990-an Urumqi telah berkembang dari segi ekonomi menjadi pusat komersial. Saya melihat bandar ini pesat membangun mengikut peredaran zaman, namun apa yang mengagumkan saya, di setiap restoran yang kami kunjungi, seni ukiran masih dikekalkan seperti zaman dulu kala dan menjadi salah satu tarikan pelancong. Xinjiang juga patut dicontohi oleh negara-negara lain kerana persekitaranya yang cukup bersih dan dijaga oleh kerajaan tempatan.

Kembara Sutera 13 12 Kembara Sutera Kembara Sutera 13

Selama 10 hari di wilayah ini, saya berkesempatan melihat sendiri cara hidup pelbagai

etnik yang mendiami wilayah autonomi ini.

XinjiangDalam LensakuDalam Lensaku

Teks dan Foto oleh Samsul Said

Page 8: Kembara Sutera Oktober 2012

14 Kembara Sutera Kembara Sutera 15

D a r i U r u m q i , saya menuju ke tapak peninggalan Kota Jiaohe. Cuaca ketika itu sekitar 45 darjah celcius. Kota yang diperbuat daripada tanah liat ini pernah menjadi pusat pentadbiran politik dan membangunkan ekonomi pada abad ke-2 sampai ke-5 sebelum masihi. Kota yang berkeluasan sekitar 1,600 meter persegi ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Antara tempat yang menarik berhampiran kota ini adalah kawasan penanaman anggur yang termasyur di China. Turpan atau Lembah Anggur ini merupakan bandar oasis di daerah Xinjiang, China. Jaraknya hanya lapan kilometer dari sebelah barat runtuhan kota Jiaohe.

Wilayah Xinjiang memiliki destinasi pelancongan bagi mereka yang meminati alam semula jadi dan ingin lari dari keriuhan kota. Pergunungan Tianshan, Kanas dan Nalati yang cuacanya di bawah 40 darjah celcius didiami etnik Mongol dan Kazak merupakan destinasi yang mesti dikunjungi. Majoriti etnik ini bercucuk tanam dan menternak haiwan seperti lembu dan kambing sebagai mata pencarian utama. Antara tarikan pelancong ialah bentuk rumah mereka yang begitu unik, pakaian tradisional mereka dan aktiviti berkuda mereka yang seperti zaman dulu kala serta keramahan mereka. Mereka juga menghasilkan produk kraf tangan tempatan seperti beg dan pakaian. Anda juga boleh menyaksikan matahari terbenam dari atas bukit dengan menunggang kuda yang terdapat di perkampungan ini.

Sebagai jurugambar, bagi saya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang ini “syurga” jurugambar yang meminati alam semula jadi, cara hidup atau suka memotret wajah-wajah unik pelbagai etnik yang mendiami wilayah ini.

14 Kembara Sutera Kembara Sutera 15

Page 9: Kembara Sutera Oktober 2012

16 Kembara Sutera Kembara Sutera 17

Pesta Kuih Bulan

Kalau anda berada di China waktu Pesta Kuih Bulan, anda boleh pergi ke tempat-tempat berikut untuk menikmati pemandangan bulan purnama bersama-sama keluarga atau sahabat handai.

Pesta Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional utama rakyat China.

Pesta ini juga dikenali sebagai Pesta Bulan Lapan, Pesta Mengekori

Bulan, Pesta Menyembah Bulan, dan Pesta Berkumpul. oleh: Qin Miao

Pesta Kuih Bulan

Terdapat banyak versi asal usul pesta ini. Namun versi yang paling terkenal adalah tentang Raja Hou Yi dan Permaisuri Chang

E. Kononnya, pada zaman dahulu, terdapat sepuluh matahari di langit. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut akibat kebuluran.

Raja Negeri Youqiong pada zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi mempunyai kuasa sakti dan handal memanah. Baginda berjaya memanah jatuh sembilan daripada sepuluh matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut.

Isteri banginda yang bernama Chang E, sangat jelita. Pada suatu hari, Hou Yi dihadiahkan ubat panjang umur oleh Wangmuniangniang, Bonda Permaisuri di syurga. Kononnya, orang yang makan ubat panjang umur itu akan segera menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak makan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada Permaisuri Chang E untuk disimpan. Walau bagaimanapun, Chang E mencuri-curi makan ubat itu dan serta-merta terbang dari bumi ke bulan.

Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis memberitahu baginda apa yang berlaku. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru

permaisurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang-bayang permaisurinya yang bergerak di bulan juga dapat dilihat. Hou Yi berdoa untuk Chang E dan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.

Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada hari ke-15, bulan lapan menurut kalendar Cina telah menjadi tradisi rakyat China dan kini dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan.

Walaupun terdapat banyak cerita tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan, makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam pesta ini. Pada malam Pesta Kuih Bulan, anggota keluarga orang Cina akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang enak.

Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional di negara China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang keturunan Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.

1.Tasik Erhai di Dali, Yunnan Tasik Erhai di Dali, provinsi Yunnan ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di

China. Tasik semula jadi yang terbentuk pada lebih 12,000 tahun lalu ini merupakan tasik air tawar di dataran tinggi, yang luasnya 251 kilometer persegi dan tingginya 1,900 meter dari paras laut. Airnya sangat jernih dan tembus cahaya sehingga boleh kelihatan dasarnya. Tasik Erhai digelarkan “jed asli yang dikelilingi gunung”. Bulan di tasik Erhai merupakan salah satu pemandangan yang menarik di antara empat pemandangan yang menarik di Dali iaitu “angin, bunga, salji, dan bulan”.

2.Tasik Barat, HangzhouTasik Barat, Hangzhou merupakan salah satu lagi destinasi untuk melihat bulan. Di Pulau Santanyingyue,

cahaya bulan dapat dilihat di permukaan air tasik yang jernih di sisi tiga buah pagoda batu. Pada sebelah malam, ketika bulan mengambang di langit, khususnya pada Pesta Kuih Bulan, ramai orang akan menyalakan lilin di dalam pagoda tersebut manakala lubang pagoda itu ditutup dengan kertas yang nipis. Cahaya lilin yang tembus daripada lubang pagoda yang bulat itu, kelihatan sama seperti biasan cahaya bulan kecil di dalam tasik. Ketika bulan mulai mengambang di langit, bayangan bulan terbias di dalam tasik dan cahaya lilin dari pagoda sangat sukar untuk dibezakan, dan pemandangannya sangat indah.

3.Gunung Lushan Gunung Lushan terletak di bandar Jiujiang, provinsi Jiangxi, bahagian tengah China. Gunung ini

berhampiran dengan Tasik Poyang, tasik air tawar yang terbesar di China. Cuaca di gunung ini agak lembap dan nyaman, dan hujan sering turun di sini. Gunung Lushan terkenal dengan pemandangan alam yang indah, puncak gunung yang tinggi, sumber mata air dan air terjun yang istimewa dan lautan awan yang mempesonakan. Pada Pesta Kuih Bulan, para pelancong boleh menikmati pemandangan bulan purnama yang sangat terang dan seolah-olah boleh dicapai.

Page 10: Kembara Sutera Oktober 2012

18 Kembara Sutera Kembara Sutera 19

dì zhǐ: háng zhōu shì xià chéng qū zhōng shān zhōng lù 227 hào.地址:杭 州 市 下 城 区 中 山 中 路 227号

(Add: Nombor 227, Jalan Zhongshan Zhonglu, Hangzhou.)

wǒ xiǎng qù fèng huáng sì, xiè xiè.我 想 去 凤 凰 寺,谢 谢。

(Saya nak pergi Masjid Phoenix, terima kasih.)

Kuih BulanCara Membuat

1

2

3

Masjid Phoenix oleh: Zhou Qiaoxi

Masjid Phoenix (Fenghuang), yang nama awalnya Masjid Zhenjiao juga dikenali sebagai Masjid Sembahyang. Masjid ini terletak di persimpangan jalan antara Jalan Tengah Zhongshan dan Jalan Besar Tasik Barat di

bandar Hangzhou. Ia diberikan nama sedemikian kerana kompleks pembinaan awal masjid ini berbentuk burung phoenix.

Masjid yang dibina pada tahun 618 hingga 626 ini telah dibaik pulih beberapa kali menjadikan keluasan keseluruhannya sekarang kira-kira 2,600 meter persegi. Pada zaman Dinasti Yuan (abad ke-13), masjid tersebut diubah suai oleh ulama Islam dari Parsi, Al-Din. Masjid tersebut juga dibina semula pada zaman Dinasti Ming dan Qing, dan pernah dibaiki semula pada tahun 1953. Dewan besarnya yang masih ada pada masa ini merupakan tinggalan pada zaman Dinasti Yuan. Dewan tersebut dibuat daripada batu-bata dan mempunyai gerbang. Bahagian atas ceruk bumbungnya yang berbentuk sengkuang Cina diliputi bumbung yang berbentuk hemisfera. Jika dipandang dari jauh, masjid tersebut mempunyai tiga buah menara. Di dalam dewan besar tersebut ada dua batang tiang yang diukir corak bunga dan rumput yang merupakan tinggalan sejarah sebelum Dinasti Yuan. Di sebelah kiri masjid tersebut pula terdapat batu bersurat.

Masjid Phoenix dan Masjid Singa (Shizi) Guangzhou, Masjid Kylin (Qilin) Quanzhou, dan Masjid Burung Jenjang (Xianhe) Yangzhou, dikenali sebagai empat masjid yang terkenal di China pada zaman lampau.

Cara membuat pastri kulit: Gaulkan bahan-bahan untuk kulit, iaitu tepung, sirap kencana atau sirap gula, minyak kacang dan air abu. Kacau rata hingga jadi doh. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang sama besar. Canai atau leperkan doh itu menjadi nipis (0.6 cm).

Cara membuat inti:Pes kacang pain: buang biji kurma merah, cuci dan kukus sehingga masak kemudian lecek kurma tadi. Masukkan gula dan air dalam periuk dan didihkan sehingga gula larut. Kemudian, tambah pes kurma merah, minyak dan kacang pain ke dalam sirap tersebut. Masak hingga pekat dan tidak melekat.

Letakkan inti di atas pastri tadi. Bubuh minyak dan osmanthus. Bungkus pes dengan pastri kulit tersebut dan kemaskan.

Tekan pastri tadi ke dalam acuan khas untuk membuat kuih bulan. Tekan perlahan-lahan hingga padat dan menjadi bentuk yang sekata. Keluarkan dari acuan.

Masukkan kuih bulan tersebut ke dalam ketuhar pada suhu 240 darjah Celsius, bakar beberapa minit sehingga corak di atas kuih bulan tersebut kelihatan perang. Kurangkan suhu ketuhar dan bakar selama 6 hingga 7 minit lagi sehingga masak. Sejukkan kuih bulan sebelum dihidangkan.

Hangzhou

Page 11: Kembara Sutera Oktober 2012

20 Kembara Sutera Kembara Sutera 21

Pertemuan Budaya Barat dan Timur

di HouhaiPelanggan dari pelbagai pelosok dunia duduk di gerai tebing tasik

Houhai, menikmati suasana malam yang tenang dan mempesona

di sini. Sebagai pusat hiburan malam hari yang terkenal di

Beijing, Houhai sudah menjadi tempat pertembungan budaya

tradisi dan moden serta budaya timur dan barat.

menyediakan meja berpayung yang menghidangkan sajian makanan laut, kudapan Beijing dan bir tempatan. Pemandangan ini hanya dapat dilihat pada musim panas dan gugur.

Jika ingin mencuba daging barbeku dan masakan halal, anda boleh memilih Restoran Keluarga Ji di tepi jambatan perak. Restoran yang terkenal dan laris di China ini ditubuhkan dalam tempoh pemerintahan Maharaja Xianfeng, zaman Dinasti Qing pada tahun 1851 hingga 1861. Ada tiga rahsia restoran ini amat laris. Pertama, daging kambing panggang. Ramai etnik Qi yang suka makan daging barbeku tinggal di sekitar Houhai pada zaman Dinasi Qing. Kambing panggang yang disajikan di sini tidak hamis menjadi rahsia keenakan masakan etnik itu. Malah anda tidak berasa kenyang sedikit pun setelah habis makan sekilo daging. Kedua, pemandangan menarik. Jambatan Yinding merupakan satu daripada lapan pemandangan terkenal di bandar Beijing. Kononnya, pengunjung dapat memandang Gunung Barat di pinggir bandar dari jambatan ini. Dan ketiga, pemandangan teratai. Anda boleh menikmati pemandanan teratai yang memenuhi Tasik Houhai dengan jelas dari sudut restoran ini.

Lampu neon yang dinyalakan di luar restoran menerangi permukaan air menjadikannya seolah-olah alam ajaib. Pelanggan dari pelbagai pelosok dunia duduk di gerai tebing tasik menikmati suasana malam di Houhai. Sebagai pusat hiburan malam hari yang terkenal di Beijing, Houhai sudah menjadi tempat pertembungan budaya tradisi dan moden serta budaya timur dan barat.

oleh: Gao Lei

Houhai merupakan sebahagian Shichahai yang bersejarah lebih seribu tahun. Ia dianggap sebagai tempat persantaian pengunjung sambil memandang gunung

dari tebing tasik yang ditanami pokok willow. Houhai merupakan tasik buatan manusia yang luas milik raja pada zaman dahulu kala. Houhai terletak di pusat bandar Beijing, kira-kira 4 hingga 5 kilometer dari Lapangan Tian’anmen, dan dekat dengan beberapa destinasi pelancongan seperti Beihai, Jingshan dan Kota Larangan. Jika berjalan kaki di Houhai, pengunjungnya dapat melihat jubin hijau dan tembok merah. Selain itu, anda juga dapat mendengar bunyi serangga pada musim gugur, melihat contoh terbaik Siheyuan (rumah tradisional yang berpekarangan di tengahnya) dan menghayati zaman kemewahan diraja pada masa lampau. Perumahan dan penduduk di tebing tasik, istana diraja di sekitarnya dan bekas kediaman orang termasyhur menjadikan Houhai begitu mempesonakan. Kononnya, Houhai sentiasa merupakan tempat bertuah kerana tersambung dengan Nadi Naga (panggilan terhadap gunung yang sambung-menyambung dalam kepercayaan Fengshui China) Kota Larangan. Oleh sebab itulah, terdapat pepatah yang berbunyi, “terdapat Shichahai dulu, ada bandar Beijing kemudian”. Kumpulan sami membina kuil di sini, manakala raja dan menterinya pula membangunkan istana dan taman mereka. Sebagai “Siheyuan paling besar di dunia”, Kediaman He Shen yang tertelak di Jalan Barat Qianhai merupakan bangunan yang paling tipikal Siheyuan berkenaan. Ada juga yang berpendapat

bahawa ia “cetak biru” taman yang diceritakan dalam novel “Mimpi Kamar Merah” (Dream of Red Mansions), iaitu salah satu daripada empat karya agung klasik China. Kini, kebanyakan bangunan ini dibuka untuk khalayak ramai. Selain golongan bangsawan, Houhai dan sekitarnya juga menjadi tempat tinggal ramai orang termasyhur, seperti Song Qingling, Mei Lanfang, Guo Moruo dan Mao Dun.

Pada waktu senja, air tasik membiaskan cahaya lampu yang berkelip dari rumah penduduk, jambatan Yinding (Jambatan Bulion Perak) putih, malah tembok dan menara. Pemandangan malam tersebut sangat indah ditambah lagi apabila ada kapal persiaran belayar lalu.

Kini, Houhai dipenuhi pelbagai bar, restoran teh dan kopi di tebing tasiknya, seperti bintang di langit. Inilah Jalan Bar Houhai yang terkenal di Beijing. Namun Houhai sama sekali tidak sama dengan Sanlitun. Kedua-duanya jalan bar yang terkenal di metropolitan ini, namun Sanlitun terletak di kawasan kedutaan yang berdekatan pusat beli belah Yansha. Maka, bar di situ bersifat kebaratan kerana ramai pelanggan orang asing dan pekerja kolar putih. Bar di Houhai pula pelbagai macam. Ada bar barat, ada juga restoran teh dan bar timur. Pemandangan indah, menjadikan bar di sini lebih menarik kerana selaras dengan konsep masa ini, iaitu “suasana makan lebih penting berbanding makanan”.

Apabila menyusuri tebing tasik, anda akan mendapati bar bertaraf sederhana dan tinggi Eropah dan Amerika yang menghidangkan arak dan makanan barat. Manakala, bar timur

Page 12: Kembara Sutera Oktober 2012

22 Kembara Sutera

Saudara pembaca yang dihormati,Bagi menyampaikan setinggi-tinggi perhargaan atas sokongan saudara kepada majalah “Kembara Sutera” yang baru diterbitkan di Malaysia tahun ini, aktiviti interaksi “Bersama-sama ‘Kembara Sutera’” kami anjurkan. Untuk mengambil bahagian, saudara hanya perlu mengambil gambar sambil memegang majalah “Kembara Sutera”, dan mengirimkannya berserta satu komen ringkas kepada [email protected] atau www.facebook.com/crimalay

Tempoh aktiviti: 15 Oktober - 31 November.

← 10 orang pembaca yang bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa set sulaman sutera China.

Kembara Sutera yang saya beli sebagai sisipan di dalam Majalah Libur (Edisi Julai 2012)

lalu telah membantu saya dalam memberi panduan dan gambaran awal mengenai Beijing.

Kebetulan, saya dan rakan akan mengikuti satu lawatan akademik ke Beijing sambil jalan-

jalan di sana.

Majalah tersebut saya bawa bersama sepanjang lawatan itu termasuklah ketika sesi lawatan

ke Bahagian Bahasa Melayu CRI. Saya jujurnya tidak mengetahui kewujudan majalah

Kembara Sutera yang dikhabarkan sebelum ini dalam bentuk e-majalah, sehinggalah lawatan

saya ke Bahagian Bahasa Melayu CRI. Saya berasa sangat bertuah telah membawa majalah

tersebut untuk tatapan warga Bahagian Bahasa Melayu CRI.

Melalui majalah tersebut saya dapat mengetahui lebih dalam lagi tentang China khususnya

Beijing dan lain-lain tempat yang menarik beserta budaya masyarakatnya yang unik dan

pelbagai. Sebagai contohnya ia memberi informasi mengenai Islam di China seperti jenis makanan

dan sebagainya. Cara penyampaian Kembara Sutera yang lebih santai telah menarik minat

saya untuk meneroka dari satu muka surat ke muka surat yang lain kerana saya lebih gemarkan

penyampaian secara bersahaja dan tidak berat berbanding majalah pelancongan atau informasi yang

lain. Jujur saya menyukainya. Saya amat berharap agar di masa datang CRI

akan terus komited dalam menghasilkan risalah yang berguna

seperti itu. Syabas dan tahniah. Walaupun ringkas

tetap berinformasi dan berjaya menarik

minat pembaca.

Nurul Afiqah Bakar, UiTM

Tahniah kepada sidang editor Kembara Sutera

kerana berjaya menerbitkan Kembara Sutera dan

mengedarkan majalah ini di Malaysia. Kembara

Sutera boleh menjadi majalah pelancongan luar

negara dalam bahasa Melayu yang baik. Melalui cara

ini, lebih ramai khalayak boleh membaca majalah

ini, sekali gus mengetahui tentang Bahagian Bahasa

Melayu, Radio Antabangsabangsa China. Kalau

majalah ini dapat diterbitkan lebih kerap, misalnya

dua bulan sekali lebih baik.Aida Mohammad,

Sungai Buloh, Selangor

Saya sudah beberapa kali melancong ke China,

khususnya Beijing. Namun masih banyak destinasi

pelancongan di China yang belum diketahui oleh

pelancong, termasuk saya, misalnya Wuyuan

yang dipaparkan dalam keluaran lalu. Baru-baru

ini ada kawan yang telah singgah Zhengzhou

dalam perjalanannya ke Xi’an. Katanya tempat ini

mempunyai tarikannya sendiri. Apa kata, cerita

tentang Zhengzhou dimuatkan dalam keluaran akan

datang. Terima kasih.Khalid Said, Melaka.

Bersama-sama “Kembara Sutera”

→ 100 orang pembaca yang mengirim emel atau pesanan kepada kami akan mendapat kemeja-T.

Page 13: Kembara Sutera Oktober 2012

Laman sesawang: http://malay.cri.cn E-mel: [email protected] Facebook: www.facebook.com/crimalay