KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa,...

20

Transcript of KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa,...

Page 1: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH KEBENCIAN PANJANG

Kebenaran dan kepalsuan

sempadan yang hampir nipis

persimpangan membingungkan

tatkala fi kiran habis dikikis

Yang benar dan palsu

deti k dan waktu

tunggu!

Kemati an takkan pernah menghenti kan

pada sebuah kebencian panjang

kebenaran tak perlukan kebenaran

kerana kebencian ti dak punya alasan

Biar jasad bersemadi, mudaratnya mengalir

kerana kebencian terus membusuk

yang menyedihkan dari sebuah kebencian

dengan usianya yang panjang

keti ka manusia mati , kebenciannya terus hidup!

Oleh:Adajiwa

Page 2: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Bil. Surah

1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah

2. Azan

3. Surah Al-Baqarah ayat 22

4. Surah Al-Anbiya ayat 83

5. Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24

Pendahuluan

Maksudnya “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telahdatang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadipenawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalamdada kamu, dan juga menjadi penawar hidayah petunjukuntuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus ayat 57).

PesakitKaki bengkak sebab terpijak duri landak laut semasariadah di tepi pantai, sudah tiga minggu mendapatkanrawatan di tempat lain dan bengkak di kaki tidakmenunjukkan tanda untuk sembuh.

Pokok Semalu (Mimosa Pudina L)Merupakan tumbuhan merayap yang amat menjadiperhatian pengunjungnya. Menarik sebab apabila daunkupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuhdan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosapudina adalah tumbuhan tempatan yang berasal daripadaBrazil. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai keranadurinya yang tajam.

Batangnya tegak semasa muda dan menjalar apabilamatang. Dahannya halus, bercabang dan berduri tajamsehingga 1.5m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately),dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10 - 26 daunkecil setiap pinna.

Angkut-angkutAngkut-angkut atau Eumenes coarcatus merupakansejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga berwarna unik yang diberi nama kerana sifat semulajadinyayang suka mengangkut tanah di sekelilingnya untukdijadikan sarang.

Angkut-angkut ini terkenal dengan panggilan ‘Portter Wasps’ iaitu sejenis Tabuan yang menyengat dan adalah sejenisberbisa sengatannya. Badannya berbelang kuning danmempunyai organ penyengat di bahagian belakangnya(Hornet). Serangga angkut-angkut ini suka terbang danhinggap di kawasan tanah lumpur atau lembap, kemudian akan terus mengangkut tanah yang bersih dan terpilih untuk dibuat sarang. Biasanya sarang tanah ini dibina di kawasanterlindung seperti di bawah-bawah rumah-rumah kayu

ANGKUT-ANGKUT, POKOK SEMALU DAN AIR ZAMZAMOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

di kampung, lubang kayu, bawah daun besar yang terlindung daripada hujan.

Kombinasi rawatanAngkut-angkut, Pokok Semalu dan Air Zamzam

1. Cari sarang atau tanah angkut-angkut dan buangkan semua telur dan anak angkut-angkut.

2. Daun Semalu. Lurutkan daripada tangkainya. Banyaklagi baik.

3. Air Zamzam sebotol kecil

Tumbuk LumatCampurkan tanah angkut-angkut dengan daun semaludalam satu lesung dan tumbuk lumat. Ini bertujuan untukmembentuk kombinasi yang padu antara tanah dan daun semalu. Apabila sudah lumat, tuangkan air zamzamke dalam kombinasi tanah tersebut hingga ianya melekit.Jangan terlalu banyak air sehingga cair.

RawatanKombinasi tanah angkut-angkut, daun semalu dan airzamzam dibaca:

Kesimpulan.Tempelkan kombinasi tanah tersebut ke bahagian yangbengkak. Sebaiknya pada waktu malam sebelum tidur.Subhanallah… berdasarkan pengalaman, bengkak yangberusia 22 hari, Insya-Allah, bengkak sudah menunjukkantanda sembuh dalam masa seminggu.

RUJUKAN:● Mohd Solleh Ab Razak, Mendampingi Al-Quran, Telaga Biru,

2019, muka surat 20.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.

212 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Islam dan PerubatanSekalung Tahniah

Page 3: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Penulis bersama sebahagiandari fasilitator BTUM

di Masjid Wahdatul Fikri, Kinabatangan

TADBIR URUS MASJID 5: BILA MASJID ITU MILIK SEMUAOleh:

Adi Pitang

“Kami tidak pernah daftarkan aset masjid kami ustaz”, JawabBendahari Jawatankuasa Masjid di salah sebuah masjid ketikaBengkel Tadbir Urus Masjid baru-baru ini. “Ya, kami inda pernahdaftarkan”, Pengerusi mengiyakan kenyataan Bendahari seolahfaham bila pandanganku terarah padanya. Aku senyummemandangnya, cuba memahami keadaan sebenar pengurusanmasjid ini. Ada sebab mengapa aset-aset itu tidak didaftarkan.Agak keterlaluan sekiranya seorang itu terus memberi kesimpulantentang sesuatu perkara itu tanpa melihat dan memahamikeseluruhan isu yang berlaku. Atau dengan kata lain “Jump toconclusions”, cukup mudah untuk membuat kesimpulan, walau

kadang-kadang tindakan itu sangat tidak menguntung. Hmmm..

Jawatankuasa hendaklah mewujudkan sistem pengurusan aset (inventori) yang sentiasa dikemaskini melaluisistem rekod, termasuk rekod pembelian, penerimaan dan pelupusan bagi harta-harta alih dan tidak alih masjid.Aset yang ada di masjid adalah pelbagai seperti perabot, alat tulis, kerusi meja atau barang-barang elektrik,elektronik, peralatan dapur dan sebagainya. Aset masjiid diperolehi dari 3 sumber utama iaitu pembelian dari wangtabung masjid, aset dari kerajaan, swasta atau pertubuhan dan aset yang diwakafkan oleh individu.

Tanggungjawab Jawatankuasa dalam menjaga harta atau aset masjid bukan satu yang mudah. Ini kerana aset itumelibatkan amal jariah orang ramai yang tidak akan putus selagi mana aset atau harta itu digunakan.Walau bagaimanapun, sekiranya tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sepenuhnya, ganjaran pahalanya amatpasti seperti fi rman Allah SWT dalam surah Al-Zalzalah, ayat 7 yang bermaksud: “Maka barangsiapa yangmengerjakan kebaikan walau sebesar zahrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.”

Amalan jariah yang dilakukan oleh masyarakat merupakan amalan ibadah yang tidak akan putus walaupun diatelah meninggal dunia. Apa yang mejadi kebiasaan di masjid adalah sumbangan masyarakat awam kepada masjid.Ia merupakan amalan jariah yang paling mudah dilaksanakan. Sudah tentu tanggungjawab menjaga aset jariah iniadalah terletak di bawah pundak ahli jawatankuasa masjid.

Pejabat Mufti Negeri Sabah dalam hal ini telah mengeluarkan istinbat hukum mengenai bahan atau peralatan masjidatau surau seperti berikut:● Bahan atau peralatan yang telah rosak atau reput boleh dimusnahkan kerana tidak memberi manfaat,

● Bahan atau peralatan yang masih baik hendaklah digunakan semula supaya memberi kebajikan yang berpanjangankepada orang yang telah menyumbangkan.

● Bahan atau peralatan yang masih boleh digunakan itu jika tidak diperlukan untuk pembinaan masjid atau suraubaru hendaklah diberikan kepada masjid atau surau lain yang memerlukan.

● Bahan atau peralatan yang baik itu sekiranya dijual (kepada orang Islam) maka wang yang diterima itu hendaklahdigunakan untuk keperluan masjid atau surau baru. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk keperluan lainseperti jamuan bagi mengekalkan kebajikan orang yang telah menyumbangkannya.

● Bahan atau peralatan yang dijadikan hak masjid atau surau tidak boleh (haram hukumnya) diambil seperti kipas,karpet, penyapu, tikar, pinggan mangkuk dan lainnya. Bahan dan peralatan tersebut hendaklah diserahkan semulakepada masjid atau surau.

Moga amalan jariah masyarakat ini berpanjangan subur di masjid-masjid kita.

Melaksanakan Bengkel Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah (BTUM) yang diselaraskan oleh Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memberi ruang kepada memperbaiki pengurusan masjid-masjiddi negeri ini. Kesungguhan ahli jawatankuasa masjid yangselama ini menjalankan amanah mentadbir masjid walaupun tanpa elaun (secara sukarela) sangat-sangat dipuji. Bukan mudahuntuk mereka melaksanakan tanggungjawab itu dengan kekangan kewangan yang kadang-kadang hanya cukup untuk membayar bil eletrik dan air. Ditambah dalam memasti kan masjid sentiasa diimarahkan dengan program-program mingguan, bulanan atau tahunan. Semua ini memerlukan komitmen yangti nggi dan pengorbanan masa, tenaga hatt a wang ringgit (sendiri). Semua itu demi memastikan pentadbiran masjid yang baik danmemberi keselesaan kepada masyarakat untuk beribadahdan melaksanakan akti viti -akti viti di masjid.

Tanggungjawab yang paling berat dalam pengurusan masjidialah menjaga amal jariah (sedekah jariah) masyarakat melaluitabung masjid atau apa-apa yang diwakafkan oleh seseoranguntuk kegunaan masjid. Setiap sen yang digunakan akandipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini merupakan satuamanah yang nombor wahid untuk dijaga dan dipelihara supayaamal jariah masyarakat itu akan sentiasa mengalir hinggake akhirnya.

Amanah merupakan satu sifat perlu dipupuk dalam kehidupanmanusia. Ia menentukan masa bentuk sebuah masyarakat.Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisardi sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya.Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mestidipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku kerana iamerupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkankepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepadatuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Isyarat tentang ketekunan, kegigihan dan kesungguhan yangmenjadi penanda aras bagi pelaksanaan sesuatu tugas olehseseorang muslim begitu jelas dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti." (Riwayatal-Baihaqi daripada 'Aisyah RA).

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafi k ada ti ga, iaitu apabila dia berbicaradia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati .” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ditambah dalam riwayat Muslim: “Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.” Moga masjid akan sentiasanyadiberkati dengan sifat amanah yang menunjanginya.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Cik Nursyuhada AsparAdajiwa

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

1812 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Bicara Kita Shoutul Islam Dari Meja Editor

Page 4: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

WALI ALLAH SWT TERSEMBUNYIDI KALANGAN MANUSIAOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya di kalangan manusia, wujud waliullah yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang ramai.Waliullah merupakan insan yang tersangat istimewa yang mana hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat rapat.Mereka mewarisi wilayah kenabian dengan limpahan rahmat kasih sayang Ilahi yang berterusan daripada Allah SWT.Hampir keseluruhan manusia di atas dunia ini tidak mengenali seorang wali Allah SWT kerana bentuk fi zikal dan perwatakannya sama seperti manusia biasa.Hal ini kerana Allah SWT menyembunyikan dan menutup halkewalian seseorang waliullah dengan sifat keinsanan manusia yang biasa sahaja.Boleh sahaja seorang wali Allah SWT itu merupakan seorangtukang sapu sampah di tepi jalanan. Boleh jadi pekebundi sesebuah taman itu merupakan seorang wali besar. Besarkemungkinan boleh sahaja seorang peniaga di pasar-pasar itu merupakan seorang wali.Malah boleh sahaja orang kaya itu merupakan seorang walidan boleh sahaja orang miskin itu merupakan seorang waliullah yang besar.Manusia biasa tidak akan pernah perasan dan mengetahuibahawa mereka itu adalah seorang wali kerana tidak terzahir pada rupa luaran mereka.Mereka tidak berpakaian sebagai pakaian seorang ahli agama,tidak berserban, tidak berjubah, tidak berjanggut dan tidak pula menonjol di kalangan manusia.Secara zahiriyyah, mereka kelihatan seperti insan biasasahaja kerana kewalian mereka tersembunyi dan tertutup. Hanya insan yang ikhlas kepada Allah SWT dan sentiasa mencari mursyid akan benar-benar jumpa dengan waliullahdi dalam menuju kepada Ilahi.Ada sebahagian ulama' Rabbani menyatakan tentang kalamhikmah untuk disemat di sanubari iaitu: "Setiap insan yangkamu jumpa, iktikadlah di dalam hatimu bahawa dia adalahSaidina Khaidir AS".Kalam hikmah ini menyuruh kepada kita agar sentiasaberhusnu zon dan bersangka baik dengan setiap orang yang dijumpai.Hal ini kerana dengan kejahilan dan kelemahan mata batin kita,kita telah menganggap remeh dan rendah kepada seorangWaliullah di kalangan kita.Syeikh Ramadhan Al-Buti pernah menceritakan satu kisah yang berlaku pada diri beliau. Suatu ketika, semasa beliau masihdi bumi Kaherah, Mesir, beliau ke Maqam Cucunda Rasulullah SAW iaitu Saidina Husein RA.Beliau duduk di situ dengan lama untuk bertafakkur. Beliau jugamembaca Wirid Harian serta membaca beberapa potonganayat daripada al-Quran pada waktu tertentu. Ketika sedangduduk di dalam kawasan maqam tersebut, beliau terlihat

seorang lelaki yang pada pandangan dan fi rasat beliau bahawa orang itu adalah seorang waliullah.Kelihatanya seperti orang biasa sahaja. Lalu beliau berdoakepada Allah SWT di dalam hati "Ya Allah, jika benar lelakiini waliMu yang Engkau tutup kewaliannya dengan sifatkeinsanan manusia biasa, maka temukanlah aku dengannya."Tiba-tiba selepas daripada doa tersebut, lelaki itu berdiri danberjumpa dengan Syeikh Ramadhan Al-Buti secara serta-merta dan menyatakan tentang doa tersebut. Pertemuansedemikian berlaku sekejap sahaja lantas lelaki itu telahhilang daripada pandangan.Maka jelas kepada kita daripada penceritaan seorang ulama'ini bahawa wujudnya waliullah yang tersembunyi denganperwatakan manusia biasa sahaja secara zahiriyyah, padahalhakikat secara batiniyyah, dia adalah seorang Waliullah yang besar.Secara kesimpulannya kita sebagai orang awam yang masih banyak noda dosa ini hendaklah sentiasa bersangka baikdengan kaum Muslimin kerana dibimbangi orang yang kitabenci dan bersangka buruk itu ialah wali daripada wali-waliAllah SWT.Ada sebuah hadis yang sangat bermakna untuk kita renungiberkenaan hal ini:

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhya Allah SWT berfi rman: Siapa yang memusuhiwali-Ku maka Aku telah istiharkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintaikecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Akuwajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkandiri kepada-Ku dengan nawafi l (perkara-perkara sunnah di luaryang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang diagunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakanuntuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia memintakepadaku nescaya akan aku berikan dan jika dia mintaperlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi." (Riwayat Bukhari).Jelas kepada kita bahawa memusuhi wali Allah SWT adalahsama dengan memusuh pencipta alam ini iaitu Allah SWT. Maka carilah waliullah yang tersembunyi itu denganmemohon kepada Allah SWT agar dapat dipertemukandengannya.

PENGIKTIRAFAN PERKAHWINAN YANG DILAKUKANDI LUAR NEGERI SABAH

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Orang Islam Sabah yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar negara sama ada keranabermastautin, belajar, bekerja dan sebagainya yang mana ianya dilangsungkan dimana-mana tempatselain di pejabat kedutaan, atau Pejabat Konsul Malaysia maka ianya hendaklah diiktiraf mengikutseksyen 109 Enakmen Keluarga Islam Negeri Sabah yang menyatakan:

Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Sabah, lain daripada perkahwinanyang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika:-

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwindi bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Sabah, kedua-dua pihak adamempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.

Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali-39 menetapkan hukum melaksanakanperkahwinan di luar negara atau kahwin lari adalah sah mengikut beberapa keadaan dan situasi. MuftiPerlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyatakan sah status perkahwinan sekiranya pasangan yangberada di luar negara dan menghadapi kesukaran yang besar untuk mendapatkan keizinan wali asalsehingga terpaksa menggunakan wali hakim.

Manakala hukum perkahwinan bagi pasangan yang sengaja ke luar negara untuk melangsungkanpernikahan, mereka dibahagikan kepada beberapa kategori. Pertama adalah perkahwinan yangdilangsungkan kerana mengelak birokrasi pentadbiran setempat, sekiranya pasangan terbabit ke luarnegara bersama wali atau mendapat kebenaran wali maka status perkahwinan itu sah tanpa ragu. Jikapasangan adalah seorang janda, memadai hanya mendapat kebenaran walinya sahaja manakala bagisaudara baharu boleh menggunakan wali hakim.

kategori kedua adalah perkahwinan yang melarikan diri daripada wali. Seandainya wanita itu adalah anak dara dan walinya enggan mewalikan perkahwinannya tanpa sebab yang munasabah, perkahwinan adalah sah dengan syarat dia dapat membuktikan keengganan wali berkenaan. Jika tidak perkahwinannya dikira fasid dan hendaklah mengulangi akad perkahwinan itu dengan keizinan wali.Jika wali mempunyai sebab untuk membantah perkahwinan berkenaan atas sebab tertentu dan ia dipersetujui pihak berkuasa agama, maka perkahwinannya terbubar.

Oleh yang demikian, perkahwinan yang mengikut hukum syarak dan tidak bertentangan dengan undang-undang hendaklah diiktiraf sah walaupun ianya dilangsungkan diluar Negeri Sabah seperti mana yangdinyatakan dalam enakmen ini.

412 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

TasawwurEnakmen Kita

Page 5: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KERAIAN YANGMENGANDUNGI MAKSIAT

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukumnya kita menghadiri majlis keraian yang mengandungi maksiat ?

JAWAPANBagi menjawab persoalan ini, adalah amat baik jika kita mendalami hukum menghadiri sesebuah majlis perkahwinan sebagai asas dalam perbincangan. Setelah itu, majlis-majlis lain boleh diqiaskan kepadanya.

Hukum asal menghadiri majlis perkahwinan sekiranya dijemput secara khusus adalah wajib menurut majoriti ulama dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. dalilnya pula merujuk kepada sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Yang bermaksud: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirilah ia.” (HR Muslim).

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi SAW “maka hadirilah ia” merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah ilmu fiqh.

Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang dijemput ke majlis perkahwinan dalam keadaan dia mengetahui bahawa di dalam majlis itu terdapat perkara yang haram seperti hidangan arak sedangkan dia tidak mampu memungkirinya, maka gugur kewajipannya menghadiri majlis tersebut. (Lihat Hashiyah al-Dusuki: 2/377, Sharh al-Zurqani: 4/53, al-Hawi al-Kabir: 12/199, Raudhah al-Talibin: 7/334).

Sebagai kesimpulan, hukum menghadiri majlis perkahwinan atau keraian yang terdapat di dalamnya maksiat dan kemungkaran perlulah diperincikan dari dua sudut yang berikut:

Pertama: Bagi masyarakat awam, yang mana kehadirannya ke majlis tersebut tidak memberi sebarang kesan dan perubahan kepada acara majlis, maka adalah tidak perlu untuk dia menghadirinya bahkan tidak wajib untuk hadir ke majlis itu sekiranya dia mengetahui ada maksiat di dalamnya.

Kedua: Bagi tokoh-tokoh ulama seperti para agamawan, sekiranya kehadiran mereka ke majlis tersebut akan menyebabkan pihak penganjur berasa malu dan segan serta boleh jadi memberhentikan acara maksiat atau paling tidak mengurangkannya, maka kehadiran mereka pada majlis sebegitu adalah dibolehkan.

Dengan penjelasan serba ringkas ini, semoga dapat memberikan kefahaman serta panduan yang memberi manfaat kepada kita.

Wallahu a’lam.

DEMI ALLAH AKU MENANGOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pada bulan Safar tahun keempat Hijrah, Abu Barra’ Amir ibn Malik ibn Ja’far, si pemain tombak mendatangi Rasulullah SAW. Kemudian baginda menawarkan dan mengajaknya masuk Islam. Akan tetapi, ia tidak masuk Islam, namun tidak menolaknya. Lalu ia berkata, “Wahai Muhammad, cubalah mengirim beberapa orang dari sahabatmu kepada penduduk Najd untuk mengajak mereka kepada Islam, aku berharap mereka akan menerima ajakan tersebut”.

“Aku mengkhawatirkan sikap mereka terhadap sahabat-sahabatku,” jawab Rasulullah SAW.

“Aku akan menjamin mereka, utuslah mereka untuk berdakwah di sana,” tegas Abu Barra’.

Kemudian, Rasulullah mengutus al-Mundzir ibn ‘Amr al-Anshari dari 40 sahabat yang lain. Di antara mereka adalah al-Harits ibn al-Shimmah, Haram ibn Milhan, ‘Urwah ibn Asma’ al-Sulami, Nafi’ ibn Badil al-Khuza’i, Ka’ab ibn Zaid, Amir ibn Fuhairah bekas budaknya Abu Bakar,’Amr ibn Umayyah ad-Dhamri, dan al-Mundzir ibn Muhammad al-Jallah. Semoga Allah SWT meredhai mereka.

Mereka berjalan hingga sampai di sumur Bani Ma’unah, sumur di antara wilayah Bani Amir dan Bani Sulaim. Ketika berhenti di tempat tersebut, mereka mengirim Haram ibn Milhan dengan membawa surat dari Rasulullah SAW kepada sang musuh Allah, Amir ibn Thufail. Ketika sudah tiba dan menyerahkan surat tersebut, Amir ibn Thufail tidak menghiraukan surat tersebut, bahkan ia menganiaya dan membunuhnya. Kemudian Amir menghasut Bani Amir untuk membunuh mereka, namun ditolak. Mereka berkata, “Kami tidak akan melanggar jaminan dari Abu Barra’, ia telah berjanji untuk memberikan perlindungan bagi mereka.” Kemudian Amir ibn Thufail mengajak kabilah-kabilah dari Bani Sulaim. Di antaranya ‘Ushaiyyah, Ri’l, dan Dzakwan. Mereka mengepung sahabat Rasulullah SAW.

Tatkala para sahabat melihatnya, mereka langsung mengeluarkan pedang dan berperang. Mereka semua syahid kecuali Ka’ab ibn Zaid yang dibiarkan dalam keadaan terluka. Ia masih tetap hidup hingga syahid di Perang Khandak.

Pada saat yang sama, Amr ibn Umayyah al-Dhamri dan al-Mundzir ibn Muhammad ibn al-Jallah sedang mengurusi keperluan para sahabat. Tidak ada yang mengurusi jenazah para syuhada kecuali burung- burung yang terbang di sekitarnya. Mereka berkata, “Pasti ada sesuatu dari burung-burung tersebut.” Mereka pun mendekatinya dan ternyata darah telah berceceran di tubuh para sahabat dan kuda-kuda mereka telah terluka.

Mundzir ibn Muhammad berkata kepada Amr, “Bagaimana pendapatmu, apa yang akan kita lakukan?”

Amr berkata, “Menurutku kita kembali kepada Rasulullah dan memberi kabar pada baginda.”

Al-Mundzir berkata, “Akan tetapi, aku tidak ingin meninggalkan tanah tempat di mana al-Mundzir ibn Amr terbunuh.” Kemudian ia memerangi kaum tersebut hingga akhirnya ia pun mati syahid. Di antara yang menyaksikan peristiwa tersebut ialah Jabbar ibn Sulma ibn Malik bersama dengan Amir yang kemudian ia masuk Islam. Ia berkata, “Di antara sebab yang membuatku masuk Islam ialah bahawa di saat aku menusuk salah seorang sahabat dengan tobak di bagian pundaknya, lalu aku melihat hujung tombak tersebut aku cabut darinya, aku mendengar ia mengucap, ‘Demi Allah, aku telah menang.’ Aku pun bergumam sendiri, ‘Ia tidak menang! Bukankah aku telah membunuhnya?’ Lalu aku bertanya tentang ucapan tersebut. Mereka menjawab, ‘Maksudnya syahid.’ Aku pun berkata, Benar, ia telah Menang."

1612 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Kemusykilan Agama Iktibar Kisah

Page 6: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Sesungguhnya, belia merupakan golongan yang dikasihi oleh Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam. Abu Sa’id al-Khudri Radiallah Anhu apabila beliau melihat para belia, beliau berkata, “Selamat datang kepada wasiatRasulullah Sallallah Alaihi Wasallam! Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam mewasiatkan kepada kami untuk meluaskanruang buat kamu di majlis-majlis dan (mewasiatkan kami) untuk memberikan kefahaman hadis kepada kamu;sesungguhnya kamu adalah pengganti kami, dan ahli hadis sesudah kami!” (HR al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman).

Belia merupakan wasiat Rasulullah SAW, yang menjadi tanggungjawab seluruhmasyarakat itu untuk mendidik mereka, dan memandu mereka. Seperti dikatakan, beliaadalah pemimpin masyarakat. Belialah yang dengan penuh semangat, akan beradadi garda depan, membela nasib sesebuah masyarakat.

Sudah tentulah, sebaik-baik belia, ialah belia yang hidup bersama Nabi SallallahAlaihi Wasallam, berdasarkan jaminan Nabawi, “Sebaik-baik manusia ialah kurunku.”(HR al-Bukhari & Muslim), yang hidup bersama baginda, beriman dengan baginda. Mereka inilah, yang layak dijadikan teladan para belia sepanjang zaman.

Sekiranya ditelusuri, belia para sahabat merupakan golongan yang Nabi Sallallah AlaihiWasallam sertakan dalam urusan-urusan kenegaraan yang penting.

Konvoi perang terakhir yang diutuskan Nabi Sallallah Alaihi Wasallam ialah konvoi Usamah bin Zaid Radiallahanhuma, di mana beliau ini seorang belia berusia 17 tahun! (dikatakan juga 18 tahun).

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam mengutuskannya sebagai ketua pasukan perang, di mana Abu Bakar, Umar, Utsmandan Ali Radiallah anhum ada bersama mereka. Saat orang ramai memperkatakan tentang kepimpinannya, NabiSallallah Alaihi Wasallam bersabda, “Sekiranya kalian ingin berkata-kata tentang pimpinannya, sesungguhnya mereka (orang sebelum itu) telah berkata tentang pimpinan bapanya (Zaid bin Haritsah - ketika Fathu Mekah). Daku naik saksi akan kecintaanku ini kepadanya!”

Perkara pertama yang dilakukan Abu Bakar Radiallah Anhu setelah dilantik menjadi Khalifah ialah menggerakkantentera Usamah. Beliau memimpinnya ke Balqa’ dan Mu’tah (kini: Jordan), berperang melawan Rom dan menang. Beliau membunuh dan menawan ramai musuh Islam.

Tidak ada seorangpun daripada pasukan tenteranya itu yang ditimpa sebarang kesakitan kerana kepakarannya. Mereka berkata, “Tidak pernah kami melihat pasukan perang yang paling selamat berbanding pasukan Usamah!”

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam bersabda pada Perang Badar, “Sesiapa yang buat begini dan begitu, pergi ke sanake mari, maka dia akan beroleh itu dan ini.” Para belia segera melakukannya, sementara orang-orang tua pula hanyakekal bersama panji-panji (di belakang). (HR an-Nasa’ie & al-Baihaqi, daripada hadis Ibn Abbas Radiallah Anhuma).

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam bersabda, “Para beliau membantuku, sementara orang tua membiarkanku!” (ruj. SirahIbn Hisyam & Musnad Ahmad).

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam tidak mengentengkan urusan para Belia di Perang Uhud. Baginda menyetujui pendapatmereka, dan berperang di luar Madinah. Nabi Sallallah Alaihi Wasallam telah mendidik para sahabatnya untukmempedulikan perihal Belia dan mengambilkira pendapat-pendapat mereka.

Ibn Syihab az-Zuhri rahimahullah berkata kepada para belia, “Janganlah kalian merendahkan diri kalian kerana usiakalian yang masih muda! Sesungguhnya Umar bin al-Khattab apabila berdepan dengan sesuatu isu yang rumit, beliau memanggil para belia dan bermesyuarat dengan mereka, memanfaatkan ketajaman akal mereka!”

Teladan beginilah, yang harus kita sebarkan kepada belia Muslim kita. Secara praktikalnya, kita hendaklah lebihmenyertakan mereka bersama-sama memikirkan masalah-masalah umat Islam dan masyarakat sekeliling. Demikianakan membina peribadi belia yang prihatin dengan perubahan sosial dan diharap akan memandunya ke arah yang lebih baik, insya-Allah.

BELIA MISALI: BELIA PARA SAHABATOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

"Burung terbang dengan sayapnya. Manusia terbang dengan tekadnya." - Maulana Jalaluddin Rumi.

Jalal ad-Din Muhammad Balkhi atau Maulana Jalaluddin Rumi Muhammadbin Hasin al Khattabi al-Bakri, juga dikenali sebagai Rumi, penyair Parsidan guru rohani dari abad 7H/13M yang tiada tolok bandingnya. Rumidilahirkan dan dibesarkan di Balkhi tetapi menghabiskan hidupnyadi Anatolia. Salasilah keturunan Rumi daripada Sayidina Abu Bakaral-Siddiq. Gelaran ‘Rumi’ merujuk kepada Anatolia, tempat beliaubermukim yang dianggap sebagai tanah Rom.

Semasa kecil, Rumi sempat bertemu Syeikh Farid ud-Din Attar, Si Penyebar Wangi di Nishapur dandihadiahi buku Mantiq-ut-Tayr (Sidang Unggas). Kata Attar kepada ayahanda Rumi, "Semoga anakmukelak menyalakan api di hati yang dibakar cinta Ilahi."

Ayahandanya Syeikh Bahauddin Valad ialah seorang tokoh agama yang tersohor. Ketika berumur 25tahun, Rumi dihantar ke Aleppo (Halab) untuk meneruskan pengajian dan seterusnya ke Damsyik, Syria. Beliau meneruskan pengajiannya sehingga berumur 40 tahun. Antara gurunya yang terkenal ialah Sayyid Burhanuddin al-Muhaqqiq dan Shams al-Din Tabrizi.

Di Barat, syair Rumi lebih banyak dibaca berbanding mana-mana penyair Islam dan beliau ialah penyair yang paling banyak dibaca syairnya daripada semua penyair lain berdasarkan jumlah penjualan buku-buku syairnya.

Rumi dikenali sebagai seorang alim yang masyhur. Tiada keraguan, suara Rumi ialah suara alam sejagat risalah kerohanian Islam pada hari ini. Beliau menulis beberapa prosa seberti buku Fihi Ma Fihi dan Sab al-Majalis. Sebilangan besar karyanya ialah syair-syair Parsi, termasuk syair empat rangkap dan Diwan-i-Shams yang juga dikenalii sebagai Diwan-i-Kabir yang mengandungi lebih dari 25,000 rangkap syairyang dikarang dalam bentuk ghazal.

Hanya pada akhir hayatnya, Rumi mengalihkan perhatiannya mengarang karya agung Mathnawi dalambentuk syair dua rangkap. Mahakaryanya sendiri dikenali sebagai Mathnawi. Sehingga hari ini, walaupunada syair karya agung yang lain dalam bentuk mathnawi oleh penyair Parsi seperti Attar dan Sanai yanghidup sebelum Rumi dan mempengaruhinya, tetapi apabila seseorang mengatakan Mathnawi dalambahasa Parsi dan juga dalam bahasa lain, maksudnya ialah Mathnawi Jalaluddin Rumi.

Maulana Jalaluddin Rumi meninggal dunia pada 5 Jamadilakhir 672 Hijri di Konya, Turki. Ramai orang menangis ketika perarakan jenazahnya. Orang Yahudi dan Kristian turut serta dalam perarakan jenazahitu. Apabila ditanya oleh gabenor Konya mengapa mereka ingin turut serta, mereka menjawab bahawamereka telah menemui pada peribadinya segala tanda dan ciri para nabi yang tersebut dalam kitab-kitab mereka. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari daripada Rumi sifat para wali dan orang soleh yangtidak diketahui oleh mereka selama ini.

MAULANA JALALUDDIN RUMIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

612 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Tinta IlmiahJejak Ulama

Page 7: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

HAKIKAT ZUHUD DAN KESANNYAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Al-Abbas Sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi RA, dia berkata, bahawaseorang lelaki telah datang bertemu Nabi SAW, maka beliau berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepada sayasuatu amalan, sekiranya saya melakukannya nescaya saya akan dicintai Allah SWT dan dicintai umat manusia.Rasulullah SAW bersabda: Zuhudlah engkau dalam kehidupan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.” (Hadis hasan telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan selainnya dengan Sanad Hasan).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan dua wasiat yang sangat besar dari Rasulullah SAW iaitu zuhud dalam kehidupan dunia akan memperolehi cinta dari Allah SWT dan zuhud terhadap apa yang dimiliki oleh manusia akanmemperolehi kecintaan manusia dan penghormatan mereka. Oleh itu untuk mendapat cinta Allah SWT dan cintamanusia adalah dengan memiliki sifat zuhud.

Erti zuhud menurut bahasa ialah berpaling daripada sesuatu atau tidak menghendaki kepada sesuatu kerana tiadamutu dan nilai. Manakala erti zuhud menurut syarak ialah mengambil sesuatu sekadar yang perlu atau melepasisesuatu darurat daripada sesuatu yang diyakini halalnya. Menurut istilah Islam pula, erti zuhud itu ialah hati tidakterpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Amalan zuhud bukanlah bermaksud meninggalkan urusan dunia tetapi suatu amalan yang mengutamakan akhirat dan dunia hanya sebagai tempat persinggahan, bukan sebagai matlamat hidup.

Zuhud yang sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaandunia dimiliki sepenuhnya. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf seorang sahabat Rasulullah SAW yang jutawan,namun kekayaan yang ia miliki hanya berada di tangannya sahaja, bukan berada di dalam hatinya. Matlamathidupnya ialah keredaan Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam

hubungan manusia dengan Allah SWT.

2. Zuhud terhadap dunia ialah berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia sertamengosongkan hati dari mengingati perkara dunia dan lebih mempercayai kepada sesuatu yang ada pada AllahSWT daripada percaya kepada sesuatu yang ada pada dirinya.

3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia ialah menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang.

4. Kemuliaan dan kehormatan peribadi seseorang terletak pada sikap dirinya sendiri, percaya kepada kebolehan diridan usaha yang dikerjakannya tanpa tidak bergantung kepada pemberian orang lain.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

WAKTU TIDUR YANG IDEALOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Waktu tidur ideal bagi seorang muslim adalah setelah solat Isya', akan tetapi apabila ada kegiatan yang lebihmashlahat dan untuk kebaikan, bolehlah melakukan aktiviti yang bermanfaat setelah solat Isya seperti belajar, menerima tamu, berbincang-bincang dengan keluarga, tetapi tidak sampai larut malam.

Dalil tidur setelah Isya’ berdasarkan hadis makruhnya berbincang-bincang setelah solat Isya’, Dari Abu Barzah radhiallahu ‘anhu.

“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak menyukai tidur sebelum solat Isya’ dan berbincang-bincang setelahnya.” (HR. Bukhari & Muslim).

Syaikh Abdulah Al-Faqih menjelaskan:

“Adalah kebiasaan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidur di awal malam setelah solat Isya’, kerana dimakruhkan tidur sebelum solat Isya’ dan berbincang-bincang setelahnya.” (Fatawa As-Syabakiyyah).

Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa tidur di awal malam bermanfaat bagi kesihatan, beliau berkata:

“Tidur yang paling bermanfaat adalah tidur ketika sangat mengantuk, tidur di awal malam paling baik dan paling bermanfaat dari lainnya.” (Madarijus Salikin 1/459-460).

Adapun berbincang-bincang setelah Isya’, An-Nawawi menjelaskan bahawa hukum asal berbincang-bincangsetelah Isya’ adalah makruh, akan tetapi apabila ada mashlahat dengan berbincang-bincang maka tidakdiperbolehkan. Beliau berkata:

Para ulama berkata: "makruh hukumnya berbincang-bincang setelah Isya’, apabila pada perkara yang tidak adamashlahatnya. Ada pun apabila ada mashlahatnya maka baik dan bukan makruh. Misalnya seperti mempelajariilmu, menceritakan kisah orang soleh, berbincang-bincang dengan tamu, acara pernikahan, berbincang-bincangdan beramah-tamah dengan isteri dan anak-anaknya dan perbincangan antara musafi r.” (Syarah Muslim, 5/149).

Catatan PentingHendaknya berbincang-bincang setelah Isya’ tidak sampai berjaga larut malam, kerana Allah SWT menjadikan malam sebagai waktu istirehat utama.

Allah SWT berfi rman:

“dan Kami jadikan malam sebagai pakaian." (An Naba’: 10).

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan:

“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam membenci tidur sebelum Isya’ dan berbincang-bincang (tidak bermanfaat) setelahnya. Jika seseorang berjaga semalaman dan tidak memberikan hak tidur kepada badannya, bahkantidak sholat subuh kecuali bangun dengan tubuh yang lelah dan malas, kemudian tidur di awal hari, maka iatelah kehilangan mashlahat yang banyak.” (Liqaa’ Asy syahri 1/333).

Pola kehidupan kita di zaman ini menyebabkan tidak memungkinkan melakukan sunnah ini terus-menerus,iaitu langsung tidur setelah Isya’, akan tetapi hendaknya seorang muslim pernah sesekali melakukan sunnahtidur setelah Isya’ agar lebih mudah bangun solat malam.

1412 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Sentuhan Hadis Remaja

Page 8: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

RELEVANSI AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAHDALAM MENONGKAH ARUS ZAMAN

(BAHAGIAN 3)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Kebangkitan tokoh-tokoh Salafiyyah dengan metod pendekatannya adalah merupakan tindak balas terhadap metod rasional yang dipakai oleh kaum Muktazilah yang dengan sewenang-wenang mempergunakan akal dalam mentakwilkan ayat-ayat al-Quran terutama ayat-ayat yang disebut “mutashabihat”. Imam Ahmad ibnu Hanbal dan tokoh-tokoh Salafiyyah yang lain mempertahankan metod menzahirkan ayat-ayat al-Quran iaitu mempercayai apa yang diungkapkan oleh al-Quran dan Hadis tanpa mentakwilkannya dengan persepsi bahawa Tuhan sama sekali berbeza daripada segala sesuatu yang boleh terbayang dalam benak fikiran kerana semuanya itu adalah makhluk-Nya belaka. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

Namun demikian, menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya ‘ulum al-din, Imam Ahmad ibnu Hanbal meskipun agak tegas dalam pentakwilan teks wahyu oleh akal, beliau juga pernah mentakwilkan tiga buah Hadis termasuklah juga Ibnu Hazm yang pernah mentakwilkan ayat mutashabihat secara rasional iaitu terhadap kalima “wajh” (muka) Tuhan, yang tersebut dalam surah al-Rahman ayat 27. Dia mentakwilkan kata wajh dengan zat Tuhan.

Seiring dengan itu, muncul pula dua aliran teologi yang terkenal dengan nama Qadariyyah dan Jabariyyah. Menurut Qadariyyah, manusia mempunyai kebebasan dalam kehendak dan perbuatannya yang disebut sebagai free will dan free act. Manakala Jabariyyah pula sebaliknya iaitu mereka berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kebebasan dalam kehendak dan perbuatannya. Manusia dalam segala tingkah lakunya, mengikut pandangan Jabariyyah, bertindak dengan paksaan daripada Allah SWT. Segala gerakan yang dilakukan oleh manusia ditentukan oleh Allah SWT. Fahaman inilah yang disebut faham predestination atau fatalisme. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

Fakta sejarah menunjukkan, sejak pertengahan abad kedua Hijrah atau akhir abad kelapan Masehi, pokok dan akar keyakinan dalam Islam itu mendapat tentangan yang amat berat dan sukar dalam penyelesaiannya. Yang pertama menghadapi tentangan itu dan berusaha menjawabnya adalah kaum Muktazilah. Pemikiran falsafah Yunani yang dihadapi itu tidak dapat dijawab dengan hanya merujuk nas al-Quran dan hadis. Kaum Muktazilah berusaha menjawabnya dengan pendekatan akal rasional dan falsafah berlandaskan nas-nas yang ada. Dengan pendekatan semacam itu, Ahmad Amin berpendapat bahawa mereka mempunyai peranan yang amat besar dalam melawan pendapat-pendapat yang menolak keyakinan Islam. (Ahmad Amin, 1964, Duha al-Islam).

Muktazilah merupakan kelompok yang pertama kali mengembangkan falsafah Yunani, yang telah disaring melalui proses “Islamisasi” yang mendorong tumbuhnya ilmu kalam dalam Islam. Metod pendekatan yang digunakan oleh Muktazilah untuk menangkis serangan-serangan terhadap Islam. Mengingat usaha-usaha Muktazilah itu, tidak berlebihan jika Ahmad Amin menyatakan, hanyalah Allah SWT yang mengetahui bahaya apa yang akan menimpa umat Islam ketika itu, sekiranya kaum Muktazilah tidak tampil membela Islam.

Ketika al-Mutawakkil berkuasa sebagai khalifah (232H/847M), bermulalah masa-masa suram Muktazilah. Pemimpin-pemimpin pemerintah, ulama dan para intelektual dari kalangan Muktazilah dipecat dari kedudukannya dan dilarang mengajar sebarang fahaman yang berkaitan dengan Muktazilah. Khalifah Mu’tazid billah (279H/892M) pula dengan ganas memburu golongan Muktazilah sehingga mereka terusir dari kota Baghdad. Muktazilah diwartakan sebagai bid’ah dan suatu Dewan Ahli Hukum dibentuk untuk meneliti semua fahaman, aliran dan buku-buku yang ada. Buku-buku yang ‘berbau’ Muktazilah dimusnahkan, manakala pengarangnya ditangkap atau dihukum. (Ahmad Amin, Duha al-Islam).

Pada masa keruntuhan Muktazilah itulah, munculnya Imam Abu Hassan al-Ash’ari yang keluar dan membersihkan serta memurnikan akidah umat Islam yang mana sehingga kini menjadi pedoman dan panduan majoriti umat Islam dalam memahami perbahasan tauhid dan akidah sebagai muslim.

Maksudnya: “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Menyingkap asbabun nuzul ayat ini, diturunkan seusai perang Uhud. Ketika itu sebahagian sahabat ada yang mengengkari perintah Nabi SAW. Akibatnya mengheret tentera muslimin menghadapi kekalahan teruk sehingga Rasulullah SAW ditimpa kecederaan. Namun, Nabi SAW tetap bersabar, bersikap lemah lembut bahkan tidak mencela kesalahan para sahabatnya.

Ayat ini juga menyentuh persoalan asas demokrasi dan etika tentang mesyuarat. Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya agar senantiasa melakukan mesyuarat apabila ingin memutuskan sesuatu perkara yang berkaitan dengan keperluan umum. Ini kerana manusia mempunyai keinginan masing-masing, sehingga memerlukan titik persefahaman yang hanya boleh terhasil melalui mesyuarat.

Tidak dinafikan setiap insan meletakkan harapan yang menggunung untuk mengecapi kebahagiaan dan kecemerlangan setiap detik kehidupan yang dilaluinya. Tiada seorangpun yang mahu ditimpa sebarang musibah dan kesedihan apa lagi menghadapi sebarang kegagalan.

Hikmah didikan Nabi SAW melalui peristiwa Peperangan Uhud ini adalah kebangkitan setelah mengalami kejatuhan. Tindakan pertama yang perlu dilakukan ialah bermuhasabah diri kemudian bermesyuarat untuk mengatur semula strategik dan setelah tekad keazaman telah dicapai dalam permuafakatan mesyuarat tindakan terakhir adalah penyerahan secara mutlak kepada ketentuan dan kekuasaan Allah SWT keputusan yang bakal dilaksanakan.

Azam atau tekad boleh diertikan sebagai kemahuan, keinginan, cita-cita yang amat mendalam. Dalam erti kata lain, azam boleh bertindak sebagai penentu aras kesungguhan seseorang dalam mencapai matlamat. Azam juga boleh menjadi pemangkin kepada keberanian seseorang untuk melakukan sesuatu di luar tahap kebiasaan.

Azam adalah janakuasa penggerak serta nadi kepada sebuah kejayaan. Azam boleh menjadi pencetus usaha, semangat dan kerajinan seseorang menjadikan impiannya menjadi realiti. Justeru itu azam perlu dijana mengikut rentak iman dan taqwa agar insan sentiasa terpandu melakar kejayaan menurut acuan syariat.

Dalam ayat di atas juga mengajak kita untuk bertawakal. Dua ciri penting dalam iman ialah bertawakal kepada Allah SWT dan mematuhi segala perintah-Nya. Di sinilah titik yang membezakan orang yang beriman dengan orang yang kafir. Perbezaan yang amat ketara adalah berusaha dengan bersungguh-sungguh sebaik mungkin kemudian menyerahkan segala keputusan dan urusan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha berkuasa yang tidak akan terlepas sesuatu apa pun daripada perhatian dan ketentuan-Nya.

Apa yang pastinya tawakal tidak akan terhasil jika keimanan yang bertunjangkan ketauhidan kepada keEsaan Allah SWT, keyakinan terhadap kekuasaan-Nya dan husnudzan terhadap ketentuan takdir-Nya tidak bertapak di dalam hati manusia.

Jika sudah diyakini segala sesuatu perbuatan diserahkan secara mutlak untuk menjadi penilaian kepada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Teliti terhadap sesuatu perlakuan hamba-hamba-Nya, tentulah kita akan sentiasa terdorong melakukan yang terbaik sewaktu hayat meniti kehidupan dunia, akan timbul rasa takut jika amalan yang baik tertolak apa tah lagi amalan buruk menjadi penyebab terhumban ke jurang neraka, jurang kesengsaraan dan kerugian.

Lantaran itu, siramilah azam dan penyerahan diri dengan cahaya keimanan dan ketakwaan agar ia benar- benar mampu membina kecemerlangan diri di dunia dan di akhirat yang kekal abadi.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI' IMRAN : 159“AZAM DAN TAWAKAL MANIFESTASI KECEMERLANGAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

812 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

AkidahInti Sari Ayat Al-Quran

Page 9: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

SONGKOK BUKAN TANDA ISLAMOleh:

Adajiwa

Pada 1965 Lee Kuan Yew menarik sokongan orang Melayu dengan memakai songkok ketika bertemu penduduk Melayu di Kampung Tani, Singapura. Pada kempen pilihanraya tersebut, songkok yang digunakan Lee Kuan Yew benar-benar meninggalkan pengaruh yang mendalam pada jiwa orang-orang Melayu. Songkok bukan sekadar hiasan kepala tetapi juga senjata politik yang paling berbisa. Songkok bukanlah milik orang Islam. Songkok juga bukanlah ciptaan asli Melayu. Songkok berasal daripada Turki yang menjadi popular sesudah orang-orang India Muslim datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang-orang India Muslim berdagang ke Tanah Melayu telah mempengaruhi cara pemakaian tutup kepala Melayu sehingga songkok sering kali dikatakan budaya asli ciptaan orang Melayu. Tanjak atau Tengkolok merupakan simbol sebenar orang Melayu dan bukannya songkok.Di Indonesia songkok dikenali sebagai ‘peci’ manakala di Filipina memanggilnya sebagai ‘kupia’. Pada asalnya kopiah dan songkok sama rupa, bentuk dan warna (hitam atau putih), kini songkok banyak ditemui dalam bentuk keras berwarna hitam manakala kopiah berwarna putih dan lembut.

Selalunya songkok dipakaikan tegak ke atas, ada kalanya digayakan senget sedikit seperti Tunku Abdul Rahman. Menurut keyakinan leluhur Melayu, secara hakikatnya songkok disengetkan di sebelah kanan merujuk pemberat timbangan amal sebelah kanan (Raqib), bermatlamatkan Si Pemakainya mendapat kebaikan yang berterusan dengan mengharapkan dijauhi kemaksiatan agar tidak condong ke arah kiri (Atid). Inilah falsafah pakaian Melayu yang mempunyai hikmah dan kebijaksanaan. Begitu juga dengan penetapan lima butang baju Melayu atau Baju Selangor di Sabah, adalah merujuk falsafah Lima Rukun Islam. Lima butang Baju Melayu atau Baju Selangor, yang merujuk lima rukun Islam adalah simbolik penciptaan busana Melayu yang berkaitan dengan pegangan agama yang mereka amalkan. Bila kita kaji dan renungkan barulah kita faham bahawa banyak perkara yang berkaitan dengan adat dan budaya Melayu mempunyai signifikan dengan ajaran agama Islam. Perbuatan menutup kepala bagi lelaki adalah Sunnah Nabi berdasarkan mafhum hujah berikut: Menurut Imam As-Sayuti yang diringkaskan dari buku "Al-Hawi"nya (2:111-112): Berdasarkan keterangan lalu, Nabi Muhammad SAW pernah memakai kopiah putih dan begitu juga Anas bin Malik RA. Dipadankan juga daripadanya bahawa sekiranya serban atau kopiah tidak ada, Nabi SAW tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja, akan tetapi Baginda akan membalutnya sehingga sampai ke dahi. Berdasarkan pendapat Imam Sayuti di atas, pemakaian songkok adalah diharuskan sebagai satu konsep menutup kepala sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja tanpa penutup kepala.

Songkok harus dipakai kerana tidak bertentangan dengan Islam dan ia merupakan pakaian kebiasaan yang dipakai oleh masyarakat Melayu terutama semasa solat dan dipakaikan bersama Baju Melayu. Asasnya kerana ia berkonsepkan sebagai penutup kepala. Pemakaian songkok tidak perlu ditakuti bukan Muslim kerana secara prinsipnya ia cuma busana atau cara berpakaian menurut budaya Malaysia pada hari ini. Terimalah bersongkok sebagai salah satu cara berpakaian Malaysia sebagaimana orang Melayu menerima songkok yang dibawa ke tanah Melayu dan dipopularkan oleh orang-orang India.

AURAT WANITA MUSLIM DENGAN WANITA BUKAN MUSLIMOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Pelbagai permasalahan yang timbul mengenai batas aurat antara seorang muslimah dengan wanita yang bukan beragama Islam terutama bagi golongan muslimah yang tinggal sebilik atau serumah dengan rakan yang bukan beragama Islam. Para ulama berbeza pandangan tentang batas aurat wanita muslimah di hadapan wanita bukan muslimah. Sebab perbezaan pandangan ini kerana berbeza cara faham mereka terhadap ayat dari surah al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “Dan jangan para wanita itu menampakkan perhiasan (aurat) mereka melainkan kepada suami-suami mereka…atau kepada para wanita mereka.” (al-Nur: 31). Para ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan kalimah nisa’ (wanita) di sini antaranya, yang dimaksudkan adalah nisa’ iaitu muslimat sahaja atau dimaksudkan kepada semua wanita termasuk muslimat dan yang bukan. Pandangan yang sebenarnya adalah harus seorang wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam melainkan jika dia membimbangi bahawa wanita itu akan menceritakan ciri-ciri tubuhnya kepada lelaki ajnabi, maka dia wajib menutup auratnya sama ada di hadapan wanita kafir atau wanita muslimah yang rosak akhlaknya. Antara bukti yang menunjukkan pandangan yang lebih benar ialah harus wanita muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan islam ialah hadis ‘Aisyah RA yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang menyebut seorang wanita Yahudi pernah menemui beliau (‘Aisyah) di dalam rumahnya, dan tidak diriwayatkan beliau menutup aurat pada ketika itu.

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz RH menyebut:

Mafhumnya: “(Wanita muslimah) Tidak wajib berhijab di hadapan wanita bukan islam, mereka adalah sama seperti wanita lainnya berdasarkan pandangan yang lebih benar dari dua pandangan ulama yang ada.” (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah 2/582).

Oleh yang demikian, aurat seorang wanita muslimah yang dibenarkan untuk diperlihatkan kepada wanita lain ialah aurat yang dibenarkan ketika dia bersama dengan mahramnya. al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

Mafhumnya: “Bagi seorang wanita muslimah itu dia boleh membuka aurat kepada mahramnya terdiri dari muka, kepala, lutut, dua tapak tangan dan hasta, dua betis dan lengan, manakala dia tutup aurat yang selain dari itu.” (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah 1/417).

Kesimpulannya, aurat seorang muslimah terhadap wanita yang bukan beragama Islam hukumnya adalah harus didedahkan. Namun sekiranya wanita yang bukan Islam atau wanita yang rosak akhlaknya itu menceritakan keadaan fizikal seorang muslimah kepada lelaki ajnabi, maka seorang muslimah itu wajib menutup auratnya ketika bersama wanita-wanita itu.

1212 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Artikel Pilihan Fiqh Wanita

Page 10: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Pengarah JHEAINS Datuk Haji Saifulzaman bin Sangul di Majlis Perhimpunanbersama Pengetua, Guru-guru dan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri

Pantai Manis, Papar dan Mesyuarat Bahagian Pendidikan JHEAINS bersama Pentadbir Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Kali Ke-2 pada 23 September 2019

Program Perhimpunan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kalabakan 1441H/2019Myang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Hamisa Haji Samat, ADUN N.59

Tanjung Batu pada 28 September 2019. Penceramah Undangan,SS Datuk Haji Bungsu @ Aziz bin Jaafar, Mufti Negeri Sabah

Peristiwa

1012 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Pengarah JHEAINS Datuk Haji Saifulzaman bin Sangul di Majlis Perhimpunanbersama Pengetua, Guru-guru dan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri

Pantai Manis, Papar dan Mesyuarat Bahagian Pendidikan JHEAINS bersama Pentadbir Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Kali Ke-2 pada 23 September 2019

Program Perhimpunan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kalabakan 1441H/2019Myang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Hamisa Haji Samat, ADUN N.59

Tanjung Batu pada 28 September 2019. Penceramah Undangan,SS Datuk Haji Bungsu @ Aziz bin Jaafar, Mufti Negeri Sabah

Peristiwa

1012 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

SONGKOK BUKAN TANDA ISLAMOleh:

Adajiwa

Pada 1965 Lee Kuan Yew menarik sokongan orang Melayu dengan memakai songkok ketika bertemu penduduk Melayu di Kampung Tani, Singapura. Pada kempen pilihanraya tersebut, songkok yang digunakan Lee Kuan Yew benar-benar meninggalkan pengaruh yang mendalam pada jiwa orang-orang Melayu. Songkok bukan sekadar hiasan kepala tetapi juga senjata politik yang paling berbisa. Songkok bukanlah milik orang Islam. Songkok juga bukanlah ciptaan asli Melayu. Songkok berasal daripada Turki yang menjadi popular sesudah orang-orang India Muslim datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang-orang India Muslim berdagang ke Tanah Melayu telah mempengaruhi cara pemakaian tutup kepala Melayu sehingga songkok sering kali dikatakan budaya asli ciptaan orang Melayu. Tanjak atau Tengkolok merupakan simbol sebenar orang Melayu dan bukannya songkok.Di Indonesia songkok dikenali sebagai ‘peci’ manakala di Filipina memanggilnya sebagai ‘kupia’. Pada asalnya kopiah dan songkok sama rupa, bentuk dan warna (hitam atau putih), kini songkok banyak ditemui dalam bentuk keras berwarna hitam manakala kopiah berwarna putih dan lembut.

Selalunya songkok dipakaikan tegak ke atas, ada kalanya digayakan senget sedikit seperti Tunku Abdul Rahman. Menurut keyakinan leluhur Melayu, secara hakikatnya songkok disengetkan di sebelah kanan merujuk pemberat timbangan amal sebelah kanan (Raqib), bermatlamatkan Si Pemakainya mendapat kebaikan yang berterusan dengan mengharapkan dijauhi kemaksiatan agar tidak condong ke arah kiri (Atid). Inilah falsafah pakaian Melayu yang mempunyai hikmah dan kebijaksanaan. Begitu juga dengan penetapan lima butang baju Melayu atau Baju Selangor di Sabah, adalah merujuk falsafah Lima Rukun Islam. Lima butang Baju Melayu atau Baju Selangor, yang merujuk lima rukun Islam adalah simbolik penciptaan busana Melayu yang berkaitan dengan pegangan agama yang mereka amalkan. Bila kita kaji dan renungkan barulah kita faham bahawa banyak perkara yang berkaitan dengan adat dan budaya Melayu mempunyai signifikan dengan ajaran agama Islam. Perbuatan menutup kepala bagi lelaki adalah Sunnah Nabi berdasarkan mafhum hujah berikut: Menurut Imam As-Sayuti yang diringkaskan dari buku "Al-Hawi"nya (2:111-112): Berdasarkan keterangan lalu, Nabi Muhammad SAW pernah memakai kopiah putih dan begitu juga Anas bin Malik RA. Dipadankan juga daripadanya bahawa sekiranya serban atau kopiah tidak ada, Nabi SAW tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja, akan tetapi Baginda akan membalutnya sehingga sampai ke dahi. Berdasarkan pendapat Imam Sayuti di atas, pemakaian songkok adalah diharuskan sebagai satu konsep menutup kepala sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja tanpa penutup kepala.

Songkok harus dipakai kerana tidak bertentangan dengan Islam dan ia merupakan pakaian kebiasaan yang dipakai oleh masyarakat Melayu terutama semasa solat dan dipakaikan bersama Baju Melayu. Asasnya kerana ia berkonsepkan sebagai penutup kepala. Pemakaian songkok tidak perlu ditakuti bukan Muslim kerana secara prinsipnya ia cuma busana atau cara berpakaian menurut budaya Malaysia pada hari ini. Terimalah bersongkok sebagai salah satu cara berpakaian Malaysia sebagaimana orang Melayu menerima songkok yang dibawa ke tanah Melayu dan dipopularkan oleh orang-orang India.

AURAT WANITA MUSLIM DENGAN WANITA BUKAN MUSLIMOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Pelbagai permasalahan yang timbul mengenai batas aurat antara seorang muslimah dengan wanita yang bukan beragama Islam terutama bagi golongan muslimah yang tinggal sebilik atau serumah dengan rakan yang bukan beragama Islam. Para ulama berbeza pandangan tentang batas aurat wanita muslimah di hadapan wanita bukan muslimah. Sebab perbezaan pandangan ini kerana berbeza cara faham mereka terhadap ayat dari surah al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “Dan jangan para wanita itu menampakkan perhiasan (aurat) mereka melainkan kepada suami-suami mereka…atau kepada para wanita mereka.” (al-Nur: 31). Para ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan kalimah nisa’ (wanita) di sini antaranya, yang dimaksudkan adalah nisa’ iaitu muslimat sahaja atau dimaksudkan kepada semua wanita termasuk muslimat dan yang bukan. Pandangan yang sebenarnya adalah harus seorang wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam melainkan jika dia membimbangi bahawa wanita itu akan menceritakan ciri-ciri tubuhnya kepada lelaki ajnabi, maka dia wajib menutup auratnya sama ada di hadapan wanita kafir atau wanita muslimah yang rosak akhlaknya. Antara bukti yang menunjukkan pandangan yang lebih benar ialah harus wanita muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan islam ialah hadis ‘Aisyah RA yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang menyebut seorang wanita Yahudi pernah menemui beliau (‘Aisyah) di dalam rumahnya, dan tidak diriwayatkan beliau menutup aurat pada ketika itu.

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz RH menyebut:

Mafhumnya: “(Wanita muslimah) Tidak wajib berhijab di hadapan wanita bukan islam, mereka adalah sama seperti wanita lainnya berdasarkan pandangan yang lebih benar dari dua pandangan ulama yang ada.” (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah 2/582).

Oleh yang demikian, aurat seorang wanita muslimah yang dibenarkan untuk diperlihatkan kepada wanita lain ialah aurat yang dibenarkan ketika dia bersama dengan mahramnya. al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

Mafhumnya: “Bagi seorang wanita muslimah itu dia boleh membuka aurat kepada mahramnya terdiri dari muka, kepala, lutut, dua tapak tangan dan hasta, dua betis dan lengan, manakala dia tutup aurat yang selain dari itu.” (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah 1/417).

Kesimpulannya, aurat seorang muslimah terhadap wanita yang bukan beragama Islam hukumnya adalah harus didedahkan. Namun sekiranya wanita yang bukan Islam atau wanita yang rosak akhlaknya itu menceritakan keadaan fizikal seorang muslimah kepada lelaki ajnabi, maka seorang muslimah itu wajib menutup auratnya ketika bersama wanita-wanita itu.

1212 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Artikel Pilihan Fiqh Wanita

Page 13: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

RELEVANSI AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAHDALAM MENONGKAH ARUS ZAMAN

(BAHAGIAN 3)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Kebangkitan tokoh-tokoh Salafiyyah dengan metod pendekatannya adalah merupakan tindak balas terhadap metod rasional yang dipakai oleh kaum Muktazilah yang dengan sewenang-wenang mempergunakan akal dalam mentakwilkan ayat-ayat al-Quran terutama ayat-ayat yang disebut “mutashabihat”. Imam Ahmad ibnu Hanbal dan tokoh-tokoh Salafiyyah yang lain mempertahankan metod menzahirkan ayat-ayat al-Quran iaitu mempercayai apa yang diungkapkan oleh al-Quran dan Hadis tanpa mentakwilkannya dengan persepsi bahawa Tuhan sama sekali berbeza daripada segala sesuatu yang boleh terbayang dalam benak fikiran kerana semuanya itu adalah makhluk-Nya belaka. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

Namun demikian, menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya ‘ulum al-din, Imam Ahmad ibnu Hanbal meskipun agak tegas dalam pentakwilan teks wahyu oleh akal, beliau juga pernah mentakwilkan tiga buah Hadis termasuklah juga Ibnu Hazm yang pernah mentakwilkan ayat mutashabihat secara rasional iaitu terhadap kalima “wajh” (muka) Tuhan, yang tersebut dalam surah al-Rahman ayat 27. Dia mentakwilkan kata wajh dengan zat Tuhan.

Seiring dengan itu, muncul pula dua aliran teologi yang terkenal dengan nama Qadariyyah dan Jabariyyah. Menurut Qadariyyah, manusia mempunyai kebebasan dalam kehendak dan perbuatannya yang disebut sebagai free will dan free act. Manakala Jabariyyah pula sebaliknya iaitu mereka berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kebebasan dalam kehendak dan perbuatannya. Manusia dalam segala tingkah lakunya, mengikut pandangan Jabariyyah, bertindak dengan paksaan daripada Allah SWT. Segala gerakan yang dilakukan oleh manusia ditentukan oleh Allah SWT. Fahaman inilah yang disebut faham predestination atau fatalisme. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

Fakta sejarah menunjukkan, sejak pertengahan abad kedua Hijrah atau akhir abad kelapan Masehi, pokok dan akar keyakinan dalam Islam itu mendapat tentangan yang amat berat dan sukar dalam penyelesaiannya. Yang pertama menghadapi tentangan itu dan berusaha menjawabnya adalah kaum Muktazilah. Pemikiran falsafah Yunani yang dihadapi itu tidak dapat dijawab dengan hanya merujuk nas al-Quran dan hadis. Kaum Muktazilah berusaha menjawabnya dengan pendekatan akal rasional dan falsafah berlandaskan nas-nas yang ada. Dengan pendekatan semacam itu, Ahmad Amin berpendapat bahawa mereka mempunyai peranan yang amat besar dalam melawan pendapat-pendapat yang menolak keyakinan Islam. (Ahmad Amin, 1964, Duha al-Islam).

Muktazilah merupakan kelompok yang pertama kali mengembangkan falsafah Yunani, yang telah disaring melalui proses “Islamisasi” yang mendorong tumbuhnya ilmu kalam dalam Islam. Metod pendekatan yang digunakan oleh Muktazilah untuk menangkis serangan-serangan terhadap Islam. Mengingat usaha-usaha Muktazilah itu, tidak berlebihan jika Ahmad Amin menyatakan, hanyalah Allah SWT yang mengetahui bahaya apa yang akan menimpa umat Islam ketika itu, sekiranya kaum Muktazilah tidak tampil membela Islam.

Ketika al-Mutawakkil berkuasa sebagai khalifah (232H/847M), bermulalah masa-masa suram Muktazilah. Pemimpin-pemimpin pemerintah, ulama dan para intelektual dari kalangan Muktazilah dipecat dari kedudukannya dan dilarang mengajar sebarang fahaman yang berkaitan dengan Muktazilah. Khalifah Mu’tazid billah (279H/892M) pula dengan ganas memburu golongan Muktazilah sehingga mereka terusir dari kota Baghdad. Muktazilah diwartakan sebagai bid’ah dan suatu Dewan Ahli Hukum dibentuk untuk meneliti semua fahaman, aliran dan buku-buku yang ada. Buku-buku yang ‘berbau’ Muktazilah dimusnahkan, manakala pengarangnya ditangkap atau dihukum. (Ahmad Amin, Duha al-Islam).

Pada masa keruntuhan Muktazilah itulah, munculnya Imam Abu Hassan al-Ash’ari yang keluar dan membersihkan serta memurnikan akidah umat Islam yang mana sehingga kini menjadi pedoman dan panduan majoriti umat Islam dalam memahami perbahasan tauhid dan akidah sebagai muslim.

Maksudnya: “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Menyingkap asbabun nuzul ayat ini, diturunkan seusai perang Uhud. Ketika itu sebahagian sahabat ada yang mengengkari perintah Nabi SAW. Akibatnya mengheret tentera muslimin menghadapi kekalahan teruk sehingga Rasulullah SAW ditimpa kecederaan. Namun, Nabi SAW tetap bersabar, bersikap lemah lembut bahkan tidak mencela kesalahan para sahabatnya.

Ayat ini juga menyentuh persoalan asas demokrasi dan etika tentang mesyuarat. Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya agar senantiasa melakukan mesyuarat apabila ingin memutuskan sesuatu perkara yang berkaitan dengan keperluan umum. Ini kerana manusia mempunyai keinginan masing-masing, sehingga memerlukan titik persefahaman yang hanya boleh terhasil melalui mesyuarat.

Tidak dinafikan setiap insan meletakkan harapan yang menggunung untuk mengecapi kebahagiaan dan kecemerlangan setiap detik kehidupan yang dilaluinya. Tiada seorangpun yang mahu ditimpa sebarang musibah dan kesedihan apa lagi menghadapi sebarang kegagalan.

Hikmah didikan Nabi SAW melalui peristiwa Peperangan Uhud ini adalah kebangkitan setelah mengalami kejatuhan. Tindakan pertama yang perlu dilakukan ialah bermuhasabah diri kemudian bermesyuarat untuk mengatur semula strategik dan setelah tekad keazaman telah dicapai dalam permuafakatan mesyuarat tindakan terakhir adalah penyerahan secara mutlak kepada ketentuan dan kekuasaan Allah SWT keputusan yang bakal dilaksanakan.

Azam atau tekad boleh diertikan sebagai kemahuan, keinginan, cita-cita yang amat mendalam. Dalam erti kata lain, azam boleh bertindak sebagai penentu aras kesungguhan seseorang dalam mencapai matlamat. Azam juga boleh menjadi pemangkin kepada keberanian seseorang untuk melakukan sesuatu di luar tahap kebiasaan.

Azam adalah janakuasa penggerak serta nadi kepada sebuah kejayaan. Azam boleh menjadi pencetus usaha, semangat dan kerajinan seseorang menjadikan impiannya menjadi realiti. Justeru itu azam perlu dijana mengikut rentak iman dan taqwa agar insan sentiasa terpandu melakar kejayaan menurut acuan syariat.

Dalam ayat di atas juga mengajak kita untuk bertawakal. Dua ciri penting dalam iman ialah bertawakal kepada Allah SWT dan mematuhi segala perintah-Nya. Di sinilah titik yang membezakan orang yang beriman dengan orang yang kafir. Perbezaan yang amat ketara adalah berusaha dengan bersungguh-sungguh sebaik mungkin kemudian menyerahkan segala keputusan dan urusan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha berkuasa yang tidak akan terlepas sesuatu apa pun daripada perhatian dan ketentuan-Nya.

Apa yang pastinya tawakal tidak akan terhasil jika keimanan yang bertunjangkan ketauhidan kepada keEsaan Allah SWT, keyakinan terhadap kekuasaan-Nya dan husnudzan terhadap ketentuan takdir-Nya tidak bertapak di dalam hati manusia.

Jika sudah diyakini segala sesuatu perbuatan diserahkan secara mutlak untuk menjadi penilaian kepada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Teliti terhadap sesuatu perlakuan hamba-hamba-Nya, tentulah kita akan sentiasa terdorong melakukan yang terbaik sewaktu hayat meniti kehidupan dunia, akan timbul rasa takut jika amalan yang baik tertolak apa tah lagi amalan buruk menjadi penyebab terhumban ke jurang neraka, jurang kesengsaraan dan kerugian.

Lantaran itu, siramilah azam dan penyerahan diri dengan cahaya keimanan dan ketakwaan agar ia benar- benar mampu membina kecemerlangan diri di dunia dan di akhirat yang kekal abadi.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI' IMRAN : 159“AZAM DAN TAWAKAL MANIFESTASI KECEMERLANGAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

812 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

AkidahInti Sari Ayat Al-Quran

Page 14: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

HAKIKAT ZUHUD DAN KESANNYAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Al-Abbas Sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi RA, dia berkata, bahawaseorang lelaki telah datang bertemu Nabi SAW, maka beliau berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepada sayasuatu amalan, sekiranya saya melakukannya nescaya saya akan dicintai Allah SWT dan dicintai umat manusia.Rasulullah SAW bersabda: Zuhudlah engkau dalam kehidupan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.” (Hadis hasan telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan selainnya dengan Sanad Hasan).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan dua wasiat yang sangat besar dari Rasulullah SAW iaitu zuhud dalam kehidupan dunia akan memperolehi cinta dari Allah SWT dan zuhud terhadap apa yang dimiliki oleh manusia akanmemperolehi kecintaan manusia dan penghormatan mereka. Oleh itu untuk mendapat cinta Allah SWT dan cintamanusia adalah dengan memiliki sifat zuhud.

Erti zuhud menurut bahasa ialah berpaling daripada sesuatu atau tidak menghendaki kepada sesuatu kerana tiadamutu dan nilai. Manakala erti zuhud menurut syarak ialah mengambil sesuatu sekadar yang perlu atau melepasisesuatu darurat daripada sesuatu yang diyakini halalnya. Menurut istilah Islam pula, erti zuhud itu ialah hati tidakterpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Amalan zuhud bukanlah bermaksud meninggalkan urusan dunia tetapi suatu amalan yang mengutamakan akhirat dan dunia hanya sebagai tempat persinggahan, bukan sebagai matlamat hidup.

Zuhud yang sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaandunia dimiliki sepenuhnya. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf seorang sahabat Rasulullah SAW yang jutawan,namun kekayaan yang ia miliki hanya berada di tangannya sahaja, bukan berada di dalam hatinya. Matlamathidupnya ialah keredaan Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam

hubungan manusia dengan Allah SWT.

2. Zuhud terhadap dunia ialah berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia sertamengosongkan hati dari mengingati perkara dunia dan lebih mempercayai kepada sesuatu yang ada pada AllahSWT daripada percaya kepada sesuatu yang ada pada dirinya.

3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia ialah menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang.

4. Kemuliaan dan kehormatan peribadi seseorang terletak pada sikap dirinya sendiri, percaya kepada kebolehan diridan usaha yang dikerjakannya tanpa tidak bergantung kepada pemberian orang lain.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

WAKTU TIDUR YANG IDEALOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Waktu tidur ideal bagi seorang muslim adalah setelah solat Isya', akan tetapi apabila ada kegiatan yang lebihmashlahat dan untuk kebaikan, bolehlah melakukan aktiviti yang bermanfaat setelah solat Isya seperti belajar, menerima tamu, berbincang-bincang dengan keluarga, tetapi tidak sampai larut malam.

Dalil tidur setelah Isya’ berdasarkan hadis makruhnya berbincang-bincang setelah solat Isya’, Dari Abu Barzah radhiallahu ‘anhu.

“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak menyukai tidur sebelum solat Isya’ dan berbincang-bincang setelahnya.” (HR. Bukhari & Muslim).

Syaikh Abdulah Al-Faqih menjelaskan:

“Adalah kebiasaan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidur di awal malam setelah solat Isya’, kerana dimakruhkan tidur sebelum solat Isya’ dan berbincang-bincang setelahnya.” (Fatawa As-Syabakiyyah).

Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa tidur di awal malam bermanfaat bagi kesihatan, beliau berkata:

“Tidur yang paling bermanfaat adalah tidur ketika sangat mengantuk, tidur di awal malam paling baik dan paling bermanfaat dari lainnya.” (Madarijus Salikin 1/459-460).

Adapun berbincang-bincang setelah Isya’, An-Nawawi menjelaskan bahawa hukum asal berbincang-bincangsetelah Isya’ adalah makruh, akan tetapi apabila ada mashlahat dengan berbincang-bincang maka tidakdiperbolehkan. Beliau berkata:

Para ulama berkata: "makruh hukumnya berbincang-bincang setelah Isya’, apabila pada perkara yang tidak adamashlahatnya. Ada pun apabila ada mashlahatnya maka baik dan bukan makruh. Misalnya seperti mempelajariilmu, menceritakan kisah orang soleh, berbincang-bincang dengan tamu, acara pernikahan, berbincang-bincangdan beramah-tamah dengan isteri dan anak-anaknya dan perbincangan antara musafi r.” (Syarah Muslim, 5/149).

Catatan PentingHendaknya berbincang-bincang setelah Isya’ tidak sampai berjaga larut malam, kerana Allah SWT menjadikan malam sebagai waktu istirehat utama.

Allah SWT berfi rman:

“dan Kami jadikan malam sebagai pakaian." (An Naba’: 10).

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan:

“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam membenci tidur sebelum Isya’ dan berbincang-bincang (tidak bermanfaat) setelahnya. Jika seseorang berjaga semalaman dan tidak memberikan hak tidur kepada badannya, bahkantidak sholat subuh kecuali bangun dengan tubuh yang lelah dan malas, kemudian tidur di awal hari, maka iatelah kehilangan mashlahat yang banyak.” (Liqaa’ Asy syahri 1/333).

Pola kehidupan kita di zaman ini menyebabkan tidak memungkinkan melakukan sunnah ini terus-menerus,iaitu langsung tidur setelah Isya’, akan tetapi hendaknya seorang muslim pernah sesekali melakukan sunnahtidur setelah Isya’ agar lebih mudah bangun solat malam.

1412 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Sentuhan Hadis Remaja

Page 15: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Sesungguhnya, belia merupakan golongan yang dikasihi oleh Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam. Abu Sa’id al-Khudri Radiallah Anhu apabila beliau melihat para belia, beliau berkata, “Selamat datang kepada wasiatRasulullah Sallallah Alaihi Wasallam! Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam mewasiatkan kepada kami untuk meluaskanruang buat kamu di majlis-majlis dan (mewasiatkan kami) untuk memberikan kefahaman hadis kepada kamu;sesungguhnya kamu adalah pengganti kami, dan ahli hadis sesudah kami!” (HR al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman).

Belia merupakan wasiat Rasulullah SAW, yang menjadi tanggungjawab seluruhmasyarakat itu untuk mendidik mereka, dan memandu mereka. Seperti dikatakan, beliaadalah pemimpin masyarakat. Belialah yang dengan penuh semangat, akan beradadi garda depan, membela nasib sesebuah masyarakat.

Sudah tentulah, sebaik-baik belia, ialah belia yang hidup bersama Nabi SallallahAlaihi Wasallam, berdasarkan jaminan Nabawi, “Sebaik-baik manusia ialah kurunku.”(HR al-Bukhari & Muslim), yang hidup bersama baginda, beriman dengan baginda. Mereka inilah, yang layak dijadikan teladan para belia sepanjang zaman.

Sekiranya ditelusuri, belia para sahabat merupakan golongan yang Nabi Sallallah AlaihiWasallam sertakan dalam urusan-urusan kenegaraan yang penting.

Konvoi perang terakhir yang diutuskan Nabi Sallallah Alaihi Wasallam ialah konvoi Usamah bin Zaid Radiallahanhuma, di mana beliau ini seorang belia berusia 17 tahun! (dikatakan juga 18 tahun).

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam mengutuskannya sebagai ketua pasukan perang, di mana Abu Bakar, Umar, Utsmandan Ali Radiallah anhum ada bersama mereka. Saat orang ramai memperkatakan tentang kepimpinannya, NabiSallallah Alaihi Wasallam bersabda, “Sekiranya kalian ingin berkata-kata tentang pimpinannya, sesungguhnya mereka (orang sebelum itu) telah berkata tentang pimpinan bapanya (Zaid bin Haritsah - ketika Fathu Mekah). Daku naik saksi akan kecintaanku ini kepadanya!”

Perkara pertama yang dilakukan Abu Bakar Radiallah Anhu setelah dilantik menjadi Khalifah ialah menggerakkantentera Usamah. Beliau memimpinnya ke Balqa’ dan Mu’tah (kini: Jordan), berperang melawan Rom dan menang. Beliau membunuh dan menawan ramai musuh Islam.

Tidak ada seorangpun daripada pasukan tenteranya itu yang ditimpa sebarang kesakitan kerana kepakarannya. Mereka berkata, “Tidak pernah kami melihat pasukan perang yang paling selamat berbanding pasukan Usamah!”

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam bersabda pada Perang Badar, “Sesiapa yang buat begini dan begitu, pergi ke sanake mari, maka dia akan beroleh itu dan ini.” Para belia segera melakukannya, sementara orang-orang tua pula hanyakekal bersama panji-panji (di belakang). (HR an-Nasa’ie & al-Baihaqi, daripada hadis Ibn Abbas Radiallah Anhuma).

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam bersabda, “Para beliau membantuku, sementara orang tua membiarkanku!” (ruj. SirahIbn Hisyam & Musnad Ahmad).

Nabi Sallallah Alaihi Wasallam tidak mengentengkan urusan para Belia di Perang Uhud. Baginda menyetujui pendapatmereka, dan berperang di luar Madinah. Nabi Sallallah Alaihi Wasallam telah mendidik para sahabatnya untukmempedulikan perihal Belia dan mengambilkira pendapat-pendapat mereka.

Ibn Syihab az-Zuhri rahimahullah berkata kepada para belia, “Janganlah kalian merendahkan diri kalian kerana usiakalian yang masih muda! Sesungguhnya Umar bin al-Khattab apabila berdepan dengan sesuatu isu yang rumit, beliau memanggil para belia dan bermesyuarat dengan mereka, memanfaatkan ketajaman akal mereka!”

Teladan beginilah, yang harus kita sebarkan kepada belia Muslim kita. Secara praktikalnya, kita hendaklah lebihmenyertakan mereka bersama-sama memikirkan masalah-masalah umat Islam dan masyarakat sekeliling. Demikianakan membina peribadi belia yang prihatin dengan perubahan sosial dan diharap akan memandunya ke arah yang lebih baik, insya-Allah.

BELIA MISALI: BELIA PARA SAHABATOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

"Burung terbang dengan sayapnya. Manusia terbang dengan tekadnya." - Maulana Jalaluddin Rumi.

Jalal ad-Din Muhammad Balkhi atau Maulana Jalaluddin Rumi Muhammadbin Hasin al Khattabi al-Bakri, juga dikenali sebagai Rumi, penyair Parsidan guru rohani dari abad 7H/13M yang tiada tolok bandingnya. Rumidilahirkan dan dibesarkan di Balkhi tetapi menghabiskan hidupnyadi Anatolia. Salasilah keturunan Rumi daripada Sayidina Abu Bakaral-Siddiq. Gelaran ‘Rumi’ merujuk kepada Anatolia, tempat beliaubermukim yang dianggap sebagai tanah Rom.

Semasa kecil, Rumi sempat bertemu Syeikh Farid ud-Din Attar, Si Penyebar Wangi di Nishapur dandihadiahi buku Mantiq-ut-Tayr (Sidang Unggas). Kata Attar kepada ayahanda Rumi, "Semoga anakmukelak menyalakan api di hati yang dibakar cinta Ilahi."

Ayahandanya Syeikh Bahauddin Valad ialah seorang tokoh agama yang tersohor. Ketika berumur 25tahun, Rumi dihantar ke Aleppo (Halab) untuk meneruskan pengajian dan seterusnya ke Damsyik, Syria. Beliau meneruskan pengajiannya sehingga berumur 40 tahun. Antara gurunya yang terkenal ialah Sayyid Burhanuddin al-Muhaqqiq dan Shams al-Din Tabrizi.

Di Barat, syair Rumi lebih banyak dibaca berbanding mana-mana penyair Islam dan beliau ialah penyair yang paling banyak dibaca syairnya daripada semua penyair lain berdasarkan jumlah penjualan buku-buku syairnya.

Rumi dikenali sebagai seorang alim yang masyhur. Tiada keraguan, suara Rumi ialah suara alam sejagat risalah kerohanian Islam pada hari ini. Beliau menulis beberapa prosa seberti buku Fihi Ma Fihi dan Sab al-Majalis. Sebilangan besar karyanya ialah syair-syair Parsi, termasuk syair empat rangkap dan Diwan-i-Shams yang juga dikenalii sebagai Diwan-i-Kabir yang mengandungi lebih dari 25,000 rangkap syairyang dikarang dalam bentuk ghazal.

Hanya pada akhir hayatnya, Rumi mengalihkan perhatiannya mengarang karya agung Mathnawi dalambentuk syair dua rangkap. Mahakaryanya sendiri dikenali sebagai Mathnawi. Sehingga hari ini, walaupunada syair karya agung yang lain dalam bentuk mathnawi oleh penyair Parsi seperti Attar dan Sanai yanghidup sebelum Rumi dan mempengaruhinya, tetapi apabila seseorang mengatakan Mathnawi dalambahasa Parsi dan juga dalam bahasa lain, maksudnya ialah Mathnawi Jalaluddin Rumi.

Maulana Jalaluddin Rumi meninggal dunia pada 5 Jamadilakhir 672 Hijri di Konya, Turki. Ramai orang menangis ketika perarakan jenazahnya. Orang Yahudi dan Kristian turut serta dalam perarakan jenazahitu. Apabila ditanya oleh gabenor Konya mengapa mereka ingin turut serta, mereka menjawab bahawamereka telah menemui pada peribadinya segala tanda dan ciri para nabi yang tersebut dalam kitab-kitab mereka. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari daripada Rumi sifat para wali dan orang soleh yangtidak diketahui oleh mereka selama ini.

MAULANA JALALUDDIN RUMIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

612 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Tinta IlmiahJejak Ulama

Page 16: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KERAIAN YANGMENGANDUNGI MAKSIAT

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukumnya kita menghadiri majlis keraian yang mengandungi maksiat ?

JAWAPANBagi menjawab persoalan ini, adalah amat baik jika kita mendalami hukum menghadiri sesebuah majlis perkahwinan sebagai asas dalam perbincangan. Setelah itu, majlis-majlis lain boleh diqiaskan kepadanya.

Hukum asal menghadiri majlis perkahwinan sekiranya dijemput secara khusus adalah wajib menurut majoriti ulama dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. dalilnya pula merujuk kepada sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Yang bermaksud: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirilah ia.” (HR Muslim).

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi SAW “maka hadirilah ia” merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah ilmu fiqh.

Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang dijemput ke majlis perkahwinan dalam keadaan dia mengetahui bahawa di dalam majlis itu terdapat perkara yang haram seperti hidangan arak sedangkan dia tidak mampu memungkirinya, maka gugur kewajipannya menghadiri majlis tersebut. (Lihat Hashiyah al-Dusuki: 2/377, Sharh al-Zurqani: 4/53, al-Hawi al-Kabir: 12/199, Raudhah al-Talibin: 7/334).

Sebagai kesimpulan, hukum menghadiri majlis perkahwinan atau keraian yang terdapat di dalamnya maksiat dan kemungkaran perlulah diperincikan dari dua sudut yang berikut:

Pertama: Bagi masyarakat awam, yang mana kehadirannya ke majlis tersebut tidak memberi sebarang kesan dan perubahan kepada acara majlis, maka adalah tidak perlu untuk dia menghadirinya bahkan tidak wajib untuk hadir ke majlis itu sekiranya dia mengetahui ada maksiat di dalamnya.

Kedua: Bagi tokoh-tokoh ulama seperti para agamawan, sekiranya kehadiran mereka ke majlis tersebut akan menyebabkan pihak penganjur berasa malu dan segan serta boleh jadi memberhentikan acara maksiat atau paling tidak mengurangkannya, maka kehadiran mereka pada majlis sebegitu adalah dibolehkan.

Dengan penjelasan serba ringkas ini, semoga dapat memberikan kefahaman serta panduan yang memberi manfaat kepada kita.

Wallahu a’lam.

DEMI ALLAH AKU MENANGOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pada bulan Safar tahun keempat Hijrah, Abu Barra’ Amir ibn Malik ibn Ja’far, si pemain tombak mendatangi Rasulullah SAW. Kemudian baginda menawarkan dan mengajaknya masuk Islam. Akan tetapi, ia tidak masuk Islam, namun tidak menolaknya. Lalu ia berkata, “Wahai Muhammad, cubalah mengirim beberapa orang dari sahabatmu kepada penduduk Najd untuk mengajak mereka kepada Islam, aku berharap mereka akan menerima ajakan tersebut”.

“Aku mengkhawatirkan sikap mereka terhadap sahabat-sahabatku,” jawab Rasulullah SAW.

“Aku akan menjamin mereka, utuslah mereka untuk berdakwah di sana,” tegas Abu Barra’.

Kemudian, Rasulullah mengutus al-Mundzir ibn ‘Amr al-Anshari dari 40 sahabat yang lain. Di antara mereka adalah al-Harits ibn al-Shimmah, Haram ibn Milhan, ‘Urwah ibn Asma’ al-Sulami, Nafi’ ibn Badil al-Khuza’i, Ka’ab ibn Zaid, Amir ibn Fuhairah bekas budaknya Abu Bakar,’Amr ibn Umayyah ad-Dhamri, dan al-Mundzir ibn Muhammad al-Jallah. Semoga Allah SWT meredhai mereka.

Mereka berjalan hingga sampai di sumur Bani Ma’unah, sumur di antara wilayah Bani Amir dan Bani Sulaim. Ketika berhenti di tempat tersebut, mereka mengirim Haram ibn Milhan dengan membawa surat dari Rasulullah SAW kepada sang musuh Allah, Amir ibn Thufail. Ketika sudah tiba dan menyerahkan surat tersebut, Amir ibn Thufail tidak menghiraukan surat tersebut, bahkan ia menganiaya dan membunuhnya. Kemudian Amir menghasut Bani Amir untuk membunuh mereka, namun ditolak. Mereka berkata, “Kami tidak akan melanggar jaminan dari Abu Barra’, ia telah berjanji untuk memberikan perlindungan bagi mereka.” Kemudian Amir ibn Thufail mengajak kabilah-kabilah dari Bani Sulaim. Di antaranya ‘Ushaiyyah, Ri’l, dan Dzakwan. Mereka mengepung sahabat Rasulullah SAW.

Tatkala para sahabat melihatnya, mereka langsung mengeluarkan pedang dan berperang. Mereka semua syahid kecuali Ka’ab ibn Zaid yang dibiarkan dalam keadaan terluka. Ia masih tetap hidup hingga syahid di Perang Khandak.

Pada saat yang sama, Amr ibn Umayyah al-Dhamri dan al-Mundzir ibn Muhammad ibn al-Jallah sedang mengurusi keperluan para sahabat. Tidak ada yang mengurusi jenazah para syuhada kecuali burung- burung yang terbang di sekitarnya. Mereka berkata, “Pasti ada sesuatu dari burung-burung tersebut.” Mereka pun mendekatinya dan ternyata darah telah berceceran di tubuh para sahabat dan kuda-kuda mereka telah terluka.

Mundzir ibn Muhammad berkata kepada Amr, “Bagaimana pendapatmu, apa yang akan kita lakukan?”

Amr berkata, “Menurutku kita kembali kepada Rasulullah dan memberi kabar pada baginda.”

Al-Mundzir berkata, “Akan tetapi, aku tidak ingin meninggalkan tanah tempat di mana al-Mundzir ibn Amr terbunuh.” Kemudian ia memerangi kaum tersebut hingga akhirnya ia pun mati syahid. Di antara yang menyaksikan peristiwa tersebut ialah Jabbar ibn Sulma ibn Malik bersama dengan Amir yang kemudian ia masuk Islam. Ia berkata, “Di antara sebab yang membuatku masuk Islam ialah bahawa di saat aku menusuk salah seorang sahabat dengan tobak di bagian pundaknya, lalu aku melihat hujung tombak tersebut aku cabut darinya, aku mendengar ia mengucap, ‘Demi Allah, aku telah menang.’ Aku pun bergumam sendiri, ‘Ia tidak menang! Bukankah aku telah membunuhnya?’ Lalu aku bertanya tentang ucapan tersebut. Mereka menjawab, ‘Maksudnya syahid.’ Aku pun berkata, Benar, ia telah Menang."

1612 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Kemusykilan Agama Iktibar Kisah

Page 17: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

WALI ALLAH SWT TERSEMBUNYIDI KALANGAN MANUSIAOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya di kalangan manusia, wujud waliullah yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang ramai.Waliullah merupakan insan yang tersangat istimewa yang mana hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat rapat.Mereka mewarisi wilayah kenabian dengan limpahan rahmat kasih sayang Ilahi yang berterusan daripada Allah SWT.Hampir keseluruhan manusia di atas dunia ini tidak mengenali seorang wali Allah SWT kerana bentuk fi zikal dan perwatakannya sama seperti manusia biasa.Hal ini kerana Allah SWT menyembunyikan dan menutup halkewalian seseorang waliullah dengan sifat keinsanan manusia yang biasa sahaja.Boleh sahaja seorang wali Allah SWT itu merupakan seorangtukang sapu sampah di tepi jalanan. Boleh jadi pekebundi sesebuah taman itu merupakan seorang wali besar. Besarkemungkinan boleh sahaja seorang peniaga di pasar-pasar itu merupakan seorang wali.Malah boleh sahaja orang kaya itu merupakan seorang walidan boleh sahaja orang miskin itu merupakan seorang waliullah yang besar.Manusia biasa tidak akan pernah perasan dan mengetahuibahawa mereka itu adalah seorang wali kerana tidak terzahir pada rupa luaran mereka.Mereka tidak berpakaian sebagai pakaian seorang ahli agama,tidak berserban, tidak berjubah, tidak berjanggut dan tidak pula menonjol di kalangan manusia.Secara zahiriyyah, mereka kelihatan seperti insan biasasahaja kerana kewalian mereka tersembunyi dan tertutup. Hanya insan yang ikhlas kepada Allah SWT dan sentiasa mencari mursyid akan benar-benar jumpa dengan waliullahdi dalam menuju kepada Ilahi.Ada sebahagian ulama' Rabbani menyatakan tentang kalamhikmah untuk disemat di sanubari iaitu: "Setiap insan yangkamu jumpa, iktikadlah di dalam hatimu bahawa dia adalahSaidina Khaidir AS".Kalam hikmah ini menyuruh kepada kita agar sentiasaberhusnu zon dan bersangka baik dengan setiap orang yang dijumpai.Hal ini kerana dengan kejahilan dan kelemahan mata batin kita,kita telah menganggap remeh dan rendah kepada seorangWaliullah di kalangan kita.Syeikh Ramadhan Al-Buti pernah menceritakan satu kisah yang berlaku pada diri beliau. Suatu ketika, semasa beliau masihdi bumi Kaherah, Mesir, beliau ke Maqam Cucunda Rasulullah SAW iaitu Saidina Husein RA.Beliau duduk di situ dengan lama untuk bertafakkur. Beliau jugamembaca Wirid Harian serta membaca beberapa potonganayat daripada al-Quran pada waktu tertentu. Ketika sedangduduk di dalam kawasan maqam tersebut, beliau terlihat

seorang lelaki yang pada pandangan dan fi rasat beliau bahawa orang itu adalah seorang waliullah.Kelihatanya seperti orang biasa sahaja. Lalu beliau berdoakepada Allah SWT di dalam hati "Ya Allah, jika benar lelakiini waliMu yang Engkau tutup kewaliannya dengan sifatkeinsanan manusia biasa, maka temukanlah aku dengannya."Tiba-tiba selepas daripada doa tersebut, lelaki itu berdiri danberjumpa dengan Syeikh Ramadhan Al-Buti secara serta-merta dan menyatakan tentang doa tersebut. Pertemuansedemikian berlaku sekejap sahaja lantas lelaki itu telahhilang daripada pandangan.Maka jelas kepada kita daripada penceritaan seorang ulama'ini bahawa wujudnya waliullah yang tersembunyi denganperwatakan manusia biasa sahaja secara zahiriyyah, padahalhakikat secara batiniyyah, dia adalah seorang Waliullah yang besar.Secara kesimpulannya kita sebagai orang awam yang masih banyak noda dosa ini hendaklah sentiasa bersangka baikdengan kaum Muslimin kerana dibimbangi orang yang kitabenci dan bersangka buruk itu ialah wali daripada wali-waliAllah SWT.Ada sebuah hadis yang sangat bermakna untuk kita renungiberkenaan hal ini:

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhya Allah SWT berfi rman: Siapa yang memusuhiwali-Ku maka Aku telah istiharkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintaikecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Akuwajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkandiri kepada-Ku dengan nawafi l (perkara-perkara sunnah di luaryang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang diagunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakanuntuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia memintakepadaku nescaya akan aku berikan dan jika dia mintaperlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi." (Riwayat Bukhari).Jelas kepada kita bahawa memusuhi wali Allah SWT adalahsama dengan memusuh pencipta alam ini iaitu Allah SWT. Maka carilah waliullah yang tersembunyi itu denganmemohon kepada Allah SWT agar dapat dipertemukandengannya.

PENGIKTIRAFAN PERKAHWINAN YANG DILAKUKANDI LUAR NEGERI SABAH

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Orang Islam Sabah yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar negara sama ada keranabermastautin, belajar, bekerja dan sebagainya yang mana ianya dilangsungkan dimana-mana tempatselain di pejabat kedutaan, atau Pejabat Konsul Malaysia maka ianya hendaklah diiktiraf mengikutseksyen 109 Enakmen Keluarga Islam Negeri Sabah yang menyatakan:

Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Sabah, lain daripada perkahwinanyang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika:-

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwindi bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Sabah, kedua-dua pihak adamempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.

Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali-39 menetapkan hukum melaksanakanperkahwinan di luar negara atau kahwin lari adalah sah mengikut beberapa keadaan dan situasi. MuftiPerlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyatakan sah status perkahwinan sekiranya pasangan yangberada di luar negara dan menghadapi kesukaran yang besar untuk mendapatkan keizinan wali asalsehingga terpaksa menggunakan wali hakim.

Manakala hukum perkahwinan bagi pasangan yang sengaja ke luar negara untuk melangsungkanpernikahan, mereka dibahagikan kepada beberapa kategori. Pertama adalah perkahwinan yangdilangsungkan kerana mengelak birokrasi pentadbiran setempat, sekiranya pasangan terbabit ke luarnegara bersama wali atau mendapat kebenaran wali maka status perkahwinan itu sah tanpa ragu. Jikapasangan adalah seorang janda, memadai hanya mendapat kebenaran walinya sahaja manakala bagisaudara baharu boleh menggunakan wali hakim.

kategori kedua adalah perkahwinan yang melarikan diri daripada wali. Seandainya wanita itu adalah anak dara dan walinya enggan mewalikan perkahwinannya tanpa sebab yang munasabah, perkahwinan adalah sah dengan syarat dia dapat membuktikan keengganan wali berkenaan. Jika tidak perkahwinannya dikira fasid dan hendaklah mengulangi akad perkahwinan itu dengan keizinan wali.Jika wali mempunyai sebab untuk membantah perkahwinan berkenaan atas sebab tertentu dan ia dipersetujui pihak berkuasa agama, maka perkahwinannya terbubar.

Oleh yang demikian, perkahwinan yang mengikut hukum syarak dan tidak bertentangan dengan undang-undang hendaklah diiktiraf sah walaupun ianya dilangsungkan diluar Negeri Sabah seperti mana yangdinyatakan dalam enakmen ini.

412 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

TasawwurEnakmen Kita

Page 18: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Penulis bersama sebahagiandari fasilitator BTUM

di Masjid Wahdatul Fikri, Kinabatangan

TADBIR URUS MASJID 5: BILA MASJID ITU MILIK SEMUAOleh:

Adi Pitang

“Kami tidak pernah daftarkan aset masjid kami ustaz”, JawabBendahari Jawatankuasa Masjid di salah sebuah masjid ketikaBengkel Tadbir Urus Masjid baru-baru ini. “Ya, kami inda pernahdaftarkan”, Pengerusi mengiyakan kenyataan Bendahari seolahfaham bila pandanganku terarah padanya. Aku senyummemandangnya, cuba memahami keadaan sebenar pengurusanmasjid ini. Ada sebab mengapa aset-aset itu tidak didaftarkan.Agak keterlaluan sekiranya seorang itu terus memberi kesimpulantentang sesuatu perkara itu tanpa melihat dan memahamikeseluruhan isu yang berlaku. Atau dengan kata lain “Jump toconclusions”, cukup mudah untuk membuat kesimpulan, walau

kadang-kadang tindakan itu sangat tidak menguntung. Hmmm..

Jawatankuasa hendaklah mewujudkan sistem pengurusan aset (inventori) yang sentiasa dikemaskini melaluisistem rekod, termasuk rekod pembelian, penerimaan dan pelupusan bagi harta-harta alih dan tidak alih masjid.Aset yang ada di masjid adalah pelbagai seperti perabot, alat tulis, kerusi meja atau barang-barang elektrik,elektronik, peralatan dapur dan sebagainya. Aset masjiid diperolehi dari 3 sumber utama iaitu pembelian dari wangtabung masjid, aset dari kerajaan, swasta atau pertubuhan dan aset yang diwakafkan oleh individu.

Tanggungjawab Jawatankuasa dalam menjaga harta atau aset masjid bukan satu yang mudah. Ini kerana aset itumelibatkan amal jariah orang ramai yang tidak akan putus selagi mana aset atau harta itu digunakan.Walau bagaimanapun, sekiranya tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sepenuhnya, ganjaran pahalanya amatpasti seperti fi rman Allah SWT dalam surah Al-Zalzalah, ayat 7 yang bermaksud: “Maka barangsiapa yangmengerjakan kebaikan walau sebesar zahrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.”

Amalan jariah yang dilakukan oleh masyarakat merupakan amalan ibadah yang tidak akan putus walaupun diatelah meninggal dunia. Apa yang mejadi kebiasaan di masjid adalah sumbangan masyarakat awam kepada masjid.Ia merupakan amalan jariah yang paling mudah dilaksanakan. Sudah tentu tanggungjawab menjaga aset jariah iniadalah terletak di bawah pundak ahli jawatankuasa masjid.

Pejabat Mufti Negeri Sabah dalam hal ini telah mengeluarkan istinbat hukum mengenai bahan atau peralatan masjidatau surau seperti berikut:● Bahan atau peralatan yang telah rosak atau reput boleh dimusnahkan kerana tidak memberi manfaat,

● Bahan atau peralatan yang masih baik hendaklah digunakan semula supaya memberi kebajikan yang berpanjangankepada orang yang telah menyumbangkan.

● Bahan atau peralatan yang masih boleh digunakan itu jika tidak diperlukan untuk pembinaan masjid atau suraubaru hendaklah diberikan kepada masjid atau surau lain yang memerlukan.

● Bahan atau peralatan yang baik itu sekiranya dijual (kepada orang Islam) maka wang yang diterima itu hendaklahdigunakan untuk keperluan masjid atau surau baru. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk keperluan lainseperti jamuan bagi mengekalkan kebajikan orang yang telah menyumbangkannya.

● Bahan atau peralatan yang dijadikan hak masjid atau surau tidak boleh (haram hukumnya) diambil seperti kipas,karpet, penyapu, tikar, pinggan mangkuk dan lainnya. Bahan dan peralatan tersebut hendaklah diserahkan semulakepada masjid atau surau.

Moga amalan jariah masyarakat ini berpanjangan subur di masjid-masjid kita.

Melaksanakan Bengkel Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah (BTUM) yang diselaraskan oleh Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memberi ruang kepada memperbaiki pengurusan masjid-masjiddi negeri ini. Kesungguhan ahli jawatankuasa masjid yangselama ini menjalankan amanah mentadbir masjid walaupun tanpa elaun (secara sukarela) sangat-sangat dipuji. Bukan mudahuntuk mereka melaksanakan tanggungjawab itu dengan kekangan kewangan yang kadang-kadang hanya cukup untuk membayar bil eletrik dan air. Ditambah dalam memasti kan masjid sentiasa diimarahkan dengan program-program mingguan, bulanan atau tahunan. Semua ini memerlukan komitmen yangti nggi dan pengorbanan masa, tenaga hatt a wang ringgit (sendiri). Semua itu demi memastikan pentadbiran masjid yang baik danmemberi keselesaan kepada masyarakat untuk beribadahdan melaksanakan akti viti -akti viti di masjid.

Tanggungjawab yang paling berat dalam pengurusan masjidialah menjaga amal jariah (sedekah jariah) masyarakat melaluitabung masjid atau apa-apa yang diwakafkan oleh seseoranguntuk kegunaan masjid. Setiap sen yang digunakan akandipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini merupakan satuamanah yang nombor wahid untuk dijaga dan dipelihara supayaamal jariah masyarakat itu akan sentiasa mengalir hinggake akhirnya.

Amanah merupakan satu sifat perlu dipupuk dalam kehidupanmanusia. Ia menentukan masa bentuk sebuah masyarakat.Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisardi sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya.Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mestidipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku kerana iamerupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkankepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepadatuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Isyarat tentang ketekunan, kegigihan dan kesungguhan yangmenjadi penanda aras bagi pelaksanaan sesuatu tugas olehseseorang muslim begitu jelas dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti." (Riwayatal-Baihaqi daripada 'Aisyah RA).

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafi k ada ti ga, iaitu apabila dia berbicaradia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati .” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ditambah dalam riwayat Muslim: “Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.” Moga masjid akan sentiasanyadiberkati dengan sifat amanah yang menunjanginya.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Cik Nursyuhada AsparAdajiwa

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

1812 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Bicara Kita Shoutul Islam Dari Meja Editor

Page 19: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83

Bil. Surah

1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah

2. Azan

3. Surah Al-Baqarah ayat 22

4. Surah Al-Anbiya ayat 83

5. Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24

Pendahuluan

Maksudnya “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telahdatang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadipenawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalamdada kamu, dan juga menjadi penawar hidayah petunjukuntuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus ayat 57).

PesakitKaki bengkak sebab terpijak duri landak laut semasariadah di tepi pantai, sudah tiga minggu mendapatkanrawatan di tempat lain dan bengkak di kaki tidakmenunjukkan tanda untuk sembuh.

Pokok Semalu (Mimosa Pudina L)Merupakan tumbuhan merayap yang amat menjadiperhatian pengunjungnya. Menarik sebab apabila daunkupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuhdan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosapudina adalah tumbuhan tempatan yang berasal daripadaBrazil. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai keranadurinya yang tajam.

Batangnya tegak semasa muda dan menjalar apabilamatang. Dahannya halus, bercabang dan berduri tajamsehingga 1.5m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately),dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10 - 26 daunkecil setiap pinna.

Angkut-angkutAngkut-angkut atau Eumenes coarcatus merupakansejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga berwarna unik yang diberi nama kerana sifat semulajadinyayang suka mengangkut tanah di sekelilingnya untukdijadikan sarang.

Angkut-angkut ini terkenal dengan panggilan ‘Portter Wasps’ iaitu sejenis Tabuan yang menyengat dan adalah sejenisberbisa sengatannya. Badannya berbelang kuning danmempunyai organ penyengat di bahagian belakangnya(Hornet). Serangga angkut-angkut ini suka terbang danhinggap di kawasan tanah lumpur atau lembap, kemudian akan terus mengangkut tanah yang bersih dan terpilih untuk dibuat sarang. Biasanya sarang tanah ini dibina di kawasanterlindung seperti di bawah-bawah rumah-rumah kayu

ANGKUT-ANGKUT, POKOK SEMALU DAN AIR ZAMZAMOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

di kampung, lubang kayu, bawah daun besar yang terlindung daripada hujan.

Kombinasi rawatanAngkut-angkut, Pokok Semalu dan Air Zamzam

1. Cari sarang atau tanah angkut-angkut dan buangkan semua telur dan anak angkut-angkut.

2. Daun Semalu. Lurutkan daripada tangkainya. Banyaklagi baik.

3. Air Zamzam sebotol kecil

Tumbuk LumatCampurkan tanah angkut-angkut dengan daun semaludalam satu lesung dan tumbuk lumat. Ini bertujuan untukmembentuk kombinasi yang padu antara tanah dan daun semalu. Apabila sudah lumat, tuangkan air zamzamke dalam kombinasi tanah tersebut hingga ianya melekit.Jangan terlalu banyak air sehingga cair.

RawatanKombinasi tanah angkut-angkut, daun semalu dan airzamzam dibaca:

Kesimpulan.Tempelkan kombinasi tanah tersebut ke bahagian yangbengkak. Sebaiknya pada waktu malam sebelum tidur.Subhanallah… berdasarkan pengalaman, bengkak yangberusia 22 hari, Insya-Allah, bengkak sudah menunjukkantanda sembuh dalam masa seminggu.

RUJUKAN:● Mohd Solleh Ab Razak, Mendampingi Al-Quran, Telaga Biru,

2019, muka surat 20.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.

212 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Safar 1441H/11 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Islam dan PerubatanSekalung Tahniah

Page 20: KEMATIAN TAKKAN PERNAH MENGHENTIKAN PADA SEBUAH … · 1. Al-Fatihah, Asmaul husna, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyah 2. Azan 3. Surah Al-Baqarah ayat 22 4. Surah Al-Anbiya ayat 83