Keluarga sakinah mawaddah warahmah

12
KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH Disediakan oleh : Nur Anisa binti Ahsan & Nurul Haziqah binti Mahmud

Transcript of Keluarga sakinah mawaddah warahmah

Page 1: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

KELUARGA SAKINAH

MAWADDAH WA RAHMAH

Disediakan oleh : Nur Anisa binti Ahsan & Nurul Haziqah binti Mahmud

Page 2: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

DEFINISI SAKINAH :Berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tenang, tenteram, damai, terhormat, aman, nyaman, merasa dilindungi, penuh kasih sayang dan memperoleh pembelaan.

DEFINISI MAWADDAH :Jenis cinta membara, perasaan cinta & kasih sayang yang menggebu kepada pasangan.

DEFINISI WA RAHMAH :Kasih sayang yang lembut terpancar dari kedalaman hati yang tulus & sanggup berkorban.Kebiasaannya, Rahmah muncul pada pasangan yang sudah lama berkeluarga di mana tautan hati & perasaan saling memahami dan saling menerima.

Page 3: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

Firman Allah s.w.t : “ dan di antara tanda tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram(sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih(mawaddah) dan sayang(rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar-Rum:21)

Keluarga sakinah ialah keluarga yang dibentuk berdasarkan perkahwinan yang sah, mampu memberikan kasih sayang kepada anggota keluarganya sehingga mereka miliki rasa aman, tenteram, damai serta bahagia dalam mengusahakan tercapainya kesejahteraan dunia & akhirat.

Page 4: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

CIRI CIRI KELUARGA

SAKINAH DALAM RUMAHTANGGA

1) tanamkan dan mendidik anak-anak untuk bertakwa kepada Allah s.w.t

2) mewujudkan sifat kasih sayang

3) ibu bapa harus memberikan nafkah yang halal

4) ibu bapa mengajar anak tentang kejujuran & keadilan

5) menunjukkan contoh akhlak yang baik

6) berikanlah pegangan hidup sebagai landasan utama

Page 5: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

Tips Keluarga Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah

Rumahtangga yang selalu berfikir serius bagaimana keyakinan kepada Allah terus meningkat. Tidak ada orang ikhlas kecuali yakin kepada Allah. Tidak ada sabar kecuali kenal kepada Allah. Tidak ada orang zuhud kecuali orang yang tahu kekayaan Allah. Tidak ada orang tawadhu’ kecuali orang yang tahu kehebatan Allah. Makin akrab dan kenal dengan Allah pasti akan memberi kesan positif dalam diri kita.Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya. Dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga-duga. Dan barang siapa hatinya yakin Allah yang punya segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya. Jadi bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allah-lah masalahnya.

1

Page 6: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

Rumahtangga yang paling produktif dalam kebaikan. Wang paling berkat adalah wang yang paling tinggi produktivitinya. Boleh mempunyai rumah banyak asal diniatkan agar berkah demi Allah itu akan beruntung. Kerana itu, teruslah mencari wang. Bukan untuk memperkaya diri semata-mata tetapi bersedia pula untuk mengagihkannya untuk ummah yang memerlukan. Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah. Orang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan. Selagi hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak ada upaya lagi. Kalau sudah melaksanakannya, nanti Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki. Orang yang beruntung adalah orang yang paling produktif kebaikannya.

2

Page 7: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

Rumahtangga yang dihiasi saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kata-kata terbaik yang kita katakan adalah meminta pandangan dan nasihat. Ayah meminta nasihat anak atau isteri, nescaya tidak akan kehilangan wibawa. Dan kita tidak mampu menjadi penasihat yang baik sebelum ia menjadi orang yang boleh dinasihati. Tidak akan mampu kita memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat.

Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kecemerlangan hidup. Sayang, hidup hanya sekali dan sebentar, namun malang kita tertipu dengan diri sendiri kerana melayan nafsu dan dunia. Fikirkan sekarang, jangan bertangguh dalam merubah diri dan keluarga untuk hampir kepada Allah.

3

Page 8: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

1. Pilih pasangan yang soleh atau solehah yang taat menjalankan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SWT.

2. Pilihlah pasangan dengan mengutamakan keimanan dan ketaqwaannya dari pada kecantikannya, kekayaannya, kedudukannya.

3. Pilihlah pasangan keturunan keluarga yang terjaga kehormatan dan nasabnya.

4. Niatkan saat menikah untuk beribadah kepada Allah SWT dan untuk menghindari hubungan yang dilarang Allah SWT

Cara Mewujudkan Keluarga Sakinah

Mawaddah Wa Rahmah

Page 9: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

5. Suami berusaha menjalankan kewajipannya sebagai seorang suami dengan dorongan iman, cinta, dan ibadah

6. Isteri berusaha menjalankan kewajipan ya sebagai isteri dengan dorongan ibadah dan berharap redha Allah semata.

7. Suami isteri saling mengenali kekurangan dan kelebihan pasangannya, saling menghargai

8. Saat menghadapi musibah dan kesusahan, selalu mengadakan musyawarah keluarga. Dan ketika terjadi perselisihan, maka anggota keluarga cepat-cepat memohon perlindungan kepada Allah dari keburukan nafsu marahnya.

Page 10: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

6 tips untuk membahagiakan suami:

-menyambut kepulangan suami dengan muka yang manis.-merendahkan suaramu ketika bercakap dan menghias diri-sentiasa bersyukur dengan apa juga kurniaan Allah-setia dan taat kepada suami-tunjuk rasa hormat pada keluarga dan rakan rakannya-sabar dan cemburu yang bertempat

Page 11: Keluarga sakinah mawaddah warahmah
Page 12: Keluarga sakinah mawaddah warahmah

SEKIAN, TERIMA KASIH :)ASSALAMUALAIKUM