Kebudayaan Dan Kesenian

15
Kebudayaan dan Kesenian Disediakan Oleh : Anis Amalina Zulkepli

description

Sejarah

Transcript of Kebudayaan Dan Kesenian

Page 1: Kebudayaan Dan Kesenian

Kebudayaan dan Kesenian

Disediakan Oleh :Anis Amalina Zulkepli

Page 2: Kebudayaan Dan Kesenian

Cerita RakyatLebai Malang

• Merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu. Ia merujuk kepada seorang Lebai yang mempunyai sifat yang lurus bendul dan tamak. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

• Ia juga mungkin merupakan sindiran bahawa seseorang itu tidak boleh terlalu jujur / lurus bendul sehinggakan dia diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat.

Puteri Santubong Puteri Sejenjang

• Mengisahkan tentang dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu.

• Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri dan akibat dari itu, mereka telah berbalah dan akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini.

Page 3: Kebudayaan Dan Kesenian

Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil

• Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke suatu tempat dengan menaiki kereta kuda. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang berumur enam tahun. Budak itu sedang bermain di tengah jalan.

• Anak murid Kong Zhi telah mengarahkan budak kecil itu memberikan laluan kepada mereka dan di sinilah Kong Zhi terpaksa menjawab beberapa soalan yang membuatkannya terkejut .

• Sejak peristiwa itu, Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya.

Page 4: Kebudayaan Dan Kesenian

Kisah Orang Buta Melihat Enam Ekor Gajah

• Mengisahkan tentang enam orang buta yang sering mendengar tentang gajah. Namun karena mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu seperti apa gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah.

• Pada suatu hari keenam-enam mereka mendekati gajah dan telah bertengkar sesama mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah.

• Mereka semua hanya meraba bagian tubuh gajah yang berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan gajah itu sendiri.

Page 5: Kebudayaan Dan Kesenian

Kesenian TradisionalKuda Kepang• Tarian Kuda Kepang dibawa ke

Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.

Silat• Salah satu tradisi Melayu paling tua

yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian.

Page 6: Kebudayaan Dan Kesenian

Zapin• Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia

boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Page 7: Kebudayaan Dan Kesenian

Tarian Singa• Lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina,

merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.

Page 8: Kebudayaan Dan Kesenian

Tarian Bharata Natyam• Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak

tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

Page 9: Kebudayaan Dan Kesenian

Sumazau• Merupakan sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya

dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.

Page 10: Kebudayaan Dan Kesenian

Ngajat• Adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di

Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

Page 11: Kebudayaan Dan Kesenian

Pakaian TradisionalBaju Kurung dan Baju

MelayuCheongsam dan

Samfu

Page 12: Kebudayaan Dan Kesenian

Sari dan Kurta Kain Sirat dan Dangdong, Bidang dan

Bedong

Page 13: Kebudayaan Dan Kesenian

Gaung dan Souva, Sinuangga’

Page 14: Kebudayaan Dan Kesenian

Permainan TradisionalSepak Raga• Permainan ini dimulakan dengan salah seorang

pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Page 15: Kebudayaan Dan Kesenian

Mahjong• Mahjong membabitkan kemahiran, strategi,

dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.

• Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

• Biasanya dimainkan oleh kaum wanita.